Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Apabila lelaki curang..???


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Apabila lelaki curang..???

Please Mendaftar To Post


Oleh Apabila lelaki curang..???

daboyz8
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.02.2007
Ahli No: 28935
Posting: 37
Dari: Melaka.....JayBee(kerja kat sini....!!)

Melaka  


posticon Posting pada: 18-11-08 10:14


Alam rumah tangga tidak selalunya indah. Ramai yang kecundang apabila bahtera yang dilayari bertahun-tahun, akhirnya berderai diserang badai ganas.

Apabila keharmonian rumah tangga sudah dihanyut ombak, ia turut menjejaskan isi dalam rumah berkenaan termasuk si suami atau isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain.

Seandainya insan yang menimbulkan permasalahan itu ialah suami selepas kemunculan insan ketiga misalnya, maka anak-anak dan isteri akan menanggung deritanya.

Benarkah semuanya berpunca daripada kehadiran cinta lain, sehinggakan si suami sanggup berlaku curang terhadap insan bernama isteri?

Walaupun suatu pernikahan tidak membatasi keinginan lelaki untuk jatuh cinta lagi, tetapi sikap curang, bukannya hal baru dalam sejarah kehidupan manusia.

Tidak dinafikan, godaan untuk berlaku curang akan datang sepintas lalu dek tekanan perasaan yang menghantui diri kaum Adam mahupun Hawa.

Perilaku ini berlaku mungkin secara tidak sengaja atau disengajakan.

Adakalanya, ketidakjujuran terjadi ketika si dia dipertemukan dengan seseorang yang mempunyai latar belakang yang sama. Contohnya, si jejaka membantu si gadis menyelesaikan urusan kerjanya di pejabat. Ketika itu, mereka mula berkomunikasi melalui e-mel, telefon dan berjumpa sehingga lewat malam. Akhirnya, hubungan menjadi semakin intim.

Masalahnya, si jejaka sudahpun mempunyai isteri dan cahaya mata. Walaupun mereka dilihat terlalu rapat, tetapi mereka tidak melakukan hubungan intim dan masih memelihara batasan yang perlu dijaga.

Persoalannya, apakah hubungan mereka dikategorikan sebagai curang?

Menurut pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, selama hubungan itu masih terbatas pada hal-hal di pejabat meskipun hingga larut malam, syaratnya mestilah mempunyai orang lain di tempat itu.

"Biarpun nampak intim, tidaklah dikatakan sebagai curang. Kita kena akui hakikat pekerjaan, di mana komunikasi sangat perlu, bahkan mustahil dapat dielakkan. Setiap sektor pekerjaan pasti ada dua gender iaitu lelaki dan wanita.

"Mereka saling berhubung untuk menyelesaikan satu-satu tugas yang diamanahkan. Sesekali bergurau senda atau usik-mengusik, itu adalah suasana biasa di tempat kerja dewasa ini.

"Yang jadi salah hingga boleh diistilahkan sebagai curang apabila sering mencari peluang untuk berdua-duaan, sama ada makan bersama sehingga berpeluang meluahkan perasaan atau memberikan kasih sayang," katanya.

Mungkin hubungan yang dijalinkan mereka itu adalah terhad kepada batasan persahabatan?

"Persahabatan? Tiada istilah persahabatan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. Persahabatan hanya terjadi antara sesama jantina. Berlainan jantina biasanya akan berakhir sebagai hubungan intim. Maka itu, antara lelaki dengan wanita, cukup sekadar kenalan ataupun kawan dan bukannya sahabat.

"Memang semua hubungan intim bermula dari sekadar ingin dekat. Tetapi harus ingat, 'persahabatan' antara dua gender berbeza tidak selamanya kekal sebagai persahabatan biasa. Selalunya akan jadi perhubungan hati dan inilah bahayanya.

"Apabila semakin rapat masing- masing semakin galak bercerita pelbagai perkara termasuk yang menjadi rahsia tanpa rasa malu. Simpati pun datang, akhirnya membibitkan perasaan kasihan, seterusnya sayang, akhirnya cinta," jelasnya lagi.

Sebab itulah kata Tuah, beliau tidak menggalak sama sekali seorang wanita berstatus isteri menceritakan masalah peribadinya kepada seorang lelaki atau sebaliknya, sebab pasti mereka akhirnya akan terkandas.

Carilah orang yang betul untuk meluah masalah misalnya ustaz, ibu bapa, ketua jabatan, kaunselor mahupun pakar motivasi.

Adakah cerai jalan terbaik lelaki curang? Katanya, setiap manusia ada kekurangan dan kelemahannya. Curang dalam perkahwinan adalah salah satu kelemahan dan kekurangan itu.

"Selagi ia tidak maksimum seperti berzina hingga melahirkan anak luar nikah, mengekalkan perkahwinan adalah lebih baik daripada berpisah meskipun ada sedikit kemelut dan masalah hati.

"Membina kembali hubungan hati yang telah rosak sama susahnya dengan proses untuk memisahkan antara dua hati yang dulunya pernah bertaut.

"Proses perceraian pun bukan mudah untuk dilalui, bukankah lebih baik saling bermaaf-maafan terutama demi anak-anak yang telah dilahirkan," tegas Tuah.

Memetik pendapat daripada seorang konsultan psikologi, Maria Theresia Widyastuti menerusi laman webnya, cinta baru biasanya muncul lagi dalam kehidupan pasangan yang sudah rumah tangga selepas usia perkahwinan mencecah lima tahun ke atas. "Tetapi kemungkinan ia juga boleh berlaku pada awal perkahwinan, misalnya tiga tahun, sekiranya komitmen pernikahannya tidak kuat," katanya.

Apa pun keputusan yang diambil ketika hadirnya orang kedua, semuanya itu bergantung terhadap diri si pelaku itu sendiri. "Di sini tiada kata-kata yang baik mahupun buruk, tetapi siapapun pilihannya, pasti akan mengundang risiko," kata Maria.

Sebelum memutuskan langkah terbaik yang perlu diambil, sebaiknya kamu dan pasangan mengkaji kembali tujuan hidup yang dibina selama ini. Sekiranya keutuhan rumah tangga itu menjadi kelebihannya, kembali ke pasangan dan perbaiki hubungan dengan mencipta komunikasi yang baik. "Mereka seharusnya benar-benar ikhlas mencipta kembali kehidupan perkahwinan mereka," ujar Maria.

Kalau pilihan kamu menjurus ke arah kehidupan kedua, pernikahan dan hubungan kamu dengan masyarakat perlu diperhatikan dari segi norma sosial. Biasanya pandangan orang masih negatif dan ini akan mengganggu pergaulan sosial kamu itu. "Tetapi, walau apa pun pilihan kamu, semua keputusan berada di tanganmu sendiri, dan semuanya mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri."

*petikan dari akhbar Harian KOSMO 18/11/08


-----------------
Salam Ukhwah untuk semua..


Bookmark and Share

    


  Member Information For daboyz8Profil   Hantar PM kepada daboyz8   Quote dan BalasQuote

daboyz8
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.02.2007
Ahli No: 28935
Posting: 37
Dari: Melaka.....JayBee(kerja kat sini....!!)

Melaka  


posticon Posting pada: 18-11-08 10:23


hmm...alam rumahtangga kadang-kadang merisaukan juga ni..
sebagai seorang lelaki, tak dinafikan yang saya juga risau bila berkeluarga suatu hari nanti..
keadaan cerai-berai sekarang dah macam biasa saja.. orang pun tak ambil peduli sangat..
Setiap pasangan semestinya harus tahu tujuan utama berumahtangga bukan setakat atas dasar CINTA sahaja...

Dimana silapnya jika berlaku curang dalam perhubungan..??


-----------------
Salam Ukhwah untuk semua..


Bookmark and Share

    


  Member Information For daboyz8Profil   Hantar PM kepada daboyz8   Quote dan BalasQuote

ainanursafiya
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2008
Ahli No: 35917
Posting: 18
Dari: sh alam

Johor  


posticon Posting pada: 18-11-08 11:47


sebab tu sebelum berkahwin/bernikah,kena bersedia mental dan fizikal,jangan hanya kerana chenta semata-mata..perkahwinan memerlukan kmitmen kedua2 belah pihak..sabar dan tolak ansur tu penting..so make sure anda sudah bersdia 100% sebelum melangkah ke alam rumahtangga..sendiri pun tak lepas lagi ni..riso juga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainanursafiyaProfil   Hantar PM kepada ainanursafiya   Quote dan BalasQuote

Benevolent_girl
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3370
Posting: 22
Dari: alostaq

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 13:24


nak kwen kena fikir panjang.takut nak kwen pun da

Bookmark and Share

    


  Member Information For Benevolent_girlProfil   Hantar PM kepada Benevolent_girl   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-11-08 13:59


susahnya juga ye bersahabat dengan perempuan...sedangkan ramai kawan perempuan...hehe..dah jadi hubungan intim ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 18-11-08 17:11


Hm .. 2 b honest, Bila berlaku penceraian, kita kena tengok salah diri kita juga .. memang mudah tuding jari pada orang tapi ...hidup ni memang sentiasa kena berfikir sebab kita sebagai manusia, tak kan lari dari melakukan kesilapan.

sebagai seorang wanita, tak dinafikan memang agak tertekan bila pnceraian tu berlaku (rata-rata pnceraian berlaku time isteri mengandung) tapi kalau kita muhasabah diri dan percaya pada hikmah setiap kejadian-NYA, INSYA ALLAH .. Kita akan ceria meniti kehidupan.

Pesan Wawa, sekiranya ia terjadi, time ni lah u all nak rapatkan diri dengan Tuhan :-) Mengadu pada DIA.. In fact, Wawa tak percaya bahawa Ibu tunggal/Janda tu kesunyian kalau dia sentiasa bersama DIA. Redha saja kalau suami ada perempuan lain, ALLAH SWT maha adil :-) dalam hal ni, memaafkan > baik .. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099432 saat. Lajunya....