Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 188
Ahli: 0
Jumlah: 188




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 51 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kekuatan untuk menegur


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kekuatan untuk menegur

Please Mendaftar To Post


Oleh Kekuatan untuk menegur

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 13:53


kalau dibuka mata luas2 saya rasa semua orang dah tahu betapa teruknya tahap kerosakan akhlak anak2 melayu sekarang tak kira peringkat umur..

soal pakaian tak perlu dibincangkan lagi,semua dah sedia maklum..

1st situation... dalam 2 bulan lepas saya pergi klcc park. masa tu tengah praktikal. tempat saya praktikal tu memang selalu buat aktiviti untuk rapatkan relation sesama staff. salah satunya aktiviti 'klcc run' selang seminggu.. dari ofis,kami semua berjalan ke klcc, buat warm up then jogging.. ada sekali tu,kami semua berkumpul tempat warm up macam biasa sambil tunggu staff2 lain yang belum sampai.selalunya kat situ tak ada org tak pun ada lah 3-4 org.. tapi on that particular day kat area tu ramai lah jugak. melayu... lelaki,perempuan... ada yang duduk beriba, peluk2, bercium mulut, kawan-kawan dia ada yang ambik gambar... mereka semua perasan yang kami tengok sebabtersangat lah dekat jarak kami semua dengan mereka.. tapi masing buat bodoh, siap boleh gelak... supervisor saya datang dekat saya, dia tanya 'MUSLIM CAN DO THAT AHH??' saya yang malu.... tak tahu saya nak jawab apa... sedangkan mereka yang buat tak segan pun...

2nd situation... saya selalu sangat laaaaa nampak org tak puasa... budak lelaki dalam umur 14-16 tahun jalan-jalan dalam shopping mall sambil makan aiskrim.bila perasan org pandang,mereka gelak2.. semalam dekat klcc, ada satu group budak-budak melayu makan kat restoran.. duduk pulak depan entrance... dengan selambanya mereka makan.. baru-baru ni pun ada chat dengan kawan lama, saja bergurau tanya dia puasa atau tak... dia kata tak sebab dia tak tahan lapar...


dalam mana-mana situasi pun, saya rasa macam jadi tanggungjawab saya untuk menegur tapi saya tak kuat.... belum ada kekuatan nak bersemuka dengan orang-orang macam tu dan tegur cara baik... kalau ada semua ada pada tempat saya, apa yang akan anda buat?

atau siapa2 yang pernah lalui situasi macam ni dan pernah menegur, sila lah kongsi dengan kita semua... moga-moga kami semua mendapat kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab sesama muslim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 14:06


situasi darkside lebih kurang macam saya juga.. kat tempat kerja saya ramai yang tak puasa. selamba saja mereka hisap rokok kat tempat kerja.. mula-mula tu mereka sorok2 juga bila nampak saya,lama2 macam dah biasa tengok mereka tak puasa.. hari2 isap rokok kat bawah.. apa yang saya sedih sangat,kat sini ada ayah dan anak2 dia kerja sekali tapi semua sama-sama tak puasa.. macam mana itu? nak tegur pun saya just kata kenapa tak puasa,alasan mereka penat lah.. takkan tiap-tiap hari macam itu.. nak tegur anak boleh lah kadang duduk sindir2 jugak tapi kalau bapaknya yang umur hampir 5o tu macam mana? saya ni pun dah macam anak saja bagi pakcik tuee.. sedihnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 14:09


bagi saya kita cuma boleh menegur saja.. bila dah tegur,tanggungjawab tu kita dah laksanakan.. so kita tak perlu rasa bersalah lagi.. antara dia nak sedar apa kita cakap itu terpulang.. tapi susahnye untuk menegur...

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 14:12


assalammualaikum

sama dengan keadaan saya cuma ini berlaku kepada abang saya. puas ditegur malah kita pulak yang dihentam. kami sekeluarga dah tak tau nak buat macam mana... siap tok imam (jiran) tegur. tapi dia buat tak malu. adik saya yang kecil itu pun puasa. saya pun tak tau apa nak jadi dengan dia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

Fattul_Bari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR

turkey   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 14:19


Pada 23-09-08 14:12 , bintanghati2008 posting:

!!! QUOTE !!!

assalammualaikum

sama dengan keadaan saya cuma ini berlaku kepada abang saya. puas ditegur malah kita pulak yang dihentam. kami sekeluarga dah tak tau nak buat macam mana... siap tok imam (jiran) tegur. tapi dia buat tak malu. adik saya yang kecil itu pun puasa. saya pun tak tau apa nak jadi dengan dia.
dia mungkin telinga gajah afrika agaknya.tak mengapa,tampal kat luar rumah"di sini ada orang tidak puasa(beserta nama dan umur)" INSYA ALLAH mujarab,tak ada pantang,cuma pandai awak tahan pipi huhuhuhu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Fattul_BariProfil   Hantar PM kepada Fattul_Bari   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 15:36


Salam..situasi sebegini pernah hamba alami masa dalam perjalanan dari Johor ke Kelantan. Suasana dalam bas di waktu malam, dengan lampu ditutup..kerusi sebelah kanan hamba dipenuhkan oleh sepasang makhluk yang bergelar kekasih..bila malam, gelap, hujan pula itu kat luar, faham-faham sajalah apa mereka buat. hamba dan seorang kakak yang berada di sebelah ni yang kebetulan tengah meriba anaknya yang baru berusia beberapa bulan hanya mampu memandang ke arah mereka. Mereka ni tidak sikit pun merasa malu dan meneruskan perbuatan terkutuk dan keji yang dilaknat oleh Allah sehingga bas berhenti di stesen..semoga mereka dan hamba mendapat hidayah Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 15:45


situasi begini memang selalu ana tempuhi,,,kadang-kadang tak tahu kemana kekuatan tu.....ana rindukan tenungan mata ana dulu boleh buat org yang bslh rasa segan....tapi semua ni salah ana juga,,,banyak lagho....terhakis kekuatan tu,,,,mahu bina semula kekuatan tu...insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 16:22


Pada 23-09-08 15:45 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

situasi begini memang selalu ana tempuhi,,,kadang-kadang tak tahu kemana kekuatan tu.....ana rindukan tenungan mata ana dulu boleh buat org yang bslh rasa segan....tapi semua ni salah ana juga,,,banyak lagho....terhakis kekuatan tu,,,,mahu bina semula kekuatan tu...insyaAllah..



apa ilmu yang umar pakai ek? :-D



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 16:43


lor,,,,ilmu apa nya..tak pernah belajar pun....beli stiker ukhwah.com...yang ada gambor mata helang dan kata-kata nasihat mahupun peringatan....rm5 sahaja,,,jangan lupa beli deh,,sokong produck ukhwah.com..

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

nadeeya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21680
Posting: 70
Dari: sarawAk..

egypt   avatar


posticon Posting pada: 23-09-08 21:22


salam..

sebenarnya banyak cara dapat tegur..sebab sikap ketidakpedulian inila yang buatkan mereka dah tak segan silu nak lakukan apa yang bagi pendapat mereka tak salah dan normal.

ramai orang yang amar ma'ruf tapi nahi mungkar itu tak dicapai. Jadi, sebagai langkah pertama cuba dengan memberi teguran pada org yang terdekat. Sampai bila kita nak berdiam diri?

kita selalu nak semua perkara besar. Kereta besar, rumah besar, gaji besar. Tapi Kenapa ambik sekecil2 jalan penyelesaian dengan memilih "berdiam diri sebagai selemah-lemah iman"?

Muhasabah untuk diri saya yang serba kekurangan dan dalam proses membaiki diri dan membawa org lain ke arah kebaikan. Insya Allah, Why not we take the first step? Dengan menjadi org pertama memberi teguran, Insya allah lepas ini pasti ada yang akan follow.

Bercakap tentang kekuatan, semua org mempunyai kekuatan tersendiri. Dan ini kita sendiri tahu kekuatan kita di mana. contohnya: dalam usaha menegur rakan sepejabat yang tak solat, jika kita seorang yang berkebolehan dalam madah atau lukisan, mungkin teguran boleh dilakukan melalui kad yang khas diberikan padanya. Maksud saya, teguran pada seorang yang kita kenali.

Apabila berkata tentang teguran dengan org yang tak dikenali, memang tak dinafikan, kita pasti akan berasa taku-takut. Tapi nak berkongsi sikit tentang apa yang mak angkat saya (umi) menegur sekumpulan pelajar universiti di taman rekreasi di air terjun. Kami nampak lelaki dan perempuan mandi bersama. Saya sendiri yang melihatnya pun, sangat geram waktu tu, tapi yelah, pada masa itu, kita hanya mampu sekadar menggelengkan kepala dan berlalu dari situ sahaja. Tapi tidak bagi umi saya. Perlahan-lahan dia pergi ke arah sekumpulan pelajar tersebut. Pelbagai persoalan lah ditanya. "Mak ayah tau tak datang sini?", "Apa perasaan bila sama-sama bercampur macam ini?" "rasa-rasa mak ayah tau, mak ayah rasa apela?" Walaupun, nampakla budak-budak itu macam bengang sebab makcik yang tegur mereka, tapi perlahan-lahan semua yang mandi bersama mula berangkat balik. Adalah 10 minit tazkirah diberikan oleh umi pada mereka. Masa itu, saya realize satu perkara, yang walaupun tak banyak, tapi sekurang-kurangnya dengan teguran, mereka akan fikir yang mereka sentiasa diperhatikan.

Insya Allah, kita yang faham ini lah yang kena usaha untuk fahamkan mereka. Apa gunanya kita yang faham, tapi tak mampu melakukan apa-apa? Betulkan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadeeyaProfil   Hantar PM kepada nadeeya   Pergi ke nadeeya's Website   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-09-08 22:28


payah juga nak jawab dah benda ni pasal kekuatan kita...tapi antara benda yang saya tahu ialah banyakkan tahajud..ia akan membina kekuatan dalaman kita..

Masa Salehuddin al-ayubi nak berperang masa perang salib..beliau memastikan pejuang berada dalam front line adalah mereka yang melakukan tahajud..ia kerena benda ni secara tak langsung menambahkan keimanan dan kekuatan hati kita pada Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 11:20


saya memang nak tegur tapi saya sendiri takut nak tegur. sebab org yang saya nak tegur tu dah umurnya 50an.. kalau setakat umur2 sebaya saya ni boleh lagi ditegur secara sindiran dan gurauan.. nasib baik tak ambik hati bila saya menegur. takut juga saya.. nak harap org lain pun 2x5 jugak tak puasa.. bosannye.. adakah saya juga dikira subahat?

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 24-09-08 11:40


bukan tak nak tegur...kekuatan setakat benci dalam hati saja...
yelah kita baru pandang dia gelak2...
apatah lago tegur...macam persendakan kita pulak kan

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 12:10


assalamualaikum...
ana rasa terkejut, pelik pun ada tengok senario dunia sekarang... kita yang cintakan dan sayangkan agama iniseolah2 dah jadi golongan minoriti yang tak mampu buat apa-apa untuk membantu saudara seagama kita... risau pulak nak menempuh alam pekerjaan nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 15:57


mrasul saw bersabda,,"umatku akan datang memegang agama seperti memegang bara api".....so faham-faham lah.......

kekuatan tu datang bukan boleh dibuat2,,dan dtunjuk2.....tapi sikap kat yang perlu dtegur dulu..seperti kata-kata assayyid imam hasan albanna.."nasihatilah dirimu dahulu sebelum menasihati org lain....kalau dr sendiri tak dinasihati...mana nak datang kekuatan semua 2....

kekuatan kat datang dari Allah...kat membenci 1 perkara pun mesti kerana Allah,,,kalau terpesong sikit niat kat tu,,,memang tak ada kekuatan 2...

sebenarnya apa yang kat bincangkan ni...kekuatan untuk menegur ni...boleh dikaitkan dengan kekuatan iman kat sendiri......sebab rasul saw kan ada pesan....cukuplah sekadar membenci perbuatan itu,,itulah selemah2 iman.....(sebenarnya ada sambungan ayat sebelum hadih tu).....so....cari kekuatan tu,,,,da dapat jangan bagi hilang...juga baik-baik.......


kekuatan tu juga,,,,,adanya pada ilmu yang kat amalkan....kat ada ilmu tentang adap pergaulan.....kat practik kan...so tak jadi masalah ada kekuatan tu dr segi hujah,,,sebab org yang gelap hatinya,,banyak alasan....banyak songeh meraka ni.....so kat perlu ada hujah......

tapi...ana suka nak berpesan pada dr ana dan antum...

BERPESAN2,NASIHAT-MENASIHATI CIRI AKHALAK ORANG BERIMAN...

...........



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

nadeeya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21680
Posting: 70
Dari: sarawAk..

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-09-08 21:29


Pada 24-09-08 15:57 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!



BERPESAN2,NASIHAT-MENASIHATI CIRI AKHALAK ORANG BERIMAN...

...........




sangat bersetuju dengan pendapat enta..


-----------------
"Amanah bukan HAKMILIK tapi...
adalah ANUGERAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadeeyaProfil   Hantar PM kepada nadeeya   Pergi ke nadeeya's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 29-09-08 17:48


Dalam surah al-asr, Allah menta'kid sebanyak 3 kali

1) Dengan sumpah, "demi masa"
2) innal insan (sesungguhnya manusia)
3) na lafi khusr (benar-benar dalam kerugian)

Fahamilah kawan-kawan, bahawa ayat yang kita selalu baca ini membawa perintah yang cukup tegas hingga Allah berikan penegasan sebanyak 3 kali.

Tugas untuk menasihati, memuhasabah ini memang bukan tugas mudah. Bukan senang untuk sabar dan istiqamah dalam dakwah. Bukan mudah untuk dakwah yang konsisten dengan kebenaran. Kerana pihak yang ditegur mempunyai gharizatul baqa' yang sukar untuk menerima muhasabah dan teguran. Maka, muhasabah tersebut dianggap sebagai suatu hentaman, cari pasal dsbnya.

Inilah juga yang dihadapi oleh Hizbut Tahrir. Kerajaan pemerintah menyeksa syabab hizbut tahrir kerana muhasabah yang diberikan. Ada juga gerakan Islam yang tidak boleh menerima kehadiran Hizbut Tahrir juga kerana muhasabah yang diberikan oleh Hizbut Tahrir terhadap mereka.

Sedangkan kewajipan memuhasabah dan menerima muhasabah sudah jelas dalam al Quran dan Sunnah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

miss_nuyu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.09.2008
Ahli No: 35045
Posting: 80
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-10-08 10:29


salam.....hrarp2 kita semua ambk pengajaran dan jngan lah trpengaruh,,bdose sangat-sangat...ASTAFIRULLAHALAZIM

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_nuyuProfil   Hantar PM kepada miss_nuyu   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.214612 saat. Lajunya....