Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 84
Ahli: 0
Jumlah: 84

  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: pak lah undur mac ini

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» pak lah undur mac ini

Please Mendaftar To Post

Oleh pak lah undur mac ini

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 08-10-08 18:40

Pak Lah umum akan berundur Mac ini, tidak pertahan jawatan
TERKINI

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu para pemimpin BN, beliau akan berundur dari menjadi PM Mac ini dan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Namun begitu, di luar Dewan Mesyuarat PWTC, para penyokong Abdullah berkumpul dan menaikkan sepanduk mendesak agar beliau terus kekal dan bertanding mempertahankan kerusinya.

SIASAH

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  

posticon Posting pada: 08-10-08 18:59

langkah yang baik diambil oleh pak lah,
pandangan majoriti telah diambil kira..
semoga berjaya kepada datuk seri najib sebagai PM..

Bookmark and Share

  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 08-10-08 19:02

Pada 08-10-08 18:59 , FIRDAUSNUR posting:

!!! QUOTE !!!

langkah yang baik diambil oleh pak lah,
pandangan majoriti telah diambil kira..
semoga berjaya kepada datuk seri najib sebagai PM..

najib?aduh habislah nanti ada yang kena bom

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 08-10-08 20:29

Alahai... Tok Dolah punya cakap rasa 'ngeri' kalau tak nak percaya :sopan:

Parlimen kata tak jadi bubar esoknya dah tutup kedai, minyak tak naik lepas pilihanraya tup-tup mencanak 70 sen, minyak kalau turun harga katanya negara boleh bankrap tapi sampai 2x turun harga 'ala kadar' tak juga muflis-muflis Malaysia ni, latest kata nak bersara 2010 alih-alih Mac depan... :lol:

Antum ingat orang tua tu 'lembab' ye nak stop sampai Mac saja? Ngeh3x, antum tunggu saja 2-3 menjak lagi, dia ada tiket funfair last kopek dalam poket dia..... 8-)

Jam sedang berdetik...

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 08-10-08 20:47

Boleh percaya ke Pak Lah nak berundur Mac ni..entah-entah apa lagi plan dia nak kekal berkuasa kat Malaysia ni..Rakyat dah banyak kali diperbodohkan olehnya...

Penyokong2 yang duduk sorak2 kat luar nak Pak Lah kekal tu just nak bodek Pak Lah saja..iyalah, Kalau tak ada Pak Lah, siapa lagi nak bagi projek kat mereka...Sorak ada makna tu noo...Hehehe..:P

Eh, mana ek biru-putih? lama tak nampak dia...Ke dah tukar nickname hijau-putih sekarang? :D

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia

PulauPinang  

posticon Posting pada: 08-10-08 20:53

dia sibuk pujuk pak lah agaknya hehehe...tak nampak keikhlasan nak letak jawatan pun.semuanya sebab tekanan dan paksaan pemimpin umno

Bookmark and Share

  Member Information For kasihmu-amanahkuProfil   Hantar PM kepada kasihmu-amanahku   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 08-10-08 20:54

ini ke pemimpin yang anda mahu?

/

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 08-10-08 21:00

Pada 08-10-08 20:53 , kasihmu-amanahku posting:

!!! QUOTE !!!

dia sibuk pujuk pak lah agaknya hehehe...tak nampak keikhlasan nak letak jawatan pun.semuanya sebab tekanan dan paksaan pemimpin umno

Betul dah tu..Kalau Pak Lah betul-betul ikhlas, lepas dari pilihan raya lepas lagi Pak Lah dah letak jawatan...Itu baru namanya demokrasi...Ini tak, selalu berdolak dalih tak nak letak jawatan...

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih :)

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 08-10-08 21:02

Akhi Rashdin, dari mana anta dapat gambar2 tu? Pak Jib tengah joget tarian apa kat atas pentas tu? :P.

Ana rasa joget lambak lah...Takpun a go go...hehehe :D

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 08-10-08 21:02

Pada 08-10-08 20:53 , kasihmu-amanahku posting:

!!! QUOTE !!!

dia sibuk pujuk pak lah agaknya hehehe...tak nampak keikhlasan nak letak jawatan pun.semuanya sebab tekanan dan paksaan pemimpin umno

rasanya pak lah main-main saja agaknya.last2 mnte nanti pak lah bertanding hehehehe

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 08-10-08 21:07

Hehe..betul dah tu akhi Rashdin...Pak Lah kan suka kata ' Saya Pantang Dicabar!' ...Hehehe :D

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 08-10-08 21:13

Pada 08-10-08 21:07 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Hehe..betul dah tu akhi Rashdin...Pak Lah kan suka kata ' Saya Pantang Dicabar!' ...Hehehe :D

apa akan jadi pada khairy nanti ya?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 02:31

Khairy dulu jadi berani sebab pak mertua dia pegang jawatan no. 1 negara...sekarang nampaknya Khairy ni dah macam hilang taring...duduk senyaaaaap saja sekarang...Mana Khairy?

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 02:41

Antara Anwar dan Najib, siapa akan ke Seri Perdana?
Irwan Muhammad Zain
Wed | Oct 08, 08 | 8:47:38 pm MYT

Akhirnya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009 dan juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Keputusan Perdana Menteri itu diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC petang tadi.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan Perdana Menteri pada pertengahan 2010.

Namun akibat dari prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, beliau telah didesak agar segera meletak jawatan.

Keputusan Abdullah ini membolehkan Dato' Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki ke Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri enam bulan akan datang.

Mendiami Seri Perdana tentunya merupakan antara yang dimimpikan oleh Najib sejak lama dahulu. Dan hasrat itu makin membara tentunya bila Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa.

Pelan peralihan kuasa yang kini dipercepatkan ke Mac 2009, membolehkan Najib memegang jawatan Presiden Umno seterusnya diberikan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Mimpi Najib ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh enam bulan akan datang. Itu pun jika tiada berlaku sebarang halangan dalam tempoh enam bulan ini.

Tempoh enam bulan akan datang tentunya amat mendebarkan Najib kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh tersebut untuk menghalang beliau dari mendiami kediaman rasmi Perdana Menteri.

Yang boleh menyekat mimpi Najib dari menjadi nyata adalah jika kerusi Presiden Umno dimenangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang berhasrat bertanding jawatan tersebut pada Mac nanti.

Selain faktor kemenangan Ku Li, faktor pembentukan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat juga mampu membuatkan impian Najib terhalang.

Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan, bukan hanya impian mendiami Seri Perdana akan terkubur tetapi kemungkinan pelbagai lagi malapetaka akan menimpa bukan hanya Najib tetapi banyak lagi pemimpin Umno yang lain.

Pembentukan kerajaan baru ini amat tidak disenangi oleh pemimpin Umno biarpun ia merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan pemerintahan Umno-BN selama 51 tahun.

Biarpun pembentukan kerajaan baru tidak berlaku pada 16 September lalu - tarikh asal yang diumumkan oleh Anwar - tetapi bukan sedikit rakyat Malaysia yang berharap agar BN segera ditumbangkan.

Rakyat Malaysia yang tidak mampu berbelanja sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 utas jam tangan di Hong Kong menunggu dengan penuh sabar Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

Selain Najib, Anwar juga pasti berhasrat untuk berpindah ke kediaman bernilai ratusan juta ringgit itu. Jika tidak mendiami Seri Perdana sekalipun, Ketua umum Pakatan Rakyat itu sememangnya berhajat untuk memiliki pejabat di Putrajaya.

Biarpun ramai yang mengatakan hasrat Anwar dan Pakatan Rakyat mahu menubuh kerajaan baru sebagai sesuatu yang mustahil tetapi ahli parlimen Permatang Pauh tetap yakin BN akan tumbang dalam tempoh terdekat.

Keyakinan Anwar itu membuatkan ramai yang menunggu beliau membuktikan bahawa hasratnya itu bukanlah omongan kosong semata-mata. - mks._

** Dipetik dari Harakah Daily

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 02:43

Lagi RM 7 JUTA wang rakyat dibazirkan !Nak bersabar lagi ke?

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 08:45

memang tak sabar! tu yang kita tau RM7 juta..yang kita tak tahu, entah berapa banyak mereka ambil untuk kepentingan mereka dan keluarga mereka..rakyat hidup sengsara, mereka btambah mewah..yang pyokong mereka ni xpikir ke ya.mati2 mereka tertipu.huhu..

Bookmark and Share

  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 09:46

pak lah turun.... najib naik... dimana anwar ???
selama ni org tolak BN pasal tak suka pak lah...
adakah angin politik akan berubah semula kepada BN ???

saksikan dipawagam berhampiran anda.... sandiwara dari paklah dan anwar..

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 09:53

Pada 09-10-08 08:45 , hid_uniten posting:

!!! QUOTE !!!

memang tak sabar! tu yang kita tau RM7 juta..yang kita tak tahu, entah berapa banyak mereka ambil untuk kepentingan mereka dan keluarga mereka..rakyat hidup sengsara, mereka btambah mewah..yang pyokong mereka ni xpikir ke ya.mati2 mereka tertipu.huhu..

betul..betul...rmi yang tak nampak agaknya...sokong membuta tuli..
dah bertahun2 mereka ni guna wang rakyat untuk kepentingan mereka.. :jangan:

-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 10:39

Pada 08-10-08 20:29 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Alahai... Tok Dolah punya cakap rasa 'ngeri' kalau tak nak percaya :sopan:

Parlimen kata tak jadi bubar esoknya dah tutup kedai, minyak tak naik lepas pilihanraya tup-tup mencanak 70 sen, minyak kalau turun harga katanya negara boleh bankrap tapi sampai 2x turun harga 'ala kadar' tak juga muflis-muflis Malaysia ni, latest kata nak bersara 2010 alih-alih Mac depan... :lol:

Antum ingat orang tua tu 'lembab' ye nak stop sampai Mac saja? Ngeh3x, antum tunggu saja 2-3 menjak lagi, dia ada tiket funfair last kopek dalam poket dia..... 8-)

Jam sedang berdetik...

dah hilang ke prasangka baik kita kepada orang? selama mana lagi kita hendak membenci? jangan hanya tau nak perkatakan tentang orang. anda bukan yang boleh tau tentang masa depan setiap orang, jangan kerana orang buat kezaliman (yang anda label lah) anda terus menyangka tak baik sampai bila2....

p/s : seingat saya, nickname ni agaknya yang guna signature bendera terbalik tu. sejak blogger kena tangkap dengan alasan bendera terbalik, nickname ni tak pakai lagi signature tu. hehe.. takut ke ? MINTA MAAF KALAU SALAH NICKNAME.

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 10:48

Jangan mudah percaya kata-kata org politik (tidak kira siapa ahli politik tersebut.hehe)..dalam politik, segala kemungkinan boleh berlaku..tak mustahil Pak Lah akan timbang balik keputusannya meletak jawatan Mac depan, atas alasan desakan akar umbi yang kuat.kwang3..melopeh den (pokjib)..

Bookmark and Share

  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 11:04

Pada 09-10-08 08:45 , hid_uniten posting:

!!! QUOTE !!!

memang tak sabar! tu yang kita tau RM7 juta..yang kita tak tahu, entah berapa banyak mereka ambil untuk kepentingan mereka dan keluarga mereka..rakyat hidup sengsara, mereka btambah mewah..yang pyokong mereka ni xpikir ke ya.mati2 mereka tertipu.huhu..

saya ni lagi/cukup/sangat/ marah dengan orang seperti rosmah ni.dah dasa boros punya orang ni pun kita nak angkat jadi pemimpin?.tak termasuk lagi dengan ALTANTUYA yang sudah di bom tu. :-|

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 11:30

ceeewah...ada orang laju saja post kunun tolak pemimpin yang beronggeng atas pentas..tapi lupa idola sendiri pun beronggeng jugak..... :sopan:

believe it or not...believe it...

http://www.youtube.com/watch?v=8RYCao5pZ2U

-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 11:39

Pada 08-10-08 21:02 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Akhi Rashdin, dari mana anta dapat gambar2 tu? Pak Jib tengah joget tarian apa kat atas pentas tu? :P.

Ana rasa joget lambak lah...Takpun a go go...hehehe :D

sori2 tak perasan pula.ni pun dapat kat tranungkite tu.ada orang post gambar ni

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 11:39

biarlah rosmah tu beli berapa juta pun..tu duit dia..tak mik sikit pun duit hang rashdin...

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User

posticon Posting pada: 09-10-08 11:41

kan dia kata duit cukai dia... berjuta2 duit dia kak rosmah ambil..tu yang dia marah sangat tu.... :lucu:

Bookmark and Share

  Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 11:47

Pada 09-10-08 11:39 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

biarlah rosmah tu beli berapa juta pun..tu duit dia..tak mik sikit pun duit hang rashdin...

habis tu dah nama duit rakyat kalau duit sendiri tak kisah pun.duit rakyat adalah amanah dari rakyat.mana boleh digunakan untuk tujuan peribadi

p/s------>lagi suka tengok kak/mak cik wan(DSWA) dan kak izzah(Nurul Izzah) ;-) :malu: :-)

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

aimanshukri
Warga Rasmi
Menyertai: 06.09.2008
Ahli No: 34810
Posting: 17
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 11:51

lupa agak nya masa kat pilihanraya Ijok dulu,,,,Pada 09-10-08 11:30 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

ceeewah...ada orang laju saja post kunun tolak pemimpin yang beronggeng atas pentas..tapi lupa idola sendiri pun beronggeng jugak..... :sopan:

believe it or not...believe it...

http://www.youtube.com/watch?v=8RYCao5pZ2U

!!! QUOTE !!!

-----------------
hidup bukan untuk derita dan derita bukan untuk selamanya

Bookmark and Share

  Member Information For aimanshukriProfil   Hantar PM kepada aimanshukri   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 11:57

Pada 09-10-08 11:30 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

ceeewah...ada orang laju saja post kunun tolak pemimpin yang beronggeng atas pentas..tapi lupa idola sendiri pun beronggeng jugak..... :sopan:

believe it or not...believe it...

http://www.youtube.com/watch?v=8RYCao5pZ2U

dan dengar pula penjelasa DSAI tentang isu ni

http://www.youtube.com/watch?v=kC1_tDRD7B4

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 11:59

Pada 09-10-08 11:47 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 09-10-08 11:39 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

biarlah rosmah tu beli berapa juta pun..tu duit dia..tak mik sikit pun duit hang rashdin...

habis tu dah nama duit rakyat kalau duit sendiri tak kisah pun.duit rakyat adalah amanah dari rakyat.mana boleh digunakan untuk tujuan peribadi

p/s------>lagi suka tengok kak/mak cik wan(DSWA) dan kak izzah(Nurul Izzah) ;-) :malu: :-)

ye ke duit rakyat?? entah-entah dia ada bisnes ke..main saham ke?? mana lah tau kan...

ye wan azizah dan izzah tu memang ok .. last dulu jumpa mereka tahun 99... masik biasa lagi.. yelah belum jadi isteri PM..kekekkeke belom ada kuasa...macam tu lah... kita tunggu bila dah ada kuasa.....

macam TDM kata... "saya ada kuasa, saya boleh buat apa saja".. kekekekekek

-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 12:03

tu TDM yang cakap janji bukan mak cik wan dan kak izzah yang cakap hehehehe(agaknya boleh jadi calon wanita besi malaysia ni)

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  

posticon Posting pada: 09-10-08 12:07

sebenarnya perkara macam ni tak elok dpbesar2kan.. dia nak berundur, biarkan saja... tak perlu di kecoh2kan.

Bookmark and Share

  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 12:13

acececece...pandai pula kata yang tu dia menyanyi kat ijok....bebuat tak nampak pula...tu kat indonesia...dalam satu rancangan tv kat sana...

rupanya tengok klik kat link tu pun tak lagi terus tuduh memacam...memang dok rasa syok sendiri saja lah dok buat assumption..macam ni saja ke rupanya source dia.... :sopan:

kalau najib menari ke geng BN menari,dah jadi isu negara.....yang dia menari tak apa....ok....agaknya dapat pahala kut...:sopan:

anwar berahim pergi mana pun tau burukkan Malaysia saja.macam dia seorang saja bagus dalam malaysia ni......orang lain pakat kronisme belaka..dia seorang saja yang "mr clean"...

-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 12:17

Pada 09-10-08 12:13 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

acececece...pandai pula kata yang tu dia menyanyi kat ijok....bebuat tak nampak pula...tu kat indonesia...dalam satu rancangan tv kat sana...

anwar berahim pergi mana pun tau burukkan Malaysia saja.macam dia seorang saja bagus dalam malaysia ni......orang lain pakat kronisme belaka..dia seorang saja yang "mr clean"...

dia buka memburukkan malaysia tapi mendedahkan apa yang terjadi dalam pemerintahan kerajaan(rujuk balik debat DSAI-DSC lepas).disitu beliau menjelaskan berlaku banyak kebocoran dalam pemerintahan kerajaan.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Ninja85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2007
Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan

Kelantan  

posticon Posting pada: 09-10-08 13:33

salam.
betul ke pak lah nak pas jawatan mac depan,
habis tu bagaimana ek nasib khairy ek.

Bookmark and Share

  Member Information For Ninja85Profil   Hantar PM kepada Ninja85   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 13:46

dalam pandangan peribadi saya, pak lah seorang yang lembut hati..saya kagum dengan sikap dia. bagi saya tak mudah seorang pemimpin yang nak berundur. saya yakin dah lama dia fikirkan hal ini, cuma sekarang baru dia nyatakan dengan jelas.

mungkin boleh saja dia nak keluar awal-awal tapi dia masih ada sikap tanggjawab untuk biarkan keadaan reda dulu. Seorang akan perlukan masa untuk keputusannya.

tempoh pemerintahan pak lah banyak dugaan. di saat isterinya meninggal..dia sendirian..di saat pelbagai krisis yang berlaku dalam negara. saya memandangnya dari sudut seorang insan..cuma jauh dalam hatinya saya tidak tahu. saya pandangnya sebagai manusia biasa..

jelasnya tidak mudah menjadi pemimpin yang akan memuaskan hati semua pihak. sebab manusia itu akan ada memikirkan kepentingan diri dalam tanggungjawab. saya tidak suka mengecam sesiapa..menuduh siapa benar siapa salah..tetapi bagi saya hal lebih penting adalah kesejahteran malaysia secara keseluruhan..

saya harap kita semua jangan terlalu emosi dalam perihal politik..jelasnya politik ini adalah hal yang banyak kepada kepentingan parti dan individu. tapi saya harap keadaan akan lebih baik. bimbang sangat apa yang akan terjadi pada malaysia selepas pada hari ini..

sama-sama kita doakan keadaan Malaysia akan jadi lebih baik..

Bookmark and Share

  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 14:11

salam..
kekadang kasihan saya tengok pak lah..

Bookmark and Share

  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 15:52

Pada 09-10-08 13:33 , Ninja85 posting:

!!! QUOTE !!!

salam.
betul ke pak lah nak pas jawatan mac depan,
habis tu bagaimana ek nasib khairy ek.

khairy nanti balik rembau rasanya.tak pun pak lah tarik balik last2 minute nak bertanding

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

nie_nadia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 17:30

Pada 09-10-08 14:11 , muslimah83 posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
kekadang kasihan saya tengok pak lah..

betul-betul. apa yang dia buat semua tak kena di mata org. nmpaknya pak lah kena banyak bermuhasabah lagi. huhuhu

Bookmark and Share

  Member Information For nie_nadiaProfil   Hantar PM kepada nie_nadia   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 18:09

ishk2..fitnah tol.. klip video anwar nyanyi tu mmgs aya kui dia yang nyayi.tapi bila ada terselit adegan muda mudi menari tu saya jadi confuzxe..dan itu hanya selingan yang sengaja di sertakan seklai bersama nyanyian anwar tu.. memang nampak menipu..takkan anda tak perasan..tengok lirik nyanyiannya tu pun hanya nak perli2 or kinayah kepada kesengsaraannya d sel before ni..

dan pada saya secara peribadi.. antara paklah dan najib, better paklah.. tapi jika nak kompare najib dan anwar, better anwar.. saya taktau kenpa saya begitu gerun dengan najib.. bukan apa..dia agak sekular, saya hanya memikirkan bagaiamna malaysia d bawahnya.. lbih2 lagi dalam pendidikan.. jika paklah melontarkan islam hadhari yang selama ni org asyik menentang tapi sekurang2nya ada juga unsur baiknya nak diketengahkan..pada saya elemen2 yang ada daam islam hadhri tidak pula menyelahi syariat, cuma yang tak puas hati elemen2 islam yang memang syumul tu d ambil sbgahagian untuk diketengahkan dalam masyarakt/ tapi bagaimana pula najib nanti? apakah elemen islamic yang akan diwar2kan? saya amat2 takut.. entah lah..

selama ni saya bengong, org minta paklah berundur tu pasal tak suka sama dia or tak suka sama parti pimpinannya? kalau tak suka paklah secara peribadi, maka ini bmakna kita menginginkan peganntinya najib slepeas itu. tapi Kalau kerana partinya, spatuntnya bukan kenyataan 'paklah berundur', tapi yang teoat 'bn berundur'..kan?

apa2pon..saya cukup bimbang dengan sistem pendidikan bila najib naik..

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 09-10-08 20:01

najib?adess,lagi lingkup kita dibuatnya.pernah juga merasa belajar masa dia jadi menteri pendidikan dulu.memang perit tak terperi rasanya.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

fantasi87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2008
Ahli No: 35300
Posting: 77
Dari: bangi

Selangor  

posticon Posting pada: 09-10-08 20:03

Pada 08-10-08 20:47 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Boleh percaya ke Pak Lah nak berundur Mac ni..entah-entah apa lagi plan dia nak kekal berkuasa kat Malaysia ni..Rakyat dah banyak kali diperbodohkan olehnya...

Penyokong2 yang duduk sorak2 kat luar nak Pak Lah kekal tu just nak bodek Pak Lah saja..iyalah, Kalau tak ada Pak Lah, siapa lagi nak bagi projek kat mereka...Sorak ada makna tu noo...Hehehe..:P

Eh, mana ek biru-putih? lama tak nampak dia...Ke dah tukar nickname hijau-putih sekarang? :D

biar lah.....kalau dia nak berundur........
kita jangan dok fikir yang negetif......
cberlah bersangka baik dengan orang........

Bookmark and Share

  Member Information For fantasi87Profil   Hantar PM kepada fantasi87   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 10-10-08 11:40

PAK LAH - PENGORBANAN ATAU DIKORBANKAN?
www.mykhilafah.com

Apakah yang berlaku apabila ketua harimau sudah kehilangan taring? Sudah tentulah ia tidak lagi digeruni harimau-harimau yang lain dan jika ada bangkai yang ditinggalkan, sudah tentulah pula harimau-harimau lain akan berebut-rebut untuk mendapatkan bangkai tersebut. Itulah perumpamaan realiti yang berlaku di dalam UMNO pada ketika ini. Pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO Mac tahun depan dianggap sebagai satu pengorbanan besar oleh ramai pihak khususnya dari kalangan pemimpin UMNO sendiri. Banyak kenyataan-kenyataan positif yang dikeluarkan yang menunjukkan mereka sebenarnya ‘mengalu-alukan’ keputusan bapa mertua Khairy Jamaluddin itu.

Desakan agar Pak Lah yang bermasalah ini untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri telah disuarakan oleh beberapa pemimpin UMNO sejak kekalahan BN dalam pilihan raya Mac lalu lagi. Namun, bekas Mr. Clean ini berkali-kali menegaskan tidak akan berbuat demikian kerana beliau masih mendapat sokongan rakyat, katanya. Tidak tahan panas telinga dengan desakan pemimpin tertinggi dalam UMNO sendiri, maka Pak Lah terpaksa membuat pelan peralihan kuasa yang ditetapkan pada Jun 2010. Namun, suara-suara pedas yang memanaskan telinga Pak Lah masih belum puas hati kerana 2010 dirasakan terlalu lama. Desakan dilakukan lagi agar proses peralihan kuasa dipercepatkan.

Kini, Perdana Menteri Malaysia kelima ini nampaknya terpaksa akur dengan kehendak ‘musuh’ di dalam selimut yang mahukan beliau turun dari takhta secepat mungkin. Setelah pengumuman dibuat untuk tidak mempertahankan jawatan presiden UMNO dan sekali gus menyerahkan kepimpinan negara kepada Timbalannya, maka ramailah pula pihak yang beranggapan bahawa ini satu pengorbanan dari beliau. Benarkah ini satu pengorbanan, atau Pak Lah sememangnya terpaksa berkorban kerana sudah tidak tahan dengan desakan dari luar, bukan dari dirinya sendiri? Kalau ikutkan hatinya, mungkin beliau masih ingin menjadi Perdana Menteri, setidak-tidaknya sama tempoh dengan Tun Dr Mahathir yang telah memegang takhta selama 22 tahun.

Jika semasa Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendiriannya dengan tegas yang mahukan peralihan kuasa dipercepatkan, dia dikecam daripada segenap penjuru oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain kerana dianggap telah ‘menderhaka’ kepada Presiden Parti. Namun sebenarnya ternyata, pandangan Muhyiddin itu telah mendapat tempat nun jauh di lubuk hati setiap pemimpin tertinggi UMNO, cuma yang lain masih kecut perut untuk bersuara. “Silence majority’ dalam kepimpinan UMNO ternyata telah menyebabkan Pak Lah terpaksa berundur lebih awal, dari mendapat malu kalah dalam pertandingan Mac nanti.

Kebiasaan yang wujud di dalam UMNO adalah terdapat ‘perang saudara’ yang sengit dan tidak kurang juga banyak kambing hitam yang perlu dikorbankan di dalam setiap kali pemilihan parti berlangsung. Kini, nampaknya majoriti pemimpin UMNO bersetuju bahawa yang patut dijadikan ‘korban’ kali ini adalah ketua mereka sendiri, dan sebagai satu penghormatan, mereka bersepakat agar ‘korban’ tersebut tampil ke hadapan bagi menyatakan ‘pengorbanannya’. Hakikat ini lebih mulia dari ketuanya ‘terkorban’ semasa pertandingan nanti, yang mana besar kemungkinan untuk ianya berlaku.

Persoalan kepada rakyat, khususnya kita umat Islam adalah, siapakah yang untung daripada pengunduran Pak Lah ini? Sudah tentulah tidak ada apa-apa keuntungan kepada rakyat kerana penggantinya nanti pun sama-sama sekular dengan orang yang diganti, sistemnya pun nanti sama, kepimpinannya nanti pun sama, malah tidak mustahil lebih zalim dari yang sebelumnya. Pokoknya, tidak ada keuntungan sedikit pun baik kepada Islam mahupun umatnya kerana agenda mereka adalah sekular, bukannya Islam. Kita langsung tidak mendengar pengganti PM nanti akan menegakkan syariat Islam secara kaffah dan menukar matlamat perjuangannya, apabila dia memerintah nanti. Apa yang kita dengar adalah perebutan jawatan sesama ahli UMNO yang semakin hebat dan tidak ada satu pun suara di kalangan mereka yang ingin menegakkan hukum Al-Quran dan Sunnah.

Sisa-sisa kekayaan negara yang masih banyak yang bakal ditinggalkan Pak Lah kini tentunya menjadi perhitungan dan rebutan, bukan sahaja di kalangan pemimpin atasan, malah yang di bawah juga tidak mahu ketinggalan. Masing-masing pada ketika ini mungkin sudah ada yang mula mengira bajet dan mencari wang sebanyak mungkin serta memikirkan teknik terbaik bagaimana untuk merasuah para perwakilan UMNO nanti agar mengundi mereka. Inilah hakikat yang berlaku dalam UMNO sejak dulu, kesan dari politik Kapitalis di dalam perjuangan assobiyah mereka. Malang sungguh bagi umat Islam, kerana inilah para pemimpin mereka.
Semoga dengan usaha berterusan yang dijalankan oleh golongan yang ikhlas untuk menerapkan Islam dan mendirikan sistem Khilafah, semua pemimpin korup yang ada sekarang akan diganti oleh Alah dengan seorang Khalifah yang akan memimpin dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Insya Allah

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 10-10-08 12:16

Pada 09-10-08 20:03 , fantasi87 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-10-08 20:47 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Boleh percaya ke Pak Lah nak berundur Mac ni..entah-entah apa lagi plan dia nak kekal berkuasa kat Malaysia ni..Rakyat dah banyak kali diperbodohkan olehnya...

Penyokong2 yang duduk sorak2 kat luar nak Pak Lah kekal tu just nak bodek Pak Lah saja..iyalah, Kalau tak ada Pak Lah, siapa lagi nak bagi projek kat mereka...Sorak ada makna tu noo...Hehehe..:P

Eh, mana ek biru-putih? lama tak nampak dia...Ke dah tukar nickname hijau-putih sekarang? :D

biar lah.....kalau dia nak berundur........
kita jangan dok fikir yang negetif......
cberlah bersangka baik dengan orang........

Dsebabkan kita ni selalu berfikiran positif lah Pak Lah dan kroni2nya sampai sekarang berkuasa dan menipu rakyat di Malaysia. Untuk pengetahuan fantasi87, kami di sini bukan berniat jahat untuk memandang serong pada seseorang, tetapi kami just nak nyatakan apa yang benar-benar berlaku. Kenyataan dan penipuan harus didedahkan dan tidak harus disembunyikan. Jika kita sembunyikan sesuatu kejahatan yang kita ketahui, ini bermakna kita pun bersubahat melakukan kejahatan itu.

Tidak semua yang dilakukan oleh pihak kerajaan kami memandang serong. Ada juga usaha2 kerajaan yang memberi faedah kepada rakyat. Cuma penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dengan merompak duit rakyat berbilion ringgit, itu yang kami tidak boleh maafkan. Sanggupkan anda melihat hak anda dirampas macam tu saja oleh pihak lain? Jangan jadi rakyat yang lurus bendul. Dalam Islam pun selalu dinyatakan untuk mempertahankan hak masing-masing.

Ana harap penjelasan ana ni dapat menjelaskan apa yang anta/anti nyatakan. Kami bukan sesedap hati nak memandang serong pada orang lain. Hanya orang gila saja yang bersikap seperti itu, dan yang pasti kami tidak gila :)

Wassalam :)

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 10-10-08 12:42

Pengunduran Abdullah tak jamin Umno stabil
Abdul Aziz Mustafa
Fri | Oct 10, 08 | 11:04:48 am MYT

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno tidak akan menjamin kestabilan parti itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub. Iklan

"Saya rasa Umno sekarang parah, Pak Lah dah umum Datuk Seri Najib (Tun Razak) yang ganti, tapi itu tak menjamin kestabilan dalam Umno kerana terlalu banyak yang tawar diri untuk bertanding sama ada di peringkat timbalan, naib presiden," Bernama memetik beliau berkata kepada pemberita dalam majlis sempena Eidulfitridi Kota Bharu semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, walaupun perkembangan terbaru yang berlaku dalam Umno adalah masalah rumahtangga parti itu, keputusan Abdullah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Najib pada Mac nanti akan tetap memberi kesan kepada pentadbiran dan pengurusan serta ekonomi dan politik negara.

Beliau berkata, peralihan kuasa antara Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac tahun depan akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat melaksanakan agenda mengambil alih kerajaan pusat sebelum tarikh itu.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya, Pakatan Rakyat yakin kepercayaan rakyat kepada pembangkang akan bertambah.

"Dengan turunnya Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, ini menambah keyakinan kami bahawa peluang untuk ambil alih kuasa itu masih tetap ada dan berjalan seperti biasa. Dalam mesyuarat peringkat tertinggi PR kita telah putuskan ini masa terbaik untuk kita buat serangan.

"Apa yang kita cakap ni, dalam masa terdekat dapat disempurnakan. Kita yakin bahawa sebelum peralihan kuasa perdana menteri-timbalan perdana menteri berlangsung sebelum Mac ini, saya rasa ini masa terbaik untuk melaksanakan agenda kita," kata Salahuddin.

Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi membayangkan akan mengambil alih kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun tarikh 16 September tidak dicapai, Pakatan Rakyat tetap akan meneruskan usaha untuk menubuhkan kerajaan pusat.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran bagaimana pihaknya ingin mengambil alih kuasa itu.

"Siapa kata tak jadi 16 September? Kita dah ada jumlah (anggota Parlimen) yang cukup. Cuma nak uji kesabaran dan istiqamah kita, puluhan tahun kita boleh tunggu.

"16 September kita dah sedia, bukan olok-olok," katanya dalam ceramah perdana sempena Eidulfitridi Kota Bharu yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pemimpin-pimpinan Pas dan PKR Kelantan._

--Kesabaran itu sebahagian daripada iman..Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang bersabar :)

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 10-10-08 19:22

Pada 09-10-08 10:39 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-10-08 20:29 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Alahai... Tok Dolah punya cakap rasa 'ngeri' kalau tak nak percaya :sopan:

Parlimen kata tak jadi bubar esoknya dah tutup kedai, minyak tak naik lepas pilihanraya tup-tup mencanak 70 sen, minyak kalau turun harga katanya negara boleh bankrap tapi sampai 2x turun harga 'ala kadar' tak juga muflis-muflis Malaysia ni, latest kata nak bersara 2010 alih-alih Mac depan... :lol:

Antum ingat orang tua tu 'lembab' ye nak stop sampai Mac saja? Ngeh3x, antum tunggu saja 2-3 menjak lagi, dia ada tiket funfair last kopek dalam poket dia..... 8-)

Jam sedang berdetik...

dah hilang ke prasangka baik kita kepada orang? selama mana lagi kita hendak membenci? jangan hanya tau nak perkatakan tentang orang. anda bukan yang boleh tau tentang masa depan setiap orang, jangan kerana orang buat kezaliman (yang anda label lah) anda terus menyangka tak baik sampai bila2....

p/s : seingat saya, nickname ni agaknya yang guna signature bendera terbalik tu. sejak blogger kena tangkap dengan alasan bendera terbalik, nickname ni tak pakai lagi signature tu. hehe.. takut ke ? MINTA MAAF KALAU SALAH NICKNAME.

Hehe, ni kes dah lama tak masuk forum ya? Nak memanah pun biarlah sediakan panah busurnya dahulu ence sya_ryn :lol:

Prasangka baik? Orang yang dah buat kezaliman anda nak terus bela? Anda rasa penderitaan orang yang tinggal di flat2 bandaraya & kampung2? Anda rasa bagaimana derita anak isteri tanpa suami di balik tirai Kamunting tiap kali Aidilfitri & Aidiladha? Sampai bila anda & 'orang' tersebut nak mencari "Al-Ghazali" yang terang-terang depan mata??

Seburuk-buruk Mahathir hamba masih ada sisa hormat lagi pada beliau, tapi imam Had-hari anda tu? minta Maaf!

Hamba takut? Hurm, anda patut belajar lagi sebelum jadi seorang provokator :sopan: Udah-udah, back to topic, sat lagi topik ni "terbang" ke awan biru... :jangan:

P/s: lembut-lembutkan hati --->http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=38704&forum=44

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 10-10-08 20:31

mahathir?hmm,terus terang saya cakap saya sudah hilang rasa hormat terhadap beliau cuma rasa hormat kerana dia lebih tua saja

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  

posticon Posting pada: 10-10-08 21:00

bulan lepas kalau tak silap, calon2 politik di acheh wajib mengambil ujian membaca alQuran. Kenapa di malaysia tak buat macam tu??? bagi calon lelaki yang beragama islam wajid jadi imam di tempat dia dicalonkan atleast 1 waktu sehari.....kan elok tu....

Bookmark and Share

  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 10-10-08 21:10

Pada 10-10-08 21:00 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

bulan lepas kalau tak silap, calon2 politik di acheh wajib mengambil ujian membaca alQuran. Kenapa di malaysia tak buat macam tu??? bagi calon lelaki yang beragama islam wajid jadi imam di tempat dia dicalonkan atleast 1 waktu sehari.....kan elok tu....

sebab kita dah laksanakan islam had hari daripada islam hakiki

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 10-10-08 21:19

Bermulalah Perang terhadap Najib Razak

Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.

Selepas makan tengah hari saya keluar untuk membayar bil-bil.

Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.

Di banner ini pula tertulis,

“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?

    * Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
    * Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila bab* untuk kahwin dengan isteri orang.
    * Membeli isteri orang untuk dikahwini.
    * Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
    * Misteri pembunuhan Altantuya.

http://antinajib.blogspot.com Selamatkan Melayu”

Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.

Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon lain yang berani.

Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.

Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.

mari kongsi gambar2 ni pula

/

,

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 10-10-08 21:32

Hormat kepada yang tua suatu kemuliaan jiwa & akhlak.. Mahathir bagi hamba bagai "seorang yang tempang namun masih boleh melakukan beberapa perkara yang betul seperti berjalan ke hadapan.."

Ada sedikit keraguan hamba, hamba 'kurang senang' melihat AAB begitu 'mudah' menyerah... :berfikir:

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 10-10-08 21:36

tapi rasanya mahathir dah tak mampu nak buat apa-apa lagi agaknya.masuk balik pun umpama tikus cuba membaiki labu.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 10-10-08 21:47

Pada 10-10-08 21:19 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

,

Astaghfirullah al a'zim.... beliau masih islam lagi..Kenapa digambarkan dikubur kristian???

-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 10-10-08 21:49

tu gambarla nak letak di mana-mana pun boleh.lihat di sini

http://mt.m2day.org/2008/content/view/13648/84/

tapi suka tengok gambar seri perdana kena bom.macam kena air strike saja kan.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sakura_balqis
Warga Rasmi
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35328
Posting: 8

malaysia  

posticon Posting pada: 11-10-08 00:28

Pada 09-10-08 11:30 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

ceeewah...ada orang laju saja post kunun tolak pemimpin yang beronggeng atas pentas..tapi lupa idola sendiri pun beronggeng jugak..... :sopan:

believe it or not...believe it...

http://www.youtube.com/watch?v=8RYCao5pZ2U

:sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For sakura_balqisProfil   Hantar PM kepada sakura_balqis   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 00:36

Pada 10-10-08 21:49 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

tu gambarla nak letak di mana-mana pun boleh.lihat di sini

http://mt.m2day.org/2008/content/view/13648/84/

tapi suka tengok gambar seri perdana kena bom.macam kena air strike saja kan.

ooo cuma gambar saja ya....
cuba kalau gambar pak nuar di ejas kan begitu...habis keluar ayat fitnah lagi dasyat dari membunuh lah.. siap disuruh bertaubat lagi....

seronok tengok seri perdana kena bom? kalau idola ekau jadi PM itu lah jugak opis dia... ke nak guna duit cukai kfc rashdin bina pejabat baru?

jangan suka melihat saudara seagama dikeji... takut sama taraf kekejian itu nanti....

ps: ni letak gamba ni tak takut ke ukhwah kena block/banned? nak bertanggungjawab ke?

-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 01:15

Pada 11-10-08 00:36 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-10-08 21:49 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

tu gambarla nak letak di mana-mana pun boleh.lihat di sini

http://mt.m2day.org/2008/content/view/13648/84/

tapi suka tengok gambar seri perdana kena bom.macam kena air strike saja kan.

ooo cuma gambar saja ya....
cuba kalau gambar pak nuar di ejas kan begitu...habis keluar ayat fitnah lagi dasyat dari membunuh lah.. siap disuruh bertaubat lagi....

seronok tengok seri perdana kena bom? kalau idola ekau jadi PM itu lah jugak opis dia... ke nak guna duit cukai kfc rashdin bina pejabat baru?

jangan suka melihat saudara seagama dikeji... takut sama taraf kekejian itu nanti....

ps: ni letak gamba ni tak takut ke ukhwah kena block/banned? nak bertanggungjawab ke?

ala gambar2 ni pun orang lain yang buat dan pada saya memang baguslah terutama gambar seri perdana kena bom tu hehehehe :-D :kelip: .kalau seri perdana tu musnah boleh pindah ke pejabat PM di jalan dato onn tak pun di rumah DSAI sendiri kan rdwira kan?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 01:46

Hehehe...nampaknya dah makin panas topik ni..baguslah dah ad pihak yang menyokong kerajaan kat sini...Boleh kita saling berdebat dan berdebat mencari kebenaran :D

kadang-kadang manusia ni tak nampak kebenaran yang dahpun ad kat depan mata... :D

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User

posticon Posting pada: 11-10-08 10:06

er... adakah saudara maksudkan sebagai penyokong kerajaan itu saudara rdwira? :)

eheheh sepanjang saya mengenali saudara rdwira...beliau adalah penyokong PAS...siap biasa saja menjadi pegawai pentadbiran PAS...
tapi beliau dan saya... memang menyampah sesi umpat2 secara keji ni...
berdebat untuk mencari kebenaran memang bagus...
perlu difahamkan...perdebatan dan penghinaan..adalah dua perkara yang jauh berbeza...

kalau sampai rajin membuat gambar grafik...meletakkan wajah org islam diperkuburan kristian...memang hampes...
tambah hampes lagi...yang menyokong @ meng copy paste penghinaan sebegini ...

waallahualam...

-mari bersama2 mencari kebenaran... bukan mengeraskan hati membenarkan perkara yang di sokong semata-mata- ;)

kebanyakan barisan alternatif seperti PAS memperjuangkan Islam... dan Islam tidak mengajar umatnya mengeji..hatta org kafir sekalipun :)

Bookmark and Share

  Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 10:14

apa guna islam pada nama jika perbuatan/perwatakan macam orang bukan islam?.kadang-kadang terfikir juga adalah lebih bagus berkawan dengan orang israel/zionis yang baik dari melayu/islam yang jahat.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 10:36

tak kisahlah perbuatan atau perwatakan dia bagaimana?...dah dalam Islam sendiri tak benarkan menda2 macam tu....

siapa kita nak menjadikan beliau begitu....

dalam bab paklah meletak jawatan ni saya setuju sangat lah.. dan buat masa ni najib ialah org kedua dia... jadi nak taknak memang najib lah akan diberi jawatan tersebut.... nak bagi sapa lagi?? nak bagi muhyidin?? akan berlaku lagi besar pergolakan dalam pentadbiran di malaysia ni..

Kenapa nak serahkan kuasa pada mac 2009 ?? adakah paklah mempunyai perancangan yang lain?? dimanakah najib ketika itu?? adakah najib masih ada ketika itu?? adakah najib ketika itu dalam perbicaraan kes altantuya?? semua ini boleh berlaku...dan kemungkinan boleh juga berlaku... pak ah menyerahkan kuasa pada DSAI ??

Kenapa saya berkat begitu?? lihat kronologi DSAI selepas paklah memerintah ... anwar dibebaskan.... apa anwar buat..tiada apa tindakan dilakukan... tidak seperti zaman TDM... kacau saja TDM dan pentadbiran dia... siap lah..ISA lah tempatnya...

berfikir tentang politik perlulah secara luas...bukan dari scope "KEFANATIKAN" sahaja..... nanti akhirnya...menang sorak kampung tergadai

zam : sepanjang saya bertugas di pejabat pesuruhjaya PAS melaka... mana yang mereka rasakan benda yang benar mereka akan sokong.... dan kalau benda yagn salah mereka akan menentang...

din : israel bukanlah kawan yang baik....

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 10:38

tengoklah petang ni saya akan beraya dirumah salah serog org kanan DSAI..sejak di zaman pemimpin pelajar...zaman ABIM...zaman ditahan ISA....

kalau ada apa-apa cerita terbaru dan saya rasa boleh diupdatekan...saya akan update..

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 10:43

tak habis-habis dengan menang sorak kampung tergadai lagi ke?.kampung(malaysia) kita ni memang dah lama tergadai sejak zaman Tunku lagi dan berlarutan sampai sekarang dan mencapai tahap paling mencemaskan.jadi kena ada seseorang dengan sokongan padu rakyat mesti bertindak untuk selamatkan negara untuk kebaikan masa depan generasi akan datang supaya nanti dapat dilihat oleh generasi depan.

pada rdwira,tak semua orang yahudi/israel jahat.ada juga yang baik contohnya yusuf cohen

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 10:59

Tenang, tenang... Hurm, benar, AAB ada muslihat tersembunyi. Suka hamba highlightkan seperti sebelum ini, nantikan saja dalam masa terdekat, sesuatu yang kurang 'seronok' mungkin akan berlaku kepada Najib.

Senyuman AAB sewaktu bersalam dengan Najib seakan peristiwa 'Dejavu' 1997... Mungkin?

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 11:04

yang dah tergadai dahulu dah jadi sejarah...
yang ada ni kita selamatkan...

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 11:43

Pada 11-10-08 10:59 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Tenang, tenang... Hurm, benar, AAB ada muslihat tersembunyi. Suka hamba highlightkan seperti sebelum ini, nantikan saja dalam masa terdekat, sesuatu yang kurang 'seronok' mungkin akan berlaku kepada Najib.

Senyuman AAB sewaktu bersalam dengan Najib seakan peristiwa 'Dejavu' 1997... Mungkin?

mungkin pak lah aka buat turn back siapa tahu

p/s--------->rdwira,pulau batu putih tu dah tergadai lagi.boleh selamatkan tak?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 12:43

baca ayat saya semula...
rashdin akan dapat jawapanya.....

kalau tak faham jangan memesongkan ayat orang..
malah Kenapa perlu quote kampung tergadai sedangkan yang ditekan kan..adalah TIDAK ADA AJARAN ISLAM yang membenarkan PENGHINAAN sesama manusia

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 13:11

macam mana kita nak selamatkan lagi harta negara kita?.orang di atas sedang rakus mengautnya dan kita hanya perlu melihat saja ke?.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 13:18

memang sah ..kurang pemahaman...

perjuang Islam... bukan perjuangkan harta...

Bookmark and Share

  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  

posticon Posting pada: 11-10-08 22:59

Pada 11-10-08 10:59 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Tenang, tenang... Hurm, benar, AAB ada muslihat tersembunyi. Suka hamba highlightkan seperti sebelum ini, nantikan saja dalam masa terdekat, sesuatu yang kurang 'seronok' mungkin akan berlaku kepada Najib.

Senyuman AAB sewaktu bersalam dengan Najib seakan peristiwa 'Dejavu' 1997... Mungkin?

Ramalan sedara ni hebatla... :lol: asal pak lah buat statement saja tak betul...ada muslihat...abang Nuar saja yang betul...kan?

-----------------
Manchester United Truly Fans

Bookmark and Share

  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 11-10-08 23:47

Pada 11-10-08 13:18 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

memang sah ..kurang pemahaman...

perjuang Islam... bukan perjuangkan harta...

tapi hidarilah memperjuangkan islam hadhari ya.ia sesat

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 12-10-08 11:13

Pada 11-10-08 22:59 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Ramalan sedara ni hebatla... :lol: asal pak lah buat statement saja tak betul...ada muslihat...abang Nuar saja yang betul...kan?

Ngeh3x.. bukan bolasepak saja ada ramalan tau? :sopan:
Tengkiu atas 'pujian'... :-D

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 12-10-08 11:47

PM: Saya tidak menyesal serah kuasa lebih awal...
Oct 11, 08 4:44pm | malaysiakini.com

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak menyesal dengan keputusannya melaksanakan pelan peralihan lebih awal dengan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Keputusan itu tidak mengganggu saya. Satu keputusan telah dilakukan dan saya telah menimbangkannya dengan amat teliti. Saya berasa selesa mengenainya dan itulah sebabnya saya berasa ceria," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Bernama sebagai mengulas soalan bagaimana beliau boleh berasa ceria semasa membuat pengumuman Rabu lalu, kerana ia bermaksud hilang pegangan kuasa penting.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memudahkan saya membuat keputusan. Saya rasa apa saya lakukan adalah demi kepentingan negara dan parti," kata Abdullah, yang memakai Baju Melayu coklat dan kelihatan tenang di kediaman rasminya di Seri Perdana.
    
Setelah membuat keputusan berkenaan, beliau berkata ia "akan membolehkan kita untuk memberi tumpuan kepada tugas yang ada" merujuk politik berlebih-lebihan yang berlaku sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas dan keperluan untuk menumpukan perhatian bagi memenuhi kehendak aspirasi rakyat.
    
"Saya mahu menggunakan sepenuhnya bulan-bulan terakhir untuk melaksanakan agenda saya. Meninggalkan satu keadaan jawatan utama dan menyerahkan kuasa penting bukan keutamaan saya."

Ditanya mengenai apakah yang difikirkannya sebelum beliau membuat keputusan, beliau menjawab: "Saya perlu menyatakan ini. Selepas pilihanraya, terdapat orang yang menyatakan bahawa saya mesti mengundurkan diri. Beberapa orang menyatakan bahawa saya bertanggungjawab terhadap keputusan yang tidak seorang pun (dalam Barisan Nasional) suka, yang mengejutkan anggota parti, terutamanya Umno.

"Namun ada juga orang lain yang bersungguh-sungguh menyokong saya dan mahu saya kekal untuk meneruskan tugas saya. Dan apabila mereka datang ke rumah saya dalam satu kumpulan yang besar, menyatakan kepada saya "Datuk Seri tidak boleh mengundurkan diri, Datuk Seri mempunyai misi, Datuk Seri perlu menyelesaikan misi itu."

Keputusan muktamad
    
"Saya mendengar setiap pihak dan pada masa yang sama saya melihat hakikat sebenar, memikirkan masa hadapan dan akhirnya saya membuat keputusan muktamad bahawa inilah masanya yang sesuai untuk saya menyerahkan tanggungjawab saya," katanya.
    
Ditanya, adakah beliau memaklumkan Yang di-Pertuan Agong mengenai keputusannya tidak mempertahan jawatan Presiden Umno, Perdana Menteri berkata beliau tidak memaklumkannya kerana ia adalah soal parti.

"Saya masih perdana menteri. Apabila tiba masanya untuk menyerahkan atau melantik pengganti kepada perdana menteri, hanya ketika itu adalah penting untuk memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda," jelasnya.

Abdullah berkata kerajaan telah meletakkan asas yang baik dan berpegang kepada misi nasional sebagai panduan negara ini boleh mencapai matlamat Wawasan 2020.
    
"Saya yakin pengganti saya akan menyambung kerja saya dan melakukan apa yang perlu untuk membawa kita mencapai matlamat itu," katanya, sambil menambah kata bahawa walaupun beliau bukan lagi perdana menteri, satu asas yang baik telah diletakkan untuk pemimpin lain.
    
"Ya, saya percaya masanya sudah tiba untuk pemimpin generasi baru mengambil alih. Apa yang penting adalah Umno dan Barisan Nasional mestilah bersatu dalam menangani segala cabaran yang dihadapi.
    
"Saya percaya sikap dan tindak-tanduk anggota parti akan menentukan masa depan parti. Itu paling utama. Jika mereka meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri, Umno akan selamat."

bersambung ---

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 12-10-08 11:50

--- sambungan

'Saya telah rancang persaraan saya'

Ditanya mengenai desakan pihak tertentu supaya beliau mengundurkan diri sekarang dan bukannya pada Mac atau beliau seharusnya diam mulai sekarang hingga waktu beliau menyerahkan kuasa, Abdullah berkata beliau amat menyedari apa yang mahu dilakukannya.

"Saya telah merancang persaraan saya, saya telah merancang terlebih dahulu bila saya perlu menyerahkan kuasa dan apa yang perlu dilakukan. Saya terus kekal bukan untuk mendapat nama sebagai perdana menteri. Saya memutuskan untuk kekal kerana saya mempunyai misi. Saya mesti menunaikan janji-janji saya dengan baik terutamanya untuk melakukan pembaharuan. Ingat, saya dikritik kerana telah membuat janji-janji yang disukai dan disambut baik oleh rakyat dan mereka kemudiannya menyatakan saya tidak mengotakan janji-janji.
    
"Tetapi saya tidak dapat menunaikan kesemuanya dalam tempoh empat tahun pertama kerana saya menumpukan kepada perkara-perkara lain. Tetapi ada satu perkara yang perlu saya nyatakan di sini bahawa manifesto pilihan raya 2004 bukanlah hanya untuk empat tahun (yang berakhir hingga 2008) iaitu tempoh semasa saya memegang tampuk pemerintahan dan kemudiannya saya akan membuat manifesto lain."

Abdullah berkata beliau hanya menerajui tampuk pemerintahan selepas tempoh masa pertama pelaksanaan Wawasan 2020 dan beliau masih mempunyai tempoh tiga hingga lima tahun untuk melaksanakan beberapa program.

"Saya memikirkan bahawa dalam tempoh masa kedua di mana saya fikir boleh memilih untuk melaksanakan apa yang saya mahukan dan pada peringkat mana. Tetapi wujud satu perasaan kecewa mengenai apa yang diharapkan oleh rakyat terhadap apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak saya lakukan.
    
"Maka, apabila saya mengumumkan akan mengadakan pembaharuan dalam kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah, terdapat satu sokongan amat kuat. Ada orang yang kini mempersoalkan mengapa saya tidak mengumumkan pembaharuan-pembaharuan ini sebelum pilihan raya lepas dan mereka pasti akan menyokong tindakan berkenaan."

"Apapun, ia kini tidak penting lagi kerana apa yang berlaku telahpun berlaku. Saya akan memastikan bahawa saya akan melakukan beberapa pembaharuan dan program ekonomi."

Kemerosotan sokongan
    
Abdullah berkata memandangkan beliau masih merupakan Perdana Menteri, beliau tidak nampak Kenapa beliau perlu diam.
    
"Mungkin mereka yang meminta supaya saya diam mahu memonopoli tumpuan itu untuk diri sendiri," katanya.
    
Ditanya apakah beliau akan berasa kehilangan kesibukan memegang tampuk pemerintahan negara, beliau berkata: "Mungkin, tetapi saya akan merasakannya apabila saya bersara. Ia akan menjadi masa untuk orang lain. Saya boleh menyatakan bahawa saya tidak akan cuba untuk "mentadbir dari luar."
    
Abdullah, apabila diminta menyenaraikan apakah pencapaian besarnya semasa menjadi perdana menteri setakat ini, berkata: "Hakikatnya, masa saya masih belum tamat lagi. Lebih molek kita membicarakannya selepas saya menamatkan tempoh perkhidmatan dan saya bersara."

Ditanya adakah kerana kemerosotan sokongan menjadi punca prestasi buruk Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun ini, beliau berkata: "Itulah yang diperkatakan oleh ramai orang dan saya cenderung untuk mempercayai apa yang diperkatakan mereka. Perkara ini adalah sebahagian daripada aduan-aduan serius kerana janji pembaharuan menggembirakan ramai orang berdasarkan daripada komen-komen dalam laporan-laporan akhbar selepas pilihan raya 2004."

Beliau berkata kerajaan perlu melakukan lebih daripada dan ia juga telah gagal melaksanakan beberapa program.
    
"Kami tidak menyelesaikannya. Apapun, yang lepas telah berlalu. Saya sentiasa ingin memulakan perubahan-perubahan ini, tetapi saya ini melakukannya secara beransur-ansur."

bersambung ----

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 12-10-08 11:53

---- sambungan

Laksana pembaharuan
    
"Tetapi rakyat mungkin mahukan saya bertindak lebih cepat dan mungkin inilah sebabnya mereka meluahkan rasa tidak puas hati. Dalam apa jua kes, saya telah menyatakan saya mahu melaksanakan pembaharuan terhadap institusi berkenaan dan melancarkan jaring keselamatan sosial yang akan meliputi 110,000 isi rumah."
    
Ditanya jika beliau mempunyai peluang untuk melakukannya sekali lagi, adakah anda akan merancang sesuatu yang berbeza bagi pilihan raya umum ke-12 daripada segi masa dan isu-isu berbangkit, beliau berkata pengaturan masa itu telah difikirkan dengan sebaik-baiknya.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau mahu mendapatkan mandat baru kerana sebelum pilihan raya umum terdapat amat banyak kritikan terhadap pelbagai perkara.

"Maka, saya fikir bahawa adalah lebih baik untuk mendapat mandat baru. Itulah sebabnya mengapa saya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya pada masa itu apabila ramai orang berpendapat ia agak terlalu awal.

Tetapi saya fikir jika saya menangguhkannya, ia mungkin mempunyai risiko. Lihat apa yang telah berlaku selepas pilihan raya umum lepas apabila harga minyak naik, harga makanan turut naik. Beberapa masalah lain juga timbul. Saya fikir ia akan menjadi lebih sukar kepada kita apabila memperoleh keputusan yang menyaksikan kita mempunyai kelebihan 58 kerusi daripada pembangkang."

Abdullah berkata jika BN menangguhkan pilihan raya itu, ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan kerana "kita terpaksa menangani beberapa masalah seperti harga minyak yang melambung, inflasi dan kegawatan ekonomi dunia seperti yang kita alami sekarang."
    
Beliau berkata di banyak negara membangun lain, mempunyai kelebihan 58 kerusi menggambarkan satu kemenangan besar.

Sikap terbuka

"Saya bertemu dengan beberapa rakan sejawatan negara lain dan mereka bertanyakan saya apakah yang kecoh sangat di Malaysia. Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak memperoleh dua pertiga majoriti dan mereka menyatakan: "Apa? Kami tidak pernah mendapat majoriti dua pertiga. Apakah yang begitu dikhuatirkan dengan dua pertiga."

"Saya menyatakan bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat Malaysia, mereka sentiasa mahukan bahagian yang mereka selalu ada. Sama ada mereka lapar atau tidak, itu tidak penting, mereka sentiasa mahukan bahagian yang mereka lazim memilikinya."

Ditanya sama ada sikap terbuka beliau menjadi punca kepada kejatuhan politiknya, beliau berkata ramai orang mempunyai pendapat masing-masing.

"Tapi biarlah kita bersikap realistik tentang perkara ini. Pada era ini, di mana manusia mempunyai akses kepada maklumat melalui begitu banyak sumber, logik bagi perkembangan ini ialah seseorang itu wajar mengamalkan sikap terbuka.

"Jangan kongkong akhbar. Jika ada akhbar tertentu membuat penapisan yang terlalu ketat terhadap subjek tertentu, orang masih boleh mendapatkan maklumat berkenaan melalui sumber lain. Jadi, akhbar akan berasa bimbang mereka dituduh tidak menyatakan perkara sebenar. Itulah bentuk keterbukaan yang perlu kita akui dan terima (pada zaman ini).
    
"Kini, telah muncul satu generasi baru yang berpendidikan tinggi, muda dan lebih bermaklumat. Orang tidak lagi bodoh atau kurang maklumat, oleh itu BN perlu berkebolehan untuk memberi penerangan mengenai dasarnya dengan lebih berkesan."

Abdullah berkata masalah yang dihadapi sebelum ini ialah kami (kerajaan) tidak mampu memberi penjelasan secara lebih berkesan tentang dasar kami dalam usaha menangani keadaan yang wujud.

bersambung ----

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar

posticon Posting pada: 12-10-08 11:56

---- sambungan terakhir

Beri kebebasan
    
"Keadaan ini adalah sesuatu yang baru bagi kami, termasuk saya sendiri, kerana setelah kami memberi kebebasan terhadap sikap terbuka, kami perlu mampu menanganinya dan rakyat pula telah memberi reaksi yang cukup mengghairahkan terhadap kebebasan ini, hinggakan mereka berpendapat bahawa kebebasan bererti mereka boleh berkata apa saja yang mereka mahu, seperti yang berlaku dalam laman
blog.

"Saya tak kata semua orang menyalahgunakannya, tapi saya rasa peratusan mereka yang terdorong untuk menyalahgunakannya, cukup besar untuk menimbulkan kebimbangan dan masalah."

Kesimpulannya, kata Abdullah Malaysia masih memerlukan undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi sebagai alat untuk mengawal dan menegur.
    
"Tapi, dalam melaksanakan akta ini, kami perlu bersikap bijak. Ia bukanlah undang-undang yang patut disalahgunakan. Kami tak boleh menyalahgunakan undang-undang yang ada. Ia sebenarnya bertujuan mencegah berlakunya perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan."

Abdullah berkata beliau berkata kebebasan sepenuhnya memang tidak boleh diterima.
    
"Kita tak boleh biarkan orang menyebarkan perkara bohong dan memfitnah dengan sesuka hati, seperti yang kadangkala dilakukan oleh media alternatif. Saya cuba minta mereka menilai persekitaran yang ada, secara objektif. Saya rasa, sekarang, kerajaan lebih terbuka untuk dikritik, berbanding sebelum ini.

Fenomena global
    
"Kita akan ada badan seperti Pemudah, di mana orang boleh mengkritik jentera kerajaan secara langsung dan berterus terang kepada pegawai kanan kerajaan, dan kritikan ini akan diambil tindakan. Saya percaya, sekiranya rakyat menilai perkara ini secara objektif, mereka akan nampak tentang wujudnya ruang yang begitu luas untuk melahirkan pendapat yang membina."

Abdullah berkata beliau percaya kerajaan perlu tahu cara untuk menangani keterbukaan dan kebebasan ini, yang sebenarnya merupakan satu fenomena global.
    
"Ini kerana kita boleh mendapat lebih banyak maklumat daripada pelbagai sumber, manakala orang pula belajar untuk berkomunikasi antara satu dengan lain melalui pelbagai cara seperti SMS, YouTube atau Facebook, bukan lagi melalui cara yang sering mereka gunakan sebelum ini. Teknologi baru dalam bidang komuniksi memberi kebebasan kepada kita untuk menyebarkan maklumat dan kebebasan
untuk menerimanya,"
katanya.

Ditanya apakah yang beliau ingin lakukan sebaik saja bersara kelak, beliau berkata pada masa ini, beliau lebih memberi tumpuan untuk membereskan apa yang perlu dilakukan berhubung pembaharuan institusi dan inisiatif ekonomi.

"Selepas itu, saya akan ada lebih banyak masa untuk cucu-cucu saya dan bermain golf serta memancing.
    
Abdullah, yang turut ditanya bagaimana beliau ingin dikenang, berkata: "Saya serahkan kepada rakyat untuk menentukan perkara itu. Bagi saya, saya amat bersyukur kerana dapat berkhidmat kepada tanah air saya sejak sekian lama."

-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 13-10-08 14:45

apa pun,mari mendengar komen tentang DSAI.kali dari bekas cikgunya semasa DSAI belajar di MCKK

m

!!! QUOTE !!!

Anwar Dari Kaca Mata Cikgu Chin

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEBELUM melangkah ke meja yang disiapkan untuk mengadakan sidang akhbar ringkas (untuk ambil hati para wartawan saya kira) Penasihat PKR, Anwar Ibrahim berbual lama dengan seorang lelaki Cina yang sudah berusia.

Perwatakan dan ismi lelaki itu tenang dan terserlah dia seorang cendekiawan atau pemikir. Ramai yang tidak mengenali dan terperasaan kehadirannya.

Melihat kepada perbualan mesra Anwar dan layanan istimewa sampai menunjukkan pinggangnya yang sakit berbalut bekung putih, ternyata lelaki itu bukan sembarangan dan sangat dekat dengan bakal PM itu. Saya bertanya kepada seorang pengawal Anwar gerangan lelaki itu namun dia tidak mengenalinya.

Mulanya saya mengira dia seorang tokoh politik veteran yang sebaya dengan usia bapak Anwar, Pak Yim atau bapa Dr Wan Azizah, Pak Wan, Datuk Ismail. Mungkin dia tokoh Gerakan veteran di KL yang baru-baru ini menyertai PKR?

Sebaik mereka selesai berbual dan bergelak ketawa saya memberanikan diri bertanyakan seseorang tetamu lelaki yang memerhatikan perbualan mereka sejak awal tadi yang berdiri berhampirannya untuk mencuri dengar perbualan itu. “Dia teacher Datuk Seri,” jelas lelaki itu.

Baru saya tahu rupanya lelaki itu ialah cikgu Anwar sesama di MCKK. Namanya ialah Chin Lim Sim. Dia mengajar mata pelajaran matematik. Usianya sudah mengjankau 73 tahun tetapi nampak cergas dan sihat.

“Ini cikgu Datuk Seri ke…?” tanya saya kepadanya selepas mendapat kepastian dari seorang tetamu tadi. Dia terus mengangguk-angguk bangga dan bersalaman dengan saya tanpa merasa kekok.

“Boleh saya tanya sikit fasal dia, cikgu?”

“Oh… boleh..?” katanya lantas menarik kerusi. Dia mudah mesra dan menyerlahkan displin beliau sebagai seorang guru. “Tidak elok bercakap sambil berdiri, kita duduk baru sedap…,” ujarnya mesra dan tidak habis-habis ketawa.

“Tinggal di mana?” tanya saya.

“Saya datang dari Ipoh…untuk hadir pada majlis ini,” jelasnya. “Ini isteri saya dan ini anak mertua saya… (saya kira menantunya),” dia memperkenalkan anggota keluarganya seramai empat orang. Isterinya, anak perempuannya dan menantunya. Menurut kad nama menantunya bernama, Alan Fung. Menantu, anak dan isterinya Cikgu Chin juga baik dan ramah.

“Boleh cikgu cerita sikit mengenai Datuk Seri semasa dibangku sekolah dulu,” minta saya.

“Oh… dia seorang yang baik. Dia seorang yang alim. Selalu dia bincang agama bersama dengan Sanusi Junid. Tuan kenal Sanusi Junid? Dia kini sudah jauh dengan Anwar…,” ceritanya sedikit kesal kerana kedua muridnya itu tidak sejalan. Cikgu Chin mungkin merasakan saya tidak tahu history Sanusi dengan Anwar.

“Dia suka pakai baju lengang panjang, dia suka smart…. suka tersenyum kepada semua orang. Bila saya masuk kelas dia akan tersenyum…saja dia baik,” cerita cikgu Chin sambil mengenangkan peristiwa lebih 40 tahun lalu.

“Cikgu mengajar apa?”

“Saya mengajar matemetik….?”

“Macam mana dia di sekolah, maksudnya bakat kepimpinannya?”

“Oh…. dia mula tunjukkan bakat kepimpinannya bila naik tingkatan tiga. Waktu ini bakatnya sudah berkembang. Dia mengembangkan bakat kepimpinan secara perlahan-lahan, dia bercakap (pidato) pandai. Dia mengambil bahagian dalam acara di sekolah dan sudah mula dikenali…”, tambah cikgu Chin lagi.

“Dia sangat baik… dia selalu ingatkan cikgunya. Dia pergi mana dia akan ingat cikgu dia ni,” tambah pula isterinya tanpa diminta. Laki bini nampak begitu sayang kepada Anwar.

“Dia suka menulis… dan dia tujuk kepada saya apa-apa yang dia buat. Begitu juga bila dia ada masalah dalam matematik dia akan cari dan bincang dengan saya. Dia seorang yang suka berbincang dengan sesiapa saja,” sambung cikgu Chin yang tidak dapat menyembunyikan keseronokannya kerana kisah dan kenangannya bersama muridnya bernama Anwar itu diselak.

“Macam mana dengan hal lain, dia nakal ke cikgu.. usik orang dan sebagainya?” saya cuba pancing lagi.

“Tak budak… dia baik. Seingat saya dia tidak pernah buat apa-apa hal tidak baik semasa di sekolah dulu. Dia alim. Semua cikgu juga sayang kepadanya!” tekan cikgu Chin lagi.

Saya tidak sempat bertanyakan apakah harapannya kepada murid beliau bernama Anwar itu. Namun apa dapat disimpulkan kalau dari Ipoh beliau sanggup datang hanya semata-mata meraikan majlis terbuka bekas muridnya itu beberapa jam saja, betapalah cikgu itu begitu sayang dan kasih kepada muridnya itu. Dan tentulah harapan dan doanya agar muridnya itu berjaya dalam hidupnya dan mencapai cita-citanya.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 13-10-08 15:40

hidup lagi ek cikgu anwar ini.....:)

Bookmark and Share

  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 13-10-08 15:48

Pada 13-10-08 15:40 , lemochi_adachi posting:

!!! QUOTE !!!

hidup lagi ek cikgu anwar ini.....:)

mungkin dipanjangkan umur untuk lihat DSAI jadi pm :-D

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 14-10-08 01:29

Rashdin, keadaan kat topik ni still terkawal atau tidak? nampaknya dah ramai yang nak bersuara sekarang ni...Mungkin mereka kecewa agaknya sebab BN dah makin goyah..Hehehe :D

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  

posticon Posting pada: 14-10-08 09:05

Pada 08-10-08 18:59 , FIRDAUSNUR posting:

!!! QUOTE !!!

langkah yang baik diambil oleh pak lah,
pandangan majoriti telah diambil kira..
semoga berjaya kepada datuk seri najib sebagai PM..

-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...

Bookmark and Share

  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 14-10-08 09:22

Pada 14-10-08 01:29 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Rashdin, keadaan kat topik ni still terkawal atau tidak? nampaknya dah ramai yang nak bersuara sekarang ni...Mungkin mereka kecewa agaknya sebab BN dah makin goyah..Hehehe :D

kita tunggu dan lihat

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 14-10-08 09:42

Pada 14-10-08 09:05 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-10-08 18:59 , FIRDAUSNUR posting:

!!! QUOTE !!!

langkah yang baik diambil oleh pak lah,
pandangan majoriti telah diambil kira..
semoga berjaya kepada datuk seri najib sebagai PM..

-----------------
"Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."

Bookmark and Share

  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 14-10-08 10:05

rashdin, teman nak tanya kenapa nak berkawan dengan Israel?

!!! QUOTE !!!

tapi suka tengok gambar seri perdana kena bom.macam kena air strike saja kan.

ala gambar2 ni pun orang lain yang buat dan pada saya memang baguslah terutama gambar seri perdana kena bom tu hehehehe .kalau seri perdana tu musnah boleh pindah ke pejabat PM di jalan dato onn tak pun di rumah DSAI sendiri kan rdwira kan?.

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 14-10-08 10:07

Pada 14-10-08 10:05 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

rashdin, teman nak tanya Kenapa nak berkawan dengan Israel?

!!! QUOTE !!!

tapi suka tengok gambar seri perdana kena bom.macam kena air strike saja kan.

ala gambar2 ni pun orang lain yang buat dan pada saya memang baguslah terutama gambar seri perdana kena bom tu hehehehe .kalau seri perdana tu musnah boleh pindah ke pejabat PM di jalan dato onn tak pun di rumah DSAI sendiri kan rdwira kan?.

sebab ada juga rakyat israel yang tak setuju dengan dasar kerajaan israel yang suka menindas.dulu ada keluar berita beratus2 rakyat israel enggan mengangkat senjata kerana tak sanggup membunuh.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-10-08 18:58

Semalam dengar kat berita TV3

Paklah cakap lebih kurang bermaksud berhubung spekulasi Najib :
Saya rasa Najib seorang yang baik kerana bakal menjadi PM.

Fahamke? :D

-----------------

Koleksi Busana

  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 14-10-08 19:26

Pada 14-10-08 18:58 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

Semalam dengar kat berita TV3

Paklah cakap lebih kurang bermaksud berhubung spekulasi Najib :
Saya rasa Najib seorang yang baik kerana bakal menjadi PM.

Fahamke? :D

aduh nanti lagi lingkup lagi kita dibuatnya.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 14-10-08 19:47

Pak Lah pun nampak macam ragu2 saja nak suruh Najib jadi PM nanti. Tak nampak ke cara Pak Lah jawab lebih kurang saja pasal Najib sekarang? Adakah teori RAHMAN akan menjadi kenyataan? Kita tunggu dan lihat :D

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 14-10-08 22:15

Pada 14-10-08 19:47 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Pak Lah pun nampak macam ragu2 saja nak suruh Najib jadi PM nanti. Tak nampak ke cara Pak Lah jawab lebih kurang saja pasal Najib sekarang? Adakah teori RAHMAN akan menjadi kenyataan? Kita tunggu dan lihat :D

tak apa,doa dan tawakal saja.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.197337 saat. Lajunya....