Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-05-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 72 hari yang lalu
al-biruni03: 101 hari yang lalu


Awas!
Topik: Murtabak lipas???


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» Murtabak lipas???

Please Mendaftar To Post


Oleh Murtabak lipas???

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-10-08 14:32


Terkejut disaji murtabak lipas




JIJIK...anak lipas yang ditemui dalam makanan dibeli Saptuyah.


SHAH ALAM: “Saya pesan murtabak sardin, tetapi yang saya dapat ialah murtabak lipas. Saya muntah apabila sedar termakan sebahagian kaki lipas dalam murtabak sardin dibeli di sebuah restoran terkenal.

“Saya ke restoran terbabit untuk mendapatkan penjelasan sebelum meluru ke stor walaupun dihalang. Saya cukup terkejut melihat puluhan lipas kecil di atas bekas tepung serta bawang,” kata Pengarah Jabatan Penerangan Selangor, Saptuyah Senson, 53, di sini, semalam.

Saptuyah ialah pelanggan tetap restoran terbabit dan mengirim makanan kepada pembantu peribadinya supaya membeli sarapan setiap pagi di situ.

Menceritakan kejadian, Saptuyah berkata, beliau menyisihkan bawang yang ada dalam murtabak itu kerana alahan dan terasa pelik apabila terlihat satu ketulan kecil dalam makanan berkenaan.






“Saya terkejut mendapati ia adalah lipas sebelum terasa loya dan muntah apabila menyedari sudah termakan sebahagian kakinya.




“Saya bersama Pegawai Media (Jabatan Penerangan), Jagjit Singh terus ke restoran terbabit untuk membuat aduan kepada pengurusannya, tetapi pelayan di sana mempertikaikan kami dengan mengatakan lipas itu datang dari pejabat kami,” katanya.

Saptuyah kemudian terus meluru ke stor restoran terbabit, tetapi dihalang. Beliau bagaimanapun berjaya masuk dan lebih terkejut apabila mendapati puluhan anak lipas kecil di atas bekas tepung serta bawang.

Pengurusan restoran pula menyalahkan syarikat penghapus serangga perosak yang didakwa gagal menjalankan kerja semburan.

“Kami kemudian dihalau serta diperli pengurusan restoran yang mula mengemas stor. Kami terus menghubungi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk membuat aduan berkaitan kejadian.

“Ini kali terakhir saya membeli makanan atau minuman di restoran terbabit serta cawangannya.

“Mereka patut mementingkan kebersihan dan bukannya seolah-olah mengancam kesihatan serta keselamatan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Mat Noor dan beberapa kakitangan MBSA turut diperli pengurusan restoran terbabit kerana sanggup datang melakukan pemeriksaan berikutan aduan hanya kerana seekor lipas.

“MBSA akan mengambil tindakan tegas terhadap permis makanan yang tidak mementingkan soal kebersihan termasuk menyaman dan mengarahkan pengurusan menutup dan apabila masalah itu sudah diselesaikan barulah dibenarkan beroperasi semula.

“Sebelum ini, restoran sama dan sebuah cawangannya pernah dikenakan tindakan kerana gagal menjaga kebersihan,” katanya.

Mazalan turut memaklumkan MBSA akan menjalankan operasi pemantauan di premis menjual makanan di seluruh bandar raya itu selain mengadakan perbincangan dengan Persatuan India Muslim di Shah Alam bagi memastikan soal kebersihan sentiasa diutamakan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-10-08 14:33


mlm tadi kebetulan tengok berita, tunjuklah kedai mamak ni tak silap BISTRO agaknya, so sapa yang nak cuba mknn yang lain dr lain pergi lah kedai ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 14:41


jijik.. pengotor.. itu saja yang setaraf dengan pekerja2 di restoran itu.. kenapa tak dibagitau nama restoran terbabit ye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 14:44


seingat saya lipas ni boleh dijadikan ubat, ada juga khasiatnya :sopan:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 14:44


Mesti rangup murtabak itu. Memang banyak kes2 macam ni sekarang. Kebanyakan restoran memang tidak menjaga kebersihan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 14:46


restoren malay ke mamak?
Kalau lah malay..ish..ish...mesti tak belajo bab halal dan taharah ni..
Kalau mamak pun satu hal jugak..sama saja..
Kalau indian..ishk..ni lagi satu...saya pernah join jakim inspect premis2 makanan..kedapatan mereka ni juga tak pntgkan kbersihan..
nama renstoren ala2 muslim..pekerja indian muslim but bos dia pure indian..
da tu pula guna sijil expired..so hati-hati lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 15:30


huhu.. baik makan kat rumah.. masak sendiri,untuk perut sendiri.. :)
jaminan tentang kebersihan,halal tak diragui lagi..
makan kedai ni kita pun tak tahu apa benda yang dimasuk dalam makanan kita. apa yang tau cuma makan dan bayar saja.. hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 24-10-08 15:36


alahai,ada perisa tambahan..eii..gelinya..baru ingat nak makan murtabak.. erm,tak sangguplah gayanya nak makan..


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

are_rule1981
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3442
Posting: 293
Dari: Ampang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 16:03


" kullu lahmin nabata 'ala harom fan naru awla bih "

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_rule1981Profil   Hantar PM kepada are_rule1981   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-10-08 16:51


nak tahu retoran mamak ke melayu ke cina ke pergi lah cari restoran BISTRO kat s alam tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-10-08 16:51


nak tahu retoran mamak ke melayu ke cina ke pergi lah cari restoran BISTRO kat s alam tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 17:19


salam,
memang tak selamat lah makan makanan di luar ni.
da macam kes berlaku.
tak lalu lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 17:27


SO..ANYONE KNOW HOW TO MAKESURE YANG KEDAI2 yang BAKAL KITA MASUK TU HALALAN TAYYIBAH??

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-10-08 17:35


Assalamualaikum
waduh...mahu termuntah dengan hanya membaca...dah lah fobia dengan lipas...apatah lagi masuk ke dalam saluran trakea lantas ke esofagus dan bersemadi di celahan mukus perut tu...erk.... :cry:
P/S : teringat cerita senario..roti canai ada lipas..huhu...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 24-10-08 18:54


Wawa paling takut lipas ... Pernah pengsan sebab anak2 jiran takutkan Wawa dengan Lipas .. :-( mereka happy dengar kita ni mnjerit ktakutan.. padahal memang Wawa takut sangat dengan lipas .. Ni pun, tiba-tiba pening pula .. Loya lah ... Erw...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 19:56


sekarang ni wawa adarasa nak pengsan ke?huhu :sopan: :sopan:


-----------------
Sesungguhnya solatku,amalku,hidup dan matiku adalah kerana ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 20:11


kalau BISTRO kat shah alam tu tahu lah...
pernah juga makan kat situ sebab kawan ajak..lepas ni tak nak pergi makan da...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 20:28


salamun alaik..
wah perisa tmbhn betul..hehe..teringat kisah abang ana pernah makan mee sup kat klcc yang ada lipas..da habis semangkuk baru dia perasan ada kaki lipas..sadis2..ana tak takut lipas..benci sebab lipas busuk dan ada sejarah hitam masa kecil-kecil..anak lipas masuk telinga masa tidur..sampai sekarang kalau tidur mesti tutup telinga dengan bntal..fobia2..huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

saidatul_aisyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.07.2008
Ahli No: 33897
Posting: 34
Dari: Bidor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 22:39


teruk betul lah sekarang ini....baru-baru ini selalu timbul kes bebudak sekolah sakit perut,muntah2...tak patut betul peniaga makanan yang tak ptgkan kebersihan ini...ibarat jual makanan bukan mengenyangkan tapi mendatangkan mudarat....ish...ish..ish...masak dan makan kat rumah sajalah...konpem bersih....

Bookmark and Share

    


  Member Information For saidatul_aisyahProfil   Hantar PM kepada saidatul_aisyah   Pergi ke saidatul_aisyah's Website   Quote dan BalasQuote

murtabakdaging
Warga Rasmi
Menyertai: 18.07.2008
Ahli No: 34071
Posting: 9
Dari: Kota Kinabalu

Sabah  


posticon Posting pada: 25-10-08 08:21


alamak sensetif lah kalau murtabak ada lipas ni...
minat betul makan murtabak tapi tak suka pula dengan lipas

baik masak murtabak sendiri kat rumah!
masak murtabak daging...best

Bookmark and Share

    


  Member Information For murtabakdagingProfil   Hantar PM kepada murtabakdaging   Pergi ke murtabakdaging's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-10-08 18:13


Ingatkan ad murtabak daging dengan ayam saja, rupanya ad resepi baru ek..murtabak lipas :p

Ana ada dengan cerita dr kawan ana, ada sebuah warung roti canai di KL yang uli tepung roti canai dengan menggunakan kaki ! :-o


-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::


Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-12-08 15:30


ya ampun..tatkala saya membaca akan posting ni..terasa geli, loya..uwekkk.. rasa macam nak terkeluar isi perut ini..tak sangka ada juga restoran yang tak bertanggungjawab macam ni.. kerana tu lah saya tak berapa suka nak makan kat restoran..lebih masak sendiri, air tangan sendiri...terjamin akan kebersihan dan keselamatannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-12-08 15:40


Pada 25-10-08 18:13 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Ana ada dengan cerita dr kawan ana, ada sebuah warung roti canai di KL yang uli tepung roti canai dengan menggunakan kaki ! :-o




:-o :-o ni lagi teruk ini....
entah apalah yang telah dipijak oleh penguli tepung tu, then pijak tepung pulak yang nak bagi orang makan....orang macam ini pun ada??
gelinya....


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-12-08 15:50


biar betul tak ada cara lain ke????

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-08 20:10


teruk betul lah.tahu nak untuk saja,aspek kebersihan diabaikan,entah-entah lipas tu yang buat roti sardin tu sedap hehehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-08 21:48


nyam..nyam..lazat dan berkrim..disukai ramai..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 14:14


restoran mamak kat plaza alam sentral....memang ramai pergi makan kat situ..
tak sangka ada lipas

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 14:22


Pada 19-12-08 15:40 , Jue_Effendy posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-10-08 18:13 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Ana ada dengan cerita dr kawan ana, ada sebuah warung roti canai di KL yang uli tepung roti canai dengan menggunakan kaki ! :-o




:-o :-o ni lagi teruk ini....
entah apalah yang telah dipijak oleh penguli tepung tu, then pijak tepung pulak yang nak bagi orang makan....orang macam ini pun ada??
gelinya....



so senang cerita better masak dan makan kat rumah sendiri... :welcome:


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

zalai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18844
Posting: 94
Dari: cairo,egypt

egypt   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 14:37


:-o sedap xkaki lipas??saya siap makan lipas lagi dalam gulai kari..nasib lipas kecik.hahaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For zalaiProfil   Hantar PM kepada zalai   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 15:17


alahai...
pening dan loya saya rasa..
:-(


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 00:00


kes terbaru.. lipas dalam air minuman..

p/s: agaknya lipas2 ni lapar sangat.. asyik suka menumpang sekaki..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113185 saat. Lajunya....