Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 261
Ahli: 0
Jumlah: 261




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 19 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: sedihnya...org tak confident dengan saya...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» sedihnya...org tak confident dengan saya...

Please Mendaftar To Post


Oleh sedihnya...org tak confident dengan saya...

alornk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31510
Posting: 133
Dari: atas bukit bawah angin

madagascar  


posticon Posting pada: 28-10-08 22:09


Salam

Saya tak tahu pda siapa ingin saya mengadu rasa..juga tak ketahuan juga adakah ada yang sudi mdengarnye..seterusnya mmberi jalannya..

Saya ada masalah yang amat besar rasanya..maybe remeh dimata kalian tapi tidak pada saya..

Saya lately ni rasa tersisih dalam sesetengah kelompok..rasa bagai melukut ditepi gantang bilamana org ‘tak perasan’ dengan kewujudan saya..

Maklumla..fizikal saya ni actly tak berapa nak besar dan tough macam org lain..ketggian Sekadar 5 kaki 5 inc..kelayakan yang jauh nak jadi model.. da tulak fizkikal kecil saja..raut wajah pula tak berapa nak matured..boleh lah kata babyface..

So, saya rasa ini adalah punca kepada salah faham org pada diri saya..mereka mungkin memikirkan saya ni adalah budak sekolah yang tentunya tak berapa nak sesuai sebaris dengan org dewasa..padahal..umur saya hamper mencecah suku abad!

Saya amat2 tertekan dengan keadaan ini..dulu saya bukanlah seorang yang inferior..tapi kini….ia mmbuatkan saya makin ketepi..seolah-olah rasa tak dihiraukan. Ia juga menjadi punca kepada sikap saya untuk lebih mnyendiri dan kurang bersosial..sdgkan saya ni adalah seorang yang punya rakan sebaya yang ramai d zaman sekolah dan d alam kampus.. saya bukan anti social..

Namun bila bedpan situasi ini mmbuatkan saya semakin bosan.. pada mereka yang saya kenali ia tak menjadi msalah..tapi pada org yang baru saya kenali..atau sekadar kenalan dll, mereka tak consider yang saya juga dewasa seperti mereka..

Saya benci dengan keadaan ini.. tapi dalam benci2 tu pulak bukan saya tak berusaha untuk lebih menonjolkan diri..sudah puas saya ‘mmperkenalkan’ saya ni bukan lah budak hingusan lagi..tapi ternyata impression org pada saya adalah negative..

Selain senantiasa berada di majlis social yang dekililngi dewasa (iyalah..da saya ni dewasa..takkan nak duduk dengan budak) saya juga cuba untuk mencari jalan menyelesaikan ‘masalah’ fizkikal saya.. bermacam2 suppliment saya telan..tapi tak berhasil..ini ditambah pula dengan keadaan saya yang mengidap sakit jantung. Dan ini membuat saya tak berapa nak aktif.. untuk besukan (kononnya untuk membina stamina dan badan) saya juga ada masalah tulang balakag yang menyebabkan saya tak boleh lah melompat berlari macam org lain.. so..saya tak tau formula apa yang perlu saya buat lagi.. tak lain tak bukan untuk meningkatkan keyakinan org lain pada diri saya..

Tolonglah..saya tension sangat ni…saya bimbang kalu2 kelak saya akan putus harap dengan tuhan dengan menganggapi ia adalah tidak adil untuk saya..astaghfirullah....
:-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For alornkProfil   Hantar PM kepada alornk   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-10-08 23:39


Aku lebih rasa ini adalah masalah persepsi diri. Menganggap orang lain pandang diri begini begini, dan mungkin begitu begitu. Pergaulan manusia bukan atas faktor fizikal, tapi atas faktor macam mana hang bertindak balas terhadap pergaulan orang lain terhadap hang. Kesimpulannye? ubah diri sendiri dan automatik orang disekeliling akan terubah sama (sebab persepsi hang pandang orang lain dah berbeza).

Untuk senang keluar dari masalah macam ni. Aku cuma mampu mencadangkan alornk jadi seorang yang ber'ILMU'. tak kira lah ilmu apa yang hang nak jadi pakar. Contoh mudah hang jadi seorang yang pakar dalam ilmu persenjataan (dari segi informasi lah, bukan senjata betul). Maka, semasa sesi perbualan dengan seseorang yang lain berlaku, hang boleh 'promote' ilmu hang. Cara 'promote' tu boleh difikirkan sendiri.

Sekiranya hal ini berterusan, akan sampai satu masa hang akan jadi sumber rujukan dalam hal persenjataan. Orang nak tau bab senjata saja dia akan kata "Cuba tanya alornk, dia pakar dalam bab senjata ni". Dan pada masa itu, baru orang akan 'konfiden' (kalau ini yang dikehendaki) dengan diri sendiri.

Nak lagi senang? 'Berkawan' dengan tuhan hang (Allah), nanti Dia akan 'berkawan' dengan hang.

ps:- tak sia-sia jadi seseorang yang berilmu sama ada ilmu keduniaan ataupun ilmu akhirat. Tapi kalau dah pandai, jangan lupa ilmu tu Allah kasi pinjam saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 28-10-08 23:49


ada satu perumpamaan melayu...

Jadilah seorang sahabat yang baik sebelum oranag bersahabat dengan anda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

muhammadsidqi
Warga Rasmi
Menyertai: 07.10.2008
Ahli No: 35269
Posting: 3
Dari: Kota Bharu - Kuala Lumpur

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-10-08 06:53


salam alornk..

sebelum tu nak tanya.. alornk ni lelaki ke perempuan? bila alornk sedar org macam sisihkan alornk tu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhammadsidqiProfil   Hantar PM kepada muhammadsidqi   Pergi ke muhammadsidqi's Website   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 29-10-08 10:22


hmmm... akhi/ukhti, jangan lah rasa rendah diri. sesungguhnya ALLAH telah mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian... Alhamdulillah.

Pada pandangan ana yang hina ini, memang terkadang kita akan rasa rendah diri dan putus asa, kekadang terasa dunia ini tidak adil. na'uzubillah... terkadang kita dibelenggu oleh perasaan2 negatif dan fikiran yang bukan2... "Mereka hanya mengikut dugaan belaka. Tapi dugaan sungguh tidak berguna sedikit pun untuk mencapai kebenaran". An-Najm : 28...

"... ALLAH tidak pernah menganiaya hamba2NYA" Ali-Imran :182. pasti ada hikmah terjadinya sesuatu. jangan pedulikan pandangan manusia, kerana pandangan ALLAH itu yang terpenting.

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Yusuf : ayat 12. semoga kita tergolong dalam golongan org yang beriman... Wallahu'alam. just a view from me...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

tiqa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10800
Posting: 29
Dari: jb

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 12:59


salam....
saya pun ada masalah lnh kurang macam alornk...
susa nak dapat kpercyaan org...nak bersosial...
tapi alhamdulillah...masih ada family yang betul-betul ambil berat pasal saya...
dan paling penting saya tak pernah lupa
saya takkan pernah keseorangan ...ALLAH tetap bersama saya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tiqaProfil   Hantar PM kepada tiqa   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 29-10-08 15:03


Assalamualaikum
betul..saya sokong pendapat sirat..saya melihat anda mengalami masalah persepsi diri..

manusia hari ini...bukan tak perasan..tapi 'pemalu'..bukan menyisihkan tapi tak tahu bagaimana memulakan...lagipun, dalam kehidupan hari ni yang nafsi²..kubur memasing, kebanyakan manusia lebih selesa dengan kehidupan sendiri, tiada masa untuk mengambil tahu hal orang lain..kerana kesibukan dengan urusan duniawi, sehingga langsung menyebabkan mereka terlupa, hidup ini bermasyarakat...

tapi, bagi saya..itu tidak menjadi hal...selagi kita sendiri tidak bersikap sebegitu..tanya diri kita, berapa banyak yang telah kita 'beri' kepada orang sekeliling, kepada jiran, kepada qariah, kepada masyarakat..

jangan kita hanya mengharapkan sesuatu datang kepada diri kita..yang pipih takkan datang melayang..cuba mulakan sesuatu, anda akan mula mendapati bahawa diri anda juga menerima apa yang anda berikan kepada orang lain..jika anda memberi salam, pasti anda akan menerima salam..jika anda memberi senyuman, pasti dibalas senyuman..

berikan sebuah persahabatan, perkenalan dan anda akan mendapat sebuah persahabatan, perkenalan...

dan betul kata sirat, berkawan dengan Allah dan Allah akan memberikan anda kawan... ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 29-10-08 15:11


tak ada kena mengena dengan fizikal yang kecik atau besar. bukan sebab awak kecik, then org tak nampak kewujudan awak...tak confident dengan awak. ini hanya persepsi awak sendiri. try to think positive. actually ia bukan masalah kalau awak tak fikir ia adalah masalah. u can do it better...yakin pada diri sendiri...then baru org lain akan yakin pada diri awak..

p/s: org kecil-kecil ni selalunya berjiwa besar... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

alornk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31510
Posting: 133
Dari: atas bukit bawah angin

madagascar  


posticon Posting pada: 29-10-08 20:48


Pada 29-10-08 06:53 , muhammadsidqi posting:

!!! QUOTE !!!

salam alornk..

sebelum tu nak tanya.. alornk ni lelaki ke perempuan? bila alornk sedar org macam sisihkan alornk tu?


saya...abang long kepada 4 org adik lelaki..k.
saya mula rasa kemelut ini sejak saya berada di dunia luar dr biasa..maksud saya sejak saya habis belajar..
dulu saya tak rasa ia jadi masalah kerana dengan jiwa remaja konon2nya saya tak ambil pot persepsi org pada saya..
pernah jugak ada yang terkejut, 'eh, belajar kat U ke..ingatkan baru form 2'..atau 'ni abang ke..inagttakn adik lah..'.. atau.. 'kecik saja org nya ye..'.. tapi masa tu saya tak hairan sangat..malah ada sekit bangga bilamana org kata saya awet mude...padahal...

lagi pula dulu keliling saya hanyalah rakan taulan..
tu dulu..sekarang lain..saya berada di dunia lain..maka mindset saya kena berubah..dulu org kata saya buat derk..tapi kini saya harus pertinbangkan sejaunmana penerimaan dan persepsi org pada saya..dan saya mula mneyedarinya....

memang saya pasti..kerana saya ni kecik org tak berapa nak respect kat saya..(malah gf saya tinggi sikit dr saya)..malunya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alornkProfil   Hantar PM kepada alornk   Quote dan BalasQuote

alornk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31510
Posting: 133
Dari: atas bukit bawah angin

madagascar  


posticon Posting pada: 29-10-08 20:53


Pada 29-10-08 12:59 , tiqa posting:

!!! QUOTE !!!

dan paling penting saya tak pernah lupa
saya takkan pernah keseorangan ...ALLAH tetap bersama saya....


memang lah ALLAH bersama kita..tapi kita ni kena ada hubungan 2 hala antara allah dan manusia.. hablum minallah wa habllum minannas..betul tak?

so hubungan sosial d khalayak juga menjadi kepentingan pda setiap org untuk meneruskan kelangsungan hidup..bukankaha manusia hidup saling bergantungan..bahkan dalam bersosiap juga perlua da rasa hormat dan respect by each other..

so disini..saya nak minta pandangan kalian lah bagaimana nak setel down probs ni..

dan candang sirat nampaknya ideal..tapi saya ni pgalaman mana lah nak cukup lagi..baru stahun jagung kenal dunia... :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For alornkProfil   Hantar PM kepada alornk   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 21:06


!!! QUOTE !!!

Tolonglah..saya tension sangat ni…saya bimbang kalu2 kelak saya akan putus harap dengan tuhan dengan menganggapi ia adalah tidak adil untuk saya..astaghfirullah....



Betul apa yang Alornk kata memula tu, masalah ni sebenarnya kecik saja di mata org lain.. tapi agaknya besar petala alam bagi Alornk.. kalau nak rasa kecewa ke, kecik hati ke apa ke, lantaklah Alornk.. itu sifat manusia dik.. sifat manusia normal.. tapi Kenapa mesti Allah yang nak dipersalahkan? Maha Adil Allah swt itu untuk setiap satu ciptaan-Nya dik.. kalaulah nak diungkitkan, sudah tentu seluruh makhluk alam ni akan mengadu Allah itu tidak adil..

Mesti itik mengadu Kenapa dia tak boleh terbang tinggi, ikan mengadu Kenapa dia tak boleh duduk di daratan.. beruang mengadu Kenapa mesti badan dia besar, tikus mengadu Kenapa badannya kecik dan sebagainya..

Dik,

Allah ciptakan sesuatu tu dah molek bebenor.. sesuai dengan keadaan dan situasi.. tak sedar ke Allah bagi adik tubuh kecik, tapi Allah bagi wajah yang elok.. Allah cipta adik rendah sikit maka Allah pasangkan adik dengan pasangan yang tinggi sedikit.. dan yang paling penting.. Allah bagi iman pada jiwa adik.. semua tu Allah tak adil ke?

Dik, manusia selagi bernama manusia dia akan tengok yang negatif saja.. hatta kerjaan Allah pun nak dikomennya.. cubalah belajar bersyukur dan gunakan kurnia Allah tu, nescaya nanti Allah bagi lagi kurnia-Nya.. jangan asyik mengeluh org lain tak hargai diri kita, sedang kita tak menghargai kurniaan Zat yang memberi itu..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 21:08


sebab awak setahun jagung lah awak kena mula dari sekarang, kalau rak bila lagi betul tak......
first step always the hardest step, but without the first step there will be no thousand step, not even the second.......
memang agak susah.....so awak kena lah mula bergerak dalam jemaah, dengan kawan-kawan.....join usrah atau kegiatan masyarakat.....Insya Allah self-confidence dan integriti diri awak akan terbina sikir demi sedikit........
semuanya bermula daripada diri awak sendiri......

p/s: portal ukhwah pun ada aktiviti2 yang boleh awak join.....apa lagi join lah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 29-10-08 21:12


salam

actually..awak kekurangan ilmu pergaulan and lack of confident...fizikal memang tak boleh berubah kecuali awak buat pembedahan plastik.itupun not fully 100%....beli buku and read dekat internet bagaimana? nak bergaul dengan org...org tak pandang kita fizikal tapi how we interact with them...bagaimana? awak nak berbual2 dengan mereka...update dengan isu-isu semasa....
and then sayangkan diri awak...itu saja petua saja...selagi awak tak sayangkan diri and terima keadaan awak dengan seada2nya...sikap itu akan sentiasa ada...saya pernah mngalami macam awak,same situation but different enviroment..how i overcome??i trusted my self..setiap perkara itu akan terus berlaku dan continously happened until u take an action to stop it...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

alornk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31510
Posting: 133
Dari: atas bukit bawah angin

madagascar  


posticon Posting pada: 29-10-08 21:52


hmm..lack of konfident..hmm..mungkin ya..tapi saya rasa saya bukanlah tak ada keyakinan..cuma bila selalu da jadi macam ni (refer probs atas tu) sikit-sikit ada lah menyentuh hati (sapa lah kat dunia ni tak ada rasa sensitif?)

anyway..ada cadangan lain..saya tak kisah Kalau ada yang nak kutuk-kutuk..cadang2..cakap-cakap...atau ad cadangan dan panduan dan buku2 bkaitan..saya amat2 hargainya..thank you

Bookmark and Share

    


  Member Information For alornkProfil   Hantar PM kepada alornk   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-10-08 17:35


!!! QUOTE !!!

p/s: org kecil-kecil ni selalunya berjiwa besar...


betul betul.napolean bonaparte juga seorang yang kecil.

jangan risau lah.biar badan kecil asalkan bermuscle.kalau nak try lah makan appeton weight gain ke takpun muscle builder.mana nak tau kut boleh ke.percaya kepada diri kita sendiri.tu yang paling penting tak kisah besar ke kecik ke. ;-)


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-10-08 21:35


kena pandai bergaul dengan org... Ramah berbicara perkara yang relaven.. insyaAllah..


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

muhammadsidqi
Warga Rasmi
Menyertai: 07.10.2008
Ahli No: 35269
Posting: 3
Dari: Kota Bharu - Kuala Lumpur

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-11-08 04:06


erm.. pada saya.. semuanya bermula dr fikiran kita.. kita ialah apa yang kita fikirkan.. baik fikiran kita.. baiklah diri kita.. nsyaAllah..

saya cadangkan pada alornk dan semua di sini.. cari filem The Secret.. cerita pasal very positive thinking.. tengok banyak kali dan amalkan..

siapa tak tau nak cari filem tu, boleh PM saya :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhammadsidqiProfil   Hantar PM kepada muhammadsidqi   Pergi ke muhammadsidqi's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 13:33


Pada 29-10-08 20:48 , alornk posting:

!!! QUOTE !!!


saya...abang long kepada 4 org adik lelaki..k.
saya mula rasa kemelut ini sejak saya berada di dunia luar dr biasa..maksud saya sejak saya habis belajar..
dulu saya tak rasa ia jadi masalah kerana dengan jiwa remaja konon2nya saya tak ambil pot persepsi org pada saya..
pernah jugak ada yang terkejut, 'eh, belajar kat U ke..ingatkan baru form 2'..atau 'ni abang ke..inagttakn adik lah..'.. atau.. 'kecik saja org nya ye..'.. tapi masa tu saya tak hairan sangat..malah ada sekit bangga bilamana org kata saya awet mude...padahal...


Saya pun ada mengalami perkara yang sama...Raya hari tu makcik saya ingat umur saya belasan tahun...Ada yang tanya soalan "umur berapa ni?18 ke?"...Bila saya cakap umur saya dia boleh terkejut pulak... :cry: ...Ada yang kata saya baru habis SPM...Ada yang kata muka saya muka tak matang...Saya rasa muka saya ok saja...Cuma misai dan janggut tak berapa nak tumbuh... :-P ...Ada juga yang tanya saya nak kawin ke tak... :lucu:...Lawak betul soalan ni...

Kadang-kadang bila teringat benda ni boleh buat saya ketawa seorang-seorang... :lol:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 14:51


bagi saya bila tak ada orang confident dengan kita.. tak apa lah.. kita cuba saja yang termampu.. mana yang boleh kita buat,kita buat.. mana yang tidak kita abaikan..

manusia ni ada kekurangan dan kelebihan.. tak semestinya orang yang lagi hebat itu tidak jatuh. maaf,kadang-kadang orang terlalu tunjuk dia hebat ni ibarat tin kosong. cakap tak serupa bikin. cakap saja nak bagus,usaha tidak..
mana awak rasa ada kelebihan dalam diri tu cuba lah tonjolkan..

macam yang pernah saya alami masa belajar dulu. tak ada sesiapa pun nak hargai jasa kita. bukan nak minta dipuji lebih-lebih tapi cukupla sekadar tahu dan ambil tahu..malangnya tak ada siapa nak ambil tahu..tak apa,saya pendam dan terus pendam(cara ini agak berbahaya). bila tiba meeting,itu lah waktu yang paling sesuai nak hambur semua. huhu.. memang mujarab. :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

nilam3_6
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.04.2007
Ahli No: 29649
Posting: 53

blank  


posticon Posting pada: 06-11-08 17:25


salam...
alornk,try to think positively + bersyukur kepada Allah...insyaAllah itulah ubatnya yang saya amalkan:)...dalam masa yang sama,cuba lah tonjolkan kelebihan diri yang ada...jika diberi kesempatan untuk join the group, contoh macam kena buat kerja sesama, berikan komitmen yang tinggi dan tunjukkan anda boleh buat kerja tu...tapi jangan benarkan dibuli org pula, tunjukkan ketegasan disitu....dan jika berada dikalangan masyarakat, bergaul lah dengan mesra + ambil berat (pernah terbaca, org takkan ambil tau pasal kita walau sehebat mana pun kita, selagi kita tiada masa untuk ambil tahu pasal org itu), tunjukkan yang anda selesa bergaul dengan mereka walau siapa pun mereka...dan jika kita ada ilmu yang up to date untuk situasi semasa, maybe itu lebih buat org respect kat kita...so,rajin2kan lah dengar + cari berita semasa...

jika nak kata kecil,saya pun tergolong org yang kecil...sebab tu sampai sekarang org masih ingatkan saya student...bila fikir-fikir,bagus juga,atleast sentiasa awet muda lah saya, sebab tu masih ada yang nak tekel...hehehe...dan memang diakui,susah pada mulanya org nak pecaya kita boleh buat kerja tu (dunia saya dengan student u) sebab mereka tengok kita ni muda, tapi insyaAllah jika kita ikhlas + tunjukkan komitmen, fizikal tu tak jadi masalah pun...

so kat sini, yang pentingnya bukan fizikal yang akan buat org respect kat kita, tapi cara pembawaan diri kita...kalau berkaitan kerja,tunjukkan komitmen....kalau dengan masyarakat, tunjukkan anda boleh masuk dengan mereka...so,kedua-duanya tu melibatkan pembawaan diri, cuma different approach...

yang paling penting, jagalah hubungan dengan Allah...insyaAllah bahagia hidup:)...bersyukurlah pada apa saja kurniaan Allah, kerana itulah yang terbaik untuk kita...please jangan sesekali merasakan Allah tidak adil,sebab Allah Maha Adil...sesungguhnya apa saja yang terjadi adalah disebabkan DIA sayangkan kita...mungkin kita merasakan benda yang diberi itu tidak best, tapi jika dilihat dengan mata hati yang disertai keimanan, insyaAllah kita akan lihat itulah yang terbaik...believe it...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nilam3_6Profil   Hantar PM kepada nilam3_6   Quote dan BalasQuote

jumjumatonne
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2008
Ahli No: 32561
Posting: 119
Dari: Johor Darul Takzim

Johor  


posticon Posting pada: 06-11-08 22:19


salam alornk......
saya pun along kepada adik-adiknya....
self confident boleh di pupuk dari masa ke semasa. saya percaya kamu perlu masa untuk semua itu. its whole life learning. semasa dikolej dulu, ada sowang minah pernah cakap dengan saya sesuatu yang PEDIH dek ketidakhenseman dan "anti social" (masa memule masuk kolej dulu agak skema)....
"kalau dah tau diri tu kurang, cuba bangun dan cari sesuatu yang lebih dalam diri supaya ia dapat imbangi kelemahan sedia ada". Iadmit that she's right. from that day.... i try to overcome the problem (lebih kurangla dengan masalah kamu itu)
boleh dah kerja lah ini..... tak ada lagi rasa shy dalam diri..... self-confident pun Alhamdulillah dah tebal..... interact dengan client pun ok saja.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumjumatonneProfil   Hantar PM kepada jumjumatonne   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 04:02


Bismillahirrahmanirrahim.


Bertenang alornk..

!!! QUOTE !!!

Saya benci dengan keadaan ini.. tapi dalam benci2 tu pulak bukan saya tak berusaha untuk lebih menonjolkan diri..sudah puas saya ‘mmperkenalkan’ saya ni bukan lah budak hingusan lagi..tapi ternyata impression org pada saya adalah negative..



Rasanya alornk ini, cuba jadi 'somebody' yang bukan diri alornk..
Lama-lama buat macam itu boleh penat bro.. Sebab kita nak ubah pandangan orang kat kita..

Cuba cari apa yang unik pada diri alornk,

Contohnya dalam ramai-ramai kawan, depa suka rujuk tentang apa dengan alornk..?? Contohnya masalah kerja, bla2x..
Itu antara kelebihan alornk..

Setiap yang ALLAH bagi pada manusia ada kelebihan & kekurangan..

Nak konpiden lagi, cuba rajin berdiri depan cermin dan berbisik ke hati, "Walaupun aku berwajah babyface, tapi ada juga rupanya ketol 9 kat perut aku".
Ni antara contoh saja..

Walaupun tak benar sekurang-kurangnya boleh lah menyedapkan hati daripada asyik terasa rendah diri dalam kelompok ramai..

Paling baik amalkan doa sebelum mengadap cermin, takut terpuji lebih-lebih suash pulak..


Dan akhir sekali, jadilah diri sendiri.. it's normal kalau orang suka pada kita ataupun orang benci dengan kita. yang penting kita gembira dengan pemberian ALLAH, Ameen.

Ada kelebihan dan ada kekurangan setiap orang.


HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 08:57


Pada 28-10-08 22:09 , alornk posting:

!!! QUOTE !!!

Salam

Saya tak tahu pda siapa ingin saya mengadu rasa..juga tak ketahuan juga adakah ada yang sudi mdengarnye..seterusnya mmberi jalannya..

Saya ada masalah yang amat besar rasanya..maybe remeh dimata kalian tapi tidak pada saya..

Saya lately ni rasa tersisih dalam sesetengah kelompok..rasa bagai melukut ditepi gantang bilamana org ‘tak perasan’ dengan kewujudan saya..

Maklumla..fizikal saya ni actly tak berapa nak besar dan tough macam org lain..ketggian Sekadar 5 kaki 5 inc..kelayakan yang jauh nak jadi model.. da tulak fizkikal kecil saja..raut wajah pula tak berapa nak matured..boleh lah kata babyface..

So, saya rasa ini adalah punca kepada salah faham org pada diri saya..mereka mungkin memikirkan saya ni adalah budak sekolah yang tentunya tak berapa nak sesuai sebaris dengan org dewasa..padahal..umur saya hamper mencecah suku abad!

Saya amat2 tertekan dengan keadaan ini..dulu saya bukanlah seorang yang inferior..tapi kini….ia mmbuatkan saya makin ketepi..seolah-olah rasa tak dihiraukan. Ia juga menjadi punca kepada sikap saya untuk lebih mnyendiri dan kurang bersosial..sdgkan saya ni adalah seorang yang punya rakan sebaya yang ramai d zaman sekolah dan d alam kampus.. saya bukan anti social..

Namun bila bedpan situasi ini mmbuatkan saya semakin bosan.. pada mereka yang saya kenali ia tak menjadi msalah..tapi pada org yang baru saya kenali..atau sekadar kenalan dll, mereka tak consider yang saya juga dewasa seperti mereka..

Saya benci dengan keadaan ini.. tapi dalam benci2 tu pulak bukan saya tak berusaha untuk lebih menonjolkan diri..sudah puas saya ‘mmperkenalkan’ saya ni bukan lah budak hingusan lagi..tapi ternyata impression org pada saya adalah negative..

Selain senantiasa berada di majlis social yang dekililngi dewasa (iyalah..da saya ni dewasa..takkan nak duduk dengan budak) saya juga cuba untuk mencari jalan menyelesaikan ‘masalah’ fizkikal saya.. bermacam2 suppliment saya telan..tapi tak berhasil..ini ditambah pula dengan keadaan saya yang mengidap sakit jantung. Dan ini membuat saya tak berapa nak aktif.. untuk besukan (kononnya untuk membina stamina dan badan) saya juga ada masalah tulang balakag yang menyebabkan saya tak boleh lah melompat berlari macam org lain.. so..saya tak tau formula apa yang perlu saya buat lagi.. tak lain tak bukan untuk meningkatkan keyakinan org lain pada diri saya..

Tolonglah..saya tension sangat ni…saya bimbang kalu2 kelak saya akan putus harap dengan tuhan dengan menganggapi ia adalah tidak adil untuk saya..astaghfirullah....
:-?
you ni lelaki atau perempuan? jika lelaki... hantar PM apada saya, dan saya akan bagi contact num... saya ada satu jalan nak bagi pada anda... tapi biar kita berbual di talian... itupun kalau you nak

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 10:58


Pada 28-10-08 22:09 , alornk posting:

!!! QUOTE !!!

Salam

Saya tak tahu pda siapa ingin saya mengadu rasa..juga tak ketahuan juga adakah ada yang sudi mdengarnye..seterusnya mmberi jalannya..

Saya ada masalah yang amat besar rasanya..maybe remeh dimata kalian tapi tidak pada saya..

Saya lately ni rasa tersisih dalam sesetengah kelompok..rasa bagai melukut ditepi gantang bilamana org ‘tak perasan’ dengan kewujudan saya..

Maklumla..fizikal saya ni actly tak berapa nak besar dan tough macam org lain..ketggian Sekadar 5 kaki 5 inc..kelayakan yang jauh nak jadi model.. da tulak fizkikal kecil saja..raut wajah pula tak berapa nak matured..boleh lah kata babyface..

So, saya rasa ini adalah punca kepada salah faham org pada diri saya..mereka mungkin memikirkan saya ni adalah budak sekolah yang tentunya tak berapa nak sesuai sebaris dengan org dewasa..padahal..umur saya hamper mencecah suku abad!

Saya amat2 tertekan dengan keadaan ini..dulu saya bukanlah seorang yang inferior..tapi kini….ia mmbuatkan saya makin ketepi..seolah-olah rasa tak dihiraukan. Ia juga menjadi punca kepada sikap saya untuk lebih mnyendiri dan kurang bersosial..sdgkan saya ni adalah seorang yang punya rakan sebaya yang ramai d zaman sekolah dan d alam kampus.. saya bukan anti social..

Namun bila bedpan situasi ini mmbuatkan saya semakin bosan.. pada mereka yang saya kenali ia tak menjadi msalah..tapi pada org yang baru saya kenali..atau sekadar kenalan dll, mereka tak consider yang saya juga dewasa seperti mereka..

Saya benci dengan keadaan ini.. tapi dalam benci2 tu pulak bukan saya tak berusaha untuk lebih menonjolkan diri..sudah puas saya ‘mmperkenalkan’ saya ni bukan lah budak hingusan lagi..tapi ternyata impression org pada saya adalah negative..

Selain senantiasa berada di majlis social yang dekililngi dewasa (iyalah..da saya ni dewasa..takkan nak duduk dengan budak) saya juga cuba untuk mencari jalan menyelesaikan ‘masalah’ fizkikal saya.. bermacam2 suppliment saya telan..tapi tak berhasil..ini ditambah pula dengan keadaan saya yang mengidap sakit jantung. Dan ini membuat saya tak berapa nak aktif.. untuk besukan (kononnya untuk membina stamina dan badan) saya juga ada masalah tulang balakag yang menyebabkan saya tak boleh lah melompat berlari macam org lain.. so..saya tak tau formula apa yang perlu saya buat lagi.. tak lain tak bukan untuk meningkatkan keyakinan org lain pada diri saya..

Tolonglah..saya tension sangat ni…saya bimbang kalu2 kelak saya akan putus harap dengan tuhan dengan menganggapi ia adalah tidak adil untuk saya..astaghfirullah....
:-?

Assalamualaikum
Dugaan tu,,,,Kenapa aku diuji? ________________________________________________________ 1
Dengan nama Allah yangMaha Pemurah dan Maha Penyayang
Kenapa?????
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Tuhan yang menjadikan sekian
makhluk. Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia Nabi Muhammad
serta para pendokong Islam di serata alam.
Dalam meniti kehidupan sehaian sehingga kita dipanggil pulang ke
alam kekal abadi. Kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai persoalan dan
persimpangan. Sehinggakan mewujudkan perasaan kecewa, malas, marah,
benci dan putus asa dengan masalah (peluang) yang kita depani.
Tanpa kita sedari, Islam melalui kitab Al-Quran membantu dan
menunjuk ajar kepada kita (orang-orang yang beriman) dalam
menyeselaikan setiap masalah kita.
Inilah bukti kehebatan Islam yang tidak terkandung dalam manamana
agama kecuali Dinul-Islam. Renungkan jawapan setiap persoalan
yang mungkin ianya kerap bermain didalam kepala kita...Kenapa?
Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? (2) Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta. (3)"
Surah Al-Ankabut : 2-3
Kenapa aku diuji? ________________________________________________________ 2
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh
ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman
yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah.....”
Surah Al-Baqarah : 214
Kenapa AKU TAK DAPAT APA YANG AKU
IDAM-IDAMKAN?
".....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah : 216
Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya (keupayaannya)....."
Surah Al-Baqarah : 286
Kenapa aku diuji? ________________________________________________________ 3
rasa KECEWA (FRUST)?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran : 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Al-Imran : 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah : 45
Kenapa aku diuji? ________________________________________________________ 4
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.....”
Surah At-Taubah : 111
KEPADA SIAPA AKU HARUS BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepadaNya aku bertawakkal.dan Dia adalah Tuhan
yang memiliki Arsy yang agung"
Surah At-Taubah : 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf : 87
Kenapa aku diuji? ________________________________________________________ 5
JADILAH AKU INSAN YANG BERSYUKUR....
"Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikma-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih”
Surah Ibrahim : 7
TERUS BERUSAHA
“. . . .Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga
mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila
Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada
yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung
bagi mereka selain Dia.”
Surah Ar-ra’d: 11
BERDOALAH KEPADA-NYA (ALLAH)....
"....Mintalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku kabulkan permohonan kamu.... "
Surah Al-Mu’min : 60
Kenapa aku diuji? ________________________________________________________ 6
"....... Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau
tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang
berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak
sanggup (upaya) kami memikulnya. Berilah maaflah kami;
ampuni kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami,
maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.
Surah Al-Baqarah : 286
DAN BERSABARLAH....
“ Dan Allah bersama orang-orang yang sabar”.
Surah Al-Baqarah : 249
“.....Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”
Surah Al-Baqarah : 214
Kenapa aku diuji? ________________________________________________________ 7
YAKINKAN DIRI....
“ Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (6).Sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada kemudahan(7)”.
Surah Alam Nasyrah : 6-7
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh
bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai;
itulah keberuntungan yang besar”.
Surah Al-Buruj : 11
TAWAKKAL ILALLAH....
Barangsiapa bertakwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Kenapa aku diuji? ________________________________________________________ 8
Apakah kita tidak memperhatikan nikmat kurniaan Allah yang terlalu
banyak kepada kita, sebagaimana firman Allah s.w.t:
“ Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?”.
Surah Ar-Rahman : 13
Andai kata kamu hendak menulis nikmat Allah ke atas diri kamu, walau
seluruh lautan menjadi dakwatnya nescaya kamu tidak akan dapat menulis
semuanya. Begitulah perumpamaan betapa banyaknya nikmat Allah ke atas
hamba-Nya. Sebesar-besar nikmat kurnian-Nya kepada kita adalah nikmat
Iman dan Islam. Maka akhirnya, semaikan rasa syukur atas nikmat
kurniaan Allah dan senyumlah J selalu sebagai tanda redha dengan ujian.
Moga-moga ia akan melahirkan insan yang dikatakan sebagai Abdan
Syakura disamping memumupuk sifat Qanaah (cukup dengan apa yang
ada).
Ucapkanlah bila menerima musibah;
“ Tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan (bantuan)
Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung”
Imanilah dengan sepenuh hati;
Wabillahitaufiq walhidayah,
Wassalamualikum warahmatullah wabarakatuh.
Al-Fakir ilallah azzawajalla
BUMI HIJAU........J

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115716 saat. Lajunya....