Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Info Rumahtangga - Hukum Isteri Meleteri Suami.....


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Info Rumahtangga - Hukum Isteri Meleteri Suami.....

Please Mendaftar To Post


Oleh Info Rumahtangga - Hukum Isteri Meleteri Suami.....

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 22-10-08 09:43


Assalamualaikum... :-)

Baru saja dapat dari email.... pastekan kat sini... moga semuanya beroleh manafaat insyaAllah... :-)


Renung-renungkan dan selamat beramal…

" Abang ni balik saja kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu sajalah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot... pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit. Aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "
MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumahtangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yang sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah..

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 00:45


Insaf dan terpana seketika... :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 03-01-09 06:53


Assalamualaikum
ternyata segalanya bermula dari rumah...pendidikan bermula dari institusi kekeluargaan yang baik..mungkin inilah antara faktor Kenapa masyarakat menghadapi pelbagai penyakit dan gejala yang kronik pada masa kini..moga setiap dari kita mampu menjadikan Rasulullah sebagai tauladan terbaik..

artikel yang baik..

wallahua'lam.



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ainul_fakhsya
Warga Rasmi
Menyertai: 01.11.2005
Ahli No: 20200
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 09:02


Semoga kisah ini menjadi renungan kita bersama..renung-renungkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_fakhsyaProfil   Hantar PM kepada ainul_fakhsya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 09:06


Teringat Tips Menjadi Bidadari Syurga yang sempat saya tengok pagi tadi.. Segala-galanya adalah kerana mendapat keredhaan Allah swt..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.10.2004
Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 10:59


suami menghargai isteri..isteri menghormati suami..insyaallah rumah tangga akan berkat dan selamat dunia akhirat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 12:08


Pada 03-01-09 10:59 , marsyalaila posting:

!!! QUOTE !!!

suami menghargai isteri..isteri menghormati suami..insyaallah rumah tangga akan berkat dan selamat dunia akhirat...


INSYAALLAH.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 13:50


Pada 03-01-09 10:59 , marsyalaila posting:

!!! QUOTE !!!

suami menghargai isteri..isteri menghormati suami..insyaallah rumah tangga akan berkat dan selamat dunia akhirat...


INSYAALLAH ..... :bunga:


-----------------
http://www.dapatwang.com/?id=laila82


Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 13:59


persediaannya harus bermula dari awal,dan bagi student U macam saya ini,elok practise..heheh banyakkan bersabar di dalam setiap perkara and jangan panik..be cool..

Kalau hiduperumahtangga..tak taula..but..banyyakn istighfar dan sabar adalah lebih baik..and Kalau geram sangat,duduk diam saja,membebel takkan selesaikan masalah,malah menambahkan masalah,sebab at this time lah segala ungkitan akan muncul,perselisihan kecil jadi besar..so the best way..diam saja..buat haluan masing-masing and bak kata ustaz zahazan dalam majalah i yang baru,buat usrah sebelum tidur..selesaikan masalah..
dan satu lagi,larangan nabi untuk wanita daripada meninggalkan tempat tidur tanpa izin suami punya seribu satu hikmah..perkara dibincangkan dalam buku 50 nasihat Rasulullah untuk wanita solehah..akal yang salim akan mengakui hikmahnya..dan kita tak akan gaduh panjang o bebel kat suami kita kerana sedar..'syurga di bawah tapak kaki suami'

p/s:just kongsi apa yang dibaca..praktikalnya..tunggulah jodoh sampai...ameen...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 04-01-09 15:02


so kursus rumahtangga yang diwajibkan setiap bakal pengantin tu diharap dapat diprktikkan dengan sempurna bila dah berumahtangga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 15:54


macamana ya cerita isteri umar yang suka berleter?

saya dengar dari ceramah..yang saya ingat

seorang sahabat ni datang rumah umar untuk "mengadu" pasal isteri dia yang kuat berleter
tapi bila dekat dengan rumah umar
dia dengar isteri dia tengah berleter jadi tak jadi jumpa umar

saya budak baru belajar, kalau salah betulkan..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 16:36


memang sekarang ni isteri dah semakin ramai meleteri suami..suami pun kebanyakannya jarang nak tolong isteri buat kerja rumah..jaga anak pun tak nak..padahal semua tugas adalah bersama..kalau kerjasama dari suami bagus..insyaALLAH kes macam ni kurang..tapi apa-apa pun banyak2kan istighfar dan selawat kalau rasa nak marah tu..moga hati jadi tenang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 21:09


moga-moga menjadi pengajaran pada kita semua.....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 22:42


syukran atas artikel yang menarik ini..mudah-mudahan jadi pngajaran bersama.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11648 saat. Lajunya....