Oleh |
Dimanakah Sumber Uranium Di Dunia? |
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-10-08 07:27
As salamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah, Saya ada terfikir berkenaan isu ini? Dimanakah sumber Uranium asli ada di dunia? apa yang saya tahu Indonesia ada sumber ini. Apakah pendapat kalian? -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-10-08 07:49
Ada sesiapa tau berkenaan isu ini?
|
pejuang_terakhir
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu
|
Posting pada: 23-10-08 08:53
sumber2 uranium asli datang dr pelbgai negara seperti :- 2.1 Oceania 2.1.1 Australia 2.2 Americas 2.2.1 Canada 2.2.1.1 Northwest Territories 2.2.1.2 Ontario 2.2.1.3 Saskatchewan 2.2.2 United States 2.2.2.1 Arizona 2.3 CIS 2.3.1 Kazakhstan 2.3.2 Russia 2.3.3 Ukraine 2.3.4 Uzbekistan 2.4 Europe 2.4.1 Czech Republic 2.4.2 Germany 2.4.3 Hungary 2.4.4 Romania 2.4.5 Slovakia 2.4.6 Sweden 2.4.7 United Kingdom 2.5 Africa 2.5.1 Namibia 2.5.2 Niger 2.5.3 South Africa 2.6 Asia 2.6.1 China 2.6.2 India ambe minat benar dengan peluru duplate uranium yang di gunapakai oleh meriam gatling gau 30 mm yang dpasang kat A-10 warthog......
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-10-08 08:57
Terima kasih pejuang terakhir... Tapi Indonesia tiada pula, ke memang dirahsiakan atau disekat?
|
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 23-10-08 09:08
Ana terjumpa artikel ini. Ana pun kurang faham dengan artikel ni tetapi apa yang ana dapat beritahu dari artikel tersebut mengatakan uranium Indonesia berada di Kalimantan. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-10-08 09:29
ye, teman pun ada juga terbaca berkenaan ini.
|
pejuang_terakhir
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu
|
Posting pada: 23-10-08 09:33
 indonesia baru join the club agaknya sebabtu tak listed lagi...minat benar ambe kat cannon ini....nak beli sebijik nak tembak bush and the gang... ----------------- abu muadz
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-10-08 12:06
ni punya cannon berapa pusingan sesaat? nampak kalau kena kereta perisai, mahu rosak teruk ni.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-10-08 12:07
tapi kalau peluru habis macam mana nak reload? lagi satu tahan panas ke laras tu? takut jem pula ehehe
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-10-08 17:02
penat... penat... tak sangka berjiwang pun penat. Eh, mari meriahkan topik ni?
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 23-10-08 17:20
okies...love this kind of topic... uranium...rasanya Russia antara pengeluar utama uranium ni...uranium-235, 238 kan?yang digunakan untuk tenaga nuklear kan? A-10 Warthog merangkap Thunderbolt...pesawat serangan bumi yang biasa digunakan US untuk menyerang bunker, kubu kebal, SAM...betul eh gatling gun dia guna uranium?fuhh...  gatling gun A10 ke tu?mak aih, sampai beso dengan kereta..bila dah embedded dalam jet, nampak biasa jeq.. untuk pengetahuan P.D..memang lah panas,...konfem panasnya...memang boleh rosak teruk kereta perisai aka kereta kebal, tapi mungkin tak boleh tembus Merkava...setiap gatling gun ada limitnya, tapi tak silap, untuk A-10, gatling gunnya lagi banyak peluru berbanding lain� pesawat jet...900++ tak ingat..jadinya, jika dah habis, maka habislah.. teringat masa main game USAF, gatling gun adalah alat terakhir digunakan untuk memusnahkan artileri ataupun pertahanan darat..sebab lagi best guna misil seperti AGM-65 Maverick, AGM-88 HARM dsbnya..dah habis semua misil baru tembak guna gatling gun...
|
jumjumatonne
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.02.2008 Ahli No: 32561
Posting: 119
Dari: Johor Darul Takzim
|
Posting pada: 23-10-08 18:04
untuk pengetahuan P.D..memang lah panas,...konfem panasnya...memang boleh rosak teruk kereta perisai aka kereta kebal, tapi mungkin tak boleh tembus Merkava...setiap gatling gun ada limitnya, tapi tak silap, untuk A-10, gatling gunnya lagi banyak peluru berbanding lain� pesawat jet...900++ tak ingat..jadinya, jika dah habis, maka habislah..  ini agaknya contoh merkava yang dikatakan....
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-10-08 20:51
A-10 Warthog? teman memang minat pesawat ni. Nampak kolot tapi hebat beraksi. teman tengok kat tv fuh! tembakan yang memusnahkan sebuah kereta perisai. Tadi teman buka UTube tengok aksi Gatling gun beraksi, mengujakan yang best waktu malam, nampak api2 macam laser saja peluru tu dan laras senjata bercahaya dek sebab kepanasannya.... -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-10-08 15:32
sayetetapsaye, trover99 dan semua lah mari lah sini....
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 24-10-08 17:02
berkenaan dengan penggunaan uranium dalam ketenteraan (dalam isu kita ni, penggunaan uranium dalam peluru gatling gun pesawat jet), sememangnya uranium digunakan secara meluas terutama sekali dalam situasi yang memerlukan penembusan bagi ketumpatan tinggi high density penetrator..jadi, memang tak mustahil ia digunakan oleh pesawat seperti A-10 yang memang berfungsi untuk melumpuhkan sistem pertahanan darat dari jarak dekat..pada kelajuan tinggi+ketumpatan ammunition+kadar kebakaran (flammability) membolehkan ia menembusi sasaran dengan armor berketebalan tinggi. biasanya uranium yang digunakan dalam ammunition ini adalah dari jenis aloi depleted uranium (DU) dengan tambahan 1-2% bahan lain...DU ialah uranium yang terkompos dari uranium-238. tetapi, buat pengetahuan ahli UC juga, bahan badan kereta perisai mahupun armor yang lain juga dibuat daripada DU
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-10-08 17:14
Jadi DU tu mempunyai sinaran lah? mungkin juga sebab Uranium bahan yang beradioaktif?
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-10-08 22:32
 Ini adalah contoh kepingan Uranium. Teman rasa urang itu memakai pelindung tangan dari Plumbum yang sangat berat. Teman rasalah sebab teman pernah pegang Pelindung Tangan berkenaan. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-10-08 22:45
 Ini contoh Depleted Uranium, DU yang diperkatakan oleh sayetetapsaye di atas. nak tanya, DU ni ke yang buat peluru anti kereta kebal HEAT? -----------------
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 29-10-08 22:08
Pada 24-10-08 22:45 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! nak tanya, DU ni ke yang buat peluru anti kereta kebal HEAT?
tak faham sangat maksud P.D..boleh terangkan? jadi, jika mengikut logik akal, apabila pelindung tangan digunakan, bermakna bahawa ada bahan berbahaya dalam DU berkenaan..dan pastinya ia adalah bahan yang beradioaktif...
|
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 29-10-08 23:33
Selingan. Carta pai sumber uranium dunia.  -----------------
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 30-10-08 01:25
Daeng dan TT : Kalau pakai peluru itu boleh tembus ke besi kereta kebal yang kuat itu?
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 30-10-08 17:17
daeng,lepas ni kan boleh lah pula negara kita menceburi bidang ni kan.mencari uranium di negara orang lepas tu bawa balik macam petronas buat dalam cari gali minyak tapi ni pula cari gali uranium. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 11-11-08 17:29
kalau kat Malaysia ada... lagi cepat agaknya Malaysia jadi kuasa Nuklear kan...agaknyalah... -----------------
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 15-11-08 15:47
Pada 24-10-08 22:45 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! 
Ini contoh Depleted Uranium, DU yang diperkatakan oleh sayetetapsaye di atas.
nak tanya, DU ni ke yang buat peluru anti kereta kebal HEAT?
selalunya DU ni digunakan untuk perisai pada kereta kebal abrams dan disalut pada peluru2 raifal ringan dalam askar NATO ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-11-08 07:23
jadi sekiranya DU dibuat untuk perisai kereta kebal, apakah bahan peluru pemusnah kereta kebal? mestilah bahan untuk buat peluru pemusnah kereta kebal ini lebih berkuasa kuat dari perisai kereta kebal. Dan setahu teman, nak tembak kereta kebal ni pun ada kiraan sudutnya agar memberi kemusnahan yang maksima...
|
pejuang_terakhir
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu
|
Posting pada: 17-11-08 08:15
sebab itu kebanyakan model kereta kebal sekarang direndahkan sudut turetnya......antara jurnal yang pernah ambe baca menggariskan beberapa titik maut yang ada pada kereta kebal antaranya :- penyambung antara turet dengan body,roda suspensi,bahagian atas (sebabtuh direka bom mortar pintar untuk menyerang kereta kebal dari atas),lantai bawah (2 periuk api anti armor diletakkan secara bertindan)....dan yang paling best,setakat ni tidak ada 1 kereta kebal pun yang mampu menahan tembakan direct rpg-7 pada 1 titik lebih dari 2 kali.secanggih2 merkava pun tembus juga bila ditembak pada 1 titik dengan 2 bijik rpg
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 17-11-08 08:15
Kalau dilihat kepada posting Al-Mashoori pada 29-10-08 23:33, graf yang beliau tunjukkan tidak menyatakan bahawa Iran sebagai uranium mining country... The question is, where did Iran was getting the uranium? HURRMM... Iran membina program nuklear adalah disebabkan desakan dari ancaman Israel dan US, domestic economic and political dynamics daann... national pride (By: Gawdat Bahgat, Director of the Center for Middle Eastern Studies at Indiana University of Pennsylvania, United States)... --------------------------------------- Angan-angan: Malaysia menjalankan kerjasama dan bertukar kepakaran teknologi dengan Iran... Iran membantu dan mengajar Malaysia dalam uranium enrichment and weapons of mass destruction... Manakala Malaysia membantu Iran (negara saudara Islam) dalam expertise of biotechnology yang berpusat di Lembah Bio-tech, Dengkil, Sepang... Setelah motherland of Malaysia mempunyai senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of Mass Destruction-WMD), Iran juga turut mempunyai hasil kepakaran teknologi biotech itu dengan membangunkan biological weapon iaitu senjata biologi penyakit cacar yang mampu memusnahkan Israel...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-11-08 08:24
Malaysia tidak boleh membina senjata nuklear kerana ia tertakluk di bawah Treati Tidak Pemerebakan Persenjataan Nuklear (NPT) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang sebarang pembangunan senjata nuklear mahu pun menerima bantuan dari luar mengenai senjata nuklear.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-11-08 08:29
Reaktor nuklear yang terdapat di negara ini ialah Reaktor Triga Puspati (RTP) yang ditempatkan di Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) yang terletak di Jalan Bangi Lama, Selangor. Pada 28.06.1982, Reaktor TRIGA PUSPATI, Unit Tenaga Nuklear telah ditauliahkan, yang memberi makna bermulanya satu era baru penggunaan teknologi nuklear di Malaysia yang telah dibina pada November 1981. Reaktor TRIGA PUSPATI direkabentuk dan di buat di Amerika Syarikat oleh Syarikat General Atomic, San Diego. Ia merupakan salah satu daripada lebih 62 reaktor jenis yang sama beroperasi di seluruh dunia pada masa ini. Reaktor jenis TRIGA MARK II ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terbaik sepertimana yang ditunjukkan oleh rekod-rekod keselamatan pengendalian yang dicapai di UTN dan juga daripada pengguna-pengguna lain di seluruh dunia. Kegunaan utama reaktor nuklear TRIGA ini adalah untuk latihan penyelidikan dan pengeluaran radioisotop. Sejak TRIGA PUSPATI ini ditauliahkan, ia telah mencapai tahap 11,200 jam operasi bersamaan 7200 megawatt tenaga. Dengan beroperasinya reaktor TRIGA PUSPATI ini, membolehkan negara maju setapak lagi dalam bidang penyelidikan dan merupakan satu kejayaan cemerlang negara. Sumber: Arkib Negara -----------------
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 17-11-08 09:43
Boleh tak Daeng atau sesiapa ceritakan kegunaan tenaga nuklear di Malaysia ni especially Uranium dan manfaat yang dah diberikan setakat ni?
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 17-11-08 11:24
pejuang_terakhir : bercakap tentang teori memang menarik...nak tembus merkava kena pada titik tepat yang sama sebanyak 2 kali mengguna RPG-7...agak-agak kan, dalam realiti, boleh ke buat macam tu??dah ada ke kes sebenar??boleh lampirkan..best jugak kalau betul� dah berlaku... OU : Iran mengambil sumber uranium daripada Rusia..Iran kan sekutu Rusia..Rusia dalam diam menggunakan kuasanya untuk menghalang pemerabakan kuasa veto US setelah kekalahan dalam Cold War menggunakan cara begini..antara lain, memberikan dan membenarkan pertukaran teknologi dalam pembuatan pesawat tenteranya bersama China...bagus jugak, at least US tidak boleh berkuasa secara membuta tuli... CS : seperti yang telah diceritakan oleh P.D...penggunaan kuasa nuklear di Malaysia hanya terhad kepada research dan development...belum lagi ke tahap penggunaan sebagai sumber tenaga dalam kehidupan harian...selain itu, ia juga digunakan dalam bidang kesihatan, jika tak silap..dulu P.D ada post tentang benda ni kat ukhwah ni tapi di mana ye...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-11-08 12:24
Pada 17-11-08 09:43 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! Boleh tak Daeng atau sesiapa ceritakan kegunaan tenaga nuklear di Malaysia ni especially Uranium dan manfaat yang dah diberikan setakat ni? Setakat ini Malaysia sudah mempelopori Teknik Nuklear dalam bidang yang pelbagai. Antaranya: 1) Kesihatan (Diagnosis dan Perubatan) 2) Pertanian 3) Makanan 4) Industri 5) Penyelidikan (Alam Sekitar, Genome, Arkeologi dan lain-lain) Malaysia memperolehi sumber2 radioaktif dari Negara2 seperti Australia, US, Kanada dan lain-lain... Contohnya IR-192 diperolehi dari US. Mengenai jangkaan penggunaan Uranium, saya masih tidak banyak maklumat. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-11-08 12:33
Di bawah, saya petik artikel akhbar Berita Harian 19 Ogos 2005: Penjelasan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Kong Cho Ha; "...Sebenarnya sejak 1970-an Malaysia memang dikenal pasti bersama Indonesia, Australia, Denmark, Arab Saudi, New Zealand, Thailand, Norway dan Kuwait sebagai negara yang mempunyai program nuklear untuk tujuan aman.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga bertanggungjawab dalam kemajuan nuklear di Malaysia, malah beberapa tokoh di TNB sendiri adalah saintis nuklear yang diiktiraf.
Menurut beliau, walaupun Malaysia kini mempunyai kira-kira 300 saintis dan jurutera nuklear, ia memiliki hanya sebuah reaktor nuklear berusia 25 tahun di MINT sendiri.
Di bawah, saya petik keratan artikel Akhbar Berita Harian, 19 Ogos 2005:
Katanya, Malaysia memerlukan 15 tahun untuk membangunkan sebuah reaktor nuklear.
"Kita ada teknologi penguraian uranium. Kita sendiri ada pengalaman dalam penguraian emas, tembaga dan pelbagai hasil bumi menerusi perlombongan," katanya.
Beliau bagaimanapun menafikan Malaysia mempunyai simpanan uranium yang banyak, bahkan simpanan uranium di Bukit Merah (Perak), Gua Musang (Kelantan) dan Merapoh (Pahang) tidak sesuai untuk dilombong kerana peratus kandungannya amat rendah.
Dr Daud berkata, jika Malaysia ingin membangunkan semula program nuklearnya, ia terpaksa mengimport uranium sama ada dari Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan atau Australia.
Secara perbandingan, katanya, program nuklear Indonesia jauh lebih maju dari Malaysia kerana mereka sudah memulakan program itu sejak 1950-an lagi..."-----------------
|
didad
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang
|
Posting pada: 17-11-08 13:34
salam... mungkin off topik sikit... yang saya tau dalam research padi, kami ada buat kolobrasi dengan MINT berkenaan mutasi yang boleh menukar atau improve genetik padi. salah satu varieti padi yang pernah diuji ialah varieti MAHSURI. varieti ini kategori tradisional di mana pokoknya tinggi dan mempunyai ciri phenotypic yang sensitif terhadap siang yang pendek(tak boleh tanam 2 kali setahun)... setelah dimutantkan di MINT, varieti ini telah menjadi rendah pokoknya,boleh ditanam 2kali setahun dan hasil yang lebih tinggi serta tahan daya penyakit...varieti ini dinamakan MAHSURI MUTANT...
|
pejuang_terakhir
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu
|
Posting pada: 17-11-08 15:09
untuk pengetahuan sayatetapsaya,apa yang saya utarakan bukan lah satu teori tetapi telah dibuktikan dalam medan tempur......pertempuran antara pejuang hizbollah dan tentera israel telah membuktikan.dalam 7 percubaan yang dibuat oleh pejuang hizbollah,4 percubaan tepat tembakan rpg 7 berjaya menembusi perisai merkava.dan juga briged aqsa juga berjaya melambungkan merkava seberat 60 tonne dengan IEV seberat 100 kg.......apa yang saya utarakan bukan semata-mata teori tetapi ternyata telah dibuktikan....
|
pejuang_terakhir
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu
|
Posting pada: 17-11-08 16:19
silap....bukan IEV tapi IED.....silap info dar
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 18-11-08 09:23
terima kasih Didad kerana sudi berkongsi maklumat mengenai teknik Nuklear dalam bidang pertanian. Amat menarik, merubah genetik padi ehe...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 18-11-08 09:24
Pada 17-11-08 15:09 , pejuang_terakhir posting:!!! QUOTE !!! untuk pengetahuan sayatetapsaya,apa yang saya utarakan bukan lah satu teori tetapi telah dibuktikan dalam medan tempur......pertempuran antara pejuang hizbollah dan tentera israel telah membuktikan.dalam 7 percubaan yang dibuat oleh pejuang hizbollah,4 percubaan tepat tembakan rpg 7 berjaya menembusi perisai merkava.dan juga briged aqsa juga berjaya melambungkan merkava seberat 60 tonne dengan IEV seberat 100 kg.......apa yang saya utarakan bukan semata-mata teori tetapi ternyata telah dibuktikan.... hebat juga RPG tu tembak plate perisai yang tebal tu. -----------------
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 18-11-08 20:37
wahh....:tepuk: bagus briged aqsa..mesti mereka terdiri daripada tentera yang bukan calang²...dilatih dengan latihan terbaik...bagus..bagus..
|
pejuang_terakhir
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu
|
Posting pada: 19-11-08 08:33
dan satu lagi jika kita tengok taktik gerila yang digunapakai di iraq telah di adaptasi dari taktik gerila chechen....mereka menubuhkn squad yang terdiri dari 4-5 org pejuang yang terdiri dari 2 pembawa rpg,1 machine gun man,1-2 assault man.mereka dikenali sebagai 'hunter killing squad'...ketika battle of grozny berlangsung pada 1996,beratus2 squad ini dibentuk bagi mempertahankan bandar berkenaan dan ternyata amat2 effective kerana berjaya meranapkan sama sekali unit2 armor yang memasuki bandar berkenaan.....ketika unit2 armor memasuki bandar grozny,bertalu2 tembakan rpg-7 dan bumblebee sting dilepaskan ke arah unit2 armor sehinggakan tentera russia tidak mampu untuk keluar dr unit armor masing-masing dan cuma mampu menanti maut datang menjemput saja.......antara taktik yang digunapakai di iraq juga adalah dengan meletakkan periuk api anti armor secara berlapis bagi menghadapi kereta kebal abrams.jika kita tengok analisis kemusnahan abrams di iraq,rata-rata kereta kebal yang musnah tercabut turetnya kerana melambung.....
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 20-11-08 12:43
ohh...Abrams ialah kereta kebal terbaik buatan Amerika...kira saing Merkava lah ni..namun, Merkava dikatakan sebagai kereta perisai terbaik di dunia...kalau Merkava pun boleh ditembusi, apatah lagi Abrams..mesti tak ada hal punya... P/S : Malaysia ada PT-91 jeq...itulah MBT kita..hmm..buatan Poland..bagaimana agaknya prestasinya nak dibandingkan dengan lain� kereta kebal terbaik dunia???
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 11-12-08 15:14
Kalau tak silap saya TLDM ada guna gatling gun dekat salah satu kapal logistik mereka... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-12-08 11:59
TLDM ada guna senjate ni ke? kat kapal logistik tu? kapal apa ye? Indrapura ke? Mahawangsa?
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 01-01-09 14:14
Pada 23-12-08 11:59 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! TLDM ada guna senjate ni ke? kat kapal logistik tu? kapal apa ye? Indrapura ke? Mahawangsa? Merujuk kepada majalah Perajurit Julai 2001 TLDM ada guna Vulcan Phalanx MK15 dekat kapal logistik Indrapura... http://en.wikipedia.org/wiki/Phalanx_CIWS-----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
pejuang_terakhir
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-01-09 14:58
tapi yang gatling phalanx itu cuma untuk CIWS....kaliber dia pun lebih kecil dari gatling gun A-10...kaliber dia cuma 20 mm....fungsi dia adalah sebagai layer yang terakhir pertahanan sesebuah kapal
|