Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Akan sentiasa ada yang memperbodohkan selagi masih ada yang rela diperbodohkan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 210
Ahli: 0
Jumlah: 210




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 49 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Zakat menyuci kekayaan supaya rezeki diberkati


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Zakat menyuci kekayaan supaya rezeki diberkati

Please Mendaftar To Post


Oleh Zakat menyuci kekayaan supaya rezeki diberkati

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-12-08 09:15


Oleh Dr Zahri Hamat

Kewajiban ingatkan umat kongsi kesenangan dengan golongan tidak bernasib baik

ZAKAT boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu zakat fitrah, kefarduan zakat terhadap diri setiap orang Islam. Kategori kedua ialah zakat harta, iaitu kefarduan zakat terhadap kekayaan yang dimiliki orang Islam.

Objektif utama kefarduan zakat fitrah ialah untuk menyucikan orang berpuasa daripada perbuatan tidak elok dan tidak berfaedah ketika mereka berpuasa serta untuk membantu golongan fakir dan miskin.



Ibn Abbas melaporkan yang bermaksud: "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah bagi tujuan menyucikan orang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada fakir dan miskin." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Objektif utama kefarduan zakat harta pula ialah untuk membersih serta menyucikan kekayaan dan akhlak orang Islam. Allah berfirman yang bermaksud: "Ambillah zakat dari sebahagian harta (amwal) mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka, dan mendoakan untuk mereka." (Surah al-Taubah, ayat 103)

Persoalannya, apakah kekayaan yang diwajibkan zakat dan bagaimanakah kaedah perakaunan zakatnya? Bilakah pula masa paling sesuai untuk menunaikan zakat ke atas kekayaan itu supaya rebat dan potongan zakat yang dibenarkan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang menunaikan kewajipan itu?


Di Malaysia, antara kekayaan yang diwajibkan zakat ialah penggajian dan upahan, hasil pertanian, wang simpanan, aset perniagaan, binatang ternakan, emas dan perak, saham serta wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pelbagai kekayaan itu sebenarnya boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama ialah zakat dikenakan ke atas pendapatan diperoleh seperti pendapatan daripada penggajian dan upahan serta pendapatan hasil pertanian.

Kategori kedua ialah zakat dikenakan ke atas kekayaan itu sendiri. Ia meliputi wang simpanan, aset perniagaan, binatang ternakan, emas dan perak, saham serta zakat KWSP.

Perakaunan zakat pendapatan misalnya ialah dengan menjumlahkan semua sumber pendapatan tahunan kemudian menolak belanja dibenarkan. Belanja itu meliputi belanja untuk diri sendiri dan isteri berjumlah RM8,000, anak di institusi pengajian tinggi RM4,000 seorang dan untuk anak sama ada masih bersekolah atau tidak sebanyak RM1,000 seorang, nafkah sebenar untuk ibu bapa, caruman KWSP dan simpanan di Lembaga Tabung Haji, kemudian zakat dikenakan pada kadar 2.5 peratus ke atas baki bersih pendapatan.

Perakaunan zakat pertanian juga sama seperti perakaunan zakat pendapatan. Sumber pendapatan pertanian dikira berdasarkan harga jualan. Misalnya hasil jualan padi ditolak kos pengeluaran yang dibenarkan meliputi kos baja dan racun, bayaran sewa dan upah kerja serta pengangkutan.

Zakat dikenakan pada kadar 10 peratus daripada pendapatan bersih. Subsidi padi yang diterima daripada kerajaan dikategorikan sebagai harta perolehan (al-mal al-mustafad) oleh itu ia dikenakan zakat pada kadar 2.5 peratus.

Zakat wang simpanan dikira berdasarkan baki terendah bagi tempoh satu tahun hijrah. Untuk menentukan baki terendah, semua akaun simpanan yang dimiliki perlu disatukan. Dengan kata lain, walaupun pendeposit mempunyai beberapa akaun simpanan, pada hakikatnya pendeposit mempunyai satu akaun simpanan saja.

Jika simpanan dalam salah satu akaun sudah mencukupi nisab (had minimum sesuatu kekayaan diwajibkan zakat), maka simpanan dalam akaun lain (walaupun kurang nisabnya) adalah diwajibkan zakat. Kadar zakat simpanan ialah 2.5 peratus.

Perakaunan zakat perniagaan dikira berdasarkan modal kerja terselaras, iaitu aset semasa ditolak dengan liabiliti semasa selepas beberapa pelarasan dibuat pada akhir haul. Aset semasa yang dikenakan zakat meliputi stok barang niaga, penghutang perniagaan bersih, pelaburan jangka pendek, deposit dan wang tunai.

Liabiliti semasa yang dibenarkan ditolak meliputi pemiutang perniagaan, belanja operasi terkumpul, peruntukan cukai semasa dan liabiliti perniagaan lain. Pelarasan yang perlu dibuat ialah pertama, menolak hasil daripada sumber haram dan penerimaan seperti dividen yang sudah dikenakan zakat.

Kedua, mencampur balik pembelian aset tetap yang dibuat pada suku tahun keempat dan pembahagian keuntungan seperti dividen, elaun lembaga pengarah dan ambilan tunai. Zakat dikenakan pada kadar 2.5 peratus ke atas modal kerja bersih terselaras.

Zakat emas dan perak yang disimpan dikenakan pada kadar 2.5 peratus daripada nilai semasa. Untuk emas dan perak yang dijadikan perhiasan, zakat dikenakan 2.5 peratus ke atas lebihan daripada uruf iaitu jumlah kebiasaan yang dipakai oleh wanita Muslim sebagai perhiasan.

Perakaunan zakat saham dikira berdasarkan dua kaedah. Jika pemegang saham melabur bagi tujuan mendapat dividen setiap tahun, maka zakat dikenakan ke atas dividen saja. Jika sijil saham dimiliki untuk tujuan perniagaan, maka dikenakan ke atas nilai pasaran saham yang dimiliki pada akhir haul bersama dengan keuntungan diperoleh daripada aktiviti jual beli saham. Zakat dikenakan pada kadar 2.5 peratus.

Di Malaysia, binatang ternakan yang diwajibkan zakat adalah lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Perakaunan zakatnya berbeza mengikut jenis binatang ternakan. Zakat dikenakan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW mengikut jenis ternakan.

Contohnya, bilangan lembu dan kerbau yang diternak antara 30 sehingga 39 ekor, maka zakatnya dikenakan ialah seekor lembu atau kerbau jantan berumur satu tahun lebih. Bagi kambing dan biri-biri sebanyak 40 sehingga 120 ekor, zakatnya dikenakan ialah seekor kambing atau biri-biri jantan berumur satu tahun lebih atau seekor kambing atau biri-biri betina berumur dua tahun.

Zakat KWSP dikenakan setiap kali pengeluaran dibuat ke atas simpanan KWSP sama ada sebab bersara ataupun tujuan lain sebelum bersara. Kadar zakat KWSP ialah sebanyak 2.5 peratus.

Perakaunan zakat ke atas pelbagai kekayaan yang disebut ini adalah secara umum saja. Perakaunan zakat yang terperinci bagi setiap jenis kekayaan disebutkan itu bolehlah dirujuk kepada institusi zakat di negeri masing-masing.

Zakat terhadap kekayaan ini pula ditunaikan melalui dua kaedah. Kaedah pertama ialah ketika pendapatan itu diperoleh. Ini selaras firman Allah yang bermaksud: "Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila ia berbuah dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya." (Surah al-An'am, ayat 141)

Kaedah kedua ialah ketika kekayaan itu cukup haul (harta perlu berada di tangan pemiliknya bagi tempoh satu tahun hijrah). Dengan itu, tiada masa khusus bilakah zakat perlu ditunaikan, tetapi ia ditunaikan apabila cukup haulnya.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan rebat zakat pendapatan bagi 2008 seperti diperuntukkan di bawah seksyen 6A(3), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, maka zakat perlu ditunaikan sebelum atau pada 31 Disember 2008 ini. Jika zakat itu ditunaikan selepas 31 Disember 2008, maka rebat zakat tidak boleh dituntut untuk tahun 2008.

Begitu juga dengan zakat perniagaan. Zakat perlulah ditunaikan sebelum atau pada 31 Disember 2008 untuk membolehkan mereka mendapat potongan bagi zakat perniagaan pada tahun ini. Potongan zakat ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 44(11A), ACP 1967.

Zakat harta ini sebenarnya boleh ditunaikan walaupun ia belum tiba tempoh masa diwajibkan. Hal ini bersandarkan sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib yang bermaksud: "Ibn Abbas meminta Rasulullah SAW membenarkan beliau membayar terdahulu zakatnya. Nabi kemudian membenarkan beliau berbuat sedemikian." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa zakat diwajibkan ke atas pendapatan yang diperoleh dan kekayaan dimiliki oleh seseorang Islam. Secara umumnya, zakat pendapatan dikenakan ke atas pendapatan bersih pada kadar 2.5, 5 atau 10 peratus, manakala zakat kekayaan dikenakan ke atas nilai kekayaan yang dimiliki pada kadar 2.5 peratus.

Penulis ialah pensyarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-12-08 09:45


zakat membawa berkat....tak rugi pun malahan rezeki pasti akan datang melimpah ruah

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

Tangi
Warga Rasmi
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28294
Posting: 19

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-12-08 10:18


Tetapi selalunya orang takut nak berzakat sebab takut duit habis......

Bookmark and Share

    


  Member Information For TangiProfil   Hantar PM kepada Tangi   Quote dan BalasQuote

nur_awatif174
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.03.2008
Ahli No: 32840
Posting: 62
Dari: bangi,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-08 10:34


berdasarkan peruntukan enakmen jenayah syariah selangor 2003,,seksyen 21: mana-mana org yang wajib membayar zakat atau fitrah...tetapi-
a) enggan membyr atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu
b)enggan membayar atau dengan sengja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik atau mana-mana pihak lain yang diberi kuasa oleh majlis untuk memungut zakat atau fitrah

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabit boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3thn atau kedua-duanya sekali...

cuma setakat ini ia masih tidak dilakukan sahaja...
hanya sekadar peruntukan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_awatif174Profil   Hantar PM kepada nur_awatif174   Quote dan BalasQuote

muslimahrushda
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.06.2004
Ahli No: 9659
Posting: 23
Dari: Miri

Sarawak  


posticon Posting pada: 19-12-08 15:10


salam..
asanye peruntukan tu patut d laksanakan. sebab susah sangat nak bagi nasihat kat org tua yang tak nak bayar zakat. ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahrushdaProfil   Hantar PM kepada muslimahrushda   Quote dan BalasQuote

nur_awatif174
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.03.2008
Ahli No: 32840
Posting: 62
Dari: bangi,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-08 17:48


jika peruntukan tu dilaksanakan...
mesti ramai yang bayar zakat...
masyarakat sekarang tidak didedahkan perkara-perkara sebegitu...
padalhal tahu bahawa zakat itu wajib keatas orang yang cukup syaratnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_awatif174Profil   Hantar PM kepada nur_awatif174   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-08 19:57


banyak dah berlaku dan ada juga yang ana dengar rezeki makin bertambah sekiranya memberi zakat,pernah satu ceramah hal ehwal islam di tempat saya pegawai zakat memberi ceramah ,tokey-tokey cina-cina di selangor pun turut nak membayar zakat,mereka berkata pada pegawai tersebut kalau bayar zakat atau derma mereka punya bisnes tambah maju,pening pegawai tersebut nak terima duit mereka sebab zakat wajib untuk umat islam sahaja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.34102 saat. Lajunya....