Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Mencari lilin lebih baik dari merungut bila kegelapan

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 207
Ahli: 0
Jumlah: 207




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Awas!
Topik: Jangan jadi tipah tertipu lagi


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» Jangan jadi tipah tertipu lagi

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangan jadi tipah tertipu lagi

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 06:43


12 Bentuk Penipuan Popular Di Malaysia Tahun 2006
(Metro Ahad 4 Mac 2007)

Sikap tamak punca ditipu dengan air liur

oleh JAMILUL ANBIA MOHD DENIN

Kuala Lumpur : Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman
mengenal pasti 12 jenis taktik paling popular yang digunakan golongan
penjenayah kolar putih. Dengan jumlah kerugian membabitkan RM16.5
juta sepanjang tahun lalu, Timbalan Pengarah II (JSJK) Bukit Aman,
Datuk Abdul Razak Ab Ghani, menyifatkan kes jenayah penipuan di
Negara ini membimbangkan, manakala taktik penipuan semakin licik dan
canggih.

"Saya ber pendapat sikap tamak masyarakat menjadi punca utama gejala
penipuan terancang sukar dibenteras sepenuhnya,

Biarpun tahap pendidikan rakyat kita membanggakan, namun kerana wang
mereka mudah gelap mata hingga ramai ditipu dengan air liur sahaja.,"
katanya.

Dua belas taktik penipuan paling popular sepanjang 2006 adalah
seperti berikut:

____________ _________ _________ __

1)Taktik: Jual beli tanah
Jumlah kes: 79
Jumlah kerugian: RM4.6 juta

Modus operandi:

Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya
berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga
ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai
terpengaruh.

Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat
pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati
geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan
pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2) Taktik: Bomoh buang sial
Jumlah kes:120
Jumlah kerugian:RM2. 8 juta

Modus operandi:

Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan
berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara
rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa
lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar
tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan
diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

3) Taktik:Jual beli kereta
Jumlah kes:71
Jumlah kerugian:RM2. 1 juta

Modus operandi:

Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan
pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka
menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan
menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank.

Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan
bayaran atau menerima saman lalu lintas.Selepas melakukan
pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual,
manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

4) Taktik: Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Jumlah kes: 45
Jumlah kerugian: RM1.6 juta

Modus operandi:

Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau
Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan
pencawang.Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang
RM10,000.

Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun
bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta
mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai
pendapatan.

Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.Kebanyakkan mangsa
adalah penduduk dikawasan kampung.

5) Taktik: Menang hadiah utama loteri
Jumlah kes:135
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta

Modus operandi:

Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya
mereka memenangi hadiah utama loteri enam digit. Anggota sindiket,
termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang
banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka
warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan
meminta bayaran sebanyak RM10,000.Biarpun jumlah itu besar, ia
dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang
kononnya RM200,000.

Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas
dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu
apabila mendapati tiket loteri diberikan sebenarnya tiket
menggunakan jarum dan gam.

6) Taktik: Beli barang runcit dengan cek palsu
Jumlah kes:63
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta

Modus operandi:

Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa
dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala
sebahagaian besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat
yang harus ditubuhkan.

Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku,
manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

7) Taktik: Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Jumlah kes:106
Jumlah kerugian:RM782, 510

Modus operandi:

Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit,kereta dan
komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya
barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit
sebelum barangan dihantar kemudian. Namun,penghantaran tidak dibuat
dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

8)Taktik: Menang peraduan Akademi Fantasia 4 (Af4)
Jumlah kes:330
Jumlah kerugian:RM700, 000

Modus operandi:

Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah
kerana memenangi hadiah peraduan AF4 sebanyak RM9,000 Namun mangsa
perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih
dulu.Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan
tidak diserahkan.Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan
kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil
berat.

9)Taktik: Gores dan menang
Jumlah kes:53
Jumlah kerugian:RM281, 334

Modus operandi:

Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat
awam.Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk
mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan
wang tunai.

Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya
beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat
bayaran tertentu.

Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi
urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

10) Taktik:Tawaran pakej haji dan umrah
Jumlah kes:13
Jumlah kerugian: RM264,000

Modus operandi:

Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat
agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga
murah dan cepat.Namun, selepas mangsa membuat bayaran,pakej
ditawarkan didapati tidak wujud.

Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada di lapangan terbang dan
bersedia memulakan perjalanan.

11)Taktik: Tawaran bantuan kebajikan
dan rumah kos rendah
Jumlah kes:45

Jumlah kerugian:RM178, 000

Modus operandi:

Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang
tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan.
Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah kos
rendah pada harga potongan lebih 70 peratus. Untuk memperolehnya,
mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka
akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian
rumah.

Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank
untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan
mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket
menghilangkan diri.

12)Taktik:Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau
Jumlah kes:6
Jumlah kerugian:RM161, 000

Modus operandi:

Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang
tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa
bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun
tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di
peroleh

Last update: 01-06-2007 15:51

http://www.zaharuddin.net/content/view/482/100/


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 07:42


terima kasih diatas peringatan dan info yang diberikan,semoga selepas ini diharap semua warga UC akan lebih berhati-hati disamping berpesan pada saudara mara terdekat dan rakan taulan supaya tidak tertipu. :jangan: :-D


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.083699 saat. Lajunya....