Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 304
Ahli: 0
Jumlah: 304




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: kisah isteri tua dan isteri muda


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» kisah isteri tua dan isteri muda

Please Mendaftar To Post


Oleh kisah isteri tua dan isteri muda

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 17:50


Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse, tapi masih nampak bergetah
kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang
(lelaki beriman OK lah kut...) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi
lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan orang.
Kak Nani, namanya=Rosnani.

Tapi entah macam mana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap
bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah
sendiri.Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di
hari bahagia suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dengan
senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak
Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa?


Setahun, dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila
hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa
menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan
kedua di atas tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara
berjemaah,
senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan

suami Kak Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik

abang apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya
saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa

cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan
yakinnya berkata, "Tak perlulah jumpa suami akak, sebab boleh akak
nyatakan
rahsianya tanpa was-was". Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, Kak Nani

dengan pantas mencelah, "Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang
adil,
yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa ..."

"Biarlah betul-betuk kak" kata saya . Jawab kak Nani, "kakak mahu semua
madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan

sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka
mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka
pun
alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat
juga, tanya Kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka
pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa
kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu
sesama kami"

Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani
menyambung, "dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak
lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak
(bini
lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini", sambil dia
menggoyang-goyangkan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam
filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak
dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan
bukannya jantan !!...

MORAL OF THE STORY : kalau nak KAWIN LAIN dengan RESTU ISTRI, PASTIKAN JADI
SUAMI
yang tak HAMPEH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.090981 saat. Lajunya....