Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 5 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: AKTA DNA 2008- Lagi Kezaliman muncul di Malaysia


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» AKTA DNA 2008- Lagi Kezaliman muncul di Malaysia

Please Mendaftar To Post


Oleh AKTA DNA 2008- Lagi Kezaliman muncul di Malaysia

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-08-08 17:24


Akta DNA 2008 - Lagi kezaliman akan muncul        
Oleh HTM    
Khamis, 21 Ogos 2008 00:05
link:

/

Semalam, 18 Ogos 2008 merupakan hari sebutan pertama rang Undang-undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 di Dewan Rakyat. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang membentangkan rang-undang-undang itu berkata, kerajaan sudah merancang untuk mewujudkan akta tersebut sejak tahun 2001 bagi memudahkan proses pengecaman penjenayah.

Undang-undang tersebut mampu menguatkuasakan suatu peraturan yang mewajibkan suspek jenayah memberi sampel DNAnya sebagai membantu siasatan pihak berkuasa. Di samping itu, undang-undang yang pertama kali diperkenal di Malaysia itu juga bakal membangunkan Bank Data Forensik DNA, analisis DNA, penggunaan profil DNA dan sebarang maklumat berkaitannya yang diperoleh dalam proses pengumpulan bahan bukti.

Walaupun Syed Hamid menjelaskan bahawa perancangan menggubal akta tersebut telah wujud dari tahun 2001, amat aneh Kenapa ia baru dibentangkan di Parlimen pada tahun 2008. Apakah begitu susah untuk membentangkan sesuatu akta sehingga perlu mengambil masa sehingga 8 tahun? Apa pun justifikasi yang diberikan, namun rakyat tidaklah sebodoh itu untuk menilai bahawa akta tersebut hanya dibentangkan selepas keengganan Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNAnya kepada pihak berkuasa, berhubung kes liwat yang dihadapinya. Selepas akta ini diluluskan, sesiapa sahaja suspek yang enggan memberikan sampel DNAnya, maka ini dengan sendirinya menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum. Ini dari satu aspek.

Dari aspek yang lain, kesan dari kelulusan undang-undang itu nanti, pastinya akan melahirkan lebih banyak kezaliman. Bayangkan manipulasi yang boleh dilakukan oleh pihak yang berkenaan di dalam suatu kes yang melibatkan DNA. Yang pasti, tentunya hanya hospital atau pusat perubatan yang diluluskan oleh kerajaan sahaja yang akan dibenarkan memeriksa dan ‘mensahkan’ sesuatu kes yang terkait dengan DNA. Jadi, rakyat yang kebanyakannya ‘buta-DNA’ akan pasti boleh ‘dizalimi’ dengan begitu mudah sekali. Contohnya, jika seorang yang bernama Hamid merupakan seorang yang dibenci dan ingin ditangkap oleh kerajaan, maka DNAnya hanya dengan mudah dapat ‘dicuri’ darinya dan diletakkan di tempat kejadian. Dengan kecekapan pihak polis dalam melakukan ‘set up’, hal ini lebih mudah dilakukan umpama meletakkan dadah di rumah suspek, dan kemudian menangkap suspek kerana disyaki mengedar dadah. Tidak berhenti di situ, dadah tersebut akan dibawa ke makmal (yang telah disahkan oleh kerajaan) untuk ditimbang. Suspek itu sendiri selalunya tidak pernah tahu akan berat dadah tersebut, maka ‘terpulanglah’ kepada kerajaan menentukan berat ringannya, dan suspek tadi pastinya tidak akan diberi peluang untuk memerhati apakah dadah tadi ditimbang dengan cara yang benar atau tidak. Bayangkan hal yang sama berlaku ke atas kes ‘pemeriksaan’ DNA oleh pihak kerajaan! Jadi, bayangkanlah betapa mudahnya urusan ‘set up’ jika ia ingin dilakukan nanti.

Itu ditinjau dari aspek perundangan sekular. Akta ini juga turut menjadi bukti kepada satu lagi projek ‘pembuatan’ undang-undang oleh kerajaan sekular Malaysia Darul Hadhari! Dari aspek perundangan Islam, mereka tidak pernah mengkaji sama ada penggunaan DNA sebagai salah satu aspek bayyinat (pembuktian) dibenarkan oleh Islam atau tidak!

Ahkamul bayyinat (hukum pembuktian) di dalam Islam telah pun jelas dan sempurna sejak zaman Rasulullah lagi. Menurut Ahmad ad-Da’your di dalam kitabnya, Ahkamul Bayyinat Fil Islam, hanya ada empat kategori ‘pembuktian’ (bayyinat) sahaja yang diterima oleh Islam iaitu pengakuan, kesaksian, sumpah dan juga dokumen bertulis yang meyakinkan. Selain dari ini, ia tidak termasuk sebagai pembuktian, tetapi hanyalah sebagai ‘qarinah’ (indikasi) yang menyokong. Qarinah yang menyokong tidak boleh mensabitkan seseorang itu dengan kesalahan, kerana qarinah bukan salah satu dari bentuk atau hukum pembuktian itu sendiri. Contohnya di dalam kes zina, Islam telah menetapkan hukum pembuktiannya yakni mesti mendatangkan empat orang saksi (lelaki). Tidak cukup dengan empat saksi, Islam menetapkan lagi bahawa kesemua saksi itu mestilah melihat dengan jelas kejadian zina itu umpama timba masuk ke dalam perigi. Selain pembuktian melalui empat orang ‘saksi’, Islam juga menetapkan ‘pengakuan’ dari penzina sebagai sabit kesalahan.

Justeru, jika tidak ada saksi dan tidak ada pengakuan, tetapi jika diperiksa dan di dapati melalui kaedah DNA dan ternyata terdapat DNA lelaki dan wanita yang berzina tersebut di dalam tubuh masing-masing, hak ini hanyalah menjadi ‘qarinah’ bahawa telah terjadi perzinaan di antara lelaki dan wanita terbabit. Namun, tanpa adanya empat orang ‘saksi’ atau ‘pengakuan’ dari mereka yang berzina, maka mereka tidak boleh disabitkan dengan kesalahan zina atau dengan kata lain tidak boleh dihukum. Ini kerana, tidak adanya ‘pembuktian’ yang ditetapkan oleh nas, untuk membolehkan mereka disabit atau dihukum. Yang wujud hanyalah ‘aktiviti’ zina (melalui pengesahan DNA), namun ‘pembuktian’ (bayyinat) zina langsung tidak wujud!

Selain dari ini, di bawah sistem Kapitalis sekular yang diamalkan di Malaysia, dengan ribuan kes dan bentuk rasuah dan penyelewengan yang dilapor melibatkan hakim-hakim dan pegawai-pegawai atasan polis, apakah kita akan meyakini bahawa Akta DNA nanti akan dapat merubah keadaan kepada lebih baik? Atau sebaliknya, kes rasuah dan penyelewengan hakim dan polis akan terus bertambah dengan wujudnya akta baru yang bertentangan dengan Islam ini?

Yang lebih penting, apakah para pembuat undang-undang kita masih merasakan mereka hebat dari Allah SWT sehingga mereka sekali lagi mengambil hak Allah dalam membuat hukum? Alangkah beraninya mereka dengan azab Allah!!!

p/s: sesiapa sahaja masuk PARLIMEN buat hukum...
sungguh berani kamu!!


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 27-08-08 21:14


erm, betul, ini satu lagi isu ada udang disebalik mee.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-08-08 21:22


Ini merupakan sebahagian daripada kerosakan yang terjadi apabila manusia begitu "gatal tangan" hendak mengambil alih peranan Allah selaku asy-Syari' (penggubal hukum). Kerosakan yang terjadi apabila manusia meninggalkan sistem yang ditetapkan Allah, lalu mengambil sistem buatan manusia menjadi panduan hidup mereka...

"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"

Wallahu'alam...

TMQ surah Ar-Ruum: ayat 41

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.07.2008
Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-08 21:36


Salam buat semua:-


         Apa yang nak saya katakan lagi, mereka ni memang melampau.....Rang undang-undang ini sedang dibahaskan dalam parlimen waktu ni. Ini kesannya apabila pemimpin sekarang ni tidak lagi mengambil hukum jenayah dari Al-Quran dan Sunnah. Main tibai saja.....semata-mata mengikut hawa nafsu. Marilah kita berdoa supaya rang undang-undang ni tidak diluluskan dengan mudah. Sekiranyanya berjaya.....alahai......


        Jangan terkejut selepas ni nanti mereka akan membahas pula Rang Undang-Undang Akta Air Mani ke....mana tahu suatu hari nanti?? Yalah.... nanti dipaksanya rakyat Malaysia ni diambil air mani masing-masing....Tak mustahil perkara ni berlaku.


p/s Maaf sekiranya ada yang berbaur lucah...tapi itulah kenyataannya sekiranya kita tidak mengambil endah sikap pemimpin kita yang masih engkar dengan hukum Allah Taala.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ulfah_AzZahraProfil   Hantar PM kepada Ulfah_AzZahra   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-08 21:48


Bilamana bumi itu telah dikuasi olih manusia yang rakus dan berhati fasik serta zalim..maka akan kita lihat mereka akan mengadakan apa jua jalan untuk menegakan tiap kebohongan mereka...mereka diberi amanah untuk memerintah, tetap mereka memerintah atas dasar hawa nafsu yang melampau batas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106137 saat. Lajunya....