Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 22 jam, 3 minit yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: dosakah menyalahkn takdir???


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» dosakah menyalahkn takdir???

Please Mendaftar To Post


Oleh dosakah menyalahkn takdir???

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 07-11-08 23:48


salam
actually saya nak tanya, minggu lepas saya ada membaca mengenai pertikaian lelaki ini dengan takdir Allah...dia mengatakan mengapa org yang bahagia sentiasa bahagia tiada masalah...mdpt apa yang dia nak and mahu tapi tidak dia..mengapa Allah menguji dia dengan banyak ujian sdgkan org lain tidak sebegitu...
contohnya masa belajar,dia sakit,susah nak dapat pointer baik,kerja bermasalah,tak ada jodoh,sdgkan kawan dia..dapat kerja baik,pointer gempaq,dah kawin dan tak ada masalah apa-apa.can somebody explains?


-----------------
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

jebat_86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2008
Ahli No: 35674
Posting: 121

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-11-08 02:47


Ish3..susah jugak ni.. :berfikir: :berfikir:

Manusia sering menyalahkan takdir kalau ada sesuatu yang tak berkenan di hatinya. Padahal Allah lebih tahu apa yang terbaik buatnya. :oops:

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya." "Allah tidak menguji manusia melainkan apa yang termampu olehnya." "Bersyukurlah kepada Allah nescaya Allah akan tambahkan nikmat-Nya. Dan sesiapa yang kufur sesungguhnya azab Allah amatlah pedih." "Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak bersyukur kepada Allah." "Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa." "Berdoalah kepada AllAH nescaya Allah perkenankan." :-o :-o

Memang ada segelintir manusia yang sering menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Sekiranya perkara baik yang berlaku, tidak mahu bersyukur pulak. Bagilah nasihat kepadanya supaya dia sedar dan beristifar..lepas itu suruh dia tengok cerita Ayat-ayat Cinta. Banyak juga pengajaran boleh dikutip dari cerita tu..:lol:

Senang cakap, kita buat kerja kita dan Allah akan buat kerjanya. Janganlah kita pulak nak buat kerja Allah untuk tentukan takdir manusia. Jadilah manusia yang bersyukur dan pasti dan pasti Allah akan tambahkan nikmatnya. Ini adalah janji Allah dan janji Allah ialah pasti.. :-D :-D :-D Assalamualaikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For jebat_86Profil   Hantar PM kepada jebat_86   Quote dan BalasQuote

muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 12-11-08 01:56


anggap itu semua sebagai ujian...
kejayaan dengan usaha adalah kenikmatan
kejayaan tanpa usaha adalah kebetulan
kegagalan dengan usaha adalah ujian
kegagalan tanpa usaha adalah ketentuan yang kita pilih sendiri...

hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas,
kadang kita dibawah..
memang senang untuk kita jatuh..
tapi bukan mudah untuk kita naik kembali...
perlukan usaha yang kuat untuk mendapatkannya semula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah89Profil   Hantar PM kepada muslimah89   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 248
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 12-11-08 08:53


Assalamualaikum,

Barangkali elok jika kita fahami konsep 'Rahmat di Sebalik Ujian'

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 09:44


Pada 07-11-08 23:48 , amilyn posting:

!!! QUOTE !!!

salam
actually saya nak tanya, minggu lepas saya ada membaca mengenai pertikaian lelaki ini dengan takdir Allah...dia mengatakan mengapa org yang bahagia sentiasa bahagia tiada masalah...mdpt apa yang dia nak and mahu tapi tidak dia..mengapa Allah menguji dia dengan banyak ujian sdgkan org lain tidak sebegitu...
contohnya masa belajar,dia sakit,susah nak dapat pointer baik,kerja bermasalah,tak ada jodoh,sdgkan kawan dia..dapat kerja baik,pointer gempaq,dah kawin dan tak ada masalah apa-apa.can somebody explains?


sebabnya:
"orang lain" tersebut masa sakit, dia bersabar dan redha kepada Allah...
masa pointer tak berapa baik, dia semakin bersungguh2 dalam pelajaran...
kalau ada masalah dalam kerja, dia hadapi masalah tersebut sehingga selesai, dan bertawakkal...
ketika belum bertemu jodoh, dia serahkan soal jodoh kepada Allah...

saya yakin, "orang lain" tersebut juga pernah alami perkara2 tersebut; sakit masa belajar, pointer tak berapa bagus, pening nak cari kerja, tak jumpa jodoh dan sebagainya...

main pointnya, setiap manusia tak lepas daripada ujian dan masalah tersendiri, orang miskin ada ujian ke atas kemiskinan, orang kaya pun ada juga ujian ke atas kekayaannya, tak boleh saling menyalahkan antara 1 sama lain.

masalah orang tersebut adalah dia tak redha dengan takdir Allah s.w.t., mungkin ketika senang dia tak ingat pun kepada Allah s.w.t., hanya ketika susah begitu baru mula mencari pertolongan Allah, buktinya yang disebut semuanya perkara2 yang tak elok, tak pernah berlaku kah perkara yang baik terhadap dirinya?

sebagaimana firman Allah bahawasanya sekiranya kita bersyukur, maka Allah akan menambah lagi kepada kita, sebaliknya sekiranya kita kufur maka sesungguhnya azab Allah amat pedih...

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 10:46


salam..
semuanya dah tertulis dalam qada' dan qadar Allah so sebagai manusia dan hamba Allah kita tak boleh lah nak salahkan takdir..apapun kita masih boleh mengubah nasib diri kita seperti mana firman Allah yang mafhumnya Alah tida akan menguba asib sesuatu kaum melainkan dia yang mengubahnya snd.jadi beusahalah...

dan lagi satu tentang sakit tu semuanya kehendak Allah kita tak dapat membuang mudharat yang Allah dan bagi dan kita tak dapat nak mengahpuskan semua yang Allah tetapkn nmun disinilah Allah nak uji kesabaran dan keimanan kita makanya ingtlh semua yang kita buru adalah milik Allah dan ahirat itu lebih utama dr yang lain.so berdoalah kepada Allah sebab Allah sangat suk pada hambaNYA yang banyak meminta padaNya dan tak lupa padaNya .tarbiyah Allah ini macam-macam seorang penulis pernah mengaitkan yang " Allah mendatani hambaNya melalui perkarayang paling dibenci oleh hambaNya" maka cbalah kita fikir-fikirkan...if nak menyalahkan takdir...

wa Allah hu a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 12-11-08 11:39


Segala sesuatu itu ada dan akan terjadi sesuai dengan ketentuan qadha dan qadar. Ini merupakan keyakinan setiap muslim. Yakni keyakinan mereka bahawa segala sesuatu di dunia ini tidak akan pernah ada dan terjadi tanpa pengetahuan, izin dan ketentuan Allah SWT.

Rasulullah memberikan panduan, “Kejarlah apa yang bermanfaat untukmu, dan mintalah pertolongan kepada Allah. Jangan mudah menyerah dan jangan pernah berkata, 'Kalau sahaja aku melakukan yang begini pasti akan jadi begini.' Tapi katakanlah, 'Allah telah mentakdirkan, dan apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan.'”

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

basyir_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.08.2008
Ahli No: 34718
Posting: 7
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-11-08 01:38


katakanlah kepada org yang mencela kami
kerana penggantiab masa
'tiada yang mengingkari masa,
kecuali hanyalah org yang terancam oleh bahaya

berharaplah yang baik dr ALLAH,bila kita merasa sedih,gelisah atau gundah gulana.Dan ketahuilah bahawa ia adalah sebahagian dari penebusan dosa.Bila kita kehilangan seorang anak dia akan menjadi syafaat bagi kita kelak dihadapan ALLAH.Bila kita cacat atau penyakit ditubuh kita,maka ketahuilah bahawa masing-masing pahalanya telah tersimpan di sisi ALLAH.

rasa lapar itu akan dibalas dengan pahalaNYA, rasa sakit akan dibalas ganjaranNYA dan juga kemiskinan akan dibalas pahala dari ALLAH.
Tidak akan ada yang hilang di sisi Yang Maha Esa.ALLAH akan selalu menjaganya seperti menjaga titipan yang akan ia penuhi di akhirat kelak.

BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN yang BERLAKU

-------------------------------------
solat menjamin kelapangan dada
perlakunya dan mengusir segala kesedihannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For basyir_muslimahProfil   Hantar PM kepada basyir_muslimah   Quote dan BalasQuote

qing_er
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.01.2004
Ahli No: 6711
Posting: 45
Dari: Pontian,Johor D.Takzim

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-11-08 02:02


Allah tidak membebankan sesuatu yang tidak tertanggung oleh hambaNYA... dan kalau kita menerima banyak ujian daripada Allah.... maka kita adalah antara orang-orang yang kuat untuk menanggungnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qing_erProfil   Hantar PM kepada qing_er   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-11-08 09:56


sekadar memberi pendapat,
melalui pengamatan tentang orang2 sekeliling saya..saya dapati biasanya semua orang merasa macam tu..erm
saya ambil keluarga saya sebagai contoh..:-)
mak saya tak bekerja..ayah pun bukan pegawai tinggi tapi alhamdulillah adik beradik saya 4 orang semua dapat keperluan yang mencukupi..pendek kata kami hidup secara bersederhana..:welcome:
berbanding ibu saudara saya yang merupakan seorang graduate luar negara..bekerja sebagai guru kanan..mempunyai segala harta..pangkat, kecantikan dan segalanya..walauabgaimanapun..dikurniakan seorang anak yang terencat yang tidak dapat dibawanya untuk kemajlis2 formal dan grand..

saudari amilyn..
dari apa apa yang saya lihat..setiap orang tu allah bagi dia kenikmatan dan kekurangan mengikut kemampuan dan kekuatan diri yang mampu ditanggung..:bunga:sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui..jadi dia tahu tahap mana kekuatan hamba dia untuk mengalas dugaan..
seharusnya kita kena muhasabah diri kita supaya kita menginsafi kelemahan dan cuba membaiki kesilapan..
Insyaalah..jalan itu akan jadi mudah..:bunga:

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.10.2004
Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-11-08 09:59


Pada 07-11-08 23:48 , amilyn posting:

!!! QUOTE !!!

salam
sdgkan kawan dia..dapat kerja baik,pointer gempaq,dah kawin dan tak ada masalah apa-apa.can somebody explains?




salam..
ini pun adalah ujian bagi dia..ujian bukan hanya kesusahan..kesenangan pun adalah ujian dari Allah.. percaya kepada taqdir adalah salah satu daripada rukun iman.. menyalah kan taqdir bermakna menolak salah satu dari rukun iman..so, saudara/saudari fikir-fikirkan lah sendiri... :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089947 saat. Lajunya....