Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 137
Ahli: 0
Jumlah: 137




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 29 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sampaikan
Topik: Merdeka: Tribute To The Gomen


Carian Forum

Moderator: Administrator, limah
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sampaikan
    »» Merdeka: Tribute To The Gomen

Please Mendaftar To Post


Oleh Merdeka: Tribute To The Gomen

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-08-08 15:07


Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera ukhwahian.

Orang 'Gomen' atau dalam bahasa mahkamahnya Public Servant adalah panggilan comel & sinikal bagi menggelarkan mereka yang bekerja di sektor awam yakni Kerajaan sama ada yang berpangkat setinggi-tinggi Ketua Setiausaha Negara sehingga sekerdil Pembantu Am Rendah.

Dikesempatan lagi 3 hari menuju Hari Merdeka negara kita nan bertuah ini, hamba menjemput ukhwahian semua untuk kita sama-sama memberi sedikit atau sebanyak penghargaan buat insan-insan 'wira tak didendang' yang bekerja di sebalik tabir negara bernama Malaysia ini.

Mari raikan secebis kemerdekaan ini buat mereka yang bergelar

1) Pensyarah, guru besar atau kecil, pembantu makmal, pendaftar pelajar, makcik kantin, kerani sekolah di sektor pendidikan;

2) Doktor, 'misi', bidan, pembantu perubatan, driver ambulan, atendan pesakit/rumah mayat, ahli farmasi & tak-ray di sektor perubatan;

3) Pengarah, setiausaha, kerani, juru trengkas, peon, jurufoto, pak guard di kementerian & jabatan awam;

4) Panglima-panglima, komandan, jurulatih kawad & jasmani, juruterbang pesawat tempur/penyelamat/helikopter, tukang masak ransum, mekanik, driver kereta kebal, serta perajurit putera & puteri di dalam Angkatan Tentera Malaysia;

5) Pengarah-pengarah, unit forensik, pegawai penyiasat, ketua polis balai, polis trafik yang berpanas hujan di tengah jalan, polis biasa & "luar biasa" (SB) dalam Polis Di Raja Malaysia;

6) Ahli bomba yang menyabung nyawa menyelamatkan reta perdak kita dari jilatan api;

7) Anda boleh sambung sendiri list ini ________________


Demikianlah secebis insan kecil yang berada disekeliling kita yang kadangkala selisih bahu pun belum tentu kita bertegur sapa waima selafaz Salam. Mengenang situasi negara sejak seawal kemerdekaan hingga kini mereka bagi segelintir kita bagaikan tidak wujud dek lantaran 'kesilapan' serta khilaf Tuan-tuan politik mereka yang bergelar Yang Berhormat Menteri.

Renungilah: Kerajaan boleh silih berganti, namun mereka tetap disini. Memberi bakti membakar diri demi menerangi ibu pertiwi...Secebis TERIMA KASIH sudah memadai...

Sebuah negara boleh tertegak tanpa alat kebesaran, istana mewah & adat istiadat, tapi bolehkah sebuah negara berdiri tanpa Rakyatnya...?


Hamba bukanlah terlalu keras hati, demi mereka yang telah banyak berjasa (hamba tujukan khas kepada mereka diatas yang telah bertugas dengan ikhlas & Rakyat Marhaen SAHAJA) hamba dengan ini secara rasmi menjulang kembali panji ini dengan segala hormat. Moga kita Celik dan TERUS CELIK. Terima Kasih Malaysia.

Selamat Hari Merdeka...Selamatkan Malaysia...Allahuakbar!


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai pemerintahan! Engkaulah yang memberi pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau jualah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." Ali 'Imran:26

/


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-08-08 16:52


Terima kasih kerana menghargai jasa kami di sebalik tabir tertegaknya sebuah negara bernama Malaysia ni.. tapi dalam kemajuan serta kepesatan pembangunan negara ini, dan juga di sebalik ketinggian ilmu yang dipelajari oleh bangsa Malaysia, terselit juga seketul dua makhluk yang tidak reti berterima kasih pada insan-insan yang berjasa pada mereka..

Sampai hati mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya kepada insan yang membantu org yang disayanginya ketika dalam kesakitan.. dah lah begitu, dihebahkan pula ke seluruh alam.. ditatap oleh segenap lapisan masyarakat yang pandai membaca.. tak sedarkah dia di mana letaknya harga pengorbanan kami berjaga pukul 3 pagi semata-mata nak membantu dia menimang seorang cahaya mata yang comel? setimpalkah balasan yang kami terima atas susah payah kami itu?

Wallahua'lam...


Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51... :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 28-08-08 16:55


salam...

dalam banyak post anda, ini lah post aku rasa happy bila baca...bagus lah anda dah betulkan bendera sebuah negara yang bernama malaysia ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-08-08 20:41


Ya Allah...
selamatkan lah negara kami...
Selamatkan lah agama kami..
selamatkan lah bangsa kami...
berikan kami kekuatan dan ketabahan untuk
menjaga kemerdekaan negara kami ini...

Amin....

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-08-08 14:48


selamat menyambut kemerdekaan MALAYSIA yang ke 51...

selamat menyambut kemerdekaan SEBENAR dari BRITISH yang ke 28.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.237355 saat. Lajunya....