Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna.
-- Mahatma Ghandi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Nekad bogel di majlis MB


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Nekad bogel di majlis MB

Please Mendaftar To Post


Oleh Nekad bogel di majlis MB

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 12:58


SHAH ALAM: Satu pasukan khas nekad dikenali ‘Skuad Berani Bogel’ akan ditubuhkan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) bagi meneruskan usaha menuntut supaya kerajaan Selangor menurunkan kadar sewa unit kediaman di Program Perumahan Rakyat (PPR).

Skuad Berani Bogel terbabit nekad berbogel di khalayak ramai pada majlis yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, jika kerajaan negeri gagal mengkaji semula kenaikan sewa rumah PPR.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar, berkata pihaknya memberi tempoh hingga 12 Disember ini kepada Abdul Khalid membuat keputusan menurunkan semula kadar sewa daripada RM250 sebulan kepada kadar asal iaitu RM124 atau demonstrasi berbogel akan diteruskan.

“Pada 13 November lalu, Reformis mengeluarkan kenyataan memberi tempoh sebulan kepada beliau (Abdul Khalid) mengatasi atau memberi maklum balas tuntutan penurunan semula kadar sewa kepada kadar asal.


“Bagaimanapun, jika tiada sebarang jawapan daripada Abdul Khalid pada 12 Disember ini, Reformis akan mengisytiharkan ‘perang bogel’ terhadap beliau mulai tarikh berkenaan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Reformis berkunjung ke IPPD berkenaan untuk memohon permit melakukan demonstrasi bogel bagi membantah kenaikan sewa berkenaan tetapi permohonan terbabit ditolak polis.

Dalam masa sama, Reformis turut membuat laporan polis berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah oleh Abdul Khalid ketika Kongres Nasional Tahunan kelima, Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Stadium Malawati di sini, mulai Jumaat hingga Ahad lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menegaskan pihaknya tidak akan melayan sebarang permohonan permit untuk mengadakan demonstrasi berbogel.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20081202090911/Article/index_html


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 13:17


salam

inila masalah apabila kebodohan dan kejahilan melanda manusia sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja.

Sanggup berbogel sampai tidak ada perasaan malu semata-mata memperjuangkan kepentingan diri sendiri.

adakah dengan berbogel itu, dapat disamakan dengan maruah manusia yang bergelar melayu islam.

fikir dahulu sebelum berbuat sesuatu, jangan menggadai maruah sehingga bangsa lain ketawa dengan kebodohan diri sendiri.


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 13:54


nda ka bodoh itu...nak berbogel...isk..tak ada benda lain ke nak buat sampai nak mgadaikan diri dengan berbogel..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 13:59


satu perkara yang amat memalukan.....
takkan martabat mereka serendah itu....
sanggup berbogel semata-mata untuk kepentingan dunia dan diri sendiri....
diberikan ALLAH akal untuk berfikir dan inilah contohnya golongan2 manusia yang tidak menggunakan kelebihan akal dan fikiran yang ALLAH anugerahkan....ishk....iskh.... :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-12-08 14:06


'Skuad Berani Bogel’ ? hahahaha..

baik tukar jadi "skuad Bodoh Bahalol".. nak berbogel depan
khalayak ramai? depa ni tak tau ke buka aurat tu berdosa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 02-12-08 14:09


kebodohan diri sendiri.....kasihan keluarga orang-orang yang tak guna akal tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 14:12


awat tak fikir.....
konon nak jadi orang barat lah tu...
sesuka nak bogel...
jaga lah adab ketimuran

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 02-12-08 14:23


Assalamualaikum
dia benar˛ nak berbogel ke??ataupun berbogel tu hanya istilahnya?? :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 14:24


Perkara yang sangat memalukan lah....
cari lah cara lain untuk membantah.....
takkan ni idea yang terbaik....??
apa nak jadilah dengan mereka ini....
Memalukan lah....sangat memalukan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-12-08 14:30


jue..

memalukan serta meMUALkn....
tak boleh bayangkan kalau depa berbogel..
dah macam kumpulan red hot chili peppers lah pula..ngok betul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

jubahputih
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2008
Ahli No: 35515
Posting: 23
Dari: pantai timur tawau

Sabah  


posticon Posting pada: 02-12-08 14:31


Assalamualaikum
ni lah masalah mnusia yang snggup gadikan diri tanpa mmikirkan maruah diri.
tak ka ini mmalukan diri sendiri, malu apa.....tapi bagi mereka yang tak mikirkan semua ini mereka snggup buat apa saja.. :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir: :berfikir:


-----------------
ku akui kelemahan diri, ku insafi kekurangan ini, ku kesali kejahilan ini, terimalah..terimalah..terimalah..
taubatku ini..d hamparan ini ku meminta


Bookmark and Share

    


  Member Information For jubahputihProfil   Hantar PM kepada jubahputih   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 14:45


Pada 02-12-08 14:30 , MatBoo posting:

!!! QUOTE !!!

jue..

memalukan serta meMUALkn....
tak boleh bayangkan kalau depa berbogel..
dah macam kumpulan red hot chili peppers lah pula..ngok betul.


betul tu MatBoo...
apa nak jadi lah dengan mereka ini.... :berfikir:


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 15:28


buat derk saja..takkan tergugat keyakinan jika berteg7uh dengan prinsip..huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 15:28


buat derk saja..takkan tergugat keyakinan jika berteguh dengan prinsip..huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 16:19


Ana saspek betul lah kat mereka ni! Sanggup tubuhkan skuad berani matikan maruah! Tapi betulkah mereka ni nak buat macam tu? Ataupun sekadar gertak saja? mereka ni patut contohi mereka yang dalam gambar ni- berani protes tanpa seurat benang...



Photobucket - Video and Image Hosting


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

khumaira_84
Warga Rasmi
Menyertai: 08.08.2008
Ahli No: 34352
Posting: 20
Dari: bumi Allah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 19:43


malu rasanya nak ngaku mereka ini seagama dgnku..macam mana nak bagi org kafir hormat umat islam dah Kalau diri sendiri tak hormat diri sendiri..Kenapa nak tiru cara org kafir???inilah padahnya jika malu tak diletak pada tempat yang sepatutnya..dah tak ada cara lain lagi dah kerr yang bersesuaian dengan umat islam yang mulia darjatnya..sedihnyaaa:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For khumaira_84Profil   Hantar PM kepada khumaira_84   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 02-12-08 20:18


nak kata masih budak...dah besar panjang....nak kata without brain....siap jadi presiden lagi.

tuelah....apabila sumber rujukan al-Quran dan hadis serta Islam dibuang, dilempar jauh2.....akal fikiran yang cetek serta daif & nafsu serakah ini juga yang digunakan sebagai sumber rujukan.....bijak sungguh diorg2 ini.

p/s: ini baru sikit bab tak ikut Islam....nak berbogel....belum lagi ambik kira soal hantaran kahwin yang tinggi zaman sekarang....oopppsss....tersasul pulak tangan ini menaip....apa-apa pun....isu nak berbogel & adat hantaran mengarut ini 2 benda yang sama saja....iaitu....TIDAK IKUT ISLAM


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 21:15


Kita nak lihat sejauh mana keberanian mereka nak tubhkan Skuad Berani Bogel terbabit dan nekad berbogel di khalayak ramai pada majlis yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, jika kerajaan negeri gagal mengkaji semula kenaikan sewa rumah PPR....nak juga lihat ini kah cara mereka(lagu Umno).....dan kita juga nak lihat berapa ramai yang sanggup berbuat hal yang sedemikian.

www.duniarasuah.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 00:07


Pada 02-12-08 14:23 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
dia benar˛ nak berbogel ke??ataupun berbogel tu hanya istilahnya?? :berfikir:



benar tu..kalau ikut hukum..memakai pakaian yang menampakkan tubuh..dalam islam adalah berbogel jugak...

hmmm..macam-macam lah manusia ni...nak balik ke zaman batu agaknya..



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 427
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 03:54


apa yang syoknya dengan berbogel itu? tak sampai untuk saya fikirkan... tinggi sangat falsafah bogel itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 03-12-08 07:32


Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) ni NGO mana? Terasa nak kenal dengan Presidennya. Kalau ada laman web boleh juga dilayari. harap-harap tidak mengandungi unsur pornografi.

Jagalah maruah kalian wahai manusia. Sesungguhnya yang membezakan manusia dengan haiwan adalah akal. Tetapi jika akal letak dilutut, lebih hina dari haiwan yang tak berakal.

Look before you leap,
wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-12-08 09:02


mereka ni ugut saja...takkan mereka nak tayang kemaluan yang dah kecut sebab mereka ni dah tua...





malunya....
malu sebahagian dari Iman

Sesungguhnya beza antara Islam dengan agama lain adalah dengan sifat malu
mean malu adalah sebagian dari iman...maksud hadis...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 15:46


dipetik dari Malaysiakini.com

Presiden Reformis kena tindakan disiplin

Jimadie Shah Othman | Dec 5, 08 11:07am
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang terkenal dengan "skuad berani bogelnya" dan lantang mencabar kerajaan Selangor semalam menerima surat tunjuk sebab daripada barisan exconya.

Sembilan daripada 12 exco persatuan itu hadir dalam mesyuarat tergempar di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Selasa, sehari selepas Ramlan Abu Bakar membuat aduan polis terhadap menteri besar berhubung karnival rakyat di Shah Alam bersempena kongres nasional PKR hujung minggu lalu.

Mereka sebulat suara memutuskan tindakan itu dengan alasan tindakan Ramlan "membuat serangan peribadi" kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dua orang exo lagi tidak hadir dalam mesyaurat itu dipercayai penyokong presiden Reformis.

Ramlan juga, melalui kenyataan-kenyataannnya kepada media, didakwa telah membelakangkan sebahagian besar exco-exconya.

Setiausaha Reformis, Zairi Jantan memberitahu Malaysiakini, tindakan ketuanya itu bertentangan dengan Fasal 17 (2) perlembagaan pertubuhan itu menyebut, mana-mana ahli tidak boleh mencemarkan nama baik Reformis dan juga Fasal 9 (4) bahawa jawatankuasa tidak boleh diketepikan dalam membuat sesuatu keputusan.

Reformis - dipercayai mempunyai hubungan dengan penyokong Gerakan Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim - didaftarkan pada Julai tahun lalu tetapi hingga kini Pendaftar Pertubuhan belum meluluskan NGO itu.

Awal minggu ini, Ramlan dilaporkan berkata, skuad berani bogelnya akan meneruskan bantahan, termasuk mengejar menteri besar Selangor, yang juga ketua perhubungan PKR, di majlis-majlis yang dihadirinya.

Menurutnya, ia akan dilakukan sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, tidak dipenuhi kerajaan negeri.

Dalam aduan polisnya 1 Disember, Ramlan mendakwa PKR menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk mengadakan keramaian dan jamuan makan pada perhimpunan di luar Stadium Malawati, tempat parti itu mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Jelasnya, laporan, yang sama turut dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Dihubungi semalam, timbalan presiden Reformis, Badrul Hisham Mohd Hanafiah berkata, isu kenaikan sewa PPR yang diperjuangkan oleh mereka memang telah disepakati oleh barisan exco pada November lalu.

Tetapi, tambahnya, "Ramlan telah bawa isu ini terlalu jauh. (Kandungan) kenyataan (media), sidang akhbar pun kita tidak pernah tahu."

Pemimpin nombor dua NGO itu juga berkata, exco-exco lain tidak bersetuju dengan pendekatan serangan peribadi yang dilakukan Ramlan, sebaliknya memilih pendekatan kritikan yang membina.

Ramlan diminta menjawab dalam tempoh 14 hari. Jika gagal berbuat demikian, tambah Badrul, beliau boleh digantung antara tiga hingga enam bulan.

Nasibnya akan diputuskan oleh sebuah panel penilai yang akan dianggotai individu yang tidak berkepentingan dalam kes itu dan bukan ahli Reformis seperti peguam, katanya lagi.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Ramlan berhubung tindakan disiplin yang mendadak dikenakan padanya.


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 17:24


Pada 02-12-08 14:23 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
dia benar˛ nak berbogel ke??ataupun berbogel tu hanya istilahnya?? :berfikir:



Betul juga TT...

Istilah Bogel dengan Separuh Bogel dengan 'Bogel' dengan 'Separuh Bogel' dengan provokasi hendaknya Berbogel.

Apa maksudnya mereka tu?


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 19:31


saya terfikir juga...betul ke mereka nak berbogel dalam erti kata lain betul-betul nak berbogel tanpa seurat benang atau hanya berbogel pada erti kata yang lain...aduh2 pening2 dengan mereka ni yang bertindak tanpa berfikir secara rasional!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

bingkisanilahi
Warga Rasmi
Menyertai: 20.04.2008
Ahli No: 33282
Posting: 17
Dari: Kuala Lumpur (Weekend Kedah)

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-12-08 20:33


Saya pulak malas nak fikir pasal nak bogel ke tak. Cuma terfikir bagaimana mereka boleh terfikir untuk berbogel sebagai cara untuk membuat bantahan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For bingkisanilahiProfil   Hantar PM kepada bingkisanilahi   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 22:24


Pas Selangor Setia Dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pimpinan Khalid Ibrahim
Jumaat, 5 Disember 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Selangor & Putrajaya

SHAH ALAM, 5 DISEMBER (sekolah) - PAS Selangor menyokong sepenuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini yang dipimpin Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim, ujar Persuruhjaya Pas Selangor Dr Hasan Ali.

“Pas akan memastikan yang seluruh jenteranya dari ahli-ahli exco, wakil-wakil rakyat, pimpinan parti, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung dan JKKK semuanya memainkan peranan agar kerajaan ini dapat bertahan dan terus diterima oleh rakyat negeri Selangor,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri; Iskandar Abdul Samad, dan Dr Halimah Ali.

Menurut Dr Hassan yang juga Exco Selangor, Pas sebagai sebuah gerakan Islam akan bertanggungjawab untuk memberikan idea, pandangan dan teguran dalam hal-hal khasnya yang melibatkan kebajikan, kepentingan dan masa depan Islam dan orang-orang Melayu selain isu-isu bersama yang melibatkan semua kaum dan agama.

“Pas akan memainkan peranan yang positif dan produktif dalam hal ini demi kesejahteraan dan kemajuan rakyat dan negeri Selangor,” katanya lagi.

Sementara itu Dr Hasan turut menafikan untuk menuntut agar pengharaman penjualan arak di negeri ini seperti mana yang dipetik didalam akhbar-akhbar berbahasa Cina.

“Pas Selangor tidak pernah menuntut agar kerajaan negeri mengharamkan sama sekali penjualan arak di negeri Selangor,” katanya lagi.

Katanya lagi, apa yuang sedang diusahakan adalah penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang sedia ada dan bukanya memperkenalkan sesuatu yang baru.

Jelasnya, Seksyen 18 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang diwartakan pada 18 Januari 1996 dan berkuatkuasa di Selangor sejak 22 November 1996 umpamanya mengharamkan penjualan arak kepada umat Islam dan memperuntukkan hukaman kepada sesiapa yang mempamir atau menjual minuman seumpana ini kepada umat Islam.

“Peruntukan seumpama inilah dan lain-lain termasuklah dalam hal perjudian dan pelacuran mahu dikuatkuasakan agar kepentingan masyarakat dapat dipelihara dan aspek moral yang merosakan masyarakat khasnya para remaja dapat ditangani.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 22:49


Demo bogel: DAP sokong polis
Dec 5, 08 9:39pm
DAP menyokong polis mengambil tindakan terhadap Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang berniat untuk mengadakan "demonstrasi secara bogel" terhadap kerajaan Selangor walaupun mempertahankan hak berhimpun seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Menubuhkan pasukan berani bogel adalah suatu perkara yang membingungkan.

"Inilah pertama kali dalam sejarah negara munculnya budaya yang buruk.

"Adalah penting tindakan seumpama itu (oleh polis) patut diambil dari peringkat awal," kata Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini.

Mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, ahli parlimen Bukit Gelugor menjelaskan Reformis sepatutnya sedar bahawa salah di sisi undang-undang kesopanan awam untuk mengadakan perhimpunan dengan berbogel.

"Bagaimanapun, sebarang tindakan Reformis untuk mengadakan perhimpunan aman tidak sepatutnya diganggu oleh polis," kata peguam terkenal itu.

Musa dilaporkan berkata hari ini polis akan mengambil tindakan terhadap penunjuk perasaan yang berbogel seperti dirancang oleh Reformis bagi menuntut Selangor menurunkan kadar sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Karpal bagaimanapun membantah Musa yang mengecam ahli-ahli politik pembangkang dan kerajaan yang didakwa melanggar peraturan sehingga menggalakkan penjenayah berbuat demikian.

Tokoh pembangkang itu berkata polis harus memberikan permit kepada ahli-ahli politik untuk berhimpun, bukan sahaja yang kepada ahli-ahli politik tertentu, dan bukan menghalang mereka sehingga dituduh melanggar peraturan.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 22:57


Presiden Reformis kena tindakan disiplin
Jimadie Shah Othman | Dec 5, 08 11:07am
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang terkenal dengan "skuad berani bogelnya" dan lantang mencabar kerajaan Selangor semalam menerima surat tunjuk sebab daripada barisan exconya.

Sembilan daripada 12 exco persatuan itu hadir dalam mesyuarat tergempar di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Selasa, sehari selepas Ramlan Abu Bakar membuat aduan polis terhadap menteri besar berhubung karnival rakyat di Shah Alam bersempena kongres nasional PKR hujung minggu lalu.
Mereka sebulat suara memutuskan tindakan itu dengan alasan tindakan Ramlan "membuat serangan peribadi" kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dua orang exco lagi tidak hadir dalam mesyaurat itu dipercayai penyokong presiden Reformis.

Ramlan juga, melalui kenyataan-kenyataannnya kepada media, didakwa telah membelakangkan sebahagian besar exco-exconya.

Setiausaha Reformis, Zairi Jantan memberitahu Malaysiakini, tindakan ketuanya itu bertentangan dengan Fasal 17 (2) perlembagaan pertubuhan itu menyebut, mana-mana ahli tidak boleh mencemarkan nama baik Reformis dan juga Fasal 9 (4) bahawa jawatankuasa tidak boleh diketepikan dalam membuat sesuatu keputusan.

Reformis - dipercayai mempunyai hubungan dengan penyokong Gerakan Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim - didaftarkan pada Julai tahun lalu tetapi hingga kini Pendaftar Pertubuhan belum meluluskan NGO itu.

Awal minggu ini, Ramlan dilaporkan berkata, skuad berani bogelnya akan meneruskan bantahan, termasuk mengejar menteri besar Selangor, yang juga ketua perhubungan PKR, di majlis-majlis yang dihadirinya.

Menurutnya, ia akan dilakukan sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, tidak dipenuhi kerajaan negeri.
Dalam aduan polisnya 1 Disember, Ramlan mendakwa PKR menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk mengadakan keramaian dan jamuan makan pada perhimpunan di luar Stadium Malawati, tempat parti itu mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Jelasnya, laporan, yang sama turut dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Dihubungi semalam, timbalan presiden Reformis, Badrul Hisham Mohd Hanafiah berkata, isu kenaikan sewa PPR yang diperjuangkan oleh mereka memang telah disepakati oleh barisan exco pada November lalu.

Tetapi, tambahnya, "Ramlan telah bawa isu ini terlalu jauh. (Kandungan) kenyataan (media), sidang akhbar pun kita tidak pernah tahu."

Pemimpin nombor dua NGO itu juga berkata, exco-exco lain tidak bersetuju dengan pendekatan serangan peribadi yang dilakukan Ramlan, sebaliknya memilih pendekatan kritikan yang membina.

Ramlan diminta menjawab dalam tempoh 14 hari. Jika gagal berbuat demikian, tambah Badrul, beliau boleh digantung antara tiga hingga enam bulan.

Nasibnya akan diputuskan oleh sebuah panel penilai yang akan dianggotai individu yang tidak berkepentingan dalam kes itu dan bukan ahli Reformis seperti peguam, katanya lagi.

Malaysiakini gagal mendapatkan reaksi Ramlan berhubung tindakan disiplin yang mendadak dikenakan padanya.
/


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-12-08 12:07


Politik malaysia makin teruk...itu yang sampai nak berbogel..semua ada agenda tersendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 06-12-08 22:53


Assalamualaikum
saya memohon kepada semua ahli UC agar jangan sekadar mengcopypaste dari sumber lain..tak payah buat macam tu..buat saja link supaya orang boleh pergi ke laman web tersebut dan baca...copy paste banyak˛ memberatkan UC..lebih˛ lagi, saya rasa tak ramai yang benar˛ membaca setiap apa yang dicopypaste..tambahan, apa yang kita mahukan ialah percambahan fikiran, bukan sekadar lontaran daripada orang lain..

please..bincang secara ilmiah sikit..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 23:18


betul-betul memalukan..ish..akal yang tak waras..memualkan sungguh...


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

Wali
Warga Rasmi
Menyertai: 24.11.2008
Ahli No: 36045
Posting: 4

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-12-08 14:44


xcye lah mereka berani bogel............cakap jew boleh lah.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For WaliProfil   Hantar PM kepada Wali   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 21:32


dipetik dari malaysiakini.com

Anwar sasaran baru 'perang bogel'

Jimadie Shah Othman | Dec 12, 08 3:58pm


kemaskini 6:57pm Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan "perang bogelnya" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata presidennya Ramlan Abu Bakar di satu sidang akhbar di ibu kota.

Awal minggu lalu, NGO itu mengancam akan “menyerang hendap” Abdul Khalid bagi menekan pemimpin itu menunaikan tuntutannya, antaranya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dakwaan penyalahgunaan kuasa menteri besar menganjurkan Karnival Rakyat di Shah Alam hujung bulan lepas.

Ramlan enggan mendedahkan bilakah "perang" itu akan dilancarkan.

"Kalau dedahkan butirannya, bukan lagi (taktik) serang hendap, tetapi peperangan konvensional," katanya.

Ramlan malah turut mencabar kedua-dua pemimpin PKR itu tampil berdebat dengannya berhubung dakwaaan Reformis bahawa Selangor gagal membela nasib rakyat miskin.

"Saya bagi pihak Reformis mencabar Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid untuk berdebat dengan saya.

"Saya hanya perlu satu jam, setengah jam saja untuk menghuraikan masalah rakyat miskin yang terpinggir di negeri maju seperti ini (Selangor), yang dinamakan negeri kebajikan," kata presiden Reformis.

Sepuluh penyokongnya turut sama dalam sidang akhbar di gelanggang sepak takraw di perkarangan sebuah rumah pangsa kos rendah di Sentul Utama.

Ramlan berkata, debat itu diharapkan dapat menghasilkan rumusan bagi menyelesaikan masalah rakyat miskin di negeri itu.

Beliau, yang juga anggota PKR, bagaimanapun tidak menetapkan tarikh kepada penasihat parti itu untuk berdebat.

"Terpulang pada beliau. Sebab beliau sibuk, (kami) berlaku adillah (memberikannya masa)," kata Ramlan penuh semangat menyebabkan kanak-kanak dan beberapa penduduk mulai mengerumuni sidang akhbar itu yang dihadiri lebih kurang 10 wartawan, termasuk televisyen.

Ditanya sama ada Anwar patut mengundurkan dirinya sebagai pemimpin PKR jika gagal membaiki masalah kelemahan Selangor seperti dakwaannya, Ramlan berkata:

"Soal letak jawatan bukan persoalannya. Kalau beliau ada maruah, beliau mesti ambil pertanggungjawaban ini."

Tindakan meletakkan jawatan bagi beliau merupakan "jalan yang akhir", tambahnya.

Kelihatan beremosi, beliau mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi "gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri”.

Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai "jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik".

Ramlan berkata beliau pernah memaklumkan kepada tokoh utama PKR itu "supaya memperbaiki kepimpinan Abdul Khalid" tetapi Anwar gagal melakukannya dan masih "berdiam diri".

Ramlan berkata, cabaran debat itu dibuat kerana "kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi manifesto pilihanraya" yang dibuat Mac lalu.

Katanya, daripada dua muka manifesto Barisan Alternatif - yang dianggotai PKR dan PAS - ketika itu, hanya empat atau lima sahaja berjaya dipenuhi.

Oleh itu, tambah Ramlan, selagi kesemua janji-janji manifesto itu tidak ditunaikan, beliau akan meneruskan "perang bogelnya".

"Selagi manifesto yang terdapat dalam pilihanraya ke-12 tidak ditunaikan, maka perang (bogel) ini akan berlanjutan sehingga tempoh yang ditetapkan – iaitu apabila manifesto itu semuanya tertunai.

Tidak cukup dengan kata-kata itu, wakil-wakil rakyat PKR di Selangor turut disindirnya sebagai "Yang Berlagak" dan "Yang Bongkak" sebagai ganti Yang Berhormat kerana gagal menyelesaikan masalah rakyat bawahan di negeri itu.

Beliau bagaimanapun menafikan perjuangan Gerakan Reformasi sejak 1998 yang digerakkan oleh Anwar sebagai gagal, sebaliknya "kepimpinan parti yang gagal".

"Bukan salah parti, tetapi kepimpinan. Parti hanya nama sahaja, (hanya) slogan," tambah Ramlan.

Ditanya sebab beliau memilih menyalurkan desakannya melalui NGO itu dan bukannya melalui PKR yang mengetuai kerajaan Selangor, Ramlan berkata:

"Orang macam ini nak pujuk tak boleh, nak rayu tak boleh, nak bincang tak boleh. Cara macam ini, cara samseng. Macam ini, kita kena jadi bapa samseng, baru beliau boleh terima.

"Kalau cara proses-proses ini, undang-undang ini, macam (kes) PPR. Tujuh bulan ulang-alik tidak ada (kesan). Bila (ugut) hendak bogel, hendak pula beliau (menteri besar) selesaikan masalah ini."


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 12-12-08 23:27


Assalamualaikum
syah apium....harap peringatan yang diberi diikuti...
boleh tak cuba cambahkan ilmu berdasarkan kefahaman dan bincang secara ilmiah..taknak copy paste semata..sebaiknya, ambil atau quote yang mana penting untuk dibincangkan sahaja, bukan copy paste semuanya...kemudian, bincangkan, olahkan dan perkongsikan idea...
harap beri kerjasama...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140797 saat. Lajunya....