Oleh |
cari tapi tak jumpa? |
wafa_mawaddah
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah
|
Posting pada: 14-11-08 15:03
saya bukan mahu tanya tentang cari jodoh...sebab asik hangat dengan topik ni di ukhwah... tapi cari barang...apa-apa saja barang.. dalam satu hari..mesti cari barang yang sama.... selalunya misplaced yang menyebabkan tak jumpa...padahal, kadang-kadang ada di depan mata.... saya selalu mencari cermin mata setiap hari.... selalu lupa letak di mana.... kadang-kadang pernah dua hari tak jumpa cermin mata yang dicari... memang cuai...pernah cuba untuk ubah sikap...berjaya dalam masa beberapa hari...di tempat yang berbeza..cermin mata akan hilang lagi... rasanya macam teruk betul... kawan-kawan ada tak yang macam ni...cari kunci kereta ke...kunci rumah ke...wallet...dan lain-lain lah.. sesiapa yang nak bagi pandangan untuk mengelakkan masalah ni, sangat dialu2kan.... syukran... ----------------- Dalam Kerendahan Diri, Ada Ketinggian Budi, Dalam Kemiskinan Harta, Ada Kekayaan Jiwa, Dalam Kesempitan Hidup, Ada Keluasan Ilmu....
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 14-11-08 15:12
.. masalah ni rupanye.. saya pun mudah cuai juga kalau letak2 barang ni.. kalau macam cermin mata tu,cari lah tali yang boleh sangkut kat leher tu.. insyaAllah tak ada masalah selepas ini.. kalau kunci apa-apa pun pastikan ada tempat khas untuk nak sangkut. misalnya macam kunci kereta,letakkan saja dalam handbeg tu atau pun bila dah sampai rumah,letak kat tempat khas untuk sangkut kunci saja.. kalau telepon,pastikan pakai yang ada tali untuk gantung kat leher.. ni petua dari saya.. sekian.. ps: saya pernah cari cermin mata,puas mencari tak jumpa.. rupanya tengah pakai.. alamak,malunya
|
wafa_mawaddah
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah
|
Posting pada: 14-11-08 15:21
terima kasih atas nasihat yang diberi... Pada 14-11-08 15:12 , halesolurun_84 posting:saya pun pernah hadapi masalah yang sama.... kelakar betul, pakai cermin mata.tapi cari cermin mata...heheh ----------------- Dalam Kerendahan Diri, Ada Ketinggian Budi, Dalam Kemiskinan Harta, Ada Kekayaan Jiwa, Dalam Kesempitan Hidup, Ada Keluasan Ilmu....
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 14-11-08 16:09
selalu jugak benda ni berlaku pada saya sejak akhir² ni..kenapa agaknya eh.. pernah time tengah mengajar orang, budak tu mencari kalkulator dia walhal depan mata dia jeq..yang lain ni pulak boleh buat² tak tahu..saya pun bersubahat sekali..aduih..habis pecah terburai ketawa bila "jumpa' dek dia... saya baru hilang handphone semalam..aduih..kali kedua hilang handphone dalam 3 hari..kali pertama, jumpa..nak buat macam mana, memang nak hilang sungguh..semalam, hilang bebtol... tapi bukan sebab lupa letak mana, sebab dia cecer dari poket ni..macam mana eh.. P/S : susah nak kata lah macam mana nak elakkan masalah ni...cuma, cara paling berkesan yang saya buat ialah, meletakkan barang di tempat asalnya setelah ambil...letak barang di satu tempat yang memang dikhaskan untuk ia (contohnya, letak handset di satu tempat jeq, jangan tuko² tempat)...hmm...itu jeq lah agaknya..
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 14-11-08 16:45
ni sebab anda kehilangan fokus...mesti ada perkara yang lain menggangu fikiran atau anda terlalu sibuk buat sementara..biasakan meletak barang ditempatnya..dan mudah dilihat.. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 14-11-08 17:13
salam... same lah kita ini... slaku miss place taruk barang terutama cemin mata.. pas tu tengok tb tekecik2 matanya.. seksa! tu lah,, bagaimana? nak ubat perangai yang selalu lupa ini.. sometimes bila saya rasa macam tak nak lupa taruk barang... masa saya taruk barang tu saya cakap dalam hati aku taruk brng ni kat sini.. ingat tau... otherwise saya akan lupa sebab taruk brng tapi tak ada niat nak ingat letak nya kat mana.. works juga.. so apa kata awak guna kaedah ini... letak saja cemin mata tu.. terus niat dalam hati...ok??? macam zulman cakap.. hilang fokus tu.. rasanya betul agaknya.. saya ni selalu hilang focus... bagaimana nak overcome tu...
|
addinulhuda
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2007 Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~
|
Posting pada: 14-11-08 17:21
erm..sama lah macam yang tuan empunya yang membuka topik ni..saya pernah sampai hilang cermin mata tu..terus balik kampung p buat cermin mata baru..masa tu kat ostel..tak tau lah jatuk ke apa ke..maybe jatuh kat dalam mangkuk tandas agaknya..sebab masa tu blackout..hehhe..cari2 tak ada..p lah sekolah tanpa c.mata..petang tu terus balik..sampai sekarang.kadang-kadang lupa letak p mana..selalu dengan c.mata lah..kunci jarang pula... ----------------- ~membangun bersama islam~
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 14-11-08 17:59
Pada 14-11-08 15:03 , wafa_mawaddah posting:!!! QUOTE !!!
saya selalu mencari cermin mata setiap hari.... selalu lupa letak di mana.... kadang-kadang pernah dua hari tak jumpa cermin mata yang dicari... memang cuai...pernah cuba untuk ubah sikap...berjaya dalam masa beberapa hari...di tempat yang berbeza..cermin mata akan hilang lagi... rasanya macam teruk betul...
sama lah kita ye..saya pun kerja setiap hari mencari cermin mata..sebenarnya leceh nak guna cermin mata tapi kalau tak guna nanti tak dapat nak mengecam apapn..kekadang kena minta tolong adik untuk cari,kalau saya cari memang tak jumpa lah alamatnya.. selalu juga lah kena bebel oleh mummy sebab tak reti jaga benda yang penting tu..
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 14-11-08 18:01
sama lah kita tang spek mata..cari2 tak jumpa rupa nya tengah dok pakai..hihihihihihi
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 14-11-08 19:32
Sekadar tindakbalas kepada topik, kelemahan kritikal saya berkaitan ‘Cari Tak Jumpa’ ini ialah saya amat lemah dalam mengenalpasti jalan yang harus dilalui walaupun sudah banyak kali saya melalui jalan berkenaan. Hatta di kampung halaman saya di Teluk Intan dan Lekir, Perak. Pengalaman tidak boleh lupa bersama Ukhwah.com ialah, saya ‘Cari Tak Jumpa’ jalan memasuki ke Perhentian Bandar Tasik Selatan ketika Program Ukhwah di Melaka. Adakah ini suatu penyakit ataupun kecacatan? -----------------
|
addinulhuda
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2007 Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~
|
Posting pada: 14-11-08 19:52
Pada 14-11-08 19:32 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Sekadar tindakbalas kepada topik, kelemahan kritikal saya berkaitan ‘Cari Tak Jumpa’ ini ialah saya amat lemah dalam mengenalpasti jalan yang harus dilalui walaupun sudah banyak kali saya melalui jalan berkenaan. Hatta di kampung halaman saya di Teluk Intan dan Lekir, Perak. Pengalaman tidak boleh lupa bersama Ukhwah.com ialah, saya ‘Cari Tak Jumpa’ jalan memasuki ke Perhentian Bandar Tasik Selatan ketika Program Ukhwah di Melaka.
Adakah ini suatu penyakit ataupun kecacatan?
itu kelemahan daaa ----------------- ~membangun bersama islam~
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 14-11-08 20:55
kadang-kadang saya juga kalau da excited sangat nak buat sesuatu or nak pergi mana-mana ke pasti akan terlupa sesuatu. saya sedar dah hbis kerja or da terjalan da.hehe..sellu juga rasa masa nak mula tu ada sesuatu yang ganjil, tapi saya buat tak peduli dan teruskan kerja or jalan saja...last2...ada saja yang tertinggal...haha
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 14-11-08 21:36
keadaan ini berlaku idesbabkan: -terlamapau exited buat sumtg sampai terlupa benda yang kita cari tu entah kat mana -gabra yang teramat bila bhadapan dengan sesuatu. -kelang kabut asyik nak cepat sokmo..
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 14-11-08 23:09
Selalu bila dah kelam kabut selalu cari barang tak jumpa. Kena tenangkan fikiran bila nak cari barang. Dan pastikan simpan barang di tempat yang sama supaya tak terlupa.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 15-11-08 09:28
P.D..ia adalah suatu kelemahan bilamana terlalu banyak input masuk ke dalam otak dalam satu² masa sehingga otak gagal mentafsir dan menyerap input sebagai maklumat yang baik..jadi, apabila melalui tempat yang sama, still susah nak dikecam walaupun dah banyak kali melaluinya..
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 15-11-08 11:12
hehe... saya tak tahu Kenapa, kebanyakkan org mesti lupa mana tarok cermin mata... saya pun macam 2 jugak... hahaha... tak tau lah.. bab lain, boleh pula ingat mana tarok... tapi, bab cermin mata, boleh lupa pula... haiz... tak tau apa nak buat
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 15-11-08 11:38
masalah tidak fokuss..kadang-kadang bila fikiran tak tenteram.. hati berkecamuk.. akan selalu timbul masalah macam itu.. masalah lupa tu semua orang ada cuma serius atau tidak sahaja.. selalu lah amalkan letak barang ditempat yang betul.. praktikkan hari2 tiap-tiap masa.. insyaAllah lama2 masalah tu bukan lagi menjadi masalah..
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 15-11-08 18:52
memang jadi begini... Hilang cincin... selalunya memang buka cincin nak pergi ambil wuduk... lepas itu lupa pakai..lepas itu entah..dah tak tahu kat mana...last2 jumpa kat kelepet comforter... So sekarang lau hilang saja cari kat situ.. pernah juga cari kat situ tapi tak jumpa..lepas itu ana xcari dah... After 3days...jumpa cincin...tapi kat situ juga.. Ai..pelik... ----------------- cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 15-11-08 22:49
uhuk... ismi juga mengalami masalah ini... kalau kazen ismi, dia suka cakap.. "kau ni,kalau kepala tu boleh main tetanggal... musti dah hilang..."adess... yang paling selalu lmenjadi kelupaan, duduk letak henpon, spek mata, kekunci... selalu sangat lupa ambil kunci moto lepas duduk lock tayonye... dah naik ke atas... baru perasan... bagaimana eh... lepas matikan enjin, terus cabut kuncinya... letak bebarang ditempat yang senang di nampak... dan paling penting, letak semula barang yang diambil di tempat asalnya... -----------------
|
ziyah
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 18-11-08 12:29
sama-sama....ismi_atikah... spek dengan cincin.... orang rabun cari spek, pepaham sajalah... slalo, akak, mak dengan kawan-kawan carikan... sekali hilang spek masa exam, mujur ada dua... cincin pun semua juga... takut mak marah... ye betul, ismi_atikah... letak semula barang yang diambil di tempat asalnya...
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 18-11-08 15:18
, Abdullah selalu misplace cermin mata dan remote control TV. Remote control TV tu sebenarnya anak punya kerja, letak merata-rata. Tapi untuk isteri, Abdullah ada tips segera bila isteri misplace apa-apa benda. Abdullah akan cakap "lah...cari buat apa, miss call lah" heheh confirm kena cubit
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 18-11-08 17:14
Ana pernah tercicir cincin , tak tahu bila masa jatuh..maklumla cincin tu longgar sikit sebab demam seminggu lepas raya tak boleh bangun. Masa dah sihat tu, ana pergi kedai, tengok kat jari cincin tu dah tak ada, apa lagi sedih lah sebab cincin tu penting. Mesej kat adik suruh dia cari kat kawasan rumah, tapi tak jumpa juga. Bila sampai rumah, ana cari dekat tempat2 yang ana pergi, dalam tempat basuh pinggan pun ana cari, tak jumpa tapi perasaan tu macam kat tempat tu saja. Last2 masa adik ana tengah cuci pinggan, dia terjumpa cincin tu tersangkut di span basuh pinggan..sekarang berhati-hati da beringat dah bila pakai cincin ni
|