Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 232
Ahli: 0
Jumlah: 232




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 14 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Dua Tabiat Yang Membawa Wanita Ke Neraka !!!


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Dua Tabiat Yang Membawa Wanita Ke Neraka !!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Dua Tabiat Yang Membawa Wanita Ke Neraka !!!

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 18-10-08 19:23


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:


'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita. Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka'.


Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah.

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar.

2. Banyak bersedekah.


Keterangan:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:


Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, 'Driver bas ni dah mampus|

agaknya.' Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.


Contoh 2

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata '****** punya gas. Masa ni jugak nak habis.' Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.


Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan

suami'. Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,'Awak ini, saya tak nampak satu pun

kebaikan awak' (Terjemahan langsung dari Arab).


Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

'Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat? Tak guna sesen pun'


Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, 'Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak', maka akan gugur

pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana

ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi..


Fadhilat beristighfar:


a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 tak sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)..'
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda

sendiri melakukannya lebih dari 100 tak sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam

amalan-amalan harian kita.


b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti

gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita'


c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk

kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:


1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya

bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung

hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.

Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi
wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan
jawab Jibril, 'Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya'.


2. Memberi salam.


3. Memaniskan wajah.


Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.'
Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

'Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.'

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat

buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang..


'SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW'


-----------------
Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari


Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-10-08 20:22


orang perempuan dikurniakan jalan yang sangat senang menuju ke syurga....iaitu...beri ketaatan, berhias, bercantik-cantik, cinta, kasih sayang dan bakti kepada suami.

maka wahai kaum hawa sekelian....berlumba-lumba & rebutlah hadiah istimewa ini.

wahai kaum hawa.....jauhilah dari mencari cinta di luar rumah suami, jauhilah daripada mencari keseronokan di luar rumah....jauhilah daripada melakukan zina bersama lelaki lain....jauhilah perbuatan mempunyai affair di luar rumah.

JANGANLAH MENDUAKAN SUAMI!!!!


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

nurafi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19332
Posting: 30

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-10-08 21:24


syukran for dis posting..memang bagi input yang bguna buat kaum hawa yang kadangkala mudah tergelincir lisannya..astaghfirullah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurafiProfil   Hantar PM kepada nurafi   Quote dan BalasQuote

halwa_halwa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.09.2008
Ahli No: 34942
Posting: 31
Dari: black water

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-08 21:43


masyaAllah...satu info yang bagus dan boleh dijadikan ikhtibar kepada semua umat muslimat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For halwa_halwaProfil   Hantar PM kepada halwa_halwa   Quote dan BalasQuote

khairulmukminah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-10-08 01:33


Semoga kita tergolong di kalangan wanita yang dicintai Allah..YA Allah...kurniakanlah kepadaku akhlak seperti Siti Khadijah...inginku menjadi sepertinya dalam melayari bahtera rumahtangga yang bakal ku kemudi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulmukminahProfil   Hantar PM kepada khairulmukminah   Pergi ke khairulmukminah's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-10-08 08:01


tapi jangan riso..lagi banyak tabiat yang membawa wanita itu ke syurga....just follow saja...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

MARIAH_SMILE
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12955
Posting: 71
Dari: banting, selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-10-08 09:17


astaghfirullahal azim.... moga lidah dan hatiku sentiasa beristighfar memohon keampunan daripada Yang Maha Pencip ta..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MARIAH_SMILEProfil   Hantar PM kepada MARIAH_SMILE   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-10-08 09:56


hm, kaum hawa selalu terlepas pandang dengan benda-benda macam ni lah yang mengheretnya ke neraka..astaghfirullah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

rzie79
Warga Rasmi
Menyertai: 24.10.2008
Ahli No: 35562
Posting: 3
Dari: kuala selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-10-08 11:23


Ya Allah , ampunkah dosa hambamu ini.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For rzie79Profil   Hantar PM kepada rzie79   Pergi ke rzie79's Website   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-11-08 13:35


syukran jazilan ya ukhti sayang_semuanya:welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-11-08 13:54


Ya Allah..banyaknya khilaf yang telah hambaMu ini lakukan..dalam keadaan yang tak sengaja,yang sengaja, tanpa disedari dan juga disedari..perkara yang sangat mudah untuk kaum hawa diheret ke neraka..kepada kaum hawa sekalian..marilah kita sama-sama menjaga tutur kata kita agar tak lagi mengungkapkan kata-kata sebegini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 04-11-08 14:23


Bismillahhirrahmanirrahim..

ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : "apabila wanita itu telah melakukan solat 5 waktu, puasa pada bulannya, taat kepada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya : "masuklah kamu ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang kamu sukai". (Riwayat Ibn. Majah)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

dekya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.05.2007
Ahli No: 29877
Posting: 122
Dari: putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-11-08 15:17


Ya Allah...,kau ampun kan lah segala dosa-dosa ku....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dekyaProfil   Hantar PM kepada dekya   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 04-11-08 16:33


YA ALLAH..SUBHANAALLAH.MAHA SUCI ALLAH..TAKUT PADA AZAB MU...SYUKUR DENGAN NIKMATMU..AMPUNKAN LAH DOSA KU JUGA IBUBAPA KU.AMIN Assalamualaikum


-----------------
don't forget to say THANK YOU ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 04-11-08 18:36


Saya pernah tengok seorang isteri maki hamun suami dia di dalam sebuah bas...Benda ni berlaku depan mata saya...Memang biadap betul makcik tu...rasa nak tendang keluar saja makcik tu...Dia marah suami dia macam marah budak kecil...Saya tak pernah jumpa lagi lelaki sebiadap itu walaupun ramai yang mengatakan lelaki baik semakin pupus...Saya tak tahu macam mana perasaan pakcik tu...Dia diam saja isteri dia buat macam tu...Terus terang saya katakan perempuan memang susah nak kawal mulut...Cakap main lepas saja...Saya sendiri pernah digelar "tiang bendera" oleh seorang perempuan...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-11-08 18:38


perkongsian yang baik sekali.........wanita....senang ke syurga....senang juga ke neraka....

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 04-11-08 21:50


Assalamualaikum
peringatan ini dikhaskan buat perempuan..namun kaum lelaki juga tidak terlepas daripada peringatan ini..jangan sangka hanya wanita sahaja yang melakukannya, sedang lelaki tidak..banyak dalam kehidupan hari ini, lelaki sama teruk sifatnya seperti digambarkan rasul, malah kengkadang lebih teruk...marilah bersama² muhasabah diri memasing, moga dunia ini lebih indah..wahaha.. :welcome:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 15:41


:bunga:jadikan hari ini lebih baik dari semalam..:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

basyir_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.08.2008
Ahli No: 34718
Posting: 7
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 14:49


alhamdulillah...
akhirnya dapat juga ilmu yang berguna
sama-samalah kita menjadi wanita solehah di dunia dan akhirat kelak
insyaallah....
:bunga: :bunga: :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For basyir_muslimahProfil   Hantar PM kepada basyir_muslimah   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 14:24


semoga kita menjadi wanita yang solehah ya... memang nampak senang... tapi nak melakukan, itu yang susah... tapi, selagi ada usaha, insya Allah akan berjaya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 15:38


salam,

saja nak share...

… dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali. Aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Sahabat pun bertanya : "Mengapa (demikian) wahai Rasulullah SAW?" Rasulullah SAW menjawab : "Kerana kekufuran mereka." Kemudian ditanya lagi : "Apakah mereka kufur kepada Allah?" Beliau menjawab : "Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) niscaya dia akan berkata : 'Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.' "

(hari. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 21:02


sesiapa nak share, sila kan lah.... semarak kan lagi... dapat timba ilmu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

rindufisabilillah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35853
Posting: 19
Dari: Dungun Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-11-08 21:13


BUAT KAUM ADAM. tolong BANTU KAUM HAWA, KITA YANG LELAKI SEBAGAI PELINDUNG KEPADA PEREMPUAN, DAN JANGAN LAH ROSAKKAN WANITA KERANA MEREKA LEMAH DALAM SEMUA HAL..
INSYALLAH dengan KEBAIKAN YANG KITA TUNJUKKAN PADA MEREKA, ALLAH AKAN MEMBALAS KEBAIKAN TERSEBUT dengan PAHALA YANG BERLIPAT GANDA..
AMEEN

Bookmark and Share

    


  Member Information For rindufisabilillahProfil   Hantar PM kepada rindufisabilillah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124707 saat. Lajunya....