Rizal ini baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri nya. Mereka
duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Rizal ni ada satu kegemaran
iaitu makan telur rebus. Dia pun taktahu Kenapa dia suka makan telur rebus,
sedap agaknya. Sebelum dia kahwin, dia memang gila telur rebus. Pagi
petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak dia kahwin ni dia
terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat dia ini. Lama juga
dia dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah rizal masak sedap-sedap..
so dia dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa rizal balik kerja, tiba-tiba
kereta dia rosak.. dia pun telefon bini dia katakan yang dia balik lambat sebab
kena menapak. Sebab lapar diapun singgah satu kedai makan tu...ada telur
rebus lah.. diapun makan nasi dengan telur rebus.. selepas itu dia order
telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik dia bungkus lagi 10
biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba saja kat rumah
dia rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena
telur rebus.
Sebelum dia masuk kerumah, isteri rizal tiba-tiba cakap dia ada
'surprise'untuk rizal malam ni. Dia suruh rizal tutup mata dengan kain hitam
yang diikat kemas dibelakang kepala. Dan dipimpinnya rizal sampai ke meja
makan.rizal duduk dikerusi dan isteri nya pesan jangan cuba buka ikatan yang
menutup mata tu. maza tu rizal nak sangat pergi toilet sebab perut mula buat hal, tapi
malaslah nak spoilkan 'surprise' isteri dia so dia pun tahan lah...
tiba-tiba telefon berbunyi, isteri dia pergi mengangkatnya. Apa lagi ada
chance rizal pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. uuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah dia bedal
tadi... Alamak.. ada lagi satu lah.. dia pun angkat sebelah punggung dan
lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb..
dia pun tak tahan bau kentut dia sendiri... rizal pun kipas pakai tangan supaya
angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. tiba-tiba dia dengar
bunyi telefon berdering lagi..." hai lamanya tunggu isteri aku ni. Aku tak
sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni". Aku terasa ada lagilah, kali ni
memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. selepas itu aku
bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...
fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya...peh tak tahan bau
dia power gila.. rizal pun menutup hidung .. rasa bau dia ada
sikit-sikit macam bangkai lah.. mahu mati bunga atas meja makan ni..
sambil tu dia sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu
hilang..
Lepas tu isteri rizal kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia
kata SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh rizal buka kain penutup mata
nya.. lah birthday aku hari ni lah... bagaimana boleh lupa ni.. so rizal pun buka lah
kain penutup mata dia.. mulut dia terus melopong...ALAMAK!!!
Benda pertama yang rizal lihat.. muka merah padam pak mertua dia, mak
mertua dia, adik ipar dia dua orang, duduk keliling meja makan. Bos dia
dengan jiran sebelah rumah rumah dia pun ada!!.
-----------------
Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.