Oleh |
Komputer kerap diserang virus?? |
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 09-12-08 15:48
Rata-rata orang di Malaysia, ramai yang yang sudah memiliki komputer peribadi sendiri. Ditambah pula dengan harganya yang semakin murah membuatkan komputer peribadi boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.Selaras dengan peningkatan ini, pengguna Internet di Malaysia juga makin bertambah. Tahukah anda, bila komputer peribadi anda sudah bersambung dengan internet, risiko untuk komputer anda terkena virus (dan kawan-kawannya ) juga meningkat? Jangan risau!! Yang penting, anda kenalah amalkan langkah-langkah di bawah ini untuk kurangkan risiko komputer anda dikacau anasir-anasir luar (cewah  ) Langkah 1 - Pasang Antivirus Dan Update Setiap Hari Pastikan anda ada antivirus yang bagus, tidak kiralah sama ada yang percuma atau berbayar (kalau mampu boleh lah beli). Yang percuma pun ada yang bagus juga.Yang penting di sini adalah lakukan update sekerap yang boleh, tidak kiralah apa-apa pun program pun yang anda pakai. Langkah 2 - Pasang Firewall Komputer dengan perisian Windows memang dah didatangkan dengan built-in firewall. Namun, firewall Windows hanyalah asas sahaja. Disyorkan memasang program firewall untuk lebih kawalan dan sekuriti. Kalau tidak mampu untuk keluarkan duit, pakai sahaja yang percuma  Dengan memasang firewall tambahan, apa-apa aktiviti dari luar akan disekat terlebih dahulu oleh firewall. Langkah 3 - Pasang spyware/adware removal Bukan virus saja yang berbahaya, spyware atau adware pun boleh mengancam keselamatan komputer. Ada program antivirus yang menawarkan fungsi ini sebagai tambahan. Program ini juga perlu diupdate selalu selepas memasangnya di komputer.Pastikan selepas memasangnya, scan lah sekurang-kurangnya 2 bulan sekali untuk membersihkan spyware atau adware dalam komputer anda. Langkah 4 - Guna browser selain dari Internet Explorer Untuk makluman anda, banyak pembuat virus menyebarkan virus melalui Internet Explorer kerana penggunanya yang paling ramai di dunia. Dengan menggunakan browser selain dari Internet Explorer, anda dah berjaya mengurangkan risiko diserang virus. Contoh browser yang popular lain adalah Mozilla Firefox. Langkah 5 - Remote Assistance Ada satu fungsi dalam Windows yang membenarkan komputer anda dikawal secara jauh. Fungsi ini lebih berguna untuk komputer yang berada dalam rangkaian komputer (network). Untuk komputer peribadi, lebih baik anda mematikan saja fungsi ini untuk mengelakkan komputer anda dikawal oleh orang lain. Untuk mematikan fungsi ini - Klik kanan ikon My Computer anda.Di menu yang muncul,pilih tab Remote. Buang tanda (/) di kedua-dua kotak remote assistance dan remote desktop. Kemudian klik Ok. Langkah 6 - Scan pendrive/thumbdrive Scan pendrive/thumbdrive rakan-rakan terlebih dahulu sebelum anda buka foldernya.Sebabnya, pemiliknya kadang-kadang tidak sedar thumbdrive nya telah pun dijangkiti. Tips Mudah - untuk elakkan terkena jangkitan virus, cuba biasakan membuka folder dengan klik kanan thumbdrive folder dan pilih open. Jika anda nampak pada menu, ada pilihan autoplay, ada kemungkinan pendrive itu dijangkiti virus. Langkah 7 - Scan fail zip yang anda download Jika anda mendownload fail zip (atau apa-apa format compressed fail) dari sumber yang anda tidak pasti kesahihannya, scan terlebih dahulu fail zip tersebut. Sudah memadai untuk amalkan 7 langkah-langkah asas ini bagi mengurangkan risiko komputer anda terkena jangkitan virus. ----------------- "Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 09-12-08 16:59
BAGUS..BAGUS.. GOD INFO.. SAYA NI JARANG SANGAT nak UPDATE SENDIRI ANTIVIR..MELAINKAN DI OTOMATIK buat SENDIRI..SO..BILA SAYA BAWA LAPTOP NI P mana-mana yang ADA COVERAGE OTOMATIK dia DA UPDATE..Kalau TAK...HMM...DEMAM lah dia..HUHU...
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 09-12-08 20:05
Pada 09-12-08 16:59 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! BAGUS..BAGUS.. GOD INFO.. SAYA NI JARANG SANGAT nak UPDATE SENDIRI ANTIVIR..MELAINKAN DI OTOMATIK buat SENDIRI..SO..BILA SAYA BAWA LAPTOP NI P mana-mana yang ADA COVERAGE OTOMATIK dia DA UPDATE..Kalau TAK...HMM...DEMAM lah dia..HUHU... betul baik pilih antivirus yang boleh update sendiri (otomatik)senang sikit . kalau antivirus kita active (dah update) jika kita tak scan pun bila buka pendrive kalau ada virus antivirus tu otomatik detect virus itu.make sure update kalau tak demam lah jawabnye hehehe. saya cadangkan lebih baik scan saja untuk mengelakkan terjadi perkara tak di ingini pada komputer antum. p/s teringat dulu komp kena serang virus brontok,trojan,wukill worm habis komp tu. peringatan kalau nak simpan fail penting elok simpan pada partition D (Local Disk D) sebabnya kalau format komp fail penting tak hilang sebab time format boleh pilih nak format partition ikut pilihan.selalunya format partition C (Local disk C). saya selalu buat macam ini nak format bila-bila pun boleh fail tak hilang.melainkan dah nyata hard disk tu dah condem hehehe  -----------------
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 09-12-08 20:42
INFO NI MEMANG SANGAT BERGUNA UNTUK MENGELAKKAN DARI LAPTOP KESAYANGAN DEMAM TERUK...
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 09-12-08 22:32
betul...tak kiralah guna antivirus apa pun, yang penting kena selalu update.
|
ashraf
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.12.2003 Ahli No: 5427
Posting: 89
Dari: selangor
|
Posting pada: 09-12-08 23:13
kalau download antivirus,software application,patches,games guna torrent kena alert juga sebab kadang-kadang dah infected dengan malware atau virus...mostly extension file .exe pernah dengar malwarebytes?...try install,.software tu boleh remove malware yang kadang-kadang certain antivirus tak boleh detect.
|
ibnujamil19
Warga Rasmi Menyertai: 12.12.2008 Ahli No: 36280
Posting: 6
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 12-12-08 19:54
Pada 09-12-08 22:32 , broshahir posting:!!! QUOTE !!! betul...tak kiralah guna antivirus apa pun, yang penting kena selalu update. kadang-kadang yang selalu update pun still lagi kena virus  terciptany anti virus disebabkn oleh virus. virus always comes first. bila ada user yang report kat mana-mana company anti virus, barulh depa akan update virus definition depa. so mana-mana komputer yang dah kena infect dulu, kurang bernasib baik. tapi kalau mana-mana yang lambat dan sempat update anti virus sebelum kena, tu boleh di jamin insyaAllah  tapi bagi saya, prevention is always better than cure. 1. jangan buka emel atau download attachment yang bukan2.. 2. jangan pergi kat website yang bukan2 3. biasekn buka pendrive, mp3, external hdd or yang sewaktu dgnny menggunakn address bar. elakkn double click sebab virus akan active bila kita double click saja. contoh paling senang, same macam cd games. bila kita double click saja, terus keluar application untuk install game tu. tapi dalam kes ni, install virus dalam komputerlh harap dapat membantu
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 12-12-08 21:08
ye..betullah...virus comes first... If you updated your software yesterday, and a new virus is found today, your software won't protect you. setiap hari, entah berapa puluh/ratus virus baru dicipta...kalau saya tak silap.. cuma kalau dah selalu update, securelah sikit.. maybe you can read further on this.. http://www.pchell.com/virus/virusupdates.shtml
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 12-12-08 21:24
Dulu pernah juga kena virus. Memang serangan paling teruk saya pernah kena adalah Brontok - variation yang saya kena adalah Brontok_C, Brontok_D, Brontok.1.Gen dan macam-macam lagi... ADEEHH... Itu rasanya... tiga tahun lepas. Yaa, tiga tahun lepas. ADDUUHH, menderita sungguh. Once saya execute C++ atau apa-apa programming application, restart terus PC. ADDUUHH!!! Gelap masa depan!!! Dan saya masih tertanya-tanya, tahap minda atau knowledge manusia manakah yang tinggi sangat niie mampu mencipta virus, worm dan trojan yang pelbagai. WWAAAHH... Kagum sebenarnya dengan capability yang mereka miliki...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 12-12-08 21:26
terima kasih atas info yang berguna..rasanya, info paling berguna dalam ni ialah mengenai cara membuka pendrive agaknya..sebab biasanya, bila buka pendrive, main klik jeq terus..
|
ridz07
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11876
Posting: 102
Dari: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM-KDRI), Kuala Terengganu...
|
Posting pada: 12-12-08 22:01
Pada 12-12-08 19:54 , ibnujamil19 posting:!!! QUOTE !!! Pada 09-12-08 22:32 , broshahir posting:!!! QUOTE !!! betul...tak kiralah guna antivirus apa pun, yang penting kena selalu update.
kadang-kadang yang selalu update pun still lagi kena virus terciptany anti virus disebabkn oleh virus. virus always comes first. bila ada user yang report kat mana-mana company anti virus, barulh depa akan update virus definition depa. so mana-mana komputer yang dah kena infect dulu, kurang bernasib baik. tapi kalau mana-mana yang lambat dan sempat update anti virus sebelum kena, tu boleh di jamin insyaAllah 
tapi bagi saya, prevention is always better than cure. 1. jangan buka emel atau download attachment yang bukan2.. 2. jangan pergi kat website yang bukan2 3. biasekn buka pendrive, mp3, external hdd or yang sewaktu dgnny menggunakn address bar. elakkn double click sebab virus akan active bila kita double click saja. contoh paling senang, same macam cd games. bila kita double click saja, terus keluar application untuk install game tu. tapi dalam kes ni, install virus dalam komputerlh
harap dapat membantu  Ana setuju sangat. Cuma ana nak tambah sikit lah untuk pengetahuan kita bersama. Contohnya kalau kita sambungkan pendrive pada USB port, ia akan menjalankan aktiviti yang telah di'set'kan dalam pendrive tersebut atau disebut sebagai autorun. Jika pendrive mengandungi virus, ia akan terus install dalam komputer kita. Jadi selain guna address bar untuk buka pendrive, kita juga boleh biasakan dengan right click, then pilih Open. Elakkan ketika nak buka pendrive: 1. Double click 2. Tekan Enter 3. Guna menu Autoplay Tapi biasakan dengan : right click, then pilih OpenSekadar perkongsian,.... Wallahu a'lam ----------------- العمل لله شعارنا , العمل لله شعارنا
|
ibnujamil19
Warga Rasmi Menyertai: 12.12.2008 Ahli No: 36280
Posting: 6
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 13-12-08 07:04
setuju dengan rids07
|