Oleh |
serumah dengan non muslim kerana kerja |
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 08-10-08 22:53
salam just nak minta pendapat 2months ni saya kan kerja luar,outstation dekat penang... disana disediakan apartment but the problem is kawan saya tu non lelaki non muslim,cina ikut dan mungkin satu rumah dengan dia. kami tak pergi berdua tapi bertiga or berempat.semua perempuan kecuali dia tapi problemnya kan satu rumah dengan lelaki non muslim.kalau berdua dengan dia nanti bagaimana?,takutnya saya kan tangkap basah.habislah can gives me solution? please really needs solution nak buat bagaimana? ----------------- Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 08-10-08 23:10
jangkamasa macam mana? kalau sehari dua.. rasanya boleh lari2.. dok hotel ke.. rumah kawan ke.. rumah sedara ke? lari saja... tapi kalau sebulan dua... haa.. jenuh tu... er...elakkan lah dari berdua.. kan ada lagi teman-teman perempuan.. non muslim tak ada hal...masalahnya.. non perempuan... bahaya
Quote
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 09-10-08 10:15
isk isk...tak ada siapa ke nak bagi cadangan or idea lagi... nak jugak tau.... saya pernah berada dalam situasi ni...berdua saja perempuan ..lagi lapan lelaki.. kami diberi sebijik banglo untuk bermalam selama satu malam(bekerja oustation)... lelaki2 tu khas kan tingkat atas untuk kami bedua manakala mereka semua semua tidur di tingkat bawah.... tapi dek kerana seram ... kami berdua merayap sepanjang mlm.. take turn tidur dalam kereta..dekat pukul 5 pagi baru balik... untuk mandi dan bersiap... is there any other better solution? sian yang bertanya ni... org buat derk saja... kalau mengumpat mengata bab politik laju saja berbalas post...
Quote
|
darkside
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2008 Ahli No: 35022
Posting: 106
|
Posting pada: 09-10-08 11:16
mengumpat mengata bab politik dan bab-bab cintan cintun dan kawin org suka lah... eventho berbahasa elok-elok dan berbunyi islamik, tapi tu lah hakikatnya... benda-benda penting macam ni org mana nak respon.... kasihan ukhwah ni.... makin ke arah lain..... kelab pun dah macam-macam kelab... perlu ke?????? bagi yang bertanya, saya rasa nak tak memang tak ada pilihan lain.. terpaksa jugak duduk serumah.. dan disebabkan ada perempuan lain sama, saya rasa tak ada masalah.. tapi jangan berdua.. kalau kebetulan hanya dia dan awak saja ada dirumah, awak pergi lah jalan-jalan ke... window shopping ke... lepak kat pool kat bawah apartment ke... senang cerita lepak dalam kereta... kalau saya, saya boleh berumah dalam kereta... hehehee....
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 09-10-08 11:29
better cari lah rumah lain kalau ada duit lebih.. bagitahu pihak atasan tentang masalah ni. sebelum ni kalau outstation bagaimana? kalau ada saudara mara berdekatan tu,tumpang dulu di rumahnya.. kalau dalam 2bulan awak duduk serumah,banyak perkara boleh berlaku.. tentu sekali kita nak elak drpada berlaku perkara tak diingini kan..
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 09-10-08 11:32
baru perasan... 2 months.. isk.. seriously macam tak sesuai lah... eni pun blur... sewa bilik lah kalau dapat... isk isk... payah juga ni
Quote
|
darkside
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2008 Ahli No: 35022
Posting: 106
|
Posting pada: 09-10-08 11:40
tu lah... saya rasa better cakap elok-elok dengan management.... kita tak nak bukan saja ngada2 nak demanding. kita tak nak sebab agama tak bagi.... try cakap elok-elok, insyaALLAH mereka ok... btw, management mostly org apa? chinese?
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 09-10-08 12:58
lama tak nampak amylin... hmm.. ismi rasa, ada baiknya seperti yang darkside dan kak eni cadangkan tu... 2 bulan bukan sekejap... biopun masa semakin pantas... kalau management tak bagik jugak seperti cadangan darkside.. amylin try carik bilik sewe seperti cadangan kak eni.. ataupun, mungkin boleh... awal-awal kat penang tu... duduk dulu rumah tu.. bila dah sampai sana, bertanyalah pada kenalan2 di tempat kerja ataupun sekitarnya.. ada yang mencari hosmet atau nak sewekan bilik... kalau dapat carik dari sebelum p outstation. lebih baik lah... tapinya, amylin kena korbankan sedikit kewangan... tapi, pada ismi, kalau isu-isu sensitif macam ni, tidak mengapa andai wang yang terkorban... kalau ada sedara mara, mungkin boleh minta tolong...
|
syahirahsoid
WARGA SETIA Menyertai: 06.03.2007 Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 09-10-08 13:06
Pada 09-10-08 12:58 , ismi_atikah posting:!!! QUOTE !!! lama tak nampak amylin... hmm.. ismi rasa, ada baiknya seperti yang darkside dan kak eni cadangkan tu... 2 bulan bukan sekejap... biopun masa semakin pantas...
kalau management tak bagik jugak seperti cadangan darkside.. amylin try carik bilik sewe seperti cadangan kak eni..
ataupun, mungkin boleh... awal-awal kat penang tu... duduk dulu rumah tu.. bila dah sampai sana, bertanyalah pada kenalan2 di tempat kerja ataupun sekitarnya.. ada yang mencari hosmet atau nak sewekan bilik... kalau dapat carik dari sebelum p outstation. lebih baik lah...
tapinya, amylin kena korbankan sedikit kewangan... tapi, pada ismi, kalau isu-isu sensitif macam ni, tidak mengapa andai wang yang terkorban...
kalau ada sedara mara, mungkin boleh minta tolong... betul-betul... ei..susah nya begitu... tkot nya...  -----------------  
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 09-10-08 21:42
salam eya ke ismi_atikah???  sibuk kebelakangan ini...selalu balik lambat,my supervisor said u are not deserved to go back early,so kalau dia ada tak boleh balik awal..hehhehe...hahaha sebijik kena.. kalau issues macam ni,selalu tak ada org posting... takphmla...baab cintan2 ini ramai pulak bagi pndagan.. really sad with this situation ...my supervisor cina.dia cakap kalau boleh dia takkan tinggalkn kami berdua..saya dengan budak lelaki tu pergi sana sebab kami yang perempuan tak pandai drive...saya takut sebnrnya tapi saya tawakal saja...saya tak cakap pun dengan mak saya,takut dia tak bagi... company kami bk cawangan baru kat sana,belum ambik org lagi kerja..kami ini programmer yang kan dok sana sebab customer ada kat sana,so kena lawat customer site,pergi training customer,saya mana ada saudara kat sana... kalau ada kawan-kawan jauh, nak tinggal rumah sewa or hotel lagi takut sebab tak pernah pergi penang,dah lah kawasan tu banyak indo menurut kata opis mata saya saya cakap dengan supervisor saya,kalau pergi seorang-seorang saya takut dan then saya nak pergi dengan org yang saya percaya saja... nak tolak nanti dia cakap,kita ini tak sanggup scarified untuk company pulak... susah...saya sejak kerja rasa saya tak boleh nak jaga iman,asyik kerja saja..solatpun kdgkala tak khusyuk...sekarang pulak nak duduk seumah dengan lelaki.....2bln tak direct..rasanya lebih daripada 2bln..sampai system yang kami buat fully built and tak ada error.tapi seminggu sekali dekat head quarters... ----------------- Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 09-10-08 21:59
amylin.. kerja kak yang mula-mula duluuuuuuuuuuu memerlukan kak untuk sentiasa out station dan balik lewat..kerja dekat setahun juga. kak akui, sentiasa keluar makan dengan pegawai2 atasan lelaki / klien ke hotel2 untuk perbincangan urusan kerja.malah, banyak kali juga duduk di hotel BERSAMA. memang sakit hati sebab SEBILIK besar.(bukan berdua.. tapi selalunya berpasangan- 2lelaki 2 perempuan). setakat keluar masuk disco... dll.. macam biasa untuk mereka. & kak bertudung labuh & berjubah sepanjang kerja tu... pernah juga kena MAKI dengan hamba ALLAH ni... sebab dia kata kak memalukan agama bila kerja gini.tapi setakat maki saja lah.. nak bantu cari kerja, bertuah!.sedang kak memang perlu sumber kewangan untuk sambung pengajian. chayanunalif depa bukan semua faham. yang faham pun kadang buat-buat tak faham.jadi amikla langkah ikut kekuatan sendiri. hotel semua ada surau, pergi lah tidur surau.tak penin2. masih saja sesama. kalau dia tanya, kak jawab saja, malaikat tak masuk bilik lah. nanti nak sembahyang setan kacau.lepas tu, waktu nak mandi dll, guna saja tandas surau atau tandas awam hotel.tu saja kekerasan memang kak tunjuk bila diajak masuk ke disco hotel. mula-mula memang depa cakap tak puas hati.. lama2 depa faham. begitu juga bab solat & bilik tadi. akhirnya kami tinggal di hotel biasa( setakat 3 bintang begitu jika outstation) & bilik berasingan tetapi bersebelahan. jadila dari sebilik sebelum2 tu.... setakat tu saja kekuatan kak... akui memang tertekan... dan hati tu rasa dicarik2.... tapi... ALLAH ada... adukan sepenuhnya pada DIA....insya allah ada sahaja jalan penyelesaiannya
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 10-10-08 01:11
erm... so agak-agak apekah penyelesaian untuk yang menyoal ni eh? dua bulan atau lebih bukan tempoh yang singkat... kalau sampai dua bulan bermalam kat surau... parah tu... erm.. boleh tau which part of penang? kalau kena tempat... mungkin eni boleh think of something...bab indo tu tak payah risau... kat kl ni lagi ramai indo kalau nak compare dengan penang....
Quote
|
AUS_85
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL
|
Posting pada: 10-10-08 11:31
Memang sangat-sangat menyedihkan dengan trend kerjaya profesional swasta lebih-lebih lagi untuk kaum hawa. memandangkan kebanyakkan company ini dimiliki oleh yang bukan Islam and majority yang Islampun macam hampes. diarang ni lebih mementingkan penjimatan cost daripada mengambil kira etika atau tuntutan agama bagi wanita yang beragama Islam. So, nak tak nak kenala tanya diri sendiri. sejauh mana nak digadaikan agama untuk kerja? bunyi memang agak kasar tapi itula hakikatnya. berbaloi ke kita membiarkan diri kita dalam suasana yang mendatangkan fitnah? yakinke yang iman kita dapat bertahan selama2nya? risiko kita akan terjebak dalam benda yang bukan2 ni akan meningkat dari hari ke hari bila kita asyik dalam situasi yang bukan2 berulang kali. Banyak lagi kerja lain yang boleh kita buat, ataupun kalau nak jugak meneruskan kerjaya dalam bidang tu boleh lah cuba cari company yang tak memerlukan kita buat perkara merepek2 macam ni.
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 10-10-08 12:11
Pada 10-10-08 11:31 , AUS_85 posting:!!! QUOTE !!! Memang sangat-sangat menyedihkan dengan trend kerjaya profesional swasta lebih-lebih lagi untuk kaum hawa. memandangkan kebanyakkan company ini dimiliki oleh yang bukan Islam and majority yang Islampun macam hampes. diarang ni lebih mementingkan penjimatan cost daripada mengambil kira etika atau tuntutan agama bagi wanita yang beragama Islam.
So, nak tak nak kenala tanya diri sendiri. sejauh mana nak digadaikan agama untuk kerja? bunyi memang agak kasar tapi itula hakikatnya. berbaloi ke kita membiarkan diri kita dalam suasana yang mendatangkan fitnah? yakinke yang iman kita dapat bertahan selama2nya?
risiko kita akan terjebak dalam benda yang bukan2 ni akan meningkat dari hari ke hari bila kita asyik dalam situasi yang bukan2 berulang kali.
Banyak lagi kerja lain yang boleh kita buat, ataupun kalau nak jugak meneruskan kerjaya dalam bidang tu boleh lah cuba cari company yang tak memerlukan kita buat perkara merepek2 macam ni. kadang-kadang kita tak ada pilihan juga.. saya akui sebab saya dulu pun sama kes dengan cerita kak nurkamar juga.. bukan untuk selamanya.. sebagai permulaan memang lah banyak ujian kita kena lalui.. alhamdulillah dengan izin Allah,lama2 kesenangan itu kita dapat juga. bagi saya itu sebagai pengalaman kerja saja tak lebih dari tu.. pokok pangkalnya diri kita. tentang kes ni,kalau susah sangat awak try lah dulu duduk sehari dua.. insyaallah,moga aawak selamat..kalau rasa membebankan,carilah penyelesaian lain. boleh saya tau penang tu area mana ye?
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 10-10-08 12:32
kerja kat penang erk, boleh tahu penang itu kerja kat area mana?
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 10-10-08 18:11
pergi jumpa boss explain kat dia bebaik lah kenapa takmau semua.kalau dia dok ketegag juga,berenti kerja...tapi cadangan tidur kat surau / masjid tu menarik juga..... *kenapa ada orang melalak kat sini kata tu tak kena ni tak kena,tak perlu memacam kelab?kalau dah tau tu jawab saja lah tak payah bising macam bebudak kecik menangis nakkan perhatian. ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 10-10-08 21:24
salam begitu ke kak nurkamar..teruk juga. tpkan saya rasa kawan non muslim saya tu tak begitu dia nice person,baik dan boleh trusted....bukan jenis clubbing.tpkan saya kalau pergi dengan lelaki muslim saya tak nak,(maaf ye lelaki islam)entahla kdgkala saya macam tak trust mereka.....tak tahu kenapa....mungkin kalau lain bangsa,attraction tu kurang daripada sama bangsa...... penang dekat bukit jambul saya memang dapat banyak offer kerja tapi bidang nya tak lari tetap ict juga.baru-baru ini pun dapat interview engineer network dan infrastructure tapi saya tak prgi sebab bagi saya mana-mana sama sahaja kita kan outstation kat luar...mungkin lebih dasyat lagi daripada kerja kat company saya ini. mengapa saya mahu bekerja disini?kerana masa interview, this is the only company yang nak ambik saya kerja sebab programmer memandangkan saya ini fresh graduate..yang tak tahu apa-apa.. for me, this is my time to show that i can do it...makes my supervisor proud of me bagi saya berhenti kerja bukan jalan terbaik untuk selesaikan masalah kerana esok lusa masalah ini akan tiba juga unless u kerja government,.selagi berkecimpung dalam bidang ict, it is the risk yang patut di ambil.saya nak belajar and gain experiences that why saya stayed. supervisor saya cakap kalau boleh dia takkan tinggalkan kami berdua sebab dia pun paham dalam agama islam tak boleh dan nanti jadi buah mulut org... tapi saya tengok programmer lelaki non muslim dekat tempat saya memang nice person and can be trusted... kawan saya dah pergi dan alhamdulilah okje.saya ni takpernah pergi mana-mana seorang selalunya adik beradik yang temankan kalau kat johor.masa bljrpun, takgi mana-mana sangat kalau seorang-seorang...even johorpun saya tak familiar sangat.masa interview kerja,mak anta saya...even sekarang pun saya nak balik rumah sewa seorang-seorang pun takut...opis dekat dengan rumah jadi jalan kaki saja pergi kerja....sebabnya kat kawasan ini black area...banyak kes.. so,kalau nak tidur surau seorang-seorang, takut juga saya sebab saya tinggal apartment bukan hotel......takut apa-apa jadi kat saya... lawak kan saya.. kdgkala rasa tak independent pulak.. saya tawakal saja.mungkin tidur opis agaknya.. tengoklah nanti bagaimana? doakan saya ye supaya saya dapat menjaga iman saya.. sesungguhnya saya rskan saya semakin jauh dr Allah.. nak berhenti sayang sebab ramai lagi kawan saya tak kerja... mana tahu tak dapat kerja ke,susah juga... doakan saya ye... saya tak tahu nak bagaimana?... saya tak ada jalan penyelesaian yang terbaik... ----------------- Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 11-10-08 02:46
owh dekat bukit jambul...rasanya taklah teruk sangat kat bukit jambul...ada juag rumah2 kg yang boleh sewa rasanya...mungkin sapa yang duduk penang lebih ariff.. p/s:amilyn....how ca u trust that person? berapa lama kenal dia?..pada saya...tak kira siapa pun dia,bangsa apa sekali pun, dia tetap lelaki yang mempunyai nafsu.......lainlah kalau dia pondan....maaf kalau salah bicara... -----------------
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 11-10-08 07:37
bukit jambul...kalau nak sewa apartment sendiri tak ada apa yang nak ditakutkan... cuma di situ hot market.. maybe susah nak dapat apartment or bilik kosong... ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 11-10-08 07:40
Sorry tersilap with husband ID... bukit jambul...kalau nak sewa apartment sendiri tak ada apa yang nak ditakutkan... cuma di situ hot market.. maybe susah nak dapat apartment or bilik kosong... tapi ada kawasan dimana students usm menyewa... maybe boleh sewa bilik di situ.. my aunt dok kat situ.. berdepan dengan vistana hotel..betul-betul belakang kompleks bukit jambul... if u really nak mencegah@ mengelak duduk serumah dengan lelaki ini.. beritahu... and i'll ask for my aunt and ex-schoolmates help to find a place... it's not about trust or not... its about our willingness... kalau sanggup...
Quote
|