Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 27-09-2023 |
|
Bincang Agama
|
Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Buku pelik tapi benar kena band |
---|---|
sayang_semuanya ![]() ![]() |
![]()
Assalamu'alaikum
apa pendapat anda buat... mengenai buku pelik tapi benar??? saya dapat tahu, ia kena band di malaysia... buku 2, mengajar mengenai apa yang kita rasa tidak boleh buat dalam solat, padahal boleh boleh buat... contohnya seperti, mengepit alquran ketika hendak rukuk, dan ada beberapa keterangan yang lain... penulisnya iala ustaz abdul rahman dari singapore wallahu a'lam ----------------- Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari |
AmrinHakeem ![]() |
![]()
Kenapa kena banned?
memang lah banyak benda pelik dalam tu tapi benda betul.. bukan ajaran sesat.. ada dalam hadith kan.. |
Anak_Pejuang ![]() ![]() |
![]()
tidak sesuai dengan mazhab syafie yang diamalkan di negara ini. Buku tersebut lebih kepada tidak bermazhab. Takhrij hadith dalam buku tersebut lebih kepada siapa ya?
|
masri2 ![]() ![]() |
![]()
Mari Bantah Pengharaman Buku Pelik Tapi Benar Dalam Solat
at 3:05 PM ![]() Alhamdulillah surat bantahan ke atas pengharaman buku "Pelik Tapi Benar Dalam Solat" telah di siarkan di mstar. Cuma saya masih menanti-nanti akhbar bercetak untuk menyiarkannya. Saya telah menghantar bantahan tersebut kepada utusan Malaysia, Berita Harian, Harakahdaily dan mstar, nampaknya hanya mstar sahaja yang menyiarkannya. Di sini saya ingin siarkan beberapa petikan daripada weblog Ustaz Zahazan dan pihak Telaga Biru berkaitan isu ini. Ini saya ambil daripada cbox Ustaz Zahazan berkaitan hal ini: Minta doakan kepada Allah supaya diberi keselamatan kepada umat ini daripada perasaan hasad.Ia lebih kepada tindakan terburu-buru yang tidak dibincangkan. Pihak yang berkenaan pula tidak bersedia untuk bermuzakarah. Dari cbox weblog Telaga Biru: Telaga Biru : salam apa ini, terima kasih atas keperihatinan anda. Jelas, kami tidak seronok dengan pengharaman ini. sedih dan kecewa. untuk makluman apa ini.. Telaga Biru : kami sudah pun menghantar surat kepada KDN dan JAKIM beberapa bulan yang lepas, sejurus mendengar rumours pengharaman buku tersebut... Telaga Biru : Malang sekali langsung tidak berjawab... tujuan surat ialah untuk mengetahui sebab pengharaman... Telaga Biru ![]() Telaga Biru :Kami agak sedih kerana pengharman dibuat kepada kami tanpa sebarang notis serta peluang untuk menjelaskan keadaan... Telaga Biru :Namun, kami dalam proses untuk berbincang dengan lebih menyeluruh dengan semua pihak yang terlibat... InsyaAllah segala maklumat berkaitan akan Telaga Biru : hebahkan kepada umum. Percayalah, sekiranya kami hanya memikirkan keuntungan dunia, kami tidak akan menjual buku punca ilmu, sebaliknya berkecimpung Telaga Biru :dalam dunia lain yang lebih menguntungkan dunia kami dari akhirat kami. apa-apa pun, terima kasih atas pandangan dan nasihat... Ini merupakan surat saya yang telah dihantar kepada pihak mstar. Bantah haram buku perkara pelik dalam solat 18-08-2008 06:19:26 PM BARU-BARU ini saya terbaca berita tentang pengharaman sebuah buku agama bertajuk “Pelik Tapi Benar Dalam Solat” oleh Ustaz Abdul Rahman terbitan Telaga Biru. Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan berkata bahawa buku tersebut boleh menimbulkan kegelisahan di dalam masyarakat. Bahkan sebuah laman berita online melaporkan bahawa buku tersebut diharamkan kerana menyeleweng daripada ajaran Islam. Saya pernah membaca buku tersebut dan saya dapati buku tersebut memaparkan perkara-perkara yang boleh kita lakukan ketika solat, contohnya membuka pintu, mendukung anak dan lain-lain. Hal-hal yang disebutkan ini ada di dalam hadith-hadith Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam. Jadi saya merasa hairan apabila pihak KDN dilaporkan berkata kandungan buku ini menyeleweng, Apakah memaparkan cara-cara Rasulullah bersolat itu menyeleweng? KDN juga dilpaorkan berkata ia menimbulkan kegelisahan di dalam masyarakat. Pada pandangan saya, mereka yang gelisah dengan kandungan buku ini ialah golongan yang mindanya tertutup hinggakan tidak mahu menerima perkara yang berbeza walaupun ia wujud di dalam sunnah Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam. Saya mengharapkan agar pihak KDN dapat memberikan penjelasan dan mengambil berat isu ini. Kita tidak mahu ilmu-ilmu yang bermanfaat dihalang daripada sampai kepada masyarakat hanya kerana segelintir insan yang berfikiran jumud. Wallahua’lam. Mohd Masri Bin Mohd Ramli http://the-authenthic.blogspot.com/2008/08/mari-bantah-pengharaman-buku-pelik-tapi.html ----------------- http://www.islamqa.com/en http://lobaitampin.blogspot.com/ |
masri2 ![]() ![]() |
![]()
http://ibnyusof.blogspot.com/2008/08/pelik-bila-pelik-tapi-benar-dianggap.html
Tuesday, August 19, 2008 Pelik bila “Pelik Tapi Benar” dianggap pelik? “Apa yang ustaz komen tentang “Pelik tapi benar” tu?”soal aku kepada abang Razak setiba aku di masjid. Dalam perjalanan ke masjid. Aku terdengar ulasan ustaz yang berceramah dari speaker masjid memberikan komen berkenaan buku tersebut. Ianya memang satu isu hangat bagi mereka yang pernah membaca dan mengamalkan isi buku tersebut. Apatah lagi apabila buku tersebut diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 14 Ogos lepas atas alasan ianya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Buku tersebut memuatkan hadith-hadith sahih dari sabda Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam yang mungkin dianggap pelik bagi ‘penganut’ mazhab Syafie. Pengharaman buku ini umpama menyatakan secara tidak lansung bahawa apabila kita mengamalkan hadith sahih, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat. Alasan inilah yang diguna pakai Kementerian Dalam Negeri. Berikut adalah respon Telaga Biru Sdn. Bhd., syarikat penerbitan yang memasarkan buku tersebut di dalam cbox mereka:- Telaga Biru : kami sudah pun menghantar surat kepada KDN dan JAKIM beberapa bulan yang lepas, sejurus mendengar rumours pengharaman buku tersebut...Malang sekali langsung tidak berjawab... tujuan surat ialah untuk mengetahui sebab pengharaman...Disamping bertujuan untuk berbincang serampang 4 mata di antara JAKIM, KDN, Penerbit (kami) serta penulis sendiri...Kami agak sedih kerana pengharman dibuat kepada kami tanpa sebarang notis serta peluang untuk menjelaskan keadaan...Namun, kami dalam proses untuk berbincang dengan lebih menyeluruh dengan semua pihak yang terlibat... InsyaAllah segala maklumat berkaitan akan hebahkan kepada umum. Percayalah, sekiranya kami hanya memikirkan keuntungan dunia, kami tidak akan menjual buku punca ilmu, sebaliknya berkecimpung dalam dunia lain yang lebih menguntungkan dunia kami dari akhirat kami. apa-apa pun, terima kasih atas pandangan dan nasihat... Selain Telaga Biru Sdn. Bhd., Ustaz Zahazan juga di laman cbox blognya meluahkan rasa ketidak puasan hatinya terhadap tindakan KDN yang terburu-buru tanpa bermuzakarah terlebih dahulu.:- Minta doakan kepada Allah supaya diberi keselamatan kepada umat ini daripada perasaan hasad.Ia lebih kepada tindakan terburu-buru yang tidak dibincangkan. Pihak yang berkenaan pula tidak bersedia untuk bermuzakarah. Buku itu secara umumnya menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat berdasarkan hadith-hadith sahih yang pernah dilakukan oleh baginda Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah. “tak ada apa, ustaz komen tentang hadith solat sunat atas kenderaan. Ustaz kata walaupun perkara ini berdasarkan hadith sahih, tetapi jangan pilih pendapat yang boleh cetus kontroversi walaupun ianya mungkin benar.” jelas abang Razak.Kami berdua duduk di sudut masjid sambil mendengar kuliah tersebut. Kelihatan juga sahabat-sahabat lain begitu tekun berada di hadapan penceramah pada malam itu. Tidak lama kemudian selepas mensyarahkan hadith berkenaan solat itu ustaz tersebut dihujani beberapa soalan yang aku jangkakan ada berkaitan dengan pengamalan hadith berkenaan. “Ya, seelok-eloknya kita mengambil pendapat yang sahih, itu memang tak dapat kita nafikan Cuma jika boleh kita jangan terlalu asing dengan masyarakat walaupun pendapat kita mungkin benar.” Ulas ustaz yang berceramah. Barangkali beliau memberi penekanan dalam hal tersebut. Kemudian beliau menyambung, “ Sebagai contoh qunut subuh, ada pendapat yang kata perlu sebagai contoh pendapat Imam Syafie rahimahullah dan Syafi’iyyah dan ada juga pendapat yang mengatakan tidak perlu qunut subuh. Maka dalam hal ini kita ikut sahaja imam yang solat. Jangan kita memilih pendapat yang kontroversi atau yang ekstrem.” Jelas ustaz tersebut beserta contohnya. “bagaimana, setuju?” abang Razak menyoal sambil melihat tepay kearah ku. Sambil berfikir sejenak aku membalas. “Setuju 50 percent, tak setuju 50 percent.” “Kenapa pulak?” soalan yang sememangnya aku jangkakan. Walhal. Aku mengetahui jauh di sudut hati abang Razak beliau juga tidak berapa setuju dengan pandangan ustaz tersebut secara keseluruhannya. “Mungkin kita boleh apply hadith ghuraba’ agaknya?” sengaja aku berlawak. “Haha..” abang Razak tertawa mendengar respon ku. “Ana setuju tang kita mesti ikut imam. If solat di masjid yang imamnya qunut, kita qunut, tetapi if solat pada masjid yang imamnya tak qunut, kita tak qunut.” Aku menjelaskan 50 percent pendapat yang aku persetujui. “Then,pada pandangan ana, kontroversi atau yang ekstrem adalah satu perkara yang subjektif. Kita kata jangan pilih pendapat yang ekstrem, kontroversi. Tetapi tu bila kita nampak apa yang orang lakukan, kita label sebagai ekstrem, tetapi apabila pada diri kita sendiri, ianya tak digelar ekstrem. Adilkah kalau macam tu? Sebab itu ana berpandangan kontroversi atau ekstrem adalah satu perkara yang subjektif. Sebagai contoh kita menganggap orang yang berpegang pendapat tidak perlu qunut subuh adalah sesuatu yang ekstrem akan tetapi bila kita lihat rakyat Malaysia yang bermazhab Syafie, bila pergi Makkah, sampai ada yang pegang buku waktu solat semata nak amalkan ‘qunut pendek’. Ini tak pula kita gelar ekstrem, tak begitu?” penjelasanku panjang lebar sambil membawa contoh yang terlintas di fikiran ku. Pada masa yang sama aku terfikir, siapakah ‘pencipta’ Qunut pendek yang ‘diwajibkan’ kepada para jemaah haji dan umrah untuk membacanya ketika imam I’ktidal dalam solat subuh. Pada asalnya agak kurang berminat untuk komen akan hal ini. Tetapi atas kesedaran yang timbul dalam hati ini membuatkan aku merasakan harusnya mendedahkan kepada para pembaca berkenaan hal yang berlaku ini, yakni berkenaan pengharaman buku “Pelik Tapi Benar”. Buku yang memuatkan hadith-hadith sahih daripada Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam ini adalah satu kejahilan golongan-golongan tertentu dalam usaha mereka memandulkan pemikiran orang awam supaya jauh daripada hadith-hadith Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam yang sahih. “Contoh tentang matikan handphone walaupu ketika dalam solat. Sebab haram menganggu jemaah lain ketika sedang solat.” Yusof memberi penerangan kepada sahabatku malam sebelumnya. Aku kemudiannya menambah, “Kita boleh lihat dalam keadaan sekarang ni yang mana orang yang handphone dia berbunyi dibiarkan sampai habis solat, tak boleh nak matikan handphone sebab takut gerak lebih tiga kali batal solat. Walhal Rasulullah Sallahu’alaihi Wa sallam buka pintu dan mengalihkan kaki Aisyah radiallahuanhu ketika baginda sedang solat. Pergerakan ni sudah semestinya melebihi 3 kali gerakan. Ini antara bukti dan dalil yang jelas dibenarkan bergerak dalam solat ketika adanya darurat yang berlaku.” Jelas aku beserta contoh mudah. “Ye tak ye juga eh?”, Abdullah hanya mengangguk, barangkali memikirkan contoh handphone berbunyi dengan pelbagai nada dering yang menganggu ketika solat berjemaah. “Contoh lain hadith yang suruh kita bunuh kala jengking atau binatang berbahaya. Kalau nak harap 3 kali gerakan? Tak ke macam robot jadinya? Sedangkan bukan ke dalam hal ni dah jelas hadithnya bagi mereka yang maklum dengan hadith-hadith tu. Kita tidak menafikan ijtihad para imam dalam hal ini tetapi pada masa yang sama janganlah sampai kita sanggup menemplak hadith sahih.”ujarku. "Dari Abu Hurairah .a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" Kita tidak menafikan makruhnya apabila melakukan gerakan sia-sia di dalam shalat, seperti menggerak-gerakan hidung, jenggot, pakaian, atau sibuk dengan hal-hal tersebut. Jika gerakan sia-sia itu sering dan berturut-turut, maka itu membatalkan shalat, tapi jika hanya sedikit dan dalam ukuran wajar, atau banyak tapi tidak berturut-turut, maka shalatnya tidak batal. Namun demikian, disyari’atkan bagi seorang Mukmin untuk menjaga kekhusyukan dan meninggalkan gerakan sia-sia, baik sedikit mahupun banyak, hal ini sebagai usaha untuk mencapai kesempurnaan shalat. Tetapi pada masa yang sama kita harus akur dan tunduk pada dalil yang menunjukkan bahwa gerakan-gerakan yang sedikit tidak membatalkan shalat, juga gerakan-gerakan yang terpisah-pisah dan tidak berkesinambungan tidak membatalkan shalat, adalah sebagaimana yang bersumber dari Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam, Bahwa suatu hari Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam membukakan pintu masuk Aisyah, padahal saat itu beliau sedang solat. Diriwayatkan juga dari baginda Sallahu’alaihi Wa sallam, dalam hadith Abu Qatadah Radhiyallahu ‘anhu, bahawa pada suatu hari beliau solat bersama orang-orang dengan memangku Umamah bintu Zainab, apabila beliau sujud,beliau menurunkannya, dan saat beliau berdiri, beliau memangkunya lagi. Jika sekadar khuatir diri ini dianggap asing kerana melakukan sesuatu perkara sunnah yang bercanggah dengan amalan masyarakat setempat. Demikian aku mengingatkan pambaca dengan sabda Rasululah Sallahu’alaihi Wa sallam:- “Agama Islam mulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana mulainya, maka thubaa bagi para ghuraba’ (orang-orang yang aisng)” Thubaa’ ialah kehidupan yang baik, atau nama sebuah pohon di syurga sebagaimana disebutkan dalam hadith bahawa seorang penunggang kuda yang kencang memerlukan waktu 100 tahun untuk melewati pohon ini, yang mana pakaian penduduk syurga dibuat daripada kelopaknya. Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam menjelaskan siapakah guraba’ yang dimaksudkan:- “Yaitu orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang telah dirosakkan oleh manusia setelahku.” Atau sepertimana sabda Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam dalam hadith yang lain:- “Orang-orang yang soleh di tengah-tengah orang-orang yang buruk. Orang-orang yang menentang mereka lebih banyak daripada orang-orang yang menaati mereka.” Mungkin ada segelintir manusia yang berusaha dalam pengharaman buku ini. Mereka khuathir buku yang telah berada di pasaran melebihi dua tahun ini dari terus tersebar, akan tetapi mereka lupa bahawa buku ini telahpun tersebar luas dalam masa beberapa tahun dan berapa ramai mereka yang telahpun mengamalkan isi kandungannya. Ada baiknya usaha pihak-pihak ini ditumpunkan kepada pengharaman buku-buku syiah dan liberal yang lebih banyak bertebaran di pasaran kini berbanding menyibukkan diri berusaha memandulkan pemikiran orang awam supaya jauh daripada hadith-hadith Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam yang sahih. Hatta ianya diharamkan, buku ini masih didapati dijual di beberapa toko buku berhampiran. Para pembaca digalakkan untuk membelinya dan menilai sendiri isi kandungan buku ini. Adalah menjadi fitrah dan akal yang sihat untuk menerima bulat hadith sahih baginda Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam. Wallahu’allam. Ibn Yusof 19 Ogos 2008 / 17 saya’ban 1429 1:27 a.m www.ibnyusof.blogspot.com Sumber: http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/ http://zahazanmohamed.blogspot.com/ http://www.telagabiru.net.my/index/buku-bimbingan-rohani/ustaz-abdul-rahman-mohamed-pelik-tapi-benar-dalam-2.html |
masri2 ![]() ![]() |
![]()
http://ibnyusof.blogspot.com/2008/08/pelik-bila-pelik-tapi-benar-dianggap.html
Tuesday, August 19, 2008 Pelik bila “Pelik Tapi Benar” dianggap pelik? “Apa yang ustaz komen tentang “Pelik tapi benar” tu?”soal aku kepada abang Razak setiba aku di masjid. Dalam perjalanan ke masjid. Aku terdengar ulasan ustaz yang berceramah dari speaker masjid memberikan komen berkenaan buku tersebut. Ianya memang satu isu hangat bagi mereka yang pernah membaca dan mengamalkan isi buku tersebut. Apatah lagi apabila buku tersebut diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 14 Ogos lepas atas alasan ianya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Buku tersebut memuatkan hadith-hadith sahih dari sabda Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam yang mungkin dianggap pelik bagi ‘penganut’ mazhab Syafie. Pengharaman buku ini umpama menyatakan secara tidak lansung bahawa apabila kita mengamalkan hadith sahih, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat. Alasan inilah yang diguna pakai Kementerian Dalam Negeri. Berikut adalah respon Telaga Biru Sdn. Bhd., syarikat penerbitan yang memasarkan buku tersebut di dalam cbox mereka:- Telaga Biru : kami sudah pun menghantar surat kepada KDN dan JAKIM beberapa bulan yang lepas, sejurus mendengar rumours pengharaman buku tersebut...Malang sekali langsung tidak berjawab... tujuan surat ialah untuk mengetahui sebab pengharaman...Disamping bertujuan untuk berbincang serampang 4 mata di antara JAKIM, KDN, Penerbit (kami) serta penulis sendiri...Kami agak sedih kerana pengharman dibuat kepada kami tanpa sebarang notis serta peluang untuk menjelaskan keadaan...Namun, kami dalam proses untuk berbincang dengan lebih menyeluruh dengan semua pihak yang terlibat... InsyaAllah segala maklumat berkaitan akan hebahkan kepada umum. Percayalah, sekiranya kami hanya memikirkan keuntungan dunia, kami tidak akan menjual buku punca ilmu, sebaliknya berkecimpung dalam dunia lain yang lebih menguntungkan dunia kami dari akhirat kami. apa-apa pun, terima kasih atas pandangan dan nasihat... Selain Telaga Biru Sdn. Bhd., Ustaz Zahazan juga di laman cbox blognya meluahkan rasa ketidak puasan hatinya terhadap tindakan KDN yang terburu-buru tanpa bermuzakarah terlebih dahulu.:- Minta doakan kepada Allah supaya diberi keselamatan kepada umat ini daripada perasaan hasad.Ia lebih kepada tindakan terburu-buru yang tidak dibincangkan. Pihak yang berkenaan pula tidak bersedia untuk bermuzakarah. Buku itu secara umumnya menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat berdasarkan hadith-hadith sahih yang pernah dilakukan oleh baginda Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah. “tak ada apa, ustaz komen tentang hadith solat sunat atas kenderaan. Ustaz kata walaupun perkara ini berdasarkan hadith sahih, tetapi jangan pilih pendapat yang boleh cetus kontroversi walaupun ianya mungkin benar.” jelas abang Razak.Kami berdua duduk di sudut masjid sambil mendengar kuliah tersebut. Kelihatan juga sahabat-sahabat lain begitu tekun berada di hadapan penceramah pada malam itu. Tidak lama kemudian selepas mensyarahkan hadith berkenaan solat itu ustaz tersebut dihujani beberapa soalan yang aku jangkakan ada berkaitan dengan pengamalan hadith berkenaan. “Ya, seelok-eloknya kita mengambil pendapat yang sahih, itu memang tak dapat kita nafikan Cuma jika boleh kita jangan terlalu asing dengan masyarakat walaupun pendapat kita mungkin benar.” Ulas ustaz yang berceramah. Barangkali beliau memberi penekanan dalam hal tersebut. Kemudian beliau menyambung, “ Sebagai contoh qunut subuh, ada pendapat yang kata perlu sebagai contoh pendapat Imam Syafie rahimahullah dan Syafi’iyyah dan ada juga pendapat yang mengatakan tidak perlu qunut subuh. Maka dalam hal ini kita ikut sahaja imam yang solat. Jangan kita memilih pendapat yang kontroversi atau yang ekstrem.” Jelas ustaz tersebut beserta contohnya. “bagaimana, setuju?” abang Razak menyoal sambil melihat tepay kearah ku. Sambil berfikir sejenak aku membalas. “Setuju 50 percent, tak setuju 50 percent.” “Kenapa pulak?” soalan yang sememangnya aku jangkakan. Walhal. Aku mengetahui jauh di sudut hati abang Razak beliau juga tidak berapa setuju dengan pandangan ustaz tersebut secara keseluruhannya. “Mungkin kita boleh apply hadith ghuraba’ agaknya?” sengaja aku berlawak. “Haha..” abang Razak tertawa mendengar respon ku. “Ana setuju tang kita mesti ikut imam. If solat di masjid yang imamnya qunut, kita qunut, tetapi if solat pada masjid yang imamnya tak qunut, kita tak qunut.” Aku menjelaskan 50 percent pendapat yang aku persetujui. “Then,pada pandangan ana, kontroversi atau yang ekstrem adalah satu perkara yang subjektif. Kita kata jangan pilih pendapat yang ekstrem, kontroversi. Tetapi tu bila kita nampak apa yang orang lakukan, kita label sebagai ekstrem, tetapi apabila pada diri kita sendiri, ianya tak digelar ekstrem. Adilkah kalau macam tu? Sebab itu ana berpandangan kontroversi atau ekstrem adalah satu perkara yang subjektif. Sebagai contoh kita menganggap orang yang berpegang pendapat tidak perlu qunut subuh adalah sesuatu yang ekstrem akan tetapi bila kita lihat rakyat Malaysia yang bermazhab Syafie, bila pergi Makkah, sampai ada yang pegang buku waktu solat semata nak amalkan ‘qunut pendek’. Ini tak pula kita gelar ekstrem, tak begitu?” penjelasanku panjang lebar sambil membawa contoh yang terlintas di fikiran ku. Pada masa yang sama aku terfikir, siapakah ‘pencipta’ Qunut pendek yang ‘diwajibkan’ kepada para jemaah haji dan umrah untuk membacanya ketika imam I’ktidal dalam solat subuh. Pada asalnya agak kurang berminat untuk komen akan hal ini. Tetapi atas kesedaran yang timbul dalam hati ini membuatkan aku merasakan harusnya mendedahkan kepada para pembaca berkenaan hal yang berlaku ini, yakni berkenaan pengharaman buku “Pelik Tapi Benar”. Buku yang memuatkan hadith-hadith sahih daripada Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam ini adalah satu kejahilan golongan-golongan tertentu dalam usaha mereka memandulkan pemikiran orang awam supaya jauh daripada hadith-hadith Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam yang sahih. “Contoh tentang matikan handphone walaupu ketika dalam solat. Sebab haram menganggu jemaah lain ketika sedang solat.” Yusof memberi penerangan kepada sahabatku malam sebelumnya. Aku kemudiannya menambah, “Kita boleh lihat dalam keadaan sekarang ni yang mana orang yang handphone dia berbunyi dibiarkan sampai habis solat, tak boleh nak matikan handphone sebab takut gerak lebih tiga kali batal solat. Walhal Rasulullah Sallahu’alaihi Wa sallam buka pintu dan mengalihkan kaki Aisyah radiallahuanhu ketika baginda sedang solat. Pergerakan ni sudah semestinya melebihi 3 kali gerakan. Ini antara bukti dan dalil yang jelas dibenarkan bergerak dalam solat ketika adanya darurat yang berlaku.” Jelas aku beserta contoh mudah. “Ye tak ye juga eh?”, Abdullah hanya mengangguk, barangkali memikirkan contoh handphone berbunyi dengan pelbagai nada dering yang menganggu ketika solat berjemaah. “Contoh lain hadith yang suruh kita bunuh kala jengking atau binatang berbahaya. Kalau nak harap 3 kali gerakan? Tak ke macam robot jadinya? Sedangkan bukan ke dalam hal ni dah jelas hadithnya bagi mereka yang maklum dengan hadith-hadith tu. Kita tidak menafikan ijtihad para imam dalam hal ini tetapi pada masa yang sama janganlah sampai kita sanggup menemplak hadith sahih.”ujarku. "Dari Abu Hurairah .a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" (Hadith Hasan Sahih Riwayat At-Tirmidzi , 2/234 ,Al-Hakim , 1/386 , Ibn Hibban 6/115 , Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi) Kita tidak menafikan makruhnya apabila melakukan gerakan sia-sia di dalam shalat, seperti menggerak-gerakan hidung, jenggot, pakaian, atau sibuk dengan hal-hal tersebut. Jika gerakan sia-sia itu sering dan berturut-turut, maka itu membatalkan shalat, tapi jika hanya sedikit dan dalam ukuran wajar, atau banyak tapi tidak berturut-turut, maka shalatnya tidak batal. Namun demikian, disyari’atkan bagi seorang Mukmin untuk menjaga kekhusyukan dan meninggalkan gerakan sia-sia, baik sedikit mahupun banyak, hal ini sebagai usaha untuk mencapai kesempurnaan shalat. Tetapi pada masa yang sama kita harus akur dan tunduk pada dalil yang menunjukkan bahwa gerakan-gerakan yang sedikit tidak membatalkan shalat, juga gerakan-gerakan yang terpisah-pisah dan tidak berkesinambungan tidak membatalkan shalat, adalah sebagaimana yang bersumber dari Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam, Bahwa suatu hari Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam membukakan pintu masuk Aisyah, padahal saat itu beliau sedang solat. (Hadith Riwayat Abu Dawud, dalam kitab Ash-Shalah no.922, At-Tirmidzi, kitab Ash-Shalah no.601, An-Nasa’i, kitab As-Sahw 2 /11) Diriwayatkan juga dari baginda Sallahu’alaihi Wa sallam, dalam hadith Abu Qatadah Radhiyallahu ‘anhu, bahawa pada suatu hari beliau solat bersama orang-orang dengan memangku Umamah bintu Zainab, apabila beliau sujud,beliau menurunkannya, dan saat beliau berdiri, beliau memangkunya lagi. (Hadith Riwayat Al-Bukhari, kitab Al-Adab no.5996, Muslim kitab Al-Masajid no.543) Jika sekadar khuatir diri ini dianggap asing kerana melakukan sesuatu perkara sunnah yang bercanggah dengan amalan masyarakat setempat. Demikian aku mengingatkan pambaca dengan sabda Rasululah Sallahu’alaihi Wa sallam:- “Agama Islam mulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana mulainya, maka thubaa bagi para ghuraba’ (orang-orang yang aisng)”(Hadith riwayat Ahmad, no.11276) Thubaa’ ialah kehidupan yang baik, atau nama sebuah pohon di syurga sebagaimana disebutkan dalam hadith bahawa seorang penunggang kuda yang kencang memerlukan waktu 100 tahun untuk melewati pohon ini, yang mana pakaian penduduk syurga dibuat daripada kelopaknya. Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam menjelaskan siapakah guraba’ yang dimaksudkan:- “Yaitu orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang telah dirosakkan oleh manusia setelahku.” (Hadith riwayat Tirmidzhi, no.2630, tetapi hadith ini dhoif sebgaimana keterangan Syeikh Salim Hilali dalam Limadzha Ikhtartu Manhaj Salaf, hlm. 55) Atau sepertimana sabda Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam dalam hadith yang lain:- “Orang-orang yang soleh di tengah-tengah orang-orang yang buruk. Orang-orang yang menentang mereka lebih banyak daripada orang-orang yang menaati mereka.”(Hadith riwayat Ahmad) Mungkin ada segelintir manusia yang berusaha dalam pengharaman buku ini. Mereka khuathir buku yang telah berada di pasaran melebihi dua tahun ini dari terus tersebar, akan tetapi mereka lupa bahawa buku ini telahpun tersebar luas dalam masa beberapa tahun dan berapa ramai mereka yang telahpun mengamalkan isi kandungannya. Ada baiknya usaha pihak-pihak ini ditumpunkan kepada pengharaman buku-buku syiah dan liberal yang lebih banyak bertebaran di pasaran kini berbanding menyibukkan diri berusaha memandulkan pemikiran orang awam supaya jauh daripada hadith-hadith Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam yang sahih. Hatta ianya diharamkan, buku ini masih didapati dijual di beberapa toko buku berhampiran. Para pembaca digalakkan untuk membelinya dan menilai sendiri isi kandungan buku ini. Adalah menjadi fitrah dan akal yang sihat untuk menerima bulat hadith sahih baginda Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam. Wallahu’allam. Ibn Yusof 19 Ogos 2008 / 17 saya’ban 1429 1:27 a.m www.ibnyusof.blogspot.com Sumber: http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/ http://zahazanmohamed.blogspot.com/ http://www.telagabiru.net.my/index/buku-bimbingan-rohani/ustaz-abdul-rahman-mohamed-pelik-tapi-benar-dalam-2.html ----------------- http://www.islamqa.com/en http://lobaitampin.blogspot.com/ |
AmrinHakeem ![]() |
![]()
Pada 28-08-08 10:20 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!! tidak sesuai dengan mazhab syafie yang diamalkan di negara ini. Buku tersebut lebih kepada tidak bermazhab. Takhrij hadith dalam buku tersebut lebih kepada siapa ya? sepatutnya bukan banned buku tu, atas alasan tak menepati mazhab majoriti kat sini yang mengamalkan mazhab shafie. sepatutnya, kita masyarakat yang perlu diberi pemahaman tentang mazhab2 selain shafie. bukan beerti dah mengamalkan sesuatu mazhab tu, tak boleh amal mazhab lain, malah tak mahu ambil tahu pun? ana pun pernah baca buku tu kat rumah pakcik ana. sangat berguna kerana tak banyak yang kita tahu tentang benda yang sebenarnya boleh tapi tak buat. nak harapakan silibus kat sekolah? huh.. macam Rasulullah tunggu sehingga cucunda baginda turun dari belakang baginda ketika sujud kan? macam tu juga benda-benda lain.. masyarakat kita terlalu cepat berburuk sangka tanpa selok belok dulu... huhuhu |
Muddathsir787 ![]() ![]() |
![]()
Bismillahirrahmanirrahim.
Hmm.. buku ni boleh dibeli di Singapore ke?? Teringin nak membaca dan menilai.. Saya selalu tengok imam tahfiz bulan Ramadhan buka al-Quran kecil semasa mengimamkan terawih, area Selangor.. Tidak pula kena banned..?? Hmm.. Yang penting kalau penulisnya (Ustadz) sendiri bermazhab syafie.. Insya-ALLAH saya teringin salinan fotokpinya.. Membaca, Menganalisis, & Menilai.. HambaNYA yang jahil, Muddathsir |
Anak_Pejuang ![]() ![]() |
![]() ![]() Kepada yang masih nak belajar - silalah belajar lagi tentang mazhab, Ya anda boleh mengamalkan mazhab lain. Tetapi buku itu mengenai mazhab apa yang disentuhnya? atau sebenarnya tanpa mazhab? Lagi satu, untuk mengamalkan mazhab lain atas dasar apa pula? Tentunya bukan atas dasar mempermudah-mudahkan dan meringan-ringankan hukum agama dengan memilih mengikut hawa nafsu yang kedapatan sekarang ini ramai benar yang menggunakan hukum agama atas dasar kepentingan diri sendiri. Semoga kita bersama-sama dapat belajar lagi lebih lanjut apakah itu feqh waqi'. ----------------- .:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:. http://jarumemas.blogspot.com http://jomfaham.blogspot.com |
Anak_Pejuang ![]() ![]() |
![]()
Belilah buku tersebut - tapi dengan ada asas, bukan baca kendian terus terima bulat-bulat.
![]() Seperti juga di internet - anda disogokkan dengan dalil hadith dan al Quran - benarkah anda sudah faham apa yang terima tanpa ada asas mengenainya? Takkanlah asalkan ada dalil al Quran dan hadith sahih aku akan terima begitu sahaja? Sedangkan praktikalnya anda tidak tahu di mana untuk menggunakan ayat al Quran dan hadith sahih tersebut? Apatah lagi berkaitan dengan hadith hasan dan hadith dhoief? ![]() |
Muddathsir787 ![]() ![]() |
![]()
Hmm..
Got it.. Buku ni rasanya macam pernah tengok di 'toko buku' berdekatan.. Yang ada kaedah sembahyang sambil dukung anak kecil, dll ye..? Telaga Biru.. Rasanya pernah tengok di Popular Book Store.. Kalau ada jual lagi, insya-ALLAH saya serbu.. hehehe ![]() !!! QUOTE !!! Lagi satu, untuk mengamalkan mazhab lain atas dasar apa pula? Tentunya bukan atas dasar mempermudah-mudahkan dan meringan-ringankan hukum agama dengan memilih mengikut hawa nafsu yang kedapatan sekarang ini ramai benar yang menggunakan hukum agama atas dasar kepentingan diri sendiri. Hmm, seingat saya pernah dengar ustadz yang menjadi ejen umrah.. dan kawan rapat yang pernah pergi kesana.. Kalau di Mekah kalau diikutkan mazhab Syafie.. tersentuh tangan antara lelaki dan perempuan batal wudhu'.. Jadi kalau bertawaf (orang terlalu-lalu ramai disana).. yang konfemnya lelaki yang memakai pakaian ihram pasti sangat mudah tersentuh dengan perempuan.. Macam mana itu..? Sekali tawaf lepas itu ambil wudhu' balik.. tawaf lagi tersentuh lepas itu ambil wudhu.. tawaf lagi then so on..?? Penyelesaiannya adalah mudah.. masih berpegang pada 4 mazhab.. Hmm, jawapannya saya serah pada yang lebih arif.. ya akh.. ![]() HambaNYA yang jahil, -- Muddathsir787 ----------------- .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu" |
Anak_Pejuang ![]() ![]() |
![]()
Pada 29-08-08 03:34 , Muddathsir787 posting:
!!! QUOTE !!! Hmm.. Sila baca balik jawapan saya ya ![]() Lagi satu, untuk mengamalkan mazhab lain atas dasar apa pula? Tentunya bukan atas dasar mempermudah-mudahkan dan meringan-ringankan hukum agama dengan memilih mengikut hawa nafsu yang kedapatan sekarang ini ramai benar yang menggunakan hukum agama atas dasar kepentingan diri sendiri. Keadaan di makkah berlainan ![]() ![]() ----------------- .:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:. http://jarumemas.blogspot.com http://jomfaham.blogspot.com |
amira_aqilah ![]() ![]() |
![]()
ada juga satu...da lama beli dah....islam tu mudah, tapi jangan dieprmudah2kan dan jangan pula disusah2kn @ dirumitkn...sederhana....
|
trouver_99 ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! “Then,pada pandangan ana, kontroversi atau yang ekstrem adalah satu perkara yang subjektif. Kita kata jangan pilih pendapat yang ekstrem, kontroversi. Tetapi tu bila kita nampak apa yang orang lakukan, kita label sebagai ekstrem, tetapi apabila pada diri kita sendiri, ianya tak digelar ekstrem. Adilkah kalau macam tu? Sebab itu ana berpandangan kontroversi atau ekstrem adalah satu perkara yang subjektif. Sebagai contoh kita menganggap orang yang berpegang pendapat tidak perlu qunut subuh adalah sesuatu yang ekstrem akan tetapi bila kita lihat rakyat Malaysia yang bermazhab Syafie, bila pergi Makkah, sampai ada yang pegang buku waktu solat semata nak amalkan ‘qunut pendek’. Ini tak pula kita gelar ekstrem, tak begitu?” penjelasanku panjang lebar sambil membawa contoh yang terlintas di fikiran ku. Pada masa yang sama aku terfikir, siapakah ‘pencipta’ Qunut pendek yang ‘diwajibkan’ kepada para jemaah haji dan umrah untuk membacanya ketika imam I’ktidal dalam solat subuh. Qunut pendek tu diamalkan selalu ke ataupun masa waktu pergi haji sahaja?analogi yang tak kena.apakah menjadi kesalahan dan isu kalau orang yang nak amalkan tersebut nak berdoa Qunut di bumi Mekah yang barkah.boleh bagi maksud bacaan dalam doa Qunut tu?adakah maksud dalam doa Qunut tu menyuruh kita mendoakan kebinasaan diri kita atau sebaliknya? !!! QUOTE !!! Buku yang memuatkan hadith-hadith sahih daripada Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam ini adalah satu kejahilan golongan-golongan tertentu dalam usaha mereka memandulkan pemikiran orang awam supaya jauh daripada hadith-hadith Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam yang sahih. bestnya ayat kata memandulkan pemikiran orang awam jauh dari hadis Nabi.ayat nampak cantik dan ke'intelek'tualan saja.agaknya siapa yang memandulkan pemikiran orang awam supaya hanya menerima pendapat dari ibnu taimiyah,albani,binbaaz,asri,dan 'pakar hadis' hafiz firdaus serta azwira? !!! QUOTE !!! “Contoh tentang matikan handphone walaupu ketika dalam solat. Sebab haram menganggu jemaah lain ketika sedang solat.” Yusof memberi penerangan kepada sahabatku malam sebelumnya. Aku kemudiannya menambah, “Kita boleh lihat dalam keadaan sekarang ni yang mana orang yang handphone dia berbunyi dibiarkan sampai habis solat, tak boleh nak matikan handphone sebab takut gerak lebih tiga kali batal solat. Walhal Rasulullah Sallahu’alaihi Wa sallam buka pintu dan mengalihkan kaki Aisyah radiallahuanhu ketika baginda sedang solat. Pergerakan ni sudah semestinya melebihi 3 kali gerakan. Ini antara bukti dan dalil yang jelas dibenarkan bergerak dalam solat ketika adanya darurat yang berlaku.” Jelas aku beserta contoh mudah. satu lagi analogi yang kurang tepat.sebab tu sebelum solat Imam awal-awal dah suruh mati atau silent mode kan handphone.takkan duduk dalam gua kut tak pernah dengar imam cakap macam tu.dan di masjid juga telah diletakkan papan tanda supaya matikan telefon anda.dan tak ada sapa pun yang biarkan handphone bunyi sampai habis solat kerana sekiranya berbunyi memang ada yang cecepat matikan telefon.invalid statement.dan kemudian kaitkan dengan hadis Nabi tersebut untuk menyokong pernyataan di atas.adakah setiap kali nak solat Nabi alihkan kaki Aisyah ataupun hanya pada waktu tertentu dan bagaimana huraian hadis tersebut oleh alim ulama? !!! QUOTE !!! “Contoh lain hadith yang suruh kita bunuh kala jengking atau binatang berbahaya. Kalau nak harap 3 kali gerakan? Tak ke macam robot jadinya? Sedangkan bukan ke dalam hal ni dah jelas hadithnya bagi mereka yang maklum dengan hadith-hadith tu. Kita tidak menafikan ijtihad para imam dalam hal ini tetapi pada masa yang sama janganlah sampai kita sanggup menemplak hadith sahih.”ujarku. boleh huraikan beserta penjelasan hadis tersebut.apakah setiap kali nak solat maka kala jengking atau binatang berbahaya akan datang merayap kacau orang nak solat? !!! QUOTE !!! Bahwa suatu hari Nabi Sallahu’alaihi Wa sallam membukakan pintu masuk Aisyah, padahal saat itu beliau sedang solat. adakah solat wajib ataupun sunat?dan adakah Nabi melakukannya setiap kali sewaktu solat atau hanya pada ketika itu sahaja? !!! QUOTE !!! Diriwayatkan juga dari baginda Sallahu’alaihi Wa sallam, dalam hadith Abu Qatadah Radhiyallahu ‘anhu, bahawa pada suatu hari beliau solat bersama orang-orang dengan memangku Umamah bintu Zainab, apabila beliau sujud,beliau menurunkannya, dan saat beliau berdiri, beliau memangkunya lagi. adakah setiap kali hendak bersolat Nabi akan memangku Umamah bintu Zainab?tak siapa pun suruh tolak atau tendang anak-anak yang datang mengganggu ketika solat.kalau ada ibubapa macam tu lebih baik belajar lagi untuk menjadi ibubapa yang lebih baik.sebab tu ramai yang tutup pintu supaya anak-anak tak dapat ganggu ketika solat.bukankah mencegah lebih baik dari mengubati.bukannya bermaksud time solat saja,anak-anak datang kacau. !!! QUOTE !!! “Agama Islam mulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana mulainya, maka thubaa bagi para ghuraba’ (orang-orang yang aisng)” hebatnya pakai hadis ini untuk sokong pendapat sendiri.menggunakan hadis ini supaya segala artikel nampak valid.memula tulis memandulkan pemikiran dan sebagainya.kemudian memakai hadis ini sebagai support statement untuk menyokong pendapat dan mengalihkan segala fallacy.jadinya orang yang akan mengkritik artikel ini mungkin akan berfikir dua kali kerana takut dituduh sebagai orang yang tidak asing. !!! QUOTE !!! Ada baiknya usaha pihak-pihak ini ditumpunkan kepada pengharaman buku-buku syiah dan liberal yang lebih banyak bertebaran di pasaran kini berbanding menyibukkan diri berusaha memandulkan pemikiran orang awam supaya jauh daripada hadith-hadith Nabi Sallahu’alaihi Wa Sallam yang sahih. dah nampak dah point yang sebenarnya.seolah-olah segala pendapat yang dikeluarkan betul belaka dan tak boleh kritik.bila kritik dan ada yang berbeza pendapat maka terus dituduh memandulkan pemikiran.seolah-olah hanya segala pendapat dalam buku tu sahaja yang benar.dan kemudian mengkaitkan dengan syiah dan liberal pula tanpa disedari bahawa merekalah liberal tanpa sedar.memacam "al" dan "ibnu" letak kat blog blog fahaman ni.tapi dulu tok mufti juga kata,asal nampak arab saja kira ok lah.agama lah tu.kita bukan tau kut pak arab tu tukang kutip kurma ke kat negara dia.rupanya kena setempek balik kat diri sebab sekarang memacam "al" dan "ibnu" diletakkan untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar tulis dalam bidang agama.entah apa kriteria dan macam mana pengajian dalam bidang agama pun tatau tiba-tiba menulis agama seperti seorang mufti lagaknya dan ada pula sampai sesenang mengkafirkan tokoh agama terdahulu alhamdulillah belajar ilmu critical thinking and application dulu ni.memang berguna. wallahu'alam ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! Kalau di Mekah kalau diikutkan mazhab Syafie.. tersentuh tangan antara lelaki dan perempuan batal wudhu'.. Jadi kalau bertawaf (orang terlalu-lalu ramai disana).. yang konfemnya lelaki yang memakai pakaian ihram pasti sangat mudah tersentuh dengan perempuan.. dulu ustaz pernah dah terang dah pasal ni time sekolah.InsyaAllah cuba jelas sedaya mungkin tapi lebih baik pergi tanya secara direct kepada ustaz untuk lebih pemahaman.bila di Mekah,kita bukannya sengaja hendak bersentuhan antara lelaki dan perempuan kerana keadaan di sana ramai dan bersesakan.lagi pula di sana pakai mazhab lain dan bukan bermaksud kita selalu saja tukar mazhab.ini untuk memudahkan urusan haji kita.adakah kita sengaja hendak bersentuhan antara lelaki dan perempuan di sana?jawapannya tidak kerana kita pergi untuk beribadah kepada Allah.bukannya pergi untuk pegang memana orang yang bukan muhrim.dan bukan juga kita pergi dengan niat untuk memeluk dengan memana bukan muhrim.dan sebab tu kita pakai mazhab lain supaya memudahkan kita.memang kalau kita pakai mazhab Syafie menyebabkan berlaku keadaan seperti kenyataan di atas.tidak kah ia menyebabkan kita berasa sukar?lalu ramai lah tak mahu pergi haji dah sebab takmau wuduk terbatal.sekiranya terjadi demikian bagaimana pula dengan rukun Islam dalam diri kita hanya kerana alasan yang kecil? di malaysia pula,apakah kita dengan sengaja nak memeluk memana manusia bukan muhrim tanpa ikatan yang sah?sah sah memang akan kena tampar.lalu Kenapa perlu ambil wuduk kalau tersentuh?seumpamanya antara suami isteri?ianya supaya kita lebih yakin yang kita sudah berwuduk sewaktu kita hendak solat.lagi pula bukan kah ambil wuduk itu dapat menenangkan diri kita.tak berdosa pun kalau kita perbaharui wuduk kita tetapi janganlah membazir.ianya supaya kita lebih tenang dalam bersolat menghadap Allah.mungkin kita terkentut tanpa kita sedari sekurangnya dengan perbaharui wuduk tersebut,dapat kita elakkan dari terbatalnya wuduk.kalau nak menghadap raja atau pak menteri di majlis rasmi pun sudah kita berhias berjam jam apantah lagi kita mahu menghadap Pencipta didalam solat.. wallahu'alam ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
budakbesar ![]() |
![]()
err...
kepit quran ketika rukuk? boleh ke? tak pernah dengar pun... bersumpah sambil pegang quran pernah dengar lah, tapi itupun banyak orgg nak tembak juga. hik siapa2 buka lah topik, fungsi al-quran yang sesungguhnya... |
sayang_semuanya ![]() ![]() |
![]()
salam
dengan adanya buku pelik tapi benar, ia di jelaskan, seandainya, kemungkinan, terjadi pada kita, ia adalah salah satu jalan penyelesaian... memang ia, segala kemungkinan jarang beraku... tapi, dengan ilmu yang di bekalkan, insya Allah kita akan gunakan sebaik yang mungkin.. mazhab, dan, jangan sekali, kita berpegang pada 1 mazhab, dan menanggap mazhab yang lain adalah salah... aaf jika terkasar bahsa |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]()
wahai sayang_semuanya,
sebenarnya tiada siapa yang mengatakan mazhab lain salah.orang yang berpegang kepada satu mazhab sahaja kerana di kawasan tersebut tiada siapa yang arif pasal mazhab lain.kalaulah terjadi sebarang perselisihan bukankah sukar sekiranya demikian. di ibaratkan kereta proton.kalau nak senang kita pergi terus ke proton service center sebab cukup segala barang ganti.tapi kalau kita pergi ke bengkel biasa kemungkinan ambil masa untuk repair kereta tersebut kerana menunggu bahan ganti lagi. wallahu'alam ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
Anak_Pejuang ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-09-08 13:32 , sayang_semuanya posting:
!!! QUOTE !!! salam Insya ALlah - di Malaysia ini setahu saya ada mazhab-mazhab lain yang diamalkan. Anda boleh lihat sendiri di Masjid India - ada pengikut mazhab Hanafi di sana semasa solat jumaat pun. Bahkan kita juga ada mengguna pakai mazhab lain sekiranya ia adalah KEPERLUAN dan bukan tujuan untuk bermudah-mudah dan meringan-ringankan. Ia juga bukan tujuan untuk memberat-beratkan. (perkataan ini sepatutnya dilihat pada keadaan dan situasi). Memang tiada yang taksub atau mengatakan mazhab lain salah. Tetapi yang ditegaskan di sini - Buku Yang diharamkan di atas - adalah mengikut mazhab apa? Atau datangnya dari mereka yang menyebarkan slogan ikut sahaja AL QURAN DAN HADITH SAHIH? Sedangkan yang bercakap itu sendiri tidak menguasai perkara berkaitan al Quran dan hadith sahih apatah lagi tentang ilmu feqh. ----------------- .:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:. http://jarumemas.blogspot.com http://jomfaham.blogspot.com |
hyekal ![]() ![]() |
![]()
assalamualaikum..
erm, saya memang org baru dalam bidang islam .. tapi pertikaian2 seperti "adakah setiap kali solat kala jengkin datang ganggu" "adakah umamah cucu baginda dipangku setiap kali baginda bersolat" ini bagi saya tidak ilmiah. adakah setiap hari kesulitan atau masalah dalam islam tu berulang dalam kehidupan sallallahu alaihi wasallam? takkan nak tunggu setiap perkara tu berulang2 baru kita nak faham maksud hadith tertentu? sedangkn apa yang berlaku pada Nabi sallallahu alaihi waslam adalah dirancang sebaiknya oleh Allah swt sebagai penjelasan kepada hampir segala macam maslah yang berlaku kepada ummat islam. *memang betul ada peringatan terpampang besar di masjid2.. tapi adakah kita dpaat lari dari kelalaian? dalam 100 jamaah, semuanya akan silent atau ada yang terlupa ? dan kalau berbunyi dimatikn/disilentkn hp nya, perlu kepada pergerakan.. itu yang ingin diperjelaskn pada pandangan saya. soal bersentuh tangan dengan wanita.(ringkas) ke4 empat mazhab,dari pembelajaran saya memang berbeza pandangan tentang ini. dan masing-masing dengan hujjah masing. cuma yang paling menjaga atau berhati-hati adalah imam syafie yang secara mutlak membatalkn wudhuk seseorang dengan bersntuh ajnabi. mazhab lain ada yang menggariskan dengan syahwat seperti maliki jika tak salah dan ada juga mazhab yang mengatakn bersentuh walau dengan syahwat tidak batal. wuduk tidak batal ketika bertawaf. dalam pengajian saya dfhamkan mazhab yang dipegang bahawa wudhuk tidak batal bukanlah menyatakan wudhuk tidak batal hanya ketika bertawaf sahaja.. tetapi dalam hidup sehari-harian. walau xtawaf,tersentuh kat luar pun xbatal wudhuk. begitu kan? mazhab. persoalan adakah ini dari mazhab apa atau tidak bermazhab. berpegang pada mazhab itu maklum memang tahu ; satu keperluan. tapi ianya bukan wajib. jika ada org yang mengatakan saya tidak bermazhab dan hanya berpegang pada quran dan sunnah, maka dia dianggap apa? wahabi? jika kita banyak menggunakan dan menerima pandangan dari berbagai2 mazhab dalam banyak permasalahan, mazhab apa yang patut kita katakn kita ikuti? syafie?maliki?hanfi?hanbali? jika dalam satu-satu buku tersebut ada menyebut tentang pandangan dari imam variasi mazhab, maka kita akan katakan pengarangnya tidak bermazhab jika dalam sesetangah permaslahn pengarang mentahkikkan bahawa mazhab ini lebih rajih dan sebaliknya pada permasalahn lain? saya sendiri pun dalam pengajian tapi dari kuliah2 pengajian yang saya ikuti, belum lagi ditekankan bahawa sangat perlu bagi kita mengaku kita dari mazhab mana melainkan waqi,keadaan setempat ataupun kitab2 fiqh yang menjelaskn tentang hujah tarjh brdasarkan kepada mazhab2 tertentu. apap pendapat saudara2? |
al-fateh ![]() ![]() |
![]()
Eloklah buku itu dibannedkan, kerana ternyata mengelirukan masyarakat. Sekarang ni, masyarakat kita nak short cut dalam belajar hingga sampai tak berguru dalam bab fiqh solat. Patutnya belajar pakai kitab contoh matlaul Badrin. Mengapa nak rujuk buku yang ada unsur wahabi tu. Rujuklah pada guru-guru yang memang alim hal-hal fekah solat.
|
hyekal ![]() ![]() |
![]()
fiqh sunnah ada unsur wahabi? betul ke ni?
xterperasan pulak saya.. maaflah.. tapi bukan ke syed sabiq org yang 3alim jugak? |
Anak_Pejuang ![]() ![]() |
![]()
Sheikh sayid sabiq memanglah seorang yang alim, tetapi ada diberi peringatan di dalam Kitab Alla mazhabiyyatu tuhaddidu bid'atin akhtaru syariaata islamiyyah oleh Dr Said Ramadhan al Buthi tentang masalah kitab tersebut.
Jika anda nak gunakan kitab tersebut silakan, tetapi di dalam perkara khilaf ulamak terutamanya ulamak muktabar yang mengikut mazhab, maka bertoleransilah. Dan fahami suasana dan keadaan umat Islam di Malaysia. WaLlahua'lam |
aye ![]() ![]() |
![]()
Pada 26-09-08 17:54 , hyekal posting:
!!! QUOTE !!! assalamualaikum.. beli buku ni dulu ye.. http://buku2008.wordpress.com/2008/09/26/formula-solat-sempurna/ ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
islamic_gil ![]() |
![]() |
muhamad_azrul86 ![]() ![]() |
![]()
Kenapa lah BAHAN2 ILMU MACAM NI pun NAK BAND...
BANYAK LAGI KEMUNGKARAN KUBRO (BESAR) YANG BERLAKU PERLU DI BAND... |
aye ![]() ![]() |
![]()
hmmm... mybe dia tak nak lari dari skema jawapan subjek Pendidikan Islam sekolah agaknya...
![]() yelah kalau sebelum ni soalan, apakah perkara2 yang mbatalkan solat ? skema jawapan :- bgerak bturut2 mlebihi 3 kali, lalu kalau si pelajar ni mjawab tak batal, bdasarkan pmahaman beliau thadap ilmu baru ni...kan jenuh untuk ustaz/ustazah terangkan... bagi aku, perkara2 khilaf ni dah selesai lama... |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |