Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 5 hari yang lalu
Muslim1987: 12 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Quran Dan Ramadhan


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Quran Dan Ramadhan

Please Mendaftar To Post


Oleh Quran Dan Ramadhan

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 03:47


Kita semua sedia maklum bahawa apabila tiba saja bulan berpesta ibadah, membaca quran atau mengkhatamkan quran dalam bulan ramadhan menjadi perkara biasa. Hampir semua muslim yang ingin meningkatkan amal akan berlumba-lumba untuk melakukan ibadah ini. Ada yang melakukan tadarrus, baca sendirian dan sebagainya.

Namun timbul persoalan dalam diri ini. Manakah yang LEBIH dikehendaki (digalakkan) dalam Islam. Membaca quran atau mentadabbur (baca terjemahan) quran?

Seperti yang kita sedia maklum, apabila kita membaca quran (malaysian style, tak tahu bahasa arab), kebanyakan kita hanya sekadar membacanya tanpa memahami maksud yang ingin disampaikan oleh ayat-ayat Allah itu. Pembacaan hanya seperti burung kakak tua. Sebutan hanya dimulut, tidak terkesan dihati dan tidak mampu membawa kepada fikir. Namun berkemungkinan besar kita dapat mengkhatamkan quran tersebut dalam bulan ramadhan. (tapi susah jugak kalau sibuk memanjang)

Berlainan dengan mentadabbur. Bagi kebanyakan masyarakat Islam malaysia, untuk memahami makna yang ingin disampaikan oleh quran, kita perlu membaca terjemahannya (BM or BI). Dengan itu kita dapat memahami apakah yang disampaikan atau diceritakan oleh Al-Quran tersebut. Namun berkemungkinan besar untuk mengkhatamkan quran sambil membaca terjemahannya dalam masa sebulan menjadi lebih sukar berbanding hanya sekadar membaca quran. Malahan amalan untuk membaca terjemahan ini seperti tidak wujud di bulan ini.

Tidak dinafikan, membaca quran dalam bahasa asal (arab) dapat membawa pahala bagi setiap hurufnya. Namun apakah benda yang dikejar itu (pahala) mampu membawa kita kepada komunikasi dengan Allah. Kalau orang arab mungkin mereka boleh membaca sambil terus paham (dah name pun bahasa sendiri), tetapi kita yang lebih menjurus kepada BM (hampir zero knowledge BA ;- tak termasuk yang belajar BA sampai pandai boleh speaking arab) kurang mampu untuk membaca sambil terus paham apa yang yang sedang disampaikan.

Apabila sampai ayat amaran Allah; apakah kita merasa takut
Apabila sampai ayat seksaan neraka dan hari akhirat; apakah kita merasa gentar dan luluh hati
Apabila sampai ayat ganjaran bahagia di syurga; apakah kita merasa tenang dan bercita-cita kepadanya
Apabila sampai ayat yang menceritakan kaum kaum terdahulu; apakah kita mengambil pengajaran

Ataupun kita hanya terus melagukan quran dengan alunan yang mengasyikkan tanpa memahami bahawa ayat tersebut sedang memberi amaran kepada diri kita sendiri...?

Maka yang manakah lebih baik?
Apakah tidak kamu (sentiasa) mentadabbur (isi - isi) quran..?

ps:- aku kurang sikit bahasa arab ni. Tapi ada jugak lah paham masa baca (mana yang tahu lah). sila-sila lah kasi pendapat. Sebab aku masih mushkil. (Aku macam tengah fire (tegur) diri sendiri 'saja...)


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 09:51


!!! QUOTE !!!

Maka yang manakah lebih baik?
Apakah tidak kamu (sentiasa) mentadabbur (isi - isi) quran..?



dah tentu membaca dan memahami isinya adalah lebih baik..lebih penghayatan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 10:39


Baca atau faham?
Bila baca tak semestinya faham, bila tak faham macamana nak beramal
Bila baca dan faham, pastinya mudah beramal

Jadi, keperluan sebenar semestinya tadabbur Al-Quran.

Kalau ikut kata Imam Hassan Al-Banna dalam Risalah Ta'lim, sumber asas nak faham Al-Quran mesti belajar bahasa Arab! Alamak! macam berat lah pulak nak kena belajar bahasa, tapi memang itu pilihan terbaik untuk mudah memahami Al-Quran. :)

Cuma kita ditegah takalluf (memberat-beratkan) dan ta'assuf (ambil mudah/berwenang-wenang) dalam memahami Al-Quran demi memelihara penyatuan umat. sebab kesan dr takalluf dan ta'assuf inilah menjadi punca jemaah bercerai-berai.

Saidina Umar pun larang kita bertakalluf. Terlampau ambil berat dengan perkara yang tak mampu dilaksanakan.

Tapi, macam tradisi pada Ramadhan..pasti dan jadi wajib untuk khatam Al-Quran. Tajwid entah ke mana..janji sebelum majlis "nammat" atau khatam Quran kat surau @ masjid, mesti dah tamat dulu. huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 22:58


Kesimpulannya? mari lah sesama mentadabbur isi quran ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 23:11


baca al Quran, faham, amal, hayati..

ALlahu ALlah... zaman ini.. sekadar baca sahajakah? sekadar dijadikan dalil sahajakah yang berlegar pada jari jemari dan lidah..

Amalan pula bagaimana?

zaman ini.. terkadang terfikir juga.. bolehkah al Quran dijadikan sebagai boneka..?

Zaman RasuluLlah.. para sahabat membaca sehingga menangis, kerana takutkan ALlah, meresap ke dalam jiwa..

Jiwa menjadi hidup dan semakin bercambah cinta kepada ALlah. Bila disebut nama-Nya gementar diri. Sebab Yang Maha Kuasa sendiri yang merakamkan kata-kata-Nya..

Mungkin di masa ini, orang semakin berani menjadikan ia sebagai modal, untuk kepentingan diri? Untuk mencari perbalahan? Atau ia disalahgunakan?

ALLahu ALlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103969 saat. Lajunya....