Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 24 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: hidup di aturkan keluarga


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» hidup di aturkan keluarga

Please Mendaftar To Post


Oleh hidup di aturkan keluarga

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 14:30


Assalamualaikum ...

nak tanya apa pendapat anda kalau hidup ni di aturkan keluarga?dari sekolah sampai ke cita-cita pun di tentukan..bukan setakat tu saja..kalau nak kerja pula pun tak bagi..kata nya hanya nak yang terbaik...apa tu??tak paham lah..entah-entah pasangan hdup pun di tentukannya..oh tidak..sesiapa boleh bagi pandangan,cadangan,bantahan atau apa-apa saja lah...sila2 kan..kalau dah ada topik ni mohon maaf di pinta..admin boleh lah kunci..


-----------------
~membangun bersama islam~


Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 15:36


lebih kurang macam saya ...walaupun semua ditentukan saya still ada ruang untuk buat pilihan untuk hidup sdr....asalkan perkara membawa kebaikan dan menjaga maruah....bukan nak kata tak ada pendirian....saya ada pendirian tersendiri cuma kadang-kadang ibu bapa tau apa yang terbaik untuk anak dia....saya ingat lagi masa saya memberontak tak nak pergi interview untuk cikgu....mak saya sampai nangis2....siap bagi surat lagi....dalam surat tu tulis ingat lah susah ayah....pengorbanan ayah....masa baca tu sedih sangat...rasa berdosa sebab buat mak ayah sedih..tapi sekarang ni saya dah habis belajar untuk jadi cikgu....saya rasa syukur sangat sebab ikut kata mak ayah...Alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Nurdhiani
Warga Rasmi
Menyertai: 05.09.2008
Ahli No: 34801
Posting: 2
Dari: Perak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 17:03


Saya pun sama lebih kurang dengan insyirah. Saya tidak terlalu bebas dalam membuat apa-apa juga keputusan. Mak ayah akan bagi pandangan dan saya biasanya memilih untuk mengikut apa yang disyorkan. Kalau tak ikut pun mungkin tak lari jauh. Sejak darjah 6 dah masuk asrama. Sampai sekarang tak abes2 lagi study. Tapi alhamdullilah saya suka dengan jalan hidup saya ni.

Saya juga tak pernah diberi peluang untuk kerja kecuali masa prektikel hari tu.

Satu saja lah mak ayah ni, kalau kita cuba untuk penuhi apa yang mereka hajatkan, tak mustahil suatu hari nanti dia akan senang untuk penuhi keinginan kita pula.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurdhianiProfil   Hantar PM kepada Nurdhiani   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 17:10


dah puas ikiut..tapi tak pernah pun dapat..asyik kan tentang saja adalah...tak pernah nak bagi peluang berbingcang apa ynag nak dalam hidup ni..hala tuju macam mana..mana boleh macam tu..kalau mereka dah tak ada..kita ni macam mana??nak gantung pada sapa pula..fikir juga semua tu..bukan nak derhaka..tapi bagi peluang untuk menyuarakan apa yang kita nak..itu saja..dan kalau tak bagi cakap then tolong lah sokong apa yang kita buat..tu saja..:""-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 17:15


Pada 05-09-08 14:30 , addinulhuda posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum ...

nak tanya apa pendapat anda kalau hidup ni di aturkan keluarga?



saya akui,
walau kami dibesarkan di bandar,

namun hidup saya adik beradik di bawah perhitungan mama & baba secara total.hinggalah ke tahap pemilihan suami /isteri sekalipun(kami adik beradik berkahwin atas pilihan ibu bapa TANPA SEBARANG BANTAHAN) tak kira lah dah ada calon baik kemain ke.. apa ke.. kalau mama baba tak suka.. pasti ada hikmah yang tersembunyi sebaliknya. contoh..calon tu dah ada 'calon' lain ke... perangai sebenar dia terbuka kemudian ke.. dll.

entah lah.. mungkin sebab kami dah terbiasa dikongkong(ikut cakap orang keliling lah) sebegitu, jadi tak rasa apa apa. malahan, saya sendiri, diarah oleh ayah untuk berhenti kerja yang pendapatannya berkali kali ganda dari pendapatan waktu tu hanya untuk menjadi cikgu ganti!dan alhamdulillah, tindakan ayah itu seolah yang terbaik sebab ofis lama saya itu di tutup atas masalah kewangan dan saya pula dapat jadi guru tetap KPLI seperti sekarang ini.

sebagai anak, tanamkan dalam hati tiada mak ayah yang akan menyusahkan hidup anaknya, waima mereka bukanlah mak ayah yang baik.kalau mereka nak menyusahkan kita, bak kata mama saya, dah lama saya kena buang dalam sungai waktu baby dulu(sebab saya selalu sakit). sematlah dalam ingatan selalu :bunga:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 17:37


betul cakap nur kamar tu..tapi bagi lah berbincang dan tanya apa yang nak..ni asyik kena ikut saja..nak bawa bingcang pun takut..kena marah..jadi macam mana??anak-anak jadi takot dan sebagainya..tau kita ni muda lagi..tapi apa salah dengar pendapat kita...tak ada ruginya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 05-09-08 22:03


salam
addinulhuda..saya pun seperti awak juga.ayah saya seorang yang sporting berbanding dengan mak saya tetapi dalam mendidik anak2,ibu yang lebih daripada ayah kerana faktor kerja ayah yang tidak menentu...mak saya seorang yang strict and anak2 kena ikut kata dia.sejak kecil semuanya di tentukan kecuali belajar kerana emak saya tidak kisah course apa asalkan saya berjaya masuk universiti.sejak kecil saya di asuh dengan strict dan kdgkala saya tertekan dengan sikapnya tetapi apa jua tegurannya nanti akan sama dengan teguran kawan-kawan saya,saya memang mendengar kata-kata walaupun kadangkala saya memberontak.saya di ajar mengenai rumahtangga, agama dan semuanya lah....sehinggakan bab jodoh pun dia tentukan dan saya menerimanya kerana saya percayabe4 this,.saya ada pengalaman yang bad and alhamdulilah kerana mdgr cakap emak saya saya terselamat daripada permasalahan.cuma bab kerja,ada juga dia menentang kerana bimbangkan keselamatan saya tapi saya bekeras juga kerana saya percaya mengapa Allah mentakdirkan kerja itu untuk saya.
bagi saya, jika anda tidak mndgr kata-kata ibubapa,bila mereka tiada,siapa yang akan menasihatkan anda,masa itu kita akan rasa kehilangan dan setiap tegurannya berasas dan bersebab.mungkin kita tak nampak tapi in the end, kita akan rasa bertuah kerana kita mndgr katanya2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 22:08


macam marah & tak puas hati dengan mak ayah saja bunyinya tu.... ehe.. ;)

hmm.. orang muda.. darah muda... selalu bergelora.. tu yang panas saja selalunya... jadi mak ayah yang dah TUA tu mengimbangkan semuanya....sebab mereka terlebih dahulu pernah rasa muda sebelum kita...insya allah lah kalau benda baik takkan lah semberono mak ayah nak tolak kan..

dengan mak ayah ni cakap banyak kena berlapik.... sedikit tercebis rasa sedih... walau pun kita rasa apa yang kita cakap tu betul.. silap-silap; hilang berkat hidup....tak sekarang.. masa depan...silap-silap; dibalas balik cara kita sekarang dengan sikap anak2 kita sendiri masa depan nanti....

lepas itu doa lah banyak-banyak mudah mudahan lembut hati mak ayah tu dengan sebarang cadangan yang kita nak kemuka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 22:28


Pada 05-09-08 22:08 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

macam marah & tak puas hati dengan mak ayah saja bunyinya tu.... ehe.. ;)

hmm.. orang muda.. darah muda... selalu bergelora.. tu yang panas saja selalunya... jadi mak ayah yang dah TUA tu mengimbangkan semuanya....sebab mereka terlebih dahulu pernah rasa muda sebelum kita...insya allah lah kalau benda baik takkan lah semberono mak ayah nak tolak kan..

dengan mak ayah ni cakap banyak kena berlapik.... sedikit tercebis rasa sedih... walau pun kita rasa apa yang kita cakap tu betul.. silap-silap; hilang berkat hidup....tak sekarang.. masa depan...silap-silap; dibalas balik cara kita sekarang dengan sikap anak2 kita sendiri masa depan nanti....

lepas itu doa lah banyak-banyak mudah mudahan lembut hati mak ayah tu dengan sebarang cadangan yang kita nak kemuka...


setuju dan tak setuju................
setuju sebab untuk keberkatan hidup...
tak setuju sebab peluang untuk berjaya takkan datang bergolek....

yang penting risk assassment, hehehe

boleh juga try ni, terfikir masa tarawikh tadi (tak kusyuk lah tarawih hari ni huhuhu)...........

minta tolong sama kawan-kawan dan sedara2, untuk silent pressure and persuade parents awak (addinulhuda)........sebab ada parents yang dia berkira dengan anak sendiri tapi bila dengan anak orang lain, lain pula pemikiran dia........esp kawan-kawan ayah awak..
sehebat mana degil dan tegas parents tu, bila dengan member mesti ada celah boleh cucuk jarum......so pandai2 lah nak hidup

doalah pada Allah, minta hidayah dan petunjuk...apa yang saya bagi cuma cadangan sahaja.....All the Best


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 10:33


alwalid...kurang paham lah dengan maksud awak tu...boleh jelaskan lagi tak??huhuhu


-----------------
~membangun bersama islam~


Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 06-09-08 10:42


Alhamdulillah my parents tak macam tu
nak buat apa pun semua ok saja :)
yang tak boleh buat pun sebab memang tak boleh buat
yang bila dah besar baru paham Kenapa tak boleh
huhuhu
well, take this as a challenge dear :)
lain orang, lain cara ujian nya



Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 12:38


Mungkin sebab kita anak perempuan jadi mak ayah kita nak protect kita daripada bahaya.Mungkin rasa terkongkong tapi bagi saya ni bukan kongkongan...macam saya setiap yang saya nak buat mesti saya akan bagitau mak ayah saya...dalam hal jodoh pula memang mak ayah cakap mereka yang nak pilihkan..tapi kalau saya ada pilihan sdr yang menepati citarasa dan kriteria tertentu insyaAllah mereka boleh terima....kalau saya nak keluar rumah pun mesti minta permission juga....selagi saya belum berkahwin saya still bawah tanggungjawab mak ayah saya....saya kena jaga maruah keluarga saya....jadi saya ikut apa yang terbaik yang mak ayah saya suruh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 12:46


Pada 06-09-08 12:38 , insyirah_hr posting:

!!! QUOTE !!!

Mungkin sebab kita anak perempuan jadi mak ayah kita nak protect kita daripada bahaya.Mungkin rasa terkongkong tapi bagi saya ni bukan kongkongan...macam saya setiap yang saya nak buat mesti saya akan bagitau mak ayah saya...dalam hal jodoh pula memang mak ayah cakap mereka yang nak pilihkan..tapi kalau saya ada pilihan sdr yang menepati citarasa dan kriteria tertentu insyaAllah mereka boleh terima....kalau saya nak keluar rumah pun mesti minta permission juga....selagi saya belum berkahwin saya still bawah tanggungjawab mak ayah saya....saya kena jaga maruah keluarga saya....jadi saya ikut apa yang terbaik yang mak ayah saya suruh....


alhamdulillah kalau yang macam tu..tapi ada kawan yang sedih bila lgsng tak beri peluang nak bagi tau..nak bingcang..ha macam mana tu??saya akui..kadang-kadang takut nak pergi tau abah apa yang saya nak..sebab apa??dia tak pernah nak dengar apa yang saya nak cakap..mak pernah cakap anak-anak jadi takut nak bagi tau sebab sikap dia yang macam tu..jadi macam mana??tu yang masalah nya..tempat mgadu mak ayah..tapi ada yamg mak ayah macam tu..tu pun masalah juga..sosial pun bertambah..hehehe...berdasarkan pengalaman..


-----------------
~membangun bersama islam~


Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 13:56


hidup yang dikontrol...???
oh, sngguh tak best...
eden, mak den pesan jangan buat jahat/negative/larangan agama, hormat org tua, jangan lupa agama/sembahyang yang lain lantak engko lah nak hidup bagaimana pun....
alhamdulillah, sampai sekarang den ikut nasehat tu dan hidup den masih lagi ok....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 17:20


Pada 06-09-08 10:33 , addinulhuda posting:

!!! QUOTE !!!

alwalid...kurang paham lah dengan maksud awak tu...boleh jelaskan lagi tak??huhuhu



ni tak paham bab yang mana?
bahagian setuju dan tak setuju ke bab lagi satu?


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 06-09-08 17:28


Assalamualaikum
saya ada kenal seorang yang bolehlah dikatakan hidupnya dikawal oleh parents..hmm...susah jugak nak kata ni...apapun, saya rasa sekarang dia telah menjadi lebih dewasa... ;-)
P/S : pengalaman mendewasakan...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 17:52


Pada 06-09-08 17:20 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-09-08 10:33 , addinulhuda posting:

!!! QUOTE !!!

alwalid...kurang paham lah dengan maksud awak tu...boleh jelaskan lagi tak??huhuhu



ni tak paham bab yang mana?
bahagian setuju dan tak setuju ke bab lagi satu?



alwalid..bab yang minta tolong kawan-kawan atau sedara tu...terang kan sikit boleh..panjg pun tak apa


-----------------
~membangun bersama islam~


Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 17:53


mungkin kita dikawl sebab parent kita melihat kita masih belum boleh buat penilaian/ keputusan... tak begitu? yang penting kita cuba berdiskusi dengan mereka... janganlah kalau tak setuju saja terus mengamuk, masuk bilik (bagi perempuan) keluar dengan kawan(bagi lelaki)... huhu... ana setakat ni parent ok... mungkin fikrah kalau same tak ada masalah... InsyaAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 17:58


Pada 06-09-08 17:53 , hanafirazali posting:

!!! QUOTE !!!

mungkin kita dikawl sebab parent kita melihat kita masih belum boleh buat penilaian/ keputusan... tak begitu? yang penting kita cuba berdiskusi dengan mereka... janganlah kalau tak setuju saja terus mengamuk, masuk bilik (bagi perempuan) keluar dengan kawan(bagi lelaki)... huhu... ana setakat ni parent ok... mungkin fikrah kalau same tak ada masalah... InsyaAllah...



alhamdulillah..untung lah kalau macam tu..tapi sian kat owg lain yang kena macam tu..tapi rasanya bukan kita yang tak setuju mgamuk..tapi sebalik nya...hahhahaha..entah lah.. :-D


-----------------
~membangun bersama islam~


Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 18:56


alwalid..bab yang minta tolong kawan-kawan atau sedara tu...terang kan sikit boleh..panjg pun tak apa



oooo bab tu ke......
minta tolong kawan-kawan dan sedara2 untuk yakinkan parents awak tentang pilihan awak..............sebab kalau awak yang cakap belum tentu dapat yakinkan mereka.

sebagai contoh, awak nak satu keputusan regarding something dan gagal untuk yakinkan parents awak kali pertama, minta tolong suku-sakat, kawan-kawan dan kalau boleh kawan-kawan kepada parents, untuk yakinkan parents awak tentang keputusan awak tu...

so cukup ke penerangan ni?


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 06-09-08 22:49


salam
selalu memang macam tu mak bapa..kdgkala mak ok,bapa kurang sikit...based on my experience,anak2 yang dikongkong hidup mereka lebih berjaya daripada yang diberikan kebebasan
bagi saya,cara terbaik adalah awak cari org tengah untuk berbicara.contohnya saya..bp saya kalau dengan saya linear sikit compared dengan adik beradik yang lain..apa-apa suruh saya cakap...kalau saya cakap.ayah akan dengar...jadi cari org tengah yang dia linear sikit....cakap masa dia tak sibuk...masa time relax2..
apa kata awak tulis surat and bagi dia........itu kan langkah yang baik..jangan jadikan sesuatu yang mudah tu masalah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 23:45


salamun alaik..
ana lagi suka hidup diaturkan keluarga dari diberi kebebasan total..parents ana tak mengongkong hidup ana tapi ana macam da terbiasa untuk mengikut telunjuk mereka dari kecil lagi..contohnya,masa sekolah dulu tak pernah keluar rumah melainkan p tuisyen or ikut parents keluar jalan-jalan..kawan-kawan selalu assumed yang parents control walhal ana sendiri yang buat macam itu.bagi pendapat ana,parents boleh control anak2 tapi jangan terlalu mnyekat semua kemahuan dan cita-cita anak2.kalau ada parents yang overcontrol anak2,bila anak-anak berjauhan dari parents mereka mudah jadi culture shock & suka memberontak dengan melakukan perkara yang selalu dilarang parents..

berdasarkan pengalaman ana,janganlah melawan cakap parents..better ikut nasihat parents mungkin itu yang terbaik untuk diri kita..tak ada ibu bapa pun dalam dunia ini nak hncurkan masa depan anaknya..percayalah..mereka tahu yang terbaik untuk kita.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

haz_lynn
Warga Rasmi
Menyertai: 07.08.2008
Ahli No: 34346
Posting: 9
Dari: bumi berkat

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-09-08 13:21


salam..
janganlah terlalu sedih bila haluan hidup kita ditentukan oleh family, kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kita... ibu dan ayah mana yang nak lihat anak mereka hidup susah... sekalipun tak setuju dengan keputusan ibu bapa bincanglah elok-elok, kerana perbincangan itu lebih baik daripada memberontak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For haz_lynnProfil   Hantar PM kepada haz_lynn   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-08 13:09


ana nak tanya lah kat teman-teman semua..macam mana erk kita nak sedarkan ibu bapa yang terlalu mengongkong anak2 ni??kalau dalam umur remaja kanak-kanak tak keesah lah..tapi kalau dah tua tu macam mana erk??

Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

puterilindunganbulan2005
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.11.2004
Ahli No: 12283
Posting: 102
Dari: klang,selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 09-09-08 14:16


hmm.. bagi saya.. saya dah face situasi yang sama..sebab biaserla org muder.. tang dah kena batang hidung sendiri baru faham..so, sekarang kalau nak pilih pekerjaan pun saya berpada2..

bukan itu sahaja malah dari segi pergaulan pun sama, saya rasa amat bersyukur kerana setiap kejadian yang berlaku ada hikmah disebaliknyer...

saya tak menafikan menjadi seorang anak gadis kehidupan agak dicontrol.. tapi percayala.. ini semua untuk kebaikan kita juga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For puterilindunganbulan2005Profil   Hantar PM kepada puterilindunganbulan2005   Pergi ke puterilindunganbulan2005's Website   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-09-08 13:42


sabar, addinulhuda... apa yang saudari rasa, sama apa yang saya rasa... orang yang tak merasa tidak tahu... Apa-apalah..
sebab tu saya suka duduk kat asrama dengan kawan-kawan..
teringat masa dengan kawan-kawan... best...
sabarlah, Allah itu Adil... mungkin kita yang rasa macam itu sebab kita dah besar dan dah boleh hidup sendiri. Tapi mak dengan abah kita tidak rasa kita begitu.. tunggu lah masa yang sesuai...
mungkin ada yang terbaik kita tidak nampak... atau pun semua untuk kebaikan kita...

setakat ni, mak saya best friend yang terbaik... banyak bagi nasihat..
abah saya memang strict... belum masa lagi agaknya saudari addinulhuda....sabar k...

hmmm, saudari addinulhuda, boleh ceritakan kat kawan-kawan macam kata al-walid sebagai perantara... atau adik-beradik... mungkin mereka boleh membantu... paling kurang saudari akan rasa lega... tulis kat diari ke... mudah-mudahan lambat laun mereka akan faham...

jangan fikir sangat tau, nanti hati akan sakit...
sebab kita masih beruntung ada mak dengan abah lagi...
tidak macam orang lain...
terimala seadanya...
mungkin nak ujian buat addinulhuda...

:jangan:
:cry: :cry: :cry: sebab saya juga merasa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-09-08 13:46


sabar saudari addinulhuda,

saya pun merasa apa yang saudari rasa, mungkin ada hikmahnya... mungkin belum masa nya lagi... tunggula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 10-09-08 13:58


kalau hidup terlalu di aturkan susah juga sebab tak boleh nak berdikari..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

nurul_syifa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2008
Ahli No: 34884
Posting: 66
Dari: bumi Ilahi

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-09-08 15:21


saya alhamdulillah parents beri ruang untuk buat pilihan sendirik... tapi bila depa nengok dah nak terbabas tu... depa tune balik... kadang-kadang kena sound ke... nasihat ke... warning ke...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_syifaProfil   Hantar PM kepada nurul_syifa   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-09-08 21:20


sekadar berkongsi blog hamba ALLAH ni (abaikan bahasanya yang banyak silap grammar)


"Why oh why on that faithful day .. we end up querrelling over that matter, and me leaving him without the usual goodbye kiss and asking for forgiveness. Why I didn't call him back when I feel like I should, but my pride said don't. The last time I should see him standing alive, was in anger.. (Something that I cannot change for the rest of eternity...... please god forgive me...... and abah please forgive your stuborn daughter.)

I can't think of the time Adik called me, to tell me you were sick. I thought she was pulling my leg. Abah why all this happened so sudden? Why this happened in this kind of situtation. Am I too bad to bring this condition to you.... Ampunkan me abah. I love you.... I do hope you heard me asking for forgiveness over the phone, when you are already unconcious... dying ......
I cannot go on...... will continue later......


p/s this blog to remind me of abah. to remind me of my duty to you. Ya Allah please give me inner peace and guidance to go through life that you want your umat to have. Amin. "

++ hargailah mak ayah yang masih di depan mata. tak lama pun hidup dengan mereka. kejapp saja sebenarnya. kejap, kejapp sesangat. lebih-lebih yang jenih tak sabar nak kawin awal. & saya masih ingat kisah anak murid saya yang balik perkhemahan disambut dengan jenazah ayahnya yang mati ditikam(masuk tv). soalan saya masa hantar ke bilik mayat tu satu saja.. cium tak tangan ayah waktu nak pergi khemah hari tu?minta maaf tak kat ayah sebelum pergi hari tu? dia cuma jawab dengan raungan saja sebab itulah kali terakhir dia jumpa ayah dia dalam keadaan bernyawa ++

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-09-08 07:09


salam

sekadar pandangan....

memang tak bagus kalau parents selalu kontrol hidup kita.orang kita tak habis-habis dengan sentimental value sehingga menyebabkan generasi berikutnya menjadi lembam.sebagai contoh "mak anggap semua anak mak masih kecil" walaupun time tu dah besar?bukankah Nabi suruh ajar anak mengikut zaman.dan di manakah keadilan sekiranya kita sudah dewasa tapi dilayan seperti tidak tahu apa-apa.adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.cerita-cerita filem melayu pun penuh dengan sentimental tak membuatkan penonton berfikir pun.sedih tak berkesudahan.

kadangkala ianya menyusahkan kita untuk membuat sesuatu keputusan.dan menyebabkan kita jadi takut untuk membuat sebarang keputusan terhadap diri kita.bila ada sesuatu perkara yang melibatkan diri kita,seolah kita takut untuk menghadapi sebarang risiko dengan membuat keputusan sendiri.kesalahan dan kesilapan didunia adalah perlu untuk mematangkan diri kita dalam menghadapi cabaran hidup.we learn from mistake and growth up.kalau tak sampai bila pun kita masih di takuk lama tak pernah berubah.tak salah pun membuat salah yang tidak melanggar batas syariat.pengasas KFC mengetahui lebih seribu teknik promosi sebelum berjumpa dengan promosi yang baik untuk memasarkan produknya dan sekarang kita boleh menikmati Kentucky Fried Chicken.sedap hingga menjilat jari.

kemungkinan ia akan memberi effect yang kurang baik.dunia sudah maju, zaman sudah berubah.terpulang kepada kita untuk menilainya dengan kerasionalan di landasi akal dan iman.apapun biarlah kita menjadi seperti menarik rambut didalam tepung tidak berselerakan.kalau main meletup terus,memang besar kesannya dan pepandailah nak jaga diri kita.

wallahu'alam

- Change happen
- Anticipate change
- Monitor change
- Adapt to change
- Change
- Enjoy change
- Be ready to change quickly and enjoy it again and again

;-)


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

syna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2003
Ahli No: 5623
Posting: 138
Dari: hilton, adelaide

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-09-08 07:33


yup2 agree.....
mak ayah syna bagi kebebasan untuk menentukan hidup sepenuhnyer..sebab mereka percaya saya insyaAllah tak akan terkeluar dr landasan.. tapi bukan untuk adik bongsu..memang mak ayah jaga lebih sikit..

tapi sumtime, bila kita yang buat keputusan spenuhnyer..buhsan juga..nak juga mak ayah ambil tau kan..hehhehehhe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For synaProfil   Hantar PM kepada syna   Pergi ke syna's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-09-08 10:11


Pada 06-09-08 23:45 , nurzatul posting:

!!! QUOTE !!!

salamun alaik..
ana lagi suka hidup diaturkan keluarga dari diberi kebebasan total..parents ana tak mengongkong hidup ana tapi ana macam da terbiasa untuk mengikut telunjuk mereka dari kecil lagi..contohnya,masa sekolah dulu tak pernah keluar rumah melainkan p tuisyen or ikut parents keluar jalan-jalan..kawan-kawan selalu assumed yang parents control walhal ana sendiri yang buat macam itu.bagi pendapat ana,parents boleh control anak2 tapi jangan terlalu mnyekat semua kemahuan dan cita-cita anak2.kalau ada parents yang overcontrol anak2,bila anak-anak berjauhan dari parents mereka mudah jadi culture shock & suka memberontak dengan melakukan perkara yang selalu dilarang parents..

berdasarkan pengalaman ana,janganlah melawan cakap parents..better ikut nasihat parents mungkin itu yang terbaik untuk diri kita..tak ada ibu bapa pun dalam dunia ini nak hncurkan masa depan anaknya..percayalah..mereka tahu yang terbaik untuk kita.. :-)


saya setuju dengan saudari nurzatul....sebab saya pun hidup macam tu juga...lgsatu saya kalau nak beli sesuatu barang yang harganya lebih dr RM100 mesti minta kebenaran mak saya dulu....sampai kawan saya cakap Kenapa perlu minta kebenaran.tu kan duit sdr..pandai-pandaila urus sdr....tapi bagi saya satu kewajipan minta kebenaran mak ayah saya. bukan tak pandai berdikari tapi mungkin sebab keluarga saya jenis hidup bersederhana jadi bila nak beli barang yang mahal-mahal tu kena fikir banyak kali.jadi jalan terbaik tanya pendapat mak ayah.....


-----------------
"Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."


Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

syna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2003
Ahli No: 5623
Posting: 138
Dari: hilton, adelaide

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-09-08 17:52


urmm..good 4 u... syna setuju saja dengan pendapat nurzatul...parent memang ada hak sepenuhnyer pada anak2.. hehehheeh... minta kebenaran beli barang??? bagus nya..syna cuma akan cerita pada parent...syna ini jenis Kalau untuk diri sendiri malas sikit nak berbelanja..untuk adik2 ye lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For synaProfil   Hantar PM kepada syna   Pergi ke syna's Website   Quote dan BalasQuote

fateha_82
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.07.2008
Ahli No: 34202
Posting: 41
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 12-09-08 08:31


Pada 05-09-08 14:30 , addinulhuda posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum ...

nak tanya apa pendapat anda kalau hidup ni di aturkan keluarga?dari sekolah sampai ke cita-cita pun di tentukan..bukan setakat tu saja..kalau nak kerja pula pun tak bagi..kata nya hanya nak yang terbaik...apa tu??tak paham lah..entah-entah pasangan hdup pun di tentukannya..oh tidak..sesiapa boleh bagi pandangan,cadangan,bantahan atau apa-apa saja lah...sila2 kan..kalau dah ada topik ni mohon maaf di pinta..admin boleh lah kunci..



Salam.. pada pendapat saya, sebagai anak, kita kena banyakkan bersabar... kalau boleh, ikutkan saja kehendak kedua ibu bapa selagi ia tidak bertentangan dengan agama, InsyaAllah hidup akan mendapat keberkatan...

Cuba bayangkan seandainya kedua ibubapa kita telah 'tiada', pastinya kita akan menyesal sebab tak dapat nak tunaikan hasrat mereka..

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” -Riwayat al-Hakim-

Sekadar berkongsi pengajaran hadis ini:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.


Wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fateha_82Profil   Hantar PM kepada fateha_82   Pergi ke fateha_82's Website   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 10:03


????heheh....adakah aku yang berada dalam stuasi ini???mungkin ya..mungkin tidak..huhuhu...insyaallah selama ni pun memang ikut saja apa mereka nak..tak pernah bantah pun..huhu..(baiknya aku.)..skdar berkongdsi pendapat dengan kamu2 semua..sebab..entah lah..memang berada dalam keadaan yang lebih kurang macam tu pun..erm..entah lah..tak tau..huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

lelaki_5585
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2008
Ahli No: 34924
Posting: 35

thailand   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 12:58


Assalamualaikum,

Pertamanya, saya doakan semoga addinulhuda menjadi seorang yang sabar lagi tabah didalam mentaati perintah ibubapa, sabar dalam menghadapi tekanan yang telah diberikan oleh org tua sama ada disedarinya ataupun tidak, sabar daripada terkeluar ucapan yang boleh dikategorikan kita sebagai anak derhaka.

addinulhuda!!!

izinkan saya berkongsi sedikit permasalahan hidup saya secara ringkas. Ketika kecil, saya sering didera, rumah saya bocor sana dan sini. ketika hujan, habis basah kuyup dan mengigil kesejukan, apatah lagi dimusim tengkujuh. pintu rumah hanya yang depan sahaja berfungsi, pintu belakang hanya ditutup sekeping atap zink yang telah rosak dan disandar dengan kayu. org luar lebih mudah untuk membukanya berbanding saya didalam terpaksa menolak zink tersebut untuk keluar. tingkap dah tak berfungsi, andainya dibuka pasti jatuh ketanah dan tak boleh digunakan lagi. makan, boleh dikatakan hanya sekali sehari. duit saku sekolah tak dibaki, duit tambang bas tak dibagi, saya sering diungkit pasal makan yang diberikan malah sering diherdik didepan org kampung. saya dipaksa bekerja ketika masih kecil lagi tanpa diberi upah. samaada saya sakit atau sebagainya. tak ada yang ambil tahu. maaf.. saya akan ringkaskan lagi.

Duhai sedara seagamaku addinulhuda ataupun yang lain, ingin benar saya menyatakan bahawa ketika ini saya sudah besar. tinggal dinegeri yang lain, hidup sendirian, tak dihiraukan kelauarga, rumah yang saya tinggal kini lebih kurang dengan ketika saya kecil dahulu, bocor sana sini, malah lebih teruk lagi, elektrik pun dah tak ada. dah dipotong. saya juga sakit sekian lama kerna kesan dipaksa bekerja berat ketika kecil. dan saya juga telah berpuasa berbulan lamanya untuk berjimat.

addinulhuda!!

andainya saya mempunyai pilihan, saya akan pilih untuk didera umpama saya kecil dahulu, itu lebih baik kerna saya masih bersama keluarga. saya bukan nya nak luahkan perasaan saya. cuma saya ingin addinulhuda menghargai keadaan org tua serta keluarga seadanya. tiada yang sempurna. mungkin addinulhuda cemburu pada keluarga yang lebih baik.

disini saya nak nyatakan bahawa saya cemburu kerna keluarga begitu ambil berat.

Semuga Allah memberikan kekuatan kepada addinulhuda untuk menghadapi segala permasalahan yang sedang ditanggung. Semuga Allah membantu addinulhuda. Semuga Allah membantu addinulhuda. Semuga Allah membantu addinulhuda. Amin.....................

daripada hambanya yang serba kekurangan, namun saya bersyukur seadanya, kerna saya berfikir mungkin disana ada yang lebih teruk diuji oleh Allah berbanding saya.

maaf!! andainya ada silap dan salah dalam penyampaian ini. yarham killah

Bookmark and Share

    


  Member Information For lelaki_5585Profil   Hantar PM kepada lelaki_5585   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 15:17


aturan itu insyaAllah menjadi ubat kepada kedewasaan kita...

bagi yang mengalaminya akan merasa pahitnya..
tetapi pasti ada manisnya setelah habis fasa kepahitan itu kita tempuhi.... :berfikir:


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 13:16


Semuga Allah memberikan kekuatan kepada saudara lelaki_5585
untuk menghadapi segala dugaan hidup... Semoga Allah mempermudahkan urusan dan kerja untuk saudara lelaki_5585.. Semoga dimurahkan rezeki... Semoga Allah melindungi dan meredhai saudara lelaki_5585..
Amin3x.....................

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

arfah_razali
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.09.2008
Ahli No: 34855
Posting: 31
Dari: selangor

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-09-08 14:29


addinulhuda,
Kenapa anti boleh berfikir macam itu? kalau anti fikir positif apa yang diatur oleh org tua anti adalah untuk kebaikan anti jugak, anti tkkan fikir smpy macam itu...maaf ana cakap begitu, sebab ana pun dulu pernah rasa macam yang anti alami ini..tapi diakhirnya, anti akan jumpa ketenangan juga..anti juga akan puas dengan apa yang anti perolehi...apa pun yang berlaku pada kita didunia ini, hadapilah dengan penuh redha dan tenang..yang penting positif...apa kata anti dapatkan pnjelasan daripada org tua anti Kenapa mereka menentukan hampir semua keputusan dalam hidup anti...kan?mungkin ini akan dapat mmnbantu....tetapi anti jangan terkejut jika mereka tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan ht anti...mereka sebenarnya sayangkan anti dan mahukan yang terbaik untuk anti....anti sepatutnya berasa bertuah memiliki org tua seperti itu...bukan seperti sesetengah org diluar sana yang terus menerus diabaikan..
wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arfah_razaliProfil   Hantar PM kepada arfah_razali   Quote dan BalasQuote

areyien
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 14:57


saya simpati pada mereka-mereka yang mengalami situasi begitu..
kita seharusnya mempunyai banyak pilihan dalam hidup yang boleh kita pilih asalkan tak melanggar syariat Islam...tapi kita harus sedar,ibu bapa yang mengatur kehidupan kita sebenarnya telah memikirkan masa depan kita dan ianya untuk kebaikan diri kita kelak... :kelip:


-----------------
Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For areyienProfil   Hantar PM kepada areyien   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 16:17


alhamdulillah..terima kasih pada saudara lelaki_5585...dan pada semua...memang betul apa yang di kata kan semua..hargai org tua..syurga ada pada nya..syukur pada yang masih ada dan tabah lah jika yang sudah tiada..sebenarnya ana dah rasa semua nya..apa-apa pun terima kasih atas segala pendapat..sekadar berkongsi pendapat..kadang-kadang kita tak ada tempat untuk berkongsi segalanya..kadang-kadang ada ibu bapa yang terlalu menjada,ada yang tak hirau lgsung pada anak..ada yang sekadar tau beranak saja..menjaganya tidak..tapi semua tu mesti ada hikmahnya..alhamdulillah..tak tahu lah nak cakap apa..huhuhu...dapat idea nanti cakap lagi lah..heheh...maaf banyak-banyak..tapi kan..hehe..erm macam mana ye nak cakap sebenarnya..payah untuk di nyatakan..tapi..tanpa mereka siapalah kita........

Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134088 saat. Lajunya....