Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 18 jam, 17 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: kempen boikot 3 jenama


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» kempen boikot 3 jenama

Please Mendaftar To Post


Oleh kempen boikot 3 jenama

lanz79
Warga Rasmi
Menyertai: 21.10.2008
Ahli No: 35507
Posting: 3
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 17:58


Salam.....
disini saya ingin menyeru teman-teman supaya memboikot barangan tersebut berdasarkan beberapa fakta. COLGATE, COCA-COLA & STARBUCKS. untuk fakta selanjutnya, sila klik link di bawah.

www.muslimconsumer.org.my

sama sama kita mendokong produk bumiputra dan muslim.


FAKTA-FAKTA PENTING
Kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi yang disokong Kerajaan Amerika terhadap kemanusiaan dan negara-negara lemah telah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.

Mereka pula disokong kuat dengan bantuan moral dan kewangan yang besar oleh banyak syarikat-syarikat penyokong dan berkepentingan Yahudi yang tidak bermoral, tidak bertanggung jawab dan semata-mata “ mempergunakan pengguna” yang sering dilayan tak lebih dari haiwan (goyim).

Sebagai manusia yang adil, pengguna bijak dan menjaga maruah kita, seharusnya kita berurusan dengan syarikat yang menghormati hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.

Atas kesedaran ini, rasanya tidak cukup untuk kita sekadar “ mengutuk” Rejim Israel. Setiap daripada kita yang sedar dan ingin melakukan sesuatu untuk menghentikan keganasan dan kezaliman ini dapatlah memainkan peranan dengan menyertai boikot terpilih bagi menyampaikan isyarat kepada mereka yang buta perasaan dan hati ini.

* Demi keamanan & kesejahteraan kemanusiaan sejagat bersatu kita BOIKOT 3 buat permulaan, 3 produk pilihan yang terbukti menyokong dan berkepentingan Yahudi dipilih sebagai produk yang akan diboikot bagi memberi fokus dan memudahkan kita mengukur keberkesanan kempen boikot produk penyokong dan berkepentingan Yahudi bagi menentangi keganasan dan peperangan.
Asas pemilihan 3 syarikat ini adalah kerana terdapat banyak lagi produk altenatif, produk tidak kritikal, produk tidak membawa kebaikan selain daripada dasar syarikat dan produk yang amat tidak beretika..

Jika jualan mereka boleh dijejaskan dengan boikot ini, syarikat-syarikat lain juga akan berfikir 2 kali kali sebelum meneruskan sokongan mereka kepada Rejim zalim ini.
Perjuangan ini dibawa dan didokong bersama: MAPAN, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, AMAN MALAYSIA, PRESMA, KIMMA, IIS, Yayasan Kerjaya Malaysia, parti-parti Politik, NGO-NGO Kemanusiaan & Keamanan, individu-individu yang inginkan kedamaian serta rakyat Malaysia prihatin yang tidak dapat disenaraikan.

“ Penyokong kepada musuh kita adalah musuh kita jua.” Perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan kemanusiaan sejagat adalah tanggungjawab kita bersama dan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya boleh dilakukan sebagai agenda kita bersama walaupun kita mempunyai fahaman, ideologi dan keturunan yang berbeza.Mari kita buktikan kita boleh lakukan sesuatu dalam perjuangan membawa keamanan dan masa depan kita bersama!




Bookmark and Share

    


  Member Information For lanz79Profil   Hantar PM kepada lanz79   Quote dan BalasQuote

ann_1
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor

Selangor  


posticon Posting pada: 23-10-08 21:06


alhamdulillah dah lama memboikot :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ann_1Profil   Hantar PM kepada ann_1   Pergi ke ann_1's Website   Quote dan BalasQuote

nie_nadia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 21:18


tak rugi kalau kita boikot. sekarang ni dah banyak pilihan. tepuk dada tanya iman. yang mana satu pilihan hati. huhuhu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nie_nadiaProfil   Hantar PM kepada nie_nadia   Quote dan BalasQuote

eira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2341
Posting: 182
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 21:33


Pada 23-10-08 17:58 , lanz79 posting:

!!! QUOTE !!!

COLGATE, COCA-COLA & STARBUCKS.




Colgate ganti dengan ubat gigi lain. coca-cola & strbucks memang tak pernah minum.

8-) Alah membeli menang memakai

Bookmark and Share

    


  Member Information For eiraProfil   Hantar PM kepada eira   Quote dan BalasQuote

lanz79
Warga Rasmi
Menyertai: 21.10.2008
Ahli No: 35507
Posting: 3
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 22:59


Bagi saya, guna ubat gigi mu'min kerana ia syarikat 100% bumiputra...saya bersyukur & gembira bila teman-teman dah tak guna lagi colgate..1 lagi jangan juga guna darlie

Bookmark and Share

    


  Member Information For lanz79Profil   Hantar PM kepada lanz79   Quote dan BalasQuote

futurama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2334
Posting: 324
Dari: muar, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 07:38


kenapa tak boleh guna darlie?
kadang-kadang ana pakai juga darlie tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For futuramaProfil   Hantar PM kepada futurama   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-10-08 08:59


kalau ubat gigi rasanya banyak pilihan kita terutama keluaran org islam sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 09:30


Pada 23-10-08 22:59 , lanz79 posting:

!!! QUOTE !!!

Bagi saya, guna ubat gigi mu'min kerana ia syarikat 100% bumiputra...saya bersyukur & gembira bila teman-teman dah tak guna lagi colgate..1 lagi jangan juga guna darlie

ada sahabat saya yang pernah kerja kat halal hub, kata ubat gigi mukmin tu syarikat milik orang cina sebenarnya... ada sesiapa yang boleh sahkan?

boleh saya tau, dari mana anda dapat maklumat syarikat tu 100% bumiputra?

pandangan peribadi saya: saya tak suka sangat dengan ubat gigi jenama mukmin, sebab depa macam ambil kesempatan dengan logo/tanda halal, dan pertikaian PPIM terhadap colgate, lalu depa declare "ubat gigi halal", saya nampak mesejnya seolah-olah ubat gigi mereka saja yang halal... siap ambil cop halal jakim dan pengesahan PPIM sekali...

sedangkan kehalalan colgate dijamin oleh jakim sendiri... itu dari segi halal lah...

saya suka ubat gigi safi, hehehe, wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.530227 saat. Lajunya....