Oleh |
Tinggal bersama member yang dah berkahwin |
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 26-10-08 00:34
......... saya ada member.....sejak bulan Aprir tahun ni, hingga sekarang kami tinggal bersama di sebabkan baru posting kerja....oleh kerana jauh dari kampung terpaksa lah berteduh di asrama perempuan yang di sediakan oleh pihak majikan... masalahnya member ni akan berkahwin tak lama lagi....dan dia mengajak saya tinggal serumah dengannya....kerana dakwanya kalau dia keluar dari asrama dan menyewa di luar pun bakal suami nya jarang balik ke rumah jadi dia takut kesunyian di rumah....dan ingin saya menyewa dengannya....huh....ni kira berbahasa ke apa ni.... .....saya dah cakap tak nak...tapi dia suruh fikir dulu.. p/s : payah juga ye, dapat roomate yang baik hati gini...ngeh,ngeh
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 26-10-08 00:47
1st of all hang kena bagitau lah apa pasal hang tak hendak dok nyea dengan dia.. 2ndly hang jugak kena pertimbangkan kelebihan dan kekurangan berpindah keluar dari hostel tu.. dan the last point is hang solat lah istikharah minta petunjuk antara dua jalan tu.. .::. beso sangat ke masalah ni? .::.
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 26-10-08 08:33
Rasanya tak perlulah. Banyak masalah mendatang nanti. Pasangan tu dahlah baru nak kahwin, sure awan tak selesa nanti. Baik duduk hostel, ada privacy sendiri.
|
hurul_inn
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.03.2008 Ahli No: 32879
Posting: 107
Dari: Darul Iman-Darul Naim-Darul Ehsan-Darul Iman
|
Posting pada: 26-10-08 08:53
saya rasa tak perlu lah keluar dari hostel dan tinggal dengan kawan tu...bmbg berlaku apa-apa masalah..fitnah pun boleh berlaku..boleh saja nak teman kawan tu bila suaminya tiada di rumah...tapi tak perlu tinggal di sana...
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 28-10-08 17:03
tak payah lah tinggal dengan sahabat awak tu... masalah nanti.... biar sahabat awak tu jalani kehidupan susah senang sebagai isteri.. lagi pun mungkin akan timbul banyak masalah bagi awak dan bakal suami dia nanti.. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
saha11
Warga 1 Bintang Menyertai: 12.05.2008 Ahli No: 33440
Posting: 37
Dari: CHERAS
|
Posting pada: 28-10-08 17:41
kalau nak duduk serumah..baik sama-sama kawin..
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 28-10-08 17:46
duduk saja dedua tempat...time asben dia datang..balik lah hostel... time asben dia tak ada...temankan lah... duduk rumah tu pun tak payah bayar kan..dia yang intak teman....
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 28-10-08 18:41
Pada 28-10-08 17:41 , saha11 posting:!!! QUOTE !!! kalau nak duduk serumah..baik sama-sama kawin.. cadangan bagus ini... mahu perang dunia nanti...huhu -----------------
Hargai semasa ada....
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 29-10-08 00:39
syemarly posting !!! QUOTE !!! 1st of all hang kena bagitau lah apa pasal hang tak hendak dok nyea dengan dia.. 2ndly hang jugak kena pertimbangkan kelebihan dan kekurangan berpindah keluar dari hostel tu.. dan the last point is hang solat lah istikharah minta petunjuk antara dua jalan tu..
.::. beso sangat ke masalah ni? .::. memang lah nak duduk luar bebas, tapi cek tak mahu lah dok dengan orang dah kawin....tapi sian pulak roomate cek ni terlalu mengharap....dia kata think positif lah....apa lah...penat cek melayan... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
maestra_dila
WARGA SETIA Menyertai: 26.10.2007 Ahli No: 31514
Posting: 404
|
Posting pada: 29-10-08 03:17
... saya pun berpendapat seperti sahabat2 yang lain, ada baiknya saudari tinggal saja kat hostel. Sebab kalau saudari tinggal serumah dengan roomate saudari dikhuatiri akan berlaku perkara yang tak diingini, fitnah, lepas tu akan disandarkan kesalahan pada saudari, bermasam muka tak elok kan memandangkan hubungan saudari dah akrab dengan roomate saudari. Jadi, saudari fikirkanla cara yang terbaik bagi menjelaskan keadaan saudari jika ingin menolak pelawaan roomate saudari tersebut agar dia faham dan tidak berkecil hati. =).
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 30-10-08 05:27
Pada 29-10-08 03:17 , maestra_dila posting:!!! QUOTE !!! ...
memandangkan hubungan saudari dah akrab dengan roomate saudari. Jadi, saudari fikirkanla cara yang terbaik bagi menjelaskan keadaan saudari jika ingin menolak pelawaan roomate saudari tersebut agar dia faham dan tidak berkecil hati.
=).
dah akrab pun tapi, kadang-kadang berlawanan pendapat jugak...contoh macam kes ni...saya tengak dia da bermasam muka sebab saya susah nak terima pendapat dia..... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
zuha
Warga Rasmi Menyertai: 09.02.2006 Ahli No: 22573
Posting: 18
Dari: penang
|
Posting pada: 31-10-08 09:55
assalamualaikum.. bagi saya baik saudari tinggal kat hostel saja.. banyak msalah kalau tinggal dengan hsmate yang dah kawin ni.. betul-betul xslesa sangat.. macam saya ni terpaksa lah pindah cari rumah sewa lain memandang hsmate saya selalu bawa suami dia tidur di rumah sewa kami, so saya terpaksa lah beralah untuk pindah
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 31-10-08 10:05
tak setuju nanti kata tak sudi.. kalau setuju kita yang tak senang hati..erm macam-macam.. dah dapat penyelessaian ke belum? insyaAllah,moga-moga keputusan yang awak buat tu adalah yang terbaik untuk awak..
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 31-10-08 10:21
assalamualaikum lebih banyak buruk dari baiknya menetap & tinggal bersama dengan orang yang dah berkahwin ni emi...selain nak elakkan fitnah, berkemungkinan besar emi pun akan rasa tak selesa sangat. lebih baik sebenarnya emi stay di hostel saja & emi juga boleh teman kawan emi tu di rumah bila husband dia tak ada...kawan emi tu pun boleh tumpang tidur di bilik hostel emi.. rasanya tiada masalah apa..cuma sekarang kena ada komunikasi yang telus antara emi & kawan emi..katakan pada kawan emi tu alasan emi & cadangkan pada dia solution yang terbaik goodluck emi
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 31-10-08 10:38
tak payah duduk dengan dia..esok2 kalau suami dia tak ada, bolehlah teman dia 2-3 hari ke.. kalau duduk terus, banyak fitnah nanti...
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 31-10-08 10:40
AwanBiru_85.., Awak mantain saja tgl kat tempat tgl awak .. tapi bila husband dia tak ada, awak teman lah dia .. kasihan juga dia tgl seorang-seorang kat rumah .. sekarang ni macam-macam boleh jadi .. 2 pendapat Wawa saja ..
|
AziziYa-Habib
Warga 1 Bintang Menyertai: 12.11.2007 Ahli No: 31669
Posting: 37
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 31-10-08 10:46
Saudari telah menyatakan yang mereka baru berkahwin dan saudari pula duduk di hostel..atas dasar kawan baik dia mengajak saudari duduk bersama..Kenapa kawan tu berkata sedemikian,adakah dia tidak bersedia hidup bersama dan memikul tanggungjawab bersama??dalam berumah tangga mungkin ada asam garam kehidupan..kala keruh dan jernih,ke saudari nak lihat semua itu..bagi saya,biar lah mereka hidup bersama dan menjalani alam rumah tangga bersama..tak perlu lah saudari duduk dengan mereka..lain lah mereka dah ada anak nanti,mereka nak saudari jaga anak mereka..dapat upah sikit..heehhe
|
kelantanz
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34447
Posting: 91
|
Posting pada: 31-10-08 10:57
Memang saya rasa baik tak payah pindah. Banyak keburukan dari kebaikan kalau tinggal bersama dengan kawan yang dah kahwin walaupun kawan tu baik sangat dengan awak. Kita tak tahu bermacam-macam perkara boleh berlaku. Apa-apa pun yang terbaik buat sembahyang istikarah. Itu yang sebaik-baiknya yang diajar oleh Islam. Kalau nak buat pilihan sembahyang lah. Sebab kita rasa baik tapi yang sebenarnya tak baik dan sebaliknya. Explain baik-baik pada kawan tu, bukannya tak boleh pergi rumah dia waktu suami tak ada tertakluk kepada mendapat kebenaran suaminya untuk awak pergi ke rumah kawan awak tu.
|
mujahid007
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak
|
Posting pada: 31-10-08 11:32
salam............................erm,pada pandangan ana,tak perlu tinggal bersama..tetapi temanlah kawan baik tu ketika suami dia tiada..kerana bimbang banyak buruk daripada baik...lagipun mereka baru kahwin.. memang kita kena positif thinking, tapi kena tgjk juga keada semasa,faktor sekeliling...memang tuan empunya diri kata 'ok',tapi kita kena juga fikir adakah 'ok. dan then, jika kita berada di situasi yang sama bagimanakah keadaan kita, dan apakah kata si suami pula??? maka,berfikir lah secara positif dan rasional..dan jawab,katakan kepada sahabtmu dengan penuh hikmah supaya sahabat mu itu tidak terluka akan hatinya..
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 31-10-08 14:43
Pada 28-10-08 18:41 , Hanan posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-10-08 17:41 , saha11 posting:!!! QUOTE !!! kalau nak duduk serumah..baik sama-sama kawin..
cadangan bagus ini... mahu perang dunia nanti...huhu
huhuhu, genius2... kesimpulannya, terdapat 2 cadangan di sini: 1- awan_biru85 jadi isteri kedua kepada suami kawan awan_biru85 tu (cadangan oleh saha11 disokong oleh Hanan) 2- tetap stay di hostel, tapi boleh temankan kawan tu bila suami dia tiada di rumah (cadangan oleh hurul_inn, rdwira, azzahrah, songkok_aji02, Wawa_83, kelantanz, mujahid007) pandangan saya: jauhi fitnah, dan elakkan tinggal serumah dengan lelaki yang bukan mahram walaupun ada isterinya, sila nilai betul-betul wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 31-10-08 14:56
jadi, saya nak menjadi orang yang membuat kesimpulan kepada semua jawapan lah... memang pada pendapat saya sendiri, saya kurang bersetuju ada orang ketiga dalam rumahtangga..takut nanti, bebtul jadi orang ketiga.. fitnah lebih banyak hadir, maslaah lebih banyak mengganggu, awak sendiri nantipun susah nak buat itu ini, ke sana sini dalam rumah tu... yang paling baik, datang dan pergi... datang time suami dia travel/outstation... pergi time mereka bersama ada di rumah... tu kan dah kira win-win situation... kalau dia nak merajuk jugak, bio jeq..satu hari dia akan faham keadaan tersebut, dan berterima kasih dengan tindakan awak pada hari ini....
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 02-11-08 03:53
his....sakit perut sebab tergelak seorang-seorang baca komen-komen ni semua.... syukran semua kerana perihatin.... azzahrah posting : !!! QUOTE !!! rasanya tiada masalah apa..cuma sekarang kena ada komunikasi yang telus antara emi & kawan emi..katakan pada kawan emi tu alasan emi & cadangkan pada dia solution yang terbaik
sekarang emi nak cerita perkara hak sebenaq lah na....sekarang emi tetap akan berpindah sebab kalau terus menetap di hostel memang dah tak ada penghundi lagi.....eee takot lah dok asrama sesorang....bayangkan kena dok asrama sesorang....bila semua orang dah pindah semua kelengkapan yang di kongsi seperti dapur akan di bawa bersama....hehe.....makan megi lah jawabnya kalau terus dok kat asrama tu... p/s : terasa macam dalam YM lah pulak dah bahasakan diri nama sebenar......... .anis lah ni.......hehe ibnu_musa posting : !!! QUOTE !!! huhuhu, genius2...
kesimpulannya, terdapat 2 cadangan di sini:
1- awan_biru85 jadi isteri kedua kepada suami kawan awan_biru85 tu (cadangan oleh saha11 disokong oleh Hanan)
2- tetap stay di hostel, tapi boleh temankan kawan tu bila suami dia tiada di rumah (cadangan oleh hurul_inn, rdwira, azzahrah, songkok_aji02, Wawa_83, kelantanz, mujahid007)
pandangan saya: jauhi fitnah, dan elakkan tinggal serumah dengan lelaki yang bukan mahram walaupun ada isterinya, sila nilai betul-betul
wassalam.
huhu...tu lah IM warga ukhwah ni memang semua genius2 belaka..... sekarang saya tetap akan berpindah tetapi kami akan tinggal bertiga....romate saya(akan kawin) dan senior saya(dah kawin)...mereka kata nak ajak saya tinggal sebab suami mereka bekerja di tempat lain bukan dalam negeri selangor(kira susah lah nak datang selalu)......kalau datang pun then pergi lah menginap kat hotel ke.....macam tu lah..... huhuhu.......rumah nya dah ada tunggu pindah saja, mungkin dalam tahun ni jugak..... moga di permudahkan ye.....amin ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
kelantanz
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34447
Posting: 91
|
Posting pada: 03-11-08 10:39
Yang penting buat sembahyang istikarah. bukannya apa kalau difikirkan dengan minda kita nampak ok saja tapi kita tak tahu apa kesudahannya.
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 23-12-08 01:25
tadi pergi tengak rumah yang nak sewa tu...mai ai mahal gila api + air = rm300/month sewa = rm500/month rumah 2 tingkat besar...... kadang-kadang bosan gila tinggal dalam asrama ni, jengoi kepala kat tingkap saja dah nampak wad tempat saya bertugas.....memang semua kemudahan ada. Oleh kerana terlalu bosan rasa nak cepat-cepat keluar dari sini, tak kira apa pun terjadi, nasib dah pergi tengak sendiri rumah tu.......tu lah bila fikir balik macam tak nak pindah.....hmmmmmm lagi pun memang tak sanggup nak tinggal dengan roomate yang dah kahwin tu.....huh......tinggal lah sini wahai diri sampai transfer kampung sendiri.......... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 23-12-08 02:46
assalamualaikum... janganlah mengeluh.. ini baru ujian yang kecil.. nak elakkan fitnah janganlah duduk serumah dengan kawan tu.. kalau nak stay sekejap time husband dia tak ada tak mengapa.. tapi kena make sure jangan tiba-tiba husband dia balik rumah mengejut sudah.. nanti lain pula jadinya,, yang disangka isteri tapi rupanya orang luar.. p/s: suruh kawan inform dan minta izin dr suaminya dulu
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 23-12-08 08:25
Mula-mula memang semuanyan ok....tapi bila dah lama-lama nanti baru awan dapat rasa macam mana tensionnya dok numpang rumah orang..macam ana dulu tinggal dengan akak ipo and abang...biasalah awal-awal bau wangi..bila dah lama-lama sikit bau busuk lah...so lah ni dah hampir 3taun ana sewa rumah sendiri dok sensorang....ditemani dua puteri ana(kucing-kucing ana lah)baru terasa nikmatnya hidup sendiri dan tak perlu menumpang rumah orang lagi....so awan buat lah conclusion sendiri k.
|
nur_muslimin
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.12.2008 Ahli No: 36366
Posting: 49
Dari: matahari terbit
|
Posting pada: 01-02-09 12:05
bagi saya fikirla yang tebaik dari sudut hati awak dan banyakkan berdoa.insyaallah ada penyelesaiannya.bagi saya carila tempat yang lain sebab banyak yang negetif dari yang positif sebab mereka dah berkeluarga ----------------- د سيني برمولا سڬالاڽ
|
akasia
WARGA SETIA Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang
|
Posting pada: 01-02-09 15:49
fikir lah .,..saya rasa tak perlu agaknya.... lagipun mula-mula memang lah dia ok saja...tapi siapa tahu kan akan datang..mana lah tahu kut tiba-tiba laki dia syiookk sama kamu..huhuhu..kan ke haruuu
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 01-02-09 17:43
Tak perlu lah nak tinggal sekali. Ishh apa punya isteri lah kawan awak itu. sayang kawan ke sayang suami?kalau sayang suami patut dia tak ajak awak tingaal sekali. Zaman sekarang suami dengan org gaji pun scandal ini kan pula dengan kawan isteri, ingat dari mata turun ke hati. dari hati macam-macam boleh jadi. Oleh itu jauhi fitnah dan provaksi tingkatkan produksi. Sekian terima kasih
|
ibusoleha
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.10.2008 Ahli No: 35512
Posting: 69
Dari: KL-JB-B.Mertajam
|
Posting pada: 01-02-09 18:03
Salam, my oinion pula...bagi lah privacy kat yr friend & her husband itu...maybe dengan kehadiran org lain kat rumah dia itu...her husband akan rasa uncomfortable pula...
|
Jaafar072286
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.09.2008 Ahli No: 34934
Posting: 84
Dari: Johor
|
Posting pada: 01-02-09 18:07
awan biru janganla duduk dengan kawan yang nak kahwin tu.... Nanti husban dia minat dengan awan biru pula kan susah... Baik dijauhkn perkara yang buruk. Suruhla dia datang ke tempat awan biru bila dia sunyi. So tak dela suami dia bersua dengan awan biru.
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 01-02-09 23:27
nak update jugak lah akhirnya roomate saya tu dah faham agaknya.....dia berjanji pada saya kalau saya ada di rumah, dia akan pastikan yang suaminya tidak akan berada di rumah....(huh mana tau tiba-tiba saya balik, tak kan nak halau suami dia kan) sekarang dia tinggal juga menyewa bersama kawan saya yang juga single....huh....penat dah nak bagi kutbah.....bukan semua orang faham saya tak mahu tanggung risiko, kadang-kadang kita kena tegas....saya ambil keputusan untuk tinggal menyewa bersama semua rakan-rakan yang single2 lagi....hehe....sewa pun ok rm100 seorang..... ............. biarlah dia merayu2 dan bermasam muka dengan saya.... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|