Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: bolehkah takdir itu saya ubah?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» bolehkah takdir itu saya ubah?

Please Mendaftar To Post


Oleh bolehkah takdir itu saya ubah?

putriadam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.07.2008
Ahli No: 34115
Posting: 37
Dari: ums,kota kinabalu

Sabah  


posticon Posting pada: 03-09-08 13:05


bagaimana harus saya mulakan? saya cukup sedih, selalu saya hanya membaca di dada akhbar mengenai kes rogol, kemudian mangsa dibunuh. tak cukup dengan itu mangsa tersebut akan dibuang atau dihancurkan. sekadar berkongsi rasa sedih, kawan sekolah saya sejak di tingkatan satu hingga melanjutkan pelajaran di universiti meninggal dunia seminggu yang lepas, setelah 3 hari keluarga kawan saya cuba menghubungi kawan saya, tetapi tidak berjaya, akhirnya jumaat yang lalu sekujur mayat ditemui di suatu kawasan dalam keadaan yang mengerikan. saya sendiri tidak dapat mengecam wajah kawan saya saya kenali seawal tahun 2000 dahulu. cuma pakaian yang masih terlekat dan keputusan DNA yang mengesahkan mayat itu adalah kawan saya. bolehkah sebenarnya takdir itu diubah? sebagai seorang islam, seharusnya saya percaya pada qadq dan qadar. tetapi bagaiman harus saya menerima kawan yang selalu tersenyum dan hadir tika saya kebuntuhan telah pergi debgan cara yang saya tidak boleh terima. pagi ramadhan pertama yang lalu, sebenarnya saya berharap akan ada keajiban, saya berharap keputusan DNA yang keluar itu TIDAK akan mengesahkan sekujur tubuh itu milik kawan saya. tetapi,ALLAH mungkin merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kami semua, tubuh itu tetap milik kawan saya. Sehingga kini saya masih tertanya-tanya, apa salah kawan saya sehingga begitu teruk sekali dia diperlakukan? dan sehingga kini saya masih belum dapat menerima sepenuhnya pemergian kawan saya.. kalaulah boleh takdir itu diubah..........................

Bookmark and Share

    


  Member Information For putriadamProfil   Hantar PM kepada putriadam   Quote dan BalasQuote

baikhati
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25177
Posting: 77
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 03-09-08 13:30


PErcaya pada Qada dan Qadar...setiap yang berlaku ada hikmahnya.Allah Maha Mengetahui...

Bookmark and Share

    


  Member Information For baikhatiProfil   Hantar PM kepada baikhati   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 13:51


salam untuk saudari..saya ingin berkongsi sedikit rasa..
ada setengah nya tak dapat kita ubah..jodoh..mati...bettemu..berpisah..
tapi ini adalah perbualan seorang anak murid and guru tentang takdir...
anak murid:mengapa allah mentaqdirkan hidayah dan kesesatan?mengapa bukan hidayah sahaja?mengapa allah mentaqdirkan untuk satu kaum kebahagian.sedangkan kaum yang lain kesengsaraan?mengapa tidak kebahagian sahaja?mengapa ada syurga and ada neraka?mengapa tak syurga saja yang ada?

jadi tok guru dia pun jawablah gini

perbahasan masalah ni erat sekali kaitannya antara KHALIQ dan MAKHLUK

jadi..tok guru ni mulakan huraian dia dengan MAKHLUK dulu...

tok guru kata...pada hemat saya..manusia ni dikurniakan AKAL...dengan akal juga timbulnya TAkLIF...
keduanya..di sisi manusia itu ada kebebasan...segala yang dia lakukan conth macam berjalan..bangun..duduk.sumanya kerana kebebasan...sama juga...kata tok guru..dia boleh berbuat taat kalau dia mahu..dia boleh buat maksiat Kalau dia mahu..dengan demikian tak boleh berdalih hanya kerana takdir sahaj

ANALOGI
jika masih org tersebut dengan takdir..sementara potensi diri ditolak ketepi...

maka kita cuba lakukan perkara ini pada org tersebut..

"cuba kita pukul atau sakiti saja dirinya,maka bagaimana reaksinya?atau kita katakan saja kepada dia..aku lakukan perkara ini(tampar k pukul ke..jatuhkan maruah dia ke) kerana takdir..aku tak boleh menolak terhadap sesuatu yang telah ditentukan seperti yang kamu katakan...contoh nya(dia kata allah memang takdirkan dia dalam kemaksiatan)
jadinya..mengapa kamu membela diri kamu dalam membuat kemaksiatan dengan alasan takdir?sementara yang lain tidak kamu bela?
Kalau kita buat perkara2 di atas dan berhujah dengan dia..dan dia xmaafkan kita..jelas sekali hujah dia lemah dan jelas KALah...


(dari analogi pertama ni..tok guru nak kata..Kalau kita tampar org tu..jatuhkan maruah dia..lepas itu dia pandai lah pulak pertahankan diri...atau bertindak balas...maksudnya jelas hujah dia yang mengatakan kemaksiatan tu allah tentukan untuk diri dia SALAH)

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 13:57


kedua...sambungan...

jika kita minta dia berbuat taat pula..tapi dia berkata...aku akan berbuat taat sekiranya allah berkenan memberiku petunjuk...

maka katakan sahaja kepada dia..masalah petunjuk itu identik dengan rezeki.Allah maha pemberi rezeki sebagaimana Allah Maha Memberi Petunjuk..Jika kamu menunggu petunjuk Allah tanpa ada usaha sama sekali..maka cu8ba kamu menunggu rezeki tanpa ada ikhtiar,atau dudk sahaja dirumahmu..tutup pintumu sehingga REZEKI yang KAMU tunggu itu datang sendiri kepada mu"

org itu pasti menolak.Dia akan mengatakan"tentu saja kita harus berusaha dan berikhtiar mencari rezeki'
dengan pengakuannya itu...maka hujahnya lemah dan dapat dikalahkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 14:06


ketiga...

kita berkata lagi kepadanya..."Kamu bersandar kepada takdir dan mengatakan segala sesuatu itu berlaku berdasarkan titah qadha' dan qadar..INI memang boleh DIBENARKAN.Namun cubalh api ini kamu pegang dengan tanganmu.maka jika ditakdirkan membakar,tentu pula api itu akan tetap membakar...jika dia menolak,maka kalah juga hujahnya


keempat

katakan pula kepadanya
'SEsungguhnya secara refleksioner manusia itu akan menghindari segala sesuatu yang tidak disukai
eg:akan terlanggar oleh kereta,maka dia akan segera mengangkat kedua tangannya,meskipun kedua tangannya itu sebenarnya tidak mampu untuk menghalangnya

begitu juga dengan org org yang tenggelam,dia akan melambai2 tangannya aagar selamat dari tenggelam meskipun lambaian tangannya tidak akan menjamin keselamatannya

Oleh yang demikian,mengapa orang yang berakaltidak berusaha menghindarkan dirinya dari kesengsaraan di akhirat dengan kemampuan akal dan kebebasan yang diberikan kepadannya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 14:21


KESIMPULAN

dari huraian di atas,dapatlah disimpulkan bahawa kebahagian itu diberikan melalui beberapa usaha yang telah dilakukannya..dan ini diiringi dengan QADAR
begitu juga halnya dengan kesengsaraan ,ini diberikan melalui beberapa sebab pula sesuai dengan apa yang telah dilakukannya dan ini juga diiringi dengan QADAR juga.

Segalanya akan dipermudahkan untuk menuju kepada apa yang memamng telah diciptakan untuknya.Dalam segala sesuatu pun ,tidak dapat mengkambing hitamkan TAQDIR....

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 14:36


Demikianlah juga kutipan dari dialog antara murid dan gurunya

tadi kita membicarakan tentang Qadha' dan Qadar kaitanya dengan makhluk..now berkaitan dengan KHALIQ pula,ALLAH SWT

guru berkata
"sesungguhnya Alah itu maha Bijaksana.Iaitu meletakkan sesuatu secara tepat.Kebijaksanann Allah ini meliputi adanya ketentuan iman dan kufur,petunuk dan kesesatan,kebahagiaan dan kesengsaraan,syurga mahupun neraka.(ni berkaitan dengan soalan murid tadi kenapa kena ada syurga neraka,sengsara bahagia,dont be confius)


'Akal manusia memang terlalu lemah untuk dapat menyingkap kebijaksanaan Alah di dunia ini.Namn di akhirat kelak dia akan jelas semua kebijaksanaanAllah itu di matanya.Itulah kelemahan manusia.Dia memang diciptakan dari tanah.Bagaimana mungkin mampu menemui kebijaksanaan Raja Yang Maha Kuasa

"Wahai guru,bukankah jawapan ini lemah"sanggah murid

si guru menyangkal."tidak begitu anakku.Sekarang aku akan memberikan contoh kepadamu,suapaya masalah ini akan menjadi lebih jelas.
kamu adalah seorang murid peringkat menengah.Dalam peringkat ini,kamu telah memperolehi pelajaran psikologi dan olahraga.Ketika gurumu menerangkan kepadamu teori olahraga atau teori kimia dan kamu dapat memahami dengan baik.Lantas apakah gurumu atau kamu sendiri dapat menerangkannya kepada anak kecil sehingga dia dapat memahami seperti mu?"

"tentu saja tidak"jawab si murid
kata gurunya:'Kenapa tidak?"

"kerana daya fikirnya belum mampu untuk mengjangkau pelajaran itu..."demikian kata muridnya

Lalu si guru berkata "jika anak kecil itu sekarang ini belum mampu menangkap pelajaran teori olahraga ataupun kimia,maka sebentar lagi tidak menutup kemungkinan dia akan mampu memahaminya setelah dia masuk ke peringkat menengah seperti kamu".Jawapa guru dibenarkan oleh muridnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 14:45


lebih lanjut guru berkata ."Tidak tertutup juga kemungkinan gurumu ,semakin dia bertambah usia dan semakin aktif pula mendalami ilmu itu,tentu dia akan menguasai secara mendalam lagi".muridnya juga membenarkan pertanyaan guru.

kata si guru"kalau begitu dengarkanlah baik-baik kataku ini!

"Jika akal seseorang untuk menerima ilmu itu berbeza antara anak kecil ,remaja dan orang tua,bererti alangkah jauh tingkat perbezaan antara akal manusia dengan kebijaksanaan Allah Yang maha berkuasa dan Mengetahui".

Si murid akhirnya mengucapkan terima kasih kepada gurunya yang telah menghilangkan kebimbangan hatinya

Demikianlah sekarang kamu telah mengetahui bahwa Qadha' dan Qadar adalah permasalahan yang sangat besar.Seseorang yang meyakininya akan jauh dari kehinaan dan dekat kepada kemuliaan.Semoga Allah menjadikan kita tergolong dalam org yang meyakini Qadha' dan Qadar.

Ya Allah jadikanlah kami seorang hamba yang pandai mensyukuri nikmatMU dan bersabar menghadapi ujianMu serta rela terhadap keputusan MU

sekian..

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

lelaki_5585
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2008
Ahli No: 34924
Posting: 35

thailand   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 17:10


Assalamualaikum,

Semuga Allah merahmati ruhnya. dan semuga Allah mengampunkan segala dosa2nya dan semuga kesengsaraan dan keaiban yang terjadi itu menjadi kafarah/ penyebab untuk Allah menghapuskan setiap dan segala dosa2nya yang ada ketika hayatnya yang lalu.

Putriadam, bersabarlah....saya memahami keadaan saudari. seolah-olah bagaikan tidak percaya. sangat begitu berharap agar segalanya adalah mimpi ataupun movie namun saudari... ianya adalah reality yang telah terjadi. ianya telah terjadi.. yang berlaku telah pun berlaku.

Putriadam, InsyaAllah...ianya memerlukan masa. mudah-mudahan tika itu Putriadam kan pasrah dengan suratan taqdir illahi kerna IAnya( Allah) lebih menyanyangi akan ianya. Kita juga semuanya kan dijemput. Namun tidak diketahui bagaimanakan caranya. Semuga Kita semua dilindungiNYA daripada dijemput dengan cara sedemikian rupa. Na'uzubillahi min zaalik.

Dari itu, semoga kita sama-samalah mendoakan akan kesejahteraan rohnya di alam yang jauh nun disana.

Alfatihah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lelaki_5585Profil   Hantar PM kepada lelaki_5585   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 12-09-08 17:32


Assalamualaikum
wah...bestlah tulisan immad :welcome: sangat mengesankan...
nak bagi bunga lagilah.... :bunga:

tulisan yang membuatkan kita berfikir secara mendalam...apapun, terimalah segalanya dengan hati yang terbuka..kerana Allah jualah yang menetapkan segalanya...dan pasti setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmahnya (ayat biasa :-P )...tapi berapa ramaikah di antara kita yang benarĀ² mengambil hikmah di sebaliknya?? :kelip:

P/S : taqdir tidak kan pernah mampu diubah, tapi perjalanan hidup kita, setiap tindakan kita, itulah sebenarnya taqdir...pernah dibincangkan, apa yang dikatakan taqdir itu ialah sebenarnya Allah telah mengetahui apa yang akan kamu perbuat terlebih dahulu daripada diri kamu sendiri...itu sahaja..jadi kita lah yang memilih taqdir itu..
P/S lagi : actually saya pun masih kurang fakih dalam menerangkan qada' dan qadar ini agar pembaca boleh memahami apa sebenarnya qada' dan qadar dalam kefahaman yang paling mudah..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 21:56


Waa'laikumussalam wbk,


Janganlah kita mempersoalkan takdir.. Seakan kita menyalahkan ALLAH tidak adil, Naudzubillahiminzalik.

Maut itu adalah ketentuan ALLAH dan cara mati itu adalah asbab sahaja, dan orang yang mati dalam aniaya akhirat kelak segala dosa orang teraniaya akan ditanggung oleh penganiaya tersebut.

Dan jangan lupa doa ibu bapa mangsa teraniaya sangan dimakbulkan ALLAH walau orang kafir sekalipun.

Untuk pengetahuan, ada 2 jenis takdir iaitu takdir mubram & takdir muallaq maksudnya takdir yang boleh diubah dan takdir yang tidak boleh diubah.

Maut & rezeki antaranya termasuk dalam takdir tidak boleh diubah.

Tapi, jodoh adalah takdir yang boleh diubah. Sebab itu dalam hadis Nabi Muhammad SAW memberi lelaki sama ada mahu memilih pasangannya rupa, keturunan, harta atau agama. Jodoh telah ditetapkan ALLAH SWT tetapi masih boleh diubah dengan doa, usaha dan tawakal.

Mati adalah takdir yang tetap. Moga ALLAH merahmati roh beliau, dan semoga pemergian rohnya kita sedekahkan pahala bacaan surah yasin untuk meringankan beliau.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Hmm, ini saya rujuk pada ustadz. Betulkan jika tersilap.

Terima kasih.


HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 23:14


senang nak katanya STS..macam tok guru tu kata...kita belum sampai peringkat nampak macam mana qadha dan qadar tu...
tapi Kalau kita duduk kata macam contoh org yang buat maksiat...dia kata dia ditakdirkan untuk buat maksiat..adakah sebenar-sebenarnya ditakdirkan atau dia yang pilih dan seterusnya tidak mencari jalan pulang...tak jumpa jalan pulang sebab syaitan dah jadi raja di hati.....dan selalu SU'ZON dengan Allah..kata Allah takkan ampunkan dosa dia...
kadang-kadang tu silap kita. juga yang alpa dan leka terhadap pencipta....dalam satu hadis..imad lupa riwayat dari sapa..tapi mafhum dia lebih kurang begini..
'inni 'inda zonni 'abdi bi...maksud dia..aku disisi sangkaan hambaku...Kalau baik sangkaan nya..baiklah balasan.. ila akhir hadis...

tapi bukanlah bila kita buat maksiat tu...kita kata aku tahu..Allah redha dengan perbuatan aku..sedangkan masa kita kata tu kita sedar yang Allah marah dengan perbuatan kita yang menzalimi diri sendiri...

seharusnya ketika itu ketika beristighfar dan cuba untuk tidak mengulangi dan berusaha untuk berubah...mungkin dari sikap kita yang beginilah..Allah akan bagi peluang kita rasai hidayahNya dan bagi rahmat kat kita...ni nasihat dan kata-kata dari seorang ustazah ,masa tu ada program kat UIA..imad hanya sampaikan..mungkin salah..boleh betulkan...

satu lagi..dalam buku yang menceritakan tentang perbhasan murid dan guru tu..dia ada kata gini...

"seorang ayah akan berasa simpati kepada ankanya yang selalu berbakti dan patuh kepadanya.Namun ,sebaliknya dia kan mrah kepada anak yang menderhakainya.Seorang majikan akan beskap lain terhadap pekerja yang jujur dan pekerja yang berkhianat.Tentu dia akan merasa simpati dengan pekerja yang jujur,sedang yang berkhianat akan dipecat.

Murid yang aktif pasti lebih disukai ,sedangkan murid yang malas tentu akan di benci......LANTAS...bagaimana KHALIQ AZZA wAJALLA?tentu demikian juga.Dia adalah ZAT yang MAHA PENCIPTA,PEMBERI REZEKI,pemberi KURNIA dan segala kebaikan.Bagaiman Dia akan memperlakukan terhadap hambaNya yang soleh dan yang jahat,org mu'min dan org kafir,org yang taat dan yang derhaka?Mungkinkah Dia akan memperlakukan sama?

sedangkan Allah berfirman...
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (disediakan )Syurga2 yang penuh kenikmatan didalamnya.Maka apakah patut menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan org2yang berdosa(orang-orang kafir)?        AlQALAM(34-35)

Allah juga berfirman...

"Dan tidaklah sama org buta dengan org yang melihat,dan tidaklah sama pula orang-orang yang beriman ,serta mengerjakan amal soleh dengan orang-orang yang derhaka.SEDIKIT SEKALI KAMU MENGAMBIL PENGAJARAN"(*almu'minun:58)


jadi dari dua ayat quran ni pun..kita dah jelas...allah dah bagi pun kita praktikal kat dunia..yang senang untuk diambil contoh macam anak dan ayah(tak termasuk ayah yang zalim yerrrr :) )

dari ayat quran pula..allah dah jelaskan juga...tinggal kita sajalah..apply tak apply...

cumanya...ana pernah dengar dari seorang ustaz..bab org yang zalim pada diri sendiri ni(kafir..maksiat..whateverlah yang sekutu dengan Nya) and org yang bertaqwa juga...semuanya akan masuk syurga nganRAHMat Allah..

gane nak dapat rahmat Allah tu?
salah satunya...jaga tempat jatuh pandangan Allah..HATI....
2..org yang tuntut ilmu..dan masyuk atau seronok dengan ilmu tu..and sampaikan(bukan ilmu maksiat rrrr)..dan tuntut kerana Allah...(kait dengan point pertama)

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-09-08 23:32


kita sambung lagi...

ni dalam BAB..FUNGSI IMAN kEPADA QADHA" dan QADAR.....

1:dapat menghantar org yang menyakininya ke dalam kehidupan yang penuh dengan kedamaian.Tanpa ada ketakutan dan kekhuatiran.Kerana dia tahu bahawa segala sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti terjadi.Tidak ada alasan untuk meragukan dan menolaknya.

2:tidak akan merasa duka yang berpanjangan kerana kehilangan sesuatu.Sebab dia menyedari bahawa sesuatu yang hilang itu belum ditentukan menjadi miliknya dan jika sesuatu itu telah ditentukan menjadi miliknya,pasti tidak kan terlepas darinya.

Abu Hazim Az Zahid ditanya:"Mengapa kamu tidak mempedulikan rezeki mu?Jawabnya:"Aku sedar ,jika sesuatu itu memang telah ditentukan untukku,pasti ia akan datang kepadaku,meskipun semua org di muka bumi ini beruasaha untuk menghalangnya,mereka tidak akan mampu.Sedangkan sesuatu yang memang belum ditentukan untukku,maka tidak akan pernah aku raih,meskipun diusahakan dengan apa cara pun,kerana memang itu bukanlah untukku."


3:Fungsi yakin dengan Qadha' dan Qadar juga dapat menjadi pengawal dan pengendali ,supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang kamu miliki berupa harta benda ,anak mahupun kedudukan .Kerana kamu menyedari bahawa semua itu adalah kurnia dari Allah dan Kuasanya.

4:mendorong kamu untuk mengamalkan yang baik yang telah diperintahlan dan meninggalkan yang buruk tang telah dilarang.Supaya kamu menjadi tenang.Kerana menyedari bahawa sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah itulah yang kan terjadi dan yang tidak ditentukan oleh AllahSWT,maka tidak akan pernah terjadi.

5:Jika kamu menyedari bahawa apa pun musibah yang menimpamu itu lantaran beberapa sebab,maka langkah selanjutnya sudah seharusnya kamu berusaha menjauhi hal-hal menyebabkan kehancuran dan kerugian seta berpegang dengan hal-hal yang membawa kebahagiaan dan keselamatn.

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

nurul_syifa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2008
Ahli No: 34884
Posting: 66
Dari: bumi Ilahi

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-09-08 00:02


Moga-moga Allah merahmati ruhnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang solihin.

Terima kasih immad atas ilmu yang sangat berharga. Izinkan saya menambah sedikit...

Kunci ketenangan dan kebahagiaan dalam berhadapan dengan apa jua ketetapan Ilahi adalah KENAL ALLAH SWT, FAHAM KERJA ALLAH SWT DAN KENAL DIRI SENDIRI.

Maksud KENAL ALLAH SWT ialah merasai dan menghayati (bukan setakat percaya sahaja) bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Rahman, Maha Rahim lagi Maha Mengetahui akan apa sahaja. Dengan rasa dan penghayatan yang sedemikian, kita akan kembali padaNya, membuat pengaduan padaNya dan merasa Dialah tempat sandaran kita paling berkuasa dan mempunyai segala sifat kesempurnaan.

FAHAM KERJA ALLAH SWT pula ialah meredhai ketentuanNya pada diri, merasakan segala ujian dan kepayahan yang datang adalah peringatan buat diri, tanda kasih sayangNya agar kita mendekatkan diri kepadaNya dan sentiasa mencari-cari hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku... Maha Suci Allah daripada melakukan sesuatu dengan sia-sia...

KENAL DIRI SENDIRI bermakna menyedari hakikat diri yang merupakan hamba Allah yang selalu sahaja lupa dan sukar terhindar dari melakukan dosa... yang mana bila-bila masa sahaja Allah boleh hukum... Dengan menyedari bahawa kesukaran, penderitaan dan kesakitan yang dihadapi adalah jauh lebih ringan berbanding hukuman Allah yang sangat dahsyat di Akhirat kelak atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan, kita akan rasa terhibur dan tenang dengan ketentuan Ilahi.

Wallahu'alam... Moga-moga kita semua senantiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_syifaProfil   Hantar PM kepada nurul_syifa   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-09-08 00:02


ulasan..dari imad..hehehe..sesiapa pun boleh cuba kaitkan dengan persekitaran dan diri..ok..tak semestinya betul...

ulasan untuk point tazkirah kat atas..

point 1
ni macam bab mati,jdh,macam-macam lah yang common bincang kat ukhwah....masing-masing dah boleh jawab..Kalau kita dah yakin siApa jdh kita...toksahlah duduk pnin2 ..doa saja banyak-banyak..Kalau bukan jdh kita..kita redha...dan kita yakin dengan ALLah yang maha tahu...
ni kisah kawan ana punya kawan...(pasal nak kahwin lah ni)
ada seorang lelaki ni...alim ..tahfiz(bukan nak burukkan imej tahfiz)...perempuan yang nak kahwin dengan dia ni berkenan dah pun...tapi keluarga tak bagi..perempuan tu naik hairan...berdoa2..dan selidik2..upanya lelaki tu dah pernah berzina pun..mungkin dia dah taubat(husnu zhon)..tapi allah mungkin nak taqDIrkan lelaki yang belum pernah berzina untuk perempuan tu..jadinya..tak jadi kahwin..perempuan tu boleh time...dan kita mungkin juga boleh tanya diri kita...Kalau kita kahwin dengan dia..mungkinlah bila kita dah tahu dia pernah berzina..kita tak mampu hadapinya..jadi ianya tak baik juga untuk laki tadi yang dah betaubat...betul tak?jadi Allah punya aturan tu cantik..dan dia tahu kita ni gane..sebab kita ni mahkluk dia...


2:ni pun boleh kaitkan dengan cerita atas juga....tapi nak mudah paham..pasai makanan..kadang-kadang kita beli makanan..tiba-tiba kawan kita minta..or kita nampak org miskin ..dan dia minta kat kita...time ni kita kena ingat...mungkin Allah taqdirkan ni rezeki dia melalui kita yang jadi pembeli...selagi belum dinyahtijakan makanan tu..selagi belum jadi santapan perut kita..makanan tu belum tentu lagi hak kita..kadang-kadang kucing datang curi ikan..kita duduk sepak kucing tu..padahal kita tak sedar hakikat yang ni...ikan tu memang rezeki kucing tu..and yakinlah Allah gantikan dengan rezeki lagi baik...


3:ni macam contoh kehilangan anak ke..mati ke..jadi muflis ka..papa2 lah..Bila kita yakin dah dengan JANJI Allah yang memberi dan mengambil kurnianya dari kita..kita akan bersedia untuk itu..dan terima dengan senang hati keredhaan...jadi dia boleh kawal diri kita...contohnya..Kalau kita kaya...jangan lupa bayar zakat..jangan kedekut..sebab Allah boleh tarik bila2 masa saja..Kalau ada anak..jangan duduk bangga sangat Kalau anak tu pandai k apa ke...Kalau Allah nak bagi jadi bodoh ke..or sakit ke..sekelip mata saja..jangan duduk hina2 anak yatim..Allah nak bagi anak dia jadi yatim pun sekelip mata saja..


4:Allah dah berfirman dalam Quran..org yang buat jahat..balasan jahat...buat baik...Alah tajdirkan kebekan..jadi..kita yang memang dah paham ni(jangan duduk kata..aku paham..t tua2 aku tobatlah...) kenalah usahakan ke arah kebekan...dan cuba sedaya upaya hindari kejahatn


5:ni contohnya..kita eksiden ka..muflis ka..ambil contoh muflis lah...bila dah muflis..jangan duduk gila bayang pula...cek balik diri kita..keluarga kita..sebab apa muflis...mungkin bila kita cek...Allah bagi kita muflis sebab selama ni..solat terabai..ataupun mungkin solat terjaga..tapi ibubapa kita lupa..ataupun mungkin juga..kita hidup selama ni bermandikan rasuah....dan macam-macam lah...

cuma dalam point kelima ni..ana agak sedih dengan kata-kata kawan ana...ana ngadu kat dia..pointer teruk..lepas itu dia kata lah..awak kena lah usaha.(btuilah point ni).tak ada kaitan pun dengan kifarah dosa.(point ni salah,bagi imad lah...t takut riak tumbuh menjalar2 dalam diri))..sebabkan..dia kata..kawan dia..berzina lagi..pointer 4.00..mak aih...habis tu Kalau pointer tinggi..tapi Allah biarkan dia dalam kelekaan tu ,takkan tak payah fikir..ataupun Allah nak biarkan dia bahagia dengan dunia dosa dia?sebab 2 bila dapat pemberian dari Allah ni..kita kena beringat..an selalu tanya diri kita..adakah dengan pemberian Allah yang ni makin dekatkan aku dengan Allah atau makin jauhkan.?

bahagia ke dapat 4.00 pointer..tapi berzina dan hidp dengan duit zina?mungkin bahagia dengan cara dia..tapi bukan mnegikut jalan DIA...

dan bila ana selidik..memang banyak silap ana...tak uasaha sungguh-sungguh; tu satu lah..tapi dosa yang lain pun berspah juga...

seeloknya(ni nasihat dari seorang ustaz)...bila kita dapat bala...cek kesilpan kita..dan bila dapat pemberian dan kurnia dari Allah..doa tunjukkan ke jalan yang betul dan moga dengan pemberian itu tak jauhkan kita dari Allah...


tu sajalah..if ada salah silap..minta tegur ye....

p/s:macam dah lari topik lah pula..apa-apa saja.....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

akis_zamani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.06.2007
Ahli No: 30351
Posting: 55
Dari: P44: Permatang Pauh

uk   avatar


posticon Posting pada: 13-09-08 11:57


yang mati menginsafkan yang hidup..yang hidup teruskanlah kehidupan sebab yang hidup pasti akan menemui kematian....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akis_zamaniProfil   Hantar PM kepada akis_zamani   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-08 12:49


Pada 03-09-08 13:05 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

bagaimana harus saya mulakan? saya cukup sedih, selalu saya hanya membaca di dada akhbar mengenai kes rogol, kemudian mangsa dibunuh. tak cukup dengan itu mangsa tersebut akan dibuang atau dihancurkan. sekadar berkongsi rasa sedih, kawan sekolah saya sejak di tingkatan satu hingga melanjutkan pelajaran di universiti meninggal dunia seminggu yang lepas, setelah 3 hari keluarga kawan saya cuba menghubungi kawan saya, tetapi tidak berjaya, akhirnya jumaat yang lalu sekujur mayat ditemui di suatu kawasan dalam keadaan yang mengerikan. saya sendiri tidak dapat mengecam wajah kawan saya saya kenali seawal tahun 2000 dahulu. cuma pakaian yang masih terlekat dan keputusan DNA yang mengesahkan mayat itu adalah kawan saya. bolehkah sebenarnya takdir itu diubah? sebagai seorang islam, seharusnya saya percaya pada qadq dan qadar. tetapi bagaiman harus saya menerima kawan yang selalu tersenyum dan hadir tika saya kebuntuhan telah pergi debgan cara yang saya tidak boleh terima. pagi ramadhan pertama yang lalu, sebenarnya saya berharap akan ada keajiban, saya berharap keputusan DNA yang keluar itu TIDAK akan mengesahkan sekujur tubuh itu milik kawan saya. tetapi,ALLAH mungkin merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kami semua, tubuh itu tetap milik kawan saya. Sehingga kini saya masih tertanya-tanya, apa salah kawan saya sehingga begitu teruk sekali dia diperlakukan? dan sehingga kini saya masih belum dapat menerima sepenuhnya pemergian kawan saya.. kalaulah boleh takdir itu diubah..........................


memang kita tak boleh ubah apa yang telah berlaku. tapi, awak ada peluang untuk ubah apa yang bakal berlaku. awak diberi pilihan.

apa yang sudah berlaku, jadikanlah pengajaran yang amat berharga. doakanlah sahabat anda mendapat keampunan Allah dan dimasukkan ke dalam syurga.Amin.

itulah sumbangan awak untuk dia. doa dari sahabat...... moga kita berakhir dengan husnul khatimah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101915 saat. Lajunya....