Oleh |
pelihara kucing & kesihatan |
norli
Warga Rasmi Menyertai: 07.01.2006 Ahli No: 21753
Posting: 10
Dari: kemaman
|
Posting pada: 12-12-08 12:57
salam hmm melalui topik ni, tentu ramai ingat saya posting tajuk yang berkaitan dengan kucing & kesihatan kita kan... tapi apa yang nak saya smpaikan kat sini adalah mengenai kesihatan kucing tu sendiri..memandangkan ramai juga yang memberi respons yang baik dalam topik "nama haiwan peliharaan anda" dan majoriti memilih kucing, jadi saya nak ambik kesempatan ni nak minta pendapat rakan2lah ni, tentang penjagaan kucing.minta pendapat rakan-rakan untuk berkongsi pengalaman merawat kucing yang 1)teruk selsemanya sehingga berbulan-bulan 2)kecederaan pada anggota badan harap rakan-rakan dapat membantu saya yang pening ni (kucing saya dalam masalah ni,klinik haiwan pula tutup hari ni(tganu off day) ----------------- terima kasih tuhan...
|
merpati
Warga Rasmi Menyertai: 21.11.2008 Ahli No: 36005
Posting: 16
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 12-12-08 13:04
Salam .. hye norli..saya amat suka dengan kucing2 ini tapi kalau perubatan selain dr cecair yang macam kita sakit mata yang klinik haiwan bagi tu saya ztau apa yang lain boleh membantu. cuma kalau tak salah saya selsema kucing boleh berjangkit. jadi sok bawa lah pie klinik minta ubat air tu. cedera macam mana? kucing tu luka bergaduh ke apa? cuci saja luka macam biasa..kalau ada apa-apa luka ada gel gamat tu lagi bagus.cepat kering. tapi kalau luka kerna kurap kena refer klinik juga k0t wallahhualam..
|
norli
Warga Rasmi Menyertai: 07.01.2006 Ahli No: 21753
Posting: 10
Dari: kemaman
|
Posting pada: 12-12-08 13:15
tu lah pasal merpati..nak pergi klinik hari ni dah tutup..harap-harap pnjglah umur kucing saya yang tengah selsema ni.. harap sempatla tiba hari ahad..makan minum pun tak nak..jadi, kena minta ubat cecair lah ni..insya-allah, saya try carik lah. hmm yang sekor lagi tu, yang cedera tu ok saja!gaduh py pasal lah..jantan katakan..
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 12-12-08 13:19
biasa kalau cedera dan tak teruk akan sembuh dengan sendirinya.... lagipun orang cakap kucing ni pandai rawat badan dia sendiri dengan menjilat-jilat luka dia, insyaALLAH akan sembuh dalam masa terdekat tapi kalau pasal kucing norli yang selsema tu eloklah bawa ke klinik....macam mana nak tahu kucing selsema norli...?? selalu bersin ke?? dulu kucing jue kalau sakit, suara dia jadi lain..kadang-kadang kecil saja suara dia...memang berubah lah...so masa tu memang tahu lah dia sakit tapi jue tak bawa ke klinik, dia ok sendiri.....
|
norli
Warga Rasmi Menyertai: 07.01.2006 Ahli No: 21753
Posting: 10
Dari: kemaman
|
Posting pada: 12-12-08 13:23
thanks jue.. saya tau kucing selsema pun sebab dia selalu bersin..saya pun jarang bawa pergi klinik kucing2 ni, kalau dah teruk sangat baru bawa, sebab mak ayah cakap kucing pandai rawat dari sendirikan..tapi yang sekor ni lain sikit..saya ingat selsema kejap saja, jadi biarkan saja lah..tapi hari ni nampak macam teruk..kasihan sangat..
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 12-12-08 13:36
oohh...berapa ekor kucing norli..?? jue ada sekor saja, usia dah 11 tahun.... pernah hari tu dia kena gigit anjing jiran jue, 3hari dia tidur atas siling rumah sebab kaki dia cedera teruk dan tak boleh berjalan.... sampai adik jue terpaksa gunakan tangga ambil dia bawa turun.... memang teruklah keadaan dia...ingatkan dah nak mati sebab makan pun langsung tak mahu....dah dapat suntikan kat klinik pun masih macam tu juga....sebab bahagian kaki dia dah buruk dan ada lubang bekas gigitan anjing tu, masa tu jue memang fikir dia akan mati sebab keadaan dia dah teruk sangat, sampai nangis jue tengok keadaan dia....kami kurung dia kat belakang rumah, just bagi makan dan minum....dalam seminggu alhamdulillah dia dapat berjalan semula dan masih sihat sampai sekarang walaupun kadang-kadang selsema dan bersin juga lah..... Elok rasanya bawa ke klinik ye norli, kasihan kucing....kena cari ikhtihar untuk merawat mereka juga.....semoga kucing norli cepat sembuh....
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 12-12-08 13:41
Pada 12-12-08 12:57 , norli posting:!!! QUOTE !!! salam
1)teruk selsemanya sehingga berbulan-bulan 2)kecederaan pada anggota badan
selesema?? alahai kesiannya dia.. erm.. ayah saya selalu bagi panadol dos kanak-kanak,tak pun ubat demam yang cecair yang dos kanak-kanak itu.. bagi kucing itu makan.. insyaAllah baik.. Kalau berlarutan juga kena jumpa veterinar .. betul itu Kalau ada luka2 itu letak minyak gamat .. taklah pedih sangat kucing itu... i love cats too ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
marsyalaila
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.10.2004 Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu
|
Posting pada: 12-12-08 15:33
Pada 12-12-08 13:41 , sutera_kasih85 posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-12-08 12:57 , norli posting:!!! QUOTE !!! salam
1)teruk selsemanya sehingga berbulan-bulan 2)kecederaan pada anggota badan
selesema?? alahai kesiannya dia.. erm.. ayah saya selalu bagi panadol dos kanak-kanak,tak pun ubat demam yang cecair yang dos kanak-kanak itu.. bagi kucing itu makan.. insyaAllah baik.. Kalau berlarutan juga kena jumpa veterinar .. betul itu Kalau ada luka2 itu letak minyak gamat .. taklah pedih sangat kucing itu... i love cats too
salam.. saya pun suka sangat dengan kucing.. sekadar nak kongsi pengalaman.. 1. vet selalu pesan jangan bagi ubat manusia untuk binatang..dos tak sesuai walaupun yang kanak-kanak punya..sistem tubuh badan haiwan dan manusia mana same kan..kalau nasib baik, oke lah..kalau nasib tak baik, mungkin lebih teruk nasib kucing tu.. 2. tapi kalau luka luaran boleh saja letak minyak gamat ke, gel ke..insyaallah, luka akan kering.. 3. selsema kucing memang boleh berjangkit,tapi bukan pada manusia tau jangkit kat kawan-kawan dia saja.. 4. baru ni, kucing saya pun selsema, p klinik, dr injek 1 jarum..tak payah makan ubat dah oke..kaedah ni sesuai untuk kucing yang susah nak makan ubat.. 5. dan satu lagi, nak lebih mudah untuk mereka makan ubat, minta dengan vet ubat pil..kalau ubat cecair, dia akan kuarkan balik bila dah masuk mulut..lagi-lagi kalau kucing besar.. same macam budak-budak yang tak suka makan ubat lah.. hehe..sekadar nak share cerita..
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 12-12-08 15:38
oh ye ke tak boleh bagi ubat manusia untuk kucing?? kasihan pula diekor ini... patutlah kucing2 ini bertambah aktif+degil hehe JazakaAllah marsyalaila kerana bagitahu... ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 12-12-08 16:45
kalau selsema campur dalam kuantiti sedikit ubat selesema,atau panadol dalam minuman kucing perliharaan. kalau cedera kebiasaannya saya balut dengan kain sebelum tu sapu minyak gamat dulu -----------------
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 12-12-08 19:11
Pada 12-12-08 16:45 , wafie posting:!!! QUOTE !!! kalau selsema campur dalam kuantiti sedikit ubat selesema,atau panadol dalam minuman kucing perliharaan.
PARACETAMOL adalah RACUN pada haiwan. tapi ubat pada manusia jangan sesekali kongsi ubat manusia dengan haiwan.... jika ada kucing, simpan AD FELINE sekurang2nya setin di rumah... boleh di beli di mana-mana klinik haiwan. kalau susah nak dapatkan AD.. simpan glucose perisa biasa. bagi makan sehingga kucing tu sihat... **khidmat nasihat diperoleh dr DR hospital haiwan yang biasa akak bawa kucing2 akak.... harga terkini AD di klinik haiwan kerajaan RM7.50 -----------------
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 12-12-08 20:57
oh..thanks kak kamar..baru tahu.. tak pernah lagi bagi panadol kat kucing
|
marsyalaila
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.10.2004 Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu
|
Posting pada: 12-12-08 21:20
ada yang posting kat atas tu bagi..ish bahaya ni..hehe
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 12-12-08 21:30
Pesan saya cuma... 1. Jangan berkongsi sikat dengan kucing. 2. Asingkan minuman kucing dengan minuman manusia. (Jangan minum dalam bekas yang sama) 3. Jangan sekali-kali memotong kuku kucing ataupun misainya. Sekian.
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 13-12-08 14:43
Pada 12-12-08 20:57 , broshahir posting:bro.... kak nur .. baru betul.. ** pakcik Kamar tak pernah join sebarang online forum.. -----------------
|
marsyalaila
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.10.2004 Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu
|
Posting pada: 15-12-08 14:24
Pada 12-12-08 21:30 , owl_UM posting:!!! QUOTE !!! Pesan saya cuma...
3. Jangan sekali-kali memotong kuku kucing ataupun misainya.
Sekian. Kenapa tak boleh potong kukunye.. misai tahu lah tak Boleh.. tapi kuku tu, kalau tak potong sikit, alamatnyer lunyai lah kaki tangan saya..hehe
|
muhamad_azrul86
WARGA SETIA Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH
|
Posting pada: 15-12-08 17:14
kat rumah SAYA BANYAK JUGAK PELIHARA KUCING, TAPI JARANG lah KENA SAKIT2...ALHAMDULILLAH. Kenapa TAK BOLEH POTONG KUKU OWL_UM?
|
_norlidahashim_
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.09.2008 Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman
|
Posting pada: 15-12-08 17:30
Pada 12-12-08 19:11 , nurkamar posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-12-08 16:45 , wafie posting:!!! QUOTE !!! kalau selsema campur dalam kuantiti sedikit ubat selesema,atau panadol dalam minuman kucing perliharaan.
jika ada kucing, simpan AD FELINE sekurang2nya setin di rumah... boleh di beli di mana-mana klinik haiwan. kalau susah nak dapatkan AD.. simpan glucose perisa biasa. bagi makan sehingga kucing tu sihat...
**khidmat nasihat diperoleh dr DR hospital haiwan yang biasa akak bawa kucing2 akak....
harga terkini AD di klinik haiwan kerajaan RM7.50
AD FELININE tu makanan @ jenis ubat nur kamar ----------------- Terima kasih Allah untuk segalanya
|
_norlidahashim_
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.09.2008 Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman
|
Posting pada: 15-12-08 17:34
terima kasih untuk semua pendapat yang dikongsi..saya nak pergi klinik ver petang ni..doakan moga kucing saya sembuh..terima kasih sekali lagi ya
|
marsyalaila
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.10.2004 Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu
|
Posting pada: 15-12-08 18:50
huhu...ni musim demam selsema kucing agaknya..kucing kat rumah ni, semua dah kena selsema..
|
BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.07.2003 Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 15-12-08 20:34
salam bro rasa macam berminat nak bela seko kucing parsi.. ada cadangan dari warga ukhwah ke ? hehe...
|
marsyalaila
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.10.2004 Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu
|
Posting pada: 15-12-08 21:33
Pada 15-12-08 20:34 , BrotherMon posting:!!! QUOTE !!! salam bro rasa macam berminat nak bela seko kucing parsi.. ada cadangan dari warga ukhwah ke ? hehe... salam.. bro, cita-cita yang bagus..tapi make sure mempunyai sumber pendapatan yang kukuh.. kos hidupnya nanti maybe lebih mahal daripada seorang baby.
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 15-12-08 21:41
Pada 15-12-08 20:34 , BrotherMon posting:!!! QUOTE !!! salam bro rasa macam berminat nak bela seko kucing parsi.. ada cadangan dari warga ukhwah ke ? hehe... bagus2 sokong2.. boleh isi masa lapang itu... tapi kan? kucing parsi ini 'manja' sikit.. selalu saja sakit2, satu lagi diekor ni malas nak gerak,duduk tidur saja..alahai Kalau kucing siam comel juga hehe... tak pernah potong kuku kucing sebab diekor xcakar kuat sangat..hehe Kalau kena pun just berbekas sikit saja(merah2 saja) .kat rumah ada 2 ekor kucing yang jarinya ada enam.. comel..
|
_norlidahashim_
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.09.2008 Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman
|
Posting pada: 16-12-08 11:12
kucing parsi?hmmm kucing MALAYSIA lagi ok kutt..
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 16-12-08 12:01
Pada 13-12-08 14:43 , nurkamar posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-12-08 20:57 , broshahir posting:
bro....
kak nur .. baru betul..
**pakcik Kamar tak pernah join sebarang online forum..
ops,..Sorry kak nur ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 16-12-08 12:04
Pada 15-12-08 17:30 , _norlidahashim_ posting:!!! QUOTE !!! AD FELININE tu makanan @ jenis ubat nur kamar
Ad tu sejenis ubat makanan bernutrien tinggi untuk kucing & anjing yang sakit.... **macam mana pergi vets semalam.. ada dia bagi AD tak -----------------
|
_norlidahashim_
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.09.2008 Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman
|
Posting pada: 16-12-08 12:47
semalam tutupla nurkamar.insyaallah kejap lagi nak pergi..kasihan sangat tengok kucing saya ni..moyok saja.. tapi kan nurkamar, kucing saya ni tak nak makan apa-apa pun..macam mana nak bagi ad ni..
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 16-12-08 13:07
dr akan suntik antibiotik rasanya... lepas itu macam saya dulu.. dr sendiri yang suapkan Ad tu dan dr akan bagi glucose dengan syringe untuk guna buat suntik dalam mulut dia kalau dia tak nak makan langsung
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 16-12-08 15:35
sesiapa yang nak bela kucing parsi. disini antara cabaran-cabarannya he!he! 1 pemalas yang amat asyik tidur....tidur...tidur.... 2 demand tinggi nak makan makanan best-best saja..... 3 lepas itu nak berak pula tempat yang ada kelas...mesti bersih baru landing cantik punya.. 4 lepas itu sensitive, demam and selsema tu biasa lah 5 tak boleh harap...tengok lipas macam tak ada perasaan saja 6 suka muntah-muntah(sebab bulu mereka panjang, so masa mereka jilat badan mereka berkumpul kat dalam tekak)bila muntah keluar lah bebola dari bulu mereka ini.. 7 maintainance memang tinggi...so better prepared duit extra untuk mereka. tapi puas hati sebab mereka cantik sangat..manja pula tu..
|
_norlidahashim_
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.09.2008 Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman
|
Posting pada: 16-12-08 17:54
Pada 16-12-08 13:07 , nurkamar posting:!!! QUOTE !!! dr akan suntik antibiotik rasanya...
lepas itu macam saya dulu.. dr sendiri yang suapkan Ad tu dan dr akan bagi glucose dengan syringe untuk guna buat suntik dalam mulut dia kalau dia tak nak makan langsung maknanya memang kena bawa kucing tu pergi vert lah ek?tak boleh nak pergi tanpa bawa si kucing tu? hmmm..berapa agaknya kos untuk semua tu ye? ----------------- Terima kasih Allah untuk segalanya
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 16-12-08 18:13
Pada 16-12-08 17:54 , _norlidahashim_ posting:!!! QUOTE !!! maknanya memang kena bawa kucing tu pergi vert lah ek?tak boleh nak pergi tanpa bawa si kucing tu?
hmmm..berapa agaknya kos untuk semua tu ye?
jika pergi tanpa bawa haiwan tu... agak susah dr nak pastikan masalahnya... dan SELALUNYA dr takkan bagi sebarang ubat @ antibiotik. kos rawatan di hospital kerajaan dalam lingkungan rm10 ke atas. jika di klinik swasta boleh mencecah ratusan untuk rawatan yang sama ***untuk sebarang maklumat dan persoalan yang lebih lengkap.. boleh join forum ni kucing-----------------
|
_norlidahashim_
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.09.2008 Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman
|
Posting pada: 17-12-08 12:31
oo..ok..terima kasih untuk info ni ye... kalau ada apa-apa yang boleh dikongsikan tentang kucing ni, bagitau ek..
|
BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.07.2003 Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 21-12-08 08:48
mesti ada cara rasanya dan tips tips untuk jimat belanja dalam urusan kucing mengucing ni..hehe... ada member offer nak bagi anak kucing parsi....kalau jual..belum tentu nak spend agaknya... breed mana tak sure.. ajar makan megi saja tak boleh ke
|
_norlidahashim_
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.09.2008 Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman
|
Posting pada: 23-12-08 16:51
terima kasih untuk semua yang memberi pendapat dan info pasal kucing ni..esp kak nurkamar, erwina, merpati, jue_effendy,marsyalaila, sutera_kasih85, wafie, owl_UM & brothreMon.. hmm alhamdulillah, kucing saya dah sihat...dah 'gumuk' balik...hehe
|