Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 185
Ahli: 0
Jumlah: 185




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Lelaki Tidak Hebat Memandu!


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Lelaki Tidak Hebat Memandu!

Please Mendaftar To Post


Oleh Lelaki Tidak Hebat Memandu!

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 14:47


Kajian menunjukkan sikap positif wanita menjadikan mereka selamat di jalan raya.

SETIAP kali ada pemandu yang mendatangkan masalah di jalan raya atau melakukan kesalahan trafik, pasti ramai yang akan `menjenguk’ untuk melihat siapa pemandunya; lelaki atau wanita?

Sesetengah individu pula, belum lagi melihat si pemandu ‘bermasalah’ itu, sudah membuat andaian keras - `ini mesti pemandu perempuan!’ - seolah-olah, semua pemandu wanita tidak mahir mengendalikan kenderaan hingga sering menimbulkan masalah kepada pengguna lain.

Inilah `double standard’ yang biasanya berlaku dalam dunia pemanduan di jalan raya, tidak jauh bezanya dengan senario yang berlaku dalam aspek lain yang mana isu jantina sering dibangkitkan dalam menilai tahap keupayaan seseorang individu.

Persoalan ini kerap diperdebatkan, namun rumusan yang boleh diterima belum ditemui. Siapa yang lebih mahir atau lebih cuai atau bermasalah bila memandu, lelaki atau wanita?

Kebanyakan pemandu lelaki dengan pantasnya akan mengatakan pemandu wanita lebih banyak mendatangkan masalah di jalan raya. Sebahagian yang lain pula mengatakan kedua-duanya (lelaki dan wanita) kadangkala melakukan kesalahan dan jantina bukanlah persoalan.

Segelintir pemandu wanita pula menyatakan ramai pemandu lelaki yang memandu secara berbahaya tetapi ramai juga yang mengakui pemandu wanita adalah golongan yang sering mendatangkan masalah di jalan raya, bukan saja berpunca daripada kecuaian malah adakalanya disebabkan sikap wanita yang terlalu berhati-hati ketika memandu.

Banyak kajian dilakukan di seluruh dunia untuk menentukan siapa yang lebih cekap atau lebih cuai dalam memandu kenderaan.

Suatu kaji selidik membabitkan 198 penuntut Universiti of Texas dilakukan untuk mengenalpasti sama ada perbezaan jantina mempengaruhi sikap ketika memandu. Hasil kajian mendapati, lelaki mempunyai lebih banyak kerenah dibandingkan dengan wanita membuatkan mereka lebih berisiko tinggi untuk mengalami pelanggaran.

Kaji selidik berkenaan bagaimanapun menunjukkan golongan lelaki lebih selesa memandu di waktu malam, dalam kawasan yang tidak biasa dilalui dan dalam cuaca buruk. Mereka juga menerima pendedahan pemanduan yang lebih banyak berbanding wanita.

Golongan wanita pula dilaporkan lebih mematuhi undang-undang trafik seperti penggunaan isyarat dan had laju berbanding lelaki.

Dari segi keyakinan terhadap kemahiran memandu pula, golongan lelaki lebih yakin dengan pemanduan mereka berbanding wanita. Keyakinan terhadap `kehebatan’ pemanduan ini jugalah yang membuatkan mereka tidak begitu mempedulikan apa-apa risiko yang mungkin berlaku.

Kaji selidik yang dilakukan sebuah syarikat insurans Amerika Syarikat terhadap 2,384 pemandu berlesen mendapati, wanita adalah pemandu yang lebih cermat daripada lelaki sekali gus menjawab persoalan mengapa tuntutan insuran permotoran lelaki 20 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Data tuntutan syarikat ini juga menunjukkan kemalangan membabitkan pemandu lelaki lebih serius daripada wanita. Kemalangan yang selalu membabitkan lelaki adalah seperti pelanggaran hadapan, kenderaan berpusing serta terbabas selain pelanggaran dengan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan.

Pemandu wanita pula selalunya berlanggar dengan objek pegun atau berlanggar dengan kereta lain.

Kaji selidik juga menunjukkan pemandu lelaki lebih cenderung melanggar peraturan jalan raya dengan memecut, memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah serta memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Siapa lebih agresif ketika memandu? Satu kajian menunjukkan - lelaki!

Hal ini mungkin disebabkan hormon testosterone (hormon pada lelaki) sekali gus menerangkan mengapa wanita lebih pasif.

Kurang tekanan pemanduan pada lelaki berbanding wanita juga dikatakan punca lelaki memandu secara lebih agresif.

Kebanyakan responden wanita dalam kajian ini menyatakan mereka selalu berasa kasihan kepada pemandu lain serta mengalami ketakutan ketika memandu sehingga mempengaruhi mereka untuk lebih berwaspada.

Wanita mempunyai pandangan positif mengenai keselamatan jalan raya lebih daripada pemandu lelaki. Ramai wanita juga lebih berwaspada dengan kehadiran kamera kelajuan.

Laporan kajian yang dilakukan Dr Claire Corbett dari Universiti Brunel menunjukkan pemandu lelaki dan wanita memberi tindak balas berbeza terhadap kamera kelajuan. Wanita mempunyai pandangan yang baik mengenai kamera ini dan mematuhinya.

Rumusan kajian Corbett mendapati, wanita lebih memikirkan soal keselamatan di jalan raya berbanding lelaki.

Oleh itu, siapa kata pemandu wanita lebih cuai?

Masalah tidak timbul jika cekap

“JANTINA bukan persoalannya,â€Tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya cenderung melakukan kesalahan di jalan raya,

Sesiapa saja boleh cuai dan melakukan kesalahan jalan raya, seperti memotong secara melulu dan melanggar had laju, atas banyak sebab.

“Kadangkala, disebabkan urusan penting, seseorang itu terpaksa melanggar beberapa peraturan jalan raya kerana mahu cepat sampai ke destinasi.

“Saya akui, kadangkala saya juga bertindak demikian tapi yang pasti ia bukanlah disengajakan,†kesalahan yang biasanya dilakukan pemandu lelaki di jalan raya adalah memandu laju, memotong barisan dan tidak berhenti di lampu merah.

Begitu juga dalam soal kecekapan memandu, Ada pemandu wanita yang lebih hebat daripada pemandu lelaki. Pemandu wanita yang selalu dilihat ‘bermasalah’ di jalan raya.

“Saya selalu berdepan dengan pemandu yang memandu perlahan di lorong laju dan bila saya perhatikan siapa pemandunya, selalunya orang itu adalah wanita.

“Namun saya tidaklah mengatakan semua pemandu wanita itu memberi masalah. Ada yang memandu dengan baik dan ada yang tidak. Ibu saya sendiri adalah pemandu yang baik.

“Pada saya, dalam hal ini, soal kecekapan yang harus dinilai. Bila seseorang itu cekap dalam pemanduan, tidak banyak masalah akan timbul,†kebanyakan pemandu lelaki kurang bertimbang-rasa di jalan raya.

Pemandu lelaki atau wanita, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

“Kalau bercakap soal siapa yang lebih banyak melakukan kesalahan, bagi saya sama saja kedua-duanya. Tidak wajar sekiranya soal jantina yang diambil kira untuk menentukannya.

“Mungkin kerana wanita sering dianggap kaum yang lemah, secara automatik mereka juga dianggap tidak mampu memandu dengan baik. Itu sudah dikira double standard dan tidak adil,â€

Kenderaan yang terlalu banyak hingga mengakibatkan kesesakan juga, menyumbang kepada masalah pemanduan yang kurang berhemah pada pemandu .Disebabkan itu, wujud ramai pemandu yang tidak bertimbang rasa, pentingkan diri sendiri dan tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Ada tiga sikap pemandu yang tidak disukai.

“Selain pemandu yang tidak berhemah, saya tidak suka pemandu yang gemar membuang sampah di jalan raya, suka menghimpit atau memandu pada jarak dekat dengan kenderaan lain secara sengaja dan pemandu yang memandu perlahan di lorong yang sepatutnya memandu laju,â€

Dipetik dari: Lelaki Tidak Hebat Memandu


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-11-08 18:06


kat negara lain mungkin lah statement ni betul..
tapi bukan kat malaysia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 18:33


da pernah baca benda ni bertahun lepas.. but tak apa ..papun macam janggal saja kenyataan tu..hmm..tak setuju..xstuju..huhu... :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

merpati
Warga Rasmi
Menyertai: 21.11.2008
Ahli No: 36005
Posting: 16
Dari: selangor, malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 25-11-08 18:39


tak setuju..?

erm pada saya lah..
lelaki suka drive laju satu,suka drive tgah2 or makan line..lepas itu depa macam selalu fikir depa berani..tak tahu takut(padahal cuak)

nak2 pula bila ter'race' dengan perempuan mula lah nak tunjuk terror..
kunun nya depa ni hebatla sesangat..perempuan tak boleh nak celen..

walopun bukan semua..tapi kebyakan nya begitu lah..

wallahhualam :berfikir:


-----------------
if u want more u must give more :)


Bookmark and Share

    


  Member Information For merpatiProfil   Hantar PM kepada merpati   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 11:36


Amalkan sikap bertimbangrasa di jalan raya...Ingatlah orang tersayang...Anda mampu mengubahnya...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 12:32


Pada 26-11-08 11:36 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Amalkan sikap bertimbangrasa di jalan raya...Ingatlah orang tersayang...A...



betul tu..hargai dari sendiri.. :-D


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 13:22


Erk.. biasanya lelaki lebih berhemat memandu berbanding wanita.. ke salah? ish.. ish..

Bagi saya,tak kira lelaki or wanita.. semuanya berjiwa rock bila di jalan raya.. tau nak race saja.. baik lelaki mahupun perempuan.. tak kirala kereta cabuk or mahal..

dan saya setuju sesangat dengan kata-kata " rakyat malaysia bersopan santun tapi tidak di jalan raya."

:berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 13:28


sebenarnya tatistik pemandu..
lelaki atau perempuan lebih ramai?

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 13:31


Pada 26-11-08 13:28 , qibtiyah posting:

!!! QUOTE !!!

sebenarnya tatistik pemandu..
lelaki atau perempuan lebih ramai?


ramai llaki..tapi ada lelaki yang kurang sabar sikit boleh memandu..pampuan pun ada jugak...tapi lebih berhemah pompuanla..hehehee


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 13:37


Pada 26-11-08 13:26 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

Antara sebab utama perempuan tidak lulus ujian penerbangan ialah kerana mereka teragak-agak untuk membuat keputusan (mungkin sebab mereka guna otak kiri dan kanan sekaligus), takut mengambil resiko, terlalu berhati-hati , gagal bertindak dalam keadaan kritikal , gagal tindakbalas , gelabah , dan terlalu prihatin.. TUDM kolej tentera udara.

"Kalau atas jalanraya ramai pemandu perempuan terselamat atas ihsan pemandu lain"

betul ke orang perempuan ni bila bawa kereta, mereka hanya fikir nak selamatkan kereta meraka sahaja,




ops.. jangan memandang begitu pada kaum wanita.. :jangan: tak baik..macam saya kata tadi,sama saja lelaki or wanita.. memandu lah cara berhemat.. slow2 tak bagus juga.. laju2 pun tak bagus juga..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 13:39


salam,nak tau saya ni paling terro memandu...siap ada jalan baru lagi heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 13:44


Tak pernah pandang serong pun kat kaum wanita , pandangan pertama tu adalah pengalaman saya , yang kedua tu tester kat JPJ , Yang ketiga tu pengakuan orang perempuan sendiri.

tapi...Cara pemanduan Perempuan sering menyusahkan saya..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-11-08 13:57


bila bercakap tentang cara pemanduan kaum hawa ni mesti kaum hawa akan fikir
kaum adam kondem mereka.. bukan macam tu..
bukan nak kondem tapi itu realiti..

semua yang dinyatakan kat posting2 di atas adalah fakta..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 26-11-08 15:25


Assalamualaikum,

Maaflah dah ada topik ni kan, respon sikit ya.
Betul, lelaki memang tak hebat memandu.
Perempuan memang hebat, keluar simpang terus jalan, tak payah tengok kenderaan yang datang dari arah bertentangan,
Entahlah, kebetulan kut (hehe husnu dzon) dah banyak kali Abdullah kena.

Maaf ya kaum Hawa...drive safely all!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 16:27


hehe..orang laki akan menunjukkan ke'tera'an mereka boleh memandu, begitu juga perempuan..:-Dmasing-masing ada ego kan..tapi kalau imni tengok mak dengan ayah imni yang drive, nampak ayah lebih hati-hati..:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 16:31


Pada 26-11-08 16:27 , imni_1612 posting:

!!! QUOTE !!!

hehe..orang laki akan menunjukkan ke'tera'an mereka boleh memandu, begitu juga perempuan..:-Dmasing-masing ada ego kan..tapi kalau imni tengok mak dengan ayah imni yang drive, nampak ayah lebih hati-hati..:-D



sama lah.. ayah nampak lagi berhati-hati.. sebab mak tak pandai drive.. hehehe



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 16:24


Pada 26-11-08 16:31 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-11-08 16:27 , imni_1612 posting:

!!! QUOTE !!!

hehe..orang laki akan menunjukkan ke'tera'an mereka boleh memandu, begitu juga perempuan..:-Dmasing-masing ada ego kan..tapi kalau imni tengok mak dengan ayah imni yang drive, nampak ayah lebih hati-hati..:-D



sama lah.. ayah nampak lagi berhati-hati.. sebab mak tak pandai drive.. hehehe



tapi mak imni boleh bawa kereta lah..:-)


-----------------
::teruskan kejayaan menuju keunggulan::



Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 14:36


Pada 26-11-08 13:26 , samudra posting:

!!! QUOTE !!!

betul ke orang perempuan ni bila bawa kereta, mereka hanya fikir nak selamatkan kereta meraka sahaja,



Ini namanya penyayang tak bertempat...Kereta kalau hancur boleh beli yang lain...Tapi kalau kepala dah hancur tak dapat nak beli kepala lain...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.10.2004
Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 16:04


orang yang tak hebat memandu adalah orang yang tak sabar..baik lelaki ataupun wanita.. ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.951664 saat. Lajunya....