Oleh |
BUKAN LAGI KEBETULAN! |
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 24-08-08 22:00
Allah Maha Kaya, Kebatilan Pasti Lenyap!!:Imam saksi sumpah Saiful kempen untuk Anwar24-08-2008 09:27:33 PM Oleh pergi.MANIMARAN mstar.com.my (Mutakhir) PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar. Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak jam 4 petang tadi. Beliau dijadualkan akan mengaku serta menerangkan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya minggu lalu. Dalam ceramahnya di masjid Perda sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.Jelasnya, beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi majlis angkat sumpah tersebut.Turut sama beliau dalam ceramahnya adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Difahamkan beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan diakhiri dengan ceramah di Padang Penanti. Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu. Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini. Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam. Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh. Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga. "Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843. "Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam." Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah. Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh. "Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," katanya. **Foto & rakaman terkini sedang hamba usahakan. Sesiapa yang ada, sila lampirkan dengan segera.Terima Kasih.**----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 24-08-08 22:02
hahahaha dah kantoi lagi.pening lagi pok jib,pak lah,rosmah dan saiful.adakah penjara akan menanti ketibaan mereka?.
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 24-08-08 22:06
Penjara menanti ok lagi, kalau Neraka Jahannam dah menganga? Fikir sendiri.... Alhamdulillah, imam tu sempat berpikir lagi, tu pun lepas dah kena tekan dengan rakyat baru nak mengaku. Apa-apa pun, syukur pada Allah perkara jijik ini akan menemui titik noktah. Mereka merancang, Allah jua Maha Merancang!----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 24-08-08 22:08
lah'ilaha'illallah, nampak sangat saiful ni tak takut kepada Tuhan. Dia ingat kalau bersumpah laknat di masjid, itu maksudnya dah cukup hebat ke? Bersiap sedialah untuk menerima hukuman akhirat nanti!
|
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 24-08-08 22:10
Pada 24-08-08 22:02 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! hahahaha dah kantoi lagi.pening lagi pok jib,pak lah,rosmah dan saiful.adakah penjara akan menanti ketibaan mereka?. Betul tu Rashdin. Bukan setakat penjara saja, tapi neraka jahanam.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 24-08-08 22:13
lebih baik dipenjara di dunia dari dipenjara di penjara neraka di hari kemudian.ingat,doa orang teraniaya memang makbul waima orang kafir sekali pun. bersedialah wahai penyebar2 fitnah.
|
hanafirazali
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak
|
Posting pada: 24-08-08 22:16
Masya Allah... ana tak tau nak cakap apa bila dengar berita ni... semoga Allah menunjukkan kebenaran dan melenyapkan kebatilan dan hal itu pasti berlaku...
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 24-08-08 22:45
Pesanan ringkas kepada mereka yang 'keras' hatinya, bawa-bawalah lembutkan hati...Kalau tidak untuk saudara seIslam kita Anwar Ibrahim yang jua lemah macam kita, sekurang-kurangnya lunaklah kepada Kebenaran...----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 25-08-08 11:59
saiful bukhari.....adalah lambang kegagalan institusi pendidikan kita bagi melahirkan rakyat malaysia yang bertanggungjawab & bermaruah. syllabus modal insan yang indah khabar dari rupa.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 25-08-08 12:43
Pada 25-08-08 11:59 , naruto-san posting:!!! QUOTE !!! saiful bukhari.....adalah lambang kegagalan institusi pendidikan kita bagi melahirkan rakyat malaysia yang bertanggungjawab & bermaruah.
syllabus modal insan yang indah khabar dari rupa. dan bersedialah juga untuk menerima laknat main2kan sumpah lagi tu.eii takutnya azab dari DIA ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
budakhostel08
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.08.2005 Ahli No: 18237
Posting: 81
Dari: ~dArUL iMaN wAL-IsLAm~
|
Posting pada: 25-08-08 13:29
Alhamdulillah..kebenaran itu pasti datang membenamkan kebatilan..sama ada cepat atau lambat (semuanya dalam pengetahuan Allah semata) Semoga mereka dan kita yang masih menyokong kebatilan sempat sedar & bertaubat sebelum pintu taubat tertutup..Amiin..Hidayah&Rasyid itu selama2nya milik Allah  Salam Pilihanraya  ----------------- ~~sEtiAp kALi jAm bErdETik...kita SemAkIN hAmPiR dEnGaN 'KEMATIAN'~~
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 25-08-08 13:45
Imam’s bombshell to help PKR’s last-minute campaign By Wan Hamidi Hamid, The Malaysian Insider It’s an eleventh-hour advantage for Parti Keadilan Rakyat. The imam who witnessed Mohd Saiful Bukhari Azlan’s swearing on the Quran to accuse Datuk Seri Anwar Ibrahim of sodomising him has cast doubts on the oath. With less than a day to campaign in the Permatang Pauh by-election, observers noted that the Barisan Nasional’s strongest point of attack against the former deputy prime minister has been blunted. This means the public confession by Ramlang Porigi, the imam of the Kuala Lumpur mosque, made in Permatang Pauh late last night has freed Anwar from having to take the same Quranic vow to prove his innocence. Ramlang witnessed Saiful taking his oath on the eve of the Permatang Pauh by-election. Although Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has said it was not politically motivated, he has been demanding that Anwar take the same oath to deny any wrongdoing. The PKR ada facto leader has refused, and for that, he has been vilified by BN leaders as well as the mainstream media. To put further pressure on Anwar, Najib, who is leading the BN campaign in the by-election, swore in a Permatang Pauh mosque that he had nothing to do with the murdered Mongolian woman Altantuya Shaariibuu. On Anwar’s part, he and his campaigners have been insinuating that the Umno deputy president had somehow been involved in the murder linked to an alleged multibillion ringgit submarine deal. But in front of thousands in Penanti last night, the imam, who said he did not arrange the ceremony on Aug 15, claimed he was directed by “a higher authority” to conduct the oath-taking ritual. He added that the oath was not completely Islamic as both parties — the accused and the accuser — must attend. It was an ex-parte admission by Saiful. When met by the press, Ramlang insisted that as a civil servant — he is one of the nine official imams paid by the government to run the KL mosque — he must obey the directives from his superiors. Why did he have to be on a PKR ceramah platform to explain himself? Ramlang said he did not want to be blamed for conspiring with Umno, and the fact that no one in authority defended him. He has been exposed as an Umno member registered as a voter in Penanti under the Permatang Pauh parliamentary constituency, which he later confirmed. He even asked the voters of Permatang Pauh to stop blaming him for having to do what was directed by the top people, and for that he received thunderous applause and chants of "Allahu Akbar" (God is Great). PKR vice-president Azmin Ali, who leads the party’s campaign in the by-election, has denied rewarding Ramlang who came forward willingly. He told the press that it was proven that the second sodomy allegation is yet another Umno political conspiracy against his boss. With less than 24 hours to go before polling, PKR and its allies especially Pas are expected to bombard the Malay-majority areas with this latest bombshell. Many Malay voters are in doubt after Saiful’s oath despite repeated assurance from Pas religious scholars that it was a wrong way to take an oath. Ramlang’s insinuation that Saiful was not all worried when taking his oath is expected to seen by many Malay voters as a signal that it was a false admission — that’s what PKR campaigners are going to exploit today. Anwar has refused to swear on the Quran despite calls by BN leaders, saying that many religious scholars advised him not to resort to it. He has also referred the case to the Kuala Lumpur Islamic Religious Department, accusing Saiful of false accusation even as his Sodomy II charge is to be heard on Sept 10. Anwar’s campaigners are striving to ensure their leader surpasses his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail’s majority of 13,000-plus votes in the March 8 general election.
|
abadaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.11.2005 Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 25-08-08 13:51
kebenaran tu akan keluar juga...cepat atau lambat saja... Allah yang lebih mengetahui dan segala rencanaNya adalah yang terbaik untuk kita... =) ahli umno rupanya...tapi tak mengapalah...yang penting, dia tampil menjelaskan kejadian sebenar pada hari tersebut... dia ada di tempat kejadian dan menjadi saksi sumpah tersebut...bukankah cukup kuat untuk mempercayainya???
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 25-08-08 20:32
Muncul kempen Anwar, imam saksi sumpah Saiful dakwa tidak sah mstar.com.my (Dikemas kini) PERMATANG PAUH: Dilihat sebagai satu lagi kejutan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lalu, Ustaz Ramlang Porigi muncul di Masjid Perda di sini malam tadi, yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan membuat pengakuan sumpah itu tidak sah. Imam itu membuat pengakuan yang dia telah 'dipaksa' menjadi saksi dan mubahalah dibuat Saiful tidak sah. Turut hadir di masjid tersebut ketika itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, yang awal-awal lagi telah menegaskan cara Saiful bersumpah adalah salah. Ramlang berbuat demikian selepas solat maghrib - salah satu acara Anwar pada hari kesembilan berkempen.  Esok ialah hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh. Saiful membuat sumpah sehari sebelum hari penamaan calon di Masjid Wilayah Persekutuan. Ini merupakan kali pertama Ramlang muncul di khalayak ramai selepas menjadi saksi sumpah laknat Saiful. Selain di Masjid Perda, Ramlang juga menjelaskan pendiriannya dalam ceramah kempen Anwar, calon Pakatan Rakyat, di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan kemudian di Padang Ibu, Penanti. Dalam kenyataan di hadapan kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat di Padang Ibu pada pukul 11.15 malam Ramlang berkata, "pada hari itu (15 Ogos) saya... saya diarahkan oleh orang atasan saya untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari, saya antara empat orang imam yang diarahkan untuk menjadi saksi."
"Sumpah itu bukan saya yang aturkan, teksnya disediakan oleh peguamnya atau mungkin ada orang lain yang buat itu," katanya dalam kenyataan kira-kira enam minit. Ramlang yang muncul dalam pakaian biasa malam tadi, bukannya berpakaian sebagai seorang imam secara berseloroh berkata, beliau kelihatan kemas pada 15 Ogos kerana baru sahaja habis menyempurnakan majlis nikah satu pasangan di Masjid Wilayah Persekutuan. Tambah beliau: "Apabila dia (Saiful) membacakan teks, dia seolah-olah tidak merasa bersalah.
"Kalau kita seorang Islam yang beriman, kalau kita nak bersumpah ini, kita akan takut apa akan terjadi... tetapi kerana teks ucapan yang dibacakan itu, dia tak rasa bersalah."Katanya lagi, disebabkan teks itu disediakan dalam tulisan rumi, maka sebutan adalah salah dan tarikh perbuatan dia diliwat juga salah. "Sepatutnya dia sebut 26 Jun, tetapi dia sebut 28 Ogos," katanya yang menegaskan dirinya seorang imam, bukan bilal. "Saya rasa para pengundi di Permatang Pauh, mungkin ada yang mengenali saya. Jadi, saya berharap jangan saya dipersalahkan... boleh tak," katanya lagi. Selepas kenyataan itu Ramlang terus dibawa keluar dari tempat ceramah dan diberikan perlindungan oleh Pakatan Rakyat demi keselamatannya. Dimaklumkan bahawa imam itu akan mengadakan sidang media kira-kira 12.30 tengah malam di Yayasan Aman tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak sertai bersama. mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak pukul 4 petang semalam. Sementara ketika ditanya mengapa bertindak membuat pengakuan mengejutkan, Ramlang berkata, beliau berhadapan dengan tekanan ekoran pelbagai melemparkan macam-macam tuduhan yang tidak sepatutnya diterima oleh seorang imam. "Saya mendapati tiada siapa yang tampil mempertahankan diri saya," katanya. "Saya dikatakan kurang ajar. Adakah patut saya dicaci," tambah Ramlang pada sidang media yang dihadiri beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Yayasan Aman di sini. Ketika sidang media Anwar baru tiba di Yayasan Aman dan bermesyuarat di tingkat satu pejabat yayasan itu. Menafikan menerima sebarang ganjaran daripada Pakatan Rakyat, Ramlang berkata, beliau bersedia untuk menerima apa juga tindakan - daripada kerajaan dan Umno - selepas ini. Katanya, beliau masih merupakan kakitangan kerajaan dan akan terus berkhidmat sebagai imam jika tidak dipecat. Beliau menyerahkan kepada Umno untuk mengambil tindakan ke atasnya. Beliau menjadi ahli Umno sekitar tahun 2003. "Boleh katakan saya ahli Umno... saya cuma menjadi ahli Umno kerana hendak tolong kawan," katanya yang akan keluar mengundi esok kerana ia hak beliau untuk berbuat demikian. "Saya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak... PKR sendiri yang jemput untuk (saya) membuat pengakuan," katanya. Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali pula berkata, imam berkenaan sendiri yang menghubungi pihaknya memaklumkan bahawa mahu membuat pengakuan mengenai isu tersebut. "Kami hanya dihubungi beliau (Ramlang) petang ini dan kami setuju," katanya. Empat hari lalu beliau mengesahkan kepada mStar Online bahawa beliau merupakan ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843. Ketika dihubungi mStar Online, Ramlang berkata, beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah. Beliau tidak menafikan dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdaftar dan pengundi di Permatang Pauh. Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh. Risalah yang diedarkan menyebut beliau bukan merupakan imam sebaliknya hanya bilal. Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga. "Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843. "Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam." -mSTAR Online ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
lat-terang
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.03.2008 Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu
|
Posting pada: 25-08-08 20:41
Nasib baik ramlang porigi ni keluar nak bagi penerangan...kalau tak mahu kena kutuk kena hina saja diua...insya allah dah kalau apa yang dilaporkan ini benar maka saiful mesti nak kena buat sidang akhbar lagi kan..,heheh mari tengok siapa yang kena
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 25-08-08 20:55
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 25-08-08 21:12
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 25-08-08 21:18
Hari ni mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa sumpah laknat Saiful adalah sah, dan mengatakan lagi bahawa Ustaz Ramlang Porigi tidak ada hak untuk mengatakan bahawa sumpah Saiful itu tidak sah kerana bukan dari bidangnya. Persoalan sekarang, adakah hanya mufti Wilayah Persekutuan tu saja yang tahu pasal hukum dan kaedah sumpah kat Malaysia ni? Adakah logik seorang imam seperti Ustaz Ramlang tidak tahu pasal hukum bersumpah ni walaupun dia hanya sekadar seorang imam dan bukan seorang mufti?
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 25-08-08 21:22
Mufti WP ni 'geng' mereka ke?
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 25-08-08 21:22
Pada 25-08-08 21:18 , zam_rizal posting:!!! QUOTE !!! Hari ni mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa sumpah laknat Saiful adalah sah, dan mengatakan lagi bahawa Ustaz Ramlang Porigi tidak ada hak untuk mengatakan bahawa sumpah Saiful itu tidak sah kerana bukan dari bidangnya.
Persoalan sekarang, adakah hanya mufti Wilayah Persekutuan tu saja yang tahu pasal hukum dan kaedah sumpah kat Malaysia ni? Adakah logik seorang imam seperti Ustaz Ramlang tidak tahu pasal hukum bersumpah ni walaupun dia hanya sekadar seorang imam dan bukan seorang mufti? cuba suruh mufti WP tu pergi berjumpa dengan yusuf al qardhawi gerenti mesti kena marah dengan yusuf al qardhawi ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 25-08-08 21:25
|
budakbesar
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.05.2005 Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan
|
Posting pada: 25-08-08 21:29
Pada 24-08-08 22:08 , mazri posting:!!! QUOTE !!! lah'ilaha'illallah, nampak sangat saiful ni tak takut kepada Tuhan. Dia ingat kalau bersumpah laknat di masjid, itu maksudnya dah cukup hebat ke? Bersiap sedialah untuk menerima hukuman akhirat nanti! nak bersuara, bersuaralah. tapi jangan lah sampai melampau macam ayat kat atas tu. sampai sekarang pun, semua orang2 masing-masing nak spekulasi. tapi, memang jelas ada bukti ke kalau saiful tu 'bermain2' dengan sumpah laknat itu? kalau bukti jelas, nak cakap macam tu, lantak lah. tapi ni semua baru spekulasi. siapa tahu kalau dia bersumpah atas perkara yang benar? atau pun dia tidak waras? tapi kita semua tak tahu, sebab dalam perkara tu kita tak terlibat! kita hanya mampu spekulasi, tapi jangan lah pulak kita seperti org yang jahil memuntahkan tomahan2 negatif. katalah kalau memang saiful tu benar, hukum apa yang -quote- kat atas tu dah fitnah! bila dia dah bersumpah laknat, perkara tu bukan perkara sesama manusia, tapi antara dia dengan Tuhan... aku pun tak kata anwar salah, sebab memang belum ada bukti yang sahih kalau dia bersalah. setakat ni, semua spekulasi. lain cerita kalau ada di youtube video saiful tu tengah meeting rahsia dengan umno nak jatuhkan anwar. tolonglah. saiful tu takut Tuhan atau pun tidak, itu antara dia dengan Tuhan. kita jangan pandai2 nak menghakimi dia. kalau dia salah, kita doa agar dia bertaubat, bukan doa untuk kehancuran dia...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 25-08-08 21:32
Pada 25-08-08 21:29 , budakbesar posting:!!! QUOTE !!! Pada 24-08-08 22:08 , mazri posting:!!! QUOTE !!! lah'ilaha'illallah, nampak sangat saiful ni tak takut kepada Tuhan. Dia ingat kalau bersumpah laknat di masjid, itu maksudnya dah cukup hebat ke? Bersiap sedialah untuk menerima hukuman akhirat nanti!
nak bersuara, bersuaralah. tapi jangan lah sampai melampau macam ayat kat atas tu.
sampai sekarang pun, semua orang2 masing-masing nak spekulasi. tapi, memang jelas ada bukti ke kalau saiful tu 'bermain2' dengan sumpah laknat itu?
kalau bukti jelas, nak cakap macam tu, lantak lah. tapi ni semua baru spekulasi.
siapa tahu kalau dia bersumpah atas perkara yang benar? atau pun dia tidak waras?
tapi kita semua tak tahu, sebab dalam perkara tu kita tak terlibat!
kita hanya mampu spekulasi, tapi jangan lah pulak kita seperti org yang jahil memuntahkan tomahan2 negatif.
katalah kalau memang saiful tu benar, hukum apa yang -quote- kat atas tu dah fitnah! bila dia dah bersumpah laknat, perkara tu bukan perkara sesama manusia, tapi antara dia dengan Tuhan...
aku pun tak kata anwar salah, sebab memang belum ada bukti yang sahih kalau dia bersalah.
setakat ni, semua spekulasi. lain cerita kalau ada di youtube video saiful tu tengah meeting rahsia dengan umno nak jatuhkan anwar.
tolonglah.
saiful tu takut Tuhan atau pun tidak, itu antara dia dengan Tuhan. kita jangan pandai2 nak menghakimi dia.
kalau dia salah, kita doa agar dia bertaubat, bukan doa untuk kehancuran dia... kepada budakbesar,pergi tengok penjelasan ustaz daniel dan pengakuan ustaz yang ada masa saiful bersumpah tu ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 26-08-08 00:03
rasanya baik kita jangan ber'emosi' sangat dalam isu ni...sebab sumpah2 ni bukan hak kita nak nilai sebab dia dah connect terus dengan Allah.. cuma mungkin pak imam tu nak gambarkan sedikit sebanyak yang suasana sumah saiful tu bukan macam dalam keadaan orang yang bebetul 'serius' bersumpah...sampai boleh silap sebut tarikh...baca script bulat2 tanpa berfikir...tarikh pun boleh tak perasan silap..maksudnya masa dia bersumpah tu dia hayati ke tidak..dia sedar ke tidak... harap-harap kebenaran akan terserlah lepas ni...kalau semua pakat nak bersumpah....tak guna lah ada mahkamah syariah...sumpah saja boleh lepas..boleh jadikan orang yang belum terbukti bersalah macam bersalah....hmmm...orang buta agama bila nak gunakan agama untuk tujuan politik..ni lah jadi nya...
|
cheekmate
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.05.2005 Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak
|
Posting pada: 26-08-08 08:09
kalau benar saiful itu seorang yang warak, taat kepada Allah, takut kepada Allah, bersumpah atas Al-Quran untuk membuktikan dirinya benar, maka saiful sepatutnya melawan anwar ketika anwar meliwatnya kerana saiful PATUT LEBIH TAKUT kepada ALLAH berbanding anwar!!!!!!!!!!!!! Kenapa saiful LEBIH TAKUT anwar berbanding ALLAH? ......................................... renung-renungkanlah………………..
|
abadaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.11.2005 Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 26-08-08 09:31
Pada 26-08-08 00:03 , izzul_islam posting:!!! QUOTE !!! harap-harap kebenaran akan terserlah lepas ni...kalau semua pakat nak bersumpah....tak guna lah ada mahkamah syariah...sumpah saja boleh lepas..boleh jadikan orang yang belum terbukti bersalah macam bersalah....hmmm...orang buta agama bila nak gunakan agama untuk tujuan politik..ni lah jadi nya...
hmm...sokong sangat... KUALA LUMPUR 24 Ogos - Golongan ulama dari seluruh negara akan berbincang pada minggu depan bagi memberikan pendapat masing-masing mengenai lafaz sumpah yang dilihat menjadi satu trend di negara ini sejak akhir-akhir ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau perlu mendapatkan pandangan para ulama mengenai perkara itu sebelum mengumumkan pendapat rasmi kerajaan. ''Saya fikir lafaz sumpah ini seolah-olah satu trend. Dalam Islam tidak ada trend. Hukum tetap hukum. ''Dalam perkara ini saya tidak mahu mengulas lanjut dan pandangan saya akan tertakluk kepada pendapat yang akan diberikan oleh para ulama dalam perbincangan yang akan diadakan selepas Majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa di Kuala Terengganu 26 Ogos ini,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Ramadan dan Kesihatan di sini hari ini. Katanya lagi, perbincangan yang melibatkan seluruh ulama itu merupakan inisiatif beliau. ''Saya mengambil inisiatif untuk bersama dengan seluruh mufti kerana tidak mahu latar belakang yang berbeza akan menyebabkan timbul pendapat yang berbeza dan akhirnya yang keliru ialah umat Islam sendiri,'' katanya. Ahmad Zahid mengaku bahawa dirinya bukan seorang ulama dan memerlukan pandangan daripada para ulama untuk memberikan pendapat rasmi kerajaan dalam isu sumpah. Minggu lalu, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersumpah beliau diliwat oleh Anwar. Tindakan berkenaan menyebabkan banyak pihak mempertikaikan sumpah beliau selain mencabar Anwar untuk melafazkan sumpah yang sama. alhamdulillah...memang harapkan sangat perkara sumpah2 ni diambil serius... kita tunggu dan lihat..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 26-08-08 10:44
Pada 26-08-08 08:09 , cheekmate posting:!!! QUOTE !!! kalau benar saiful itu seorang yang warak, taat kepada Allah, takut kepada Allah, bersumpah atas Al-Quran untuk membuktikan dirinya benar, maka saiful sepatutnya melawan anwar ketika anwar meliwatnya kerana saiful PATUT LEBIH TAKUT kepada ALLAH berbanding anwar!!!!!!!!!!!!! Kenapa saiful LEBIH TAKUT anwar berbanding ALLAH? .........................................
renung-renungkanlah……………….. persoalan ini hanya boleh dijawab oleh saiful tu sendiri ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 26-08-08 12:44
Kepada mereka yang masih mempertikaikan Kenapa DSAI masih belum bersumpah, perlu diingatkan dan dinyatakan sekali lagi bahawa DSAI tidak bersumpah sekarang kerana atas NASIHAT dari tokoh2 Ulama seperti Dr. Yusuf al Qardhawi, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan ramai lagi. Ini kerana jika DSAI bersumpah pun sekarang, ianya takkan menyelesaikan masalah. BUKAN KERANA DSAI TIDAK MAHU BERSUMPAH. ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 26-08-08 12:49
Pada 26-08-08 12:44 , zam_rizal posting:!!! QUOTE !!! Kepada mereka yang masih mempertikaikan Kenapa DSAI masih belum bersumpah, perlu diingatkan dan dinyatakan sekali lagi bahawa DSAI tidak bersumpah sekarang kerana atas NASIHAT dari tokoh2 Ulama seperti Dr. Yusuf al Qardhawi, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan ramai lagi. Ini kerana jika DSAI bersumpah pun sekarang, ianya takkan menyelesaikan masalah. BUKAN KERANA DSAI TIDAK MAHU BERSUMPAH.
biasalah ramai dari orang kita ni nak sangat bersumpah lah2 jadi sesumpah baru tahu. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 26-08-08 12:52
Pada 26-08-08 12:49 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 26-08-08 12:44 , zam_rizal posting:!!! QUOTE !!! Kepada mereka yang masih mempertikaikan Kenapa DSAI masih belum bersumpah, perlu diingatkan dan dinyatakan sekali lagi bahawa DSAI tidak bersumpah sekarang kerana atas NASIHAT dari tokoh2 Ulama seperti Dr. Yusuf al Qardhawi, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan ramai lagi. Ini kerana jika DSAI bersumpah pun sekarang, ianya takkan menyelesaikan masalah. BUKAN KERANA DSAI TIDAK MAHU BERSUMPAH.
biasalah ramai dari orang kita ni nak sangat bersumpah lah2 jadi sesumpah baru tahu.
Hahahahaha  . Nanti makin banyakla sesumpah kat Malaysia ni..  ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 26-08-08 12:56
Pada 26-08-08 12:52 , zam_rizal posting:!!! QUOTE !!! Pada 26-08-08 12:49 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 26-08-08 12:44 , zam_rizal posting:!!! QUOTE !!! Kepada mereka yang masih mempertikaikan Kenapa DSAI masih belum bersumpah, perlu diingatkan dan dinyatakan sekali lagi bahawa DSAI tidak bersumpah sekarang kerana atas NASIHAT dari tokoh2 Ulama seperti Dr. Yusuf al Qardhawi, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan ramai lagi. Ini kerana jika DSAI bersumpah pun sekarang, ianya takkan menyelesaikan masalah. BUKAN KERANA DSAI TIDAK MAHU BERSUMPAH.
biasalah ramai dari orang kita ni nak sangat bersumpah lah2 jadi sesumpah baru tahu.
Hahahahaha . Nanti makin banyakla sesumpah kat Malaysia ni.. 
cuma yang saya risau sekarang ni kita yang tak bersalah akan terkena juga tempias kesan dari perbuatan bersumpah ini ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 01-09-08 01:45
sehebat2 tipudaya manusia itu terlebih hebat lagi tipudaya ALLAH....ALLAHUAKBAR!!!! sedikit demi sedikit ALLAH menunjukkan kebenaranNya...dan ini baru bala kecil yang ALLAH timpakan kepada mereka-mereka itu yakni seluruh masyarakat telah mengutuk mereka yang telah mempermainkan nama ALLAH..kemana saja mereka pergi mereka akan dibenci hinggakan keturunan mereka kelak juga akan turut dikutuk atas perbuatan bapa mereka
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 11-09-08 17:47
Ramlang ditukar ke JakimJimadie Shah Othman | Sep 11, 08 10:39am malaysiakini.com Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah ditukar ke bahagian pentadbiran dan kewangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, berkuatkuasa 9 September lalu. Surat bertarikh 8 September itu ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.Surat tersebut tidak menyatakan sebab-sebab Ramlang ditukar ke bahagian berkenaan. Bagaimanapun, surat itu menyatakan Ramlang dikekal pada Gred 17. Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini. Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa dia diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun. Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat pada 24 Ogos lalu - dua hari sebelum hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh - meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan. Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian. Sementara itu, Ahmad Nizam berharap tindakan Jakim itu tidak bersifat 'pemecatan konstruktif'. "Ini bukan pemecatan tetapi memberi tekanan kepada pekerja. Dalam kes ini kadang-kadang mereka bagi meja dan kerusi tapi kerja tidak ada. "Saya harap Jakim tidak melakukanm perkara itu (terhadap Ramlang)," katanya. Menurut Ahmad Nizam lagi, sudah tentulah anak guamnya kini dalam keadaan sedih. Katanya, walaupun gred jawatan Ramlang adalah sama tetapi dia tidak lagi menjadi imam. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 11-09-08 23:01
apa jadi dengan si saiful ni ek?.ada siapa2 yang tahu status insan ini?.
|
gsrturbo
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.07.2005 Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah
|
Posting pada: 12-09-08 08:43
tahlaa...saya pun hairan jugak,,,tah2 dah kena makan sumpah sendiri agaknya.
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 12-09-08 12:01
Pada 11-09-08 23:01 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! apa jadi dengan si saiful ni ek?.ada siapa2 yang tahu status insan ini?. Malu nak tunjuk muka kat masyarakat..duit banyak pun, tapi maruah tercemar nak buat apa..(geramni..  )..jika saiful masih ada sekelumit rasa bertuhan, eloklah dia ceritakan kisah sebenarnya, bersihkan dirinya, pulangkan duit2 hasil fitnahnya kepada org yang sponsor dirinya.. ----------------- "Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 12-09-08 12:04
Pada 12-09-08 12:01 , azemi posting:!!! QUOTE !!! Pada 11-09-08 23:01 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! apa jadi dengan si saiful ni ek?.ada siapa2 yang tahu status insan ini?.
Malu nak tunjuk muka kat masyarakat..duit banyak pun, tapi maruah tercemar nak buat apa..(geramni.. )..jika saiful masih ada sekelumit rasa bertuhan, eloklah dia ceritakan kisah sebenarnya, bersihkan dirinya, pulangkan duit2 hasil fitnahnya kepada org yang sponsor dirinya..
ya ke?.harap-harap selagi ada peluang ni baik dia minta maaf pada semua. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 29-01-09 18:27
Dipecat selepas muncul di kempen AnwarJan 28, 09 4:45pm | malaysiakini.com kemaskini 6:38pm Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu. Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu. Ramlang dihadapkan dengan empat pertuduhan - tiga daripadanya kerana berucap di tiga tempat berasingan di kawasan parlimen tersebut pada hari berkenaan. Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini, pertuduhan keempat - mengadakan sidang media pada tengah hari 25 Ogos - bagaimanapun tidak benar.Ramlang mengadakan sidang media bersama Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali (foto atas) dan beberapa pemimpin pembangkang sejurus selepas tengah malam hari yang sama di pusat khidmat parti itu di Penanti. Peguam itu menambah, tanpa memberikan sebarang alasan jelas, surat Jakim itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada telah mencukupi" untuk memecat Ramlang. Ramlang kemudian muncul di tiga majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat (foto bawah, kanan) - kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh - menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian. Menurut Wan Mohamad lagi, yang bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(pergi) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas. Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti menurut Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 29-01-09 18:31
Ramlang saman Jakim jika rayuan ditolakJimadie Shah Othman | Jan 29, 09 11:49am | malaysiakini.com kemaskini 2:06pm Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim - akan mengambil tindakan saman.
"Saya akan merayu (kepada Jakim). Jika tidak terima, saya akan tuntut hak-hak saya melalui (proses) undang-undang," kata Ramlang Porigi. Beliau merancang mengemukakan rayuan kepada jabatan tersebut pada Selasa atau Rabu depan. Anak kelahiran Sabah itu kini sedang berehat di kampung halamannya di Sandakan dan dijadual kembali ke Kuala Lumpur awal minggu depan. Ramlang - yang berceramah di tiga tempat dan kemudian mengadakan sidang media bersama PKR ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas - diberhentikan perkhidmatannya minggu lepas. Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja." Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim yang dipengerusikan oleh Wan Mohamad mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu.Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang mendakwa penyingkirannya tidak melalui prosedur dan amalan biasa. "Saya dibuang tanpa amaran, tanpa notis," katanya. Beliau juga mendakwa hanya dipanggil sekali sahaja bertemu Wan Mohamad - sehari sebelum dipindahkan dari Masjid Wilayah Persekutuan ke bahagian pentadbiran dan kewangan Jakim di Putrajaya pada 9 September lalu. Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu juga, Ramlang mendakwa tidak dimaklumkan berhubung tindakan pembuangan itu tetapi hanya dipersalahkan ekoran kemunculan beliau di pentas PKR pada 24 Ogos, kira-kira 48 jam sebelum pengundian dalam pilihanraya tersengit itu. Tambahnya, kehadiran beliau ke pentas PKR dipersoalkan oleh majikannya kerana kelihatan "senang hati" sewaktu berucap tetapi sebab beliau berada di situ tidak diambil perhatian. "Mereka kata, gambar saya (berucap) yang disiarkan di (laman perkongsian video) Youtube nampak gembira," kata Ramlang. Bagaimanapun, bapa kepada tiga anak itu berkata, beliau reda dengan takdir tuhan walaupun pemecatannya itu tidak diduga sama sekali. "Waktu saya cakap dengan kawan-kawan, mereka kata, mustahil sampai kena buang. Ada orang (kakitangan awam) lawan kerajaan betul-betul tetapi (mereka) tidak kena buang (kerja) pun.
"Ada (kakitangan) yang ada rekod jenayah pun tidak kena buang pun."
"Saya hanya ingin membebaskan nama saya daripada pelbagai fitnah yang diterima sejak seminggu menjadi saksi sumpah itu.
"Alhamdulillah sekarang, ke mana saya pergi, orang tidak marah pada saya," katanya. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
nie_nadia
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang
|
Posting pada: 30-01-09 00:21
moga Allah sentiasa pelihara org yang cuba menegakn kebenaran.
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 30-01-09 07:43
Insya Allah syurga balasannya.. Alhamdulillah ada lagi orang macam Ramlang kat Malaysia.. Allahuakhbar!
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 30-01-09 08:12
Pada 30-01-09 07:43 , Amrizal posting:!!! QUOTE !!! Insya Allah syurga balasannya.. Alhamdulillah ada lagi orang macam Ramlang kat Malaysia..
Allahuakhbar! Takbir.. Allahu Akbar!!!
|