Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-06-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 28 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: DEB Akan Dihapuskan Beransur-Ansur: Najib

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» DEB Akan Dihapuskan Beransur-Ansur: Najib

Please Mendaftar To Post

Oleh DEB Akan Dihapuskan Beransur-Ansur: Najib

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 24-10-08 22:15

Najib yakin unsur DEB boleh dihapuskan beransur-ansur

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (NEP) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

"Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila Bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

"Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

"Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti,"
katanya dalam wawancara melalui program "Bloomberg Voices" terbitan Bloomberg TV yang disiarkan secara rakaman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta memberi pandangan mengenai DEB oleh perantara program berkenaan, Haslinda Amin.

"Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian," katanya dalam program 30 minit itu. - Bernama

sumber Berita Hairan Online

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 24-10-08 22:28

TERKINI!!!...

hot dari malaysiakini pula:

---------------------------------------------------------------------------------------

Najib sokong tamat layanan istimewa orang Melayu secara beransur
Oct 24, 08 7:55pm

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu - ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan 'secara beransur-ansur', kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

"Jika kita tidak berubah, rakyat akan mengubah kita," kata Najib, 55, di pejabatnya di Putrajaya.

"Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti," kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan.

DEB digubal oleh bapa Najib, yang juga perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein - melalui peruntukan pekerjaan, rumah murah serta faedah yang lain. Kira-kira 65 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia adalah orang Melayu.

Dalam pilihanraya umum lalu, BN kembali berkuasa tetapi gagal mempertahankan penguasaan dua pertiga di Parlimen. BN juga tewas di empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor - dan PAS berjaya mengekal Kelantan dengan tambahan kerusi.

Menurut Bloomberg, dengan menawar untuk memansuhkan DEB, dalam tempoh masa yang tidak ditetapkan, dan menggantikannya dengan sistem berasaskan keperluan, Najib dilihat mengambil pendekatan hampir sama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga menyokong satu sistem yang berasaskan keperluan.

Anwar sedang berusaha untuk mengambil alih kuasa tetapi Rabu lalu, penasihat PKR itu berkata kini sukar untuk beliau menarik sokongan daripada ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan.

Calon tunggal

Najib merupakan calon tunggal setakat ini yang dicalonkan untuk jawatan presiden Umno oleh bahagian Umno yang sedang bermesyuarat sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melepaskan jawatannya kepada timbalannya, Najib Mac depan. Sebelum ini, Abdullah merancang menyerahkan kuasa pada 2010 tetapi telah dipercepatkan kepada awal tahun depan.

Beberapa penganalisa tidak begitu yakin yang Umno - selaku parti pendukung BN - bersedia untuk memansuhkan rancangan tersebut yang membantu ahli-ahlinya.

Penganalisa politik, Karim Raslan yang berpejabat di Kuala Lumpur dan Jakarta berkata, Umno belum dapat menerima sepenuhnya setakat ini bahawa parti itu perlu berubah.

"Saya tidak nampak keikhlasan yang cukup dari segi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh parti tersebut," katanya.

"Ramai pemimpin parti itu merasakan, degan menggantikan Abullah, mereka akan dapat menangani kelemahan tersebut. Saya tidak bersetuju dengan mereka. Saya tidak nampak banyak tanda-tanda (akan berlaku) pemulihan," kata kepada Bloomberg.

Berkongsi faedah

Dengan menamatkan program tersebut, ia akan mengakhiri ketidaksaksamaan antara kaum sejak berdekad-dekad lalu.

Kaum Cina dan India di Malaysia perlu mendapatkan kelulusan yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Orang Melayu juga mendapat keutamaan untuk memperolehi kontrak kerajaan dan apabila syarikat menjual sahamnya, 30 peratus mesti dijual kepada orang Melayu.

"Ia adalah satu cabaran yang besar," kata Najib dalam wawancara itu semalam.

"Mesti ada keazaman politik dan keinginan untuk berubah di dalam Umno. Saya tidak boleh mengharapkan rakyat melihat kita dari kaca mata yang baik kecuali kiita berubah, kecuali kita membaiki kelemahan kita," katanya.

Najib adalah lulusan ekonomi dari Universiti Nottingham di United Kingdom. Anggota keluarganya sudah lama memegang kedudukan yang tinggi dalam bidang politik dan dalam perniagaan. Bapanya, menjadi perdana menteri dari 1970 hingga 1976. Sepupu Najib - Datuk Hishammuddin Hussein - kini menjadi menteri pelajaran. Manakala adik bungsunya, Datuk Nazir Razak menerajui bank kedua terbesar di Malaysia - CIMB Group Bhd.

Dakwaan seks

Abdullah memilih Najib sebagai penggantinya walaupun timbalannya itu berdepan dengan beberapa kontroversi.

Najib telah menafikan dakwaan bahawa beliau ada kaitan dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia pada 2006, dan turut menafikan beliau mempunyai hubungan dengan wanita tersebut.

Seorang penganalisa politik yang bekerja untuk Najib, dituduh bersubahat dengan dua orang pegawai polis dalam pembunuhan tersebut.

Anwar juga menuduh Najib mendapatkan keuntungan daripada kontrak-kotrak peralatan pertahanan serta menuduh timbalan perdana menteri itu sebagai orang di sebalik tuduhan salahlaku seks terhadapnya.

Anwar telah menafikan tuduhan salahlaku seks tersebut, dan Najib pula menafikan dirinya terbabit membawa kes terhadap lawan politiknya, serta menafikan mendapat keuntungan daripada kontrak-kontrak pertahanan.

Bloomberg juga memetik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai berkata, Najib mesti memperjelaskan mengenai semua dakwaan terhadap dirinya.

"Malangnya, kita tidak ada calon lain. Kita tiada pilihan kecuali Najib," kata Dr Mahathir.

Dalam wawancara tersebut, Najib berkata tuduhan terhadapnya itu adalah tidak berasas.

http://www.malaysiakini.com/news/91914

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 01:18

Setahu saya lah kan DEB ni telah dikuburkan dan telah dititik noktahkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1990 dan ditukarkan kepada dasar ekonome wawasan. Tu yang ujudnya wawasan 2020 yang mengandungi 20 prinsip..Kenapa DEB ni ada balik ha???

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 09:22

DEB ibarat pari-pari yang terus segar dalam bed time story kepada seorang anak. Tidak lebih sebagai harapan palsu kepada si anak untuk tidur lena. Kerana itu ia diulang cerita saban waktu.

p/s: tunggu apa reaksi protester Melayu time depa 'pelangkung' Guan Eng dekat KOMTAR dulu..

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 10:18

Pada 25-10-08 09:22 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

DEB ibarat pari-pari yang terus segar dalam bed time story kepada seorang anak. Tidak lebih sebagai harapan palsu kepada si anak untuk tidur lena. Kerana itu ia diulang cerita saban waktu.

p/s: tunggu apa reaksi protester Melayu time depa 'pelangkung' Guan Eng dekat KOMTAR dulu..

Pelik juga pejuang-pejuang ketuanan melayu tak bersuara kali ini.. Bukan sekadar bed time story sahaja, dah hampir jadi nightmare dah sekarang ini..

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 10:44

Pada 25-10-08 10:18 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-10-08 09:22 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

DEB ibarat pari-pari yang terus segar dalam bed time story kepada seorang anak. Tidak lebih sebagai harapan palsu kepada si anak untuk tidur lena. Kerana itu ia diulang cerita saban waktu.

p/s: tunggu apa reaksi protester Melayu time depa 'pelangkung' Guan Eng dekat KOMTAR dulu..

Pelik juga pejuang-pejuang ketuanan melayu tak bersuara kali ini.. Bukan sekadar bed time story sahaja, dah hampir jadi nightmare dah sekarang ini..

kak hanan dan laskar Allah,bukankah DEB ni dah dimansuhkan masa zaman mahathir dulu?

Kenapa masa tu tiada tentangan dari mereka yang perjuangkan ketuanan melayu ni?

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:01

Akhirnya mereka kena mengakui yang malaysia ini dikongsi hidup berasama dengan kaum lain,atas hal itu perlu menjaga keharmonian antara kaum dengan berlaku adil dalam apa jua pembahagian hidup.Kita hanya perlu pada keadilan,jauh dari apa jua salah laku rasuah dan salah guna politik dan apa jua penyelewangan.Dan orang melayu tetap berdaulat dengan perlembagaan yang telah sedia termaktub.

Bookmark and Share

  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:08

**off topic sebentar**

Rashdin, hamba ada 2 perspektif peribadi yang mungkin Kenapa mereka tidak begitu lantang bersuara ketika era Mahathir:

1- Ketika itu adalah era kemuncak Mahathir membangunkan negara. Beliau telah membuat asas kepercayaan yang kukuh untuk rakyat meyakini apa sahaja yang beliau lakukan adalah logik untuk kebaikan negara. Seperti yang diketahui umum walaupun Mahathir mempunyai 'sisi gelap' sewaktu mentadbir, tetapi beliau juga bijak mendivert perhatian rakyat dengan beberapa tindakan & idea yang mengujakan serta tidak ketelaluan disifatkan sebagai melangkaui zamannya.

2- Mahathir adalah seorang yang tegas mempertahankan pendirian & tidak mempercayai sesiapa pun kecuali dirinya sendiri. Jadi siapa yang berani mengangkat muka kepada beliau? Jikalau ada, pasti orang tersebut telah bersedia membuat 'wasiat' untuk mengkafankan kerjaya politiknya!

**on topic semula**

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:26

saya pun sependapat dengan anda,tapi mahathir lebih banyak membawa kemusnahan berbanding kemajuan yang kita ada.contoh yang paling jelas mahathir yang meminda perlembagaan yang mengurangkan kuasa Raja2 dan terlibat dengan pemecatan haram hakim TSA

segalanya ada disini

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH MAHATHIR

Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera

Sidang pembaca yang waras.

Dalam tulisan saya kali ini, saya akan memfokuskan perbincangan saya kepada dasar-dasar yang diilhamkan oleh Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad (DSMM)terutama Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan Malaysia. Selain itu, saya akan menyentuh slogan Bersih, Cekap, dan Amanah yang sekian lama meniti di bibir rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat. Slogan ini begitu sinonim dengan DSMM dan juga menggambarkan harapan dan cita-cita tinggi DSMM untuk melihat rakyat Malaysia (terutama Perkhidmatan Awam) menjadikannya amalam dan pegangan dalam kehidupan harian. Tentu tidak banyak antara kita yang memikirkan apakah yang sebenarnya tersirat di sebalik slogan tersebut. Saya ingin mengajak sidang pembaca menyelami rahsia sebenarnya slogan tersebut (apa yang sebenarnya tersirat) di sebalik slogan yang indah itu. Bagi saya, tafsiran lain yang saya berikan kepada slogan baca itu berdasarkan keadaan semasa yang berlaku di negara kita.

1. BERSIH

Berdasarkan kemelut yang melanda negara kita pada hari ini, khususnya yang menyangkut kepimpinan dan kepemimpinan negara, BERSIH di sini dapat dilihat dari sudut berikut:

1.1 BERSIHkan orang-orang yang mulia akhlaknya daripada kerajaan supaya DSMM dan konco-konconya dapat bermaharajalela dan terus-terusan menipu dan membohongi rakyat dengan sifat MUNAFIK (kepura-puraan) mereka. Ini sangat jelas dalam kes pemecatan Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) dan rakan-rakan rapatnya yang benar-benar berjuang untuk memerangi ketidakadilan dan pengkhianatan DSMM dan konco-konconya. Dengan penyingkiran mereka daripada kepimpinan negara, maka semakin bermaharajalela DSMM dan juak-juaknya.

1.2 BERSIHkan alim ulama daripada meperkatakan yang hak dan benar kerana mereka ini menghantui mimpi indah DSMM dan konco-konconya. PemBERSIHan ini ketara dengan pemecatan alim ulama seperti Datuk Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor), penentangan terbuka DSMM terhadap alim ulama (dalam satu Perhimpunan Agung UMNO dua tahun lalu, DSMM pernah mengakui dan melabelkan dirinya sebagai ulama kerana beliau pakar dalam bidang perubatan - tafsiran tentang ulama yang sesat dan menyesatkan). Tindak tanduk dan gerak laku DSMM jelas menunjukkan beliau membenci ulama dan cuba mengikis pengaruh mereka di kalangan umat Islam yang sudah menampakkan tanda-tanda yang positif untuk menghayati dan mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka.

1.3 BERSIHkan hakim-hakim yang adil dan saksama kerana mereka ini menjadi ancaman kepada DSMM dan konco-konconya. DSMM meletakkan hakim yang diragui dari segi akauntabiliti dan kredibiliti mereka dalam memutuskan satu-satu perkara terutama yang tidak memihak kepada DSMM dan konco-konconya. Ini jelas dengan kes pemecatan Tun Salleh Abas dan pemindahan/pengguguran hakim yang tidak memihak kepada DSMM. Pelantikan Tun Eusuf Chin dan Datuk Mohtar Abdullah jelas membuktikan perkara ini (Kreadibiliti dan akauntabiliti mereka ini jelas diragui rakyat Malaysia yang berakal dan nampak tipu muslihat DSMM).

1.4 SapuBERSIHkan kekayaan negara untuk kepentingan DSMM dan kroninya (terutamanya anak-anak beliau). Adapun pembangunan yang disajikan kepada rakyat semata-mata untuk mengabuli mata mereka dan menunjukkan bahawa DSMM komited/iltizam untuk membangunkan negara. Sebaliknya, projek mega yang dilaksanakan lebih menguntungkan DSMM dan juak-juaknya dan rakyat kebanyakan sekadar melihat pembangunan tersebut sedangkan nasib mereka terus tidak terbela. Jelas, DSMM tidak melihat keutamaan dalam pembangunan negara. Sebabnya mudah sahaja, BERSIHkan dan BOLOTkan kekayaan negara untuk mengayakan DSMM dan konco-konconya. tiada suatu pun projek mega tersebut dinikmati rakyat bawahan/miskin kerana tidak mungkin mereka dapat terlibat sama dalam projek tersebut. Pemberian tender secara tertutup jelas sebagai bukti supaya projek mega tersebut tidak terjatuh ke tangan orang lain yang bukan daripada suku sakat dan konco-konco DSMM.

1.5 BERSIHkan anggota keselamatan negara (polis dan tentera) daripada mereka yang kuat imannya dan tidak mudah tergelap mata mereka dengan kekayaan yang disogokkan. Tentu kita tidak lupa pelantikan Jeneral (B) Datuk Hashim Md. Ali (abang ipar DSMM) mengepalai Angkatan Tentera Malaysia suatu ketika dahulu. Pada masa itu, DSMM sedang berdepan dengan krisis raja-raja (krisis perlembagaan) yang membunuh mati kekuasaan raja-raja Melayu yang menjadi keagungan orang Melayu. Begitu juga pelantikan Tan Sri Rahim Noor (KPN yang keparat itu) mengetahui Jabatan PDRM.

1.6 BERSIHkan kepercayaan dan ketaatan rakyat kepada pemimpin negara yang yang berwibawa dan berkarisma dengan menonjolkan/memfitnahkan mereka dengan fitnah/tohmahan yang begitu mengaibkan mereka. Sesiapa yang memberi sokongan (tertutup/terbuka) kepada mereka, maka mereka ditakut-takutkan dan diugut-ugut dengan apa cara sekalipun. DSMM dan konco-konconya dengan apa cara sekalipun (matlamat menghalalkan cara) supaya rakyat dapat diyakinkan dengan tuduhan/lemparan fitnah mereka yang melampau dan bertentangan dengan budaya, adat resam, dan lebih-lebih lagi hukum-hakam Islam. Kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana rakyat yang siuman dan waras tidak begitu mudah terpengaruh dengan taktik kotor dan jijik DSMM dan konco-konconya.

2. CEKAP

2.1 DSMM dan konco-konconya CEKAP memainkan peranan masing-masing untuk mengelirukan rakyat terutama melalui projek pembangunan yang hebat-hebat dan ucapan yang berapi-api sedangkan laba dan untungnya menggayutkan kantung DSMM dan konco-konconya.

2.2 Konco-konco DSMM atas perancangan licik dan licin DSMM CEKAP berseniwara sehingga rakyat percaya dengan tipu daya mereka sedangkan semuanya itu dilakukan bagi kepentingan diri mereka sendiri.

2.3 Dinasti DSMM CEKAP mengaut kekayaan yang melimpah ruah dengan meninggalkan sisanya untuk rakyat kebanyakan. Negara sudah merdeka sekian lama tetapi rakyat masih terpinggir daripada menikmati kekayaan negara secara sama rata dan adil saksama. Buktinya, projek bermilion dan berbilion ringgit yang disapu oleh DSMM dan konco-konconya. Tentu sidang pembaca ingin tahu bahawa DSMM sentiasa mendapat 15% daripada apa-apa sahaja projek mega yang dilaksanakan untuk dirinya dan suku sakatnya.

2.4 DSMM CEKAP memecat DSAI daripada semua jawatan dalam kerajaan dan parti (UMNO) supaya rahsia dan niat busuk/jahatnya tidak terbongkar dan kedudukannya tidak terancam.

2.5 DSMM CEKAP membina empayar/dinastinya supaya tidak diganggu gugat oleh mereka yang dianggap musuh dan pengacau dengan menggunakan (menyalahgunakan kuasanya dalam kerajaan dan parti) bagi menganiaya insan lain yang tidak berdosa.

2.6 DSMM CEKAP melindungi kepentingan dirinya dan konco-konconya darpada terhidu oleh rakyat kebanyakan dengan menjadikan DSAI sebagai kambing hitam. Sudah tentu DSAI mengetahui begitu banyak rahsia yang sulit-sulit tentang DSMM dan konco-konconya setelah bersama selama 16 tahun. Tidak mungkin selama 16 tahun DSAI bersama DSMM, beliau tidak tahu kepetualangan dan kebejitan DSMM. Sudah tentu jika DSAI tidak dihapuskan serta-merta daripada kerajaan dan parti, lebih-lebih lagi jika DSAI menjadi PM, segala rahsia/tembelang DSMM dan konco-konconya akan pecah dan ditelanjangkan kepada rakyat.

2.7 DSMM CEKAP menggunakan PDRM dan ISA untuk menundukkan sesiapa sahaja yang dianggap/dikira sebagai musuhnya. Ini terbukti dengan tindakan yang diambil pihak polis (berketuakan Tan Sri Rahim Noor) terhadap rakyat yang terang-terangan/sembunyi-sembunyi menyokong DSAI.

2.8 DSMM CEKAP menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO, dan Menteri Dalam Negeri untuk menghapuskan musuhnya. DSMM mempergunakan sebaik-baiknya dan seoptimumnya kuasa yang ada padanya untuk membunuh orang lain.

2.9 DSMM CEKAP menggunakan anggota MT UMNO dan sesiapa yang bersekongkol dengannya (berkepentingan) untuk menyebarkan dakyah dan fitnahnya supaya disampaikan kepada rakyat.

2.10 DSMM CEKAP mempergunakan media-media massa untuk kepentingan politik dan memeliharakan kedudukannya supaya tidak tergugat.

2.11 DSMM CEKAP mepergunakan ulama upahan dalam UMNO (terutama Dr. Abdul Hamid Othman) untuk mempertahankan tindakannya menurut perspektif Islam kononnya.

2.12 DSMM CEKAP mempergunakan musuh-musuh politiknya pada masa lalu (seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Ibrahim Ali, Rais Yatim dll.), ahli politik buangan (seperti Ghaffar Baba, Rahim Tamby Chik, Muhammad Muhammad Taib dll.), tali barutnya (seperti Taib Mahmud, Sanusi Junid, Rafidah Aziz, Zaharah Sulaiman, Sulaiman Muhammad dll.), baruanya (seperti Daim Zainuddin, Sabaruddin Chik, Megat Junid Megat Ayob, Hamid Albar, Muhamad Rahmat, Abdullah Ahmad Badwi, Isa Samad, Najib Razak dll.), kakitangan awam/bekas kakitangan awam (seperti Rahim Noor, Hanif Omar, Md. Said Awang, dll.), dan kuda-kuda tunggangannya (seperti Mohtar Abdullah, Eusuf Chin, Augustine Paul, Wahab Patail, Gani Patail dll.) untuk sama-sama bersubahat menganiaya orang lain untuk terus menegakkan benang basah dan sifat kebinatangan DSMM.

3. AMANAH

3.1. DSMM AMANAH menjaga kepentingan kroni-kroni, suku sakat, juak-juak, barua-barua, kuda-kuda tunggangannya, dan yang bersekongkol dengannya supaya mereka terselamat.

3.2 DSMM bijak menjaga mereka dalam 3.1 dan 2.12 di atas untuk menjaga AMANAH sebagai pengkhianat dan pendusta agar tidak terbocor kepetualangan dan pengkhianatannya.

3.3 DSMM cuba sedaya upaya menjaga AMANAHnya dalam kerajaan dan parti untuk menganiaya dan mengkhianati insan lain yang belum tentu dosa dan kesalahan terutama DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dan sahabat-sahabatnya.

http://www.tranungkite.net/lama/feb/imbas1.htm

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:37

Semoga Allah mengampunkan TDM atas legasi khilaf & memberi rahmat atas jasa beliau yang tidak juga kita nafikan.

Back to topic, Najib diketahui umum adalah pewaris TDM. Jadi pengumumam ini bolehlah disifatkan sebagai menyambung 'amanah' TDM untuk melihat Melayu maju tanpa tongkat.

DSAI berkongsi impian yang sama seperti TDM, tetapi takdir beliau berada diluar UMNO, maka idea beliau ditafsir Racun kepada Melayu walhal itulah solusi awal untuk memajukan Melayu.

Hanya elit Melayu diatas yang panas pabila DEB ini hendak dihapuskan kerana itulah sumber mata pencarian mereka.

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:46

Pada 25-10-08 11:37 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Back to topic, Najib diketahui umum adalah pewaris TDM. Jadi pengumumam ini bolehlah disifatkan sebagai menyambung 'amanah' TDM untuk melihat Melayu maju tanpa tongkat.

Jika dibaca ayat diatas seakan kita melihat Najib cuba menjadi Hero yang kononnya ingin memperjuangkan Melayu. Think tank Najib amat genius dalam mencipta isu yang boleh mengelirukan rakyat sekaligus menampakkan Najib mempunyai visi seperti DSAI. Apa tujuannya, sama-sama kita nantikan.

p/s: bersangka baik pun boleh, tapi bagaimana sangkaan buruk?

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:48

Pada 25-10-08 11:37 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Semoga Allah mengampunkan TDM atas legasi khilaf & memberi rahmat atas jasa beliau yang tidak juga kita nafikan.

Back to topic, Najib diketahui umum adalah pewaris TDM. Jadi pengumumam ini bolehlah disifatkan sebagai menyambung 'amanah' TDM untuk melihat Melayu maju tanpa tongkat.

DSAI berkongsi impian yang sama seperti TDM, tetapi takdir beliau berada diluar UMNO, maka idea beliau ditafsir Racun kepada Melayu walhal itulah solusi awal untuk memajukan Melayu.

Hanya elit Melayu diatas yang panas pabila DEB ini hendak dihapuskan kerana itulah sumber mata pencarian mereka.

rasanya 27 juta rakyat tak dapat maafkan TDM atas segala kebejatan yang beliau dah buat.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:52

Pada 25-10-08 11:48 , Rashdin posting:

meminjam kata encik rashdin : cerita lama buat apa mahu ingat lagi.    

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=39299&forum=2&#f571801

-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:53

!!! QUOTE !!!

Pelik juga pejuang-pejuang ketuanan melayu tak bersuara kali ini.. Bukan sekadar bed time story sahaja, dah hampir jadi nightmare dah sekarang ini..

pejuang melayu ketandusan idea..

Bookmark and Share

  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:54

Pada 25-10-08 11:53 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Pelik juga pejuang-pejuang ketuanan melayu tak bersuara kali ini.. Bukan sekadar bed time story sahaja, dah hampir jadi nightmare dah sekarang ini..

pejuang melayu ketandusan idea..
macam yang orang kata macam semut pakai baju...

agaknya dah dibayar ransom juta2 tu yang senyap pejuang melayu kita ni kan?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:56

Sedangkan Nabi ampunkan umat Rashdin... Terpulang pada setiap individu melihat dari kacamata mereka..

By the way rashdin, DSAI telah pun memaafkan TDM. Kesilapan warga terdahulu jadikan panduan bagi kita warga baru untuk membetulkannya. Kesilapan adalah pintu untuk kita belajar.

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 11:56

Pada 25-10-08 11:52 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-10-08 11:48 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-10-08 11:37 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Semoga Allah mengampunkan TDM atas legasi khilaf & memberi rahmat atas jasa beliau yang tidak juga kita nafikan.

Back to topic, Najib diketahui umum adalah pewaris TDM. Jadi pengumumam ini bolehlah disifatkan sebagai menyambung 'amanah' TDM untuk melihat Melayu maju tanpa tongkat.

DSAI berkongsi impian yang sama seperti TDM, tetapi takdir beliau berada diluar UMNO, maka idea beliau ditafsir Racun kepada Melayu walhal itulah solusi awal untuk memajukan Melayu.

Hanya elit Melayu diatas yang panas pabila DEB ini hendak dihapuskan kerana itulah sumber mata pencarian mereka.

rasanya 27 juta rakyat tak dapat maafkan TDM atas segala kebejatan yang beliau dah buat.

meminjam kata encik rashdin : lupakanlah kisah lama..yang dah lepas tu lepas lah....

tapi salah dia memang amat melampau dan perlu dihadapkan ke muka pengadilan segera.lagi bagus bagi TDM untuk pilih sama ada mahu diadili disini atau diadili di sana?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 12:00

Hurm, hamba rasa cukup bicara kita tentang TDM. Kembali kepada topic.

p/s: Sejarah tak mungkin dipinda, tapi boleh ditempa.

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 20:00

apa dia salah mahathir rashdin.tolong listkan.sebab 'salah' dia lah ramai orang pakat boleh pakai internet.naik kereta waja.pergi mekah dengan urusan tabung haji.belajar kat uia.besarnya kesalahan beliau....ist ist

-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  

posticon Posting pada: 25-10-08 20:19

Pada 24-10-08 22:15 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Najib yakin unsur DEB boleh dihapuskan beransur-ansur

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (NEP) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

Kalau ia diwujudkan untuk mengkayakan kroni lebih baik ditiadakan tapi kalau benar-benar untuk membantu bangsa Melayu Marhain khususnya yang sudah tempang sejak zaman kesultanan melayu lagi baiklah diteruskan....
Realiti sekarang ni sapa yang kaya....dapat lesen itu dan ini tapi yang kaya orang bukan Islam jugak.....Orang Melayu yang mengaku Islam dapat serbuk saja tapi orang bukan Islam dapat patinya....

-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 22:13

Pada 25-10-08 20:00 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

apa dia salah mahathir rashdin.tolong listkan.sebab 'salah' dia lah ramai orang pakat boleh pakai internet.naik kereta waja.pergi mekah dengan urusan tabung haji.belajar kat uia.besarnya kesalahan beliau....ist ist

segalanya ada disini

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH MAHATHIR

Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera

Sidang pembaca yang waras.

Dalam tulisan saya kali ini, saya akan memfokuskan perbincangan saya kepada dasar-dasar yang diilhamkan oleh Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad (DSMM)terutama Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan Malaysia. Selain itu, saya akan menyentuh slogan Bersih, Cekap, dan Amanah yang sekian lama meniti di bibir rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat. Slogan ini begitu sinonim dengan DSMM dan juga menggambarkan harapan dan cita-cita tinggi DSMM untuk melihat rakyat Malaysia (terutama Perkhidmatan Awam) menjadikannya amalam dan pegangan dalam kehidupan harian. Tentu tidak banyak antara kita yang memikirkan apakah yang sebenarnya tersirat di sebalik slogan tersebut. Saya ingin mengajak sidang pembaca menyelami rahsia sebenarnya slogan tersebut (apa yang sebenarnya tersirat) di sebalik slogan yang indah itu. Bagi saya, tafsiran lain yang saya berikan kepada slogan baca itu berdasarkan keadaan semasa yang berlaku di negara kita.

1. BERSIH

Berdasarkan kemelut yang melanda negara kita pada hari ini, khususnya yang menyangkut kepimpinan dan kepemimpinan negara, BERSIH di sini dapat dilihat dari sudut berikut:

1.1 BERSIHkan orang-orang yang mulia akhlaknya daripada kerajaan supaya DSMM dan konco-konconya dapat bermaharajalela dan terus-terusan menipu dan membohongi rakyat dengan sifat MUNAFIK (kepura-puraan) mereka. Ini sangat jelas dalam kes pemecatan Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) dan rakan-rakan rapatnya yang benar-benar berjuang untuk memerangi ketidakadilan dan pengkhianatan DSMM dan konco-konconya. Dengan penyingkiran mereka daripada kepimpinan negara, maka semakin bermaharajalela DSMM dan juak-juaknya.

1.2 BERSIHkan alim ulama daripada meperkatakan yang hak dan benar kerana mereka ini menghantui mimpi indah DSMM dan konco-konconya. PemBERSIHan ini ketara dengan pemecatan alim ulama seperti Datuk Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor), penentangan terbuka DSMM terhadap alim ulama (dalam satu Perhimpunan Agung UMNO dua tahun lalu, DSMM pernah mengakui dan melabelkan dirinya sebagai ulama kerana beliau pakar dalam bidang perubatan - tafsiran tentang ulama yang sesat dan menyesatkan). Tindak tanduk dan gerak laku DSMM jelas menunjukkan beliau membenci ulama dan cuba mengikis pengaruh mereka di kalangan umat Islam yang sudah menampakkan tanda-tanda yang positif untuk menghayati dan mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka.

1.3 BERSIHkan hakim-hakim yang adil dan saksama kerana mereka ini menjadi ancaman kepada DSMM dan konco-konconya. DSMM meletakkan hakim yang diragui dari segi akauntabiliti dan kredibiliti mereka dalam memutuskan satu-satu perkara terutama yang tidak memihak kepada DSMM dan konco-konconya. Ini jelas dengan kes pemecatan Tun Salleh Abas dan pemindahan/pengguguran hakim yang tidak memihak kepada DSMM. Pelantikan Tun Eusuf Chin dan Datuk Mohtar Abdullah jelas membuktikan perkara ini (Kreadibiliti dan akauntabiliti mereka ini jelas diragui rakyat Malaysia yang berakal dan nampak tipu muslihat DSMM).

1.4 SapuBERSIHkan kekayaan negara untuk kepentingan DSMM dan kroninya (terutamanya anak-anak beliau). Adapun pembangunan yang disajikan kepada rakyat semata-mata untuk mengabuli mata mereka dan menunjukkan bahawa DSMM komited/iltizam untuk membangunkan negara. Sebaliknya, projek mega yang dilaksanakan lebih menguntungkan DSMM dan juak-juaknya dan rakyat kebanyakan sekadar melihat pembangunan tersebut sedangkan nasib mereka terus tidak terbela. Jelas, DSMM tidak melihat keutamaan dalam pembangunan negara. Sebabnya mudah sahaja, BERSIHkan dan BOLOTkan kekayaan negara untuk mengayakan DSMM dan konco-konconya. tiada suatu pun projek mega tersebut dinikmati rakyat bawahan/miskin kerana tidak mungkin mereka dapat terlibat sama dalam projek tersebut. Pemberian tender secara tertutup jelas sebagai bukti supaya projek mega tersebut tidak terjatuh ke tangan orang lain yang bukan daripada suku sakat dan konco-konco DSMM.

1.5 BERSIHkan anggota keselamatan negara (polis dan tentera) daripada mereka yang kuat imannya dan tidak mudah tergelap mata mereka dengan kekayaan yang disogokkan. Tentu kita tidak lupa pelantikan Jeneral (B) Datuk Hashim Md. Ali (abang ipar DSMM) mengepalai Angkatan Tentera Malaysia suatu ketika dahulu. Pada masa itu, DSMM sedang berdepan dengan krisis raja-raja (krisis perlembagaan) yang membunuh mati kekuasaan raja-raja Melayu yang menjadi keagungan orang Melayu. Begitu juga pelantikan Tan Sri Rahim Noor (KPN yang keparat itu) mengetahui Jabatan PDRM.

1.6 BERSIHkan kepercayaan dan ketaatan rakyat kepada pemimpin negara yang yang berwibawa dan berkarisma dengan menonjolkan/memfitnahkan mereka dengan fitnah/tohmahan yang begitu mengaibkan mereka. Sesiapa yang memberi sokongan (tertutup/terbuka) kepada mereka, maka mereka ditakut-takutkan dan diugut-ugut dengan apa cara sekalipun. DSMM dan konco-konconya dengan apa cara sekalipun (matlamat menghalalkan cara) supaya rakyat dapat diyakinkan dengan tuduhan/lemparan fitnah mereka yang melampau dan bertentangan dengan budaya, adat resam, dan lebih-lebih lagi hukum-hakam Islam. Kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana rakyat yang siuman dan waras tidak begitu mudah terpengaruh dengan taktik kotor dan jijik DSMM dan konco-konconya.

2. CEKAP

2.1 DSMM dan konco-konconya CEKAP memainkan peranan masing-masing untuk mengelirukan rakyat terutama melalui projek pembangunan yang hebat-hebat dan ucapan yang berapi-api sedangkan laba dan untungnya menggayutkan kantung DSMM dan konco-konconya.

2.2 Konco-konco DSMM atas perancangan licik dan licin DSMM CEKAP berseniwara sehingga rakyat percaya dengan tipu daya mereka sedangkan semuanya itu dilakukan bagi kepentingan diri mereka sendiri.

2.3 Dinasti DSMM CEKAP mengaut kekayaan yang melimpah ruah dengan meninggalkan sisanya untuk rakyat kebanyakan. Negara sudah merdeka sekian lama tetapi rakyat masih terpinggir daripada menikmati kekayaan negara secara sama rata dan adil saksama. Buktinya, projek bermilion dan berbilion ringgit yang disapu oleh DSMM dan konco-konconya. Tentu sidang pembaca ingin tahu bahawa DSMM sentiasa mendapat 15% daripada apa-apa sahaja projek mega yang dilaksanakan untuk dirinya dan suku sakatnya.

2.4 DSMM CEKAP memecat DSAI daripada semua jawatan dalam kerajaan dan parti (UMNO) supaya rahsia dan niat busuk/jahatnya tidak terbongkar dan kedudukannya tidak terancam.

2.5 DSMM CEKAP membina empayar/dinastinya supaya tidak diganggu gugat oleh mereka yang dianggap musuh dan pengacau dengan menggunakan (menyalahgunakan kuasanya dalam kerajaan dan parti) bagi menganiaya insan lain yang tidak berdosa.

2.6 DSMM CEKAP melindungi kepentingan dirinya dan konco-konconya darpada terhidu oleh rakyat kebanyakan dengan menjadikan DSAI sebagai kambing hitam. Sudah tentu DSAI mengetahui begitu banyak rahsia yang sulit-sulit tentang DSMM dan konco-konconya setelah bersama selama 16 tahun. Tidak mungkin selama 16 tahun DSAI bersama DSMM, beliau tidak tahu kepetualangan dan kebejitan DSMM. Sudah tentu jika DSAI tidak dihapuskan serta-merta daripada kerajaan dan parti, lebih-lebih lagi jika DSAI menjadi PM, segala rahsia/tembelang DSMM dan konco-konconya akan pecah dan ditelanjangkan kepada rakyat.

2.7 DSMM CEKAP menggunakan PDRM dan ISA untuk menundukkan sesiapa sahaja yang dianggap/dikira sebagai musuhnya. Ini terbukti dengan tindakan yang diambil pihak polis (berketuakan Tan Sri Rahim Noor) terhadap rakyat yang terang-terangan/sembunyi-sembunyi menyokong DSAI.

2.8 DSMM CEKAP menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO, dan Menteri Dalam Negeri untuk menghapuskan musuhnya. DSMM mempergunakan sebaik-baiknya dan seoptimumnya kuasa yang ada padanya untuk membunuh orang lain.

2.9 DSMM CEKAP menggunakan anggota MT UMNO dan sesiapa yang bersekongkol dengannya (berkepentingan) untuk menyebarkan dakyah dan fitnahnya supaya disampaikan kepada rakyat.

2.10 DSMM CEKAP mempergunakan media-media massa untuk kepentingan politik dan memeliharakan kedudukannya supaya tidak tergugat.

2.11 DSMM CEKAP mepergunakan ulama upahan dalam UMNO (terutama Dr. Abdul Hamid Othman) untuk mempertahankan tindakannya menurut perspektif Islam kononnya.

2.12 DSMM CEKAP mempergunakan musuh-musuh politiknya pada masa lalu (seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Ibrahim Ali, Rais Yatim dll.), ahli politik buangan (seperti Ghaffar Baba, Rahim Tamby Chik, Muhammad Muhammad Taib dll.), tali barutnya (seperti Taib Mahmud, Sanusi Junid, Rafidah Aziz, Zaharah Sulaiman, Sulaiman Muhammad dll.), baruanya (seperti Daim Zainuddin, Sabaruddin Chik, Megat Junid Megat Ayob, Hamid Albar, Muhamad Rahmat, Abdullah Ahmad Badwi, Isa Samad, Najib Razak dll.), kakitangan awam/bekas kakitangan awam (seperti Rahim Noor, Hanif Omar, Md. Said Awang, dll.), dan kuda-kuda tunggangannya (seperti Mohtar Abdullah, Eusuf Chin, Augustine Paul, Wahab Patail, Gani Patail dll.) untuk sama-sama bersubahat menganiaya orang lain untuk terus menegakkan benang basah dan sifat kebinatangan DSMM.

3. AMANAH

3.1. DSMM AMANAH menjaga kepentingan kroni-kroni, suku sakat, juak-juak, barua-barua, kuda-kuda tunggangannya, dan yang bersekongkol dengannya supaya mereka terselamat.

3.2 DSMM bijak menjaga mereka dalam 3.1 dan 2.12 di atas untuk menjaga AMANAH sebagai pengkhianat dan pendusta agar tidak terbocor kepetualangan dan pengkhianatannya.

3.3 DSMM cuba sedaya upaya menjaga AMANAHnya dalam kerajaan dan parti untuk menganiaya dan mengkhianati insan lain yang belum tentu dosa dan kesalahan terutama DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dan sahabat-sahabatnya.

http://www.tranungkite.net/lama/feb/imbas1.htm

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 22:19

Rashdin, hal diatas telah dipost buat kali ke-2...

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 22:24

Pada 25-10-08 22:19 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Rashdin, hal diatas telah dipost buat kali ke-2...

saya post pun atas permintaan trouver yang nak saya senaraikan kesalahan mahathir

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 22:35

Najib 'pusing' 360 darjah:

Not all NEP elements will go, Najib aide clarifies

Najib says he is ready to dismantle a decades-old policy favouring Malays.

KUALA LUMPUR, Oct 25 —Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has said he is ready to dismantle a decades-old policy favouring Malays, marking a significant change from the government's staunch defence of the policy in the pasti.

A close aide to Najib, however, told The Straits Times that the Deputy Premier had said there would be a “gradual liberalisation of some of the elements of NEP”, and not the entire programme.

This could take place in the “not-too-distant future”, Najib had earlier said of the New Economic Policy (NEP) set up in 1971 by his father, Tun Abdul Razak, the then-premier, to help the country's Malays.

His remarks appear to be aimed at appeasing disgruntled non-Malays as well as disillusioned Malay youth who say the NEP serves only the interests of a select few, say observers.

“If we do not change, the people will change us. In the not-too-distant future, we will see all the elements of the New Economic Policy being replaced,” he said in an interview with Bloomberg.

The policy favours ethnic Malays and indigenous groups, or Bumiputeras, in public offerings, housing, government scholarships, procurement and employment. It has repeatedly drawn criticism from non-Malays, who complain it has led to distortions in the economy and cronyism.

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had also capitalised on unhappiness with the NEP while pushing his multiracial platform — which contributed to his coalition's surprise victory in the March polls — and said he would scrap it if he seizes power.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/11133-not-all-nep-elements-will-go-najib-aide-clarifies

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 25-10-08 22:52

Najib punca 50,000 bumiputera menganggur

Saya berpendapat bahawa punca pengangguran di Malaysia ada hasil dari kerja Najib semasa beliau menjadi menteri pendidikan. Tindakannya memperkenalkan banyak institut swasta yang tidak berkualiti dan main'sardin'kan universiti tempatan menjadi punca akan fenomena pengangguran siswazah bumiputera.

Kenapa hanya bumiputera, sukar difahami, namun kaum cina tidak menghadapi fenomena ini kerana mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan sokongan dari pelbagai pertubuhan cina.

Najib telah menyebabkan kualiti pendidikan di Universiti menurun dengan pertambahan pelajar yang mendadak demi menyokong agenda politiknya. Satu bilik di universiti yang hanya memiliki dua meja diisi sehingga 4 orang pelajar. Tidak termasuk nisbah penysrah-pelajar yang membimbangkan dan pelbagai lagi telah menyebabkan penurunan kualiti akibat penambahan kuantiti.

Semasa beliau menjadi menteri pendidikan juga beliau memperbanyakkan Institut pengajian swasta hingga mengabaikan kualiti. Ada IPTS tersebut hanya mementingkan keuntungan semata-mata. UKM yang berkerjasama dengan IPTS untuk program matrikulasinya pada tahun tersebut telah mengakibatkan hampir 2 ribu pelajarnya gagal. Sesetengah IPTS tidak memiliki kemudahan yang mencukupi malah tenaga pengajar pun kurang.

Beliau memang seorang yang bagus tetapi tidak layak menjadi perdana menteri. Kita tidak mahu seorang yang mementingkan agenda politik jangka pendeknya hingga mengorbankan masa depan negara. Beliau tidak layak menjadi perdana menteri. Jika anda menyokong saya datanglah ke http://antinajib.blogspot.com/ untuk kita sama-sama berkempen.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 27-10-08 21:23

gerakan pun sokong DEB dimansuhkan

Gerakan backs Najib on removing Malay privileges
By Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, Oct 25 - Gerakan has backed Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's readiness to dismantle the decades-old New Economic Policy (NEP) which affirms Bumiputeras.

"The NEP has, in general, achieved eradicating absolute poverty and restructuring society. However, certain aspects of its implementation have led to controversy and discontent, especially amongst the lower and middle classes of all races," president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon responded today.

Najib, who is set to take over as Prime Minister after the Umno party polls in March, had commented on the NEP in an interview with Bloomberg yesterday, saying: "In the not-too-distant future, we will see all the elements of the NEP being replaced."

Koh added that weaknesses in the NEP must be analysed and rectified before a future strategy which looks not just at "quantity and quota but achieving higher quality and greater equality."

The former Penang Chief Minister's statement comes after months of unrest in his party, where many grassroot members have called on the party to exit the Umno-led Barisan Nasional coalition, citing unequality and arrogance on the part of Umno.

Koh himself had said, ahead of Gerakan's national delegates conference which was held a fortnight ago, that the party must have a "more meaningful role" in BN.

The party leadership had asked delegates to concentrate on electing a new central committee at the conference with matters concerning its position in BN to be deferred to a special emergency meeting at a
later date.

However, the meeting has yet to be confirmed as Koh stated that he would prefer to go to the states to get feedback on the matter.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 27-10-08 21:31

Keluar Topik;

Rashdin, rugi betul teman tak dapat jumpa meke masa JK Eid di hari itu. Teman nak sangat jumpa meke ni.

Rashdin, cuma meke ulas artikel2 yang meke postkan tu? teman tak berminat nak tengok coretan urang lain. Teman nak tengok meke ulas apa yang termaktub dalam artikel itu.

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 27-10-08 21:33

!!! QUOTE !!!

saya pun sependapat dengan anda,tapi mahathir lebih banyak membawa kemusnahan berbanding kemajuan yang kita ada.

bila meke menyebut perkara ini, ia semestinya boleh diukur sebab meke gunekan perkatan 'berbanding'. cuma meke senaraiperatuskan perbezaan nisbah keduanya?

Meke dah senaraikan segala yang positif terhadap hipotesis meke seperti yang senaraipanjang kat atas tu.
Hipotesis meke 'mahathir lebih banyak membawa kemusnahan berbanding kemajuan yang kita ada'

Jadi buktikan secara kukuh....

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 27-10-08 21:35

Pada 27-10-08 21:31 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Keluar Topik;

Rashdin, rugi betul teman tak dapat jumpa meke masa JK Eid di hari itu. Teman nak sangat jumpa meke ni.

Rashdin, cuma meke ulas artikel2 yang meke postkan tu? teman tak berminat nak tengok coretan urang lain. Teman nak tengok meke ulas apa yang termaktub dalam artikel itu.

Sorry ye.selalu kita dengar dalam media perdana yang mana jika apa yang kerajaan buat maka semua sokong tanpa usul periksa.tapi jika pihak lain buat,mulalah dianggap dengan macam-macam panggilan.

tentang isu ni,Kenapa pula tiada protes2 untuk menentang cadangan najib ni?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 27-10-08 21:38

teman tak mahu jawapan itu, teman mahu meke jawap apa yang teman tanya tu. Harap meke paham...

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-10-08 00:12

Pada 27-10-08 21:33 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

saya pun sependapat dengan anda,tapi mahathir lebih banyak membawa kemusnahan berbanding kemajuan yang kita ada.

bila meke menyebut perkara ini, ia semestinya boleh diukur sebab meke gunekan perkatan 'berbanding'. cuma meke senaraiperatuskan perbezaan nisbah keduanya?

Meke dah senaraikan segala yang positif terhadap hipotesis meke seperti yang senaraipanjang kat atas tu.
Hipotesis meke 'mahathir lebih banyak membawa kemusnahan berbanding kemajuan yang kita ada'

Jadi buktikan secara kukuh....

adoiii,cuba baca balik apa yang saya post di atas tu,ada saya selitkan banyak kerosakan yang dibawa oleh mahathir

dan yang paling saya marah bila mahathir bertindak meminda perlembagaan yang memberikan dia kuasa melebihi sultan/raja melayu.

peristiwa memali itu pun adalah dibawah arahan secara tidak langsung dari TDM yang menjadikan Tun Musa Hitam sebagai kambing hitam dan seterusnya menendangnya dari jawatan TPM dan berlarutan sehingga DSAI dipecat pada 1998 melalui konspirasi/tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 28-10-08 00:30

!!! QUOTE !!!

dan yang paling saya marah bila mahathir bertindak meminda perlembagaan yang memberikan dia kuasa melebihi sultan/raja melayu.

peristiwa memali itu pun adalah dibawah arahan secara tidak langsung dari TDM yang menjadikan Tun Musa Hitam sebagai kambing hitam dan seterusnya menendangnya dari jawatan TPM dan berlarutan sehingga DSAI dipecat pada 1998 melalui konspirasi/tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

seperti kata rashdin seblom ni
cerita lama apa mahu ingat lagi :jangan: :jangan: :jangan: :jangan:

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=39299&forum=2&#f571789

-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 28-10-08 07:02

Rashdin, meke paham ke tak soalan? teman minte meke buktikan secara kukuh yang Mahathir banyak membawa kemusnahan... Buat perbandingan. Bukan senarai yang buruk saja. Senarai juga yang baik kemudian buat analisis dan sampaikan inferensinye.

Setahu teman, secara skimatiknya graf Reputasi Malaysia berada dipuncak bilamana dibawah kepimpinan Dr. Mahathir, bila Pak Lah masuk graf mula menyusut....

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-10-08 10:52

Pada 28-10-08 07:02 , Daeng_Jati posting:

saya akui yang mahathir banyak bawa kemajuan pada kita seperti MSC(tapi sekarang apa sudah jadi dengan MSC?)

tapi ia juga kerana gandingan TDM dengan DSAI dan kita tak boleh nafikan sumbangan DSAI masa dia jadi TPM dulu

dan ini adalah kehancuran yang dibawa oleh mahathir

1. Membuat Fitnah, pembohongan dan kezaliman kepada rakyat Malaysia

1.1 Membuat fitnah tuduhan zina, meliwat, membunuh, menghasut rakyat, membocorkan rahsia negara, rasuah dan segala kecurangan yang boleh difikirkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pandangan masyarakat merupakan seorang yang sangat dipercayai, istiqamah dengan perjuangan, kerja dan baik amal ibadatnya.

Tindakan serta perlakuan beliau tidak di ragui dan pembelaannya terhadap rakyat bukannya sedikit. Harta beliau terlalu sedikit berbanding dengan semua menteri termasuk timbalan menteri dan setiausaha parlimen. Beliau mempunyai keluarga yang bahagia dengan seorang isteri dan enam orang anak yang berperibadi baik. Fail beliau dalam BPR telah ditutup kerana tiada kes tetapi fail menteri yang lain termasuk Mahathir masih terbuka dan sukar untuk diselesaikan. Kes pekerti moral, perilaku buruk dan sebagainya tidak pernah timbul. Seandainya beliau ada salahlaku moral seperti yang didakwa, sudah tentu berpuluh bukti nya telah dikeluarkan oleh Mahathir sekarang ini jika memandangkan bertapa terdesaknya Mahathir dengan isu ini, lebih besar dari kegawatan ekonomi.

Menurut Dr Yusof Qardawi dalam fatwanya;

"Menuduh orang-orang yang bersih dengan tomahan-tomahan terutamanya tomahan-tomahan yang bersar seperti zina, liwat dan membunuh merupakan satu yang diharamkan secara tegas dalam Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azabNya. Ini kerana tomahan-tomahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ia juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya."

Jesteru itu kita harus berhati-hati agar tidak terseret bersama Mahathir dan kuncu-kuncunya sebagai penyebar fitnah yang diumpamakan ‘memakan daging mentah manusia.’

1.2 Fitnah yang melanggar perundangan negara

Mahathir sekarang ini sedang menunggu tape video yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon amerika di Amerika Syarikat yang bermirip Sdr. Anwar setelah dimekap, diedit untuk serangan seterusnya kerana tape yang beliau edarkan sekarang tidak meyakinkan kerana pembikinan palsu ini tidak meyakinkan kerana kualiti penyamaran rendah.

Jika kita membaca akhbar,filem sex menggunakan pelakon mirip Clinton dan Monica sedang diusahakan untuk pasaran komersial.

Sehubungan itu Mahathir adalah pengusaha dan pengedar filem lucah eksklusif Malaysia. Dalam usahanya menerbit filem kedua dan seterusnya, tidak hairanlah beliau akan menjadi Pemimpin Negara pertama yang mengusahakan industri filem lucah di Dunia.

‘Malaysia Boleh! Che Det Boleh!’

1.3 Memberikan laporan dan berita palsu kepada pemimpin, media, rakyat terutamanya pihak polis (dengan kerjasama Rahim Noor) dan ahli-ahli UMNO (melalui MKT)

Berita diputar belitkan agar masyarakat khususnya ahli UMNO mendapat gambaran yang salah tentang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan bekan Presiden UMNO. Mereka cuba memburukkan namanya sedemikian rupa seolah-olah Sdr. Anwarlah sekeji-keji dan sejahat manusia di bumi ini. Perhimpunan 100,000 dikatakan 10,000, rakyat yang berhimpun secara aman dikatakan merusuh (pihak tertentu sengaja masuk kecelah barisan rakyat dan sengaja membuat huru-hara) dan lain-lain.

Ingatlah saudara-sauda sekelian, keadaan sebeginilah yang dilalui oleh nabi dan rasul, ulama' terdahulu, pejuang-pejuang Islam, pejuang-pejuang kebenaran di mana mereka diburukkan sehina-hinanya di mata masyarakat agar mereka yang zalim itu dilihat sebagai pemerintah yang baik. Fikirlah dan singkap kembali peribadi dan sejarah mereka yang yang sekarang ini mencerca Sdr. Anwar seolah-olah mereka itu Muslim yang taat pada Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimap oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman bersamanay: Bilakah datangnya pertolongan Allah. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

(Surah Al-Baqarah: 214)

2 Penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri

Menggunakan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang tidak berperi kemanusiaan sewenang-wenangnya kepada musuh politik beliau.

Ini termasuk kepada yang.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang.B. Datuk Zahid Hamidi, Sdr. Ruslan Kasim, Tuan Hj. Ahmad Azam Abd. Rahman, Us Mokhtar Ridzwan, Hj. Abd Halim Ismail, Hj. Shaharuddin Badaruddin, Dr. Sidek Baba, Dr. Zambry Abd. Kadir, En. Kamaruddin Jaffar, yang.B Kamaruddin Mohd. Nor, Sdr. Amidi Dato’ Abd. Manan, Sdr. Tamunif Mokhtar dan Sdr. Ahmad Shabrimi. Dato’ Nalla menjadi mangsa pertama dalam siri pemanasan konspirasi Mahathir bersaudara.

Lebih kurang sebulan sebelum penangkapan Dato’ Nalla, 4 orang rakyat Malaysia ditahan dibawah ISA dengan tuduhan menyebarkan maklumat palsu dalam internet. Penahanan tanpa bicara dengan tidak memberi peluang kepada yang dituduh membela diri adalah zalim kerana fitnah, penipuan dan hukuman boleh dilakukan tanpa pengadilan yang sah.

Merujuk kepada penerangan dari MIMOS, adalah sukar untuk mengesan mereka yang menggunakan internet untuk menyebarkan berita kerana terdapat berjuta e-mail, apatah lagi jika penyebar ini menggunakan alamat palsu yang boleh diubah melalui beribu program yang ada dalam internet. Penggunaan unix asas turut boleh menukar alamat pengirim ini. Sehubungan itu satu penipuan kepada masyarakat boleh berlaku dengan tujuan untuk menakut-nakutkan pengguna internet dalam persediaan satu konspirasi besar.

Penggunaan ISA turut digunakan dalam Operasi Lalang di mana pemimpin parti politik DAP dan PAS dikenakan. Di antara mereka yang di ISA dalam operasi ini termasuk En. Lim Kit Siang dan Hj. Mohamad Sabu.

3 Menyalahgunakan media untuk kepentingan peribadi dan kroni

Menyalahgunakan media untuk kepentingan peribadi dan kepentingan politik pihak tertentu. Penyebaran maklumat palsu melalui radio, television dan akhbar menipu rakyat yang tidak ada sumber lain untuk mendapatkan maklumat. Ia adalah tempau utama fitnah disebarkan.

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakan nya. Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) berkata ‘Ini adalah suatu berita yang bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta."

(Surah An-Nur 24:11-13)

Ia memutarbelitkan pandangan tokoh dengan suntingan yang mengelirukan, terutama dalam konspirasi menjatuhkan Anwar. Ia juga menjadi medan utama pihak pemerintah, menuduh dan mengadili Anwar dengan membawa saksi-saksi. Ini mempersendakan sistem perundangan dan perlembagaan negara.

4 Menyanggah sistem perundangan dan perlembagaan negara

4.1 Membatalkan keputusan mahkamah

Contohnya dalam keputusan mahkamah untuk menghentikan Projek Bakun (semasa ketiadaan PM, lawatan keluar negara) kerana mengganggu sistem ekologi. Sekembalinya PM, beliau membatalkan keputusan mahkamah.

Atas arahan PM juga, kes Rahim Thamby Chik ditutup. Mahkamah terpaksa menghentikan pendakwaan atas alasan tidak cukup bukti dan Rahim diisytiharkan bersih daripada perhubungan dengan gadis bawah umur dan berbelas-belas kes rasuah.

Ini beliau tidak menghormati kehakiman serta menunjukkan kuasa beliau mengatasi kuasa mahkamah.

4.2 Mencampuri urusan kehakiman sehingga ketidakadilan tidak dapat ditegakkan

Ini termasuk dalam kes Datuk Sri Anwar Ibrahim; afidavit peguam negara terhadap Dato’ Nalla dikeluarkan sebelum dibawa ke mahkamah.

Mencampuri urusan pengadilan Rahim Thamby Chik (Playboy UMNO)

Menghukum orang yang tidak bersalah; pelajar yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik dan pembelanya Lim Guan Eng. Adakah logik seorang yang berumur belasan tahun memilih hidup dalam pusat tahan dari dibebaskan?

Telah diberitakan bahwa pelajar tersebut setelah mendakwa mempunyai hubungan dengan Rahim Thamby Chik telah dirogol oleh belasan saksi yang membuat pengakuan palsu mempunyai perhubungan dengan pelajar tersebut. Pelajar tersebut turut diculik oleh pihak polis selepas membuat pengaduan dan sukar untuk dia berjumpa dengan peguamnya.

4.3 Memalsukan, mengubah, menggelapkan dokumen dan bukti mahkamah

Dalam kes pendakwaan Rahim Thamby Chik, adalah tidak logik kes yang dikendalikan oleh Peguam Negara tidak cukup bukti mengenai kes rogol dan rasuah. Peguam Negara tersebut sama ada bodoh, bengap atau dipaksa menarik balik tuduhan atas arahan tertentu.

Kes yang dibawa oleh peguam negara adalah kes dengan bukti kukuh kerana jika bukti tidak kukuh dan keyakinan untuk pendakwa menang agak samar, beliau akan meminta pembantunya membuat pendakwaan kerana untuk menjaga status jawatan tersebut. Maka jelaslah peguam negara ini bermaruah rendah dan tiada harga diri.

Mengubah dokumen kerajaan dalam banyak perkara seperti pemilikan syarikat penerbit "Buku 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM" dari Rahim Thamby Chik kepada individu lain, menukar maklumat pembayaran (backdated) untuk menebus bangkrapnya Tun Gaffar dan Tamrin Gaffar

4.4 Pemecatan ketua hakim negara dan menukar hakim yang enggan bersekongkol

Tun Salleh Abbas dipecat kerana menasihati Mahathir. Hakim yang memberi injuksi kepada kes buku 50 dalil turut ditukar. Hakim yang dilabelkan rapat dengan Datuk Sri Anwar juga ditukarkan.

5 Pemecatan pegawai tinggi kerajaan tanpa sebab yang kukuh

Belaiu banyak memecat pegawai tinggi kerajaan atau menukarkan mereka kerana tidak mengikut telunjuknya.

Misalnya; Pemecatan Tun Salleh Abbas, Tuan Hj. Ishak Baharum, Johan Jaafar, Nazri Abdullah, Yunus Said, penukaran Setiausaha Khas Anwar ke ‘pool’ JPA, penukaran hakim-hakim dan lain-lain.

Perlucutan Sdr. Anwar Ibrahim dari jawatan Presiden UIA adalah tidak sah dan jelas tidak menghormati perlembagan. Cara melucutkan beliau dari Presiden UIA ialah dengan dua cara; 1, beliau boleh meletak jawatan atau 2, dipecat oleh lembaga yang dipengerusikan oleh Sultan Pahang.

Memberi tekanan kepada Gabenor Bank Negara meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan kaedah Mahathir.

Melantik pegawai di luar bank Negara menjadi Gabenor kerana Dato’ Zeti Akhtar Ungku Aziz Pemangku Gabenor kerana bersikap berkecuali dalam polimik Mahathir.

Hakim yang menegur dituduh membuat surat layang dan dipecat tanpa bicara.

Bekas ketua Hakim Negara yang menegur dituduh menghasut. Apakah Mahathir ini manusia yang sempurna ? (Insan kamil yang tidak berhak ditegur, cuma menunggu masa mencapai tahap maksum? Atau mungkin Nirvana kut)

Yang terbaru adalah Pengarah Special Branch dipaksa bersara awal 3 hari yang lalu.

Turut diberitakan ialah Timbalan Ketua Polis Negara turut dipecat kerana tidak mahu patuh dengan arahan-arahan yang diluar batas kemanusiaan.

6 Mengamalkan kronism dan nepotism secara berluasa serta berterusan

6.1 Rumah 200 juta di Putrajaya ( belian hiasan dari luar negara;Perancis)

6.2 Duit pada knoni; Vincent Tan ?RM300 juta, thing Pek Khing RM1.6 bilion, ada yang menyatakan 6 billion, Mirzan ?RM800 juta.

Kasihnya Mahathir dengan thing Pek Khing sehingga sanggup makan mee sepinggan dengan Pek Khing sewaktu beristirehat di Sarawak.

6.3 Hutang Perwaja Steel sebanyak 2 billion; Kemanakah Eric Cheah kesayangan Mahathir. Anwar telah diutuskan untuk memulih semula Perwaja Steel yang teruk berhutang. Dia bukannya dididik oleh Mahathir untuk menjadi PM tapi untuk membaik pulih kerosakan yang dilakukan oleh Mahathir si makhluk perosak.

6.4 Menggunakan wang petronas untuk membeli MISC dalam menyelamatkan KPB hak milik Mirzan.

6.5 Penutupan SIME Bank, pinjaman yang tidak dapat dijelaskan. Ia berkaitan dengan pinjaman Mirzan.

Kembali ke atas

7 Mengugut dan membuang kuasa raja untuk diambil kepada diri sendiri

Mengugut dan membuang kuasa raja untuk diambil kepada diri sendiri (shahan shah yang baru).

Sultan yang pada awalnya tidak bersetuju tidak dibenarkan mendapat iringan polis trafik dan lain-lain keistimewaan yang biasanya diberikan. Raja-raja tidak dilayan sebagai Raja Melayu yang perlu dihormati dan menyatukan orang Melayu. Mahathir adalah mamak keturunan pendatang yang merasakan perlu menaikkan kasta pariahnya ke taraf bangsawan dengan menundukkan raja-raja Melayu. Ini adalah penghinaan pada orang Melayu.

Beliau tidak ada bedzanya dari residen Inggeris yang menjajah Tanah Melayu dalam abad ke 19 belas. Memberi kita kehidupan tetapi dibawah takluk dan tekanannya.

8 Penghinaan dan merendah-rendahkan agama Islam

8.1 Mengutuk ulama', merasakan diri sebagai ulama' al kabir

Beliau menghina ulama’, menghina pandangan Tuan Hj. Ishak Baharum bekas Mufti Selangor yang dipecat, menghina Dr. Harun Din seorang ulama’ yang disegani. Beliau menempelak pandangan ulama’ dalam isu menutup aurat, pertandingan ratu cantik dengan menyatakan ulama’ mentafsir AL Quran untuk kepentingan diri dan ianya bersalahan dari ajaran Islam. Selagi tafsir atau fatwa ulama’ menggugat Mahathir, selagi itulah fatwa tersebut kononnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Apakah Mahathir itu layak memberi fatwa dan menjadikan dirinya bukan saja Diktator tetapi juga ulama’ Al Kabir.

8.2 Menghina hukum Islam serta memberi fatwa baru

Beliau mempermainkan hukum hudud dengan menempelak bahawa negara Islam yang mengamalkan hudud akan menyebabkan orang Islam semuanya kudung. Beliau juga mempermainkan hukum Allah ini dalam lawak jenakannya. Tidak berupaya melaksanakannya pada masa ini bolehlah dimaafkan tetapi menolak dan mempersendakan Hukum Allah ini adalah melampau dan wajib diperangi.

8.3 Menghina Nabi Muhammad sallalhu’alihi wassalam.

Beliau mempermainkan sunnah Rasulullah. Beliau membuat jenaka dengan janggut Nabi. Beliau mempermainkan pakaian ummat Islam yang dipakai Nabi dan para sahabat dengan menyatakan itu pakaian Arab dan bukan Islam.

Apakah tindakan Jabatan Perdana Menteri dengan isu menolak Sunnah Nabi oleh kumpulan Kasim Ahmad? Apakah ini tidak menempelak Nabi ?

Firman Allah yang bermaksud:

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dengan yang baik (mukmin)."

(Surah Al-Imran: 179)

9 Kedaulatan hak milik tanah Orang Melayu dicabul

9.1 Tanah rizab melayu dirampas

Tanah rizab Melayu di kawasan yang bernilai tinggi dirampas dan menyerahkannya kepada pihak tertentu di atas nama pembangunan dengan memberi gantian tanah di tengah hutan (tempat jin bertendang).

Pampasan yang diberi adalah jauh rendah dan tidak mengikut sekurang-kurangnya harga semasa. Ini akan memencilkan orang Melayu dari bandar. Beliau selepas itu akan menempelak orang Melayu kerana tidak pandai berniagan dan suka duduk membuat kerja yang kurang berfaedah di kampung.

Tindakan ini meragukan kita akan keikhlasannya membela nasib orang Melayu seperti yang beliau dakwa.

9.2 Menghapuskan konsep Tanah Rizab Melayu

Tanah Rizab Melayu adalah hak orang Melayu. Dengan tiadanya tanah rizab Melayu ia semua tanah boleh dijual beli oleh sesiapapun termasuk orang asing yang bukan rakyat Malaysia.

9.3 Menganiaya penduduk sempadan Perlis-Thai dengan persempadanan semula sehingga menghilangkan hak milik tanah saka mereka

Apakah kerajaan Perlis tidak menyedari hal ini? Atau sengaja buat tak tahu kerana mereka orang kampung yang mudah ditipu. Ianya boleh menjadi political mielage jika Shahidan Kassim bertindak sebagai hero penyelamat yang tidak memerlukan kos yang tinggi, cuma orang kampung yang dia anggap tidak penting menjadi korban penjara beberapa hari.

10 Mengambil kesempatan dan mengada-adakan isu perhubungan dengan Singapura

10.1 Menjual tanah Tanjung Pagar di Singapura dan menyalahkan Singapura

Ini adalah satu taktik kotor mencari publisiti murahan dan menagih sokongan rakyat untuk menghadapi musuh yang sama iaitu Singapura. Perancangan ini amat teliti untuk mengalih perhatian rakyat dari tekanan isu kronism, nepotism, korup dan kolusi yang dibawa oleh Datuk Zahid Hamidi.

Perjanjian penjualan telah dibuat seawal 1989 yang diwakilkan kepada Daim Zainuddin (seorang lagi pengkhianat negara). Perbincangan yang diadakan berkaitan perpindahan ini telah dijalankan tidak kurang dari 9 kali. Mahathir telah mengutuskan surat kepada Goh Chok Tong pada April 1991 mengatakan beliau menyetujui pemindahan fasiliti CIQ ke WLTC. Oleh itu, Mahathir enggan untuk mengikuti saranan Singapura untuk membawa kes ini ke mahkamah antarabangsa sebaliknya membakar sentimen rakyat agar bersatu untuk memusuhi Singapura.

10.2 Perjanjian air yang tidak seimbang dengan Singapura

Siapakah yang berjanji menjual air berlebihan dari yang diperlukan ke Singapura sedangkan pada masa itu negara mengalami masalah kekurangan air kalau tidak Mahathir!

10.3 Membenarkan jet Singapura menceroboh terbang di angkasa Malaysia

Perkara ini telah dibantah oleh rakyat seawal lapan-puluhan lagi tetapi mengapakah baru 3 minggu ini ianya diperbesarkan? Apakah lagi satu taktik kotor untuk mengalih perhatian rakyat dari isu itama iaitu pemecatan Sdr. Anwar Ibrahim?

Ini adalah kerana ruang udara Malaysia di atas 15,000 kaki telah disewakan kepada Singapura.

10.4 Membenarkan Singapura bertempat di Pulau Pisang, Johor

Adalah suatu yang tidak munasabah tentera Malaysia tidak mengetahui perihal ini kecuali Jabatan Perdana Menteri meminta pihak tentera membisu. Ia bocor selepas mendapat pengaduan awam yang terserempak kengan konspirasi ini secara tidak sengaja.

Maka tidak menghairanlah satu hari nanti terbongkar satu pakatan sulit antara Mahathir dengan Singapura.

Juga tidak hairanlah jika Mahathir dalam keadaan terdesak meminta Singapura menceroboh Malaysia dengan tentera untuk mengalih perhatian rakyat agar bersatu menentang musuh yang satu serta melupakan Konspirasi Politiknya menjatuhkan Sdr. Anwar Ibrahim dan Islam di Malaysia

Provokasi demi provokasi dilakukan oleh Jabatan Perdana Menteri. Untuk makluman umum, Daim Zaunuddin telah memberi satu komen pujian terhadap buku yang ditulis oleh Lee Kuan Yu sebelum dia menjadi alat baru propaganda mengalih penumpuan rakyat.

11 Berusaha mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan menerima Yahudi

11.1 Membenarkan perniagaan microcip (Motorolla) dengan Israel secara berahsia

Ianya berlaku di awal 90’an dengan penglibatan tokoh korparat yang besar.

11.2 Membenarkan lawatan belia Israel ke Malaysia dan membuat lawatan ke Pusat Islam secara rahsia. Ia bertujuan agar Jabatan kerajaan terutamanya Pusat Islam berlembut dengan Yahudi dengan berkonsep kita perlu berdakwah dengan mereka.

Ia berlaku beberapa bulan sebelum datangnya pasukan kriket Israel ke Malaysia

11.3 Membenarkan pasukan kriket Israel ke Malaysia

Ia mendapat bantahan rakyat tetapi dibela oleh Mahathir. Ia bertujuan untuk menguji kesensitifan rakyat Malaysia disamping membiasakan rakyar agar menerima Yahudi.

11.4 Mengambil Solomon, Smith and Barnes menguruskan pemulihan ekonomi Negara

Mengambil Solomon, Smith and Barnes menguruskan pemulihan ekonomi Negara dengan secara tidak langsung membocorkan rahsia negara kepada Solomon and Co. yang merupakan Yahudi Amerika.

Perkara-perkara di atas menunjukkan perhubungan intim Mahathir dan penasihatnya dengan Yahudi. Kita mula meragui, apakah Mahathir ini selama ini berlakon membenci Yahudi kerana menjalankan ‘Grand Designnya’?

Beliau mendakwa Sdr. Anwar agen CIA, apakah itu adalah satu arahan CIA atau Mossad kepada beliau untuk menjatuhkan Sdr. Anwar yang berperibadi Islam yang baik.

Mahathir turut menjadikan ulama’ dan ABIM sebagai sasarannya, apakah konspirasi ini turut untuk melenyapkan pengaruh Islam di Dunia seperti jatuhnya Negara yang disifatkan oleh Richard Nixon sebagai pengancam orde baru dunia iaitu Turkey (Ebarkan digulingkan), Sudan (Hasan Turabbi; Sudan sudah lama gawat), Indonesia (ekonomi diranapkan kerana jumlah umat Islam teramai dan Habibie yang mirip kepada Islam), Pakistan (Presiden Zia ul Haq dibunuh dan Pakistan tidak stabil lagi) dan Mesir (Sudah gawat dan bertambah teruk dengan masalah Sheikh Al-Azhar). Ini kerana penangkapan yang dibuat oleh Mahathir banyak melibatkan pemimpin Islam dari kalangan ABIM, PKPIM dan tokoh Islam termasuk Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa.

Malaysia menjadi negara terakhir dengan imej Islam yang semua rakyat berbilang kaum dan agama dapat hidup aman damai dengan Sdr. Anwarlah sebagai pemimpin dan arkitek yang sebenar membentuk Malaysia maju melalui konsep Masyarakat Madani. Walaupun ranjaunya banyak dan pengiktirafan diberi kepada Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi rakyat tidak buta dan tuli. Inilah yang menyebabkan rakyat terkejut, meratap, tergamam dan akhirnya marah yang amat sangat dengan tomahan ini sehingga membuatkan mereka bangun bersatu menuntut keadilan dan reformasi.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 28-10-08 10:58

Rashdin, memang meke ni tak faham-faham... teman suruh meke buat perbandingan. Yang baik dan yang buruk dan kemudiannye buat analisis dan sampaikan inferensinye...

Rashdin, apa yang meke dapat dalam 'copy-paste' ni?

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 28-10-08 11:49

masuk topik balik

sekarang apa komen anda semua,dulu gerakan sekarang MCA pula bersuara

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.
Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melahirkan keyakinan unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.
“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.

Beliau juga menyarankan agar penekanan diberikan terhadap aspek mewujudkan kerjasama yang jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.

Katanya, syarat pemilikan 30 peratus ekuiti dalam syarikat senaraian awam hanya menjadi halangan dalam mewujudkan satu bentuk kerjasama yang sedemikian rupa.

“Apa yang penting adalah kerjasama jitu tanpa kira peratusan (ekuiti bumiputera),” katanya.

Beliau bagaimanapun pada masa yang sama mengakui kerajaan telah banyak bertolak ansur dalam isu pemilikan ekuiti sebelum ini.

“Saya rasa memang banyak langkah telah diambil seperti dalam bidang perkilangan, 100 peratus ekuiti untuk semua pihak untuk memastikan pertumbuhan dalam sektor perkilangan,” katanya.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Jaafar072286
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.09.2008
Ahli No: 34934
Posting: 84
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-11-08 01:16

Lambat laun singapore lah kita....hu hu hu hu hu.... kena belajar cakap cina ni....

Semoga Pas menguasai Malaysia niii...

Bookmark and Share

  Member Information For Jaafar072286Profil   Hantar PM kepada Jaafar072286   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar

posticon Posting pada: 04-11-08 22:27

Pada 28-10-08 10:52 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-10-08 07:02 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

....

Melantik pegawai di luar bank Negara menjadi Gabenor kerana Dato’ Zeti Akhtar Ungku Aziz Pemangku Gabenor kerana bersikap berkecuali dalam polimik Mahathir.

banyak perkara yang diperkatakan bersifat pandangan peribadi penulis dan tidak merujuk kepada keadaan sebenar.

saya nak sentuh satu perkara dulu.
apa yang saya quotekan ini adalah antara maklumat palsu dan pembohongan yang pada pandangan saya bersifat jahat untuk menfitnah orang-orang tertentu.

untuk pengetahuan semua, tan sri dato' dr. zeti akhtar aziz bukan "pegawai di luar bank Negara menjadi Gabenor" bank negara malaysia

ni antara pengalaman kerja tan sri:
1979-1984 - bertugas di pusat latihan dan kajian asia tenggara (seacen - south east asian research and training center). ini antara pusat latihan berkaitan dengan kakitangan bank pusat (termasuk kakitangan bank negara). pusat ini ada kat sebelah bangunan intan pj, jalan ilmu. sesiapa yang duduk um dan biasa keluar ikut pintu pj tu memang akan lalu depan bangunan seacen. bebudak uia pj pun tentu perasan sebab dekat saja banguna tu dengan mereka.

1985 - masuk jabatan ekonomi, bank negara malaysia.

1987 - dilantik sebagai setiausaha lembaga pengarah bank negara malaysia.

1989 - dihantar ke pejabat perwakilan bank negara malaysia (bank negara malaysia london representative office) di london sebagai ketua perwakilan (chief representative).

1994 - pulang ke malaysia dan dilantik sebagai ketua pakar ekonomi bnm dan ketua jabatan ekonomi (head of the economics department) - sekarang tahap pengarah jabatan.

1995 - dilantik sebagai penolong gabenor (assistant governor - ag) yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal ekonomi, pengurusan rizab, pengurusan operasi pasaran kewangan dan kawalan modal (economics, reserve management, foreign and money market operation and exchange control).

1998 - pemangku gabenor.

2000 - gabenor bank negara malaysia.

so, buktikan yang tan sri bukan seorang pegawai bank.

i'm waiting for the documentary evidences.

-----------------
I have my own id now.... :)

Bookmark and Share

  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.140818 saat. Lajunya....