Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 76
Ahli: 0
Jumlah: 76




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 22 jam, 11 minit yang lalu


Awas!
Topik: Koktel khayal


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» Koktel khayal

Please Mendaftar To Post


Oleh Koktel khayal

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 10:43


KUALA LUMPUR: Menggunakan kepakaran dan pengalamannya sebagai pengamal perubatan lebih 25 tahun, seorang doktor veteran menjalankan uji kaji bagi menghasilkan ‘dadah generasi baru’ yang lebih berkuasa.

Antara ‘ramuan syaitan’ doktor berusia 50-an itu ialah mencampurkan puluhan jenis pil khayal.

Difahamkan, doktor berkenaan mendapat idea menghasilkan dadah campuran itu selepas membuat uji kaji selain hasil pergaulan dengan penagih dadah, terutama pelanggannya.

Siasatan anggota Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan mendapati, doktor yang memiliki sebuah klinik di Kota Bahru, Kelantan itu, mencampurkan sehingga 12 pil khayal berlainan jenis sebelum diisi dalam peket plastik ubat dan dijual antara RM15 hingga RM25 kepada penagih.


Lebih mengejutkan, doktor berkelulusan luar negara itu turut menyediakan buku hutang bagi membolehkan penagih membeli dadah ajaib terbabit walaupun tidak mempunyai wang.

Sumber Bahagian Penguat kuasa Farmasi berkata, kegiatan melampau doktor berkenaan dihidu selepas seorang guru membuat aduan anak muridnya kerap membeli pil khayal di klinik itu.

Menurutnya, kebanyakan penagih sanggup datang seawal jam 8 pagi untuk menunggu klinik terbabit dibuka bagi mendapatkan bekalan pil khayal itu.

“Dianggarkan 100 penagih datang ke klinik itu sehari bagi membeli dadah yang boleh diperoleh dalam bentuk cecair atau pil.

“Risikan mendapati penagih hanya perlu menghulurkan wang di kaunter klinik sebelum diberikan bungkusan dadah diperlukan,” katanya.

Menurut sumber itu, selepas yakin dengan penyelewengan doktor terbabit, lapan pegawai penguat kuasa farmasi dari ibu pejabat dan Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Kelantan melakukan serbuan di klinik itu, kelmarin.

“Serbuan turut dibantu 10 anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kelantan untuk memberkas kumpulan penagih yang berkumpul di klinik itu.

“Dalam serbuan jam 11 pagi itu, pegawai farmasi menahan doktor terbabit untuk disoal siasat, manakala polis memberkas lebih 30 penagih yang datang ke klinik itu untuk membeli dadah,” katanya.

Difahamkan, doktor itu tergamam dan tidak menyangka kehadiran pegawai kesihatan dan polis ke kliniknya.

“Hasil soal siasat, doktor itu mendakwa kerap bergaul dengan penagih sebelum timbul idea menghasilkan ramuan dadah generasi baru yang didakwa dapat memberikan kepuasan maksimum kepada golongan itu.

“Kesukaran mendapatkan bekalan ganja atau heroin menyebabkan penagih menjadikan pil khayal sebagai dadah gantian,” katanya.

Berikutan itu, timbul idea doktor berkenaan mencampurkan pelbagai jenis pil khayal seperti ubat tidur, ubat batuk, ubat penenang, ubat mengawal ketagihan dadah dan pelbagai pil perangsang lain untuk dijadikan dadah generasi baru.

Antara pil khayal yang dijadikan ramuan ialah suboxone, domicum, methadone, nospan, diazepam, terbutaline, promethazine, chlorpeniramine, paracetamol dan dihidrokodein.

Selain campuran pelbagai pil, doktor terbabit turut menghasilkan cecair ubat batuk yang dicampur dengan methadone.

“Dadah umpama adunan koktel ini dianggap mempunyai kuasa khayal berkali ganda berbanding ganja dan boleh membuat penagih lalok hampir dua hari.

“Malah, kesan ketagihan yang dialami tidak hanya boleh menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh meragut nyawa penagih yang kerap mengambilnya sekali gus,” katanya.

Menurutnya, agak melucukan apabila doktor terbabit cuba membuat cerita karut kononnya campuran pil khayal itu bertujuan membuatkan penagih menjadi segar selain menguatkan sendi tulang.

“Pegawai farmasi menemui ratusan bungkusan campuran pil khayal terbabit dan puluhan botol cecair yang siap untuk dijual kepada penagih.

“Semua bungkusan pil khayal terbabit dianggarkan bernilai lebih RM200,000 dirampas. Pihak farmasi menganggap ia rampasan terbesar membabitkan penyelewengan ubat-ubatan oleh klinik swasta tahun ini,” katanya.

Menurutnya, doktor itu akan didakwa mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-dua sekali.


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 10:58


apa kata lain kali hukuman bagi orang macam dr yang baguih ni ialah suruh dia sendiri makan benda-benda yang dia buat tu.. kan lagi bagus.. nanti mesti tulang dia tak akan mengalami ostereoporosis(kalau salah eja betulkan ye).. boleh dia buat lagi banyak ubat kat alam lain..

p/s: memang geram betul dengan manusia perosak ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 11:51


dokdor ni macam tak ada kesedaran sivik saja ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 11:57


Kalau dah berperangai macam ini memang tak layang digelar doktor... :-|


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 12:00


inilah salah satu contoh menyalahgunakan ilmu yang ALLAH bagi ada kejalan yang tidak betul...isk..isk...adakah tambah merosakkan penagih pulak, bukannya membantu memulihkan...patut dikenakan hukuman yang berat sebagai pengajaran kepada orang lain.....


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 12:05


duit punya pasal...macam-macam boleh jadi..buang saja lah pangkat doktor tu jadi pemusnah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 12-12-08 12:08


Kaji punca Doktor tu jadi macam tu .. Maybe ada masalah lain..???

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 12-12-08 12:11


Assalamualaikum .....ish.... :-( masalah kalau orang-orang bijak yang sepatutnya membantu menaikkan agama dan tolong manusia dengan ilmu yang dia ada tapi sebaliknya menyalahgunakan pula ilmu tersebut.... :jangan: :jangan: :jangan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.121264 saat. Lajunya....