Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 43 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Andalusia - Sejarah Islam Yang Disembunyikan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Andalusia - Sejarah Islam Yang Disembunyikan

Please Mendaftar To Post


Oleh Andalusia - Sejarah Islam Yang Disembunyikan

abid_21
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.01.2008
Ahli No: 32472
Posting: 21
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 09:52


EROPAH… Bila sebut perkataan EROPAH, dalam fikiran ana cuma terfikir sebuah negara yang penduduknya terdiri dari orang-orang barat sahaja. Tak terfikir langsung nak ambil tahu…tapi, jangan tertipu hanya pada nama…hakikatnya, di sinilah pernah terbinanya sebuah negara Islam terkuat di dunia.

Pertama kali ana ditanya tentang Andalusia, terpinga-pinga juga menjawabnya. Hanya teringat pada sebuah lirik lagu nasyid kumpulan Far East “Maassalamah Ya Andalus” dan “Al-Hambra”…tapi masih tak dapat memberikan apa-apa maklumat. Rupa-rupanya ada kisah yang menarik dan pahit terhadap umat Islam di sini. Mungkin ramai yang tak tahu atau menyedarinya, namun inilah hakikatnya. untuk tahu lebih lanjut, ikuti catatan di bawah…

*********************************************************

daripada Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

“MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.

Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dr rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dr Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dr Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.

Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir 6 abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.
Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.

800 tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dga apa juga cara. dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.

INTI PATI:
Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dr negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:
•    Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
•    Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
•    Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
•    Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.

Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
[email protected]

Sumber:(DarulBayan -=::Portal Aneka Genre Anda::=-)

*********************************************************

Andalus yang sering digambarkan dengan seribu keindahan (pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media) namun hanya indah khabar dr berita. Hakikatnya, “Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia”-Abu Saif (saiful islam)

Betapa pahitnya peristiwa sejarah ini bagi kita umat islam… namun pada hari ini nama Andalusia terus terpadam dan luput dalam kamus hidup manusia. Kegemilangan empayar Islam yang terbina beratus-ratus tahun dahulu dengan mudahnya di musnahkan oleh musuh-musuh Islam yang tak pernah berhenti untuk menghapuskan agama suci ini.

Saudara-saudara semuslim, ayuh ambil iktibar dr peristiwa ini. janganlah terus mendiamkan diri membuta tuli. Maruah Islam sudah tercalar… sepertimana tercalarnya luka yang dalam di hati ini bila menyedarinya. Apakah kita masih selesa dengan kemewahan dan kemajuan dunia yang semakin hari semakin mencipta jurang antara seorang hamba terhadap Tuhannya? Mungkin sukar untuk mengambil semula Andalusia, tetapi kita mampu mengembalikan suasana dan kegemilangan Andalusia semula di manapun kita berada asalkan kita bersatu demi Islam tercinta.

Ingatlah, sesungguhnya kekuatan umat islam itu bila kita bersatu di bawah panji-panji Islam manakala senjata utamanya adalah doa…maka berdoalah sepertimana doanya seorang ‘abid merintih di malam hari di hadapan Tuhannya.


-----------------
abid_21

---hakcipta adalah milik Allah SWT buat selama-lamanya---

http://memburu-abid.blogspot.com


    


  Member Information For abid_21Profil   Hantar PM kepada abid_21   Pergi ke abid_21's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 10:41


Terima kasih Mr / Miss abid_21. Artikel yang bagus, bess dan inspiring.
Berikut merupakan petikan dari http://en.wikipedia.org/wiki/Andalusia.

!!! CODE !!!


During that period Moorish and Jewish scholars played a major part in reviving
and contributing to Western astronomy, medicine, philosophy, and mathematics.

I translate to Malay laaahhh... :
Sepanjang tempoh itu, para cendiakawan Iberia (African mixed) dan Yahudi
memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula dan menyumbang terhadap
astronomy, medicine, philosophy, and mathematics Barat.
--------------------------------------------------

AAAIIKK??? Yahudi di Andalusia plaakk yang menyumbang dalam tamadun
ilmuan Islam di Barat ketika itu? Adakah ia benar ataupun memang Wikipedia
ini yang membangsatkan maklumat sebenar sumbangan ilmuan Islam
sepanjang ZAMAN AGUNG ISLAM DI Andalusia???


p/s: Andalusia is divided into eight provinces: Huelva, Seville, Cádiz, Córdoba,
Málaga, Jaen, Granada and Almería....
PPEERRGGHH!! Besarnyaaa Andalusia niihhh!!! Sdeeyy dia tumbang.

2nd p/s: Sumpaahh article niiee beess tahap melampau. Inspiring!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 11:56


ye, ini satu topik yang amat menarik dan teman sukekannye....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 15:43


syukron jazilan ....info yang cukup menyentap rasa....
hutang luka umat islam ini akan ditanggung selamanya selagi tidak berdaya menebusnya semula.....bahkan luka itu kelihatan semakin dalam dan diulangi semula oleh kafir yahudi dan kristian yang dilaknat Allah.

memang benarlah.....sejarawan pernah berkata, sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya semula.

saya setuju, Islam ummat yang satu dan perlu bersatu untuk mencabar dan menentang musuh -musuh Islam yang durjana. Sayangnya kita semakin hilang kesatuan itu.

mengambil satu contoh yang kecil dalam hal penyatuan umat Islam ini ....lihatlah masjid2nya yang lengang ... itulah umat Islam yang 'tiada kekuatan'....
musuh Islam pernah berkata ' jangan digentar pada sebuah kemenangan Islam, selagi kamu lihat ibadat subuh umat Islam, masjid mereka sunyi dan lengang"

wahai pejuang-pejuang Islam.... marilah dahulu kita penuhkan rumah-rumah Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

abid_21
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.01.2008
Ahli No: 32472
Posting: 21
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-08 20:45


syukran atas respon masing-masing...mudah-mudahan ianya menjadi iktibar dan mnydrkn seluruh umat islam di dunia dalam usaha mgmbalikan kgmilgn islam d bumi Allah ini.

mungkin juga ada hikmah d sebalik kelalain umat islam pada masa tu... kalau diimbau kembali pristiwa brsejarah ni iaitu kebangkitan islam di Andalusia...pada masa yang sama kebangkitan islam juga berlaku pada zaman prnthn krjn Abbasiah di kota Baghdad...

kalau dilihat dr peta dunia...kedudukan Andalusia dan dan kota Baghdad hanya dipisahkan oleh empayar Byzantine yang mana kawasam trsebut dikuasai oleh kuasa asing (org Rom). kalau islam mampu kuasai kawasam trsebut...insyaallah,pasti bumi ini hanya didiami oleh umat islam sahaja...kerana islam akan jadi 1 kuasa yang sangat besar.

hikmahnya, mungkin Allah nak pnjgkn lagi cerita ini hingga ke hari kiamat nanti...di mana islam itu sendiri akan bangun kembali seperti yang dikhabarkn...

tapi tu tak bermakna kita boleh bersenang lenang biarkan musuh trs2an menindas umat islam...seperti mana yang berlaku di Palestin kini. sbliknya peristiwa2 sjrh ni perlu jadi iktibar kepada kita semua untuk mengmbalikan kgmilgn islam di bumi ini.


-----------------
abid_21

---hakcipta adalah milik Allah SWT buat selama-lamanya---

http://memburu-abid.blogspot.com


    


  Member Information For abid_21Profil   Hantar PM kepada abid_21   Pergi ke abid_21's Website   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-08 03:53


!!! QUOTE !!!

Andalus yang sering digambarkan dengan seribu keindahan (pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media) namun hanya indah khabar dr berita. Hakikatnya, “Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia”-Abu Saif (saiful islam)




Alhamdulillah, syukran di atas maklumat bermanfaat..
Dah lama saya cari maklumat macam ni..


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-08 10:20


sedihnya. tak dapat nak gambarkan. kerajaan Islam yang begitu gah akhirnya terkandas & runtuh oleh kaum kafir yang kejam!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 27-08-08 11:24


Memang amat menyedihkan.

Tamadun yang begitu agung dan gah musnah disebabkan sikap segelintir umat islam sendiri.

Betapa susah dan banyaknya pengorbanan sahabat dan umat terdahulu dalam membina islam serta meletakkan islam di satu tahap yang paling tinggi. Dihormati,disanjungi dan disenangi oleh pelbagai bangsa. Namun telah tertulis Yahudi adalah musuh utama islam dan akan kekal sebegitu hingga akhir nanti.

Beringat-ingatlah...sejarah mungkin berulang.

Article yang amat bagus sekali. Terima kasih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 27-08-08 11:33


TENTAG ANDALUSIA..ANA BIASA DENGAR before NI sebab ANA ADA lah sikit-sikit STUDY SIRAH TAMADUN ISLAM SEANTERO DUNIA..DR ZAMAN KHULAFAUR RASYIDIN HINGGALAH DETIK2 KEJATUHAN KEKAHLIFAH BANI UTHMANIYYAH..MALAGNYA KERANA NIATKAN UNTUK SKORE EXAM MAKA FAKTA2NYA BANYAK TELAH SAYA LUPAI..iyalah..BILA KELUAR GRAD pun BUKANNYA kita PAKAI FAKTA2 NI...TU yang SAYA SERINGKALI LUPA MELUPAKANNYA..BYDEWAY SAYA memang SUKA MMBACA KISAH2 SEBEGINI..sekurang-kurangnya TERUBAT JUGA HATI NI MENGENAGKAN KEADAAAN DUNIA PADA WAKTU INI..SAYA HARAP AGAR ADA ARTIKEL2 SEBEGINI MEWARNAI UKHWAH INI..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096429 saat. Lajunya....