Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 6 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Zaid Ibrahim dipecat dari Umno


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Zaid Ibrahim dipecat dari Umno

Please Mendaftar To Post


Oleh Zaid Ibrahim dipecat dari Umno

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 15:49


Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada Umno ekoran tindakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta-merta.

zaid ibrahim interview 140308 04Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.

Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam.

Zaid juga dilaporkan berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.

Jelas Zaid lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.

Surat tunjuk sebab

Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA.

Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.

Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.

Beliau juga turut melepaskan jawatan senator.

Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.

Zaid turut menjadi sasaran apabila beliau, dalam ucapannya, telah mempersoalkan status orang Melayu.

Berikutan itu, beberapa pemimpin Umno mendesak parti itu mengambil tindakan terhadap Zaid.

'Tiada pilih kasih'

Abdullah berkata, tindakan dikenakan ke atas Zaid dibuat kerana Umno perlu konsisten dalam tindakannya dan memastikan tidak wujudnya pilih kasih dalam mengambil tindakan displin terhadap anggotanya yang didapati bersalah.

Ada tindakan-tindakan Zaid yang dilihat sebagai perkara yang menyalahi (peraturan) parti," katanya.

Mengikut perlembagaan parti, anggota yang telah dipecat tidak boleh membuat rayuan.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.

Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.

Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM).


sumber
malaysiakini.com



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 15:58


takutnye masuk UMNO, tak boleh nak memberontak dalam UMNO nanti hidup terancam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 03-12-08 16:02


nampak sangat tak ada demokrasi, masing-masing ada hak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 16:09


Assalamualaikum

bagus juga datuk zaid ibrahim dipecat
tapi lebih cantik lagi Datuk Zaid Ibrahim keluar daripada umno awal-awal lagi
kerana UMNO sekarang bukan untuk membela nasib org melayu lagi
tambah2 pemimpin umno sekarang jadi gila kuasa dan pangkat
tanpa menghiraukan nasib rakyat yang semakin menderita.


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 03-12-08 16:12


keluar UMNO,masuk PKR...keluar PKR,masuk UMNO..macam itulah politik malaysia...:lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 16:51


Pada 03-12-08 16:12 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

keluar UMNO,masuk PKR...keluar PKR,masuk UMNO..macam itulah politik malaysia...:lol:


itu bukan politik malaysia... itu adalah perangai org yang kurang ilmu agama dan yang berkepentingan dan tak ada pendirian...


-----------------
moga hidupmu bersinar dengan keimanan, matamu bersinar dengan ketaqwaan, menggunung dengan keikhlasan, hatimu terhibur dengan kalimah Tuhan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 18:04


ya tuan2 dan puan2,inilah dia demokerasi versi AMENO kah3


kepada zaid,selamat datang dan selamat menyertai PR.


apa punya demokerasi(mati atas kerusi) UMNO ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 20:29


Anwar alu-alukan penyertaan Zaid

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini mengalu-alukan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam pakatan pembangkang itu selepas beliau dipecat keahliannya daripada Umno semalam.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid banyak berkongsi prinsip hak asasi rakyat dan menghormati jaminan hak dalam perlembagaan iaitu isu sama yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

“Kenyataannya yang menghormati jaminan dalam perlembgaan dan menentang undang-undang zalim seperti ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sama dengan apa yang diperjuangkan oleh kami dan kami selesa dengannya,” katanya pada majlis penyerahan salinan memorandum daripada Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) kepada Menteri Kewangan berhubung bantahan penggunaan RM5 bilion wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Valuecap Sdn Bhd, di Parlimen, di sini.

Ditanya sama ada beliau akan menjemput Zaid menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar berkata, beliau turut mengalu-alukannya namun tidak mahu memaksa Zaid memandangkan beliau baru sahaja dipecat dan Zaid juga sering mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain termasuk PAS da DAP.

“Kita alu-alukan beliau tetapi itu pilihannya. Beliau telah berbincang dengan pemimpin PKR, PAS dan DAP.

“Kami selesa dengan pendiriannya dan mahu beliau melibatkan diri dengan lebih lagi memandangkan beliau kini sudah pun terlibat dengan Pakatan Rakyat,” katanya.

Anwar berkata, pemecatan Zaid daripada Umno melambangkan sikap tidak bertoleransi parti itu kepada ahli yang mempunyai pendapat yang tidak sehaluan dengan parti.

“Kehadiran mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak itu tidak menjadi masalah…tapi itu isu Umno.

“Cuma kita harap (Datuk) Zaid mengambilnya sebagai cabaran dan terjun dalam gelanggang,” katanya.

Anwar berkata, pemecatan keahlian Zaid daripada Umno bukanlah satu perkara besar kerana kenyataan-kenyatan parti itu sebelum ini menunjukkan ia tidak mempedulikan prinsip asas hak asasi manusia dan hal ini tidak selari dengan pendirian Zaid.

“Pada saya, ia (pemecatan) bukan isu. Apa yang besar sangat jika dipecat?” katanya.

Ditanya sama ada Zaid pernah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR, Anwar berkata, mereka pernah mengadakan siri perjumpaan tertutup dengan Zaid selepas beliau meletak jawatan sebagai menteri Kabinet.

“Bagaimanapun, yang tertutup itu biarlah tertutup,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, partinya bersedia menerima Zaid jika beliau berminat untuk menyertai parti itu.

“Kami sentiasa bersedia dan membuka pintu jika beliau mahu menyertai kami,” katanya.

Lim berkata, Umno terlalu memperbesar-besarkan isu Zaid menghadiri majlis pembangkang sehingga membawa kepada pemecatan keahliannya sedangkan parti itu seharusnya memfokuskan kepada usaha membanteras politik wang dan rasuah yang semakin berleluasa di kalangan ahli.

“Pada mereka, kehadiran Zaid di majlis pembangkang merupakan isu besar yang menyebabkan Majlis Tertinggi (MT) mesti memecat beliau sedangkan mereka membiarkan rasuah dan politik wang berlaku dalam Umno,” katanya.

Lim berkata, Umno tidak mampu lagi membendung politik wang sehingga menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhasrat untuk mendedahkan nama pemimpin parti itu yang terlibat dalam gejala yang semakin berleluasa itu.

“Usaha membendung gejala inilah yang mahu dilihat oleh rakyat dan bukannya pemecatan Zaid,” katanya.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno mengumumkan Zaid dipecat keahliannya serta merta daripada Umno kerana kesalahan melanggar etika parti termasuk yang terkini menghadiri Kongres Tahunan Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Abdullah memutuskan tindakan berkenaan berdasarkan beberapa tindakan Zaid sebelum ini khususnya apabila menghadiri sebagai tetamu jemputan ke majlis anjuran parti pembangkang.

http://www1.mstar.com.my

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 03-12-08 20:50


Pada 03-12-08 16:51 , hanafirazali posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-08 16:12 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

keluar UMNO,masuk PKR...keluar PKR,masuk UMNO..macam itulah politik malaysia...:lol:


itu bukan politik malaysia... itu adalah perangai org yang kurang ilmu agama dan yang berkepentingan dan tak ada pendirian...



:berfikir: herm,betul tu saudara...saya sokong..tapi itulah politik kita...


-----------------
Manchester United Truly Fans


Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 21:12


"Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada Umno"...itulah budaya dan nilai Umno...terlalu sombong untuk ditegur,untuk itu tiada keperluan untuk berpaut atau berteduh rumah politik yang bernama Umno itu.Dan menjadi kewajaran pada dia untuk beralih arah olitik yang lebih bermaruah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 23:52


rasanya datuk zaid takkan join mana-mana......sebab rasanya adalah paling selamat buat masa ni beliau tak menyebelahi mana-mana belah pihak.......
lagipun adalah lebih baik dia ambil masa untuk fikir jalan mana yang ingin dia ikut supaya kalau beliau nak join PkR @ PAS (amin) biarlah secara keseluruhannya....
takut2 bekas2 dari umno akan jangkit pulak pada PR kan susah UMNO sakit, PKR dan PAS pun sakit.......takkan nak ppilih DAP agaknya??????

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 00:40


masuk PKR lah jawabnya zaid ibrahim selepas ditarbiyah oleh TGNA

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 02:00


hati-hati...zaid ibrahim bawa pengaruh liberalism yang besar. parti Islam disaran lebih waspada meski dalam pakatan yang sama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-12-08 09:31


Zaid Ibrahim ni ...duit dia dah banyak...tak masuk umno ke ...apa ke...duit dia dah banyak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-12-08 09:32


Zaid Ibrahim ni ...duit dia dah banyak...tak masuk umno ke ...apa ke...duit dia dah banyak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 10:24


Pada 04-12-08 02:00 , sahabat_amin posting:

!!! QUOTE !!!

hati-hati...zaid ibrahim bawa pengaruh liberalism yang besar. parti Islam disaran lebih waspada meski dalam pakatan yang sama.



dia letak jawatan menteri JPM pun lepas ditarbiyah oleh TGNA


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 11:19


Zaid dipelawa sertai DAP
Mohd Sabri Said
tahu | Dec 04, 08 | 9:01:32 am MYT

PULAU PINANG, 4 Dis (Hrkh)- Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng memberitahu bahawa DAP membuka pintu seluas-luasnya kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim seandainya beliau berminat menyertai parti itu.
Iklan
    
    
    

Kata Lim pergolakan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) makin parah ekoran pemecatan Dato' Zaid Ibrahim sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di mana tiada perkataan 'rujuk' jika beliau mahu kembali ke pangkuan Umno.

Beliau berkata demikian ketika dalam satu sidang media sejurus majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada para Huffaz Pulau Pinang di Komplek Penyayang semalam.

Kata Ketua Menteri itu, beliau hairan Kenapa Umno bersikap demikian kepada ahlinya yang baik dan tidak pula bertindak memecat ahli yang ternyata melakukan rasuah dan didapati bersalah oleh mahkamah.

"Umno telah melakukan satu lagi kesilapan kerana membuang mutiara yang boleh menjadi aset kepada mana-mana parti yang dianggotai Zaid Ibrahim nanti.Bila ada orang baik Umno memang tidak berminat, " tegasnya.

Beliau percaya Zaid tidak rugi apa-apa sebaliknya akan lebih senang berada di luar Umno disebabkan terlalu ramai kepimpinan Umno tidak menyenangi sikap terbuka yang diamalkan oleh Zaid.

Sebagai seorang ahli politik katanya keperibadian dan sikap terbuka itu membuktikan kematangan kerana sanggup berada dalam majlis parti bukan kerajaan semata-mata kerana bersama-sama meraikan sesuatu majlis.

"Umno jelas tidak releven bertindak sehebat itu kononya ada ahli atau kepimpinan mereka berada dalam majlis bukan komponen BN. Sekarang ini rakyat boleh menilai sendiri apa yang terjadi, " tambah Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.-Hrkh _


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-12-08 11:24


untuk makluman Tok Guru bertandang ke rumah zaid ibrahim...masa dia buat jamuan makan kesyukuran...

Zaid Ibrahim dah kaya dengan ijazah undang-undangnya...
di dipecat dari Umno...tak ada hal sebab duit dia banyak...dia ada firma Guaman di kota Bharu

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 11:26


rasanya baik biarkan dia pilih yang mana satu pilihan dia

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 12:30


Zaid Ibrahim pertikai cara pemecatannya

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa beliau tidak terperanjat dipecat daripada Umno, semalam.

Dalam sidang akhbarnya di sini, pagi ini, beliau bagaimanapun mempertikaikan cara keputusan itu dibuat selepas tidak diberi peluang menjelaskan tindakan yang membawa kepada pemecatannya itu.

"Saya tak diberi peluang untuk jelaskan, tidak dihubungi Lembaga Disiplin Umno malah belum terima surat pemecatan sehingga hari ini," katanya.

Semalam, Zaid dipecat daripada Umno, berkuat kuasa serta-merta berikutan beberapa tindakannya yang menyalahi Perlembagaan parti, khususnya kerana menghadiri Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hukuman terhadap Zaid selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Dalam sidang akhbarnya itu, Zaid percaya pemecatannya bukan kerana menyertai program pembangkang tapi ada pemimpin Umno tidak menyukai idea reformasi parti yang disuarakannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 09:58


Anwar calls Zaid an asset, says Pakatan would welcome him

The Malaysian Insider - KUALA LUMPUR, Dec 3 – Just a day after former ada facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim was sacked from Umno, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim revealed today that the two leaders have had discussions on his political future since Zaid resigned from Cabinet.

“There were a series of private meetings since he resigned as minister,” the ada facto PKR leader told reporters in Parliament today.

Zaid had resigned from the Cabinet on Sep 15. Since then he has been courted by Pakatan Rakyat (PR) parties, and PKR in particular.

After he attended last weekend’s PKR national congress, Umno vice president and deputy presidential candidate Tan Sri Muhyiddin Yassin said that Zaid must explain himself.

Anwar however, said that while PR “welcomed him to be more involved” and “take up the challenge and dive into the arena,” they did not want to push him but instead wanted to give him “space to reflect after being unceremoniously sacked.”

According to the Permatang Pauh MP, Zaid has met with leaders from PKR, Pas and DAP on several occasions and the opposition is comfortable with his stance on human rights and draconian laws, a plural society and constitutional issues.

Calling him an “asset to the nation,” he rebuked Umno for its “intolerant attitude towards a difference of opinion” in sacking Zaid simply for attending the PKR congress.

The lawyer had been appointed a minister by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi in March to push forward judicial reforms but he had been isolated by other Umno leaders and the Cabinet.

They rejected the first draft of the Judicial Appointments Commission and Home Affairs Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar ticked him off for suggesting in Parliament that the government was reviewing the Internal Security Act.

By Shannon Teoh


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 11:42


bukan ke zaid ibrahim ni yang kata akan saman kerajaan kelantan jika menggunakna undang-undang Islam ? dah bertaubatkah dia..Alhamdulillah....

firma guaman dia rasanya bukan di KB saja... kat KL pun ada rasanya.... dikenali sebagai ZICO - Zaid Ibrahim & CO

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 11:46


Pada 05-12-08 11:42 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

bukan ke zaid ibrahim ni yang kata akan saman kerajaan kelantan jika menggunakna undang-undang Islam ? dah bertaubatkah dia..Alhamdulillah....

firma guaman dia rasanya bukan di KB saja... kat KL pun ada rasanya.... dikenali sebagai ZICO - Zaid Ibrahim & CO



yang dah lepas tu biarkanlah.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 11:50


betul ke yang lepas tu biorkan saja? kalau macam tu yang lain-lain pun kena lepas juga.... contohnya senario yang berkaitan dengan ICJ tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 11:57


Pada 05-12-08 11:50 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

betul ke yang lepas tu biorkan saja? kalau macam tu yang lain-lain pun kena lepas juga.... contohnya senario yang berkaitan dengan ICJ tu...



yang mana satu?boleh tolong refreshkan tak?


pada rdwira,mak saya dulu kakitangan DSAI masa DSAI jadi TPM dan MOF dan mak saya cakap DSAI tiada pun kroni seperti yang didakwa.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 11:57


oo yang lepas tu biarkan ek ??

kalau macam tu..biolah bailout KWSP yang hari tu.. biarkan
biarkan lah pembelian helikopter tu..dah lepas dah
biarlah pak lah tidur masa majlis...kan dah lepas tu..
biarlah kenaikan harga minyak tu dah lepas dah ..biarkan...

biarkan semua...

ooo asalkan memihak kepada apa yang kita sokong..biarkanlah perkara dah lepas... bila berpihak pada yang kita tak suka..semua tak boleh....

bijak..bijak

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 12:00


muakakakakak.. apa da rashdin... tak ada kroni ?? pacik aku dulu salah seorang kroni dia.... aku nak tipu apa..kekekekkekeke

kalau dia tak ada kroni..Kenapa masa TDM bercuti dan beliau DSAI jadi pemangku PM.. ramai orang2 berjawatan tinggi..seperti di Media Massa dan elektronik ditukarkan ?? masa tu pengarah NST salah seorang yang ditukar ?? :lucu:

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 12:00


Pada 05-12-08 11:57 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

oo yang lepas tu biarkan ek ??

kalau macam tu..biolah bailout KWSP yang hari tu.. biarkan
biarkan lah pembelian helikopter tu..dah lepas dah
biarlah pak lah tidur masa majlis...kan dah lepas tu..
biarlah kenaikan harga minyak tu dah lepas dah ..biarkan...

biarkan semua...

ooo asalkan memihak kepada apa yang kita sokong..biarkanlah perkara dah lepas... bila berpihak pada yang kita tak suka..semua tak boleh....

bijak..bijak



Kenapa melalut sampai ke situ.saya stick kepada topik berkaitan DZI yang dulu saman kerajaan kelantan sebab nak laksana hudud.DZI letak jawatan menteri JPM pun selepas ditarbiyah oleh TGNA.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 12:03


Pada 05-12-08 12:00 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

muakakakakak.. apa da rashdin... tak ada kroni ?? pacik aku dulu salah seorang kroni dia.... aku nak tipu apa..kekekekkekeke

kalau dia tak ada kroni..Kenapa masa TDM bercuti dan beliau DSAI jadi pemangku PM.. ramai orang2 berjawatan tinggi..seperti di Media Massa dan elektronik ditukarkan ?? masa tu pengarah NST salah seorang yang ditukar ?? :lucu:



kalau DSAI ada kroni dah lama lah DSAI tak masuk penjara tak begitu cuba tengok orang yang ada kroni mesti selalu terlepas kan3 rdwira?. :jangan: :-) :sopan:

rdwira tak tahu ke yang mirzan anak mahathir pun kena halau dengan DSAI masa dia jadi menteri kewangan.asyik2 datang minta duit saja nak bailout syarikat dia.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 12:04


Pada 05-12-08 11:57 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-12-08 11:50 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

betul ke yang lepas tu biorkan saja? kalau macam tu yang lain-lain pun kena lepas juga.... contohnya senario yang berkaitan dengan ICJ tu...


yang mana satu?boleh tolong refreshkan tak?

pada rdwira,mak saya dulu kakitangan DSAI masa DSAI jadi TPM dan MOF dan mak saya cakap DSAI tiada pun kroni seperti yang didakwa

Yang ini saya maksudkan:

"...kita sumbatkan najib dan mahathir ke penjara guantanamo bay camp delta JTF..."

Yang nak sumbat Tun Dr. Mahathir tu? apa signifikannya?

Mak awak? status mak awak apa ya? saya ingin ketahui juga. Mungkin mak awak tahu banyak mengenai Anuar Ibrahim. Orang kuat PKR ke?


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 12:12


Pada 05-12-08 12:04 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-12-08 11:57 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-12-08 11:50 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

betul ke yang lepas tu biorkan saja? kalau macam tu yang lain-lain pun kena lepas juga.... contohnya senario yang berkaitan dengan ICJ tu...


yang mana satu?boleh tolong refreshkan tak?

pada rdwira,mak saya dulu kakitangan DSAI masa DSAI jadi TPM dan MOF dan mak saya cakap DSAI tiada pun kroni seperti yang didakwa

Yang ini saya maksudkan:

"...kita sumbatkan najib dan mahathir ke penjara guantanamo bay camp delta JTF..."

Yang nak sumbat Tun Dr. Mahathir tu? apa signifikannya?

Mak awak? status mak awak apa ya? saya ingin ketahui juga. Mungkin mak awak tahu banyak mengenai Anuar Ibrahim. Orang kuat PKR ke?




oh,yang tu sebab dia dah saya cakap dulu TDM kan dah banyak buat kerosakan dan lantaran dari kesalahan manakala najib pula dengan skandal altantuya dan ayah dia mahu bawa kes ini ke PBB jadi sebab itulah baik dikenakan hukuman di dunia dari hukuman di akhirat tak begitu?.sekarang ni penjara tu mungkin nak ditutup jadi apa kata najib dan mahathir kita penjarakan pula di penjara sg buloh tu ke tak pun sumbat di auswich di poland tu?.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 12:14


ala rashdin tu perkara dah lepas biarkan lah...kekekkkekekek meminjam kata-kata rashdin

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 12:16


Pada 05-12-08 12:14 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

ala rashdin tu perkara dah lepas biarkan lah...kekekkkekekek meminjam kata-kata rashdin



oh ya nak tahu juga.rdwira cakap dulu pakcik rdwira tu kroni DSAI apa projek yang pakcik rdwira dapat?.pernah ke pak cik rdwira tu pergi pejabat DSAI di MOF masa DSAI menteri kewangan dan TPM?.mak saya kerja dengan DSAI masa di MOF dulu mak saya cakap mirzan anak TDM pun kena halau.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 12:19


!!! QUOTE !!!

kalau DSAI ada kroni dah lama lah DSAI tak masuk penjara tak begitu cuba tengok orang yang ada kroni mesti selalu terlepas kan3 rdwira?.

heheheh.. dapat buat kerja 2 bulan saja beb... TDM dah balik ambil tugas semula... mana nak sempat cover semua beb.. tak semua ada kroni boleh lepas....

!!! QUOTE !!!

rdwira tak tahu ke yang mirzan anak mahathir pun kena halau dengan DSAI masa dia jadi menteri kewangan.asyik2 datang minta duit saja nak bailout syarikat dia.

bagaimana? kalau yang datang masa tu anak beliau ?? kekekke.. nak buat bagaimana? kan..masa tu anak beliau kecil-kecil lagi..masih sekolah... bagaimana? lah pula kalau anak dia dah besar masa tu...buat bisnes....

!!! QUOTE !!!

oh ya nak tahu juga.rdwira cakap dulu pakcik rdwira tu kroni DSAI apa projek yang pakcik rdwira dapat?.pernah ke pak cik rdwira tu pergi pejabat DSAI di MOF masa DSAI menteri kewangan dan TPM?.mak saya kerja dengan DSAI masa di MOF dulu mak saya cakap mirzan anak TDM pun kena halau.

heheheheh dia tak minta projek..tapi diberi terus....tapi dihalang olet TDM.....


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 12:24


Pada 05-12-08 12:19 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

kalau DSAI ada kroni dah lama lah DSAI tak masuk penjara tak begitu cuba tengok orang yang ada kroni mesti selalu terlepas kan3 rdwira?.
heheheh.. dapat buat kerja 2 bulan saja beb... TDM dah balik ambil tugas semula... mana nak sempat cover semua beb.. tak semua ada kroni boleh lepas....

!!! QUOTE !!!

rdwira tak tahu ke yang mirzan anak mahathir pun kena halau dengan DSAI masa dia jadi menteri kewangan.asyik2 datang minta duit saja nak bailout syarikat dia.

bagaimana? kalau yang datang masa tu anak beliau ?? kekekke.. nak buat bagaimana? kan..masa tu anak beliau kecil-kecil lagi..masih sekolah... bagaimana? lah pula kalau anak dia dah besar masa tu...buat bisnes....



habis yang pakcik rdwira tu saya tanya ada tak projek yang dia dapat masa DSAI jadi TPM dulu?dan cuba tengok siapa dulu yang wujudkan kroni2 ni?.siapa pegang kuasa pemutus?.


anak DSAI mana pernah datang ke pejabat DSAI.mak saya dulu kerja dengan dia mak saya tahu lah.yang selalu datang kroni2 mahathir saja.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 13:58


Alahai anda ni... yang mantan tu tak yanh lah nak ungkit. dapat faedah apa? Dapat dosa berkemungkinan besar agaknya.

Ok tutup kisah lalu. Saya bawa isu terkini dan sedang berlaku:

Kontraktor buku sedang dikenyangkan dengan duit pembayar cukai (mungkin ramai yang belum layak lagi di sini) oleh Kementerian Pelajaran akibat pegawai mereka cuai dan alpa.

Satu tajuk untuk buku pra sekolah diberikan sebutharga RM41.00 berbanding RM9.90 harga pasaran. Kementerian dengan membuta tuli meluluskan sebutharga itu. Ramai orang tengah yang kebanyakkannya mamak, tengah tersenyum lebar sekarang. Mamak tu distributer saya maka kenyataan ini adalah benar belaka. Mereka sedang menyediakan pesanan buku untuk Projek BTP, KPM sekarang ni.

Sesiapa yang ada mak/bapak yang kerja di Kem Pelajaran tu tolong beritahu agar lebih berhati-hati dalam memilih buku agar bersesuaian dengan harganya. Ingatkan mereka yang duit itu bukan duit mereka sahaja malah duit seluruh rakyat Malaysia. Bertanggungjawab lah sikit!

Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 14:02


Pada 05-12-08 12:19 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

kalau DSAI ada kroni dah lama lah DSAI tak masuk penjara tak begitu cuba tengok orang yang ada kroni mesti selalu terlepas kan3 rdwira?.

heheheh.. dapat buat kerja 2 bulan saja beb... TDM dah balik ambil tugas semula... mana nak sempat cover semua beb.. tak semua ada kroni boleh lepas....

!!! QUOTE !!!

rdwira tak tahu ke yang mirzan anak mahathir pun kena halau dengan DSAI masa dia jadi menteri kewangan.asyik2 datang minta duit saja nak bailout syarikat dia.

bagaimana? kalau yang datang masa tu anak beliau ?? kekekke.. nak buat bagaimana? kan..masa tu anak beliau kecil-kecil lagi..masih sekolah... bagaimana? lah pula kalau anak dia dah besar masa tu...buat bisnes....

!!! QUOTE !!!

oh ya nak tahu juga.rdwira cakap dulu pakcik rdwira tu kroni DSAI apa projek yang pakcik rdwira dapat?.pernah ke pak cik rdwira tu pergi pejabat DSAI di MOF masa DSAI menteri kewangan dan TPM?.mak saya kerja dengan DSAI masa di MOF dulu mak saya cakap mirzan anak TDM pun kena halau.

heheheheh dia tak minta projek..tapi diberi terus....tapi dihalang olet TDM.....



tang projek tu boleh tak senaraikan apa yang DSAI beri terus pada pakcik rdwira :sopan: :sopan:


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 05-12-08 15:27


Assalamualaikum
yang dah lepas tu lepas lah kan???

maaflah, terlalu taksub..hentikanlah...dalam Islam tiada ketaksuban sebegitu...

balik kepada apa yang Rasulullah buat, tidak pernah Rasulullah memulakan tarbiyahnya dengan meletakkan politik sebagai tunjang, tapi apa yang Rasul buat ialah mendidik para sahabat di rumah al-Arqam bin abi al-Arqam..sehingga setiapnya menjadi sinar yang sangat terang dalam menyampaikan Islam kepada seluruh alam...

kita?tarbiyah bagaimana yang kita telah laksanakan?
kalau yang bukan berpihak kepada kita, kita tolak..segala kebenaran pun kita pandang hina dan sepi...
kalau yang pihak kita, segala yang dah berlalu pandai pula disuruh lupakan ye??di satu sudut, memang baik..tapi, apahal dengan satu sudut lagi tu??ajaran Islam mengajar penganutnya begitu ke?

balik, muhasabah diri..tapi bukan dengan basuhan politik..tapi basuhan al-Quran...

perbincangan tak membawa kepada pengIslahan umat..malah tak ada langsung rasa kecintaan untuk menyatukan ummah..

jadi, dengan ini saya lock topik ini..

wassalam.



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141609 saat. Lajunya....