Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jiran adalah lebih berharga berbanding saudara jauh
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 77
Ahli: 0
Jumlah: 77




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 2 hari yang lalu
Muslim1987: 8 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

Please Mendaftar To Post


Oleh TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 14:06


3 terbunuh, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Dec 6, 08 8:13am | malaysiakini.com

Terkini 2.50pm Tiga orang dilaporkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini, termasuk seorang ibu dan anaknya.

/

Manakala lapan orang lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.

Sultan Selangor turut berangkat meninjau tempat kejadian.Turut ke tempat kejadian ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian berkata 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.

/

Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi.

PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.

/

Salah sebuah banglo terlibat ialah milik ketua setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

/

Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Thajudeen tidur di rumah ibu

Sementara itu, menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab terselamat dari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pagi tadi kerana berada di rumah ibunya di Kampung Baru di sini, semasa kejadian itu.

Mohamed Thajudeen berkata beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.

Katanya beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 pagi oleh jiranya dan tiba di tempat kejadian pada lima pagi.

Mohamed Thajudeen yang sudah menetap di rumah itu selama 20 tahun berkata beliau terkejut melihat apa yang berlaku setibanya di situ.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana terselamat dari kejadian ini.Mungkin ini adalah hikmah Tuhan yang menyebabkan saya tinggal di rumah ibu dan tak bagi saya tinggal di Bukit Antarabangsa (pada masa kejadian)," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 14:09


Tanah runtuh: 3,000 penduduk diarah berpindah
Dec 6, 08 1:28pm | malaysiakini.com

Seramai 3,000 hingga 5,000 penduduk di kawasan perumahan bertingkat berhampiran lokasi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa telah diarahkan supaya berpindah segera.

Kor Kejuruteraan Angkatan Tentera Malaysia sedang membuat laluan pejalan kaki bagi tujuan memindahkan penduduk terlibat, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang turut melawat tempat kejadian berkata terdapat penduduk yang masih enggan berpindah.
    
"Kita meminta penduduk berhampiran agar berpindah kerana dilaporkan masih terdapat pergerakan tanah berlaku," katanya.
    
Beliau juga berkata kerajaan Selangor telah menyediakan penempatan sementara untuk menempatkan mereka.

Kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.
    
Mereka yang terperangkap dan juga pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif memandangkan jalan utama ke kawasan itu tidak dapat dilalui.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membenarkan mana -mana pembangunan dijalankan di kawasan berbukit berisiko tinggi bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berulang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, katanya, pemaju diminta jangan lagi menekan kerajaan untuk melobi bagi mendapatkan kelulusan untuk membangunkan sesuatu projek dikawasan itu.

"Saya fikir tidak ada alasan lagi untuk jalankan pembangunan di atas tanah yang curam dan tinggi yang berisiko tinggi. Ambil sikap pencegahan adalah lebih baik daripada sesuatu kejadian yang mungkin berlaku.

"Kita perlu belajar atas apa yang berlaku termasuk kejadian hari ini,"
katanya ketika ditemui meninjau lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini. Turut melawat ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib berkata tidak mustahil pemaju akan terus menghantar permohonan selepas insiden tanah runtuh sedemikian, reda.

"Ingatan manusia ini pendek. Tiga, enam bulan bila orang dah lupa, pemaju akan sorong permohonan dan melobi supaya diluluskan, tidak belajar apa yang berlaku," katanya.

Sehingga 10.30 pagi tadi, polis mengesahkan tiga orang telah terkorban dalam kejadian itu yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi itu berlaku ketika kebanyakan penduduk di kawasan perumahan itu sedang tidur apabila lereng bukit berhampiran runtuh dan menimbuskan banglo-banglo berkenaan.

Najib turut meminta supaya kerajaan tidak dipersalahkan sekiranya sesuatu kawasan yang telah tidak dibenarkan dilakukan pembangunan, tidak lagi berisiko selepas ini.

"Kita terpaksa ambil pendirian kalau terbukti kawasan itu berisiko tinggi. Kalau tidak boleh diterima, mereka yang tinggal di kawasan itu kena terima hakikat bahawa mereka mungkin terdedah kepada bahaya," katanya.

Berhubung kejadian itu, Najib berkata pihak pakar akan dilantik untuk menilai kawasan itu berikutan kawasan tersebut dilihat sangat berisiko tinggi selepas dua kejadian tanah runtuh berlaku sebelum ini.

Najib turut berpuas hati dengan tindakan pantas pasukan keselamatan menangani keadaan.

Katanya operasi menyelamat terpaksa dilakukan secara berhati-hati kerana kawasan itu masih belum stabil.

Kerajaan juga telah mengambil langkah memindahkan lebih daripada 2,000 penghuni satu blok kondominium yang terletak berhampiran kawasan kejadian, katanya.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 15:44


Assalamualaikum

Ana terkejut dengan berita ni sbnaqnya...
dalam pada masa yang sama risau dengan keadaan babah dan umi yang ggal di bukit utama...tapi alhamdulillah sewaktu mghubungu umi tadi...depa selamat dan sekarang dalam pjlnan trun dr bukit nak ke gombak..rumah kakak ana..buat smntara depa akan duduk di sana..
umi bagitahu ana tadi elektrik dah lma trputus dan air pun akan diputuskan...

moga mgsa yang masih terprangkap dapat diselmatkan..amin


-----------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah.. Jangan undur.. Biar masa berganti aqidah jangan mati.. Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 16:40


Foto-foto kejadian ehsan forumer pria_malaya08 "tranungkite.net" :

/ / /


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 16:43


/

/

/


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 16:46


/

/

/


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 16:51


/

/ /


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 16:54


/

/

/

/


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 17:03


Mangsa ditemui masih pegang telefon
Dec 6, 08 4:26pm | malaysiakini.com

Dua daripada mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dikenali sebagai Shaiful Khas Shahrudin, 20, dan seorang doktor haiwan, S Yogeswari, 40.

Bapa Shaiful, Datuk Shahrudin Adnan, 63, berkata masa kejadian pukul 3 lebih itu, beliau terdengar anaknya memekik dan berkata rumah mereka bergegar dan bergerak.

"Ketika gelongsoran pertama saya masih terdengar suaranya, sehinggalah gelongsoran yang ketiga," katanya, lapor Bernama.

Shahrudin berkata, anak bongsunya dari dua orang adik-beradik itu, Shaiful Khas Shahrudin, 20, dipercayai tertimbus selepas runtuhan ketiga di banglo dua tingkat mereka.

"Saya menggunakan telefon bimbit untuk mengesan anak saya yang tertimbus. Shaiful kemudiannya ditemui dengan tangannya yang sejuk dan masih memegang telefon bimbit, dan dia disahkan telah meninggal dunia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, hari ini.
    
Shaiful Khas adalah antara tiga orang yang dilaporkan terkorban setakat 10.30 pagi tadi dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama pada jam 4 pagi tadi.
    
Shahrudin berkata beliau bersama isteri dan seorang anak saudara mereka berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui bumbung.

"Penghuni di apartmen hadapan rumah kami menghubungi polis dan bomba. Bila bomba sampai baru saya dapat mengesan anak saya melalui deringan telefon bimbit yang dipegangnya ketika itu," katanya.
    
Beliau berkata malam tadi, anaknya memberitahu dia mahu tidur di tingkat bawah sementara beliau sendiri bersama isterinya serta anak saudara mereka itu tidur di tingkat atas.
    
Beliau berkata kejadian mungkin berpunca daripada projek perumahan yang terbengkalai di atas bukit sejak 10 tahun lepas.
    
"Ada enam unit rumah di atas, mungkin disebabkan tidak dapat menahan unit rumah tersebut, menyebabkan runtuhan tanah berlaku," katanya yang menginap di situ sejak 13 tahun lepas.
    
Katanya sebelum ini berlaku gegaran kecil pada bukit itu tetapi disangka berlaku kejadian lebih buruk seperti hari ini.

Cuba selamat anak

Yogeswari, 40, pula turut maut semasa cuba menyelamatkan anaknya Thidesh, 10, dalam suasana gelap di rumah mereka akibat terputus bekalan elektrik.
    
Bagaimanapun suami mangsa, yang hanya dikenali sebagai Thanarajah, 40, berjaya menyelamatkan anaknya itu tetapi gagal menyelamatkan Yogeswari.
    
Thanarajah, seorang jurutera berkata dalam keadaan panik itu, beliau turut sempat menyelamatkan dua lagi anaknya, Avinesh, 11, dan Priyanka, 3.
    
"Saya masuk semula ke dalam rumah untuk selamatkan anak saya yang berusia 10 tahun (Thidesh), dan bila saya masuk kali ketiga untuk menyelamatkan isteri saya, saya terperangkap di dalam rumah," katanya kepada pemberita dalam keadaan sedih di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).
    
Kesemua anaknya cuma cedera ringan dan kini dirawat di HKL, katanya.
    
Thanarajah berkata ketika kejadian, rumahnya yang agak hampir dengan kaki bukit bergegar sebelum lantai rumah mereka mengelongsor.

"Waktu itu saya tengah tidur, kemudian terdengar bunyi dentuman kuat berhampiran bukit. Saya selamatkan anak-anak, namun ketika saya hendak menyelamatkan isteri saya, saya terperangkap di dalam rumah dan kemudian diselamatkan oleh bomba," katanya yang cedera di tangan.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 17:44


innalillah...dasyat sungguh...seolah-olah mengulangi tragedi highland towers 15 tahun lalu...
takziah atas mangsa2 yang terlibat... ada tak antara warga ukhwah ni turut sama terbabit?? ukhwah pula tak ada ke nak tubuhkan skuad penyelamat sendiri..? anyway ingat2 allah senantiasa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 06-12-08 18:34


Assalamualaikum
pasti, dan pasti...ada hikmah dan pengajaran yang sangat besar tersembunyi di sebaliknya..bukan sekadar "pembangunan" di kawasan yang berisiko tinggi..malah lebih dari itu..
nauzubillahhi min dzalik...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 18:40


Wa alaikumusalam wbt

Saya bersetuju dengan pendapat jurutera awam sayatetapsaya....


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 20:46


ambil pengajaran daripadanya......
segalanya milikNya...

setiap yang berlaku...pasti....?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

mujahadah_solehah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.10.2008
Ahli No: 35601
Posting: 49
Dari: UKM, Bangi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-12-08 21:17


itu yang kita lihat masa bumi masih bernyawa..
Bayangkan sahabat-sahabat..
Waktu hari kiamat kelak...
lebih dasyat daripada yang kita lihat sekarang..
sesungguhnya janji Allah itu pasti..
Banyak dah Allah bagi 'hint' tapi, kita sebagai manusia..
masih..dan masih...lalai dan terleka..
Allahuakhbar..!!
Tak perlu menuding jari pada orang lain
Lihat lah pada diri kita sendiri..

Ayat Al Quran yang menerangkan tentang hari kiamat:

1- Al Ma´aarij : Ayat 8-10

Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak, dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang berterbangan), dan tidak ada seorang teman akrabpun menanyakan temannya (QS. 70:8-10)

2- Al Muzzammil : Ayat 14

Pada hari bumi dan gunung-gunung bergoncangan, dan menjadilah gunung-gunung itu tumpukan-tumpukan pasir yang berterbangan. (QS. 73:14)

3-    Al Waaqi’ah : Ayat 4-6

Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang beterbangan (QS. 56:4-6)

4-     Ath Thuur : Ayat 9-12

Pada hari ketika langit benar-benar bergoncang, dan gunung benar-benar berjalan. Maka kecelakaan yang besarlah di hari itu bagi orang-orang yang mendustakan, (yaitu) orang-orang yang bermain-main dalam kebathilan (QS. 52:9-12)


-sama- sama kita muhasabah diri kita...setiap yang berlaku pada kita atau orang lain adalah suatu peringatan dr ALLAH kepada hambaNYA.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah_solehahProfil   Hantar PM kepada mujahadah_solehah   Pergi ke mujahadah_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 21:21


Benar...itu hanya masih berupa goncangan yang kecil....begitu juah dengan goncangan hari qiamat...apa pun jadikan lah ia sebagai iktbar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-12-08 21:23


Peringatan daripada Allah kepada semua hambanya...moga kita pun dapat ambil iktibar...

Tapi pagi tadi masa dok buat lintas langsung dr TV1, ada seorang hamba allah bagi pandangan yang buat terkesan di sudut hati..katanya..memang semua pergerkan tnah, lepas itu aliran air di bawah tanah...dengan semua batu batan yang dah kurang adalah asbab kejadian saja...tapi mungkin boleh fikir kan balik...dengan keadaan tempat yang orgnya tak berapa nak berjemaah..solat pun tak kompem, dengan maksiat mungkin Allah nak bagi ujian sikit bagi ingatna pada hambanya yang terselamat...yang terkorban moga ruh mereka dicucuri rahamat...

Wallahu 'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

mujahadah_solehah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.10.2008
Ahli No: 35601
Posting: 49
Dari: UKM, Bangi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-12-08 21:32


Betul tu..semua ini penyebab kejadian saja...

lupa kah kita dengan kejadian TSUNAMI???

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah_solehahProfil   Hantar PM kepada mujahadah_solehah   Pergi ke mujahadah_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 07:17


Pada 06-12-08 17:44 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

innalillah...dasyat sungguh...seolah-olah mengulangi tragedi highland towers 15 tahun lalu...
takziah atas mangsa2 yang terlibat... ada tak antara warga ukhwah ni turut sama terbabit?? ukhwah pula tak ada ke nak tubuhkan skuad penyelamat sendiri..? anyway ingat2 allah senantiasa...


tak terbabit. tapi ada sepupu kawan kakak saya yang terbabit dan musnah rumahnya. tapi semuanya terselamat sebab satu keluarga sedang berada di singapore pada waktu kejadian.

sana rumah2 mewah, rumah orang-orang kaya dan rumah dato-dato. huhu... renung-renungkan sendiri... moga menjadi hikmah dan pengajaran buat kita dan mereka.

p/s: rumah saya pun bawah bukit.. adesss jangan lah terjadi apa-apa bencana. AMIN..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 07:21


memang terlalu terkejut dengan apa yang berlaku. bila mendapat tahu tentang hal ni terus teringat dengan ofismate yang sememangnya tinggal di kawasan B.A...alhamdulillah, dia dan keluarganya selamat sebab rumah yang didiami tidak terlibat dengan tragedi namun turut diarah berpindah.

kalau tak silap dalam minggu ni sudah 2 kejadian tanah runtuh, salah satunya di ulu yam..seorang ibu terpaksa meredah jalan yang berlumpur dan becak sejauh 3 kilometer untuk meminta bantuan kerana banglo yang didiami ditimpa tanah runtuh..2 daripada 5 anaknya meninggal dalam kejadian. :-(


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 09:22


agak berdekatan ...masa nak keluar balik kampung semalam sempat singgah..
jalan-jalan dalam ditutup.. barang2 keperluan untuk mangsa sedang dibawa keluar dari giant yang berdekatan..



**erm.. bila musibah menimpa sememangnya iktibar harus diambil.. namun harap jangan sewenang2 menjatuhkan hukuman pada mangsa hanya kerana tinggal di kawasan mewah.. dikaitkan dengan maksiatnya.. solatnya....
orang yang ditimpa musibah elok didoakan supaya mempermudahkan perjalanannya... dan seandainya mereka terleka..doakan keinsafan mereka...jangan disebut2 sangkaan buruk terhadap mangsa.. tak elok tu..
solat dan ibadat tidak diukur dengan harta.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 11:30


Memang kita semua dikejutkan dengan musim Tanah Runtuh..

3 kes dalam seminggu. Prof tengok berita ni semalam semasa dalam singgah makan dan solat di Chendor. Kebetulan semua kat kedai tengah berborak dan pandang berita dengan rasa terkejut. Ingatkan di negara luar, rupa-ruoanya dinegara kita sendiri..


Masa dalam hati prof terdetik dalam hati, "Lagi?"

Apapun salam takziah buat keluarga mangsa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 12:39


Takziah untuk keluarga mangsa tanah runtuh, yang tercedera, yang kehilangan harta benda dan terutamanya yang kehilangan nyawa. Moga digantikan dengan dengan yang lebih baik lagi.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 13:21


Pada 06-12-08 16:46 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!



/



rumah atas bukit dekat lereng yang runtuh tu rumah ana di BA..kebetulan adik beradik yang lain di kelantan dan ana di rumah bawah...hanya ada umi dan babah ana di rumah BA..

tak terbayang ana kalau lereng tu pun runtuh sekali...alhamdulillah tiada kecederaan umi dan babah..


-----------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah.. Jangan undur.. Biar masa berganti aqidah jangan mati.. Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 16:20


bukan sekali da jadi..d banyak kali...tapi kenapa tak dimbil tindakan..katanye pusat geologi da tau status tempat kat situ..namun ada jugak ruma2 yang naik yang telah diluluskan oleh MPT ......takkan mereka tak ada rekod tentang kawasan tana kat situ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 11:55


Pada 06-12-08 21:23 , lat-terang posting:

!!! QUOTE !!!

Peringatan daripada Allah kepada semua hambanya...moga kita pun dapat ambil iktibar...

Tapi pagi tadi masa dok buat lintas langsung dr TV1, ada seorang hamba allah bagi pandangan yang buat terkesan di sudut hati..katanya..memang semua pergerkan tnah, lepas itu aliran air di bawah tanah...dengan semua batu batan yang dah kurang adalah asbab kejadian saja...tapi mungkin boleh fikir kan balik...dengan keadaan tempat yang orgnya tak berapa nak berjemaah..solat pun tak kompem, dengan maksiat mungkin Allah nak bagi ujian sikit bagi ingatna pada hambanya yang terselamat...yang terkorban moga ruh mereka dicucuri rahamat...

Wallahu 'alam



ini merupakan peringatan awal ,mungkin ada yang lagi besar sekiranyaada golongan yang masih tak sedar lagi,apapun banyakan berdoa moga di jauhkan dari semua ini

p/s teringat kejadian bulan tersenyum baru-baru ini(mungkin satu petanda) :berfikir:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 20:36


KeADILan ucapkan takziah, Bantuan diperlukan segera
Ahad, 7 Disember 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional
/

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim mendengar taklimat daripada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim ketika lawatan beliau tengah hari tadi

KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER (sekolah) - KeADILan merakamkan simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa dalam tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa semalam. Tragedi tersebut telah menyebabkan kematian empat orang dan kehilangan tujuh orang penduduk setakat ini.

Menurut Ketua Penerangan KeADILan sebuah pusat operasi penyelamatan telah ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat di bawah pengelolaan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali semalam bagi mengumpul sumbangan daripada orang awam dan mengelolakan gerak kerja bantuan serta keselamatan.

“Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan ataupun menjadi sukarelawan, khususnya mengawasi keselamatan pada waktu malam, sila hubungi Angkatan Muda KeADILan pada talian 019-2952065 atau 017-6030093; dan Wanita KeADILan 019-243657,” katanya.

Keperluan seperti generator, lilin, pembuka tin, lampu suluh dan pemanas air amat diperlukan segera tapak pencarian.

Mengulas mengenai kejadian ini, Tian Chua berkata, tragedi tersebut berlaku bukan semata-matanya disebabkan oleh cuaca buruk dan hujan lebat pada awal pagi hari Sabtu, tetapi ini adalah bukti kegagalan Kerajaan Negeri Selangor yang lalu dibawah pemerintahan Barisan Nasional yang banyak meluluskan projek perumahan di lereng bukit.

Tambahnya lagi, KeADILan kesal dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor dibawah Barisan Nasional sebelum ini yang tetap meluluskan projek pembangunan di lereng bukit selepas tragedi Highland Towers tanpa mengira keselamatan penduduk. Ini amat berbeza dengan pendirian yang berpandangan jauh dari Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat yang mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional selepas 8 Mac.

“Kenyataan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri semalam agar menghentikan semua projek pembangunan di lereng bukit sekitar Bukit Antarabangsa telahpun terlambat kerana tragedi ini bukan pertama kali berlaku di kawasan tersebut,” tabahnya.

Mesyuarat Exco telah memutuskan bahawa kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan projek pembangunan di lereng bukit yang mempunyai kecenderungan 25 darjah ke atas mulai pada 2 April 2008.

“KeADILan bukan menentang pembangunan tetapi pembangunan mesti mengambil kira semua faktor terutamanya keselamatan dan bukan keuntungan pihak tertentu semata-mata. Tragedi di Bukit Antarabangsa jelas memecahkan mitos pembangunan yang sering digempar gempurkan oleh Barisan Nasional,” katanya lagi

sumber dari suara keadilan online


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 22:02


takziah diucapkan buat keluarga mangsa yang terlibat.......
sememangnya apa yang telah ditakdirkan itu pasti akan.....
maka yang hidup mestilah ambil peringatan atas segala pengajaran yang telah dizahirkan oleh Yang Maha Esa.............
sesungguhnya peringatan itu berguna bagi mereka yang mahu berfikir.....

p/s: namun lagi ramai yang tak ambil endah pengajaran ni kan.....Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 22:19


Pada 06-12-08 21:23 , lat-terang posting:

!!! QUOTE !!!

Peringatan daripada Allah kepada semua hambanya...moga kita pun dapat ambil iktibar...

Tapi pagi tadi masa dok buat lintas langsung dr TV1, ada seorang hamba allah bagi pandangan yang buat terkesan di sudut hati..katanya..memang semua pergerkan tnah, lepas itu aliran air di bawah tanah...dengan semua batu batan yang dah kurang adalah asbab kejadian saja...tapi mungkin boleh fikir kan balik...dengan keadaan tempat yang orgnya tak berapa nak berjemaah..solat pun tak kompem, dengan maksiat mungkin Allah nak bagi ujian sikit bagi ingatna pada hambanya yang terselamat...yang terkorban moga ruh mereka dicucuri rahamat...

Wallahu 'alam
mana punya "fakta" yang hang ambil ni.....?


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-12-08 22:20


Pada 08-12-08 11:55 , wafie posting:

!!! QUOTE !!!


p/s teringat kejadian bulan tersenyum baru-baru ini(mungkin satu petanda) :berfikir:
Errr... kejadian bulan senyum tu akan berlaku setiap lima tahun sekali....


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-08 13:56


Bala Allah tidak mengenal sesiapa, sama ada hamba yang taat atau durjana.

Apa yang penting kita mesti sentiasa bersyukur dan redha dengan ketentuanNya. Paling penting jangan cuba mencabar kuasa Allah dan mengingkariNya. Insya Allah kita selamat.

Mari sama-sama kita berdoa kepadaNya agar kita semua tidak dihukum dan ditimpa dengan bala yang tidak sanggup kita hadapi. Amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-08 14:01


Hujan sukarkan usaha cari amah

/
ANGKUT...penduduk yang terperangkap membawa barangan
mereka keluar dari Taman Bukit Mewah, semalam.

HULU KLANG: Usaha mencari dan menyelamat seorang pembantu rumah yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan agak sukar berikutan hujan lebat tanpa henti sejak jam 4 pagi semalam.

Hujan turut menyebabkan runtuhan kecil selain wujud kolam air pada tapak bencana sekali gus menyukarkan usaha mencari mangsa yang masih tertimbus di Taman Bukit Mewah di sini.

Biarpun harapan hidup tipis, mangsa dikenal pasti sebagai pembantu rumah mendiang Dr dan Yogeswari, 40, yang ditemui maut Sabtu lalu, dipercayai berada di tapak banglo sama tempat majikannya dijumpai.

Difahamkan, operasi bermula jam 9.30 malam kelmarin, sejurus keluarga doktor berkenaan mula menyedari sesuatu tidak kena berhubung kehilangan pembantu rumah warga Sri Lanka itu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pasukan penyelamat sebelum ini menghentikan operasi mencari sekitar jam 6.30 petang kelmarin.

Namun, katanya, kerja menyelamat disambung semula tiga jam kemudian apabila polis menerima laporan kehilangan seorang pembantu rumah warga Sri Lanka di tempat kejadian.

Menurutnya, operasi bermula sejurus laporan polis itu memaklumkan wanita itu dipercayai berada bersama Dr Yogeswari yang terkorban dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata, polis menerima laporan kira-kira jam 8.30 malam daripada seorang kenalan doktor berkenaan yang mendakwa mangsa turut berada dalam rumah nombor 1, Jalan Bukit Mewah itu.

Difahamkan, mangsa sudah bekerja hampir enam tahun dengan doktor berkenaan.

“Sehingga kini, kami (polis) belum menemui sebarang petunjuk baru dan akan mempergiatkan operasi mengesan kedudukan sebenar mangsa.

“Selain itu, kami juga tidak menerima sebarang maklumat jika ada lagi mangsa lain yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Khalid, operasi itu tertumpu di lokasi mendiang ditemui dan pasukan SAR akan lebih berwaspada berikutan hujan berterusan selain pergerakan tanah seperti dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini.

Sementara itu tinjauanHarian Metro mendapati operasi mencari dan menyelamat terhenti beberapa kali berikutan hujan lebat yang menyukarkan pasukan SAR mengesan mangsa.

Selain itu, beberapa kejadian runtuhan tebing bukit turut menyebabkan pasukan SAR mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak runtuhan susulan berlaku.

Beberapa lori membawa batu-bata dilihat memasuki kawasan tragedi dipercayai untuk membuat jalan alternatif bagi membolehkan penduduk yang terputus hubungan dapat keluar.


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-08 14:14


Bukit Antarabangsa: Operasi masih diteruskan
Mohd Khalil Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
itu | Dec 09, 08 | 9:42:18 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) - Ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, aktiviti di kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa masih kelihatan berjalan dengan rancak.

Operasi mencari dan menyelamat yang disambung semula dari pukul 9.30 malam semalam masih berlarutan sehingga kini walaupun hujan turun sepanjang hari, dengan tumpuan diberikan kepada usaha mengesan seorang mangsa warga Sri Lanka yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan banglo yang tertimbus dalam kejadian itu.

"Bilangan anggota pasukan operasi tidak kurang dan masih kekal walaupun hari ini hari raya," kata Ketua Polis Selangor Dato' Khalid Abu Bakar ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut laporan agensi berita, kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan dari pasukan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan.
/
Namun sehingga kini usaha mencari warga Sri Lanka itu masih belum membuahkan sebarang hasil, dan bilangan yang maut dalam tragedi itu masih kekal empat orang setakat ini.

"Kami masih belum jumpa apa-apa dari alat pengesan yang digunakan tetapi pasukan penyelamat akan terus mencari," kata Khalid.

Mereka yang terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menimbuskan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama awal Sabtu lepas ialah Dr Yogeswari, 40, akauntan Eng Yee Peng, 30, Shaiful Khas Dato' Shahrudin, 20 dan warga Indonesia Surinah, 30an.

Sementara itu dalam usaha memindahkan penduduk di kawasan perumahan berhampiran dengan kawasan tanah runtuh, satu lagi laluan denai baru mula dibuka mulai 7.30 malam semalam.

Khalid berkata laluan sejauh 250 meter itu boleh dilalui kenderaan penduduk untuk berpindah dari kawasan kediaman terbabit, seperti Kyoto Garden, dan ia akan dibuka 24 jam.
/

Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan laluan utama ke beberapa kawasan perumahan di kawasan Bukit Antarabangsa terputus dan beribu-ribu penduduk terperangkap.

Tenaga Nasional Bhd pula berjaya memulihkan bekalan elektrik kepada kira-kira 1,500 rumah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu, petang semalam.

Antara kawasan yang sudah menerima kembali bekalan elektrik itu ialah Taman Puncak Bukit Utama, Taman Bukit Jaya, Kondo Casa Desol, Jalan Bukit Utama, Southern Heights, Kyoto Garden, Kyoto Garden club, Taman Bukit Utama dan kondominium Oakleaf.

Walaupun berdepan dengan bencana serta keadaan cuaca hujan, penduduk Islam di sekitar tempat kejadian beramai-ramai menunaikan solat sunat Aidiladha di surau Addinniah yang terletak 500 meter dari tempat kejadian itu, sementara mereka yang terperangkap menunaikannya di Masjid Al-Hidayah


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-08 15:00


Penduduk diminta guna saluran betul dapatkan bantuan


KUALA LUMPUR: Penduduk yang mempunyai masalah berhubung kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Sabtu lepas, dinasihati supaya menggunakan saluran yang betul untuk mendapat bantuan dan penerangan.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta pusat penerangan yang disediakan di tempat kejadian sedia memberi panduan dan bantuan yang mereka perlukan.

“Semua kemudahan disediakan tetapi tidak digunakan sepenuhnya oleh mereka.

Tolong jumpa pihak yang bertanggungjawab dan pusat-pusat penerangan yang ada.


Saya tidak faham Kenapa mereka masih ingin meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap kami.

“Bantuan pasti akan dapat jika mereka ikut arahan dan guna saluran tepat.

Tak kisah laporan kehilangan barang atau apa-apa pun, pihak berkuasa akan bantu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata dakwaan seumpama itu seolah-oleh menunjukkan pihak berkuasa tidak menjalankan tugas yang diberikan dan ia boleh mewujudkan satu keadaan yang tidak tenteram.

Khalid berkata terdapat segelintir penduduk yang mendakwa bahawa mereka tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini oleh pusat operasi SAR.

“Maklumat itu tidak betul, memandangkan pegawai-pegawai Jabatan Penerangan sentiasa mengumumkan perkembangan melalui pembesar suara di kawasan-kawasan yang terjejas. Satu pertemuan akan diadakan di kalangan pihak berkuasa dan penduduk terbabit bagi membincangkan permasalahan mereka,” katanya.

Sementara itu beliau berkata operasi di kawasan tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, kini ditumpukan kepada tiga perkara iaitu SAR, pengosongan rumah dan pemulihan.

Beliau berkata pada masa ini operasi SAR diteruskan di kawasan terbabit dan tempoh bila operasi itu akan tamat masih belum dibuat.

Selain itu pasukan SAR akan membawa pemilik rumah untuk pulang ke kawasan rumah mereka yang runtuh untuk mencari barangan atau dokumen penting.

“Mereka hanya akan dibawa sekiranya keadaan benar-benar selamat dan hari ini mungkin mereka akan dibawa naik atas,” katanya. - Bernama


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-12-08 15:06


70 cerun berisiko runtuh
/

WALAUPUN kawasan kediaman mereka masih tidak menentu, penduduk Taman Bukit Mewah tetap bersama-sama berjemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Addinniah, Bukit Antarabangsa, semalam.

Struktur tanah di kawasan Bukit Antarabangsa perlu diuji: Pakar

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Bukit Antarabangsa dekat sini yang mengalami kejadian tanah runtuh Sabtu lalu, dikenal pasti mempunyai lebih 70 cerun yang perlu dikaji ketahanannya bagi memastikan keselamatan kira-kira 5,000 penduduk di situ.

Kajian itu penting kerana kawasan bukit berkenaan dan sekitarnya terbentuk daripada gabungan struktur berpasir dan keladak yang tinggi, manakala kandungan tanah liatnya pula rendah, sekali gus mudah runtuh jika dilanda hujan berpanjangan.

Pakar kaji bumi berpendapat, kestabilan struktur setiap cerun di kawasan itu perlu dipastikan bagi membolehkan risiko keruntuhan tanah dan langkah pencegahan yang berkesan dapat diambil untuk menjamin keselamatan penempatan terbabit.

Pengarah Pusat Penyelidikan Hakisan Tanah Negara (Nasec) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Roslan Zainal Abidin, berkata tanah runtuh Sabtu lalu berlaku kerana hujan berlarutan lima hari dengan jumlah taburan lebih 70 milimeter (mm).

"Jika kita imbas kembali tragedi Highland Towers yang runtuh di kawasan berkenaan pada Disember 1993, jumlah hujan yang mengakibatkan pergerakan tanah sehingga meruntuhkan bangunan itu hanya 30 mm.

"Hakikatnya, kajian kebolehruntuhan tanah di kawasan sekitar Bukit Antarabangsa, termasuk Highland Towers dan Taman Hillview sudah membuktikan struktur tanah di ketiga-tiga kawasan terbabit berisiko tinggi.

"Bagaimanapun, penduduk masih boleh terus menetap di situ, asalkan kerajaan dan pemaju menstruktur semula seluruh kawasan terbabit dengan membahagikannya kepada beberapa zon mengikut tahap risiko.

"Penanaman pokok dan pembinaan tembok penahan saja sebenarnya tidak cukup untuk mencegah runtuhan tanah jika sistem saliran air bawah tanah di situ tidak diperbaiki secara sistematik," katanya ketika dihubungi, semalam.

Pandangan Roslan dipersetujui Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (Lestari), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo, yang mencadangkan setiap daripada 70 cerun yang dikenal pasti itu dikaji secara berasingan.

"Pengurusan dan inventori cerun di kawasan Bukit Antarabangsa boleh membantu pihak berkuasa mengenal pasti kawasan yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh untuk memberikan amaran awal kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di kawasan itu yang dihentikan selepas empat mangsa ditemui kelmarin, disambung semula malam semalam berikutan maklumat mungkin ada seorang lagi mangsa masih terperangkap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengetuai SAR itu berkata, pihaknya mendapat laporan bahawa pembantu rumah mendiang doktor veterinar, dan Yogeswari, 40, yang terkorban dalam kejadian itu, masih hilang.

"Berdasarkan maklumat itu, SAR kini ditumpukan di sekitar kawasan rumah nombor 1, Jalan Bukit Mewah untuk mencari mangsa, seorang warga Sri Lanka berusia 30-an yang sudah bekerja di situ sejak enam tahun lalu," katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan semalam terpaksa dihentikan dua kali selepas Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mengesan berlaku pergerakan tanah yang besar sehingga boleh mengancam keselamatan pasukan SAR.

Dalam pada itu, kira-kira 3,000 penduduk kawasan berkenaan yang sebelum ini terputus hubungan menarik nafas lega apabila satu lagi laluan alternatif yang menghubungkan Taman Bukit Mewah ke Apartmen Impiana Selatan, berjaya dibina petang semalam.

Laluan alternatif sepanjang 300 meter itu dibuka pada jam 6.30 petang selepas 20 struktur khas yang dikenali sebagai 'Mobemat' berukuran 14.7 meter (m) panjang dan 4.2m lebar dipasang oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada 1,500 penduduk yang terputus bekalan berkenaan sejak kejadian Sabtu lalu. Naib Presiden (Pembahagian) TNB, Azman Mohd, berkata bekalan pulih jam 5.26 petang.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

mujahidah_Dungun
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2007
Ahli No: 28732
Posting: 137
Dari: uum

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-12-08 18:59


SUBHANALLAH..
kawan sekerja saya, my senior terlibat sama.sekarang dah boleh keluar dari kawasan tu ..cuma perlukan masa untuk bekerja semula
marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua saudara islam kita yang terlibat, mudah-mudahan diberi KEKUATAN dan KESABARAN oleh ALLAH SWT, agar tabah menempuh dugaan ini...

sama-sama kita doakan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_DungunProfil   Hantar PM kepada mujahidah_Dungun   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 09:48


Kes saman menyaman pula timbul.. masing-masing menyalahkan antara satu sama lain.. sama -sama kita doa moga segalanya terpelihara dan dalam rahmat kasihNya..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI [email protected] ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 12:07


sama-sama kita doakan saudara kita yang dalam kesusahan..cuba kita bayangkan kalau kita ditempat mereka..masyaAllah..itulah pengorbanan yang terpaksa ditempuh buat penduduk bukit antarabangsa..takziah buat keluarga mangsa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 12:09


eerrmm... salam takziah buat semua mangsa yang terlibat.

memang diluar jangkaan.
segala-gala yang berlaku, ada hikmahnya yang tersendiri...
hhmmm....

semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi perkara ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 12:16


Assalamualaikum

Sedekah Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban...

Ada hikmah disebalik bencana alam ini yang Allah nak tunjukkan...

Melayu, Cina, India.... perlu saling toleransi, hidup bermasyarakat....

Kita bantu sekadar kemampuan yang kita ada...


---------------------------------------------------------------
"Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya"

http://luqiem-muqaddimah.blogspot.com/
http://onlinejobhomebusines.blogspot.com/


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

nauwar
Warga Rasmi
Menyertai: 07.12.2008
Ahli No: 36219
Posting: 17
Dari: bukit rambai? krubong?

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 12:42


Assalamualaikum
Takziah ana ucapkan kepada mangsa...

Sudah pasti ALLAH memberikan ujian agar hamba-hambanya sentiasa bersabar dan mengingatiNYA selalu...
Merintihlah,mengadulah kepadaNYA>>Sesungguhnya DIA MAHA MENDENGARkan segala rintihan dan aduan hamba-hambaNYA...
Dan yang paling penting bersangka baiklah kita dengan ALLAH
Semoga tragedi ini dapat mendekatkan kita kepada ALLAH TAALA..
dan kita yang tidak ditimpakan musibah ini... Marilah sama-sama bermuhasabah atas segala perlakuan kita...
Sesungguhnya ALLAH MAHA PENYAYANG terhadap hamba-hambanya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nauwarProfil   Hantar PM kepada nauwar   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-08 15:42


Perkhidmatan teksi percuma empat hari

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan perkhidmatan teksi percuma selama empat hari mulai semalam bagi memudahkan pergerakan penduduk Bukit Antarabangsa yang terjejas berikutan kejadian tanah runtuh, Sabtu lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar yang mengumumkan keputusan itu berkata, perkhidmatan teksi percuma akan beroperasi mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

"Teksi itu boleh digunakan oleh penduduk terjejas dari Bukit Antarabangsa ke sekitar Lembah Klang. Mereka juga boleh menggunakan teksi itu untuk pulang ke Bukit Antarabangsa jika dapat berjumpa teksi terpilih ketika mereka berada di luar kawasan.

"Penduduk yang ingin menikmati perkhidmatan percuma itu perlu mendaftar di khemah urus setia terletak di pusat operasi berdekatan tempat kejadian di Taman Bukit Mewah," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Semalam, sebanyak 27 teksi digunakan manakala mulai hari ini hingga Sabtu, tujuh teksi disediakan.

Pemandu teksi yang memberikan perkhidmatan teksi percuma itu adalah ahli Persatuan Pemandu Teksi Ampang dan setiap teksi akan dilekat notis 'ferry service'.

Mengulas mengenai imbuhan kepada pemandu teksi, beliau berkata, pihaknya akan membayar RM300 sehari untuk setiap pemandu.

"Imbuhan ini diberikan kerana pemandu teksi perlu menampung kos operasi termasuk minyak," katanya.

Beliau memuji usaha yang dilakukan persatuan itu yang bersedia memberikan perkhidmatan percuma kepada mangsa yang terjejas berikutan kesukaran mereka untuk keluar dari tempat lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-08 15:47


Utara: Bimbang lereng Bukit Pinang runtuh

ALOR STAR: Kejadian tanah runtuh yang meranapkan 14 banglo di Bukit Antarabangsa, Selangor, menimbulkan rasa bimbang 29 keluarga di Taman Sireh, Bukit Pinang dekat sini yang rumah mereka terletak hanya 10 meter daripada lereng bukit.

Penduduk mendakwa ketika ini berlaku runtuhan kecil selain air turun dengan deras dari Bukit Pinang ketika hujan, fenomena yang sama yang dilaporkan berlaku di Bukit Antarabangsa sebelum kejadian yang mengorbankan empat nyawa, Sabtu lalu.

Justeru penduduk meminta pihak berkuasa bertindak segera memeriksa kekukuhan lereng bukit itu bagi menghilangkan keresahan mereka.

Penduduk, Mohd Zalani Md Desa, 43, berkata setiap kali hujan lebat, air dari bukit itu akan mengalir turun dengan deras dan turut menghakis tanah secara kecil-kecilan.

Berikutan itu, katanya, sebahagian tanah lereng bukit yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah penduduk runtuh bersama bongkah batu.

"Setiap kali hujan, kami sekeluarga sentiasa risau kerana bimbang tanah dari atas bukit akan runtuh dan meranapkan rumah kami seperti di Selangor itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, pihak berkuasa perlu memeriksa struktur bukit dekat perumahan itu dan jika boleh menutup cerun itu dengan plastik.

Mohd Zalani berkata, setakat ini, penduduk di taman itu yang berasa terancam dengan keadaan berkenaan sudah menghantar surat kepada pihak berkaitan tetapi belum ada tindakan sehingga ini.

Penduduk lain, Zamani Ahmad Razi, 35, pula mendakwa lereng bukit berkenaan hanya dikukuhkan dengan pokok hutan tetapi masih berlaku runtuhan kecil jika hujan lebat.

"Kami hanya mengharapkan pagar konkrit setinggi satu meter di belakang taman ini jika berlaku kejadian tanah runtuh," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati sebuah tembok konkrit setinggi kira-kira satu meter setebal setengah meter dibina bagi memisahkan antara blok rumah teras berkenaan dengan kaki bukit.

Kesan aliran air dari bukit dan hakisan juga dapat dilihat dari atas bukit ke arah rumah penduduk.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 08:38


salam takziah untuk mereka yang terlibat.moga tabah dengan ujianNya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 12-12-08 08:46


Assalamualaikum .... :oops: ...sedih dan simpati terhadap mangsa kerana tragedi sebegini berulang kembali...yang musykilnya...pembangunan di kawasan ini tetap diteruskan ...emm jurutera pun mengakui yang kawasan itu berisiko kalau tak salah dr tahun 1988 lagi..kalau tak salah sayala..kemudian bila terjadi tragedi orang insaf sekejap...lepas tu lupa semula..saya minta maaf kalau kedengaran agak kurang sopan kenyataan ini..tetapi itulah juga yang banyak saya dengar....bukan sengaja nak menimbulakannnya...tapi yang pasti kita perlu mengambil hikmah dan ikhtibar dari kejadian ini..ambil langkah yang tegas...agar kejadian yang sama tidak berulang..... :-( ....jika ada warga ukhwah yang terbabit atau sada saudara mara di sana saya tumpang simpati dan semoga anda tabah menghadapi dugaan ALLAh ini...sekali lagi sayam mohon maaf jika ada kata-kata yang kurang menyenangkan dan menyinggung perasaan mana-mana pihak.... :oops: 8-) 8-) 8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 08:55


Prof nak dengar juga cerita sebenar dari isu KECOH seperti yang digemburkan dalam Warta Berita. Dimana prof ingat setakat inilah, 2kes yang membabitkan ketidakpuashati oleh warga BA ( mangsa kejadian ).

Sehingga adayang buat laporan Polis menegani diterima kata-kata kesat oleh seorang Tentera yang terlibat dalam operasi bantuan & menyelamat itu.

Siapa boleh kongsikan? Prof rasa keliru tentangnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 14-12-08 19:20


Salam.

Berkenaan permintaan prof. keatas kes ke-2 melibatkan wanita yang bertekak dengan seorang wakil JPM mengikut laporan akhbar arus perdana dia dikatakan 'bodoh' sebab beli rumah kawasan berisiko.

Tapi, disini hamba tampilkan kes pertama. Prof & Ukhwahian boleh membuat penilaian sendiri:

--->Penduduk Naik Angin

--->Penjelasan Azmin



-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 08:53


Terima kasih Laskar_Allah

Sebenarnya fakta awal mengatakan ianya kaitan dengan seorang tentera. Memang berlaku kesilapan maklumat dalam kes ini..

Insya-Allah kita berdoa agar ini menjadi pengajaran bagi kita. Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-12-08 08:59


Masya-Allaah, memang ambil kesempatan atas masa kejadian ini. Prof hampir salah sangka tentang En. Tumiran Kasdi. Memang keadaan dialah perasaan terhadap orang lain tetapi En. Azmin jadi mangsa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 15:01


Akhirnya mayat yang kelima telah dijumpai. Sedih dengan mendengar keadaan kematiannya....

Masih ada dilihat kesempatan pihak tertentu mencari ruang untuk menjatuhkan sebelah pihak lain.. Utamakan untuk bantuan mangsa dulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 23:54


Mana Laskar Allah? Bagaiamana isu kedua? Prof berminat ingin tahu lagi...

Dan bagaimana suasana dari pandangan sahabat Ukhwah yang berada di sana?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 01:15


Maafkan hamba Prof kerna agak lama tiada meng'update' berita lantaran hambatan obligasi.

Terlebih dulu hamba mohon maaf mengenai kes ke-2 yang membabitkan seorang wanita dengan wakil kerajaan yang mengatakan dia 'bodoh'. Setelah hamba selidiki benar individu terbabit adalah seorang anggota tentera & mangsa adalah 'lelaki' (hamba tak pasti yang dihina mungkin isteri mangsa jika berdasarkan 1-1 nya laporan bertulis internet yang dapat hamba kutip seperti dibawah. Nak cari paper hari kejadian semua dah tiada dalam simpanan). Maklumat lanjut dibawah:

Rabu Disember 10, 2008
Kecoh apabila mangsa tanah runtuh gesa ‘kolonel’ mohon maaf

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Ketika Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa masuk hari kelima hari ini, berlaku satu lagi kekecohan apabila seorang mangsa menuntut permohonan maaf daripada Jabatan Perdana Menteri.

Mazlan Harris, penduduk Taman Bukit Mewah mendakwa salah seorang pegawai kerajaan dari jabatan berkenaan yang berpangkat ‘kolonel’ bersikap biadap kepadanya apabila mengatakan tindakan membeli rumah di kawasan tersebut adalah “bodoh” kerana dengan keadaan semulajadi.


“Bagaimana beliau sebagai pegawai kerajaan yang bertugas boleh bercakap begitu kepada mangsa seperti saya?

“Ini bukan masalah alam semula jadi tapi disebabkan tindakan manusia yang buat pembinaan dikawasan atas bukit ini,” katanya dengan nada marah hingga menarik perhatian orang ramai.

Kejadian itu berlaku ketika beliau hadir bagi membuat aduan di Pusat Khidmat ADUN di pusat operasi tragedi.

Jelasnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak wajar dikeluarkan kepada mangsa yang menghadapi tekanan sepertinya mahupun sesiapa jua.

Beliau yang tinggal di kawsan perumahan itu sejak 10 tahun yang lalu menyalahkan kejadian runtuhan yang meragut empat nyawa itu berpunca daripada pembinaan di kawasan bukit dibahagian atas rumahnya.

“Sepuluh tahun lalu masa kami beli rumah ini kerajaan beri jaminan tak akan ada pembinaan siatas bukit tersebut. Tapi sekarang banyak pembinaan dibuat, jadi siapa yang luluskan projek itu kalau bukan kerajaan?”ujarnya.

sumber: mstar.com.my


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 01:30


Rabu Disember 24, 2008
Mayat kelima sah warga Sri Langka

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK | mstar.com.my

PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan mengesahkan mayat kelima yang ditemui reput semalam dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu adalah pembantu rumah warga Sri Langka yang dilaporkan hilang.

"Bersadarkan hasil bedah siasat, kita dapati mayat tersebut adalah warga Sri Langka yang dikenali sebagai Mary.

"Malah keluarga majikannya turut mengesahkan idenditi mayat itu apabila dicam melalui baju yang dipakai, selimut serta tilam yang dijumpai sah milik mangsa,"
katanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas beliau proses pengecaman mayat itu dibuat oleh keluarga majikan Mary pada pukul 11.30 pagi tadi.

Mayat tersebut ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan dalam lubang sedalam satu meter pada pukul 6.30 petang semalam oleh anggota keselamatan yang menjalankan operasi pemantauan dan pembersihan di kawasan runtuhan.

Menurut Abdul Jalil, mayat Mary ditemui dengan kakinya ditindih katil di kawasan kira-kira 50 meter dari tapak banglo majikannya Dr. dan.Yogeswari yang turut terkorban dalam kejadian 6 Disember lepas.

"Bagaimanapun kini kita akan cuba mendapatkan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dari keluarga mangsa.

"Pihak polis telah berhubung dengan kedutaan Sri Lanka bagi mendapatkan DNA keluarga mangsa untuk diuji dan pihak kedutaan akan berbincang dengan pihak majikan bagi urusan penghantaran pulang mayat,"
katanya.

Insiden tanah runtuh kira-kira pukul 4 pagi itu meranapkan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa telah meragut empat lagi nyawa.

Empat mangsa korban lain itu ialah Shaiful Khas Shahrudin, 20, Dr. Yogeswari, 40, Eng Yee Peng, 30, dan seorang pembantu rumah warga Indonesia, Surinah, 30an.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 19:52


Akhirnya, ketemu jua hamba video mengenai kes ke-2. Selamat menonton & menilai Ukhwahian:

--->Mangsa Dikecam 'Bodoh'


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 26-12-08 20:42


Pada 26-12-08 19:52 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Akhirnya, ketemu jua hamba video mengenai kes ke-2. Selamat menonton & menilai Ukhwahian:

--->Mangsa Dikecam 'Bodoh'



hai pelik juga sebab perempuan tu cakap tanah runtuh ini berlaku bukan sebab ALLAH, tapi berlaku sebab developer...marah sangat agaknya sampai keluar kenyataan macam itu. macam-macam lah sekarang ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 17:59


Pelik tetap pelik dan mungkin sebab bengang sangat dengan wakil, JPM...

Sekarang siapa pula dikecam Bodoh....kan?

Lihat pakai mata kepala tetapi buta mata hati....itu yang payah tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

ibusoleha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.10.2008
Ahli No: 35512
Posting: 69
Dari: KL-JB-B.Mertajam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 18:15


Salam, sepatutnya kita muhasabah diri atas sebab bala bencana yang Allah turunkan dan jangan fikirkan tentang faktor geography saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibusolehaProfil   Hantar PM kepada ibusoleha   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-12-08 21:01


apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya.Apa-apa pun anggaplah ianya ujian dari Allah terhadap hambanya. Peringatan untuk kita selalu ingat kepadanya walau setinggi mana pun kita berada.Supaya kita sentiasa bersyukur dan mengingati golongan yang memerlukan...Ingatlah sebesar mana pun kita Masih ada yang lebih maha Besar dan maha kuasa....
Hari ini kita berbangga dengan kekayaan yang kita miliki...tapi INGAT!itu adalah anugerah dari Nya...jika kita tidak pernah bersyukur kekayaan itu boleh lenyap dalam sekelip mata....renung-renungkanlah...
Apa yang ana sedih...berita menyatakan ada segelintir mangsa yang membuang makanan yang di bekalkan kepada mereka sehingga menjadi habuan bab* hutan.....kalau ya pun makanan itu mungkin tidak sama dengan standard mereka janganlah di buang rezeki Allah itu..kerana masih ramai yang mengharapkan bantuann...

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 10:48


Siapa nak buat tesis tentang Geologi boleh rujuk kat sini

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 11:34


Pada 02-01-09 10:48 , Prof_Muslim posting:

!!! QUOTE !!!

Siapa nak buat tesis tentang Geologi boleh rujuk kat sini



erm mana link rujukannya ??


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 11:49


di kawasan saya duduk(SBCR) pun berlaku tanah runtuh baru-baru ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-01-09 13:30


Bumi dah tak larat tanggung beban dosa dan maksiat agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 07-01-09 21:20


kifarah untuk mereka yang lupakan Tuhan.
orang bagi dewan buat tempat perpindahan sementara tak mahu.
hotel baru standard. 50% kos mereka duduk kat hotel tu kerajaan selangor tanggung.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-01-09 23:21


salam...saya diceritakan oleh bekas pekerja yang pernah bekerja di kawasan bukit antarabangsa tu bahawa apa yang berlaku itu adalah sama apa yang berlaku pada higland tower dulu.,.....sebbnyer adalah sama...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-01-09 17:44


Pada 07-01-09 23:21 , mujahid007 posting:

!!! QUOTE !!!

salam...saya diceritakan oleh bekas pekerja yang pernah bekerja di kawasan bukit antarabangsa tu bahawa apa yang berlaku itu adalah sama apa yang berlaku pada higland tower dulu.,.....sebbnyer adalah sama...........


ooo.. ye ke... Subhanallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148478 saat. Lajunya....