Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Cis, Ini Pantang Lelaki!


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Cis, Ini Pantang Lelaki!

Please Mendaftar To Post


Oleh Cis, Ini Pantang Lelaki!

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 07:24


Takkan perempuan saja yang mempunyai pantang mereka saja kan? Lelaki pun ada juga sebab-sebab dan perkara-perkara yang mereka tidak suka wanita buat pada mereka.

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dalam hati saja. Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan' si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 08:05


Ingat itu wanita sekalian! walaupun wanite sekarang dah educated lah, berpendapatan besor lah, lebih cerdik dari lelaki, tapi Ingat, kome semua adalah seurang wanita! Ingat tu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 09:33


mana wanita ni, apa komen anda!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 11:00


no komen....:)
betul ek...pernah juga buat salah satu dp tu....dulu-dulu lah...
tapi tak ada respon pun....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

adil_adilah
Warga Rasmi
Menyertai: 23.10.2008
Ahli No: 35529
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 11:13


aku sokong bro daeng... bro lah agaknya... aku tua dah ni. hahahaha....
walau macam mana hebat pun...
perempuan tetap perempuan..

ni aku baru semalam ada kes... student aku hantar assigment...ada seorang tak hantar...
masa aku tanya... dia kata dia dalam group seorang minah ni...tapi minah ni buang nama dia...sebab minah tu mengorat dia tak dapat...reason paling bangang pernah aku dengar....dah lah tak malu mengorat jantan...lepas itu buat khianat pula... ceihhhh
aku panggil minah tu... aku gertak2 sikit...dah terhegeh2 menangis.. minta maap..
kalau ikut hati nak aku terajang saja perut minah tu...biar tak boleh beranak.. kang esok2 ajar anak menipu...
tapi aku lembu hati ar..sebab at least dia mengaku bertanggungjawab sepenuhnya... kira berani membuat pengakuan tu pun bukan senang..
tapi well...kuasa di tangan aku kan... aku dah bagitahu dia.. markah lebih dia sebagai jurucakap presentation akan aku hilangkan...ala.. 2 markah saja... tapi kuasa Allah mungkin 2 markah tu akan membuatkan dia tak dapat A... tapi aku tak kisah... kena ajar sikit.. lain kali bertindak guna otak..bukan guna hati..
sejak bila hati digunakan oleh manusia sebagai kaunter pemikiran entah...apa daaaaaaa

Bookmark and Share

    


  Member Information For adil_adilahProfil   Hantar PM kepada adil_adilah   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 23-10-08 11:15


1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia

=Hoho ... biarlah rahsia .. Lelaki lain pun ada maruah juga ... kalau tak dapat terima mereka dalam hidup kita, diam-diam saja lah ..

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dalam hati saja. Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

=Paling benci org yang tak hormat org tua.. Minta2 dijauhkan lah ... Amin.. tapi tu lah, ada juga dengar kisah 'Anak Mak'.. So ..kadang-kadang perempuan pun boleh jadi meluat.. Mana 'kelelakian' anda?? Hmmm..??

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

=Percayalah pada Hikmah-NYA.. Anda pasti happy...!!! :-D

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan' si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

=oPpPsSSs..!! So.. pandai2 lah jaga kesihatan diri ok...

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

=Tanpa kpercayaan, hubungan tak kan ke manaaaa..... Heheh.. Biasanya perempuan ni setia tauuuu...:-)

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

=Erm .. sebagai 'sayap kiri', biasanya perempuan lah yang banyak sokong krjaya suami scara langsung & tak lgsung .. dan Lelaki, ada hargai tak? macam mana u all hrgai?? Jawab2.. :-p

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh

=Adakalanya, berpisah > baik dari 'makan hati' .. Lelaki pun, tolong lah prihatin prasaan kaum wanita ok...

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

=So .. org laki kenalah bijak mencari peluang spaya setaraf dengan isteri (Pndapatan me > isteri ..) :-)

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

=Wallahua'lam ... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 12:35


!!! QUOTE !!!

Erm .. sebagai 'sayap kiri', biasanya perempuan lah yang banyak sokong krjaya suami scara langsung & tak lgsung .. dan Lelaki, ada hargai tak? macam mana u all hrgai?? Jawab2.. :-p

Patah sayap kiri, guna sayap kanan... habis manis sepah dibuanglah

urang laki bagi barang kemas, nafkah batin tak cukup lagi? kasih sayang pun same. Lepas tu hantaran punyalah tinggi


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 23-10-08 13:05


Pada 23-10-08 12:35 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Erm .. sebagai 'sayap kiri', biasanya perempuan lah yang banyak sokong krjaya suami scara langsung & tak lgsung .. dan Lelaki, ada hargai tak? macam mana u all hrgai?? Jawab2.. :-p

Patah sayap kiri, guna sayap kanan... habis manis sepah dibuanglah

urang laki bagi barang kemas, nafkah batin tak cukup lagi? kasih sayang pun same. Lepas tu hantaran punyalah tinggi

Sayap kiri patah, patahkan sayap kanan pula .. Hehehe ..!! Biar org lelaki tak ada sayap .. //..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 13:21


Wawa patah sayap bertongkat paruh, dengan paruh meniti badai

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

abang_d
Warga Rasmi
Menyertai: 30.09.2008
Ahli No: 35212
Posting: 4
Dari: baling

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 13:34


wawa, hebat jugak ye
kira berani jawab tu....
tapi jangan sampai anti lelaki sebab suami adalah lelaki..
sama-samalah faham memahami..
jangan marah

Bookmark and Share

    


  Member Information For abang_dProfil   Hantar PM kepada abang_d   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 14:22


lain padang lain belalang...

lain lelaki lain caranya....


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 14:24


Pada 23-10-08 13:05 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Sayap kiri patah, patahkan sayap kanan pula .. Hehehe ..!! Biar org lelaki tak ada sayap .. //..

orang lelaki memang tak ada sayap pun... :berfikir:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

adil_adilah
Warga Rasmi
Menyertai: 23.10.2008
Ahli No: 35529
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 14:33


pantang lelaki .. ni aku tak tau lah... pantang lelaki saja ke ...atau pantang org lain pun....
tadi seorang student perempuan datang mengadu ... kawan-kawan dia sabotaj dia...
aku baru gertak sikit dah kantoi... dia yang nak sabotaj kawan-kawan dia...mangkuk !!

aku pantang betul kalau perempuan jenis suka mengadu...... sendiri buat haru.. pergi mengadu kat mak.. dah besar pergi mengadu kat boipren... dah kahwin mengadu kat laki... siap bawa laki eskot bagai...kalau anda dah salah a.k.a gelabah tu.. anda bawa lah bush pun... akhirat nanti pandai lah anda jawab...
ada pulak yang mengadu.. siap tambah perencah cerita bagi busukkan nama org lain.. jatuh fitnah tak pasal saja... buruk laku betul


tapi kalau anda betul... tak payah bawa sesiapa, Allah disamping mu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adil_adilahProfil   Hantar PM kepada adil_adilah   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 23-10-08 15:55


Pada 23-10-08 13:21 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Wawa patah sayap bertongkat paruh, dengan paruh meniti badai


berapa ramai tokoh 'Ayah tunggal' yang abang Daeng kenal...?? Hm ..?? :-) Hehehe .. Lelaki, susah nak hidup tanpa wanita .. Tu fakta. Even Nabi Adam a.s yang dah ada sgala2 nikmat dalam syurga pun .. still lagi rasa sunyi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 23-10-08 15:56


Pada 23-10-08 13:34 , abang_d posting:

!!! QUOTE !!!

wawa, hebat jugak ye
kira berani jawab tu....
tapi jangan sampai anti lelaki sebab suami adalah lelaki..
sama-samalah faham memahami..
jangan marah


Erm ... Fahami lelaki? :-) Belum tiba saatnya lagi ... Hehehe :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 15:57


Ayah tunggal? erm... nak kira kejap.. tak ramai pun. Tapi Ibu Tunggal ramai juga. Ibu Wawa tu salah seurangnye, hebat sungguh Ibu Wawa. Kagum teman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 16:11


jika kita saling hormat-menghormati, segala pantang larang pun tak kisah dah...bagi lah 1000 pantang larang pun......tapi jika tak hormat org lain, tak guna juga...

lelaki dan wanita...ada tanggungjawab masing-masing...
hargailah diri anda dan org lain.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 16:13


Pada 23-10-08 15:55 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-10-08 13:21 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Wawa patah sayap bertongkat paruh, dengan paruh meniti badai


berapa ramai tokoh 'Ayah tunggal' yang abang Daeng kenal...?? Hm ..?? :-) Hehehe .. Lelaki, susah nak hidup tanpa wanita .. Tu fakta. Even Nabi Adam a.s yang dah ada sgala2 nikmat dalam syurga pun .. still lagi rasa sunyi..


maka benar lah firman Allah....


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 16:47


Maha Benar Firman Allah SWT...

p/s

Teman tak boleh lah macam ni, bila ada urang Berpengalaman macam zulman ni. Mesti rasa insaf, rasa macam nak berhenti saja permainan pembalikan ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 17:13


Memang bermanfaat apa yang tertera diatas. Semoga para wanita dapat menghayati dan mengamalkan. Setiap lelaki dikurniakan ego yang mungkin dan selalunya lebih daripada wanita. Jadi diharap wanita dapat memahami sifat lelaki kerana ego tersebut. Seboleh2nya cuba mengelakan perkara yang boleh mencabar ego lelaki.
Tetapi kepada lelaki, cuba2lah kawal ego anda. kadang-kadang pasangan anda tidak sengaja dan tidak bermaksud apa-apa yang boleh mencabar ego anda. Cuba memahami mereka. Kawal ego anda dan ingat kasih sayang dan cinta pasangan anda. jangan disebabkan ego anda, boleh meruntuhkan suatu perhubungan.
Saling memhami antara satu sama lain sesama pasangan. Itu kuncinya...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

fahim_mumtaz
Warga Rasmi
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35351
Posting: 15

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-10-08 18:39


Hebat mana pun seorang wanita,tetap rebah di dada keras seorang suami..

dan stinggi mana pun lelaki terbang,tetap di bawah kaki seorang wanita bernama ibu..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahim_mumtazProfil   Hantar PM kepada fahim_mumtaz   Pergi ke fahim_mumtaz's Website   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 04:17


Pada 23-10-08 18:39 , fahim_mumtaz posting:

!!! QUOTE !!!

Hebat mana pun seorang wanita,tetap rebah di dada keras seorang suami..

dan stinggi mana pun lelaki terbang,tetap di bawah kaki seorang wanita bernama ibu..hehe


ye betul~

Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113143 saat. Lajunya....