Oleh |
..::Salam Ramadhan::.. |
kasih_kekasih
 Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......
|
Posting pada: 23-08-08 15:25
Salam Ramadhan diucapkan buat semua warga ukhwah.com... Semoga kehadiran Ramadhan.. ini membawa seribu makna untuk kita..  -----------------
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 23-08-08 15:40
 ukhwahian. Ahlan wa sahlan Ramadhan... Dikesempatan ini laskar memohon dengan rendah hati kemaafan daripada semua sahabat-sahabat ukhwah yang telah laskar lukakan hati antum sedari laskar sedar atau tidak.. Laskar hanya hamba yang hina lagi kerdil dan degil... Terima kasih hamba ucapkan pada warga penggerak & ahli-ahli Ukhwah.com yang memberi pelantar kepada laskar untuk berkongsi & memberi. Laskar hargai ukhwah yang baru laskar bina bersama semua... Emm..nak dekat-dekat ramadhan ni, hamba pun nak kurangkan darjah 'keseriusan' (dengan izin) dan 'kepedasan' menaip hamba yang meroyan ni...Hurmmm. Salam Ukhwah fillah dari Laskar_Allah.  ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.07.2008 Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang
|
Posting pada: 23-08-08 18:15
Salam buat semua:- Salam Ramadhan juga buat semua ukhwah. Semoga Ramadhan ini dapat memperkasakan ibadah kita untuk meraih keredhaan Ilahi. Dalam suasana berukhwah memang tidak dinafikan ada sedikit pertelingkahan dan pertentangan pendapat, saya mohon maaf sekiranya ada yang terasa dan tersinggung hati. Bagaimanapun, saya tetap tidak akan berkompromi dengan segala bentuk sokongan dan cenderung kepada pihak yang zalim.. Mudah-mudahan Ramadhan dapat membentuk kita menjadi Mukmin/Mukminah yang sejati.....
|
Eisyaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.02.2005 Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak
|
Posting pada: 23-08-08 21:50
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua warga ukhwah.com..dari syaa..
|
mia_amora
Warga Rasmi Menyertai: 24.06.2008 Ahli No: 33783
Posting: 18
Dari: perak
|
Posting pada: 23-08-08 21:54
|
OT
Warga 1 Bintang Menyertai: 20.04.2008 Ahli No: 33283
Posting: 27
Dari: kangar
|
Posting pada: 23-08-08 22:13
SALAM RAMADHAN...Bertemu kita sekali lagi dengan ramadhan yang penuh barakah ini...moga-moga kita dapat menjalani ibadah ini dengan lebih istiqamah....
|
wafa_mawaddah
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah
|
Posting pada: 24-08-08 01:38
Salam Ramadhan....... terutama untuk diri sendiri..anggap ini Ramadhan terakhir...beribadahlah ikhlas keranaNya...jika ia bukan yang terakhir...nnantikanlah dan bersedialah untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang........ Salam Ramadhan untuk muslimin muslimat seluruh dunia.........
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 24-08-08 08:14
assalamualaikum.... Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. Kehadiranmu dinanti-nantikan.. Salam Ramadhan ana tujukan khusus buat keluarga tercinta, sahabat-sahabat yang diingati selalu, warga ukhwah yang dikasihi serta semua umat Islam di muka bumi ini. Moga kita semua diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t. bagi menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna, insyaAllah.. Wassalam
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 24-08-08 12:53
Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua warga ukhwah.com  . Semoga amal ibadat kita pada Ramadhan kali ini akan bertambah baik berbanding Ramadhan yang sebelumnya...InsyaAllah  .
|
iftihakim
Warga 2 Bintang Menyertai: 13.02.2005 Ahli No: 14332
Posting: 52
Dari: kelantan
|
Posting pada: 24-08-08 13:24
Ahlan wasahlan ya RAMADHAN.. Salam Ramadan al-Mubarak buat semua warga ukhwah.com serta muslimin muslimat di seluruh dunia. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
|
ToK_iMaM
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..
|
Posting pada: 25-08-08 03:16
salam perjuangan buat sahabat se Islam... salam menuju Ramadhan Al-Mubarak..tak sabar rasanya nak menanti kedatangan Bulan penuh rahmat ni..kita doakan semoga kita semua dapat bersama Ramadhan yang akan datang ini..tinggal 5 hari lagi menuggu saat kedatangan nya.. Firman Allah Taala "Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (AlLail:17-21)   ----------------- Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 25-08-08 07:38
 warahmatullah... Dikesempatan ini.... ana ingin mengucapkan "selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak" semoga Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna pada diri kita... insyaALLAH...
|
reyn
Warga Rasmi Menyertai: 14.07.2004 Ahli No: 10048
Posting: 11
|
Posting pada: 25-08-08 10:04
 wbt... salam Ramadhan kepada semua, muslimin & muslimat mohon maaf wasslam
|
mambang-molek
Warga Rasmi Menyertai: 25.08.2008 Ahli No: 34633
Posting: 1
|
Posting pada: 25-08-08 12:03
“Barangsiapa yang berpuasa bulan Ramadhan dengan penuh keimanan, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 25-08-08 12:42
Salam Ramadhan kepada semua warga ukhwah.. selamat menjalani ibadah puasa dan diberi keizinan dan kesihatan dalam melakukannya
|
abadaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.11.2005 Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 25-08-08 12:43
assalamualaikum... saya pun nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga di beri kekuatan kepada semua untuk meningkatkan ibadah yang sedia ada di bulan ramadhan nanti dan aistiqamah...amin... saya minta maaf atas segala kata-kata, perbuatan atau kata hati yang menyinggung sesiapa di sini..=)..harap dimaafkan ye.. =)
|
Haslan
WARGA SETIA Menyertai: 06.09.2004 Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting
|
Posting pada: 25-08-08 13:18
salam ramadhan dan selamat berpuasa... jk buka puasa ada lagi ke?last dulu join tahun 2004 masa tu kang ada,da tak ingat lagi da...hehehehe
|
zulmi
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.02.2006 Ahli No: 22909
Posting: 134
Dari: Bandar Baru Nilai
|
Posting pada: 25-08-08 14:00
assalamualaikum Salam ukhwah, alhamdulillah Ramadhan yang dirindui kian hampir menjengah, yaAllah berikan kesempatan kepada kami untuk bertemu Ramadhan pada kali ini. kalau hari2 yang lalu kita banyak mengejar kehidupan dunia, dan bila ramadhan menjelma, ramai dikalangan kita sibuk pula mencari kat mana ada potongan harga, jualan lelong dan sebagainya untuk beli persiapan raya, namun kita alpa, sebenarnya Ramadhan bulan Allah buat promosi pahala yang maha hebat, bulan promosi syurga Allah taala, kalau selama ni kita kejar kekayaan dunia, tapi bulan Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita mengumpul kekayaan akhirat, kalau teringin nak jadi jutawan akhirat, inilah bulannya, bulan Ramadhan yang Allah bagi pada kita sebagai umat Rasulullah SWT. dikesempatan ini, disamping ana mengingati diri ana dan sahabat yang lain, ambillah peluang Ramadhan yang bakal menjengah, pahalanya amat besar, kalau dihari2 biasa kita solat berjamaah dapat 27pahala, bila bulan Ramadhan 27 darab 700 = 18900, begitulah juga dengan amalan yang lain, semuanya 700 kali ganda ganjarannya, tiada pelaburan yang paling menguntungkan, kecuali pelaburan akhirat. kita manusia sebagai hamba Allah yang diciptakan untuk beribadat kepadanya, kita mesti melalui 5 proses kehidupan: 1- alam roh 2- alam rahim 3- alam dunia 4- alam kubur 5- alam akhirat kehidupan kita didunia cuma persinggahan sebagaimana persinggahan kita di alam rahim, bila sampai masanya kita dipaksa keluar ke alam dunia, di alam dunia kita diberi tempoh, ada yang 40thn, ada 63thn dan sebagainya dan tempoh tersebut akan tamat pada bila2 masa. oleh yang demikian sebagai peringatan buat diriku dan sahabat yang lain, kadang kala kita alpa, kita lalai dengan dunia, kita terlupa seketika untuk mengumpul aset akhirat, maka dikesempatan Ramadhan kali ini, jom kita rebut peluang, buatlah amal sebanyak mungkin, baca Quran sentiasa, kalau Rasulullah menghabiskan malam akhir Ramadhannya dengan beriktikaf di masjid. Rasulullah bertadarus dengan Jibril Alaihissalam dan selepas kewafatan Baginda, amalan ini diteruskan oleh isteri-isteri Baginda dan para Sahabat Radiallahuanhu dan mengikut sejarah, imam - imam mukatabar seperti syafie, Hambali dan sebagainya akan berhenti mengarang kitab di bulan Ramadhan, mereka juga akan menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran, kerana setiap baris al-Quran mempunyai 40 ke 45 huruf, bayangkan 40 darab 700 dan setiap muka mempunyai 15 baris, setiap juzu mempunyai 20 muka surat, maha suci Allah betapa banyaknya pahala yang bakal kita perolehi. jom sama-sama kita merebut peluang ini, nasihatlah ahli keluarga kita, sahabat handai kita dan saudara seagama kita yang lain, moga Ramadhan pada tahun ini menjadi Ramadhan yang paling berkat untuk kita dan Ramadhan yang paling terbaik pernah kita lalui dari tahun2 sebelumnya, amin sedekahkan al-fatihah buat ibu saudaraku almarhumah Norizal binti Che Hassan dan buat Muslimin Muslimat amnya, al-fatihah dan ana pun tak berapa sihat sekarang, tolong doakan moga ana sembuh dari penyakit ni dan sempat bertemu Ramadhan pada kali ni, amin  ----------------- regards: zulmi "SAYA DOAKAN KITA SEMUA, BAHAGIA, KAYA, BERJAYA DAN DIRAHMATI SENTIASA"
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 25-08-08 14:09
entah apabenda lah biru-putih dok mengaruk ni.terpulang kepada individu memasing lah nak letak gambar sapa pun.kalau nak,buat design sendiri sambil letak gambar pak lelah tengah tidur time meeting.lepas tu edit bagi cantik-cantik letak selamat menyambut ramadhan ataupun letak sajak mencari damai abadi dia tu.takpun sebelah gambar pak lelah letak gambar buku "Islam Hadhari". yang tu pun nak bikin kecoh ke.kalau isi sama tapi tajuk berlainan memang patut kena delete lah topik.... ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 25-08-08 15:32
salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua warga ukhwah....
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban
|
Posting pada: 25-08-08 15:40
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua warga ukhwah...moga penghayatan ramadhan kali ni lebih baik dari tahun2 lepas.... bersama-sama lah kita jangan miss terawikh....
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 25-08-08 15:58
|
syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia
|
Posting pada: 25-08-08 16:09
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan selamat datang bulan Ramadhan semoga kehadirannya memberi kerahmatan kepada kita awlnya rahmah, tghnya keampunan dan akhirnya dijauhkan dari apa neraka semoga ibadah kita di bulan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dan lebih baik daripada tahun sebelumnya, insya Allah ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot.
|
Prof_Muslim
 Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 25-08-08 17:16
 ... Salam Sambut Ramadhan kepada semua warga Ukhwah serta semua tetamu Portal Ukhwah. Prof setiap lihat datang Ramadhan al-Mubarak ini, bila keadaan tengah bersantai rasanya selalu suka nyanyikan lagu SUASANA RAMADHAN PABILA TIBA BULAN RAMADHAN BULAN YANG PENUH BARAKAH BEGITU DINANTIKAN SEPENUH HATI BAGI UMAT ISLAM YANG BERTAQWA DIPERINTAHKAN SEBULAN BERPUASA AMALKAN RUKUN ISLAM YANG KE – 3 BUKAN SEKADAR TUNAIAN KEWAJIPAN TETAPI KISAH DISEBALIKNYA BULAN YANG MENGUJI KEIMANAN KEKUATAN IKHLAS DI DALAM HATI SETELAH GODAAN SYAITAN DIHALANG JANGAN TEWAS DENGAN NAFSU SENDIRI KESUNYIAN MALAM DIHASI TERAWIH DI SELANG – SELI DENGAN SELAWAT HANYA TERASA PADA AWALNYA AKAN KEHANGATAN SEMANGAT UMAT DI MALAM GANJIL PENGHUJUNG RAMADHAN TERCARI – CARI LAILATUL QADAR PENANDA BERAKHIR AL – MUBARAQ DISAMBUT PULA KEDATANGAN SYAWAL RAMADHAN, RAMADHAN, RAMADHAN AL – MUBARAQ . . . P/S: Moga sama diberkati sepanjang menunaikan tanggungjawab kita...Amin
|
RijaludDeen
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2006 Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..
|
Posting pada: 25-08-08 17:30
 ... Ahlan wa sahlan,ya Ramadhan al-mubarak... Selamat berpuasa kepada semua warga ukhwah.. moga-moga ramadhan kali ni dapat kita semua manfaatkan keberkatannya,lebih baik dari tahun2 yang lepas... Tak sabar rasanya nak jumpa ramadhan 1429.. Moga semuanya diberi peluang berjumpa ramadhan.. p/s: Kepada abang swordofdeen and izzul_islam, teringat kenangan berpuasa, berbuka bersama kalian di bumi sarawak ni..rindunya..  ----------------- "Put Our Trust In ALLAH"
|
PerMataHiJau
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2007 Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA
|
Posting pada: 26-08-08 01:28
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 26-08-08 12:26
 ......... Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia.... semoga kedatangan ramadhan kali ini memberi 1000 erti dalam hidup kita.... dikesempatan ini saya memohon maaf sekiranya ada kesalahan yang mungkin membuatkan sahabat sekalian terasa... salam ramadhan dari saya...
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 26-08-08 16:19
Salam Ramadhan Selamat berpuasa.. dengan ikhlas.. Kalau rasa tak ikhlas.. tak payah puasa.. buat penat badan saja.. Selamat berpesta ibadah..  ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
areyien
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor
|
Posting pada: 26-08-08 17:30
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga ukhwah...Semoga Ramadhan yang bakal tiba membuka pintu hati kita untuk melipatgandakan amalan dengan ikhlas kerana Allah.. Hayatilah Bulan Ramadhan... ----------------- Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 26-08-08 18:18
SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA UNTUK semua UMAT ISLAM.... SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN BULAN RAMADHAN..... INSYALLAH....
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 26-08-08 18:21
Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua
|
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 26-08-08 22:01
Petang tadi dapat mesej dari seorang sahabat. Tersenyum ana membacanya. Sesungguhnya aku merinduimu, setiap saat ternanti-nati kehandiranmu dan Insya Allah jika jodoh kita, kurang dari 1 minggu lagi pasti kita akan bertemu wahai "RAMADHAN AL-MUBARAK"  -----------------
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 26-08-08 22:33
Pada 26-08-08 18:21 , irashahirah posting:!!! QUOTE !!! Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua salamun alaik. syahdunya lagu ini..antara my favourite song..huhu.. ahlan wa sahlan,ya Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini ditempuhi dengan penuh keberkatan dan penuh hikmah dariNya.. Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri masing-masing..semoga amalan kita tidak hanya tertumpu pada bulan mulia ini tetapi mudah-mudahan berterusan sentiasa...ameenn..  ----------------- masih ku di dalam pencarian abadi..yang belum pasti kutemui jika mendamba cinta selain Illahi...
|
nur_eiman
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.03.2006 Ahli No: 23130
Posting: 113
Dari: Kedah
|
Posting pada: 26-08-08 23:25
Salam Ramadhan buat semua warga ukhwah.. Moga kedatangan ramadhan ini dapat kita imarahkan dengan sebaik-baiknya. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Karim... ----------------- ISLAM itu indah..tiada agama yang boleh menandinginya.. JANGAN biarkan kesucian ISLAM terus dicemari..
|
mujahid007
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak
|
Posting pada: 27-08-08 10:42
assalammua'alaikum w.b.t... bersyukur lah kita kepada ALLAH kerna dengan limpah kurnianya kita bertemu lagi ramadhan al mubarak 1429 H.... sempena ramadhan yang bakal tiba ni,ana mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak...sempena kehadiran ramadhan kali ini memberikan kita keinsafan di atas apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita..... semoga dengan ini ia menjadikan kita muhasabah kembali diri kita sejauh manakah kita melaksanakan tanggungjawab kita, apakah sumbangan kita terhadap agama,bangsa dan negara.... semoga dengan ini ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada ana dan sahabat serta sahabiah sekalian.............
|
mujahid007
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak
|
Posting pada: 27-08-08 10:43
ASSALAMU'ALAIKUM WR.WB. Selamat Datang Bulan Ramadhan Mohon Maaf Lahir dan Bathin Do'a Malaikat Jibril adalah sebab: "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri; Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullahpun mengatakan amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at. Tanpa Disadari 11 bulan banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan, 11 bulan banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan, 11 bulan banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bagian dari diri, saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia" saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga, saatnya menikmati indahnya kemurahanNya saatnya memahami makna pensucian diri Selamat menunaikan Ibadah Puasa bersama kita leburkan kekhilafan, Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah Amien
|
zulmi
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.02.2006 Ahli No: 22909
Posting: 134
Dari: Bandar Baru Nilai
|
Posting pada: 28-08-08 11:11
assalamualaikum, untuk bulan Ramadhan ni, ada tak sesiapa yang boleh bantu ana dapatkan tempat untuk JK bulan Ramadhan ni, ana tengah meng call rumah anak2 yatim sekarang ni, cadangan tarikh 7 @ 13 september ni, insyaAllah sehari dua ni ana akan maklumkan perkembangannya macamana, doalah moga dapat dilaksanakan, amien
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 28-08-08 12:24
Pada 28-08-08 11:11 , zulmi posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum, untuk bulan Ramadhan ni, ada tak sesiapa yang boleh bantu ana dapatkan tempat untuk JK bulan Ramadhan ni, ana tengah meng call rumah anak2 yatim sekarang ni, cadangan tarikh 7 @ 13 september ni, insyaAllah sehari dua ni ana akan maklumkan perkembangannya macamana, doalah moga dapat dilaksanakan, amien waalaikummussalam. baguslah... saya doakan moga dipermudahkan.. harap-harap dapat lah.. tahun lepas tak jadi kan? harap tahun ni jadi...  saya cadangkan, buka topik yang khas... senang sikit warga2 ukhwah semua nampak. -----------------
|
Maricella
 Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas
|
Posting pada: 28-08-08 12:24
salam ramadhan buat semua warga ukhwah..tinggal bberapa hari saja lagi.. p/s: kak hanan : Salam Ramadhan.. panjang umur..insyaALLAH kita sua lagi..
----------------- Cinta dunia ibarat madu yang beracun, cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.
|
riyas
WARGA SETIA Menyertai: 14.06.2004 Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah
|
Posting pada: 28-08-08 12:46
 ..... selamat berpuasa, maaf zahir dan batin...
|
fazrynn
Warga Rasmi Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23149
Posting: 1
Dari: MaLAcCA
|
Posting pada: 28-08-08 13:11
Salam Ramadhan kepada semua warga ukhwah.com.. Selamat menjalani ibadah puasa..mohon maaf andai ada salah silap... Wassalam...
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 28-08-08 13:14
 As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh. Al Hamdulillah wa asy-Syukru liLlah diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita, memberi kesihatan tubuh badan dan sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali... Muslimin Muslimat RahimahkumuLlah, insya`ALLAH, tidak lama lagi, kita akan berada di dalam bulan yang mubarakah, rahmat, pengampunan, kebahagiaan dan ganjaran dari ALLAH `Azzawajalla, bulan yang dirindui dan senantiasa dinanti-nantikan oleh ummat Nabi Muhammad ibn `AbduLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam, penghulu segala bulan iaitu bulan Ramadhan. Sabda RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam : "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan menjaga nya dengan segenap kemampuan nya, maka diampunilah seluruh dosa nya yang telah lalu." (Hadiths riwayat Bukhari dan Muslim) Dan diriwayatkan oleh Salman RadiALLAHu`anh, bahwa RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam menyampaikan ceramah nya pada kami di hari terakhir bulan syaa`ban : "Wahai para manusia sekalian, telah menyelimuti kalian bulan Agung yang penuh keberkahan, bulan yang pada nya suatu malam yang lebih mulia dari 1,000 bulan, ALLAH menjadikan puasa di bulan ini merupakan hal yang fardhu (wajib), dan menjadikan Qiyam (tarawih) merupakan hal yang sunnah, barangsiapa yang beribadah dengan satu macam kebaikan maka sama saja pahala nya dengan menjalankan ibadah yang fardhu, barangsiapa yang beribadah dengan hal yang fardhu maka seakan ia telah mengerjakan 70X hal fardhu tersebut, inilah (Ramadhan) merupakan bulan kesabaran, dan balasan atas kesabaran adalah Syurga, inilah bulan kita saling membantu satu sama lain, inilah bulan dimana ALLAH menumpahkan rezekiNYA bagi orang mukmin." (Hadiths riwayat Imam Ibn Khuzaimah dalam shahih nya) ** ana copy paste kalam ni min ukhtie.. http://ukhti27.blogspot.com/-----------------  ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.06.2004 Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan
|
Posting pada: 28-08-08 14:29
assalamualikum... salam ya Ramadhan...kita bersua lagi, penuhi lah ia dengan sebaik mungkin rebutilah segala apa yang tersurat dan tersirat. ----------------- ilmu itu penyuluh hidup
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 28-08-08 17:13
Tarikh merukyah anak bulan Ramadhan: Petang 31 Ogos 2008 bersamaan 29 Syaaban.. Marhaban ya Ramadhan...  ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 28-08-08 20:32
Selamat menyambut Ramadhan buat semua warga Ukhwah Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas
|
na_jieba
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.08.2008 Ahli No: 34408
Posting: 34
Dari: bumi_Allah
|
Posting pada: 28-08-08 21:10
Yup... Bulan ramadhan bakal kunjung tiba..inshaAllah.. mudah-mudahan dapat mengumpul sebnayak mungkin pahala di bulan yang mulia ini..salam ramadhan buat semua..
|
abid_21
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.01.2008 Ahli No: 32472
Posting: 21
Dari: selangor
|
Posting pada: 28-08-08 21:17
“Ya Allah, berkahi kami di bulan Rajab dan saya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan shalat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekedar lapar dan dahaga.” Ya Allah masukkanlah kami ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan selamat dari berbagai penyakit, hindarkan kami dari berbagai kesibukan dan hindarkan pula dari rasa cepat mengantuk ---- Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak..... Selamat Berjihad!!! Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dr Ramadhan sebelumnya... mudah-mudahan beroleh keberkatanNya...---- ----------------- abid_21 ---hakcipta adalah milik Allah SWT buat selama-lamanya--- http://memburu-abid.blogspot.com
|
zulmi
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.02.2006 Ahli No: 22909
Posting: 134
Dari: Bandar Baru Nilai
|
Posting pada: 29-08-08 12:14
assalamualaikum, Ramadhan yang dirindui bakal tiba, Ya Allah panjangkanlah usia kami untuk bertemu Ramadhan, Ya Allah pertemukanlah kami dengan Lailatulqadar. 2 hari lagi Ramadhan akan tiba, persiapkanlah jiwa dan raga kita untuk menyempurnakan Ramadhan pada kali ini dengan lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. Ramadhan bulan yang paling berkat, Ramdhan juga bulan dipermudahkan kita untuk beribadat kepada Allah, Iblis ditambat dari menghasut anak Adam, tapi syaitan kepala hitam tetap wujud, sebabtulah ramai syaitan kepala hitam yang tak berpuasa disiang hari, tidak menutup aurat, tidak solat dan sebagainya, inilah yang dimaksudkan syaitan kepala hitam. Sebab tulah hanya syaitan dan iblis sahaja yang mengeluh bila tibanya Ramadhan, dan mereka akan bergembira bila tibanya hari raya, tapi orang-orang yang beriman akan menangis bila Ramdhan tiba ke penghujungnya. Rasulullah berkata, jika umatku dapat melihat keberkatan Ramadhan, nescaya mereka akan berangan2 semua bulan adalah bulan Ramadhan. moga Allah lapangkan kita dari kesibukan dunia sepanjang bulan Ramdhan ini, moga Allah permudahkan urusan kita dalam beribadat kepadanya, moga Allah menerima amalan2 kita nanti. segala silap dan salah, ana memohon jutaan kemaafan, jom kita tanamkan azam untuk berjuang menjadi jutawan akhirat di bulan Ramadhan pada kali ini, amien.
|
ToK_iMaM
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..
|
Posting pada: 29-08-08 12:40
ada 2 hari lagi kita akan kembali ke madrasah tarbiyah kita...
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 29-08-08 20:55
Salam ramadhan al-mubarak 1429H kepada semua warga ukhwah..
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 29-08-08 21:10
salam ramadhan buat semua warga ukhwah... semoga beroleh keberkatanNya.....
|
dueramiela
WARGA SETIA Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN
|
Posting pada: 29-08-08 21:18
 ...salam ukhwah untuk semua~ berzaman rasanya xposting kat ukhwah ini.. dek kerana kekangan ygmelanda... baiklah....ucapan salam ramadhan al-mubarak untuk semua yang mengenali diri,xkenai ke,yang baca posting ana ini ke.. Ana rasa terharu menyambut Ramadhan kali ini.. semOga rahmat Allah tidak putus untuk kita semua~ 'asif jiddan untuk semua yang terkecik hati dengan diri ana~ sayu saja rasa... ALLAHUAKBAR!
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 29-08-08 22:55
SALAM RAMADHAN KAREEM! mari sama-sama baiki hati kita!  dan sama-sama hayati lirik nasyid ni..suka sangat lagu ni versi asal dari nadamurni! Amalan Ramadhan Album : Munsyid : Nadamurni http://liriknasyid.com Pesta beribadah telahpun bermula Bersama tibanya Ramadhan yang mulia Rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya Nikmat Allah mengalir mencurah-curah Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah Tingkatkan amal dan mujahaddah Banyakkanlah berzikir dan baca Al-Quran Muhasabah dan sucikan hati..
Seluruh anggota kita semua ada peranannya Perlu dijaga di setiap tindakan Hati yang telah bersih dan berakhalak mulia Di sisi Allah tinggi nilainya Jagalah lidah dan tutur kata jangan sampai Mengumpat dan berkata-kata dusta Pelihara mata dan jagalah telinga Agar berbuat yang diredhoi Allah Langkahkan kaki menuju kebaikan jangan melangkah Ke arah kejahatan dan maksiat jika terhumban kekancah kehinaan Di dunia lagi beroleh pembalasan
puasa sekadar lapar dan dahagaselamat berpuasa wahai muslimin dan muslimat sekalian-----------------  ::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::
|
nurhati8616
Warga 1 Bintang Menyertai: 26.07.2008 Ahli No: 34154
Posting: 26
Dari: Bumi Kedah
|
Posting pada: 30-08-08 20:43
 Selamat Menyambut Ramadhan... Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu erti buat kita ....  ----------------- Salam Ukhwah fillah
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 30-08-08 20:56
Di kesempatan ini ana nak minta ampun dan maaf sekiranya ada tersalah dan tercela kepada semua warga ukhwah. Mana lah tahu ketika berforum ada tulisan2 yang tidak menyenangkan hati sesiapa. Almaklum rambut sama hitam hati lain-lain. Ana juga tidak menyimpan apa-apa perasaan dan memaafkan sesiapa sahaja. Ada masa kita berlainan pendapat tapi yang pasti kita semua adalah saudara seIslam. Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan ini memberi seribu makna kepada kita semua.
|
unanjaga
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.08.2008 Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 30-08-08 21:41
Himpunkah seluruh kehendak doa mu dalam bulan yang mulia ini,berendah hati lah dengan sifat hamba..pasti akan kita lihat makna kasih saying dalam setiap pandangan kita .Dan ketahui lah kita hidup dengan dosa yang tak pernah sudah,sewajarnya kita mencari jalan keampunan ,muga bulan yang mubarak ini(puasa) akan melembutkan hati kita untuk memberi kemaafan pada sesiapa sahaja…”Selamat berpuasa”
|
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 30-08-08 22:28
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua warga ukhwah.com. Semoga bulan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita.
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 31-08-08 03:26
salam ramadhan untuk semua geng kelab semut ukhwah....
|
ALFARABI
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.08.2004 Ahli No: 10497
Posting: 70
Dari: SG PeTa NI --Waa...so great aa.
|
Posting pada: 31-08-08 12:13
Ahlan-ahlan Ya Ramadhan.. Semoga kita mendapat lailatul Qadr -----------------
|
cikgu84
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.07.2008 Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 01-09-08 13:27
assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.... murni nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa....ibadah terawih...pendek kata...."SELAMAT BERIBADAH"..... kepada semua umat islam.....semoga ibadah kita semua diterima ALLAH...amin ----------------- diriku...hamba ALLAH banyak kekurangan & kelemahan...
|
nisa_iman
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.01.2008 Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi
|
Posting pada: 02-09-08 10:41
ahlan ya RAMADHAN... ana mengambil kesempatan ini ingin menyususn sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua warga ukhwah dan juga kepada tetamu yang melayari laman ukhwah ini.. mari kita jadikan ramadhan tahun ni lebih baik dr tahun2 sebelumnya... insyaallah.... sekian..
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 02-09-08 10:59
.. aku bernama kakisamun yang tak pernah menyamun orang disini ingin mengucapkan selamat hari raya kepada kedua ibubapa di kampung, saudara mara dan sahabat handai.. saya akan pulang ke kampung tapi tengok lah bas ekspres dah mogok pula tak hendak keluarkan bas ekspres tambahan.. kalau ada tiket saya balik.. kalau tiada tiket saya balik jugak  .. jadi selamat hari raya puasa semua.. jangan main mercun.. kalau nak main mercun juga alang2 baik main meriam.. lagi senang nak hancur2kan anggota badan.. jadi jangan main mercun.. bunga api tak apa.. sekian terima kasih..
|
insan_wardah
Warga Rasmi Menyertai: 10.03.2008 Ahli No: 32844
Posting: 19
Dari: atAs buMi ALLAh
|
Posting pada: 02-09-08 11:53
assalamualaikum.. selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak... moga-moga puasa kita lebih baik pada tahun ni..insya-Allah...
|
hid_uniten
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.09.2005 Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::
|
Posting pada: 04-09-08 11:52
ahlan wasahlan ya ramadhan.. moga ramadhan kali ini dapat mningkatkn lagi iman dan amal kita..
|
maestra_dila
WARGA SETIA Menyertai: 26.10.2007 Ahli No: 31514
Posting: 404
|
Posting pada: 04-09-08 12:01
 ... salam Ramadhan buat sahabat-sahabat ukhwah sekalian.. Mudah2han Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelum. Mari sama-sama menggandakan amalan di bulan yang mulia ini.  .
|
nur_azzaharah
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.06.2007 Ahli No: 30361
Posting: 26
Dari: Wilayah Persekutuan
|
Posting pada: 04-09-08 12:06
Salam Ramadhan kepada semua warga ukhwah.com dan pelawat2 yang rajin mengunjungi laman ilmu ni..semoga amalan yang kita lakukan akan diredhai dan diterima olehNYA..insyaallah
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 04-09-08 14:34
salam ramadhan untuk semua dari Puan Sufti dan suami.. ----------------- "Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
|
Riyadhfannil
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah
|
Posting pada: 04-09-08 17:27
Ikhlas dari saya untuk semua warga ukhwah.com, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Semestinya dapat membaiki dan mempertingkatkan lagi amal dan ibadah kita di bulan yang mulia penuh barakah ini. Ramadhan Kareem!!   ----------------- Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™Flickr™
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 06-09-08 09:32
Syukr sangat dipertemukan lagi dengan Ramadhan... kadang-kadang bila lihat kematian seseorang yang berlaku bila nak menjelangnya Ramadhan... rasa sedih sangat sebab Ramadhan yang lepas rupanya yang terakhir buatnya..kita ni pun tak tahu last2 minute sampai ajal sebelum Ramadhan... apapun semoga amalan diterima dan diampunkan segala dosa2 yang lepas... semoga dapat bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang... jangan tinggal Terawih ye.. bukan boleh buat di bulan yang lain, Bulan ni saja peluang... dan jangan lupa bayar zakat firah ye...  -----------------
|