Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-06-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 29 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 'MANGSA LIWAT' DAH ANGKAT SUMPAH DAH PUN....


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 'MANGSA LIWAT' DAH ANGKAT SUMPAH DAH PUN....

Please Mendaftar To Post


Oleh 'MANGSA LIWAT' DAH ANGKAT SUMPAH DAH PUN....

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 20:19


Tepat pukul 6.15 petang tadi, SAIFUl BUKHARI AZLAN telah keluar dari pejabat agama Masjid Wilayah Persekutuan untuk menyempurnakan upacara angkat sumpah bagi memperakui kebenaran dakwaan yang beliau telah diliwat oleh DSAI...


wallahu a'lam bissawab...

* Kalau benar dakwaan beliau, pintu taubat masih terbuka bagi si pelaku... dan kalau setakat fitnah bermakna tuduhan Qazaf telah tercipta.. tetapi jika ia benar fitnah dan disertai pula perakuan bersumpah dengan kitab suci???? tak tahula nak cakap apa dah...HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI KEBENARANNYA

* tapi agak memalukan apabila stesen TV yang menyiarkan perakuan bersumpah itu langsung tidak 'menapis' perkataan &%^$# yang dituturkan beliau... malah disiarkan dua kali


-----------------
Tiada Aku Tanpa-Mu...
cute


Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 20:42


setuju dengan najwa.....Allahuakhbar....mudah-mudahan mereka tahu apa yang mereka lakukan dan segalanya dilakukan bukan untuk mencabar kuasa Allah taala.

Kita tunggu anuar pula yang bersumpah .... dan kita berdoa Allah singkapkan kepada kita semua kebenaran yang disembunyikan oleh mana-mana hambanya yang terlibat dalam kes yang sangat aib ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 15-08-08 21:47


kalau DSAI tak nak angkat sumpah pula macam mana? semakin pelik juga senario ini...

tapi pada pendapat saya lebih baik DSAI angkat sumpah juga then 2-2 pasrah dan berdoa agar ALLAH beri petunjuk sapa yang benar dan salah?

Lagi pun semua sudah maklum bersumpah dengan nama ALLAH bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 22:11


Saiful: Saya diliwat tanpa rela
Jamadie Shah Othman | Aug 15, 08 6:58pm malaysiakini.com

kemaskini 9:25pm Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kondominium mewah di Damansara.

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat dan mengucap dua kalimah syahadah.

"Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat."

Dalam sidang akhbar di sebuah hotel kemudiannya, Saiful berkata, beliau menafikan tindakannya itu bermotifkan politik.

Ini adalah kali pertama beliau muncul di khalayak ramai sejak membuat laporan polis pada 28 Jun lalu, mendakwa, dia diliwat oleh Anwar.

Saiful memberitahu pemberita bahawa dia bersumpah dengan al-Quran hari ini, selepas mengumpul kekuatan untuk berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun, enggan menjawab sebarang soalan mengenai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, Saiful dilaporkan telah menemui Najib di kediaman timbalan perdana menteri sebelum membuat laporan polis.

Saiful turut menayangkan di sidang akhbar tersebut video selama dua minit menunjukkan dia mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi.

Saiful berkata, dakwaan diliwat Anwar itu adalah yang pertama berlaku ke atas dirinya dan dia tidak pernah diliwat sebelum ini.

"Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi
menafikan dakwaan saya adalah tidak benar," katanya lagi.

Saiful ditemani oleh bapanya Azlan Mohd Lazim (foto kanan) dan peguam Zamri Idrus ketika menghadiri sidang akhbar selama 10 minit itu.

Anwar, yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mendakwa ia perbuatan musuh politiknya untuk menyekat beliau kembali semula aktif dalam politik.

Sebelum ini, penasihat PKR itu telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful.

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Berikut adalah kenyataan yang dibaca oleh Saiful:

Saya rasa telah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil. Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi mengikut cara yang dituntut oleh agama Islam, sepertimana yang telah dinasihatkan dan ditunjuk ajar oleh ulama dan mufti berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar bin Ibrahim.

Akad sumpah ini saya lakukan dengan kerelaan saya sendiri yang datangnya dari lubuk hati saya yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Saya juga amat memahami bahawa sumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa malapetaka dan bencana kepada saya, serta keluarga, keturunan saya selamanya oleh Allah SWT.

Saya melakukan sumpah dengan nama Allah SWT kerana mahu membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar dan oleh kerana itu, saya amat berani bersumpah. Ini jalan terbaik bagi saya mendapat
keadilan di dunia dan akhirat dan mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadu.

Saya melakukannya kerana Allah SWT. Saya bersumpah di dalam rumah Allah yang mulia tadi bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya Anwar bin Ibrahim dan saya tidak memilih berdolak
dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat tentang isu dakwaan liwat saya ini seperti yang dibuat oleh Anwar bin Ibrahim.

Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi
menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.

Sesi soalan jawab

Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?

Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Wartawan: Ke mana hilang selama ini?

Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untuk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.

Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?

Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.

Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.

Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.

Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?

Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.

Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?

Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.

Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?

Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.

Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.

Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.

Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, Kenapa hari ini... saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.

Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.

Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?

Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu Kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan
polis tersebut.

Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.

Video angkat sumpah ditayangkan.

Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.

Mohd Saiful kemudiannya beredar melalui pintu belakang dengan peguamnya dan tidak mahu menjawab lagi soalan wartawan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 22:24


Moga ini bukan Pendustaan atas Nama Allah & KalamNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

kamil
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.01.2004
Ahli No: 6827
Posting: 34

Kedah  


posticon Posting pada: 15-08-08 23:08


Satu lagi fitnah yang di lakukan oleh UMNO untuk menghancurkan politik Anuar Ibrahim. Menggunakan jalan cerita yang sama tahun 1998. Yang paling sedih menggunakan sistem negara untuk kepentingan parti. Ya Allah engkau hancurkanlah penzalim-penzalim ini seperti mana engkau hancurkan Abrahah, Firaun, Namrud dll.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamilProfil   Hantar PM kepada kamil   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 23:42


Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..InsyaAllah kebenaran pasti akan muncul jugak nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 01:27


hmmm...

jangan sumah makan diri sendir dah lah...teruk akibatnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 16-08-08 07:24


sebagai orang Islam....kita letakkan al-Quran lebih tinggi daripada kepala kita...kita bukan ,etakkan al-Quran sama taraf dengan kaki or lutut....dengan erti kata lain....kita ahli sunnah waljamaah....sebarang keputusan & masalah yang dihadapi perlu merujuk al-Quran & hadith Nabi SAW sebagai panduan.

jangan kita tertipu dengan tipu dalih politik umno/Be End.....jangan kita masuk terperangkap dalam perangkap mereka.

alim ulama' tersohor di dunia....mufti, bekas mufti....al-fadhil yusuf al-qardawi....ustaz. harussani....ustaz hashim yahya....telahpun bertegas bahawa anwar ibrahim TIDAK PERLU bersumpah.....diulang....TIDAK PERLU BERSUMPAH

so....mana-mana yang masih anggap anwar ibrahim sepatutnya bersumpah....sila tanya diri masing-masing....atas dalil al-Quran or hadith apa anwar perlu bersumpah???.....berhujahkan ayat mana dalam al-Quran mention yang anwar perlu bersumpah???....sila tanya balik otak kita yang asyik dan selalu sangat kena tipu dek umno/be end???

alim ulama' dah cakap....kes anwar perlu diadili di mahkamah syariah...dan anwar tidak perlu bersumpah....tapi Kenapa anwar diadili di mahkamah sivil???....tanya diri masing-masing Kenapa anwar masih didakwa di mahkamah sivil sedangkan anwar seorang muslim???

p/s: sudah2 lah itu....janganlah kita terpedaya dengan orang2 yang jahat....kalau macam itu....dengan senang & mudahlah orang menyamun & merompak....then pergi masjid bersumpah tak pernah mencuri, tak pernah merompak, tak pernah merogol.

p/s ke-2: baca al-Quran pun tungganglang tajwid....bacaan al-fatiha pun tak berapa betul....ini kan pulak nak cakap tentang sumpah dengan al-Quran....memang melampau sungguh umno/be end ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-08-08 08:30


jangan main dengan api Kalau takut membakar diri

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 08:39


Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar
15-08-2008 09:36:42 PM
Oleh ZIEMAN mstar.com.my

PETALING JAYA: Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

"Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri," tegas Dr Asri ketika dihubungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri 'Seminar Tajdid' di USM, Kota Bharu berkata, "Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan sama ada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan."

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

"Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar," katanya lagi.

Tambahnya, "Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti."

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, "Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah."

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 08:45


salamualaik...
da angkat sumpah dah budak saiful tu..hmm...Ternganga depan tv..
lepas perbincangan dengan ulamak dan mufti2...dia(saiful) membuat keputusan untuk bersumpah..atas nama Allah s.w.t dan Al-Quran...
"sekiranya aku berdusta,aku,keluargaku dan seluruh keturunanku akan dilakhnat oleh Allah".ayat ni ana tak boleh lupa.....ana harap ada kebenaran di atas sumpahnya itu.Wallahualam..

org yang jahil sahaja berani bermain dengan Al-Quran dan kalimah syahadah...
harap jugak ni bukan permainan politik yang sememangnya dah kotor..

untuk DSAI pula,pttkah dia bersumpah lepas di cabar saiful??

Ya Allah,tunjukkan kebenaran kepada kami...
Jauhkan negara ni dari kemurkaanMU Ya Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 08:50


Assalamulaikum wbt dan salam ukhwafillah,

Ditakuti bila kita bermain2 dengan isu ini, bala Allah SWT sentiasa menanti tak kira orang jahat dan baik...

takutnye teman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 16-08-08 09:09


saya hairanla dengan kalian semua..dia dah bersumpah,jadi kita tunggu sajalah..ALLAH tu maha berkuasa...kita manusia biasa,tak perlulah nak komen lebih-lebih..siksaan ALLAH tu tetap ada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 11:28


Sekadar Mengingatkan….

Firman Allah swt dalam Surah An-Nuur;
Ayat 1
(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam) nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya
Ayat 6
Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah EMPAT kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar
Ayat 7
Dan (sumpah) yang ke LIMA bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta
Ayat 11
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar
Ayat 12
Mengapa diwaktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata, “Ini adalah sesuatu berita bohong yang nyataâ€
Ayat 13
Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan EMPAT orang saksi atas berita bohong itu? Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta
Ayat 15
(Ingatlah) diwaktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar
Ayat 16
Dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu, “Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besarâ€
Ayat 17
Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman
Ayat 18
Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu. Dan Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana
Ayat 19
Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
Ayat 20
Dan sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu semua, dan Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang..(nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 11:29


Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran dari kisah isteri Rasulullah SAW iaitu Saiyidatina Aisyah .a yang telah difitnah dan keterangan di bawah ini saya rujuk kepada Kitab Tafsir Quranul Karim (oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus)(halaman 511-513) berdasarkan kepada ayat 11-16 dan 19 Surah An-Nur.

Sekembali dari peperangan Banu Musthalaq, Aisyah turut dalam rombongan tentera. Di pertengahan jalan, pada suatu perhentian Aisyah pergi keluar, kerana suatu hajat, kemudian dia kembali ke sekdupnya.

Tiba-tiba dilihatnya kalungnya hilang tercicir. Lalu dia kembali mencari kalungnya itu. Sewaktu dia sedang mencari kalung itu, qafilah tentera berangkat tanpa menyedari bahawa Aisyah ketinggalan di belakang. Kemudian Shafwan yang berangkat di belakang tentera, melihat Aisyah tinggal sendirian. Maka tanpa berkata apa-apa kecuali, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, dia mempersilakan Aisyah naik kenderaannya. Lalu beliau pimpin unta itu, sehingga sampai bertemu dengan qafilah tentera.

Melihat hal sedemikian, kaum munafiq terutama ketuanya, Abdullah bin Ubaiya menyiarkan pembohongan dan fitnah terhadap Aisyah dan Shafwan itu.

Maka, dalam ayat 11 dan seterusnya Allah memberi peringatan dan pengajaran berikut:

1. Orang-orang yang menyiarkan kebohongan dan fitnah terhadap Aisyah itu, sebahagian dari kamu juga. Hal itu janganlah kamu kira kejahatan bagimu, bahkan kebaikan. Kerana dalam hal itu terselit pengajaran iaitu: Kita tidak boleh menuduh orang berbuat jahat dengan semata-mata melihat seorang pemudi berjalan berdua dengan seorang pemuda, lalu dituduh berbuat jahat.
2. Orang yang menuduh Muslimin/Muslimat berbuat jahat, harus menunjukkan 4 orang saksi. Kalau tidak, maka dia adalah bohong di sisi Allah.
3. Orang Mukmin dan Mukminat yang mendengar tuduhan itu, hendaklah bersangka baik terhadap saudaranya dan mengatakan: Itu adalah bohong semata-mata.
4. Berita yang kamu terima dengan lidahmu dan kamu katakan dengan mulutmu, sedang kamu tidak mengetahui kebenarannya, lalu kamu kira demikian itu tidak berdosa. Padahal di sisi Allah ia dosa besar.
5. Kalau kamu mendengar berita itu, hendaknya kamu katakan: Hal ini tidak patut kita perkatakan, Subhaanallah. Ini adalah kebohongan besar.
6. Sebenarnya orang yang menuduh itu dan orang-orang yang menyiarkannya telah berdosa; besar kecilnya menurut usahanya. Orang yang banyak usahanya mendapat siksaan yang besar.

Seterusnya menerusi Ayat 19 surah An-Nur dapatlah disimpulkan seperti berikut:

Orang-orang yang suka menyiarkan tuduhan yang jahat (berzina) pada orang-orang Islam, maka mereka mendapat siksa di atas dunia, iaitu didera 80 kali; dan di akhirat, iaitu masuk neraka jahannam.

Sebab itu jangan sekali-kali kita mempermudah-mudah mengeluar tuduhan kepada seseorang yang bernama baik, kerana memberi malu itu amat terlarang dalam agama. Orang yang berani menuduh itu, wajib mengadakan 4 orang saksi laki-laki, keempat-empatnya sebenarnya melihat orang itu berbuat jahat dengan mata kepalanya sendiri, bukan dengan semata-mata curiga atau khabar-khabar angin saja.

Dengan keterangan ini nyatalah kepada kita bagaimana kebagusan agama Islam, tentang menjaga kehormatan sesama manusia dan tidak boleh memberi malu antara seorang dengan yang lain.

Persoalannya, sudahkah kaum Muslimin dan Muslimat kita menurut aturan ini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 12:51


Pada 16-08-08 09:09 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

saya hairanla dengan kalian semua..dia dah bersumpah,jadi kita tunggu sajalah..ALLAH tu maha berkuasa...kita manusia biasa,tak perlulah nak komen lebih-lebih..siksaan ALLAH tu tetap ada...
tu lah pasal...tak habis-habis nak pertikaikan lagi sumpah org tu..sekarang dia berani bersumpah dengan risiko yang amat besar...kalau dia salah...dia akan terima balasan yang dia minta sendiri....berserah dan ada hari juga kita akan tau sapa yang benar dan sapa yang salah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 13:19


Sumpah Saiful tindakan bodoh
Intan Abdullah & Mohd Nor Yahya
Sat | Aug 16, 08 | 12:39:28 pm MYT

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.

"Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.

Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina.

Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.

Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.

Hukum yang disebut sebagai li'an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.

Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik.

"Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon."

"Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral," tegasnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah.

"Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh."

"Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah," katanya lagi.

Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar.

Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin.

"Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada," ujarnya lagi.

Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.

"Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila," katanya.

Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.

Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 14:00


baru tengok dia bersumpah.nampak sangatlah dia tu menipu dalam laporan kata lain dalam bersumpah kata lain.tengok bahasa badan dia pun dah tahu dia ni menipu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 20:18


Err.. SYAsyul pulak abe sepol time 'bersumpah'.. Lagi 10 hari nak kena l***t dah 'announce'

awal-awal? rasanya 26 ogos ni pilihanraya, tak ada masa DSAI nak 'layan encik sepol...
:-P

Lihat video dibawah:

http://www.youtube.com/watch?v=_DcKdf

mVOio


Macam tu ke rupa orang tengah 'trauma' 'deraan' s*tak? Tenang sungguh beliau...Maklumla, berani kerana 'benar'...

Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bersumpah bohong,
Lama-lama jadi _________________


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 20:31


Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Aug 16, 08 | 3:57:25 pm MYT

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan. Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.

"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut.

"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"

"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.

"Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak.

"Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?" tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak kena pada tempatnya.Dalam pada itu, Haron turut mempertikaikan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sebagai tidak dibuat dengan persiapan yang rapi apabila Saiful tersasul menyebut kalimah sumpah tersebut.

"Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun TERSASUL," katanya lagi.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif politik.

"Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar mengetahui prosiding sumpah seperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah."

"Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah?

"Adakah ia agenda dirinya atau orang lain," ujarnya lagi.

Walau apapun, Haron berkata ia hanya boleh dijawab dengan meninggalkan tanda tanya.Semalam upacara 'bersumpah' Saiful telah dijalankan di Masjid Wilayah Persekutuan terletak berdekatan dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Upacara itu diadakan sehari sebelum Anwar mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Sebelum Saiful 'bersumpah', pihak media telah berkumpul sejak selepas Asar, setelah diberitahu upacara sumpah 'mubahalah' akan dilakukan oleh Saiful.

Sebelum itu, Saiful didapati telah hadir di masjid tersebut sekitar pukul 4.30 petang semalam. Adalah difahamkan, Saiful telah 'disorokkan' di salah sebuah bilik dalam masjid itu.

Kelihatan dua orang pengawal keselamatan bersama seorang lelaki dan dua orang wanita sedang menunggu di hadapan pintu bilik tersebut yang sementara di hadapan pintu pejabat pentadbiran masjid, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu sedang berbual-bual dengan pengawal keselamatan.

Juga kelihatan bapa saudara Saiful, yang lebih dikenali dengan nama 'Uncle Pet' sedang bercakap dalam telefon bimbitnya dan dari sumber percakapan seperti mengatakan sesuatu tentang mengambil 'wudhu.'

Sejurus selepas itu, Uncle Pet memberitahu kepada wartawan yang Saiful ada di dalam.

"Dia kat dalam...," kata Uncle Pet tapi enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cadangan 'bermubahalah' ini pertama kali diusulkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Julai lalu.

Gesaan ini dibuat untuk meredakan kekalutan yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar menghadapi tuduhan meliwat oleh Saiful Bukhari. Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.

Menurut Asri, "Kedua-dua mereka (Saiful dan Anwar), baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah kerana inilah cara yang pernah Nabi buat dulu."

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

mukmin0904
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 20:51


ish..LAKNAT Allah kepada siapa yang buat sumpah palsu!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmin0904Profil   Hantar PM kepada mukmin0904   Quote dan BalasQuote

Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.07.2008
Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 21:08


Salam buat semua:-


            Hmm...........tak ada nak komen apa....cuma malu melihat dia mengangkat sumpah mengaku dirinya diliwat di skrin TV dan tak larat nak tengok, terus tutup TV.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ulfah_AzZahraProfil   Hantar PM kepada Ulfah_AzZahra   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 21:45


hanya Allah yang Maha Mgetahui siapa yang benar..jika tidak di dunia, akhirat pasti Allah akan tunjukkan siapa yang bsalah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 22:48


cuba tengok cara dia bersumpah dan lenggok badan dia.memang dah jelas dia menipu.


cuba dengar kesasulan dia,"26 aribulan 8... d.. d.. 26hb 6,tahun 2008.." Hmm,pelik,kan? dia tersasul tarikh pilihanraye kecik kat permatang pauh nanti.. UMNO pilih tarikh p

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 22:50


cuba denga sasul dia,"26 aribulan 8... d.. d.. 26hb 6,tahun 2008.." Hmm,pelik,kan? dia tersasul tarikh pilihanraye kecik kat permatang pauh nanti.. UMNO pilih tarikh p'raya tu tepat2 2bulan lepas tarikh fitnah mereka ke?sebab tu ke tarikh p'raya tu hari selase(1st time bukan hari ujung minggu),hari yang ramai pengundi tak boleh klua mengundi? UMNO dah takut sangat ke sampai nak elakkan org klua mengundi?mungkin sebab mereka tau yang org pmtg pauh takkan undi mereka,jadi baik bagi org tak boleh nak mengundi terus?

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rahimkawi
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2008
Ahli No: 33674
Posting: 17
Dari: gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 23:17


salam...komentar saya,mudah sahaja...untuk buka pandangan rakan-rakan sekalian..sama-sama lah kita fikirkan...dengan jiwa yang waras dan terbuka...

1. kalau lah betul saiful tu yakin yang dia tidak bersalah, kenapah dia perlu bersumpah..kita kan ada sistem perundangan. biarkanlah undang-undang yang mengadili perkara tersebut. kerna, sumpah dengan nama Allah itu bukanlah 1 perkara yang main-main. sumpah mubahalah ini sebbenarnya digunakan dalam keadaan sangat-sangat terdesak dan memang tiada jalan lain lagi. akan tetapi disini, masih lagi kita kira tidak terdesak. kerna kes telah dibawa ke tangan undang-undang. jadi disini, saya dapat katakan sumpah ini mungkin mempunyai tujuan tertentu dan diatur oleh orang tertentu. bukan mudah nak mengadakan sumpah yang diasaksikan ramai ustaz2 dan orang besar. hanya orang yang mempunyai pengaruh yang besar saja dapat merancang dan melakukannya.

2. tidak perlu lah rakan-rakan semua bimbang, Allah tidak akan zalim keatas hambaNYA. sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui. dia lah yang Maha Mengadili. kiranya sumpah itu sudah dibuat, pasti Allah akan tunjukkan kebenarannya. kita perlu berdoa sahaja. moga Allah memberi kita petunjuk yang benar.

3. dari fikiran kita yang waras, mustahil segala apa yang berlaku ini tiada kaitan dengan politik. kalau kita tengok dari segi perangan perkara yang berlaku peringkat demi peringkat, memang ada unsur untuk menggagalkan Anuar dari masuk ke kancah politik. kalau kita selami kes anuar yang dahulu, ketika dia dituduh liwat, dia depenjarakan, kesan sampingannya adalah anuar tidak dibenarkan bertanding dalam tempoh tertentu dalam pilihanraya kerana terdapat ke mahkamah pada dirinya. sekatan ini telah dinyatakan di dalam perlembagaan negara kita.hanya tinggal beberapa bukan saja tempoh itu hendak habis akan tetapi pilihanraya lalu telah diawalkan dari tempoh itu menyebabkan anuar tidak dapat bertanding. sebab itu anuar cabar pak lah untuk lewatkan pilihanraya lalu tapi diendahkan. jadi, sama-sama lah kita fikir apakah agenda yang terselindung disebalik apa yang berlaku sekarang ini.

3. dalam perasan ataupun tidak, dengan kes liwat saiful ini, rakyat keseluruhanyya telah hilang pandangan terhadap kes pembunuhan Altantuya. adakah ini agendanya....LU fikir lah SENDIRI.....

wasalam...yang baik dari Allah dan yang lemah dari kelemahan diri saya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahimkawiProfil   Hantar PM kepada rahimkawi   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 17-08-08 00:32


Assalamualaikum wbt…

Saya sebenarnya terkejut dengan reaksi sahabat2 di ukhwah berkenaan sumpah Saiful ni. Secara peribadi saya, saya cenderung untuk tidak percaya tuduhan Saiful keatas DSAI tersebut. Walaubagaimana pun, setelah melihat sumpah Saiful tersebut, saya mengambil sikap menghormati sumpah tersebut. Untuk mengelakkan kita melatah, sebaiknya kita memahami serba sedikit hukum pembuktian(ahkamul bayyinat) dalam Islam.

Sememangnya kes ini pelik kerana secara tiba-tiba, hukum pembuktian Islam cuba diketengahkan walhal ia dibawakan ke mahkamah kufur secular. Sebab itu mungkin, sumpah tersebut dibacakan di masjid sedangkan sepatutnya ia adalah sebahagian dari pembuktian Islam yang sepatutnya dijelaskan dihadapan qadhi di mahkamah.

Bukti dalam Islam hanya ada 4 jenis,tidak lebih dari itu, iaitu:-
a) pengakuan
b) sumpah
c) kesaksianan
d) dokumen bertulis yang meyakin

Hukum asal bagi si penuduh, bagi kes ini Saiful, adalah mendatangkan saksi. Imam Baihaqi dengan isnad yang shahih dari Nabi saw:
“Bukti itu wajib bagi orang yang mendakwa, dan sumpah itu wajib bagi orang yang mengingkarinyaâ€

Walaubagaimana pun, sekiranya dia tidak mampu mendatangkan saksi, hendaklah dia bersumpah.

Ibnu Abas, Ali dan Abu Hurairah menyatakan Rasulullah memutuskan dengan sumpah dan saksi.
“Sumpah itu wajib didasarkan kepada niat orang yang meminta†(hari Muslim)

Oleh itu, sekiranya penuduh telah bersumpah, tertuduh juga wajib membalas sumpah tersebut dengan menafikannya. Bagi kita yang tidak terlibat tidak sepatutnya kita menghakimi sendiri dengan terburu-buru tetap tidak mempercayai sumpah tersebut, mengutuk orang tersebut, menuduhnya berbohong dsbnya. Bersumpah dengan nama Allah adalah sebahagian dari ahkamul bayyinat fil islam, maka sesiapa yang mempersoalkannya adalah merupakan perlanggaran hukum syara.

Yang lebih menyedihkan lagi, perundangan kufur akan tetap ’mengadili’ tuduhan ini. Sumpah atas nama Allah dipermainkan tanpa ada nilai dalam pembuktian system secular, Cuma jadi bahan politik dan sensasi.

Apa pun, kita sebagai individu beraqidah Islam WAJIB melihat setiap aspek dari perspektif Islam, bukan emosi atau ketokohan individu yang kita sokong/benci termasuk dalam kes tuduhan liwat ini. Hizbut Tahrir menjelaskan perkara ini dan hukum-hukum Islam yang lain dalam pentarbiahan supaya kita dapat melihat segala permasalahan kehidupan dengan kacamata Islam. Jadi, kepada sesiapa berminat jom datang halaqah Hizbut Tahrir.

Wuzara    
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 11:09


“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik†Surah An-Nuur ayat 4

So, tak payah pening2 kepala..semuanya sudah dijawab oleh Allah… Ayat ini diguna pakai untuk kes liwat juga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 17-08-08 12:08


Pada 17-08-08 11:09 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik†Surah An-Nuur ayat 4

So, tak payah pening2 kepala..semuanya sudah dijawab oleh Allah… Ayat ini diguna pakai untuk kes liwat juga.

salam..

Rashdin, ayat tersebut tidak membatalkan keumuman hukum sumpah. Selanjutnya, dalam ayat 5, dinyatakan pengecualian terhadap saksi fasiq tersebut. Ini kerana dari segi ushool fiqh, lafaz muthlaq tidak ditaqyid baik secara mutthasil mahupun munfashil, maka perlu diamalkan sesuai dengan kemuthlakannya, tanpa ada batasan.

Sebab itu sebaiknya, kita fahami hukum pembuktian Islam terlebih dulu. Antaranya adalah hukum kesaksian. Secara umumnya dalam banyak kes Islam, menuntut 2 orang saksi lelaki yang adil, tetapi ada kes yang menuntut 4 orang saksi dalam kes zina, ada juga 1 orang saksi dalam kes ru'yatul hilal. Juga, hukum jika tidak dapat mengemukakan saksi.

Insyaallah, ushool fiqh ada dibahaskan dalam halaqah Hizbut Tahrir. Ia dibahaskan dengan rinci, mengambil masa lebih 2 tahun dan memerlukan asas bahasa arab untuk memahaminya dengan baik. Berminat? Jom datang halaqah Hizbut Tahrir.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 15:34


Pengakuan sumpah yang telah dibuat oleh si Sayfool tu sememangnya bermotifkan politik..kenapa pengakuan sumpah tu tak dibuat dari awal-awal lagi...kenapa buat sehari sebelum hari penamaan calon di Permatang Pauh ???

Najib : Nah, ambil duit ini..esok pergi buat pengakuan sumpah kat masjid.
Sayfool : Beres bos...Mengikut arahan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 15:40


Sapa ajar sumpah macam tu ???!
dah lah tak hormat langsung kitab suci AL-QURAN dipegang dengan tangan kiri dan "sumpah di baca pada sekeping kertas...sedih tengok org melayu islam sendiri mempermain main dan mempersendakan ajaran islam ..MEMALUKAN DAN SUNGGUH MENYEDIHKAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 15:49


Betul tu Rashdin...memang memalukan seluruh umat Islam kat negara kita ni dan jugak seluruh dunia...Imam2 yang ada kat sebelah si Sayfool masa dia buat pengakuan sumpah tu kenapa diam saja bila sayfool buat begitu...sedih lah...cepat-cepatlah; tukar kerajaan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 16:16


salam...
sewaktu ana dan sahabat seisi rumah melihat pengakuan sumpah saiful...ana dan sahabat-sahabat srumah masing-masing ternganga...pengakuan sumpah tu boleh diibaratkan perbuatan berani mati saiful..bila terbit kta2 "Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat." dan "Saya juga amat memahami bahawa sumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa malapetaka dan bencana kepada saya, serta keluarga, keturunan saya selamanya oleh Allah SWT. " hati kecil ini brkata apakah mtifnya semua ini...kp harus begini jadinya...Ya Allah selamatknlh umat mu ini...

sama-sama lah kita melihat kebenarannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 16:44


tak terbayang nanti azab dan laknat Allah kepada dia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

azizaffa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2006
Ahli No: 22743
Posting: 220
Dari: johor bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 00:53


Orang yang di tuduh tak perlu bersumpah. Yang pasti ia mesti mempertahankan dirinya tidak bersalah. Itu adalah tepat dan jelas. Orang yang benar hanya berdiam diri secara bijaksana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azizaffaProfil   Hantar PM kepada azizaffa   Pergi ke azizaffa's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 18-08-08 06:48


Pada 18-08-08 00:53 , azizaffa posting:

!!! QUOTE !!!

Orang yang di tuduh tak perlu bersumpah. Yang pasti ia mesti mempertahankan dirinya tidak bersalah. Itu adalah tepat dan jelas. Orang yang benar hanya berdiam diri secara bijaksana.


Apabila berkata sesuatu berkaitan agama, wajiblah ia sesuatu yang datang dari sumber yang syar'ie. sangat bahaya, jika statement yang dikeluarkan bertentangan dengan dalil syar'ie.

" Bukti itu wajib bagi orang yang mendakwa, sedangkan sumpah itu wajib bagi orang yang mengingkarinya" (Hadith Riwayat Imam Baihaqi)

Jika kita kembali kepada hukum persaksian Islam, sekiranya pendakwa tidak dapat membawa saksi, maka hendaklah ia bersumpah. Saya dah jelaskan sebelum ini sama ada di thread ini atau thread satu lagi.

Walaupun prosedur sumpah Saiful itu tidak tepat, tetapi beliau tetap terikat dengan sumpah atasa nama Allah itu. Analogi yang boleh saya berikan, seorang lelaki dan wanita yang bernikah. Walaupun majlis akad nikah itu dipenuhi kemaksiatan dengan joget lambak, pengantin perempuan membuka membuka aurat dsbnya,... pernikahan tersebut tetap sah selagi mana memenuhi rukun dan syarat sah nikah.

Saya bukan menyebelahi Saiful, tetapi kesal juga kalau hukum persaksian Islam dipermainkan. Kalau Saiful nak mempermainkannya, itu urusan dia dengan Allah. tetapi jangan sampai kita yang berani mendakwa, kecuali kita ada bukti seperti kata Rasulullah seperti melihat matahari.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 23:09


Sukma, Munawar pernah tarik balik sumpah - Anwar
Message:     
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Hrkh) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan terdapat pelbagai percanggahan yang berlaku termasuk mempermainkan agama dalam kes yang melibatkan pertuduhan terhadap dirinya. Iklan
" Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik Umno dan mempermainkan al-Quran dan agama?
"Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?" katanya yang dilihat mempersoalkan sumpah Saiful Bukahri Azlan baru-baru ini.
Kata Anwar dalam blognya perkara ini telah dirujuk ke Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam.
"Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak sama sekali kemungkinan ia berlaku. Dalam masa sama, Saiful masih dalam kawalan polis!" katnya
Percanggahan kes ini cukup banyak kata Anwar dan mempersoalkan sama ada isu terbabit melibatkan perbuatan rela atau dipaksa malah pihak polis masih tidak menjawab penglibatan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Rosmah Mansor.
"Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik umno dan pilihan raya kecil.
"Pada tahun 1998 Sukma dan Munawar juga bersumpah dimahkamah tetapi menarik kembali sejurus 3 bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya," katanya._

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-08-08 23:32


bukan nak berbangga.....tapi this is the fact.....naruto-san bukan lepasan sekolah rendah....bukan jugak lepasan high school....tapi naruto-san lepasan universiti.

kalau naruto-san percaya fitnah liwat meliwat ini......jatuhlah martabat naruto-san sebagai seorang mahasiswa yang pernah belajar di universiti.

saudara/I nak tipu ayam, itik, biawak & cacing bolehlah dengan bawa cerita liwat-liwat......tapi naruto-san ini graduan universiti.....benda simple macam ini.... naruto-san tahu ianya satu conspiracy.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 18-08-08 23:35


saya pun sependapat dengan naruto.lepas ni tengok apa akan terjadi

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-08-08 19:27


Berita terbaru aku dapat…..
Shaiful Azlan Bukhari datang bersama-sama seorang pemimpim utama negara semasa pengumuman calon UMNO di Hotel Sunway seberang jaya baru-baru ni…..
yang menjadi persoalan Kenapa dia berada bersama dengan Pemimpin Umno ni kalau Puak umno menafikan kaitan mereka dengan Saiful ni….
Dan yang lagi menyedihkan Si Saiful datang dari KL dengan menaiki sebuah pesawat Folker VVIP milik tentera udara diraja malaysia yang hanya di khaskan untuk kegunaan Yang DI Pertun Agong dan Perdana Menteri saja untuk tugas-tugas rasmi kerajaan…..
Yang menjadi persolannya siapa saiful ni begitu istimewa di mata pemimpim UMNO hinga di sama tarafkan dengan Agong dan PM…?
Kalau MB kedah di pertikan kan kerana menggunakan pesawat Khas ketika menjemput sultan Brunai menghadiri Jubli Sultan Kedah Kenapa si Saiful ni senang-senang menggunakan pesawat kerajaan yang di Khaskan untuk Agong dan PM……?

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 19-08-08 19:39


Hm .. bertuah ek jadi 'Saiful Bukhari' .. hehe!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 19-08-08 19:40


Dapat naik pesawat macam tu senang-senang saja .. Apapun, kita tengok lah nanti kan?? ALLAH SWT pasti akan tunjukkan siapa yang benar dan salah ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-08 19:59


Kes liwat: Saiful jumpa JAWI
Andrew Ong | Aug 19, 08 11:43am

Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar brahim, memberi keterangan berhubung dakwaannya itu kepada Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Dengan memakai baju kemeja berwarna biru dan berseluar hitam serta bersongkok, beliau tiba jaml 10 pagi dengan iringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idris.

Mohd Saiful dipercayai dipanggil oleh JAWI bagi memberi keterangan mengenai dakwaan kononnya beliau diliwat pada 26 Jun lalu oleh Anwar yang juga bekas majikannya.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

Saiful berada selama tiga jam di JAWI dan beredar dari situ tanpa disedari oleh para wartawan yang menunggunya.

Saiful berjaya mengelak kira-kira 12 orang wartawan yang menunggu di sekitar pintu di bangunan Jawi.

Tiga jam di JAWI

Apabila Saiful keluar dari jabatan tersebut pada kira-kira jam 1.10 tengahari, dia tidak mengendahkan para media seperti sebelum ini.

Dia ditemani oleh beberapa orang yang tidak dikenali sebelum terus menaiki kereta Proton Waja yang terus beredar dari situ.

Menurut saksi, kelihatan empat lelaki berkaca hitam di dalam kereta tersebut.

Saiful kini dalam perlindungan polis dan tidak diketahui di mana dia berada.

Manakala peguam Saiful - Zamri - juga mengelak dan enggan mengulas mengenai kehadiran Saiful di JAWI.

Sebelum beredar, Zamri hanya berkata, Saiful datang untuk menemui beberapa pegawai JAWI.

Bernama pula memetik Zamri memberitahu pemberita bahawa kedatangan Mohd Saiful ke JAWI bukan berhubung siasatan mengikut kesalahan qazaf.

"Tujuan datang pagi ini untuk bertemu dengan pegawai JAWI. Ini bukan berkaitan qazaf, kita akan maklumkan kemudian," katanya.

Pada 9 Julai lalu, Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful, kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan JAWI, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

Angkat sumpah

Penasihat PKR itu dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, atas nasihat ulama dan peguam, beliau telah membuat aduan tersebut bagi membersihkan namanya dan keluarganya daripada fitnah jahat dan mengaibkan itu.

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

Pada 15 Ogos lalu, Saiful mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel kemudiannya, Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR itu di kondominium mewah di Damansara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-08 20:01


Akta DNA 'kebetulan' dengan kes Anwar
Aug 19, 08 4:19pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Sambil menolak tanggapan kononnya rang undang-undang itu ada kaitan dengan kes meliwat yang dihadapi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri berkata hal yang berkaitan dengan DNA dan akta itu sudah lama hendak dibawa oleh kerajaan ke Dewan Rakyat.

Kalaupun DNA menjadi satu isu dalam kes berkenaan, "itu satu kebetulan", katanya di Batu Berendam, Melaka.

"Akta ini baik untuk kita dan untuk masa depan kerana ia akan menjadi satu pendekatan penting dalam usaha pihak berkuasa untuk meningkatkan keberkesanan tindakan membasmi jenayah," katanya, lapor Bernama.

Abdullah diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak penggubalan akta itu, yang mewajibkan suspek kes jenayah memberi sampel DNA mereka kepada pihak berkuasa, "bermotifkan politik".

Pada 7 Ogos lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lepas.

Semasa ditahan polis 16 Julai lepas, bekas timbalan perdana menteri itu enggan membenarkan sampel DNA beliau diambil dengan alasan ia boleh dimanupulasi.

Abdullah berkata bukan menjadi niat dan tujuan kerajaan mewujudkan akta berkenaan kerana kes Anwar itu.

Sebaliknya, kata perdana menteri lagi, undang-undang itu digubal bagi membantu penyelidikan yang mungkin memerlukan DNA untuk membuktikan sesuatu.

Ditanya adakah kerajaan bercadang mewajibkan data DNA diambil semasa bayi baru lahir, Abdullah berkata itu akan diputuskan semasa rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.

"Kalau ada apa-apa kekurangan mengenai akta itu yang perlu ditambah lagi atau perlu dibuat pindaan, maka pindaan itu dibenarkan walaupun semasa perbahasan nanti," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

maestra_dila
WARGA SETIA
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31514
Posting: 404

spain   avatar


posticon Posting pada: 20-08-08 03:21


Assalamualaikum...

mudah2han Allah memberi petunjuk siapa yang dipihak benar.. amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For maestra_dilaProfil   Hantar PM kepada maestra_dila   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 20-08-08 06:08


Salam...

saya terkejut juga melihat keberanian saiful bersumpah.

dan saya terkejut juga melihat keengganan DSAI bersumpah. Apakah DSAI menunggu tarikh yang sesuai?

Tetapi saya pelik jika ada pihak apatah dari golongan ulama yang menyatakan DSAI tidak perlu bersumpah, atau sumpah Saiful tidak sah(kerana tidak mampu mendatangkan bukti). Malah, menjadikan kes Aisyah sebagai dalil, walhal kes ini tidak sama dengan kes Aisyah kerana tuduhan tersebut adalah khabar angin, yang Nabi sendiri sebagai suami tidak pasti kebenarannya.

Sedangkan Saiful sendiri mengaku dia telah diliwat. Jadi sama ada benar atau tidak, hanya dia, DSAI dan Allah saja yang t

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 20-08-08 06:27


Salam...

saya terkejut juga melihat keberanian saiful bersumpah.

dan saya terkejut juga melihat keengganan DSAI bersumpah. Apakah DSAI menunggu tarikh yang sesuai?
" Bukti itu wajib bagi orang yang mendakwa, sedangkan sumpah itu wajib bagi orang yang mengingkarinya" (Hadith Riwayat Imam Baihaqi)

Tetapi saya pelik jika ada pihak apatah dari golongan ulama yang menyatakan DSAI tidak perlu bersumpah, atau sumpah Saiful tidak sah sedangkan kesalahannya adalah teknikal. Malah, menjadikan kes Aisyah sebagai dalil, walhal kes ini tidak sama dengan kes Aisyah kerana tuduhan tersebut adalah khabar angin, yang Nabi sendiri sebagai suami tidak pasti kebenarannya. Juga mengunakan annur ayat 4 dengan dengan tafsiran sekerat-sekerat.

Sedangkan Saiful sendiri mengaku dia telah diliwat. Jadi sama ada benar atau tidak, hanya dia, DSAI dan Allah saja yang tahu. Kes seperti ini kerap kali mungkin boleh terjadi. Seorang wanita dirogol misalnya, jarang sekali dapat mengemukakan saksi.Yang mampu dilakukan adalah bersumpah dan mengemukakan bukti sekiranya mampu.

Bayangkan, jika wanita itu tidak dapat dapat membawakan saksi, dan sumpahnya tidak diterima, si perogol gembira lepas begitu saja. Inilah yang dulu dimomokkan oleh BN apabila PAS mencadangkan hudud. Tetapi pada masa itu, pelbagai penyelesaaian Islami dikemukakan. Tapi sekarang dah terbalik, pembangkang pula yang menafikan kesaksian atas nama Allah tersebut sebagai salah satu pembuktian.

Saya bukan menyokong Saiful, dan saya benci dengan BN yang melaksanakan sistem kufur. Dan saya akui, mereka mempermainkan hukum Islam dalam bab kesaksian ini. Tetapi janganlah kita pula nak mempermainkan hukum Allah ini.

Apakah tindakan kita ini didasari hubungan kita dengan Allah swt yang terikat dengan halal dan haram? Atau kita terdesak untuk meraih sokongan dalam politik demokrasi hari ini? Inilah demokrasi, hukum kufur yang mendorongnya pengikut menjadikan maslahah sebagai asas, untuk memancing undi.

wallahua'lam

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-08-08 23:56


Anwar Tidak Perlu Bersumpah - Mufti Perak
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Media, Pakatan Rakyat and Sidenotes

muftiperak.jpg

Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato’ Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

“Kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud,†katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.â€

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

“Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,†tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.

“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,†tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

“Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan,†tegas beliau.

Mohd Rashidi Hassan

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

LebahPemburu
Warga Rasmi
Menyertai: 21.06.2008
Ahli No: 33743
Posting: 7
Dari: Bumi Bertuah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-08-08 01:53


Assalamualaikum

Segala pujian hanya bagi ALlah dan selawat serta salam buat junjungan Muhammad S.A.W

Pelbagai persoalan timbul dalam isu ini menjadikan semua rakyat keliru dan mengelirukan. Semoga Allah melindungi kita dari bisikan syaitan dan kuncu2 nya.

Pada 20-08-08 23:56 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Anwar Tidak Perlu Bersumpah - Mufti Perak

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.


Persoalan : Kenapa anwar tak nak sumpah?

Ini kesimpulan Husam Musa setelah merujuk beberapa Kitab. Untuk matan kitab sila rujuk Laman Web Husam

!!! QUOTE !!!

Jelaslah dalam matan-matan kitab yang telah dirujuk menunjukkan hukuman hudud bagi jenayah liwat adalah di bawah bab jenayah zina dan hukumannya sama bahkan lebih berat. Sementara tuduhan zina ke atas seorang yang muhsan membawa kepada jenayah qazaf, sudah tentu tuduhan liwat, yang disebut oleh Imam al-Mawardi yang liwat itu adalah perlakuan yang lebih dahsyat daripada zina itu juga diambil kira sebagai qazaf.

Sementara jika ada seorang yang mengaku dirinya diliwat tanpa mendatangkan baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf syara’ ,sedangkan orang yang kena tuduh itu pula menafikan tuduhan tersebut dan dia meminta kepada qadi agar orang yang menuduh itu didakwa sebagai orang yang melakukan qazaf. Dan orang yang menuduh itu kerana menguatkan hujjahnya, dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh itu bersumpah menafikan yang dia telah meliwat orang yang menuduh. Maka apabila orang yang kena tuduh itu bersumpah maka orang yang menuduh itulah yang dijatuhkan hukuman had qazaf.

Sekiranya orang yang menuduh itu mempunyai baiyyinah atau qarinah, sepatutnya dia menthabitkan jenayah orang yang kena tuduh itu dengan menggunakan baiyyinah dan qarinah tersebut, jangan diminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, kerana sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah menafikan yang dia meliwat orang yang menuduh, maka hukuman had qazaf jatuh ke atas orang yang menuduh. Itulah kefahaman kebanyakan ulama dalam mazhab Imam as-Syafi’ie. Ini kerana apabila dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, implikasi undang-undangnya ke atas orang yang membuat tuduhan ialah dia mesti menerima butiran sumpah yang dibuat oleh orang yang kena tuduh

Bagaimana pula sekiranya orang yang membuat tuduhan itu tidak mempunyai baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf oleh syara’ dan mendesak agar orang yang kena tuduh bersumpah? Tidakkah dia takut kepada hukuman lapan puluhan sebatan thabit ke atas zimmahnya, serta dia akan dikira sebagai seorang yang pembohong di sisi hukum syara’. Mengikut Imam as-syafi‘ie dan sebahagian ulama yang lain, sekiranya orang yang melakukan qazaf ini bertaubat sekalipun, maka taubatnya itu di antara dia dan Allah, dari segi perlaksanaan hukum syara’ dia dikira sebagai ‘fasiq’ sampai bila-bila.

Begitulah perincinya hukum Islam, alhamdulillah keperincian perbincangan hukum itu juga dikupas oleh ulama-ulama jawi dalam kitab-kitab mereka. Kita diwariskan dengan khazanah ilmu yang sangat bernilai dan mendalam sifatnya, rugilah bangsa yang tidak tahu menilai warisan sendiri serta dalam kejahilan mereka itu pun , mereka sanggup memandang orang tua mereka sebagai orang yang tidak memahami Islam yang luhur dan lengkap-melengkapi sebagaimana yang mereka faham sekarang. Aduhai bangsaku, adakah ini nasib kita selepas 51 tahun merdeheka…..


Semoga kita baca dan faham dengan teliti dan tidak terhasut dengan bisikan syaitan.

Wallhualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For LebahPemburuProfil   Hantar PM kepada LebahPemburu   Quote dan BalasQuote

Zaujiha
Warga Rasmi
Menyertai: 14.07.2008
Ahli No: 34033
Posting: 5

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-08-08 02:01


!!! QUOTE !!!

Tulisan ini dipetik daripada buku "Qazaf: Mangsa Fitnah" (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001) tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Buku bersifat kontemporari ini diharap dapat merungkaikan persoalan berhubung tuduhan liwat dan qazaf yang dikategorikan sebagai jenayah hudud dalam sistem perundangan Islam.

Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat

Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.

Iqrar (Pengakuan)

Hadis riwayat Abu Hurairah .a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):

"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina." Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau gila?" Dia menjawab: "Tidak." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah engkau telah berkahwin?" Dia menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): "Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia."

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja." Dia menjawab: "Tidak. Sebenarnya saya telah berzina."

Mengikut riwayat yang lain: "Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa." Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):
"Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya." Sabda Rasulullah s.a.w. : "Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah." Wanita itu berkata lagi: "Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada

Ma'iz bin Malik?" Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah masalah engkau?" Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah benar?" Wanita itu menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersalinlah dahulu."

Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: "Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu." Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: "Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah." Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu."

Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

Syarat-syarat iqrar

1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):

"Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar."

2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):

"Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa."

3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.

4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma'iz bin Malik.

5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Menarik Balik Pengakuan

Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Saksi

Firman Allah (al-Nisa': 15) yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka."

Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi..."

Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.

2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.

3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.

4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.

6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.

7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.

8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.

9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.

Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.

Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."

Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.

Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.

Bersumpah
Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.

Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Syarat orang yang melakukan zina dan liwat

Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf
2. Berakal
3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa
4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat
5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
6. Berzina atau berliwat dengan manusia
7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.

Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.

Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.

Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.

2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.

Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.

Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.

Syarat-syarat Qazaf

Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.

Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:

1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.

2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.

3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.

4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam.

Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf

2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.

3. Islam, mengikut jumhur para ulama.

4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.

5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.

Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.

Mensabitkan Jenayah Qazaf

Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:

1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.

Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf

Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?

Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.

Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila

maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.

Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.

Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.

Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.

Hak Tuduhan Qazaf

Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.

Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.

Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)

Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.

Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.
Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta

maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.

Hukuman di dunia

Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.

2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.

Hukuman di Akhirat:

Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."

Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.
Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.- tajdid


Sumber Harakahdaily

Mungkin ini jawapan Kenapa ustaz Hadi tidak setuju Anwar bersumpah. Selainnya kita serah pada Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ZaujihaProfil   Hantar PM kepada Zaujiha   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-08-08 10:37


jadi tak perlu kita ni mendesak DSAI supaya bersumpah.nanti jadi benda lain susah.saya tahu DSAI ada cara nak atasi masalah ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-08-08 13:49


oh ya ada lagi penjelasan tentang isu sumpah ini.mari kita sama-sama dengarkan


http://www.youtube.com/watch?v=IWb7ORIxCTQ&feature=related

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

abadaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-08-08 16:22


salam...
isu ni tak boleh buat main-main..

dalam wasiat nabi s.a.w kepade saidina ali pun ada nyatakan..janganlah bersumpah atas nama Allah sama ada benar atau dusta kecuali dalam keadaan darurat..

nabi tak menggalakkan..

tapi sekarang, dah berapa menteri di negara kita yang tercinta ni membuat sumpah ...dah jadi macam satu tradisi..

sebagai pemimpin, perlu tunjuk contoh yang baik...jangan main-main dengan nama Allah..

kesal+kecewa+terkilan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abadaaProfil   Hantar PM kepada abadaa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-08-08 16:25


lepas ni tak payahlah buat penjara lagi dah sebab bila dah buat jenayah,bersumpah saja dan mesti lepas punyalah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-08 21:26


salam... sahabat2.. ana minta antum semua baca tafsir ayat 8- 16 surah al-Qalam... Allah telah memberitahu mengenai sikap orang yang suka bersumpah ni... kalau siapa yang ada ilmu lebih dan ada tafsiran daripada ulama2 muktabar tentang ayat2 ni kongsilah dengan ikhwah2 yang lain... ana nak sangat tahu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-08-08 02:20


Salam, sekadar nak lontarkan pandangan peribadi berdasarkan sekelumit ilmu yang baru saya pelajari. Kalau ada yang tersilap, silalah betulkan. Dan mohon maaf sekiranya post saya ini tidak mengikut flow perbincangan...

1. Sumpah dan pengakuan sepatutnya dilakukan bagi membersihkan nama sendiri, dan bukannya untuk mencemarkan nama orang lain.

2. Mubahalah pula tidak sepatutnya dilakukan dalam kes-kes yang melibatkan jenayah, sebaliknya bertujuan untuk mencari kebenaran dan hal-hal aqidah. (betulkan saya kalau tersilap)

3. Apakah tindakan selanjutnya sesudah beliau mengangkat sumpah? Alim 'ulama dan mufti di Malaysia khususnya langsung tidak menyentuh tentang soal ini. Sudahnya, kes liwat ini akan dirujuk kepada sistem perundangan sekular juga. Ini bukannya penyelesaian Islami. Walaupun ada ulama' yang menyeru supaya kes ini dibicarakan di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, namun ia tetap tidak syarie kerana hukuman yang sewajarnya ialah hukuman bunuh.

4. Mari kita sama-sama renungi hakikat ini. Saiful Bukhari mengaku bahawa beliau diliwat tanpa kerelaan, namun mengapa kes ini disiasat di bawah penal code 377B? Orang yang ambil law pasti faham apa yang ingin saya sampaikan. Ringkasnya, 377B membicarakan kes liwat "suka sama suka". Bukanlah saya nak mengagungkan sistem perundangan kufur ini. Sebaliknya apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah;

Pertama, sekiranya dilakukan secara suka rela, maka menurut hukum Islam, Saiful Bukhari mengakui telah melakukan liwat, dan hukumannya ialah hukuman mati (bagi si pelaku dan yang diperlakukan secara suka sama suka).

Kedua, jelas di sini terdapat percanggahan (contradiction) dalam kes ini. Dengan media, Saiful kata dia dipaksa, dalam mahkamah 'suka sama suka', bila bersumpah pula, beliau langsung tidak menyebut ataupun memberikan indikasi bahawa beliau dipaksa.

5. Pengakuan merupakan suatu yang diterima oleh Islam (seperti yang telah dikongsikan oleh wuzaraa), namun hanya tertakluk kepada diri orang yang membuat pengakuan itu sahaja, dan tidak applicable kepada pihak kedua atau ketiga yang terlibat. Misalnya, apabila seseorang itu mengaku bahawa dia berzina dengan si fulanah, hanya dia sahaja yang akan dihukum sebat (ghairu muhsan) dan si fulanah pula tidak dikenakan hukuman setakat ini. Kemudian si Qadhi akan memanggil fulanah untuk didakwa, sekiranya fulanah menafikan; dan si pendakwa (yang membuat pengakuan itu) pula gagal menghadirkan empat orang saksi, maka si pendakwa akan dijatuhkan pula hukuman qazaf.

Dalam kes liwat ini pula (dengan mengandaikan bahawa sistem Islam yang hakiki diterapkan), sekiranya Saiful membuat pengakuan diliwat dan beliau gagal membuktikan bahawa dia melakukannya di bawah paksaan (ikrahul mulji'), maka beliau akan dihukum bunuh. Sekiranya beliau menghadirkan bukti bahawa beliau diletakkan dalam keadaan yang dipaksa (ikrahul mulji'), barulah beliau tidak dikenakan hukuman bunuh.

“Barangsiapa yang kalian dapati sedang melakukan perbuatan kaum Luth (yakni liwat), maka bunuhlah keduanya†hari Imam lima kecuali An-Nasaie

(P/s: Mungkin wuzaraa, ibnu_musa ataupun sesiapa yang arif boleh berikan penjelasan lebih detail berkenaan ikrahul mulji'. Setakat kefahaman saya, ikrahul mulji' ialah apabila paksaan tersebut sehingga benar-benar mengancam nyawa ataupun mendatangkan kecederaan yang teramat sangat. Kalau setakat diugut untuk dipecat ataupun dipotong gaji, itu tak termasuk dalam ikrahul mulji'. Bukanlah saya maksudkan bahawa ini yang terjadi pada Saiful, sekadar memberikan contoh).

Namun, pengakuan tersebut tidak akan mensabitkan pihak kedua yang terlibat dalam kes liwat ini (i.e. DSAI) dan beliau (DSAI) tidak akan dihukum semata-mata oleh pengakuan Saiful melainkan;
i) DSAI sendiri juga membuat pengakuan,
ii) Saiful mendatangkan dua orang saksi (termasuk dirinya) i.e. bayyinat.

Sekiranya Saiful gagal menghadirkan saksi yang mencukupi, maka beliau akan turut dikenakan hukuman menuduh tanpa bayyinat sebelum dihukum bunuh. Manakala jika beliau dapat membawa saksi yang mencukupi (i.e. dua orang), maka perbicaraan akan diteruskan dan DSAI akan dihadapkan ke mahkamah bagi mengemukakan pembelaan diri. Seterusnya, Qadhi akan mendengar dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan.

6. Saya tak memihak kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya menyatakan pandangan syarak setakat yang termampu. Sama ada kes liwat ini benar ataupun tidak, saya tak berani untuk menyatakannya selagimana bukti yang jelas nyata 'terpampang di depan mata'. Apa yang pasti ialah, tak kiralah sama ada benar ataupun tidak, skandal ini telahpun dimanipulasikan oleh pihak BN sebagai senjata untuk menjatuhkan DSAI serta membunuh karier politik beliau.

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-08-08 02:27


Pembetulan...

1. hari = hadis riwayat

2. "...saya tak berani untuk menyatakannya selagimana bukti yang jelas nyata 'terpampang di depan mata'."

tukar kepada;

"...saya tak berani untuk menyatakannya selagimana bukti yang jelas nyata tidak 'terpampang di depan mata'.

mohon maaf...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ana_saleh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 32794
Posting: 38
Dari: cheras

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-08-08 07:55


Alhamdulillah, ana lihat DSAI boleh bertanding di PP. dan sahabat2 yang pernah mnghantar komen menfitnah mengatakan bahawa ini adalah semata-mata menghalang DSAI dari bertanding tidak benar sama sekali. InsyaALLAH, DSAI akan bertanding....
Semoga ALLAH memilih pemimpin yang benar. kita tunggu dan bukan berdasarkan emosi.... Ana memilih untuk menghormati sumpah saiful dan berharap agar kebenaran di antaranya akan terbukti....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_salehProfil   Hantar PM kepada ana_saleh   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-08-08 08:47


salam...
betul ghazi...
Lepas dah kaji dan dengar...sumpah si saiful ni tak mengikut hukum syarak...dan lebih menyedihkan disokong oleh sesetengah para ulama dan mufti..apa lah nak jadi..:(

Sumpah yang dia buat...sama dengan sumpah Li'an...
Hakikatnya dia boleh bersumpah tapi tanpa menyebut nama tertuduh (Anwar) sebab dia (Saiful) gagal mengemukakan 4 orang saksi yang adil.(qasaf)
Sumpah yang dibuat tu bertentangan dengan hukum syarak dan mengaibkan Anwar..Ni dah jatuh haram..

Mana alim ulama yang belajat tinggi-tinggi tapi tak mengkaji hal-hal ni dengan teliti..
Umat islam dengar..masyarakat lain semua dengar..Ini akan memalukan agama islam kita sendiri...dan buat orang yang tak faham akan terus tak faham dengan hukum dan undang-undang islam yang sememangnya adil dan teratur...

Majlis Agama Islam Malaysia harus buat pembetulan mengenai hal ini..jangan dibiarkan dan jangan jadi jahil dengan mengikut arahan org yang tak faham hukum islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-08-08 09:05


seingat naruto-san....orang yang mula-mula menyarankan saiful bersumpah adalah ustaz asri mufti perlis.

tapi....saranan ustaz asri tersebut ditempelak oleh ustaz harussani mufti perak, ustaz hashim yahya bekas mufti wilayah persekutuan, presiden persatuan ilmuan Islam antarabangsa syeikh yusuf al-qardawi, syiekh toha & etc.

naruto-san antara orang yang menghantar comment dalam website ustaz asri, menghantar email kepada ustaz asri.....meminta beliau memperbetulkan kembali kenyataannya.....tapi sehingga kini ustaz asri mengambil sikap berdiam diri & membiarkan kenyataannya dijadikan hujah oleh orang umno.

sungguh kecewa dengan ustaz asri....dia tidak amanah dengan ilmu yang dipelajari.

sehubungan itu....naruto-san ingat memberi satu nasihat & saranan kepada sahabat2 semua....seperti mana nasihat yang sama tentang mashitah ibrahim.....iaitu....kita semua HENDAKLAH BERHATI-HATI apabila membaca kenyataan atau jawapan agama dari ustaz asri mufti perlis.....jangan sesekali percaya kenyataan ustaz asri bulat2 sehingga dia mengemukakan dalil, nas, hujah dari al-Quran & hadith yang disokong oleh pendapat ulama'-ulama' muktabar.

wallahua'lam

p/s: baca posting terbaru naruto-san dalam topic MUSLIM MALAYSIA MEMANG DI AJAK BUAT KEJAHATAN:

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-08-08 10:09


yup...betul..mufti perlis....ustz. asri..ana kecewa juga org yang diharapkan boleh buat silap besar dalam hal agama..memang dia manusia..tapi kena lah perbetulkan secepat mungkin...

kalau tak silap..ana ada dengar yang hamba Allah tu berkata 'sumpah tu antara si polan dengan Allah".biar Allah yang tentukan..Memanglah..tapi hukum syarak kan dah ditetapkan..Kenapa tak ikut???

Sia2lah belajar tinggi-tinggi dalam hal agama dan mengelirukan umat islam..
Sumpah tu dah jadi macam perkara mudah dan senang-senang nak diucapkan...
baru ni TPM pula sumpah..Haiii..pela nak jadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-08-08 21:54


Pada 25-08-08 09:05 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!


sehubungan itu....naruto-san ingat memberi satu nasihat & saranan kepada sahabat2 semua....seperti mana nasihat yang sama tentang mashitah ibrahim.....iaitu....kita semua HENDAKLAH BERHATI-HATI apabila membaca kenyataan atau jawapan agama dari ustaz asri mufti perlis.....jangan sesekali percaya kenyataan ustaz asri bulat2 sehingga dia mengemukakan dalil, nas, hujah dari al-Quran & hadith yang disokong oleh pendapat ulama'-ulama' muktabar.

wallahua'lam


Salam, naruto-san, marul. Sewajarnya sikap sebeginilah yang patut kita semua amalkan (i.e. berhati-hati). Bukan sahaja kenyataan Dr. Mashitah dan SS Dr. Asri, bahkan terhadap semua kenyataan dan ilmu yang kita peroleh...

Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada kita semua...

Amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-08-08 23:38


Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz



TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.
Iklan
Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.
Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.
"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.
ImageBila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.
Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.
Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.
Beliau juga hairan Kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.
"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.
ImageJelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.
Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.
Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.
Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-08-08 00:28


bila check2 balik utusan malaysia..ni ayat yang best ni...kata tak nak guna isu liwat ...tapi tengok...last last guna juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-08-08 21:48


Najib berhajat jawapan mufti, ini jawapan Majlis Fatwa Kebangsaan:

Mubahalah tak wajar jadi trend
Oleh Shaarani Ismail
[email protected]

Sumpah dilaksana selepas proses perundangan

KUALA TERENGGANU: Jangan jadikan sumpah mubahalah sebagai satu trend dalam masyarakat, sebaliknya ia perlu dilaksanakan selepas proses perundangan membabitkan orang yang menuduh dan orang dituduh diputuskan mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata hukum terhadap sumpah mubahalah wujud dalam undang-undang Islam dan seharusnya dibuat selepas proses perundangan bagi memastikan ia tidak dipolitikkan sehingga mengakibat-kan nilai sumpah itu seperti sudah tidak berharga.

Beliau berkata, perkara ini perlu dirujuk kepada ulama muktabar dan kitab terdahulu yang menjadi sumber rujukan utama dalam menentukan kaedah terhadap sumpah yang ingin dilaksana-kan.

"Perkara itu (ulama muktabar dan kitab terdahulu) harus dijadikan panduan bagi kita dan apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran supaya kedua-dua pihak dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Apabila satu pihak berasakan dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka mubahalah ini boleh dilakukan dengan membabitkan kedua-dua pihak,"
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Majlis Fatwa Kebangsaan di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu membabitkan sumpah laknat yang dilakukan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat majikannya ada dibincangkan pada mesyuarat khas itu.

Ditanya sama ada mesyuarat itu memutuskan sebarang keputusan berhubung perkara dibincangkan, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu hanya membincangkan perkara semasa tetapi tidak memutuskannya sebagai fatwa.

"Apa yang kita bincangkan ialah latar belakang hukum (sumpah dalam Islam), kita juga membincangkan sejarah pelaksanaan kes terdahulu dan kita bincangkan juga kes yang menyebabkan proses angkat sumpah ini harus dilakukan.

"Apa yang dirumuskan ialah proses perundangan harus berjalan melalui perundangan sedia ada iaitu perundangan Islam dan kita berasakan apa yang berlaku ini benar-benar mengelirukan masyarakat dan ini satu insiden yang mengajar kita supaya masyarakat tidak lagi dikelirukan," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-09-08 16:25



    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-09-08 12:31


Kenapa besar sangat video ni?.tak yang kecil ke?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

azizaffa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2006
Ahli No: 22743
Posting: 220
Dari: johor bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-08 19:58


Daripada Rasulullah (s.a.w.w): "ALLAH azzawajalla berfirman: 'Urusan kamu adalah dengan warak, ijtihad, menunaikan amanah, benar di dalam perkataan, lama sujud, rukuk, tahajud di waktu malam, memberi makan dan memberi salam.'"

Sesiapa yang bersumpah (halifa) dengan (nama) ALLAH dalam keadaan berbohong (kadhiban), maka dia akan menjadi kafir (kafara). Sesiapa yang bersumpah dengan (nama) ALLAH dalam keadaan benar (sadiqan), maka dia berdosa (athima) kerana ALLAH berfirman dalam Surah al-Baqarah(2):24 'Dan janganlah kamu menjadikan (nama) ALLAH dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan '.

BERKATALAH BENAR SEKALIPUN MEMBINASAKAN DIRI ANDA KERANA ITU ADALAH KEJAYAAN ANDA, TINGGALKAN KEBATILAN SEKALIPUN IA KEJAYAAN ANDA KERANA IA PADA HAKIKATNYA ADALAH KEBINASAAN ANDA.

*Apabila anda selesai daripada sholat anda, maka katakanlah: Wahai Tuhanku! Wahai Penutup segala keaiban dan Pendengar segala suara (Allahumma Ya Saatira l-‘Uyaub Ya Saami‘a Kulli Sautin)

Bookmark and Share

    


  Member Information For azizaffaProfil   Hantar PM kepada azizaffa   Pergi ke azizaffa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.17032 saat. Lajunya....