Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 259
Ahli: 0
Jumlah: 259




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: WANITA SOLEHAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAHNYA


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» WANITA SOLEHAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAHNYA

Please Mendaftar To Post


Oleh WANITA SOLEHAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAHNYA

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 11:10


Masalah rumahtangga memang tidak pernah habis-habis. Lebih-lebih lagi jika suami itu seorang yang tidak bertanggungjawab, membiarkan anak isteri tanpa memberi nafkah yang mencukupi, membiarkan anak isteri sakit di rumah tanpa berusaha mendapatkan rawatan yang sepatutnya, membiarkan isteri sendirian bergelut menghadapi masalah anak-anak dan lain-lain lagi. Kalau iman lemah, tentulah si isteri akan marah-marah, malah ada yang sampai mengajak suami bertarung di dalam mahkamah. Kalaulah hal ini berlaku kepada kita, bagaimana sepatutnya seorang wanita solehah menyelesaikan masalah yang dihadapinya?

Sebenarnya, wanita yang solehah itu ialah wanita yang sangat cerdik. Cerdiknya dia ialah kerana dia faham apa maksud Tuhan di sebalik kejadian yang menimpa dirinya itu. Cerdik nya dia ialah kerana dia lihat Akhirat yang kekal abadi itu lebih besar dari dunia yang fana ini . Cerdiknya dia ialah kerana dia memahami perkara-perkara tersirat yang tidak difahami oleh wanita biasa. Cerdiknya juga kerana dia bertindak untuk jangka masa panjang dan bukan untuk jangka masa yang sementara. Dan cerdiknya juga kerana dia tidak turut menyakiti suami yang telah menyakitinya itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukankah baik kalau hubungan di antara suami dan isteri itu dikekalkan intim?

Kalau dicari penyelesaian dengan secara merungut-rungut dan meminta-minta sehingga suami naik bosan, atau secara bergaduh-gaduh sama ada di luar atau dalam mahkamah, bukankah ini akan meretakkan lagi hubungan suami isteri itu sehingga boleh menyebabkan penceraian?

Pendek kata, cara ini ialah cara penyelesaian jangka pendek yang dicari oleh wanita yang kecil jiwanya, yang tidak tahan dengan sedikit ujian demi mendapatkan hasil yang baik. Walhal, wujudnya institusi keluarga yang aman damai itu adalah asas kepada perpaduan dan pembangunan sebuah masyarakat yang aman makmur.

Apabila seorang wanita solehah dilanda masalah, dia tidak akan terus bertindak mengikut akal dan emosinya, tetapi dia akan terus merujuk kepada Tuhan dengan melakukan beberapa perkara yang utama iaitu:
1. bertaubat atas dosa
2. merintih kepada Tuhan
3. melakukan perkara-perkara yang disukai Tuhan

Bertaubat Atas Dosa
Wanita yang faham akan maksud Tuhan akan sentiasa sedar bahawa Tuhan itu tidak akan mendatangkan masalah dengan sia-sia. Setiap kesusahan yang Tuhan datangkan itu adalah untuk penghapusan dosa atau untuk menaikkan darjatnya di sisi Tuhan. Sebagai seorang hamba yang lemah, lebih baik kita merasakan bahawa kita sudah banyak melakukan dosa sehingga menyebabkan Tuhan murka . Kenang-kenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan, antaranya mungkin kita cuai dan lalai dalam sembahyang, meringan-ringankan sembahyang, mungkin juga kita telah menyakiti hati kawan atau jiran dan lain-lain. Apatah lagi kalau kita selalu mengumpat, memfitnah, mengadu domba, sombong, hasad dengki dan lain-lain. Semua itu adalah dosa yang akan menjerumuskan kita ke dalam Neraka.

Jadi, apabila kita selalu mengenang dosa-dosa ini, akan timbul rasa untuk bertaubat. Cepat-cepatlah kita bertaubat dengan penuh keinsafan dan dengan hati yang sangat takutkan kemurkaan Tuhan serta merasakan diri kita sangat berdosa dan tidak selamat dari Neraka Tuhan.

Merintih Kepada Tuhan
Selain dari bertaubat atas dosa, wanita solehah juga suka bercakap-cakap dan mengadu kepada Tuhan. Dia akan merayu-rayu dan merintih-rintih kepada Tuhan agar Tuhan membantu menyelesaikan masalahnya. Kalau didengarilah rintihan mereka ini, ia ibarat rintihan seorang kekasih kepada kekasihnya, atau rintihan seorang hamba tawanan kepada pemerintah yang sangat berkuasa.
Wahai Tuhan, Engkau Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Penyelesai Masalah. Dan aku sangat lemah dan sangat berdosa. Memang layaklah aku Engkau timpakan masalah sebegini kerana dosa-dosaku yang terlalu banyak terhadap-Mu. Tetapi Tuhan. Aku tidak sanggup menghadapi masalah ini tanpa pertolongan-Mu. Tolonglah aku Tuhan! Tolonglah aku Tuhan. Aku sangat lemah kerana memang Engkau ciptakan aku lemah. Manakala Engkau sangat berkuasa dan boleh menyelesaikannya hanya dalam sekelip mata. Tunjukkanlah aku akan kehebatan-Mu sebagai yang Maha Penyelesai Masalah,begitulah mungkin sedikit daripada kata-kata rintihan seorang wanita solehah apabila dilanda masalah.

Dia akan merintih dan terus merintih di dalam hati, walaupun di waktu dia tersenyum gembira di hadapan manusia ramai.

Melakukan Perkara-perkara Yang Disukai Tuhan
Kerana begitu seriusnya dia hendak mengambil hati Tuhan agar Tuhan berkenan dengannya dan sudi menyelesaikan masalahnya, wanita yang solehah ini akan melakukan apa sahaja perkara yang disukai oleh Tuhan, selagi dia termampu.

Di sinilah logiknya mengapa seorang wanita solehah tidak akan menyakiti hati suaminya dengan meminta-minta, memarahi atau bergaduh dengan suaminya kerana dia tahu perkara itu ialah perkara yang tidak disukai oleh Tuhan. Kalau Tuhan sudah tidak suka, tentulah Tuhan tidak akan selesaikan masalahnya. Atau, kalau dapat diselesaikan pun, ia adalah penyelesaian yang Tuhan berikan dengan kebencian dan kemurkaan.

Kerana inilah, dia sanggup menekan perasaannya untuk terus melayan suaminya dengan baik, malah kalau boleh, diperelokkan lagi layanannya itu. Tujuannya bukan untuk mengampu suami, tetapi untuk menagih simpati dan kasih sayang Tuhan. Dia juga akan melakukan perkara-perkara lain seperti bersedekah, membantu orang susah, menambah amalan sunat dan lain-lain lagi. Beginilah yang akan dilakukannya terus-menerus sehinggalah Tuhan kasihan kepadanya dan sudi campur tangan untuk menyelesaikan masalahnya.

Dan apabila masalahnya itu Tuhan sendiri yang selesaikan, tentulah hasilnya selamat dan menyelamatkan. Penyelesaiannya kadang-kadang melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Adakalanya, Tuhan berikan dorongan yang kuat (ilham) untuk dia mengambil sesuatu tindakan yang akan mendatangkan kesan yang sangat positif. Adakalanya, Tuhan datangkan seseorang yang sangat prihatin hendak membantunya. Atau mungkin tiba-tiba suatu kejadian berlaku ke atas suaminya sehingga menyebabkan sikap suaminya itu berubah. Atau kalau pun Tuhan mahu mereka berpisah kerana tahu suaminya itu tidak boleh berubah,

Dia akan berikan laluan yang mudah, tanpa perlu pergaduhan atau pertelingkahan. Paling tidak, Tuhan akan berikannya ketenangan dan ketabahan untuk menempuh masalah itu. Bukankah lebih baik mempunyai hati yang tenang walaupun dilanda masalah daripada tiada masalah tetapi hati gundah-gulana? Apabila datangnya bantuan Tuhan ini, wanita yang solehah ini akan cepat mengucapkan syukur seraya memuji-muji Tuhan.

Dia benar-benar merasakan bahawa Tuhanlah yang telah menyelesaikan masalahnya tanpa diduga. Kalaupun ada usaha-usaha lahir yang dilakukannya, dia langsung tidak merasakan yang dirinya hebat kerana pandai menyelesaikan masalah, sebaliknya rasa malu dan tidak layak kerana diberi bantuan.

Pendek kata, semakin banyak masalah yang menimpanya, semakin dekatlah dia kepada Tuhan dan semakin kuatlah imannya. Hatinya akan bertambah tenang kerana dia tidak takut menghadapi sebarang jenis masalah. Dia yakin, walau besar macam mana pun masalahnya, Tuhan boleh selesaikan. Berbeza dengan wanita yang mahu mencari penyelesaian lahiriah tanpa bergantung harap kepada Tuhan, dia akan menghadapi pelbagai kesusahan untuk menyelesaikan masalahnya itu. Sudahlah susah disakiti suami, susah pula hendak selesaikan masalah. Apabila selesai pula, datang pula masalah yang baru. Contohnya, seorang isteri yang begitu bersusah payah naik turun mahkamah untuk mendapatkan penceraian daripada suaminya. Sudahlah habis wang dan masa hanya untuk mendapatkan penceraian, bila sudah bercerai, si suami pula tidak mahu memberikan nafkah atau membawa lari anak kesayangannya. Hatinya akan terus menerus gundah-gulana dan kacau-bilau.

Hakikatnya, Tuhan tidak suka dengan dia kerana dia telah mengenepikan Tuhan. Dia lebih bergantung kepada kepandaian dan kemampuan dirinya sendiri, dan tidak bergantung kepada Tuhan untuk menyelesaikan masalahnya. Secara tidak sedar, dia sudah melakukan syirik khafi (syirik tersembunyi) kerana dia merasakan dirinya itu cukup berkuasa untuk menyelesaikan masalah. Walhal, satu kelipan mata pun tidak akan berlaku kalau bukan dengan kekuasaan Tuhan. Inilah sebenarnya wanita yang tidak pandai menyelesaikan masalah. Dia akan terus-menerus dibelenggu oleh masalah demi masalah, dengan penyelesaian yang kusut dan mengusutkan. Terseksalah hidupnya di dunia, sebelum seksa yang lebih dahsyat di Akhirat nanti. Waliyauzubillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

nilam3_6
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.04.2007
Ahli No: 29649
Posting: 53

blank  


posticon Posting pada: 03-09-08 11:42


salam...
thank you for the artikel yang begitu menyentuh hati ini;)...
setiap apa yang jadi dalam hidup ini adalah dengan izinNYA, so redhalah dalam menghadapinya....tak mungkin terjadi something jika Allah tak izinkan,dan jika Allah izinkan ianya berlaku, tak mungkin ianya sia-sia...dan bila itulah yang sering diterapkan diminda bila diri ditimpa dugaan,alhamdulillah diri ini jadi cukup tenang:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nilam3_6Profil   Hantar PM kepada nilam3_6   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 13:31


terima kasih atas info di atas.. semoga boleh jadi pengajaran untuk semua wanita... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-09-08 13:45


Cabaran dan dugaan yang harus di hadapi oleh wanita memang terlalu banyak. Hanya kapada Allah lah tempat kita mengadu dan berserah.

mudah-mudahan wanita-wanita diluar sana sentiasa tabah dan di lindungi Allah selalu. Insya-Allah

Thanks for info.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-09-08 13:23


betul lah ukhti comel...
:berfikir: :berfikir: :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 11-09-08 13:52


kesabaran adalah tungga utama untuk selesaikan masalah..
caiyok caiyok kepada semua wanita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 11-09-08 15:05


Assalamualaikum
cantik... :bunga:
suka artikel ini...namun, sangat memerlukan mujahadah dalam melaksanakan segala perkara yang tertulis dalam artikel ini..moga² segalanya diiringi dengan kekuatan... :welcome:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112893 saat. Lajunya....