Oleh |
raya depan tv?komen.. |
norli
Warga Rasmi Menyertai: 07.01.2006 Ahli No: 21753
Posting: 10
Dari: kemaman
|
Posting pada: 06-10-08 17:39
saya duduk ty kawan-kawan, ramai yang cenderung mmilih untuk beraya depan tv...hmmm.. ----------------- terima kasih tuhan...
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 06-10-08 18:19
hmm.. biasalah tu.. kes malaz nak keluar beraya.. da tu pula Kalau tetamu datang bukannya nak layn pun.. tapi saya pun sama juga.. but no to tv.. pada pc/laptop pula.. spanjang pagi raya saya ngadap skreen ni.buat asiment.. tak lah nak leka2 bula 11 submit..but after 9 am saya baru keluar bilik dan jalani hari raya seperti biasa.. sama ada kuaror tuggu rumah lyan guest.. mlm after 10 sambung kerja balik.. tapi memang ye pun..Kalau saya tak keluar saya akan ngadap tv jugak..huhu.. sambil nyelam minum air..
|
wafa_mawaddah
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah
|
Posting pada: 06-10-08 18:59
rasanya zaman sekarang ni memang dah tukar budaya... kalau dulukan...budak-budak memang suka ikut jenjalan ziarah rumah sanak saudara...tapi budak zaman sekrang...nak main game...tengok tv...tak nak keluar.. contoh terdekat, anak2 saudara... time raya macam ni lah patotnyer...keluar...kenal sanak saudara...eratkan silaturrahim....ni ramai yang tak kenal saudara sendiri... tv oh tv...
|
hanafirazali
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak
|
Posting pada: 06-10-08 20:20
tv... pemusnah masa depan remaja... anda setuju?
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 06-10-08 20:24
bukan tv saja... yang terpeuk kat rumah tu... main game.. PSP PS2 dan segala jenis PS yang ada... geram saja tengok budak-budak yang cakap pun bertabur lagi tapi bab main PS nombor satu....huhuhu...
Quote
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 06-10-08 20:44
paling tak tahan.. tetamu bertandang terus ngadap tv.. bukan nak meraikan majlis sesama tuan rumah... jadi... cara paling ok setakat ni(harap2nya ok lah sampai bebila).. tv letak bukan di ruang tamu...dan remote semua disorok dalam laci berkunci
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 06-10-08 21:02
Pada 06-10-08 20:20 , hanafirazali posting:!!! QUOTE !!! tv... pemusnah masa depan remaja... anda setuju? saya setuju..!! pernah p satu rumah tu, kami datang lepas jemput duduk, pasti bawa hidang..lepas itu terus tengok ngadap tv..last2 kami jadi segan..agak-agak nak balik kami bagi signal..tapi malula macam tu..hmm.. taubat rumah tu kami tak datang lagi..haha..
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 06-10-08 21:03
by: norli!!! CODE !!! saya duduk ty kawan-kawan, ramai yang cenderung mmilih untuk beraya depan tv...hmmm..
Kebanyakan rancangan di TV Owl lihat kali ini banyak sangat sitcom dan movie Melayu. Selain rancangan berbentuk agama dan ilmiah, yang LAIN-LAIN majoritinya program yang mengarut, menyerlahkan lawak slapstik yang berbentuk kebodohan dan cuba menonjolkan watak-watak orang Melayu yang ala-ala European. Its really annoying when you were watching your own brothers and sisters same race and religion with you acting like an idiot in the so-called famous way. Contohnya movie Melayu bertajuk... EERR... Tak silap saya jodohnya adalah "9 SEPTEMBER" koott... Mengenai gadis tomboi yang ditipu oleh lelaki ketika "bercouple" sebelumnya... Pelakon - Fasha Sandha, Pierre Andre, Fahrin Ahmad... Dengan cerita-cerita Melayu sebegini dengan memaparkan kononnya kecantikan wanita Melayu penuh sexy... hot... menggoda dengan gedik dan hampir termuntah... Aksi pelakon-pelakon lelaki Melayu pula melayan... Sesetengah cerita pula memaparkan budaya orang kita melepak di pub dan disco... EERRGGHH!!! Seolah-olah the Malay already transformed to European dengan gaya hidup yang menjijikkan. Bebudak sekolah dan remaja yang melihat, alah bisa tegal biasa... Lama-lama rasa biasa... biasa... Tarapappa... Tarapappa... Benda tuuuee semuanya normal... Dan lama-kelamaan orang Melayu dan Islam kelihatan semakin dianjing-anjingkan dengan budaya Barat yang sememangnya jelas, nyata, obvious, undoubtly BERTENTANGAN dengan Islam!!!! p/s: Tak malu ke orang-orang seni Zaman sekarang? Seni boleh digunakan untuk mendidik, bukan untuk menganjing-anjingkan maruah bangsa sendiri di dunia global tanpa sempadan.
|
hanafirazali
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak
|
Posting pada: 06-10-08 22:36
kat rumah saya tv terletak di ruangan dapur... p/s: kita akui tv adalah perosak kepada anak2 tapi kita sendiri tak boleh hidup tanpa tv betul tak?
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 07-10-08 07:33
owl kasi berdesup punya best ayat.memang betul pun.tengok filem atau cerita malaysia kat tv tak ada pun rasa semangat ataupun jadi inspirasi untuk lebih baik.balik-balik alasan memaparkan realiti masyarakat setempat. selalu kalau cerita melayu,balik balik sedih saja belaka.anak tak balik sedih,laki kawin lain sedih,girlfriend lari tinggalkan pun sedih,seolah-olah hidup orang melayu penuh dengan kesedihan sungguh.tak ada solution dan inspirasi langsung,yang tau penuh dengan masalah saja.lihat pada jawapan untuk masalah bukannya konsentrat terhadap masalah. kalau cerita laki nak ngorat perempuan seolah-olah laki tu lekeh sungguh taktik.gegelak sana sini tak serius dah tu pula buat aksi yang kebudakan.cuba tengok filem bourne ataupun memana filem barat lain.dengan gaya pandangan,cara berjalan apa semua nampak smart saja.nak tekel pun ada skill.paling tak tahan adegan makan mesti ada air sirap. time raya Nabi suruh bergembira,awat tv dok tayangkan cerita sedih pula....tak gembira langsung.sapa lah pula seniman sehebat P.Ramlee dulu ni sekarang... ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 07-10-08 10:08
kalau ikut zaman sekarang ni memang ramai yang memilih tengok tv daripada berkunjung sanak saudara.. mungkin kemeriahan raya itu sudah tak ada.. Kenapa ye? banyak faktornya jadi macam tu.. bagi saya,kunjung mengunjung memang menjadi pilihan utama saya bila beraya.. al maklum lah.. raya bukan selalu,balik kampung pun bukan selalu.. so saya mengambil kesempatan itu untuk berjumpa saudara. lagi meriah kalau berkonvoi ramai-ramai.. seronok memang seronok.. bila kita keluar beraya baru kita rasa kemeriahan raya itu.. lagi satu,bagi saya tv tu pun bukannya best juga.. asyik2 lagu2 raya,cerita2 filem yang ditanyangkan semula.. mana yang dah pakai astro tu macam-macam siaran ada.. yang yang berulang2 kali kita tengok.. lagu2 raya pun dah tak best macam dulu.. dah tak laku lagi. kadang-kadang naik feedup juga bila tengok tv kan.. bosan. alangkah baiknya masa yang ada ni kita luangkan untuk berkunjung ke rumah sanak saudara.. bukan selalu pun.. kadang-kadang saudara kita sakit,kita pun tidak tahu.. lagi haru bila saudara kita meninggal,kita sendiri tak dengar langsung ttgnya.. bulan syawal ni masih awal lagi.. ambillah kesempatan ini untuk beraya bersama keluarga.. insyaAllah banyak manfaatnya berbanding tengok tv.
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 07-10-08 10:30
ana besyukur lagi.,,,family ana masih lagi menerapkan aulakan tetamu...kalau tetamu datang,,tutup tv,,,,kalau tak ayah bising.....so time raya tak ada peluang nak tengok tv sangat... lepas itu pergi braya rumah sedara mara,,da xdan tengok tv.... apa yang owl ckpkan tu memang betul,,bukan time raya saja,.,.,malah bukan raya pun ada rancangan macam tu....kepada penerbit2 filem,...jangan lah dok fikir keuntungan semata-mata....dakwah perlu diutamakan,...kadang-kadang kecewa juga,.,,hampir semua penerbit filem or drama kat malaysia ni ,,islam dan bangsanye malayu...tapi penerapan nilai2 mahmudah dalam film tak ada.... kalau macam segmen dokumentari tu,,ok lah juga...ni sebulan berpose,,,lepas itu kat tengok org pom joget2x,,isk2.......senang betul nafsu yang kat didik sebulan di baham macam tu saja kan...SALAH SIAPO? kat ada pilihan...pilih lah dengan melihat mengunakan cahaya.....sendiri fikir lah,, menziarahi saudara,,kunjung2 rumah jiran,,.saling bermaafan,,,adat yang tak boleh dilapukan...jangan kat dilekangkan...sekarang da ada gejala macam tu,,,akan datang?anak2 kita?macam mana?
|
_norlidahashim_
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.09.2008 Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman
|
Posting pada: 07-10-08 13:54
Pada 06-10-08 20:20 , hanafirazali posting:!!! QUOTE !!! tv... pemusnah masa depan remaja... anda setuju? kurang setuju..! ----------------- Terima kasih Allah untuk segalanya
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 07-10-08 13:54
Pada 06-10-08 20:24 , eniliana posting:!!! QUOTE !!! bukan tv saja...
yang terpeuk kat rumah tu... main game.. PSP PS2 dan segala jenis PS yang ada...
geram saja tengok budak-budak yang cakap pun bertabur lagi tapi bab main PS nombor satu....huhuhu... yang marah2 ni Kenapa?.dah nama budak-budak jadi pemikirannya macam mana?. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 07-10-08 13:58
lah... sapa marah? rabun itik ke cik rashdin? saya kata geram... budak-budak kalau bagi bom pun mereka main .....hehehehe... yang saya geramkan pun bukan budak-budak tu...tapi yang izinkan budak-budak tu berkelakuan macam tu.... awak kan pintar sangat... takkan ayat semudah tu pun tak boleh nak paham?  Tak apalah kan budak-budak... kalau yang dah habis sekolah.. dah kerja.. (kalau dah tua tapi tak kerja pun sama lah jugak) buat perangai tengok tv tak habis-habis di hari raya lagi haru...  : tapi yang kelakar...dalam banyak-banyak post kat atas..post saya jugak awak quote ye? ehehehe...saja nak beramah tamah ye...selamat hari raya.... dah tak nak berkenalan dengan saya kat melalui private mesej dah? tak mengapa ... semua private mesej yang sampai kat saya...semuanya...suami saya baca... jangan risau...
Quote
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 07-10-08 14:13
geram pun nak buat macam mana?. lama2 nanti ok lah tu. yang penting kena sabar dengan budak-budak yang belum baligh ni. tengok juga pada orang yang mana beraya hanya duduk depan tv,dah tak ada sedara mara dan kawan-kawan lagi memanglah raya duduk depan tv saja. p/s----->raya saya tahun ni pun dah seceria dulu.hurmm
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 07-10-08 15:10
drama melayu memang begitu.... saya pun naik meluat. Kenapa lah rata-rata drama melayu kebanyakannya cerita2 hasad dengki, balas dendam, gaduh2, tikam belakang, cemburu, gila pangkat, gila kuasa, kejar wang, berlagak, dan entah apa-apa lagi yang sifat2 negatif.... tak ada yang menginspirasikan, bak kata trouver. baik lagi menonton drama2 jepun dan korea.... masih ada juga nilai2 dan adab2 ketimuran. dan yang bestnya, ada pelbagai pengajaran dan inspirasi... jalan cerita pun menarik. p/s: 10 oktober ni jom nonton filem Ayat-ayat Cinta...
|
itqaan_muslim
Warga 5 Bintang Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh
|
Posting pada: 07-10-08 15:57
memang trend budak-budak sekarang agaknya sukekan hiburan... ana tengok banyak sangat tayangan berbentuk hiburan time raya... emak ana pun selalu bersungut...org sibuk beraya,artis2 pula sbuk menyanyi kat tv.. ^^Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS,andai diri tidak sehebat SULAIMAN.... Tidak perlu seteguh IBRAHIM,andai diri tidak sekuat HAJAR.... Mengapa mengharap teman setampan YUSOF,jika kasih tidak setulus ZULAIKHA.... Mengapa didamba teman hidup sehebat KHADIJAH,andai diri tidak sesempurna RASULULLAH S.A.W....^^
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 07-10-08 17:23
Pada 06-10-08 20:20 , hanafirazali posting:!!! QUOTE !!! tv... pemusnah masa depan remaja... anda setuju? tak setuju...completely not agreed...  halnya sama macam internet, PS, gameboy, makanan, perempuan...setiap satunya ada jeq yang menganggap sebagai pemusnah masa depan...(kecuali yang confirm haram tu lain cerita lah..).. sebenarnya bagaimana cara kita mengendalikan tv tu yang lebih utama..bukannya terus jeq menyalahkan tv sebagai punca kepada segalanya..banyak manfaat yang boleh didapati daripada tv..seimbangkan yang mana patut..saya sendiri sangat suka menonton tv..oppss...bukan semua jenis..contohnya discovery channel, national geographic..rancangan dokumentari..sukan..(tapi bila di rumah orang yang ada astro lah..), sebab bila balik rumah sendiri jeq..tak ada mud sangat layan tv...baik layan komputer...(sebab tak ada astro..)..wahaha... P/S : adakah komputer pemusnah masa depan remaja????
|
nur_kamila
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.10.2008 Ahli No: 35250
Posting: 62
Dari: kemaman
|
Posting pada: 08-10-08 09:42
raya depan tv .mesti tak rasa meriah .raya mana biasa jaln2 rumah saudara mara ...tapi sekarang mana tak rasa mana sebab banyak ceta2 menarik2 kat tv..raya pun macam tak raya saja..hehehehehehe
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 09-10-08 02:36
Kalau raya pertama, kedua dengan ketiga ana tak suka duduk tengok tv saja..Lebih baik keluar ziarah rumah kawan-kawan...Rancangan kat tv tu hari lain boleh tengok lagi...Tapi peluang nak beraya rumah kawan-kawan cuma datang setahun dua kali saja..  ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
_norlidahashim_
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.09.2008 Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman
|
Posting pada: 16-10-08 14:44
Pada 07-10-08 15:10 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! drama melayu memang begitu.... saya pun naik meluat. Kenapa lah rata-rata drama melayu kebanyakannya cerita2 hasad dengki, balas dendam, gaduh2, tikam belakang, cemburu, gila pangkat, gila kuasa, kejar wang, berlagak, dan entah apa-apa lagi yang sifat2 negatif.... tak ada yang menginspirasikan, bak kata trouver.
baik lagi menonton drama2 jepun dan korea.... masih ada juga nilai2 dan adab2 ketimuran. dan yang bestnya, ada pelbagai pengajaran dan inspirasi... jalan cerita pun menarik.
p/s: 10 oktober ni jom nonton filem Ayat-ayat Cinta...  dah tonton..tapi tak sehebat novelnye..uhuk2..keciwa..  ----------------- Terima kasih Allah untuk segalanya
|