Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
sadiqah: 60 hari yang lalu
owl_UM: 63 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Syak dalam Solat


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Syak dalam Solat

Please Mendaftar To Post


Oleh Syak dalam Solat

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 11:05


Daripada Abu Sa'id Al-Qodri .a katanya: Rasulullah s.aw bersabda: Apabila seseorang syak atau ragu-ragu dalam solat, tidak mengetahui sama ada sudah mengerjakan tiga atau empat rakaat, maka dia hendaklah menghilangkan keraguan itu dengan membuat keputusan berdasarkan keyakinan, kemudian sujud dua kali sebelum memberi salam. Sekiranya dia telah mengerjakan lima rakaat, maka sujud itu menggenapkan solatnnya dan sekiranya dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud itu sebagai penghinaan kepada syaitan.
(Riwayat Muslim)


Huraian ringkas:
Solat merupakan antara ibadat yang terpenting dalam islam. Ia merupakan tanda pengabdian dan kepatuhan hamba terhadap penciptanya. Setiap muslim diwajibkan menunaikan solat fardhu lima kali sehari semalam. Cuai atau meninggalkan ibadah yang asas ini adalah satu kesalahan yang berat dalam agama dan berdosa besar.
Solat yang sempurna menjadi benteng yang menghalang sesorang melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Firman Allah s.w.t:

Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.
(Surat Al-Ankabut, 45:29)

Setiap muslim diperintahkan menunaikan solat dengan sempurna, memenuhi segala syarat dan rukun-rukunnya serta adab-adab solat, supaya ibadat yang dilakukan akan diterima oleh Allah s.w.t. Ibadat solat bukan sahaja dengan anggota lahir tetapi ia merupakan gabungan antara anggota lahir dan hati. Semasa mendirikan solat, fikiran hendaklah ditumpukan sepenuhnya kepada mengingati Allah.

Walau bagaimanapun sebagai manusia, kadang-kadang berlaku syak atau lupa semasa mendirikan solat. Syak atau lupa ini merupakan godaan dan bisikan syaitan yang mengganggu dan sentiasa berusaha melalaikan manusia. Hadis Rasulullah s.aw di atas menjelaskan keadaan syak dan cara untuk mengatasi masalah syak ketika solat.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 11:33


Maksud kusyuk dan syak dalam solat.

Kusyuk dalam solat bermaksud melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah yang dilakukan dengan anggota badan dan hati serta menjaga syarat, rukun dan adab-adab solat dengan sempurna.

Syak pula ialah keadaan terlalai atau terlupa ketika melakukan solat seperti lupa bilangan rakaat, membaca Al-Fatihah dan sebagainya. Perasaan syak atau lupa ini adalah daripada godaan syaitan.

Syak terbahagi kepada dua jenis iaitu syak dalam rukun fi'li dan syak dalam rukun qauli.

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 11:49


Syak dalam rukun fi'li.

Sekiranya seseorang syak dalam rukun fi'li sama ada telah mengerjakan tiga atau empat rakaat, dia wajib membuat keputusan dan meyakinkan dirinya dengan mengambil bilangan yang sedikit dan meneruskan solat supaya cukup 4 rakaat. Kemudian disunatkan melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam.
Sekiranya timbul syak sama ada sudah mengerjakan sujud yang kedua atau belum, dia dikehendaki membuat keputusan bahawa dia belum melakukannya dan terus sujud sekali lagi kemudian diikuti dengan sujud sahwi.
Kesimpulannya, apabila seseorang berada dalam keadaan syak pada mana-mana rukun fi'li, dia dikehendaki melakukan rukun fi'li tersebut kemudian melakukan sujud sahwi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-12-08 11:58


Syak dalam rukun qauli.

Syak dalam rukun qauli pula seperti syak membaca fatihah atau belum, atau selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir.
Jika seseorang syak sama ada telah membaca sesuatu rukun qauli atau belum dan dia masih berada dalam kedudukan rukun tersebut, dia dikehendaki membaca bacaan berkenaan. Dalam hal ini, dia tidak perlu melakukan sujud sahwi.
Jika seseorang syak sama ada telah melakukan rukun qauli tersebut atau belum, sewaktu dia sedang melakukan rukun yang lain, dia hendaklah mengulangi semula rukun tersebut dan disunatkan sujud sahwi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

azzna
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.04.2006
Ahli No: 24310
Posting: 46
Dari: jengka, pahang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-12-08 09:28


syak dalam solat ialah lupa atau ragu2 mengenai bilangan rakaat ketika sedang mengerjakan solat...

terdapat dua jenis syak :
- syak tentang rukun fiili = sama ada telah melakukan dua atau tiga rakaat.
- syak tentang rukun qauli = sama ada telah membaca surah atau belum.

sekiranya berlaku, seseorang itu haruslah membuat sujud sahwi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azznaProfil   Hantar PM kepada azzna   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-12-08 09:32


bagaimana bacaan sujud sahwi ana dah lupa lah ehehhee

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-12-08 11:48


Terima kasih atas ilmu bermanfaat ini..

...kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang,maka kamu hendaklah menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram, berada dalam keadaan aman,maka dirikanlah sembahyang itu dengan sempurna( dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu suatu ketetapan yang diwajibkan atas orang2 yang beriman yang teretentu waktunya ..
(surah an'nisa ayat 103)

...sesungguhnya Akulah Allah,tiada tuhan melainkan Aku,oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku..
(Surah Toha ayat 14)

Berdasarkan maksud ayat di atas,sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah swt. Sekaligus sembahyang juga merupakan suatu pengabdian diri kepada Allah swt dan syukur seorang hamba atas segala nikmat dan rahmat dari kurniaanNya



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 18-12-08 12:41


Bacaan time sujud tu macam mana Broshahir?? @ ada siapa2 yang boleh bantu ..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-12-08 13:09


Pada 18-12-08 12:41 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Bacaan time sujud tu macam mana Broshahir?? @ ada siapa2 yang boleh bantu ..??


Erk.. Sujud Sahwi ke maksud Wawa?



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

nazra
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33860
Posting: 1
Dari: malaysia

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-12-08 21:59


assalamualaikum....
ni bcaan sujud sahwi

(subhanamalla yanamu wala yas hu)

Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa


p/s:maafla...pc saya tak ada tulisan jawi....harap dapat mmahami....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazraProfil   Hantar PM kepada nazra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 09:33


betullah tu...

aa

Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-12-08 22:57


asalamualaikum..
erm,
setakat pengetahuan saya . .
penggunaan 'subhana man lah yanamu wa lah yashu'

ianya tidak warid pada zaman nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam.

yang sampai hanyalah subhana rabbiyal a3la wabihamdih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-12-08 22:58


asalamualaikum..
erm,
setakat pengetahuan saya . .
penggunaan 'subhana man lah yanamu wa lah yashu'

ianya tidak warid pada zaman nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam.

yang sampai hanyalah subhana rabbiyal a3la wabihamdih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108542 saat. Lajunya....