Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 153
Ahli: 0
Jumlah: 153




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: perihal ibu bapa


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» perihal ibu bapa

Please Mendaftar To Post


Oleh perihal ibu bapa

Raflesia83
Warga Rasmi
Menyertai: 19.11.2008
Ahli No: 35958
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 16:12


Assalmualaikum

Saya akui salah satu sebab saya mendaftar di sini adalah untuk meluahkan masalah. Rasanya buntu fikiran. Malu nak berkongsi masalah ini dengan kawan-kawan dan orang terdekat kerana ini melibatkan maruah ibu bapa saya.

Begini, mak saya selalu buat hal dengan ayah. Ada saja perbuatan ayah yang tak kena dimatanya. Sejujurnya rumah kami dibina di atas tanah pusaka keluarga mak. jadi dari dulu sampai sekarang, bila ada perselisihan faham mak akan halau ayah. Tapi ayah buat-buat tak dengar dan sentiasa berlembut dengan mak. Akhirnya semuanya senyap macam tu saja. Tapi sebagai anak, kami selalu sedih mengenangkan nasib ayah. Tapi ayah sentiasa tersenyum dan sentiasa menangkan mak. Bila kami bercerita tentang mak, ayah akan marah dan tegaskan mak isteri paling baik dalam dunia.

Dua tiga bulan lepas, ayah dilantik menjadi pemimpin masyarakat. Mak tak suka. Jadi perangai mak semakin menjadi. Sampai peringkat tak mahu masak dan sediakan keperluan ayah dirumah. Syukur jugak adik saya cuti semester, dia lah yang menjaga semua. Adik jugak yang sering mengadu tentang perangai mak dari masa ke semasa. Ayah pulak sentiasa sabar dengan sikap mak dari dulu sampai sekarang.

saya rasa perangai mak semakin menjadi2. semakin teruk dari masa muda dulu. Macamana ye kami nak buat mak sedar tentang perangai dia. Saya sedih sangat. kasihan kat ayah. Kalau ada nasihat dan pandangan, silakanlah. Saya amat memerlukan. Terima kasih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Raflesia83Profil   Hantar PM kepada Raflesia83   Quote dan BalasQuote

kestari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2006
Ahli No: 27622
Posting: 90
Dari: e_poh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-11-08 18:19


Assalamualaikum

memang mudah untuk berkata-kata daripada melaksanakannya..

setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dan ada kalanya apa yang diberikan tidak semuanya bersesuaian dengan diri kita...sebabnya..yang menanggung lebih tahu akan peritnya daripada yang berkata-kata.

tiada banyak yang saya ingin katakan, dan maaf andainya saya keterlaluan.

first it is, yup, she's still your mother. dan kita sebagai seorang anak semestinya mahukan ibu dan bapa kita sentiasa bahagia dan sejahtera. dan pastinya juga, kita juga mahukan ketenangan dan kebahagiaan di kalangan ahli keluarga kita.

mungkin ada kisah mengapa ibu saudari bertindak sedemikian. kalau boleh, cubalah sentiasa berdampingan dengannya, cuba menjadi kawannya. cuba rapatkan diri saudari dengannya, begitu juga dengan adik-beradik yang lain.

anak mana yang tak sayangkan ibunya, dan ibu mana yang tak sayangkan anaknya... berhadapanlah dengan Tuhan. mengadulah padaNya. sentiasa berdoa tanpa putus asa agar ibu saudari berubah, dan semestinya ke arah yang saudari ingini. InsyaAllah, berkat doa seorang anak tanpa kenal erti jemu, akan sentiasa mendapat perhatian daripadaNya.

setiap yang terjadi ada hikmahnya dan setiap anak Adam diuji dengan berlainan ujian mengikut kemampuan diri mereka. Dan, Allah tidak pernah sesekali menguji hambaNya melainkan hambaNya mampu untuk memikul ujian tersebut.

Berbanyaklah memohon padaNya, semoga Allah memberikan saudari jalan yang sebenarnya..iaitu jalan yang lebih baik daripada apa yang saya katakan ini.


-----------------
$eNyumAn Itu PengUbat LukA di HAtI..


Bookmark and Share

    


  Member Information For kestariProfil   Hantar PM kepada kestari   Pergi ke kestari's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 21-11-08 12:27


saya bangga dengan ketabahan ayah anda 2...

1stly, adakah mak anda 2 boleh terima nasihat? tak kiralah dari anak anaknya atau teman teman rapat mak anda?? jika boleh, salah seorang darinya, haruslah menegur.. tidak kira apa cara sekali pun..
jika tidak, maaf kata, anda harus berdoa semoga Allah memberinya nur dan hidayah kepada mak anda...

maaf sekali lagi, jika kata-kata saya di atas, agak keterlaluan... berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikulnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-11-08 12:36


assalammualaikum

tahniah kerana anda mempunyai ayah yang tabah dan sabar..

teruskan beri sokongan pada ayah. kepada ibu pula...nasihati lah dia... agar dia sedar dari lena... teruskan berdoa agar lembutkan hati ibu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.178436 saat. Lajunya....