Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 169
Ahli: 0
Jumlah: 169




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: Remaja beragama cekal godaan sosial


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» Remaja beragama cekal godaan sosial

Please Mendaftar To Post


Oleh Remaja beragama cekal godaan sosial

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 19:39


Ibu bapa patut galak anak dekati sifat mahmudah, jauhi mazmumah

PADA masa kini, sesetengah remaja kita dilanda satu masalah sosial yang disebut gejala sosial. Semakin hari keadaan ini semakin rumit dan memerlukan perhatian sewajarnya daripada semua pihak.

Semua ahli masyarakat seperti ibu bapa, guru, pemimpin, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mesti berganding bahu bagi mengatasi masalah itu.

Jika gejala sosial itu dibiarkan terus berleluasa dan merebak di kalangan remaja, ia boleh meruntuhkan kesihatan ummah pada masa depan.

Gejala sosial yang sedang menghimpit kehidupan remaja pada masa kini jika tiada tindakan awal diambil, mereka akan terus hanyut dalam dunia mereka sendiri dan boleh membawa kehancuran.

Antara gejala sosial ialah meminum minuman keras, berjudi, lumba haram, vandalisme, lari dari rumah, terbabit dengan jenayah, bersekedudukan, gejala pengkid dan gejala gay akan menjadi barah dalam masyarakat.

Gejala sosial ini bukan saja merosakkan akhlak, akal dan budi pekerti, malah boleh meruntuhkan kekuatan ummah. Semua ini boleh memusnahkan kecergasan remaja dan membinasakan kehidupan dalam masyarakat.

Peringkat remaja adalah peringkat yang penuh cabaran, terutama golongan remaja pertengahan. Golongan ini penuh dengan emosi dan ingin mencari kebebasan.

Mereka tidak menggunakan fikiran tetapi perasaan. Golongan ini mudah dipengaruhi dan diperalatkan. Oleh itu, mereka mudah sekali terbabit dengan pelbagai gejala sosial.

Pelbagai punca dikatakan remaja mudah dipengaruhi antaranya persekitaran dan pengaruh melalui pergaulan rakan sebaya yang sudah runtuh akhlaknya.

Keadaan hidup tidak selesa, masalah kewangan, pengaruh media cetak dan elektronik yang memaparkan unsur negatif menjadi tumpuan dan ikutan remaja yang tidak berdisiplin.

Ibu bapa mesti mendekatkan anak remaja dengan ajaran agama. Luangkan masa melakukan solat berjemaah. Membawa anak dengan mendekatkan ilmu agama dari semasa ke semasa.

Sikap sering menyayangi dan menghormati di kalangan ahli perlu diamalkan. Semai minat seperti membaca, bersukan, mengembara bagi mengisi masa terluang. Selain itu, ibu bapa perlu memantau rakan sebaya anak remaja dan aktiviti yang mereka lakukan.

Remaja berilmu, beragama dan berwawasan sudah tentu mempunyai kekuatan dalaman bagi menghadapi pelbagai gejala sosial di sekeliling mereka. Kepentingan beragama sudah tidak dapat dipertikaikan sejak wujudnya dunia ini.

Pujangga Hamka pernah berkata, tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju 'kebenaran' yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya, agama untuk jiwanya.

Bagi membanteras gejala sosial di kalangan remaja, mereka hendaklah kembali kepada agama. Pepatah Arab ada menyatakan, 'Agama menjadi 'sendi hidup' dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat adalah kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

Hidup dilandaskan prinsip agama akan menjadikan sesuatu bangsa dihormati bangsa lain. Keteguhan pegangan agama mencerminkan kehormatan dan keperibadian sesuatu bangsa di sebabkan kejayaan menjaga kemuliaan etika, moral dan akhlak.

Kalangan remaja digalakkan mendekatkan diri dengan sifat mahmudah (terpuji) iaitu sabar, syukur, amanah, tawakal dan tawaduk (rendah diri). Menjauhkan sifat mazmumah (keji) iaitu dengki, dendam, bakhil, fitnah, permusuhan dan membuang masa.

Prinsip dan falsafah hidup remaja mesti ke arah menuju kebahagiaan diri, ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara. Falsafah itu hendak dihayati dan difahami dengan sebenar-benarnya.

Masyarakat akan beruntung jika remaja cenderung kepada produktif dan berfaedah, sebaliknya masyarakat rugi jika mereka terjebak dalam permasalahan sosial.

Remaja berjaya lebih ceria, optimis, semangat bersaing dan sanggup berdepan dengan dugaan dan cabaran. Kekuatan ummah terletak pada remaja yang berjaya mengharungi kehidupan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." - (Surah al-Ahzab:21)

Daripada Abu Said al-Khudri ra, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya dunia adalah manis dan indah. Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia. Lalu, Allah melihat bagaimana kamu beramal." (Riwayat Muslim)

Dalam usaha menangani masalah, tidak perlu bersikap menuding jari tetapi wujudkan kerjasama di kalangan pihak bertanggungjawab semoga segala tindakan akan berhasil.


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 25-11-08 22:49


Pada 25-11-08 19:39 , lemochi_adachi posting:

!!! QUOTE !!!



Ibu bapa mesti mendekatkan anak remaja dengan ajaran agama. Luangkan masa melakukan solat berjemaah. Membawa anak dengan mendekatkan ilmu agama dari semasa ke semasa.

Sikap sering menyayangi dan menghormati di kalangan ahli perlu diamalkan. Semai minat seperti membaca, bersukan, mengembara bagi mengisi masa terluang. Selain itu, ibu bapa perlu memantau rakan sebaya anak remaja dan aktiviti yang mereka lakukan.

Pujangga Hamka pernah berkata, tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju 'kebenaran' yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya, agama untuk jiwanya.




Thanks for this info.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 23:15


lupa pula petikan kata dari siapa. ''banyakkan membaca, kerana mereka yang banyak membaca kurang menyalahkan orang lain"

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 08:47


Pada 25-11-08 23:15 , Aezza posting:

!!! QUOTE !!!

lupa pula petikan kata dari siapa. ''banyakkan membaca, kerana mereka yang banyak membaca kurang menyalahkan orang lain"


Erm..ana pun ada dengar...Kalau tak salah, dari ceramah ustaz zahazan di ikim masa slot dia.. Allahua'lam..


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

    


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

mie05
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 09:09


bagaimana pun kalau orang beragama ini sering terpengaruh bila dia terlibat sama. maklum lah tak pernah tengok hanya dengar saja..
macam man ek... apa pendapat anda semua????

Bookmark and Share

    


  Member Information For mie05Profil   Hantar PM kepada mie05   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-11-08 13:57


Pada 26-11-08 09:09 , mie05 posting:

!!! QUOTE !!!

bagaimana pun kalau orang beragama ini sering terpengaruh bila dia terlibat sama. maklum lah tak pernah tengok hanya dengar saja..
macam man ek... apa pendapat anda semua????


Pada pandangan ambe yang pernah dok sekali dengan budak-budak yang agak sosial ni...rasanya selain dr banyak membaca suasana akan membentuk dirikita..memang betul kalau iman kuat kita takkan tergugat...

Tapi iman manusia sekarang ni tak adalah sehebat para sahabat dengan rasulullah..ambe start sekolah agama tapi bila kawan-kawan semuanya dok sosial sikit-sikit kitaakan terpengaruh..itu yang payah tu..bila kita nak dekatkan diri dengan agama pastikan persekitaran pun sama jugak ke arah yang kita nak tuju...kalau tak bimbang kita pun akan terpesong juga..

Sekarang pun macam-macam cerita keluar..ustz pun boleh tercabut kopiah..dengan globalization suasana yang semakin teruk itu yang bahaya tu.. :berfikir:


-----------------
kepada NYa kita kembali...


Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 16:02


Terdapat seramai 127 banduan bawah umur di Malaysia



KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Dewan Negara hari ini mendedahkan terdapat seramai 127 banduan di bawah umur 18 tahun sedang ditahan di penjara di seluruh negara.

Jumlah tersebut berdasarkan perangkaan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) yang dikeluarkan pada 1 Julai 2008, menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Wan Farid Wan Salleh, pagi tadi.

Daripada jumlah tersebut, 93 daripadanya dalam kategori reman atau sedang menunggu perbicaraan.

"Reman juvana ini terdiri daripada 80 lelaki dan 13 perempuan yang ditahan kerana berbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, Akta Dadah Merbahaya, Peraturan Pendaftaran Negara, Kanun Keseksaan, dan lain-lain," kata beliau ketika sesi soal jawab, di Parlimen.

Beliau menambah, bagi banduan yang sudah disabitkan bersalah ialah seramai 34 orang, di mana 24 daripadanya lelaki, manakala bakinya seramai 10 orang adalah perempuan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Senator Dato' Wira Syed Ali Alhabshee, Wan Farid berkata kerajaan tidak bercadang untuk menjatuhkan hukuman kepada ibu bapa atau penjaga kepada pesalah juvana tersebut.

"Seperti yang sedia maklum, kebanyakan banduan juvana ini terdiri daripada keluarga yang terpisah, bermasalah yang mengakbatkan mereka melakukan jenayah. Setakat ini kerajaan hanya memberi penumpuan kepada pemulihan banduan tersebut dan bukan menghukum ibu bapa banduan terbabit,"katanya. - mks._

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

solehen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.08.2006
Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-12-08 12:19


salam ukhwah...
pada ana lah, kita sering salahkan ibubapa,
sedangkan ibu bapa dah cuba sedaya upaya menjaga anaknya.
Kenapa kita tak salahkan remaja tersebut.?
adakah dia sendiri tak boleh berfikir sama ada benda yang dia lakukan itu baik atau buruk?
adakah dia belum baligh lagi?
jadi renung2kan lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehenProfil   Hantar PM kepada solehen   Pergi ke solehen's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 12:32


sebagai manusia, semua ada salahnye..tak kisahla anak ke, ibu bapa ke, atau apa-apa ke..??

zaman abu bakar dulu, ada seorang lelaki datang mengadu kepada abubakar, menceritakn yang anaknya tidak menghormatinya..
setelah disiasat, rupanya bapanya yang menderhaka kepada anaknye..tidak memberi hak kepada anak tersebut..ada 3 hak yang tak dipenuhi..
1) tidak mencari ibu yang solehah kepada anak tersebut.
2) tidak mengajarkan al-Quran dan memberi ilmu.
3) tidak memberi nama yang baik kepada anak...termasuk nama panggilan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 01-01-11 22:20


Salam ...

Gejala sosial yang menjadi2 dikalangan remaja, saya rasa ibubapa kena selidiki nafkah yang mereka berikan kepada anak-anak ... mungkin kita tak sedar, dalam masa bekerja apakah nafkah atau pendapatan yang kita dapat setiap bulan itu adakah benar-benar halal? saya beri sedikit contoh, seorang kerani bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang, tetapi adakah setiap hari dia menetapi waktu yang diwajibkan untuk beliau? dan semasa dalam waktu bekerja, adakah sepenuhnya waktu bekerja itu ditumpukan dengan kerja-kerja pejabat?

Saya ingin beri satu lagi contoh, setiap kali naik taxi di Malaysia, seringkali driver taxi tidak mahu menggunakan meter, jika menggunakan meter pulak mereka minta bayaran tambahan dengan alasan, bangsa lain lagi teruk menipu ... kadangkala mereka akan berhenti distesen minyak untuk top up minyak atau gas dengan meter di 'on' kan ... setelah top up mereka tidak segera masuk kedalam taxi tetapi masih nak berbual dengan pemandu2 taxi yang sama-sama distesen minyak, halal atau tidak pendapatan mereka jika penumpang tidak redha atau ikhlas membayar lebihan sprt itu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

saifunnisa
Warga Rasmi
Menyertai: 26.12.2010
Ahli No: 40731
Posting: 7
Dari: kota bharu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-01-11 11:54


Pada 25-11-08 22:49 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-11-08 19:39 , lemochi_adachi posting:

!!! QUOTE !!!



Ibu bapa mesti mendekatkan anak remaja dengan ajaran agama. Luangkan masa melakukan solat berjemaah. Membawa anak dengan mendekatkan ilmu agama dari semasa ke semasa.

Sikap sering menyayangi dan menghormati di kalangan ahli perlu diamalkan. Semai minat seperti membaca, bersukan, mengembara bagi mengisi masa terluang. Selain itu, ibu bapa perlu memantau rakan sebaya anak remaja dan aktiviti yang mereka lakukan.

Pujangga Hamka pernah berkata, tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju 'kebenaran' yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya, agama untuk jiwanya.




Thanks for this info.


didiklah anakmu 40 tahun sebelummu...
dan " kuu anfusakum wa ahlikum naaro"...jagalah dirimu dan keluargamu dr api neraka....insyaallah...

jagalah diri kita dr maksiat...insyaallah..anak-anak kita akan menjaga dari mereka lebih baik dr kita....
jk kita sebagai ibubapa yang selalu bergelumang dengan dosa...anak-anak kita??...

wallahua'lam


-----------------
~~~fastabiqul khairat~~~


Bookmark and Share

    


  Member Information For saifunnisaProfil   Hantar PM kepada saifunnisa   Pergi ke saifunnisa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1661 saat. Lajunya....