Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Apabila Zina LEBIH MUDAH Daripada Kahwin


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Apabila Zina LEBIH MUDAH Daripada Kahwin

Please Mendaftar To Post


Oleh Apabila Zina LEBIH MUDAH Daripada Kahwin

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 23-11-08 17:47


Assalamualaikum

since artikel dari ustaz asri ini berlapik plus hujah2 dalam artikel ini semuanya bersandarkan kepada dalil.....bahkan isu utama artikel ini menghighlightkan adat budaya "karut" yang dipractice oleh orang Islam di malaysia....maka ada baiknya kita semua ambik pedoman daripada apa yang beliau tuliskan....

lebih-lebih lagi bagi kita yang bakal mempunyai cahaya mata...ada baiknya kita simpan angan2 untuk mempolopori perubahan reformasi budaya dan adat dalam masyarakat kita.....kita buang adat dan budaya serta cara hidup mengarut orang melayu....kita ambil apa yang lebih afdhal yang disuruh oleh Islam.
________________________________________________________________________________________

APABILA ZINA LEBIH MUDAH DARIPADA KAHWIN
oleh Ustaz Asri

Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.

Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah .h (meninggal 728H) menyebut:

“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah PERMAINAN BULI yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.

Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in”(al-Mufassal, 7/217).
Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. sama ada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).
Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

artikel asal dari Minda Mufti


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 23:09


Assalamualaikum

Tulisan yang membangkitkan kesedaran. Sepatutnya tulisan ini dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Budaya memahalkan kenduri, membuli pengantin, dan entah apa-apa lagi kini bukan lagi asing, maka usaha menyedarkan masyarakat akan kepentingan kenduri dan perkahwinan berlandaskan ruh sebenar Islam wajar disokong.


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh


Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-11-08 23:16


assalamualaikum
erm.....rasanya artikel ni patut diprintout, lepas tu bawa masa nak jumpa bakal mentua (hihihihihi nak cari nahas)
kalau tak insaf lagi tak tau lah..........
ada juga mak bapak yang guna perkahwinan untuk dapatkan keuntungan...ye lah bila orang datang kan salam tu bukan salam kosong kan kan????
dah lah mula-mula tu dah jual anak, ni jual lagi
jual atas jual punya kes ni............

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-11-08 06:08


yup...better print out artikel ini...edarkan secara percuma di pasar2 mlm ke, pasar tani, shopping complexes and so on.

harap.....individu2 yang masih degil ingin meneruskan adat menjual anak ini, keras kepala untuk teruskan adat menyusahkan hal-hal perkahwinan, hati batu semata-mata ingin meneruskan tabiat buruk menunjuk2 dan berbangga diri dengan jiran tetangga, saudara mara ....harap anda sedarlah ye yang anda itu dah jauh sangat tersimpang dari jalan Islam.

tepuk dada, tanya iman di hati.

p/s: oppss....terasa pedas???....nak marah...marahlah pada diri sendiri....sapa suruh tak mahu menghambakan diri kepada Islam....suka sangat menghambakan diri pada nafsu & adat yang mengarut.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 12:24


yup.... banyat sangat benda yang mengarutnya sekarang.....

nak kawin pun jadi susah...

harap-harap kita semua jadi generasi tajdid yang membawa arus perubahan untuk mengikut sunnah Rasullulah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-11-08 17:48


thank you Dr MAZA... saudara memang seorang MUFTI yang berani..
sapa saja salah saudara tegur tak kira dari parti politik mana pun
org tersebut..

tentang artikel ni.. memang betul apa di katakannya tu..
banyak yang mengarut dah akhir2 ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 18:54


DR MAZA punya idea amat2 bernas dengan situasi sekarang.. malangnya msrakat kita saja tak dapat nak menerima angin perubahan dalam pengaplikasian islam yang lebih syumul yang tidak terikat dengan adat..sampai bila begini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-11-08 19:01


syemarly....

sokong!!! ...

pasal masuk campur politik lah dia berhenti jadi mufti perlis hujung bulan ni..
amat menyedihkan.. dia mufti yang berani, bukan jenis yang jaga "periuk nasi" sendiri saja tapi takut untuk meluahkan pendapat yang benar..

dia calon yang sesuai untuk jadi PM.. serius!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 21:24


ye lah tu...sebab politik dia letak jawatan.tak ada sapa tekan dia pun perasan lelebih mufti glamor ni cari simpati...tu pasal sampai keluar pendapat kata boleh menasabkan anak luar nikah kepada bapa kan...jadinya orang ramai tak kisah dah nak buat hubungan sebelum kahwin.dapat anak,boleh namakan terus dengan bapa yang dikawini....


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-11-08 08:57


Dr Asri adalah Insan yang baik akhlak...jangan kata yang tak baik...nanti tambah dosa kita saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 09:24


eh kenapa pulak tak boleh kata yang tak baik.dah dia sendiri yang keluarkan statement tu.nasab anak luar nikah kepada bapa.dia sendiri yang memudahkan penzinaan.

nak taksub pun agak agak lah insan yang baik akhlak apanya.kritik golongan tasawuf,golongan yang mengaji kat pondok,kata sufi tu sesat baik akhlak ke tu?dah tu pula sesenang saja membidaahkan amalan orang sesat masuk neraka..saya sanggup selawat ke atas Nabi kalau hanya semata selawat menyebabkan dituduh bidaah dan akan dimasukkan ke dalam neraka,zikir lepas solat...etc

"ulama tak maksum Nabi saja maksum"."Imam mazhab pun tak suruh taqlid kat depa".

kenapa tak boleh nak kritik pula.nak suruh taqlid kat dia pula?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-11-08 09:35


nak soal trouver_99

antara trouvers 99 dengan Dr Asri ...siapa yang lebih baik...

pada saya...Dr Asri lebih baik dari diri saya yang dhif ini...
hanya pendapat saya saja...


memang boleh nak kritik...cuma kritikan yang membina...


saya tak pernah taqlid kepada Dr Asri...mana yang baik saya ambil...
saya pernah satu sekolah dengan dr asri diusia 17 tahun pada 21 tahun lalu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 14:01


!!! QUOTE !!!

ye lah tu...sebab politik dia letak jawatan.tak ada sapa tekan dia pun perasan lelebih mufti glamor ni cari simpati...tu pasal sampai keluar pendapat kata boleh menasabkan anak luar nikah kepada bapa kan...jadinya orang ramai tak kisah dah nak buat hubungan sebelum kahwin.dapat anak,boleh namakan terus dengan bapa yang dikawini....


tak ada sapa tekan ye? mana awak tau? awak kawan baik DR.MAZA ke? kalau tak tau apa-apa, jangan pandai-pandai nak cakap... memang banyak org yang nak tarik dia masuk politik untuk kepentingan mereka sendiri, tapi DR.MAZA tolak.. kepada anda semua yang tak tau apa-apa, jangan suka-suka hati nak tuduh orang... sebab DR.MAZA tak cerita secara terbuka, sebab tu org tak tau & senang-senang saja orang nak kata dia cari glamour eventho tak ada sapa tekan.. cuba kalau dia bercerita, puak-puak yang sentiasa tak puas hati ni akan kata dia cari publisiti jugak... & akan kata dia cari glamour jugak... so whats the difference?

tak kisah lah kalau trouver_99 tak setuju pasal menasabkan anak tu, tapi jangan suka-suka hati nak buat conclusion DR.MAZA nak menggalakkan hubungan sebelum kawin... cuba baca artikel yang TERANG-TERANG jadi tajuk kat sini... ada ke satu statement pun dalam artikel tu yang menggalakan hubungan lepas kawin? ada? ni lah manusia kalau perasan bagus, minda & hati tertutup... disebabkan satu benda tak puas hati, semua benda yang orang tu buat nampak salah belaka... 1 kesalahan boleh menutup 10 kebaikan ye? saya tak terkejut pun, org minda tertutup memang selalu macam ni... pemikiran sempit...

pasal bid'ah... dah nama pun bid'ah, memang lah salah... dia mengkritik org yang mengaji pondok bukan sebab nak memperlekehkan, tapi sebab realiti kebanyakan org yang mengaji pondok ni taqlid buta.. menyampaikan dan mengamalkan apa yang dia belajar tanpa betul-betul buat kajian dan comparison.. bila ada org sampaikan satu benda baru, bulat-bulat tolak terus kata org yang menyampaikan tu salah... ni semua berpunca dari minda yang sempit dan tertutup.. tak berlapang dada dalam menimba ilmu...

kepada trouver_99 yang nampak DR.MAZA ni salah belaka, adakah anda nak kata apa yang cuba disampaikan oleh DR.MAZA dalam artikel diatas tu salah juga?

jangan sampai terover sudah lah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

advastrade
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2008
Ahli No: 35882
Posting: 55

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 14:44


salam..kepada semua yang mahu mengambil pelajaran..apabila kamu berbalah maka kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah RasulNya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For advastradeProfil   Hantar PM kepada advastrade   Quote dan BalasQuote

jaie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 27-11-08 15:54


tulisan yang penuh dengan kesedaran tapi ramai yang tak sedar..

ada yang sedar tapi tak di ikuti..

perkara yang paling sukar untuk dibuang pada manusia ini mencintai dunia dan mengikut hawa nafsu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jaieProfil   Hantar PM kepada jaie   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 27-11-08 17:02


aslmkmkm...
semoga rahmat allah atas kia semua...
sahabat yang dirahmati allah..,teringat pula masa saya intrvw k rumah wawa_83 hari tu....setelah semua soalan tentang mengapa saya memilih wawa_83 untuk jadi istri, abgnya tanya saya.."PERNIKAHAN NANTI NAK ikut ADAT K NAK ikut SUNNAH..??"

demi ALLAH...ternyata masih ada didunia ni manusia yang menginginkan di tegakkannya sunnah....

KITA..kita adalah orang yang bertanggungjawab untuk buat/tegakkan kembali suasana islam di kehidupan kita...anda..saya...kamu...dia..mereka..dan kita semua...orang2 yang harus dan bertanggungjawab untuk tegakkan islam...
JADILAH RAHMAT untuk SELURUH ALAM...
jauhi perzinahan..walau pun hanya jalannya saja....jaga mata...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 01:33


antara dr asri dengan ulama tasawuf yang sering dikritiknya sebagai sesat yang mana lebih baik?walaupun ulama tasawuf itu tidak sesat...

kat mana yang bidaahnya kalau ada orang nak baca Yaasin malam jumaat,tahlil,sambutan maulid Nabi,selawat sebelum azan,zikir selepas solat etc..?

memang pun dia nak cari publisiti.mengkucar kacir negara dalam isu mubahalah,isu pengkid,melabelkan orang...tup tup marah bila dilabelkan balik.sampaikan menggelarkan orang lain sebagai 'ustazah tv',jabatan agama lembab dan sebagainya.merujuk kepada hujah yang dilontarkan oleh darkside,"apakah satu kesalahan boleh menutup 10 kebaikan",maka mengapa tidak menggunakan ayat yang sama terhadap jabatan agama serta orang yang mengaji pondok serta orang yang melakukan "bidaah"?

jadi apakah kiranya tulisannya yang lain itu tidak perlu diambil kira sedangkan dia seorang mufti yang seharusnya berhati hati kerana menjadi contoh ikutan masyarakat?contohnya dalam satu kuliah seorang ustaz memberitahu bahawa melabelkan orang adalah tidak elok dalam Islam.tetapi tiba-tiba dia sendiri yang melabelkan orang dengan pelbagai gelaran terhadap orang lain.lalu apakah reaksi orang yang melihatnya melakukan perbuatan ini?ini hanyalah contoh sahaja.apakah setiap artikel yang ditulisnya membezakan dirinya?

kalau dah bidaah sebab beralasan tiada dalil Nabi tak buat,maka itu bukan penentu hukum bidaah itu sendiri.Nabi tak buat tetapi adakah Nabi melarangnya?bahkan Bilal bin Rabah melakukan solat sunat selepas wudhuk sewaktu Baginda masih hidup sehinggakan Baginda berkata kepada Bilal,apakah yang telah engkau lakukan sehingga aku terdengar bunyi sepatu kasutmu didalam syurga.jawab Bilal aku melakukan solat sunat selepas wudhuk.Baginda tidak pernah melarang ataupun mengatakan kepada Bilal bahawa itu adalah bidaah..

apakah menjadi kesalahan masuk neraka sekiranya berselawat beramai ramai hanya kerana tiada dalil ataupun tidak mengetahui dalilnya?

Kalau Rasulullah s.a.w. memahami makna bid'ah menurut syarak seperti pemahaman orang salafi akhir zaman ini, pasti Baginda s.a.w. ialah orang yang paling awal menolak amalan solat sunat dua rakaat selepas wudhuk yang diamalkan oleh Saidina Bilal .a..

Maka, jelaslah bahawa, makna bid'ah menurut salafus soleh, lebih luas skopnya daripada makna bid'ah golongan salafi akhir zaman ini, bahkan mafhum bid'ah dalam syarak pula, lebih ketat daripada mafhum bid'ah golongan salafi akhir zaman, dalam syarak juga.

Bagi para salafus soleh, bid'ah dari segi syarak itu sendiri ialah, suatu perkara baru yang diada-adakan, tanpa contoh sebelumnya (dari Rasulullah s.a.w.), yang mana, tiada dalil-dalil lain yang memayungi perkara tersebut secara umumnya.

Inilah maksud hadith Nabi s.a.w. yang berbunyi: "Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru, dalam urusan agama kami, apa yang bukan daripadanya (daripada agama tersebut), maka ianya tertolak".

Perkataan pengikat: "…apa yang bukan daripadanya (urusan agama tersebut)…" memberi mafhum mukhalafah (makna sebaliknya) bahawa, sesuatu yang baru yang diadakan dan ianya adalah apa yang daripadanya (urusan agama tersebut), maka ianya tidak tertolak. Ini kerana, dalam hadith tersebut, perkara yang baru yang diadakan hanya ditolak jika ia bukan daripada agama atau tiada dalil yang memayungi perkara tersebut, serta ianya bertentangan dengan nas-nas Islam yang lain.

Adapun kalau sesuatu perkara baru tersebut, ada dalil umum yang memayunginya, maka tidaklah suatu yang bid'ah dari sudut syarak, berdasarkan hadith tersebut.

iye minda saya memang tertutup dan sempit dalam sewenang-wenangnya untuk membidaahkan amalan orang lain tanpa ilmu yang cukup.terima kasih memberi peringatan kepada saya wahai darkside.

bidaah yang bagaimanakah darkside maksudkan?

kat mana jumudnya orang yang mengaji pondok sehingga digelar taqlid buta.realitinya betul ke orang yang mengaji pondok ini taqlid buta tuli.betul ke orang yang mengaji pondok ni tak berlapang dada dalam menimba ilmu?betul ke bulat-bulat menolak terus?iye ke tak buat kajian dan comparison?boleh darkside berikan contoh?Kenapa tak mahu pakai ayat yang ini juga..."apakah satu kesalahan boleh menutup 10 kebaikan"...?

dah buat kajian ke kitab kuning yang dianggap kuno dan lapok tu diambil dari susur galur ulama mana dan bersambung sanadnya ke mana?

siapa yang memberi sanad ilmu hadis kepada asri?sekiranya ikut kepada mazhab itu dituduh taqlid buta tuli serta bidaah nescaya Imam Bukhari dan Imam Muslim akan lebih dahulu mengatakan bahawa jangan ikut sebarang mazhab kerana mereka lebih arif dalam bidang hadis berbanding asri.

!!! QUOTE !!!

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah PERMAINAN BULI yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.


ada ke permainan buli seperti yang didakwanya?bagaimana dia boleh menuduh tok kadi sengaja bertanya kepada para hadirin sama ada suruh ulang ataupun tidak?apakah dia boleh tahu niat tok kadi yang hanya 'sengaja' bertanya kepada para hadirin ataupun memang mahu bertanya?boleh lah dikiaskan para tok kadi ni suka sangat membuli pengantin baru.

betul ke saya ter over?terpulang kepada pemahaman masing masing....kalau dah tatau nak kritik,tak payah lah kritik pasal nickname orang lain pulak.kalau tak tahu maksudnya lebih baik tanya...

bukankah kalimah yang selalu dilaungkan ialah "ulama tak maksum Nabi saja maksum".lantas mengapa diambil kata-kata dari Ibnu Taimiyyah?bukankah Ibnu Taimiyyah juga bukanlah seorang Nabi?dan mengapa tuduh orang lain taqlid buta tuli sekiranya orang yang bertaqlid itu tidak ambil dari Ibnu Taimiyyah,Bin Baz,Albani,Hafiz Firdaus,Asri,Azwira,ustaz Adlan....etc?

!!! QUOTE !!!

“kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.


kalaulah suami itu tidak hadir dan kata putus telah diberikan iaitu isteri tersebut bukanlah menjadi isteri suami tadi,apakah suami itu tahu yang isteri itu bukan lagi miliknya?lantas sekiranya si isteri berkahwin dengan lelaki lain,bagaimana pula sekiranya suami itu tiba-tiba pulang dan melihat isterinya bersama orang lain?dan apakah kemungkinan 'bekas' suami itu melakukan sesuatu diluar batasan akal warasnya?itu sekiranya suaminya masih hidup tetapi sekiranya suaminya itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan dikhuatiri berlaku hal seperti kematian maka itu berlainan ceritanya.

!!! QUOTE !!!

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.


adakah sekiranya berlaku masalah keretakan rumah tangga maka yang harus dipersalahkan ialah kursus kahwin dan penceramah?para penceramah berusaha menjalankan tanggungjawab mereka memberi ilmu dan kefahaman yang mudah kepada para bakal pengantin supaya senang faham tetapi adakah mereka pula yang dipersalahkan sekiranya berlaku perceraian?sekiranya tidak berlaku perceraian mengapa tidak mengatakan juga sebab dia ikut kursus kahwin lah tu pasal tak berlaku perceraian.bila sesuatu yang buruk berlaku terus sewenangnya menyalahkan orang lain,bukan nak tengok diri sendiri.adil ke macam tu membuat tuduhan dan memfitnah?contohnya,anak murid selalu gagal terus salahkan guru.tapi bila anak murid selalu cemerlang tak pula kata sebab guru lah dia cemerlang.tapi kata atas hasil usaha sendiri,jadual,discussion etc.

sejak kebelakangan ini makin kerap berlaku kemalangan jalanraya.maka apakah kursus pemanduan JPJ yang perlu disalahkan ataupun pemandu itu sendiri?

!!! QUOTE !!!

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.


sejak bila pula tok kadi pakai ayat sanskrit lama ataupun ayat yang digunakan sebelum merdeka.tak payah lah buat fitnah dan merendahkan orang lain yang bukan mufti.iye ke pengantin kesejukan nak menghafal ayat tersebut.sejak bila suruh hafal sedangkan suruh lafazkan sahaja.

agaknya tok mufti ni terkesan sebab tengok videoklip ni...

http://www.youtube.com/watch?v=18IbwNdnDMc

cukup dulu setakat ni...

ada lagi ke nak diskusi,jom lah kita.....

wallahu'alam

;-)


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 16:27


hehehee... saya tengah tersenyum ni... teringat kata-kata seorang ustaz yang saya selalu ikuti kuliahnya lepas waktu kelas dulu.... malas nak sebut kan kat sini sebab biasa lah... kita nak maksudkan lain, org faham lain....

macam ada seorang muslimah kat ofis ni... bila berbahas tak nak berlapang dada.. nak marah & nak kata pendapat dia saja betul.. apa yang saya kata semua salah... siap kata "orang kalau ilmu sejengkal, tak payah cakap banyak"... fine, saya pun terima saja lah kata-kata sindiran dia tu.... malam tu tengah saya tengok tv, tiba-tiba saja dia mesej, dia kata dia dah bertanya pada orang yang arif tentang isu yang dibahaskan dengan saya pada pagi tu... katanya apa dia cakap semua salah... yan saya cakap tu betul... dia minta maaf... hmm, dah cakap macam-macam, dah perli org, then baru nak minta maaf ye...

dengan siapa pun kita bercakap, selalunya org nak tegakkan hujah sendiri.. terpulanglah.... saya tak terusik pun dengan balasan trouver_99 yang panjang diatas tu... ni pun tengah senyum lagi... hehee..

what ever it is... the only solution is.... BACK TO QURAN....... peace bro!

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-11-08 19:31


bukan maksud nak backing ustaz asri....naruto-san akui....sememangnya ustaz asri pernah mengkontroversikan keadaan sebelum2 ini...contohnya dalam isu membinkan anak luar nikah & kes angkat sumpah bagi kes liwat anwar ibrahim....dua isu ini sememangnya naruto-san sendiri baca artikel ustaz asri....sememangnya ustaz asri tidak mengemukakan dalil bagi hujah2 beliau yang agak dangkal.....naruto-san percaya...itu hanyalah pendapat peribadi ustaz asri tanpa dalil....dia berhujah, berpendirian tanpa berlandaskan dalil.

dalam kes membinkan anak luar nikah & kes sumpah dalam hukum hakam liwat....tidak mengapa kita tidak setuju dengan ustaz asri....to be honest...naruto-san sendiri tak setuju & tak sokong dengan ustaz asri dalam 2 kes ini....sebab dia tak kemukakan dalil yang kukuh atau merujuk kepada pendapat imam2 yang muktabar dalam hal ini.

but...since in this issue....ustaz asri kemukakan kesemua dalil2 yang diperlukan.....plus....apa yang dia cakap itu semuanya benar-benar belaka....so....apa salahnya kalau kita setuju dan sokong??

apa yang betul yang berlandaskan al-Quran & hadis, berlandaskan Islam kita sokong.....yang lain yang hanya berlandaskan akal fikiran yang cetek & nafsu kita bangkang.

p/s: seperti yang naruto-san pernah sarankan....jika 2 orang ini...ustaz asri & doktor mashitah ibrahim keluarkan sesuatu kenyataan....kita kena siasat dulu, jangan terima bulat2.....melainkan mereka mengemukakan dalil2 yang diperlukan maka kita bolehlah percaya...but still kita kena buat homework to make sure apa-apa yang mereka cakap itu betul-betul ikut Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 14:57


Amalan duit hantaran yang diamalkan sekarang memang mengarut lagi menyusahkan...Dah lah letak hantaran mahal, siap bagi tempoh pulak tu...Kalau tak boleh bayar duit hantaran dalam tempoh yang ditetapkan tak boleh kawin...Seolah-olah duit hantaran tu lagi penting daripada kahwin... :-o ...Ada tu siap kena bayar deposit 50% lagi...Nasib baik tak ada riba...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-11-08 15:15


Saya selalu cakap kat mak saya saya nak kawin...Saja nak tengok reaksi dia...Bila saya bangkitkan isu ni mesti dia cakap macam ni..."dalam akaun bank dah ada RM 10,000 ke?...Kalau tak ada jangan suruh mak meminang anak dara orang"...Mungkin ini yang dinamakan BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT... :berfikir:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

advastrade
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2008
Ahli No: 35882
Posting: 55

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-11-08 08:22


salam..kepada semua ahli ukhwah, cuba renungkan selepas kejadian ini..ianya akan menjadi topik perbualan yang tiada penghujungnya..tiada jalan penyelesaian dan hanyalah pendapat serta pandangan..sesungguhnya demi masa manusia di dalam kerugian..masa dihabiskan berbahas tentang perkara yang tak dapat di selesaikan oleh manusia itu sendiri..inilah yang berlaku dan terus akan berlaku..fikirkan..kemanakah selepas ini? apakah yang akan di bahaskan selepas ini? Kenapa manusia itu tak dapat bersatu? adakah ini antara puncanya? fikirkan...jelas sudah

Bookmark and Share

    


  Member Information For advastradeProfil   Hantar PM kepada advastrade   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-12-08 12:06


daeng jati...bagaimana pernikahan di zaman kesultanan melaka...masa tu jabatan Agama Islam tak wujud...yang ada Sultan

diZaman kesultanan melaka...berapa ore Tok Qadi yang layak jadi jurunikah...


katalah di Singapura yang tiada Sultan, maka siapa yang lantik wali hakim sekiranya tiada wali seperti abang atau Adik....



bagaimana pernikahan pendatang Indonesia...


bagaimana nak tentukan siapa yang layak jadi jurunikah...jika negara seperti jerman tiada Jabatan Agama Islam....adakah imam masjid layak jadi jurunikah sekiranya student negara ini nak nikah dengan perempuan Jerman...
minta penjelasan...sebab saya tak tahu akan hal jurunikah di Jerman, Poland, Italy dan beberapa negara Eropah...siapa yang jadi jurunikah...sekiranya bapa pengantin perempuan belum memeluk Islam...


sekadar nak bincang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 14:42


Assalamualaikum... ana setuju kedua- dua pendapat naruto san dan trouver_99... Dr Asri seorang manusia biasa... dia tak maksum.. ana pu ada juga tidak setuju dengan beberapa kenyataan beliau.. but this does not mean he is always wrong... tapi apa yang ana suka, kebanyakan umat islam sekarang boleh berfikir dengan iman dan ilmu bila menerima apa-apa kenyataan atau pandangan daripada seseorang... ini bermksud kita tidak bertaklid... what ever it is, come back to our main guidance... Quran dan Sunnah... biar berbalah demi islam... tapi jangan sampai bermusuh menurut hawa nafsu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

saha11
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.05.2008
Ahli No: 33440
Posting: 37
Dari: CHERAS

Perak  


posticon Posting pada: 01-12-08 15:52


betul tu..saya pun setuju dengan kata hanafirazali tu.. setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For saha11Profil   Hantar PM kepada saha11   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-12-08 09:12


Dr Asri dah ada Dr falsafah...soalnya..ngapa dia nak study di England lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 09:18


menuntut ilmu tu ada expiry date ek?

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-12-08 09:50


adakah perlu ke UK untuk buat kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis...perlukah kajian hadis sehingga sampai ke UK


setahu saya kalau nak belajar artificial intelligent di UK lebih releven...

sepatutnya kajian hadis perlu ke makkah atau madinah....pandangan saya setelah rujuk kajian Dr Asri dalam tulisannya yang terakhir sebagai mufti perlis dalam Mingguan malaysia ahad 30.11.2008. siola rujuk Pena Mufti...Mingguan malaysia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 10:08


mungkin ada sebab tersendiri Kenapa UK yang dipilih instead of Makkah or Madinah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-12-08 12:06


salam,

baru dapat online hari ni.

darkside,tak payah nak pakai fallacy pasal cerita muslimah kat ofis tu sebab nak alihkan perhatian.tak ada siapa pun yang menyindir dan tersindir.tak ada sesiapa pun nak ambil tau pasal muslimah kat ofis tu.kalau dah buat tuduhan dan kemudian bila ada orang pertahankan Kenapa perlu rasa tersindir.bukankah satu manhaj kata setiap perkara perlu tau dalil baru sah dan boleh buat sesuatu amalan?kalau tak,dikira taqlid buta tuli ataupun amalan nenek moyang.jadi apa dalilnya yang dikatakan orang mengaji pondok itu jumud dan tertutup serta orang yang berbeza pendapat dengan darkside dikira nak tegakkan hujah sendiri serta tak dapat terima pendapat orang lain?

bila serang orang lain boleh tetapi bila kena serang balik terus tuduh tak elok melabel,tertutup minda,syiah dan jumud.adil ke macam tu?

contoh analogi, US boleh melancarkan serangan ke negara Iran tetapi Iran tak berhak langsung melancarkan serangan ke negara US kerana negara US penuh dengan harmoni dan rakyat US tak sukakan peperangan.di samping itu US merupakan salah sebuah kuasa ekonomi.boleh ke macam tu?

Israel boleh serang rakyat Palestin tetapi bila rakyat Palestin menyerang kembali terus media kata pengganas.

asri kritik orang lain tak apa pula,bila kritik dia balik yang ada orang marah Kenapa pula.

kalau kita berani berbeza pendapat maka seharusnya kita juga berani bersedia untuk menerima sebarang perkara yang mendatang.nak kritik saya silakan tetapi saya juga boleh mengkritik balik dan jangan buat baling batu sembunyi tangan.yang dikritik artikel asri,tiba tiba darkside terasa orang kritik dia pasai apa?cukup lah keluarkan pendapat memasing dan berbincang dalam forum tak payah kritik keperibadian.sewenang-wenang kata segala amalan bidaah bila diminta takrif bidaah tak pula diberikan.bagaimana kefahaman terhadap bidaah itu sendiri dan sebagainya.

sama lah juga kalau orang yang minat politik ataupun perkara yang lain,Kenapa tak buat kajian terperinci dan meminta dalil sebelum sewenang-wenangnya menyokong.kalaulah benar-benar menghayati manhaj yang diikuti,nescaya umat sudah lama tidak ditipu oleh kafir yang baru dalam dewan parlimen ambil ayat Al-Quran tetapi dasar perjuangan tak ikut Al-Quran dan semangat inkuiri mencari ilmu diperbagai bidang tentu dapat ditingkatkan.yang baik ambil yang buruk tinggalkan.

"If everyone is thinking the same things, then nobody is actually thinking.” -

Professor Ungku Aziz,Former Vice Chancellor,University Malaya


awat tak mai JK Perak hari tu,kalau tak boleh kita jadi sahabat karib.

ini ada sedikit nasihat dari Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali .a yang dapat kita sama-sama renungkan dan ambil pengajaran.

ketahuilah ~ wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan ~ seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia,maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak-peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.Ketika ini guru yang mengajarmu itu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah S.A.W

"Sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut.

Dan jikalau niatmu didalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah,bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira,kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada didalalam laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan.Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu ddan bagi hidayah itu ada "bidayah"(permulaan) dan ada pula "nidayah"(kesudahan) dan ada "zahir" dan ada pula "batin"nya dan engkau tidak akan sampai kepada "nihayatul hidayah" dan engkau tidak akan dapat menyelami "batin hidayah" kecuali setelah engkau selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan dengan "zahir hidayah" itu.

Dan ketahuilah bahawa manusia di dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga keadaan:

Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan negeri akhirat. Maka orang ini termasuk di dalam golongan orang yang beruntung.

Kedua: Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan,pangkat dan harta benda,sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan didalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang dialaminya dan kehinaan maksudnya.Maka orang ini adalah berada di dalam golongan yang berbahaya. Jikalau dia mati sebelum sempat bertaubat, maka dibimbangi ia akan mati dalam keadaan "su-ul khatimah" kemudian urusannya terserahlah kepada kehendak Allah(kalau mahu dimaafkan atau diseksa).

Tetapi kalau dia mendapat taufik sebelum matinya lalu dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang telah dituntutnya dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang tercedera dan tercuai. Maka bolehlah dia dikumpulkannya bersama golongan yang beruntung, kerana orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.

Ketiga : Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya.Dia menggunakan ilmu yang dituntut itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia. Walaupun demikian, dia masih lagi terpedaya lagi dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana dia masih lagi pada zahirnya menyerupai para ulama.Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama,pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan haloba dalam menghimpun kekayaan dunia.Orang yang seperti ini termasuk dalam golongan orang yang binasa,jahil dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat kepada Allah kerana dia telah menyangka dirinya termasuk di dalam golongan orang yang baik,padahal ia telah lupa akan firman Allah

"wahai orang yang beriman,Kenapa kamu memperkatakan barang yang tidak kamu amalkan?"

-Surah Al Shaf ayat 2


dan orang ini sebenarnya termasuk dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya

"Selain daripada Dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal?Lalu ada orang yang bertanya:Apakah itu wahai Rasulullah?Nabi S.A.W. menjawab: Mereka ialah Ulama Su' yakni ulama yang jahat."

Wahai penuntut - maka jadikanlah dirimu bersama dengan golongan yang pertama dan berhati-hatilah supaya engkau tidak termasuk di dalam golongan yang kedua kerana banyak sekali orang yang lalai yang telah diragut oleh kematian sebelum dia sempat bertaubat lalu rugilah dia. Dan jangan sama sekali engkau termasuk ke dalam golongan yang ketiga maka engkau akan terjerumus ke jurang kebinasaan yang tidak diharapkan dapat diselamatkan atau diperbaiki lagi.

dan ingin saya berkongsi satu hadis mursalsal yang saya ketahui kepada semua iaitu

"Orang-orang yang mengasihi itu adalah yang dikasihi oleh Allah,kasihilah sesiapa yang ada didunia nescaya kamu akan dikasihi oleh sesiapa yang duduk di langit"

kalau ada salah dan silap harap dimaafkan

wallahu'alam


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-12-08 08:33


habis bila premis hiburan maksiat nak ditutup...


takkan nak menyebabkan remaja terjebak dengan dosa...


anata punca remaja terjebak dosa adalah dengan wujudnya premis hiburan maksiat di negara ini...yang diluluskan lesen oleh orang tertentu...



dosa besar...ini akan menyukarkan ermaja untuk membersihkan diri...


kalau tak mampu nak buat hukum Hudud...maka tutup semua premis maksiat hiburan yang ada di bandar serata pekan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 11-12-08 14:28


Semalam kawan saya kata dia sakit kepala sebab bakal mak mertua dia minta duit untuk buat pelamin...Masa bertunang dulu dia dah bayar deposit 50% daripada duit hantaran...Dia siap kata lagi bakal mak/ayah mertua dia tak banyak karenah sangat...Yang lebih-lebih pakcik/makcik tunang dia...Lebih sudu daripada kuah...

p/s:Apabila zina lebih mudah daripada kahwin...:roll:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-12-08 21:27


adakah kita yang pemuda pemudi Islam ini akan ikut jejak langkah pakcik makcik yang menyibuk menyusah-nyusahkan hal-hal perkahwinan???....adakah kita nanti akan berubah or kita sama saja seperti mereka akan menyusah-nyusahkan benda-benda yang halal???

kepada sailormoon....pesan kat sahabat enta....lepas kahwin nanti...tak payah dah balik rumah mertua....hantarkan satu kad besar setiap kali raya....dalam kad itu tulis...."Terima Kasih banyak-banyak Atas Urus Niaga Jual Anak"

teringat kisah benar yang diceritakan ustaz shamsuri ahmad.....adakah suami perempuan itu masih tak benarkan isterinya melawat mak ayahnya sendiri sehingga sekarang???....adakah mak ayah perempuan tersebut menyesal kerana telah "menjual" anak perempuannya dengan hantaran yang sangat tinggi????....adakah pakcik makcik perempuan berkenaan dan orang kampung telah muhasabah dan ambik pengajaran daripada kisah benar tersebut???

rasanya....RAMAI YANG TIDAK AMBIK PENGAJARAN...sebabnya....ramai yang degil tak mahu ikut apa yang Islam anjurkan....tepuk dada tanyelah iman masing-masing wahai kaum wanita, wahai bakal mak mertua, wahai pakcik makcik yang degil tak mahu ikut Islam.

wahai wanita, wahai bakal mertua, wahai pakcik makcik yang degil....walaupun anda tak terlibat dengan gelaja bohsia...walaupun anda tak terlibat dengan gejala rogol...walaupun anda tak terlibat dalam gejala zina...walaupun anda tak terlibat dengan gejala rempit.....tapi secara tak sedar....anda lah yang mempromosi dan mencambahkan gejala mungkar dalam masyarakat Islam di malaysia apabila menyusah-nyusahkan urusan perkahwinan.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-12-08 13:53


Tidak semua yang ditulis Dr Asri itu betul, tidak semua juga yang ditulis Dr.Asri itu salah. Yang betul untuk kita, yang salah itu urusan beliau dengan Tuhannya.

Kalaupun apa yang beliau tulis itu betul, mengatakan perkara yang betul belum tentu betul. Seorang wanita ingin masuk Islam, kita katakan kepada dia, "suatu hari Nabi Muhammad melihat ke dalam neraka, beliau mendapati kebanyakkan penghuninya wanita." Betul apa yang kita kata, tetapi tidak betul untuk mengatakannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-12-08 14:07


ada 3 sebab ngapa wanita bramai di neraka:

1. mengumpat
2. tidak hargai jasa suami yang baik
3.saya tidak ingat...minta akhi dalam laman ni berikan nya...
antara apa yang saya dengar dari ceramah ustaz...

Muslimah akan masuk jannah jua...yangutama adalak budi pekerti yang baik...akhlaqul Karimah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-12-08 15:26


Hermm...dah terbaca artikel yang di forwardkan oleh sahabat kita ni kan..saya nak berkongsi pengalaman dengan anda semua. Semoga dapat lah dijadikan iktibar....terutama bagi mereka yang ada parent bermata duitan.saya kenal kawan saya ni tahun lepas...mungkin sebab kami dari negeri yang sama menyebabkan saya selesa berkawan dengan dia.Lagi pun dia bukan lah type yang sosial. Kawan saya ni ada cadangan nak mendirikan rumah tangga dengan kawan lelakinya tapi tak cukup duit...so dia bagitau parent yang dia nak kawin buat simple saja.Tapi mak bapak dia cakap nak buat besar-besaran..tak ada duit tak payah kawin dulu.tunggu duit cukup baru kawin. Sahabat ku sekelian, tahu apa yang terjadi the next few months?Saya jumpa dia dengan perut memboyot..dan masa tu dia cuba lari dari saya.Tapi saya sempat kejar dia and tanya sama ada dia dah kawin ke belum..sahabat sekalian tahu apa jawapannya..dia tak pernah berkahwin dan sekarang sedang sarat mengandungkan anak luar nikah.MasyaAllah....!!sungguh saya tak sangka...nauzubillah!semoga kita semua dijauhkan daripada perkara sebegitu rupa..Setelah saya desak berulang kali akhirnya dia setuju bagi tahu parent dia yang nak kan kenduri besar-besaran tu..padahal anak mereka dah pun di kendurikan sebelum masanya.Alhamdulillah sekarang ni mereka dalam proses nak melangsungkan pernikahan.Doakanlah yang terbaik untuk mereka.Harap-harap

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-12-08 09:35


bila dah terlanjur....betapa sukar nak bersihkan kembali noda tersebut...Inilah akibatnya mak bapa yang nak menunjuk-nunjuk ...nak buat besar-besaran


jika kita lihat bagaimana Rasulullah masa nikah dengan Ummul Mu'minin Safiah setelah perang lawan yahudi...amat ringkas saja jamuan majlis kesyukuran serta untuk war-war kepada masyarakat akan pernikahan tersebut...



untuk pengetahuan safiah adalah dari keturunan Bani Israel...mungkin keturunan nabi Musa... sebab rasulullah pernah menyuruh safiah menyebut yang dia dari keturunan Rasul bani Israel seperti nabi Musa. nabi Isa Nabi Ishak apabila dia selalu disindir sebab dari bangsa bani Israil.


ringkas saja majlis pernikahan Rasulullah


Bila wanita lebih banyak daripada pria/pemuda
Hadis 965 sahih Muslim jilid 2
Dari Abu Musa .a dari Nabi saw. Sabdanya “Kelak akan datang suatu masa di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas/zahab untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang laki-laki direbuti oleh empat puluh wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu terjadi kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan”
http://pokding.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.138829 saat. Lajunya....