Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 08-10-2024 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | pilihanraya kecil parlimen kuala terengganu |
---|---|
Rashdin |
Posting pada: 28-11-08 20:43
sebelum tu mari sedekahkan al fatihah kepada timbalan menteri pelajaran
!!! QUOTE !!! KUALA LUMPUR 28 Nov.— Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
broshahir |
Posting pada: 28-11-08 21:34 |
mujahidah_Dungun |
Posting pada: 28-11-08 21:50
takziah pada keluarga Allahyarham
tak sempat Allahyarham saya temui untuk merasmikan majlis yang akan dibuat.. one thing very important is..." sakratul maut akan menjemput kita tidak mengira masa dan ketika".. Al-Fatihah.. |
hurul_inn |
Posting pada: 29-11-08 00:25
al-Fatihah....
takziah buat keluarga allahyarham... nampakya akan ada pilihanraya kecil lah kat sana.. kena balik mengundi ni.. |
Rashdin |
Posting pada: 29-11-08 13:14
Pada 29-11-08 00:25 , hurul_inn posting:
!!! QUOTE !!! al-Fatihah.... cepat balik bagi mereka yang mengundi di sana nanti.buat pilihan terbaik ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
syah_apium |
Posting pada: 29-11-08 20:05 takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham semoga pilihanraya kecil pada kali ini membuktikan kegawatan politik kesan daripada penurunan harga minyak dan kenaikan harga barangan yang boleh mngancam ekonomi negara. ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot. |
Rashdin |
Posting pada: 29-11-08 20:17
ok,balik kepada topik asal.sekarang ni belum ada sumber yang sahih siapa yang akan bertanding tapi di pihak PAS sudah ada khabar yang mana mat sabu akan dijadikan calon untuk bertanding.
|
Rashdin |
Posting pada: 29-11-08 20:18
pada sumber di siasah pula sudah ada berita ini
Pertembungan impian: Wan Mutalib lawan Wan Farid KUALA TERENGGANU, 28 Nov: Berikutan kematian anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Muhamad petang tadi, kini Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihan raya kecil tidak lama lagi. Dan pertembungan impian adalah antara Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid. Wan Mutalib adalah calon yang disebut-sebut untuk menjadi calon PAS di Kuala Terengganu sebelum PAS Pusat memutuskan untuk mencalonkan Naib Presidennya, Haji Muhamad Sabu di situ. Wan Farid yang kini adalah senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pula adalah calon yang disebut-sebut untuk bertanding dalam pilihan raya lalu di kawasan ini tetapi nama beliau hilang selepas itu. Ramai pihak menganggap pertembungan kedua-duanya adalah pertembungan impian banyak pihak kerana kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua calon itu di kawasan ini. Wan Mutalib, AJK PAS Pusat, sebelum ini adalah Adun Batu Burok. Beliau kini menjadi Pengerusi JK Pemantau bagi pihak PAS Pusat untuk semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Selain beliau, turut tersenarai untuk menjadi calon-calon PAS adalah pesuruhajaya PAS Terengganu sendiri, Datuk Mustafa Ali. Di pihak BN pula, nama bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Zuber Embong juga ada disebut-sebut. SIASAH ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 30-11-08 10:17
Mat Sabu’s return to Parliament – DAP to give full support
The news of the sudden death of Deputy Education Minister Datuk Razali Ismail just now is most shocking and I would like to convey to his family my deepest condolences for the loss of a sober-minded and even-handed Malaysian. Razali had always impressed me with his rationality as he is a rare Umno MP who is not only well-read and very passionate about education and life-long learning but would have no truck with ultra sentiments and unparliamentary antics and outbursts. There is going to be a major by-election with the vacancy arising from the death of Razali. DAP will go all out to work for Mat Sabu’s return to Parliament, as the PAS National Vice President lost narrowly to Razali in the 2008 general election in the Kuala Terengganu parliamentary constituency by a razor-edge 628 votes. Razali secured 32,562 votes, Sabu 31,934 votes while independent candidate Maimun Yusuf polled 685 votes. |
zam_rizal |
Posting pada: 30-11-08 14:56
Pertama sekali, takziah buat keluarga Allahyarham...ana, sebagai salah seorang penduduk parlimen Kuala Terengganu trut terasa kehilangan beliau. Beliau sangat komited dalam setiap tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau. Walaupun beliau telah memegang porfolio kat kerajaan pusat, namun beliau tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya kepada penduduk kawasan parlimen beliau. Ana tak tahu nak cakap bagaimana lagi, memang satu kehilangan yang amat besar kepada penduduk parlimen Kuala Terengganu
InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa halangan, ana akan jalankan tanggungjawab sebagai pengundi nanti... |
_norlidahashim_ |
Posting pada: 30-11-08 16:41
al-fatihah..
walaupun saya tak berapa kenal arwah, tapi ,melalui watak dan gaya percakapannya, dalam diam saya amat mengagumi arwah.pemergian arwah merupakan stu kehilangan yang amat besar kepada agama bangsa dan negara sendiri.. seingat saya, semasa arwah menjadi pegawai pendidikan terengganu satu ketika dulu, pernah datang pada waktu malam semasa kami sedang menjalani kelas tambahan untuk SPM semata-mata untuk melihat sendiri cara kami belajar.. saya mengenali anak arwah dan bagi saya arwah bijak dalam mendidik anak-anak menjadi tak sombong dengan status bapa mereka dan berjaya dalam pelajaran dan hidup masing-masing.. semoga Allah mencucuri rahmat dan kasihNya pada arwah...amin.. |
muslimin23 |
Posting pada: 01-12-08 19:05
hmmm...yang pergi biarkan pergi..tangungjawab kita di muka bumi ini mesti diteruskan..undilah dengan bijak wahai rakyat di parlimen kuala terengganu....
|
Rashdin |
Posting pada: 02-12-08 17:18
Pada 01-12-08 19:05 , muslimin23 posting:
!!! QUOTE !!! hmmm...yang pergi biarkan pergi..tangungjawab kita di muka bumi ini mesti diteruskan..undilah dengan bijak wahai rakyat di parlimen kuala terengganu.... ada siapa tahu calon2 yang akan bertanding di sana?.di pihak PR PAS akan bertanding ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
muslimin23 |
Posting pada: 02-12-08 23:46
tak tahu lah..kemungkinan besar mat sabu agaknya...wallhualam..apa pun kita tunggu keputusan pucuk pimpinan PR...
|
izad |
Posting pada: 03-12-08 03:51
takziah buat keluarga allayarham dan seluruh warga kat.
Setiap hal yang berlaku akan ada hikmahnya... |
azemi |
Posting pada: 03-12-08 08:15
Pada 01-12-08 19:05 , muslimin23 posting:
!!! QUOTE !!! hmmm...yang pergi biarkan pergi..tangungjawab kita di muka bumi ini mesti diteruskan..undilah dengan bijak wahai rakyat di parlimen kuala terengganu.... Betul kata muslimin, undilah dengan bijak..undilah siapa yang ada yakin membawa gagasan yang benar untuk agama, bangsa dan negara.. ----------------- "Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka |
Saifuddin |
Posting pada: 03-12-08 09:14 |
unanjaga |
Posting pada: 03-12-08 10:38
Kita punya tanggung jawab mencari pengganti nya...harap kali ini kita dapat memilih YB yang benar benar ingin menjalankan tugas nya dengan jujur dan jauh dari semua perlakuan rasuah...salah guna kuasa dan apa jua bentuk penyelewangan...harap kita semua ada harapan baru.
my blog www.duniarasuah.blogspot.com |
mohamad |
Posting pada: 03-12-08 11:03
innalillahi wainna ila hi rajiun...
setiap yang bernwyawa, pasti akan menemui ajalnya. *pilihan raya kecil ini... memang tertumpu.... |
Saifuddin |
Posting pada: 03-12-08 11:16
kementerian pelajaran dilaporkan mendapat budget yang amat besar berbanding kementerian lain yang ada di negara ini...
sudah tentu tender serta sebut harga menyediakan peluang kepada kontraktor untuk mengaut keuntungan... seperti dilaporkan dalam harakah terbaru...menteri pelajara tidak hadir untuk menjawab soalan YB dari PR akan hal budget yang besar untuk kementerian pelajaran Tahniah kementerian pleajaran mendapat budget yang besar memandangkan pelajar sekolah di megara ini mencecah 5.7 million pelajar...figure pelajar ini adalah ana estimate saja... |
panahpena |
Posting pada: 03-12-08 11:51
Kesiannnn.... diberitakan dia meninggal ketika bermain badminton. Menurut saksi dia tiba-tiba rebah dan meninggaldunia. kasihan... pengajaran buat semua ya... sempat ke tidak mengucap kalimah shahadah tu pun Allah yang tentukan. Banyak persoalan yang belum dijawab oleh arwah tu. Harap dia berjaya lah jawab bila ditanya di alam barzakh nanti.
Menterinya tu pun tunggulah ya. Tak jawab segala pertanyaan di dunia ni jawab lah nanti di sana. RM2.1 billion untuk Inggeriskan pelajar Melayu tu betul ke? |
Rashdin |
Posting pada: 03-12-08 18:07
PKR ready to back PAS candidate for Kuala Terengganu, says Anwar
From The Edge Daily By Chan Kok Leong SHAH ALAM: On the last day of debates at Parti Keadilan Rakyat’s 5th Congress here yesterday, ada facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said PKR had no issues with a PAS candidate for the impending Kuala Terengganu by-election. The seat fell vacant following the death of its parliamentarian and deputy minister of education Datuk Razali Ismail on Friday. The Election Commission is expected to announced the date for a by-election within 60 days of officially receiving notice from parliament. During the previous two elections, PAS candidates were fielded for the 90% Malay majority constituency of 65,000 voters. At his closing speech yesterday at Malawati Stadium, Anwar, who is Opposition Leader, said there were many within PKR who called for a candidate from their party to contest the by-election. Answering them, Anwar said: “Although the final decision on which party will contest in Kuala Terengganu lies with Pakatan Rakyat, the meaning of consultation is about the willingness to help one another.” “In the last by-election (where he won the Permatang Pauh seat), PAS fully supported us and if PAS is to field a candidate for Kuala Terengganu, we will return the gestures,” said the opposition leader. During his winding-up speech, Anwar reiterated the party is committed to restoring “immunity” to the rulers, as stipulated in the Federal Constitution. On Saturday, president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail said at a press conference that the party intends to return legislation veto powers to the monarchy. Article 181 of the Federal Constitution was amended in 1984, whereupon bills passed in Parliament can automatically become laws after 30 days, regardless of whether the King assents to them or not. Meanwhile, vice-president Azmin Ali suggested that states governed by Pakatan Rakyat should start attracting young voters by having bigger budgets for youth programmes. With more such activities, he said, the Pakatan parties can get closer to youths. Earlier, director of strategy Saifuddin Nasution had said that an estimated two million new voters are expected to take part in the next general election, which must be held by 2013. He also reminded delegates that there were still many Malaysians who were not registered voters. Other suggestions included calls for the formation of a shadow cabinet to monitor the administration of the government. Penang delegate Tan Tee Beng said it was important for the party to have one so that a system of checks and balances can be created to monitor the government. “Although a shadow cabinet opens our views to scrutiny or even manipulation, it is an important start to convince Malaysians of our seriousness in becoming the next federal government,” said Tan. Recently, civil society groups urged PKR to set up a shadow cabinet to prove that they are ready to govern. |
syah_apium |
Posting pada: 05-12-08 15:48
Dipetik dari www.utusan.com.my
Pengundian 17 Jan di Kuala terganu Dec 5, 08 11:40am Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu jatuhnya pada 6 Januari dan pengundian pula 17 Januari, memberikan 11 hari berkempen, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bilangan pengundi kali ini 80,229 orang, sedikit berbeza berbanding 80,325 orang dalam pilihanraya umum Mac lalu. Jumlah ini termasuk 1,035 pengundi pos. Dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini. Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, yang juga timbalan menteri pelajaran, Jumaat lepas. Wakil rakyat BN itu menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dengan majoriti tipis, 628 undi ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot. |
wafie |
Posting pada: 05-12-08 22:38
KUALA TERENGGANU: KeADILan akan turun padang- Azmin Ali
Jumaat, 5 Disember 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Politik, Terengganu KUALA TERENGGANU: KeADILan akan turun padang- Azmin Ali KUALA LUMPUR, 5 Disember (sekolah) - Parlimen Kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari tahun depan, akan memberi tentangan hebat kepada Barisan Nasional kata Naib Presiden KeADILan Azmin Ali. * SPR Umum penamaan 6 Januari dan pengundian 17 Januari * 11 hari kempen * 80,229 pengundi Menurut beliau, walau siapapun yang bertanding dalam kerusi parlimen berkenaan, KeADILan akan turun padang memberikan sokongan pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu. “Kami Pakatan Rakyat juga akan memberi tentangan hebat kepada Umno-Barisan Nasional memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu menjadi milik Pakatan Rakyat,” menurutnya dalam blognya 1 Disember lalu Azmin yang juga Pengarah Pilihanraya KeADILan berkata, KeADILan sedia memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. “Sebelum ini, satu mesyuarat majlis tertinggi KeADILan telah diadakan dan menetapkan sedia memberi peluang kepada rakan PAS untuk bertanding di Kuala Terengganu. Keputusan ini diambil atas beberapa faktor dan diketahui umum bahawa kerusi Parlimen Kuala Terengganu secara tradisinya adalah milik PAS,” katanya lagi. Hari ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan diadakan pada 6 Januari dan pengundian pula 17 Januari, memberikan 11 hari berkempen. Jumlah pengundi kali ini 80,229 orang, sedikit berbeza berbanding 80,325 orang dalam pilihanraya umum Mac lalu. ----------------- |
muslimin23 |
Posting pada: 06-12-08 00:57 !!! QUOTE !!! Azmin yang juga Pengarah Pilihanraya KeADILan berkata, KeADILan sedia memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. nak bagi laluan kepada pas apenyer..memang kawasan tu kawasan pas..so memang layak lah calon pas bertanding kat sana..apa nak beri laluan pulak ni... |
lat-terang |
Posting pada: 06-12-08 12:29
Mungkin juga ni nak tunjukkan yang keAdilan dan PAS masihlagi bersatu...tak nak bertanding sesama sendiri..tapi siapa yang tahu masalah dalaman kan..
----------------- kepada NYa kita kembali... |
wafie |
Posting pada: 09-12-08 14:19
Pemuda Terengganu cadang calon phD,Prof Madya
Harakahdaily Mon | Dec 08, 08 | 11:26:54 am MYT KUALA TERENGGANU, 8 Dis (Hrkh) -Dewan Pemuda PAS Terengganu semalam sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi. Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan. "Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan maklumat berhubung calon tersebut. Kita tunggu keputusan yang bakal dibuat dalam mesyuarat PAS Pusat nanti. Presiden pun masih berada di Mekah. Kita tunggulah. "Calon terbabit adalah berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan telah dikurniakan Profesor Madya dalam bidang yang diceburi. "Beliau juga berasal dari negeri ini. Kita berharap Pas Pusat mempertimbangkan calon muda dari negeri ini yang tidak pernah bertanding sebelum ini,"katanya dalam satu kenyataan kepada media tempatan semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih ingin melihat Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu bertanding mewakili parti tersebut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu. Mengulas lanjut, Azman Shapawi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz adalah bersifat peribadi, tetapi calon yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri adalah melalui keputusan bersama. Menurut beliau, sekiranya kepimpinan PAS Pusat tidak menerima calon yang dikemukakan itu, Dewan Pemuda bagaimanapun tetap akan mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan calon yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu akan mencapai kemenangan. "Kita tetap menerima calon yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti, tetapi apa yang kita harapkan adalah cadangan kita diterima, iaitu calon daripada golongan muda dari negeri ini. Apa yang penting sokongan itu selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara PAS bersama pakatan pembangkang. "Sebelum ini pun kita telah memberi kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun padang menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi Parlimen ini bakal menjadi milik Pas,"katanya. Beliau berkata, PAS akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada calon BN. ----------------- |
wafie |
Posting pada: 09-12-08 15:25
Rakyat perlu pilih calon terbaik
KUALA TERENGGANU – Pemuda UMNO Terengganu akan memperkuatkan gerakan Skuad Sedia Gempur di setiap peti undi dan cawangan bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Terengganu, Razali Idris berkata, jentera Pemuda akan diberi mandat menjaga kawasan yang ditentukan di kesemua empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Kuala Terengganu. “Kita akan menggerakkan Skuad Sedia Gempur pada pilihan raya lepas untuk bertumpu di kawasan Kuala Terengganu bulan depan dan mereka akan menjalankan tugas di bahagian masing-masing yang akan ditentukan nanti,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam. Pada Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 6 Januari manakala tarikh pembuangan undi pada 17 Januari depan. Mengulas lanjut, Razali berkata, pihaknya akan melakukan gerakan secara bersungguh-sungguh menarik golongan muda untuk memihak kepada BN selain membawa pulang pengundi Kuala Terengganu yang berada di luar. Ketika ini, Razali berkata, pihaknya sedang mengenal pasti pengundi tersebut dengan berhubung melalui rangkaian pihak tertentu seperti Persatuan Anak Terengganu. “Kita jangka pengundi muda memihak kepada BN memandangkan ‘mood’ pilihan raya lalu belum habis lagi. Situasi politik ketika ini memihak kepada BN. Kita akan berusaha tetapi tidak akan memaksa mereka untuk mengundi. Kita berserah pada Allah. “Kita juga akan memastikan pilihan raya kecil ini dilakukan dengan baik dan jentera menghormati sistem yang ada dengan tidak terlalu emosional bagi mengelakkan berlakunya kecederaan, kekerasan dan pergaduhan,” katanya. Katanya, BN telah membuktikan keupayaan parti itu memerintah negeri ini sejak 1999 dan pelbagai pembangunan untuk rakyat setempat turut dilaksanakan secara berterusan sehingga kini. “Sekiranya rakyat mahu pembangunan terus dilaksanakan, mereka perlu membuat pilihan terbaik untuk kawasan itu bagi memastikan pengganti kepada arwah Datuk Razali Ismail juga adalah calon BN,” katanya. Razali adalah penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu sejak 8 Mac lalu tetapi disebabkan beliau meninggal secara mengejut pada 28 November lepas menyebabkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi berkenaan. Bagaimanapun, Razali Idris yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Marang ketika mengulas kemungkinan berlaku kekalahan di pihak BN memberitahu secara positif bahawa Pas tidak mampu memerintah negara dengan kemenangan di kerusi Parlimen itu. Selain itu, Razali turut menggesa komponen parti BN lain, MCA, MIC dan Gerakan supaya sama-sama turun padang bagi memastikan kemenangan BN. ----------------- |
Rashdin |
Posting pada: 17-12-08 13:26
perang sudah bermula biarpun kempen belum bermula.antaranya adalah seperti ini
----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
syah_apium |
Posting pada: 20-12-08 23:04
dipetik dari malaysiakini.com
Wan Farid diumum calon BN di kat Muda Mohd Noor | Dec 20, 08 4:49pm Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan. Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis pengumuman calon BN di Kuala Terengganu petang ini. Najib juga merupakan pengarah pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari depan. Wan Ahmad Farid, 46 - bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London - merupakan anak jati Kuala Terengganu. Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004. Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya. Beliau menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik. Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland pada 28 November lalu. PAS pula akan mengumumkan calonnya esok. Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon PAS ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali; Timbalannya, Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat, Mohd Khazani Abdullah. Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas. Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan. ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot. |
syah_apium |
Posting pada: 21-12-08 06:58
dipetik dari utusan online
Tanding 5 penjuru? Oleh Zulkiflee Bakar dan Nor Aziah Jaafar KUALA LUMPUR 20 Dis. – Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari ini dijangka menyaksikan pertarungan lima penjuru. Selain bakal menemukan dua musuh tradisi iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pas, pilihan raya berkenaan juga diramal akan turut disertai oleh dua calon Bebas dan seorang calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM). Hari ini di Kuala Terengganu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai calon BN. Pengumuman mengenai pemilihan Wan Ahmad Farid yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis khas di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman. Pas pula dijangka mengumumkan calonnya esok. Mingguan Malaysia difahamkan selain Mohamad Sabu, tiga nama turut dihantar kepada kepimpinan Pas pusat untuk dipertimbangkan. ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot. |
wafie |
Posting pada: 21-12-08 12:45 |
Rashdin |
Posting pada: 21-12-08 12:46 |
sayatetapsaya |
Posting pada: 21-12-08 21:30 saya memberi peringatan kepada semua ahli UC terutama yang selalu copy and paste SEMATA-MATA berkenaan dengan berita dari suratkhabar, saya mohon agar saring setiap berita dan masukkan di mana yang penting sahaja..jangan main copy and paste semua benda dan masukkan dalam forum..ini akan memberatkan UC..tolong bagi kerjasama!! |
Rashdin |
Posting pada: 22-12-08 00:26
Pada 20-12-08 23:04 , syah_apium posting:
!!! QUOTE !!! dipetik dari malaysiakini.com dan inilah dia gambar calon bn untuk perkara kat Soalan Kuiz: 1. Lagu apakah yang sedang dinyanyikan oleh pemuda di atas? 2. Adakah pemuda di atas telah belajar vokal sebelum menceburkan diri ke kancah politik? 3. Pemuda tersebut sedang menyanyi atau mengunyah mikrofon? 4. Macam kenal saja muka pemuda ni...kat mana ye? ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
lat-terang |
Posting pada: 22-12-08 09:05
Hmm payah jugak ni..pas tak budak announce lagi ke sesiapa untuk jadi calon mereka?walau pun BN punya calon agak kelam...tapi pas punya takj keluar lagi ni
|
Rashdin |
Posting pada: 22-12-08 09:34
Pada 22-12-08 09:05 , lat-terang posting:
!!! QUOTE !!! Hmm payah jugak ni..pas tak budak announce lagi ke sesiapa untuk jadi calon mereka?walau pun BN punya calon agak kelam...tapi pas punya takj keluar lagi ni tunggu pucuk pimpinan beri keputusan ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Saifuddin |
Posting pada: 22-12-08 13:42
ada lagi ke photo best...Rashdin
Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2293 Dari Anas bin malik .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah hapusnya Ilmu (Agama Islam), berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan merajalelanya perzinaan (pelacuran)” Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2297 Dari Abdullah bin Amru bin Al‘Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda “ Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’. Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanya” |
syah_apium |
Posting pada: 23-12-08 20:49
AKIM pilih bekas pemimpin PKR calon di kat
23/12/2008 5:41pm PASIR PUTEH 23 Dis – Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan, iaitu seorang peniaga, Harun @ Ab. Rahman Mohamad. Setiausaha Agung parti itu, Kapten (B) Mohd. Rosli Ghazali berkata, pemilihan Harun, 63, amat tepat kerana bekas Naib Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Terengganu itu adalah anak tempatan dari Pasir Panjang yang sudah dikenali umum. ``Calon kita ini pernah bertanding dalam pilihan raya umum lalu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk atas tiket Bebas pada 1974 tetapi kalah. ``Dia juga salah seorang pengasas AKIM termasuk di Terengganu," katanya pada sidang akhbar mengumumkan calon parti itu di sini hari ini. Hadir sama Presiden AKIM, Kapten (B) Abdullah Sani Musa dan Jawatankuasa Parti peringkat negeri Terengganu dan Kelantan. Mohd. Rosli berkata, penyertaan AKIM dalam pilhan raya kecil ini akan menjadikan pertandingan lebih sengit dan yakin mampu menewaskan calon BN dan Pas dengan mudah menerusi sokongan pengundi muda. Beliau berkata, selain pernah memegang jawatan penting dalam PKR, Harun juga adalah Pesuruhjaya AKIM Terengganu yang tidak wajar diperlekehkan kewibawaannya dalam politik dan hubungannya dengan masyarakat setempat. ``Kita yakin akan memperoleh kemenangan meskipun ramai yang beranggapan ia hanya sia-sia,’’ katanya. Beliau mendakwa AKIM mempunyai 20 cawangan dalam kawasan tersebut dengan keahlian hampir 3,000. Menurutnya, manifesto parti dan isu kempen akan diumumkan selepas penamaan calon berasaskan tiga strategi yang masih menjadi 'rahsia' parti itu. Sementara itu, Harun yakin tidak akan hilang wang pertaruhan kali ini kerana ia berbeza daripada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. "AKIM boleh mendapatkan sokongan untuk menang biarpun tipis memandangkan Pas dan BN menghadapi krisis dalaman termasuk isu pemilihan calon dan pengundi boleh memilih parti ini sebagai alternatif," katanya. - Utusan ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot. |
Rashdin |
Posting pada: 23-12-08 21:01
Pada 22-12-08 09:05 , lat-terang posting:
!!! QUOTE !!! Hmm payah jugak ni..pas tak budak announce lagi ke sesiapa untuk jadi calon mereka?walau pun BN punya calon agak kelam...tapi pas punya takj keluar lagi ni TGHA akan buat pengumuman pada januari depan.tapi sekarang parti2 komponen sudah mula gerakkan jentera perkara ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 25-12-08 21:44
lagi perang poster
----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 25-12-08 21:46 lagi-lagi poster yang menarik.banyak juga perang poster sempena perkara kat ni. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 27-12-08 21:31
Strategi BN terbongkar!!
Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 09:00:00 MYT oleh TokBatin Artikel Oleh deFacto " GERAKAN KENALI PENGUNDI DAN LOKASI RUMAH PENGUNDI (BACAAN SIKAP PENGUNDI P.036 KUALA TERENGGANU) 1. Pengenalan dan Matlamat 1.1 Gerakan ini adalah untuk mengenali sikap dan sokongan para pengundi di P.036 Parlimen Kuala Terengganu untuk disetiap Peti Undi. 1.2 Gerakan bacaan sikap ini akan dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif 1.3 Bacaan sikap ini adalah untuk membantu jentera parti didalam menentukan hala-tuju dan gerakan kempen secara betul. 1.4 Bacan sikap ini adalah untuk mencari dan mengenali pengundi penyokong BN untuk seramai 38,500 orang daripada 80,229 orang pengundi 2. Keratiria Petugas Petugas diperlukan di dalam gerakan ini adalah diantara sepuluh (10) atau tiga belas (13) orang bagi setiap sessi yang akan diadakan. Petugas untuk menjalankan gerakan ini juga mestilah terdiri dari penduduk tempatan disetiap cawangan UMNO di P.036 Parlimen Kuala Terengganu. Petugas untuk mengenali para pengundi adalah dicadangkan mereka itu terdiri daripada; 2.1 Ketua Cawangan dan ahli jawatankuasa – 4 sayap; 2.2 Kumpulan K5; 2.3 Guru KEMAS; 2.4 Guru KAFA; 2.5 JKKK; 2.6 Ketua Kampung; dan 2.7 Pengerak masyarakat, contoh; Rukun Tetangga, wakil pertubuhan belia (dikenali penyokong BN). 3. Tanggungjawab Mengenali & Mengambil Petugas Pengerusi K5 DUN & Peti Undi dan Ketua Cawangan mestilah mengenal pasti para petugas yang betul dan sesuai, boleh membantu gerakan BACAAN SIKAP yang akan dijalankan. Petugas yang akan membuat BACAAN SIKAP mestilah dari kalangan yang dicadangkan pada fasa (2), dan jika terdapat lain-lain yang boleh membantu gerakan BACAAN SIKAP adalah dialu-alukan. 4. Urusetia Bacaan Sikap 4.1 Pengerusi : Pengarah Bilik Gerakan 4.2 Timbalan Pengerusi : Pengerusi K5 Parlimen 4.3 Ahli Jawatankuasa : Pengerusi K5 DUN (4 DUN) 4.4 Ahli Jawatankuasa : 2 orang dari JASA 4.5 Ahli Jawatankuasa : 2 orang IT UMNO Negeri 5. Peralatan Sokongan. Peralatan sokongan diperlukan; 5.1 38 unit PC atau Laptop 5.2 38 unit alat pencetak laser (laser printer) dan toner 5.3 100 rims kertas 6. Maklumat Sokongan Maklumat sokongan akan disediakan oleh petugas IT daripada Bilik Gerakan Pilihanraya P.036 Parlimen Kuala Terengganu. 6.1 Sessi Pertama Bacaan Sikap (18/12/2008 hingga 25/12/2008) Urusetia Bacaan Sikap akan menyediakan SENARAI NAMA PENGUNDI berasaskan LOKALITI yang lengkapi dengan alamat tetap (permanent address) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 6.2 Sessi Pertama Bacaan Sikap (28/12/2008 hingga 05/01/2009) Urusetia Bacaan Sikap akan menyediakan SENARAI NAMA PENGUNDI berasaskan LOKALITI dilengkapi dengan alamat semasa dan tetap (current and permanent address) yang disediakan UMNO Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan & lain-lain agensi dan maklumat isi-rumah. 7. Lain-lain Hal Bacaan sikap ini juga adalah perlu dilakukan keatas pengundi kaum Cina dan India, JASA atau Jabatan Penerangan memiliki kakitangan atau pegawai dari kaum Cina dan India. Dicadangkan disini, kakitangan atau pegawai dari Kaum Cina dan India itu diminta menyertai sama untuk menjayakan gerakan BACAAN SIKAP keatas pengundi kaum Cina dan India untuk pilihanraya kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu ini. Disediakan oleh: Koordinator SMART Analysis System Kuala Lumpur 15hb Disember 2008 Ini merupakan salah satu strategi jentera pilihan raya BN bagi perkara kuala terengganu. Pada mulanya, saya sendiri ingat artikel ini hanya untuk memperdaya penyokong2 PR sebab artikel ini disiarkan secara terbuka. Tapi apabila saya baca komen artikel tersebut, ada seorang penyokong BN yang beri komen.. "blogger, minta padam terus artikel ini kerana ini adalah strategi BN. Bodoh punya blogger". SAH!! Ini merupakan salah satu strategi BN untuk memenangi perkara kat yang telah TERbocor. Bagi jentera perkara kat terutama ahli2 PAS, kaji strategi BN ini.. Jabatan kerajaan seperti KEMAS, JASA, JKKK (kik kik kik) DLL telah dipergunakan oleh kerjaan BN secara salah. Polis dan BPR mesti siasat perkara ini. Malahan, kemudahan seperti laptop, laser printer dan toner pun jentera BN nak BAHAM!! Apa-apa pun, cuba tengok dekat number 2. 2. Keratiria Petugas HAHAHAHHAHAHAHAH!! Perjuangkan Melayu konon. Eja pun salah hahahhahaha. Kriteria jadi KERAtiria.." ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
syah_apium |
Posting pada: 27-12-08 22:29
kat: Peluang PAS dan calon bebas...
Hafiz Yatim | Dec 27, 08 3:56pm Dengan mengambil kira keputusan pilihanraya umum Mac lalu, PAS akan memastikan kehadiran calon-calon bebas tidak akan merosakkan sekali lagi peluangnya untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil 17 Januari ini. Mac lalu, calon PAS, Mohamad Sabu kalah tipis di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Razali menewaskan Mohamad yang juga naib presiden PAS dengan 628 undi, sedangkan calon bebas, Maimun Yusuf mendapat 685 undi. Kali ini, PAS akan memastikan kehadiran calon-calon bebas tidak akan merosakkan peluang parti itu untuk merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan. Tiga orang telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas. Mereka ialah Maimun dan dua orang lagi, iaitu usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan. Manakala parti serpihan PAS - Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) - telah menamakan bekas pemimpin PKR, Haron Abdul Rahman sebagai calonnya. 'Hilang deposit' Parti itu nampaknya tidak kisah dengan kegagalan calonnya di Permatang Pauh sebelum ini untuk mendapat undi yang cukup bagi mendapat balik wang deposit. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali, ketika dihubungi, melihat pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu lebih menjurus kepada pertembungan PAS dan BN. "Pertandingan utama masih antara BN dan PAS," katanya sambil menambah parti itu yakin menang walaupun BN telah menamakan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Umno Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calonnya. Katanya, kehadiran calon bebas dan calon Akim tidak akan menjejaskan peluang PAS untuk menang kali ini. Mustafa yang lebih mesra dengan panggilan 'Cikgu Pa' dikatakan salah seorang daripada empat individu yang mungkin dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut. Yang lainnya ialah Timbalannya, Datuk Wan Mutalib Embong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan seorang ahli perniagaan, Dr Mohd Kazani Abdullah. Syed Azman dikatakan sebagai calon pilihan dan pernah memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya 1999. Beliau tewas kepada Razali dalam pilihanraya umum 2004. ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot. |
qudwah |
Posting pada: 28-12-08 09:24
nak balik ke tak ek???? tak kan nak tinggal kuliah agaknya...erm...dah lah tambang pergi balik dah seratus lebih...mana nak cekau duit ni....tapi kalau tak balik,rugi....waaaaaaaaaaaaaaa......nak ngundi juga....
|
Rashdin |
Posting pada: 29-12-08 16:47
1121222,1121224,1121226,1121229.1121113.1121114.1121116. cuba cek kat semakan pengundi SPR...banyak lagi ada ribu2.yang mushkil Kenapa banyak sangat kat terengganu especillly kat perlimen marang..
hebat SPR boleh memanjangkan usia dan apa formulanya?sama-sama kita tanya kat SPR ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 29-12-08 22:21
AMK minta Ezam dedahkan 6 kotak rahsia di kat
Dec 29, 08 6:50pm Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam Mohd Nor yang dijemput oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh untuk membantu kempennya bulan depan. "AMK Terengganu meminta Ezam datang bersama enam kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN," kata Ketua AMK Terengganu, Fariz Muda. Katanya, seluruh rakyat Malaysia pernah diberitahu oleh Ezam - sewaktu menjadi ketua AMK dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN. "Sekiranya beliau masih terus konsisten dan serius dalam menentang rasuah, sudah pasti ini medan yang terbaik untuk mendedahkannya. "Rahsia enam kotak tersebut masih terus menjadi rahsia yang masih ditutup oleh Ezam," katanya Faris dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah diluluskan oleh Parlimen, seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan perbuatan rasuah tersebut. "Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai Umno semula, dengan mendedahkan enam kotak dokumen rasuah dan penyelewengan Umno/BN. "Ini kerana antara alasan beliau menyertai Umno semula adalah kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang rasuah . "Para pengundi di Kuala Terengganu sedang menanti kehadiran Ezam bersama enam kotak yang diwar-warkan itu," tambah Fariz http://malaysiakini.com/news/95562 ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
wuzaraa |
Posting pada: 30-12-08 09:26
sesiapa yang pergi pada hari pembuangan undi, mungkin kita boleh jumpa di sana, insyaAllah.
Saja jalan-jalan dengan kawan-kawan, melihat suasana yang pastinya hangat. Inilah demoskratos, manusia mencipta hukum buat manusia. |
Rashdin |
Posting pada: 30-12-08 10:19
Pada 30-12-08 09:26 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! sesiapa yang pergi pada hari pembuangan undi, mungkin kita boleh jumpa di sana, insyaAllah. pergilah mengundi sekali ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
wuzaraa |
Posting pada: 30-12-08 11:57
Pada 30-12-08 10:19 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 30-12-08 09:26 , wuzaraa posting: buat apa saya pergi mengundi dalam sistem demokrasi? sistem ini menafikan peranan tuhan, tetapi manusia sebagai penggubal undang-undang. dalam demokrasi, orang kafir mempunyai hak yang sama dalam pemerintahan, sedangkan pemerintahan itu sepatutnya hak orang Islam. Sampai2 ada hukum Islam yang digadaikan untuk menawan hati bukan Islam. Pilihanraya itu hukum asalnya mubah saja. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat mengundi untuk melantik majlis syura atau pun melantik khalifah. tetapi yang pastinya bukan dalam sistem kufur demokrasi ini. Apa pun jika calon PAS sanggup memberi janji/kepastian dia hanya bertanding dalam pilihanraya tetapi tidak terlibat dalam proses demokrasi, insyaAllah mungkin saya bagi sokongan. sebagai contoh, dia masuk ke Parlimen menyerang sistem kufur hatta demokrasi di Parlimen itu sendiri, menyuruh ahli2 dewan bertaubat dan kembali kepada sistem Islam, saya rasa pasti saya sokong. Tetapi bukan seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, menjadi sebahagian dari demokrasi. |
Rashdin |
Posting pada: 30-12-08 12:53
keh3,saya tengok banyak idea2 yang membina tapi hanya sekadar idea saja tak mempraktikkan dengan menghantar cadangan2 anda kepada pemimpin tertinggi PAS.rasanya pimpinan PAS perlukan orang seperti anda untuk memimpin PAS
|
wuzaraa |
Posting pada: 30-12-08 13:29
Din, demokrasi ni memang dah berkerak dalam pemikiran ramai ummat manusia. Hatta yang mengatakan demokrasi itu bukan dari Islam sekalipun melihat demokrasi sebagai jalan terbaik dan paling praktikal untuk berjuang.
Saya ramai kawan-kawan PAS yang saya percaya ikhlas berjuang. Dan mereka sering kali dalam dilemma terhadap keputusan2 yang dibuat oleh pemimpin mereka. Nak ditaat seperti melanggar hukum, nak diengkar takut ketulah. apa pun saya pasti, mereka sudah mula menghidu tembelang demokrasi dan mencari-cari minhaj nubuwwah perjuangan nabi. |
Rashdin |
Posting pada: 30-12-08 13:32
Pada 30-12-08 13:29 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Din, demokrasi ni memang dah berkerak dalam pemikiran ramai ummat manusia. Hatta yang mengatakan demokrasi itu bukan dari Islam sekalipun melihat demokrasi sebagai jalan terbaik dan paling praktikal untuk berjuang. jika begitu anda boleh tak letakkan disini minhaj nubuwaj perjuangan nabi untuk tatapan bersama? lagi satu cuba anda bagi pandangan Kenapa insan ni cakap macam ni http://www.youtube.com/watch?v=O6sEgZZM6Vc&eurl=http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4754 ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 30-12-08 21:34
Monday, December 29, 2008
PKR Pahang hantar petugas ke Kuala Trengganu YB Sdr Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Timbalan Pengerusi PKR Pahang dibantu oleh Sdr Zaidi, Setiausaha PKR Pahang dan Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Pahang telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin petugas-petugas PKR Pahang untuk membantu kemenangan calon PAS didalam Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu. Petugas-petugas yang telah ditetapkan oleh Bahagian masing-masing akan melapur diri di Rumah Pahang didalam kawasan DUN Ladang pada 5hb Januari 2009. Petugas-petugas akan ditempatkan di dua buah rumah didalam DUN Ladang dan mereka akan bertugas sepenuh masa dari 5hb Januari 2009 (di Hari Penamaan Calon) hingga ke Hari Pembuangan Undi. Hanya petugas-petugas dari Bahagian-Bahagian sahaja yang dibenarkan menghuni di kedua-dua rumah yang disewa itu. Ahli-Ahli PKR yang lain yang datang semata-mata untuk "menjenguk" , "menenguk" , "memantau" "melihat" atau datang sebagai "tourists" (dalam erti kata "bukan petugas sepenuh masa") hendaklah mendapatkan kemudahan sendiri untuk kediaman. PKR Pahang ingin memikul tanggungjawab untuk kemenangan calon PAS dan petugas-petugas kami akan melapur diri kepada pimpinan PAS setempat untuk tugas-tugas yang kami boleh lakukan. Kemenangan PAS di Kuala Trengganu adalah kemenangan Pakatan Rakyat. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 30-12-08 21:35
Alu-alukan' kehadiran Ezam bersama 6 kotak rahsia - AMK
KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Hrkh) ? Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu mengalu-alukan kehadiran bekas ketuanya, Ezam Mohd Nor untuk berkempen dalam Pilihanraya Kecil Parlimen (perkara) Kuala Terengganu dengan turut membawa 6 kotak rahsia besarnya. Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ezam yang dikatakan telah dijemput oleh calon Barisan Nasional Senator Dato' Wan Farid Wan Salleh bagi membantunya kerana pertarungan yang sengit dalam pilihan raya kecil kali ini. "Kita (AMK Terengganu) meminta supaya Ezam datang bersama 6 kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN. "Rakyat seluruh Malaysia pernah diberitahu oleh Ezam ketika menjadi Ketua AMK Malaysia, mempunyai 6 kotak bukti rasuah dan penyelewangan UMNO /BN," kata Fariz ketika ditemui Buletinonline semalam. Beliau berkata sekiranya Ezam masih konsisten dan serius dalam menentang rasuah maka perkara Kuala Terengganu adalah medan yang terbaik untuk beliau mendedahkan rahsia 6 kotak masih menjadi tanda tanya. "Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai Umno semula dengan mendedahkan 6 kotak dokumen rasuah dan penyelewengan Umno- BN, "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah pun dibentuk dan diluluskan oleh Parlimen seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan kekotoran dalam Umno- BN," katanya. Ezam pada Mei lalu, menyertai semula Umno setelah menjadi pemimpin muda KeADILan selama satu dekad dengan alasan kononnya menyokong Perdana Menteri Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang rasuah. - azm _ ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 01-01-09 22:06
PAS akan umumkan calonnya malam ini
KUALA TERENGGANU, 1 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan calon parti itu untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu malam ini di Stadium Negeri, Batu Burok dekat sini. Sehingga kini (jam 10.30 pagi), Siasah difahamkan tidak ada pimpinan lain PAS yang dapat mengesahkan siapakah calon PAS itu dan disimpan kemas oleh Abdul Hadi. Semalan, Abdul Hadi telah menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang dipercayai ada kaitan dengan calon PAS ini. Sekurang-kurangnya tiga nama disebut-sebut akan menjadi calon PAS. Mereka adalah Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (Adun Batu Burok), Datuk Wan Mutalib Embong (timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu) dan Datuk Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu). Namun, para pimpinan PAS tidak menolak kemungkinan kalau-kalau nama lain diumumkan oleh Abdul Hadi malam ini. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 01-01-09 22:07
Isu hudud: Hadi yakin tidak jejas undi bukan Islam di Kuala Terengganu
(Yakin: Abdul Hadi sedang menjawab soalan wartawan. Turut bersama beliau Datuk Zahar dan Dr Halimah) SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin isu hudud yang sedang dimainkan oleh media ketika ini tidak akan menjejaskan undi masyarakat bukan Islam kepada PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi. Menjawab soalan wartawan selepas melancarkan kempen Jom Sertai PAS peringkat negeri Selangor dekat sini, Presiden PAS itu berkata dalam kontek negeri Terengganu masyarakat bukan Islam sudah memahami dan mengenali PAS. "PAS pernah memerintah Terengganu dengan melaksanakan dasar lebih baik, menghapuskan cukai pintu termasuk kepada orang bukan Islam," kata beliau. Perlimen Kuala Terengganu mempunyai lebih kurang 25 peratus pengundi bukan Melayu daripada 80,325 jumlah keseluruhan pengundi. Polimik hudud mula dicetuskan kembali daripada Wacana Transformasi Politik Negara di Kota Bharu Sabtu, 20 Disember lalu antara Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dengan Naib Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Ekoran jawapan Husam yang menegaskan "kita akan buat (hudud)" ketika ditanya oleh Khairy mengenai kesediaan PAS melaksanakannya, DAP dan MCA telah menyuarakan bantahan terbuka dengan reaksi daripada pimpinan tertinggi mereka. Abdul Hadi ketika diminta penjelasannya sama ada PAS akan melaksanakan hudud atau tidak menjawab, " Kita (PAS) tahu berapa bilangan kita dalam parlimen". "Tanggungjawab (melaksanakan hudud) sekarang pada Umno bukan pada PAS kerana mereka (Umno) mempunyai mejoriti dalam Parlimen. "PAS di Kelantan sudah berusaha dan meluluskan dalam Dewan Undangan Negeri tetapi tidak dapat melaksanakan kerana halangan daripada kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno," ujar beliau. (Orang ramai menghadiri program kempen 'Jom Sertai PAS' di Dataran Shah Alam) Ketika ditanya bagaimana hudud boleh dilaksanakan, Abdul Hadi yang menolak anggapan bahawa hudud adalah undang-undang yang zalim berkata, ia bukanlah begitu mudah untuk terus dilaksanakan kerana pelbagai perkara perlu diambilk kira. Menurut beliau, hudud tidak boleh dilaksanakan ketika rakyat dalam kesusahan ekoran faktor ekonomi, pengganguran yang ramai, pendidikan dan sosial masyarakat yang bermasalah. "Kena selesaikan masalah kemiskinan, perbaiki ekonomi rakyat, peluang pekerjaan, pendidikan termasuk mengambil kira hubungan kekeluargaan dalam masyarakat terlebih dahulu," kata beliau yang memberi keyakinan aspek tersebut akan menjadi keutamaan kepada PAS. 'Kita tahu Umno tidak dapat menyelesaikan masalah ini," tambah beliau. Kata beliau, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam. "PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Sementara itu, kempen 'Jom Sertai PAS' yang diadakan di Dataran Shah Alam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Majlis yang berlangsung selama lebih dua jam itu berjaya mendapatkan lebih 300 penyertaan ahli baru pada petang itu. Majlis bermula dengan persembahan kumpulan nasyid dan ucapan daripada pimpinan PAS. Turut hadir ialah Naib presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; Setiausaha Pemuda PAS, Sabky Yusuf; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh; Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, Ketua Kawasan Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmod. (Gambar: Abdul hadi melancarkan kempen 'Jom Sertai PAS') Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim yang baru menyertai PAS turut diundang sebagai tetamu khas di majlis tersebut. Kempen ini akan berlangsung selama lima bulan bermula Januari depan yang akan menjelajah ke beberapa buah negeri khususnya yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Menurut sekretariat kempen, PAS mensasarkan pertambahan 100 ribu ahli baru PAS dan kelab penyokong PAS dalam kempen tersebut. (Gambar: Ustazah Nuridah berbual-bual dengan keluarga Datuk Zahar) ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Ibnu_muaz |
Posting pada: 01-01-09 23:03 |
Rashdin |
Posting pada: 01-01-09 23:54
Pada 01-01-09 23:03 , Ibnu_muaz posting:
!!! QUOTE !!!
dah disahkan ke belum?. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
muslimin23 |
Posting pada: 02-01-09 00:00
Pada 01-01-09 23:54 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 01-01-09 23:03 , Ibnu_muaz posting: confirm..sudah disahkan... |
Rashdin |
Posting pada: 02-01-09 00:06
Pada 02-01-09 00:00 , muslimin23 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 01-01-09 23:54 , Rashdin posting: ok sekarang PAS sudah meletakkan calonnya ini dia orangnya.apa komen TGNA dan TGHA ya?. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
halesolurun_84 |
Posting pada: 02-01-09 12:50
YB abdul wahid endut ni adun dari wakaf mempelam.. Erm orang kuat ini.. semalam tengok kejap pengumuman dr tv.. Tok guru haji hadi yang umumkan di dewan tertutup kuala terengganu..
|
Rashdin |
Posting pada: 02-01-09 13:01
Pada 02-01-09 12:50 , halesolurun_84 posting:
!!! QUOTE !!! YB abdul wahid endut ni adun dari wakaf mempelam.. Erm orang kuat ini.. semalam tengok kejap pengumuman dr tv.. Tok guru haji hadi yang umumkan di dewan tertutup kuala terengganu.. sekarang ni kita tengok yang mana satu pilihan kalbu warga kat ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 02-01-09 22:06
oh ya tumpang tanya
semua bakal calon , mesti bagi pertaruhan, perlimen 10000 dan dun 5000. pertaruhan tu tak jadi judi ke,? ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
muhamad_azrul86 |
Posting pada: 02-01-09 23:46
Pada 02-01-09 22:06 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! oh ya tumpang tanya TAK PAYAH NAK PERTIKAIKAN BENDA macam TU... JANJI PARTI ISLAM SE-MALAYSIA DAPAT MEMERINTAH.... TAKBIR!!!... http://www.jomsertaipas.com/ ----------------- |
Aezza |
Posting pada: 03-01-09 00:34
actually, saya tak berapa kenal sangt dengan allahyarham timbalan. menteri pelajaran.. tapi after beliau datang memberi ucap tama di institut saya.. saya mulai rasa hormat pada kewibawaanye sebagai pejuang pendidikan dalam negara.. beliau memang bersemangat! saya masih ingat antara nasihat beliau.. 'know urself'.. kamu mesti kenal diri kamu..
|
sya_ryn |
Posting pada: 03-01-09 00:38
...org tu dulu kita tak kenal, diam saja critanya. tapi bila org tu dah mula diperkenalkan macam-macam perkara buruk dicari...politik2...kita pula yang tukang cari kisah-kisah buruk tu...undi saja lah sapa yang mampu tadbir rakyat dengan baik.
|
lebai_y2k |
Posting pada: 03-01-09 01:22
Pada 02-01-09 22:06 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! oh ya tumpang tanya Kalau bab ni dibincang pulak,panjang lah lagi kisahnya..tapi di pihak PAS,Dewan 'Ulama dah lama bincang..so,terpulang lah..nak semua orang setuju dengan kita memang tak boleh,yang penting jangan bergaduh atau berbalah sudah.. ----------------- Sesungguhnya solatku,amalku,hidup dan matiku adalah kerana ALLAH |
wuzaraa |
Posting pada: 03-01-09 08:56
Pada 03-01-09 01:22 , lebai_y2k posting:
!!! QUOTE !!! Pada 02-01-09 22:06 , Rashdin posting: Keharaman judi adalah qath'ie. Menafikan perkara yang qath'ie boleh membawa kepada gugur syahadah. Ingatlah firman Allah: Janganlah kalian menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Siapa saja yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang allah turunkan, mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS al-Maidah : 44). Keadah fiqh menyatakan: Tiada ijtihad bagi nas yang jelas(qath'ie) !!! QUOTE !!! TAK PAYAH NAK PERTIKAIKAN BENDA macam TU... Kita membenarkan sesuatu yang qath'ie keharamannya semata kerana ketaksubab kita kepada ulama' tertentu merupakan suatu maksiat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Maka secara mudah difahami, matlamat menubuhkan negara Islam tidak menghalalkan perjudian. Adakah sesiapa yang nak membangkang dengan menyatakan matlamat menghalalkan cara? Menghalalkan perjudian atas nama wang pertaruhan dalam pilihanraya adalah jelas pembangkangan terhadap hukum Allah yang dibuat atas nama Islam. Kejahilan dan ketaksuban telah membuatkan ramai yang mengiyakan saja pembangkangan hukum ini. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putera Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah : 31). |
halesolurun_84 |
Posting pada: 03-01-09 09:10
sahabat-sahabat saya yang mengundi semua turun masa pilihanraya kecil nanti.. Alhamdulillah seronok saya mendengarnya.. Mana parti yang mereka undi,saya tak berapa pasti.. Moga PAS terus menyinar di sana.. InsyaAllah..
|
trouver_99 |
Posting pada: 03-01-09 10:53
tak cukup lagi ke nak buat tuduhan melulu?macam tu rupanya kumpulan yang mengaku ikut perjuangkan jalan Nabi dan ingin menegakkan hukum Islam tetapi sebar gambar tak siasat dan tak cukup bukti.itu ke jalan tarbiyah yang diperoleh dari pelbagai program serta ceramah sana sini?
tanya lah diri sendiri balik dan fikirkan jawapannya. 31 Disember, 2008 22:13 PM SMS, Blog Rancak 'Serang' Calon BN KUALA TERENGGANU, 31 Dis (Bernama) -- Belum pun kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bermula, calon Barisan Nasional (BN) Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah "diserang" menerusi laman web dan juga sistem pesanan ringkas (SMS). Terbaru, gambar Timbalan Menteri Dalam Negeri itu yang sedang berkaraoke bersama seorang wanita muda tersebar dalam laman web, sebaik sahaja beliau dinamakan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil 17 Januari depan. Menyifatkan ada pihak yang sudah mula bermain kotor, Wan Ahmad Farid berkata pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyerang peribadi beliau perlu berusaha lebih keras. Ini kerana, katanya, wanita yang sedang menyanyi bersama beliau itu adalah anak saudaranya sendiri dalam majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudara yang turut dihadiri anggota keluarganya termasuk isteri dan anak-anak beliau, selain ibu bapa anak saudaranya itu. "Kuala Terengganu sekarang ini basah dengan hujan, tetapi mereka ini nampaknya kekeringan isu. Mungkin ada pihak yang nak menggambarkan saya seorang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di lounge, pusat karaoke dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Katanya bapa kepada anak saudaranya itu turut berada di tempat berkenaan ketika gambar itu diambil. "Abang saya ada, ayah dia (anak saudara) pun ada di sebelah kanan, tetapi dalam laman web berkenaan, hanya ada gambar saya dan gambar anak saudara saya itu setengah, seolah-olah memberi gambaran yang tersendiri." "Ini adalah tindakan berniat jahat, bila gambar itu disiarkan di internet, banyak pihak yang membuat andaian dengan pelbagai rumusan tentang karakter saya," katanya. Selain itu, SMS daripada nombor yang tidak dikenali berbentuk serangan peribadi juga mula tersebar di kalangan pengundi, namun apabila nombor berkenaan dihubungi, telefon berkenaan telah dimatikan. "Walau apa pun yang dibuat, saya yakin pengundi Kuala Terengganu matang dalam membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan isu yang ditimbulkan. Saya sendiri, tidak akan sekali-kali serang peribadi lawan, walau siapa pun mereka," katanya. Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dengan 17 Januari ditetapkan sebagai tarikh pengundian. Setakat ini, hanya BN mengumumkan calon pada pilihan raya kecil itu, manakala PAS yang telah mengesahkan akan bertanding, akan mengumumkan calon mereka, malam esok. Selain dua calon itu, pilihan raya kecil itu juga dijangka disertai beberapa calon bebas. -- BERNAMA Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=381124 ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
muhamad_azrul86 |
Posting pada: 03-01-09 11:51
Pada 03-01-09 09:10 , halesolurun_84 posting:
!!! QUOTE !!! sahabat-sahabat saya yang mengundi semua turun masa pilihanraya kecil nanti.. Alhamdulillah seronok saya mendengarnya.. Mana parti yang mereka undi,saya tak berapa pasti.. Moga PAS terus menyinar di sana.. InsyaAllah.. SOKONG....MOGA TERUS BERSINAR SELAMANYA..TAKBIR! ALLAH HU AKHBAR... ----------------- |
Rashdin |
Posting pada: 03-01-09 12:35
Pada 03-01-09 09:10 , halesolurun_84 posting:
!!! QUOTE !!! sahabat-sahabat saya yang mengundi semua turun masa pilihanraya kecil nanti.. Alhamdulillah seronok saya mendengarnya.. Mana parti yang mereka undi,saya tak berapa pasti.. Moga PAS terus menyinar di sana.. InsyaAllah.. eh2 ya ke?nanti bolehlah minta kawan-kawan awak bagitahu perkembangan disana dan di post cerita di sini. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 03-01-09 12:54
http://prk036.pas.org.my reported:
Calon PAS akan bertemu anak-anak Terengganu di Perantauan Ditulis oleh Jab IT FRIDAY, 02 JANUARY 2009 01:34 Shah Alam - Calon PAS bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, haji Abd Wahid bin Endut akan ke Selangor untuk bertemu dengan anak-anak Terengganu di Perantauan. Beliau akan bersama-sama dengan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru haji Abd Hadi Awang dan exco kerajaan Negeri Selangor, Dato' Hasan Ali. Majlis pertemuan anak-anak Terengganu di Perantauan itu akan diadakan pada 04 Januari 2008, pada pukul 2 pm hingga 4 pm bertempat di Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam. Semua anak-anak Terengganu yang berada di Perantauan dijemput datang beramai-ramai bagi melihat dan mendengar sendiri kewibawaan calon PAS ini. Selain itu, mendengar amanat dan nasihat daripada Dato Seri Tuan Guru Presiden. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
swordofdeen |
Posting pada: 03-01-09 16:29
Pada 03-01-09 10:53 , trouver_99 posting:
!!! QUOTE !!! tak cukup lagi ke nak buat tuduhan melulu?macam tu rupanya kumpulan yang mengaku ikut perjuangkan jalan Nabi dan ingin menegakkan hukum Islam tetapi sebar gambar tak siasat dan tak cukup bukti.itu ke jalan tarbiyah yang diperoleh dari pelbagai program serta ceramah sana sini? 1. Macam mana pulak dengan gambar2 yang disebar oleh pihak yang lain pula? Sejak 1957 hingga kini? Contoh terbaik ialah risalah "Pernahkah kau ingat" yang diedar di zaman pemerintahan Dato Idris Jusoh (orang terengganu sure tau...orang negeri lain aku tak tau tau ke tak). 2. macam mana pulak dengan dakwaan-dakwaan yang dikeluarkan para PEMIMPIN satu parti itu terhadap lawannya di dalam berita utama negara, suratkhabar utama negara? Pasal gambar karaoke tu maybe penyokong satu parti tu yang buat, tapi di pihak sana PIMPINAN sendirik yang buat, so macam mana pulak tu? Bukan setakat komen, siap kata parti lawan sebagai pengecut, bergolak, melucukan..itu juga tanpa siasatan bukan? atau mereka ada buat siasatan? kalau ada, boleh sesiapa bentangkan kat sini? Menarik sekali pilihanraya kecil kali ini dan TEORI SUPERHERO sama sekali tidak lupa diamalkan oleh sesetengah pihak . Untuk menjadikan dirinya hero, mestilah dia menjadikan orang lain penjahat So, setakat ni masing-masing boleh fikir..cuba tengok calon sendirik, siapa yang lebih banyak berdiam diri dan siapa yang lebih banyak berkokok ke sana ke mari (saya tak kata sesiapa, cuma masing-masing dah ada mata kat kepala..Kalau sengaja letak kat kepala lutut atau kat pokok kelapa I dont know lah). Allahu'alam |
Laskar_Allah |
Posting pada: 03-01-09 16:56
Pada 03-01-09 10:53 , trouver_99 posting:
!!! QUOTE !!! tak cukup lagi ke nak buat tuduhan melulu?macam tu rupanya kumpulan yang mengaku ikut perjuangkan jalan Nabi dan ingin menegakkan hukum Islam tetapi sebar gambar tak siasat dan tak cukup bukti.itu ke jalan tarbiyah yang diperoleh dari pelbagai program serta ceramah sana sini? Salam kepada saudara hamba trouver & muslimin yang lain. Dah lama tak mengambil tahu politik tanahair, kali ni cuma nak intai sebentar... Ada beberapa soalan, nak jawab dalam hati boleh nak post pun boleh: 1- Benarkah PAS yang menyebarkan gambar tersebut? Jika ada paparkan bukti laman web rasmi, kenyataan rasmi / tak rasmi dari PAS @ calon PAS yang menyebarkan gambar tersebut. (kalau tiada pun, sertakanlah laman mana yang memulakan 'fitnah' tersebut) 2- Tanya logik akal: Siapa yang snap foto tersebut? Orang PAS atau orang terdekat dengan calon UMNO? Kalau tak silap majlis itu mungkin majlis tertutup keluarga calon UMNO, jadi, secara dalil bodohnya: Gambar itu disebarkan oleh orang dalam UMNO/ saudara terdekat calon yang ingin mensabotaj calon. Jadi siapa cuba fitnah siapa? 3- Fitnah melalui SMS. Dah namanya pun SMS, adakah orang PAS sahaja yang tahu guna SMS? Persoalan politik Malaysia memang takkan ada kesudahan. Ambil secara bersederhana. Lagi pun yang bertanding sama-sama Islam. p/s: muhasabah topik 'Teresa KOK' yang hangat di Ukhwah satu ketika dulu... Dosanya pun masih 'basah' lagi di bahu kita. Berhati-hati dengan Melayu talam bermuka-muka. Usah terlalu memperlekeh usaha saudara SeIslam kita yang cuba menegakkan Islam. Ukhwahian, anda sudah menderma untuk Palestin? ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Rashdin |
Posting pada: 03-01-09 17:18
Pada 03-01-09 16:29 , swordofdeen posting:
!!! QUOTE !!! Pada 03-01-09 10:53 , trouver_99 posting: sila jawab trouver hehehehe ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
trouver_99 |
Posting pada: 03-01-09 18:32
Salamun’alaik,
Jadinya kalau bukan orang Pas yang snap gambar tu Kenapa sampai sebarkan juga tak siasat detail mungkin dahulu?Bukankah itu sudah melanggar “manhaj” yang suruh siasat sebarang perkara dahulu sebelum sebarkan.bukankah lebih professional sekiranya mengemukakan kenyataan bahawa Pas tak terlibat dalam penyebaran gambar yang menjatuhkan lawannya berbanding terus sebar membuta tuli.kata dahulu semua pakat respect dan ikut perkembangan politik US membabitkan Obama dan McCain tetapi mengapa yang baik dari sana tak mahu ambil dan aplikasikan?nampak sahaja yang boleh menjatuhkan pihak lawan terus teruja nak pakai dan sebarkan.lepas habis pilihanraya dulu sekurangnya Obama dan McCain duduk berbincang macam mana nak tingkatkan ekonomi US.kalau kat Malaysia nak harapkan keadaan macam tu,mungkin tunggu 10 tahun lagi.buat untuk rakyat bukannya untuk diri sendiri.itu yang penting. Sekurangnya pihak yang menyebarkan gambar tersebut akan merasa ‘tertampar’ dengan dirinya dan pihak lawan pun akan merasa ‘terpukul’ dengan kredibiliti pihak lawan.Rakyat dan penyokong yang mendengar jawapan akan merasa kagum dan lebih tertarik untuk menyokong calon yang mempunyai jawapan berwibawa berbanding sebarkan gambar dan keburukan pihak lawan.rakan sepakatan pun akan lebih hormat berbanding pandang geng Pas macam tukang sapu sampah lepas habis sebarang function kat stadium.Husam bersuara lantang depan Khairy tapi terkedu bila DAP sergah.bila menang saja terus nak majukan penempatan “lembu pendek”.kat kedah yang tak ramai cina pun tiba-tiba pakat nak buat.dah dapat kuasa takkan tak boleh batalkan terus.dan adakah teori superhero hanya kena kepada lawan sahaja?dalam pakatan,macam macam kepala. Betul ke Teresa kok ni tak bersalah?keluar saja terus meracau makanan dalam penjara tak sedap sampai dikecam balik oleh YB Kapar.dan kemudian menegakkan penggunaan bahasa melayu untuk bible dan nama Allah untuk penduduk agama lain. berwaspadalah kita terhadap musuh dalam selimut.Usah terlalu percaya orang bukan Islam yang menggunakan Islam untuk mengelabui mata kita.yang lebih bahaya orang melayu Islam tetapi liberal pemikirannya serta gerakan yang menggunakan atas nama “kebebasan bersuara” seperti Bar Council, SIS, geng jalan telawi dan sebagainya. *din,tak payah lah nak buat laga-laga.soalan shinfay_de dulu dah jawab ke? |
swordofdeen |
Posting pada: 03-01-09 20:22
Pada 03-01-09 18:32 , trouver_99 posting:
!!! QUOTE !!! kat kedah yang tak ramai cina pun tiba-tiba pakat nak buat.dah dapat kuasa takkan tak boleh batalkan terus.dan adakah teori superhero hanya kena kepada lawan sahaja?dalam pakatan,macam macam kepala. 1. Tak, teori itu untuk semua. sebab itu saya tak state parti mana parti islam bukan maksum, so memang ada salah silapnya. Kita terima. Dan teguran trouver kena juga dibuat pada pihak lagi satu. 2. Trouver bertanya mengenai satu parti, dan saya mnjwb dan brtanya untuk parti itu sahaja, bukan pkatan. berbeza tu... 3.So, walaupun soalan ini adalah rahsia, Kalau trouver duduk kat, undi siapa? atau atas pagar? 4. So, kita balik isu asal topik ini, okes? no hard feelings aa Gambar diedarkan oleh siapa? Dalam buletin utama hari ni Dato Mat Said kata tak ada guna undi calon pembangkang sebab calon dun wakaf mempelam tu setakat ni tak boleh buat apa melainkan melaungkan suara. Tapi apa yang saya berkenan dengan kata-kata mat said tu ialah selepas tu dia kata calon tu tak boleh buat apa-apa sebab dia bukan parti memerintah. Wah, dah terbukti jika dalam satu negeri ada wakil rakyat pembangkang, maka dia akan dipinggirkan termasuk kawasan2nya? (saya tak kata, mat said kata). Saya berkenan dengan isu pengundi hantu yang ada dibangkitkan beberapa pihak baru-baru ini di kawasan mengundi. Selepas diperiksa, rupanya ada alamat beberapa orang pengundi, menunjuk di kawasan tanah lapang, tak ada rumah. ada pula rumah yang sampai 20++ orang boleh mengundi. Rumah kecik tapi muat ramai, maybe ada bilik underground agaknya . http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018599&Itemid=85 p/s: jangan nak kata saya tak siasat benda ni, tempat yang dikata tu kampung saya (durian burung) dan saya tahu Nak tipu orang negeri lain boleh lah Allahu'alam |
Rashdin |
Posting pada: 03-01-09 20:24
ni apa pula cerita ni
BN tak pernah guna peruntukan pembangunan bagi raih sokongan BAGAN DATOH 3 Jan. — Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menggunakan peruntukan pembangunan bagi tujuan memancing undi pada pilihan raya umum atau kecil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata peruntukan bagi tujuan pembangunan diluluskan secara berterusan dan bukan hanya dilakukan pada musim pilihan raya. Katanya, tohmahan pemimpin pembangkang bahawa BN menggunakan peruntukan pembangunan bagi memancing undi setiap kali pilihan raya hanya bertujuan untuk menimbulkan isu. “BN sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat dan menunaikan tanggungjawab meluluskan peruntukan pembangunan tanpa mengira masa dan keadaan. “Tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang tidak benar dan lebih merupakan taktik kotor untuk mengelirukan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Sukan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bayan di sini hari ini. Mengenai pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini, Ahmad Zahid yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno menasihati para pengundi supaya tidak terpengaruh dengan dakyah lapuk PAS kononnya pengundi akan masuk syurga jika mengundi calon parti itu dan berdosa jika mengundi calon BN. “Itu bukan fatwa sebaliknya merupakan satu ugutan yang akan mengelirukan dan lebih menjurus kepada taktik kotor pembangkang yang ingin meraih undi dalam pilihan raya kecil itu. “Soal mendapat pahala atau dosa, itu adalah ketentuan dari Allah s.w.t bukannya dari manusia,” katanya. Ahmad Zahid berkata hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sahaja yang boleh diterima pakai oleh umat Islam di negara ini kerana ia diputuskan oleh tokoh ulama dan cendekiawan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang agama. - utusan (maaf,sumber memang kita dah boikot, tapi ni nak tunjuk salah satu sebab Kenapa kita boikot) tapi dalam masa yang sama pulak ada berita : Projek Pembangunan RM5.8 Juta Untuk Penduduk Kuala Terengganu KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama)-- Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini. Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu. "Sukar untuk kerajaan meneruskan agenda pembangunan jika sekiranya Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya kecil nanti. "Lihat sahaja (kawasan) DUN (Dewan Undangan Negeri) Wakaf Mempelam yang agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kawasan-kawasan lain dalam Parlimen Kuala Terenganu. Ini kerana wakil rakyatnya dari parti pembangkang, dan beliau tidak dapat membangunkan kawasan itu kerana bukan dari parti pemerintah," katanya. Kerajaan negeri juga bersedia untuk menambah peruntukan pembangunan untuk penduduk Kuala Terengganu jika sekiranya menang dalam pilihan raya itu nanti, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri juga merancang menjadikan Bandaraya Kuala Terengganu sebagai daerah pelancongan bagi menarik lebih ramai pelabur luar yang akan memberi peluang kepada penduduk memajukan lagi ekonomi mereka. Sementara itu calon BN untuk pilihan raya kecil itu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata beliau bersedia untuk menjadi jambatan antara rakyat dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat jika diberi peluang menjadi wakil rakyat nanti. Katanya, masih banyak projek pembangunan yang dirancang oleh penyandang sebelum ini Allahyarham Datuk Razali Ismail yang masih belum diselesaikan dan dilaksanakan. "Jika diberi peluang untuk menjadi jambatan, saya akan pastikan suara- suara rakyat di Kuala Terengganu didengari oleh bukan sahaja kerajaan negeri tetapi juga kerajaan pusat. "Malah sejak diumumkan menjadi calon ini, banyak juga masalah rakyat yang telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan pusat untuk diberi perhatian," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta penduduk Kuala Terengganu terus memberikan mandat kepada BN dalam pilihan raya kecil itu nanti untuk memastikan agenda pembangunan di kawasan itu dapat diteruskan tanpa sebarang masalah. - Bernama lagi...baca sendiri lah kat sini: - Peruntukan Rm200,000 Bina Jalan Di Wakaf Mempelam - Bernama - Kemenangan BN bakal bawa pembangunan lebih pesat - Utusan - Kementerian Penerangan Sedia Rm17.5 Juta Untuk K-Bestari - Bernama tiba-tiba ada banyak pulak duit tah datang dari mana.tak mengapalah,rakyat juga yang untung.tapi... adakah saudara semua bersetuju bahawa BN tidak pernah menggunakan peruntukan pembangunan bagi tujuan memancing undi pada pilihan raya umum atau kecil? bincangkan.. |
muhamad_azrul86 |
Posting pada: 03-01-09 22:27
MARI PAKAT sama-sama KITA SOLAT HAJAT DAN BERDOA, MOGA ISLAM YANG SEBENAR TERTEGAK DI TERENGGANU....
KATAKAN TAK NAK PADA 'ISLAM HADHARI' HAPUSKAN saja TERUS DARI PETA MALAYSIA.... |
trouver_99 |
Posting pada: 03-01-09 23:07
salamun'alaik,
sword,tak ada pun nak rasa hard feeling.jangan risau.biasa lah berbeza pendapat kadangkala.mungkin ada sebarang info yang tidak saya ketahui jadi pakat boleh saling menambah antara satu sama lain. saya memang bukan berada di kawasan Kuala Terengganu pasal kawasan saya parlimen Kepala batas.dah jenuh berkempen jangan undi pak lelah tapi tak boleh nak kata apa.rata-rata bila tanya pasti akan jawab,pak lah ni baguih orang beragama.datuk dia ulamak.malah ada 4 lanes jalan kat kawasan bertam tu walaupun kawasan tu tak lah sibuk sangat.erk....apekah? cumanya apa yang saya nak sampaikan ialah jangan terlalu ambil terus dari internet dan kemudian letak tempek sana sini terikut-ikut dengan orang politik.jadinya sampai bila pun kita tidak akan dapat merevolusikan minda kita ke arah tahap yang lebih tinggi.Kemungkinan kita tak suka jenis politik orang tua yang kotor tapi kalau tidak ada sesiapa melakukan perubahan,nescaya kita pun akan terikut sama. golongan muda adalah cerminan masyarakat dewasa kerana golongan muda kena mengikuti sistem yang orang terdahulu buat.kalau kita tak dapat bebaskan diri kita dari sistem yang kita rasa tak elok dan kolot,maka sampai bila-bila pun kita akan menjadi seperti mereka ataupun sekadar tunggangan.masyarakat dewasa hanya tahu menyalahkan golongan muda bila terjadi sesuatu masalah sedangkan tak pernah mengkaji kelemahan diri sendiri serta dasar ataupun sistem yang dilaksanakan. wallahu'alam ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
Rashdin |
Posting pada: 04-01-09 01:10
Pakar kelentong terpilih yang dibayar upah antara RM50 hingga RM1,000 mula berkampung di Kuala Terengganu. Pakar kelentong yang akan beraksi antara 30 hingga 45 minit ini dibayar sebanyak RM80 bagi setiap sessi. Biasanya setiap pakar kelentong ini akan beraksi antara 2 hingga sebanyak 5 sessi setiap hari. Maknanya, 5 sessi tak RM80 = RM400 pendapatan sehari hanya dengan kelentong orang Kuala Terengganu. Bagi yang ada jawatan dalam parti bayarannya kekadang mencecah sehingga RM1,000 dengan hanya kelentong didua sessi sehari. Lamayan Pak…. Lamayan sekali.
Sumber Perhubungan umno Johor memberitahu saya setakat ini seramai 800 orang ahli umno dan guru Kemas telah dihantar ke Kuala Terengganu. Angka ini akan meningkat sehingga 2000 orang menjelang hari penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu 6 January 09 ini. Setiap ahli dan guru Kemas dari Johor dibayar alaun antara RM30 hingga RM100 sehari bergantung kepada jawatan mereka dalam parti. Selain itu, semua kos termasuk pengangkutan, makan minum dan penginapan tanggung beres….!!!! Umno Kedah pula dilaporkan akan menghantar 1,000 anggotanya untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Setiausaha BN Kedah Datuk Rozai Shafian akan mengetuai kumpulan anggota Umno itu, yang akan berada di Kuala Terengganu selama 13 hari, mulai 4 Januari ini. Parti Gerakan pula akan berkempen dengan menggunakan telefon dan internet untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan. Manakala bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89, mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan depan. Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu. Demi kepentingan politik, umno juga telah membenarkan kafir hindu juga bercakap pasal hukum Hudud. Dijangkakan sehari sebelum 6hb january 2009 iaitu hari penamaan calon, sekurang-kurangnya 1000 ahli UMNO dari setiap negeri akan diBAYAR untuk berkempen di Kuala Terengganu. Rakan saya dari umno Bahagian Sepang dan Serdang telahpun menempah 6 buah bus untuk mengangkut kaki temberang dan pakar kelentong mereka ke Kuala Terengganu pada 04/01/09 ini. Dengar cerita peniaga dan pengusaha kain pelekat dan batik di Pasar Payang telah mendapat tempahan yang berlipat kali ganda. Syukur, rezeki pilihanraya. Duit Monsoon cup berbillion, kain pelekat baru rm25 saja. Kalau nak kena kelentong, undilah Barisan Nasional. http://kerajaanrakyat.com/?p=4135 |
Rashdin |
Posting pada: 04-01-09 09:19
Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sun | Jan 04, 09 | 3:05:42 am MYT "Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS" Iklan Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat .a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dengan penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja." Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. sama ada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru. Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya. Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan. Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dengan mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yang ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan. Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri. Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS. Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yang besar yang telah dijanjikan oleh Allah. Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar. Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yang mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan. Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah. Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas. Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu." Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil. Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan. Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih. Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia. Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat. Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t sama ada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain. - azm _ ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
qudwah |
Posting pada: 04-01-09 09:49
yes...dapat juga balik mengundi walaupun lepas ngundi terus balik kampus....penat tak apa...janji menang..huhuhu....
|
Laskar_Allah |
Posting pada: 04-01-09 12:03
Dari suatu sudut hamba bersetuju dengan saudara hamba trouver. Menyebarkan foto tersebut memang perbuatan yang jijik untuk menjatuhkan lawan tambahan pula telah terbukti foto tersebut sah adalah keluarga yang terlibat.
Tetapi yang terus menjadi persoalan entengnya ialah siapa yang bertanggungjawab menyebarkan foto tersebut? Adakah pasti orang PAS, orang UMNO, talibarut PAS atau talibarut UMNO? Buktinya masih belum timbul. Berkenaan Teresa, bagi hamba setakat ini Teresa masih tidak bersalah dalam isu Azan lantaran bukti yang ada setakat ini (kita dah bincangkan secara panjang lebar di topik yang berkaitan). Jika nak di 'drag' peristiwa selepas itu, kita masing-masing boleh berfikir dengan minda yang sihat. Entahlah, benar apa yang trouver katakan, musuh dalam selimut masih banyak berkeliaran dalam jemaah Islam. Ia bertebaran dalam UMNO, PAS, PKR & NGO Islam. Moga Allah beri kita petunjuk. Hamba rasa cukup sampai sini kita bertekak tentang foto fitnah tersebut. Teruskanlah kempen sihat antara kedua belah pihak. Apa Khabar Palestin Hari Ini? ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! |
Rashdin |
Posting pada: 04-01-09 12:19
oh ya,semalam teresa dan mat sabu duduk satu pentas memberi ceramah di kat.rasanya tu ceramah PAS dan teresa diundang ke sana untuk berkempen bagi pihak PAS.
|
Rashdin |
Posting pada: 04-01-09 22:47 |
Rashdin |
Posting pada: 05-01-09 09:42
Pengundi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diharap menunaikan hak mereka sebagai pemilih dengan penuh keimaman.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hak sebagai pengundi merupakan mutlak kepada setiap individu yang tidak boleh dirampas dan dipaksa sesiapa pun. "Apabila dihubungkan hak dan kebebasan mengundi ini dengan tanggungjawab kita untuk menegakkan Islam, maka tunaikanlah hak ini dengan penuh iman. "Biar bagaimana rahsia sekali pun undi kita pada 17 Januari ini, ia tetaplah akan terakam sebagai amal makruf," katanya dalam satu kawat kepada pengundi parlimen Kuala Terengganu yang tinggal di luar. Menurutnya mengundi sebuah parti yang mahu menegakkan Islam adalah wajib. Ini selaras dengan firman Allah Taala dalam surah An Nashr: 1 dan 2 yang bermaksud, "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki agama Allah dengan berbondong-bondong". Menurut Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, zaman sekarang, orang menegakkan Islam dengan mengambil alih kuasa melalui pilihan raya. "Inilah yang timbul kerja mengundi melalui pilihan raya," katanya. Pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari ini dan penamaan calon lusa. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 05-01-09 19:11
Wan Farid "benar-benar pilihan yang sangat buruk" -Dr M
Abdul Aziz Mustafa Mon | Jan 05, 09 | 7:15:19 pm MYT KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk". "Pemilihan calon benar-benar sangat buruk kerana rakyat meliau beliau sebagai proksi yang akan di gunakan jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri," Malaysian Insider memetik kecaman Dr Mahathir itu. "Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri," tambah beliau. Malaysiakini pula memetik Dr Mahathir berkata: "Setiap orang akan melihatnya sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi Perdana Menteri". Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu. Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan. Kerusi parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu. PAS mencalonkan Mohd Abdul Wahid Endut, pilihan yang disifatkan menyejuk dan melegakan hati semua pihak.yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018637&Itemid=85 ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin |
Posting pada: 05-01-09 19:16
harakahdaily reported:
Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sun | Jan 04, 09 | 3:05:42 am MYT "Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS" Iklan Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat .a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dengan penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja." Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. sama ada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru. Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya. Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan. Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dengan mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yang ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan. Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri. Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS. Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yang besar yang telah dijanjikan oleh Allah. Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar. Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yang mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan. Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah. Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas. Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu." Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil. Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan. Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih. Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia. Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat. Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t sama ada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain. - azm _ |
mimi_eniliana |
Posting pada: 06-01-09 17:55
copy and paste sikit ye... untuk informasi semua
Harun berdepan tindakan AKIM kerana tarik diri 06/01/2009 2:25pm KUALA KRAI 6 Jan. — Wakil parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Harun Mohamad, yang menarik diri pada saat akhir sebelum mengemukakan kertas pencalonan hari ini bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bakal berdepan tindakan disiplin. Presiden AKIM, Hanafi Hamat, berkata Harun juga telah mengkhianati parti kerana menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu. “Harun telah menghampakan harapan AKIM apabila menarik diri tetapi lebih mengecewakan apabila menyokong pula PAS,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Di pusat penamaan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu hari ini, Harun yang juga dikenali sebagai Abdul Rahman, membuat kejutan apabila mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu tanpa memberi alasan yang spesifik. Beliau kemudiannya menyatakan sokongan kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. - Bernama tentunya ini merupakan satu bonus buat PAS.. tahniah |
Rashdin |
Posting pada: 06-01-09 20:48
dan dijangka sinful akan muncul semula pada PR kat nanti dan kita nak tengok kali ni dia nak bersumpah apa pula
|
Rashdin |
Posting pada: 06-01-09 20:58
Calon Akim yang tarik diri dalam perkara kat secara terbuka menyatakan sokongan kepada Pas.
http://www.malaysiakini.com/news/95883 |
Rashdin |
Posting pada: 06-01-09 21:25
katakan tidak kepada calon wan farid setiap undian membawa padah hehehehehe
----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
lebai_y2k |
Posting pada: 07-01-09 10:08
Ana ambik sedikit petikan dari berita hairan
CALON Pas, Mohd Abdul Wahid Endut diiringi perarakan kira-kira 5,000 penyokong parti Pas, serta Pakatan Rakyat ke pusat penamaan calon di stadium negeri kira-kira jam 9.20 pagi tadi. Ni pulak dari Utusan Meloya.. Sementara itu, kumpulan penyokong Pas yang mengiringi calon mereka, Mohd. Abdul Wahid Endut pula tiba di pekarangan Stadium Negeri kira-kira pukul 9.10 pagi. Bersama dalam perarakan kumpulan penyokong 10,000 orang itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa. Turut kelihatan beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali. p/s : Huhu,nak menipu pun,pakat lah sikit..ni tidak,satu kata 5000,satu kata 10 000.confirm ada salah satu bohong@ dua-dua bohong ----------------- Sesungguhnya solatku,amalku,hidup dan matiku adalah kerana ALLAH |
simpLe_sHida |
Posting pada: 07-01-09 11:39
salamun alaik..
wah..dah hangat topik ni..hehhe.. biasa lah media akan mengKucar-kacirkan kisah Benar jadi kisah kelentong.... jadi tonggang terbalik... dan tak lupa dengan mengAda-Adakan kisah yang pelbagai versi http://prk036.pas.org.my pada rakyat ganu... moh pakat balik kg!! pakoh yang boleh bersinar!bagi NUR.. bukan hok senget sebelah tu.. hmm.. ss org melaka..undi kawasam manjung.Perak. jom puasa sunat..solat hajat.. doakan moga PR.kat bakal menggulingkan hok gelombang warna laut tu.. wallahu'alam.. |
Prof_Muslim |
Posting pada: 07-01-09 12:30
Baliklah balik..
Balik mengundi.. Baliklah balik balik mengundi... Jika tak balik.. Anda yang rugi... Undilah undi.. Jangan tak undi.. Kalau tak undi.. Kita sendiri rugi.. |
halesolurun_84 |
Posting pada: 07-01-09 13:38
Masa mengundi nanti bagi laporannya sekali prof..
Kalau kat paper,tv.. banyak sangat laporan yang tak betulnya.. hanya sebelah pihak yang disanjung.. junjung.. ingat! pengundi2 sudah bijak membuat keputusan. walaupun tak mengundi,sokongan tetap diberikan.. |
muhamad_azrul86 |
Posting pada: 07-01-09 13:46
Baliklah balik..
Balik mengundi.. Baliklah balik balik mengundi... Jika tak balik.. Anda yang rugi... Undilah undi.. Jangan tak undi.. Kalau tak undi.. Kita sendiri rugi.. Menarik2.... |
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |