Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65

  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 5 hari yang lalu
Muslim1987: 12 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pakatan Rakyat akan Hancus selepas 16 September 2008?

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pakatan Rakyat akan Hancus selepas 16 September 2008?

Please Mendaftar To Post

Oleh Pakatan Rakyat akan Hancus selepas 16 September 2008?

biru-putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.07.2006
Ahli No: 25137
Posting: 135

blank  

posticon Posting pada: 12-08-08 13:09

SHAH ALAM - Tarikh 16 September mungkin akan mencatat sejarah dalam dunia politik tanah air apabila kemungkinan berlakunya perpisahan Pas dari Pakatan Rakyat (PR).

Kemungkinan itu berdasarkan pendirian terbaru Pas yang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir.

Pendirian nekad Presi­dennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluahkan sekiranya komponen PR iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara.

Perkara itu disahkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kepada Sinar Harian, semalam dan berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Abdul Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti.
Menurut Mohamed Hafiz, Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli ketika merasmikan Konvensyen Pas negeri itu, kelmarin.

“Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau. Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti. Itu amatlah dialu-alukan dan terpuji.

“Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang sedia merealisasikan pendirian Tuan Guru Presiden dan saya yakin perkara sama juga akan dilakukan kepimpinan Pas di negeri lain.

“Pakatan Rakyat perlulah mengambil kira dan menghormati pendirian tersebut dan sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada atau selepas tarikh itu (16 September), Islam perlu dilihat sebagai perkara penting,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menyifatkan pendirian Abdul Hadi bukan kenyataan main-main, Mohamed Hafiz rasional dan yakin kenyataan pemimpin utama parti Islam itu sebagai usaha memastikan kepentingan Islam terus terpelihara.

“Timbul kebimbangan kalaulah 'kerajaan baru' yang bakal ditubuhkan itu tidak lagi melihat Islam sebagai utama, agama dipinggirkan dan sekiranya berlaku, keadaan mungkin akan lebih teruk daripada sekarang.
“Andai tiada dominasi Islam, Pas takkan bersama Pakatan dan sekali lagi kami tegaskan pendirian Tuan Guru Presiden disokong penuh dan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang akan mempertahankannya,” katanya.

Ketika ditanya adakah kenyataan terbaru Abdul Hadi itu memberi kesan langsung kepada komitmen Pas negeri itu dalam membantu kempen calon PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Hafiz enggan mengulas lanjut.
“Pemuda Pas negeri 'no komen',” katanya.

Bookmark and Share

  Member Information For biru-putihProfil   Hantar PM kepada biru-putih   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 13:11

tak habis-habis lah biru putih ni.tak ada kerja lain ke nak buat?.pergilah buat benda yang berfaedah sikit.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

biru-putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.07.2006
Ahli No: 25137
Posting: 135

blank  

posticon Posting pada: 12-08-08 13:15

Pada 12-08-08 13:09 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

hahaha....

dari dulu lagi kami dah cakap...

tidur sebantal tapi mimpi lain-lain......

so macamana nak bersatu...? :lol:

kan lebih baik pas bersatu dengan umno boleh juga mimpi yang sama sebab pegangan pun masih sama-sama Islam..

Bukan macam orang2 yang masih kulup tu...

Bookmark and Share

  Member Information For biru-putihProfil   Hantar PM kepada biru-putih   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 13:17

tu kalau PR hancus... kalau PR tak hancus, alamatnya BN lah pula yang hancus :sopan:

p/s: we look and see

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 12-08-08 13:22

Sudah lah biru putih, ramai org dah bosan dengan BN ini, anda saja setia lagi. Tak apalah teruskan perjuangan anda dahlu kini dan selamanya...ehehhe

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 13:39

Pada 12-08-08 13:22 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Sudah lah biru putih, ramai org dah bosan dengan BN ini, anda saja setia lagi. Tak apalah teruskan perjuangan anda dahlu kini dan selamanya...ehehhe

nasihat kepada biru putih

mari sertai Pakatan Rakyat.kita bersama susah dan senang bersama rakyat.

nasihat dari saya selaku bekas penyokong kuat umno dan bn

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 12-08-08 13:44

nasihat kepada Rashdin juga...jangan kuat sangat berpegang kepada parti yang baru...

kena banyak bagi tolerance...manusia ini bukan maksum..so terbuka untuk membuat kesilapan...yang penting kita sebagai org awam ini kena bijak dan belajar apa yang terbaik untuk selari dengan agama kita...

apa pun tindakan kita mestilah selari dengan agama yang kita sayangkan ini. bukan berdasarkan pakatan rakyat,umno,BN dan seangkatan dengannya.

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 13:48

baik hafeezul,saya menyeberang pun sebab dah nampak segala ketirisan yang berlaku dalam negara jadi kita sebagai rakyat ni kena berbuat sesuatu untuk kebaikan bukan saja untuk kita tapi kekal hingga akhirnya.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 12-08-08 13:52

Assalamualaikum
baguslah pendirian Hadi Awang tu...kerana menjadikan Islam sebagai tonggak segalanya..saya yakin beliau merupakan seorang yang faham agama dan harakiyah..

saya tak nampak dalam BN..mereka benar² menjadikan Islam sebagai tunggak..tak habis² dengan isu kaum semata...ingatlah Allah menjadikan manusia ini berbagai kaum dan warna kulit bagi mengenali satu sama lain...dan yang paling penting untuk bertaqwa kepada Allah..apabila kaum menjadi tunggak, nescaya akan hancur binasalah kaum tersebut..tu kan peringatan daripada Allah...

setuju jugak dengan hafeezzul..memaner parti hanyalah alat..alat dalam politik..dalam mencapai dan menegakkan daulah Islamiyah di muka bumi ini..jangan taksub kepada mana² parti.. :jangan:

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 13:55

seperti yang saya cakap,TGNA dan TGHA sebenarnya nak perdaya umno supaya termakan taktik mereka dan terbukti berjaya.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  

posticon Posting pada: 12-08-08 14:10

suruh semua UMNO masuk PAS..kan senang cerita...

Bookmark and Share

  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 14:17

ingat tok nujum tadi.. :-o :-o :-o

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  

posticon Posting pada: 12-08-08 14:50

Politik tiada satu pun yang benar-benar tulus...apa yang lebih utama adalah mana satu yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan islam dan menjaga kebajikan rakyat yang bernaung di bawahnya.

Tambahan lagi dizaman yang serba mencabar ini.....masing-masing ada agenda tersendiri dan tersembunyi. Tidaklah diketahui arah tuju yang sebenarnya perjuangan mereka. KERANA APAKAH..UNTUK SIAPAKAH..

Sebagai rakyat Malaysia, selagi diberikan keamanan dan kebebesan marilah kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada dia yang ESA. Bersyukurlah kerana kita masih mampu tersenyum di bumi Malaysia ini berbanding dengan masyarakat islam di negara lain.

Bookmark and Share

  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 15:17

hahahahahahaha lawak betullah dakyah yang awak keluarkan...sapa name awak tadi... oo putih biru ye.....

teruskanlah usaha anda memecahbelahkan rakyat....
cuma berwaspada takut awak nanti yang tak ter'belah' nanti......
lagipun orang macam awak ni cuma seorang yang pengecut serta cuma menegakkan benang yang basah

p/s:banyakkanlah doa agar tak ada orang doakan perkara yang buruk2 kepada awak

Bookmark and Share

  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 15:20

Aduh...Tak payahlah nak sebarkan berite2 palsu kat sini...Kalaupun nak sangat posting berita hangat, tolonglah posting berita yang benar dan tepat...toksah lah posting berita yang berunsur fitnah begini...

Wahai biru-putih, BN yang akan hancus lepas ni, bukan Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin kuat mendapat sokongan...fikir logik lah sikit...dah kalah 5 negeri..terimalah kenyataan...

Bookmark and Share

  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 15:57

Pada 12-08-08 15:20 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Aduh...Tak payahlah nak sebarkan berite2 palsu kat sini...Kalaupun nak sangat posting berita hangat, tolonglah posting berita yang benar dan tepat...toksah lah posting berita yang berunsur fitnah begini...

Wahai biru-putih, BN yang akan hancus lepas ni, bukan Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin kuat mendapat sokongan...fikir logik lah sikit...dah kalah 5 negeri..terimalah kenyataan...

biasalah,orang tak ada modal katakan.dia tak ada kerja lain tu.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mukmin0904
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya

Johor   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 16:40

sollu 'alannabi...kit tunggu dan lihat saja apa berlaku selepas ini.tunggu l biru putih

Bookmark and Share

  Member Information For mukmin0904Profil   Hantar PM kepada mukmin0904   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 16:42

Pada 12-08-08 13:09 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

SHAH ALAM - Tarikh 16 September mungkin akan mencatat sejarah dalam dunia politik tanah air apabila kemungkinan berlakunya perpisahan Pas dari Pakatan Rakyat (PR).

Kemungkinan itu berdasarkan pendirian terbaru Pas yang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir.

Pendirian nekad Presi­dennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluahkan sekiranya komponen PR iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara.

Perkara itu disahkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kepada Sinar Harian, semalam dan berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Abdul Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti.
Menurut Mohamed Hafiz, Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli ketika merasmikan Konvensyen Pas negeri itu, kelmarin.

“Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau. Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti. Itu amatlah dialu-alukan dan terpuji.

“Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang sedia merealisasikan pendirian Tuan Guru Presiden dan saya yakin perkara sama juga akan dilakukan kepimpinan Pas di negeri lain.

“Pakatan Rakyat perlulah mengambil kira dan menghormati pendirian tersebut dan sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada atau selepas tarikh itu (16 September), Islam perlu dilihat sebagai perkara penting,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menyifatkan pendirian Abdul Hadi bukan kenyataan main-main, Mohamed Hafiz rasional dan yakin kenyataan pemimpin utama parti Islam itu sebagai usaha memastikan kepentingan Islam terus terpelihara.

“Timbul kebimbangan kalaulah 'kerajaan baru' yang bakal ditubuhkan itu tidak lagi melihat Islam sebagai utama, agama dipinggirkan dan sekiranya berlaku, keadaan mungkin akan lebih teruk daripada sekarang.
“Andai tiada dominasi Islam, Pas takkan bersama Pakatan dan sekali lagi kami tegaskan pendirian Tuan Guru Presiden disokong penuh dan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang akan mempertahankannya,” katanya.

Ketika ditanya adakah kenyataan terbaru Abdul Hadi itu memberi kesan langsung kepada komitmen Pas negeri itu dalam membantu kempen calon PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Hafiz enggan mengulas lanjut.
“Pemuda Pas negeri 'no komen',” katanya.

saya lebih suka bercakap atas kapasiti saya sebagai penyokong kepada Gerakan Islam yang ada di Tanah air. Semangat yang ada dalam diri adalah atas keinsafan untuk meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi. Ada pun kaedah mahu pun gerak kerja itu boleh pelbagai dan boleh berubah-ubah selagi tidak bercanggah dengan syari'at ...
saya melihat bukan isu yang utama sangat Pakatan Rakyat perlu dibubar atau diteruskan...kerana Pakatan itu sekadar kaedah sahaja , yang utama ialah hasrat ummah untuk meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya.
Tidak boleh dipandang remeh berita di atas, kerana bagi saya jika ia nya adalah benar, ia memperlihatkan ketegasan pimpinan Pas dalam membawa prinsip perjuangannya. Islam mesti mendominasi sistem politik negara.

... sebagai penyokong pas, saya bersedia untuk apa saja kemungkinan ... rasanya tiada apa yang boleh memberi kesan kepada rasa kecintaan pada perjuangan islam , sama ada pas bersendirian atau Pas dalam pakatan, kerana yang paling utama ialah ruang untuk membolehkan islam itu dijulang tidak dihalang ... itu saja !

jadi berita di atas .... sama ada suatu kebenaran atau sekadar provokasi .... tak perlu di risaukan ... saya berpendapat Jamaah pas sama ada dalam pakatan atau terpaksa keluar pakatan .... kedua-duanya tetap memberi 'kelebihan'....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  

posticon Posting pada: 12-08-08 17:20

tidak pernah ada 1 pun kerajaan atau empayar pun atas muka bumi ini yang kekal selain dari ' kerajaan Allah '.setiap kerajaan ada usianya sendiri dimana apablia sudah sampai kepada puncaknya maka akan bermula lah era kejatuhannya cuma masa saja yang menentukan........

Bookmark and Share

  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 17:23

Pada 12-08-08 17:20 , pejuang_terakhir posting:

!!! QUOTE !!!

tidak pernah ada 1 pun kerajaan atau empayar pun atas muka bumi ini yang kekal selain dari ' kerajaan Allah '.setiap kerajaan ada usianya sendiri dimana apablia sudah sampai kepada puncaknya maka akan bermula lah era kejatuhannya cuma masa saja yang menentukan........

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

nur_eiman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2006
Ahli No: 23130
Posting: 113
Dari: Kedah

Kedah  

posticon Posting pada: 12-08-08 17:37

setuju dengan pejuang_terakhir. Tiada kerajaan yang kekal di muka bumi ini kecuali kerajaan ALLAH..Takbir!!!! ALLAHUAKBAR

Bookmark and Share

  Member Information For nur_eimanProfil   Hantar PM kepada nur_eiman   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 17:39

ni kalau tak fakta berita haru biru tak pun mesti ustusan meloya :lol: :lol:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 17:40

apa-apa pun,nantikanlah kejatuhan kerajaan di malaysia ni.adakah kita bersedia?.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  

posticon Posting pada: 12-08-08 17:47

sama-sama lah kita berdoa agar negara kita terpelihara dari perkara2 yang tidak di ingini kerana kesanya terlalu dasyat.sejarah telah membuktikan segala-galanya...al-quran sendiri berbicara tentang kejatuhan kerajaan2 terdaluhu agar sama-sama kita mengambil iktibar.......setiap kejatuhan itu amat2 memeritkan dan penuh sengsara...

Bookmark and Share

  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 17:50

Pada 12-08-08 17:47 , pejuang_terakhir posting:

!!! QUOTE !!!

sama-sama lah kita berdoa agar negara kita terpelihara dari perkara2 yang tidak di ingini kerana kesanya terlalu dasyat.sejarah telah membuktikan segala-galanya...al-quran sendiri berbicara tentang kejatuhan kerajaan2 terdaluhu agar sama-sama kita mengambil iktibar.......setiap kejatuhan itu amat2 memeritkan dan penuh sengsara...

tapi melihatkan keadaaa kerajaan sekarang yang sudah terlalu korup tak mustahil akan menerima nasib serupa kan?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

putriadam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.07.2008
Ahli No: 34115
Posting: 37
Dari: ums,kota kinabalu

Sabah  

posticon Posting pada: 12-08-08 17:56

salam.saya budak baru. saja nak tanya, Kenapa mesti berpecah belah? Kenapa macam ramai sangat benci kerajaan. maaf, saya ikhlas tanya,

Bookmark and Share

  Member Information For putriadamProfil   Hantar PM kepada putriadam   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 17:59

Pada 12-08-08 17:56 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

salam.saya budak baru. saja nak tanya, Kenapa mesti berpecah belah? Kenapa macam ramai sangat benci kerajaan. maaf, saya ikhlas tanya,

kerana situasi semasa yang banyak meyusahkan rakyat.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  

posticon Posting pada: 12-08-08 18:15

memang tidak mustahil untuk jatuh tetapi sama-sama lah kita berdoa agar sentiasa terpelihara...we look and see....mungkin berlaku perkara yang tidak disangka2 ke....kita berdoa agar kerajaan islam tertegak di bumi kita....mengikut kajian yang hamba buat ada beberapa kali kerajaan islam tertegak di muka bumi pada abad ini tetapi tidak lama kerana diganyang dengan seteruk2nya oleh musuh2 islam yang takut akan kebangkitan daulah islam terakhir...contoh....kerajaan islam taliban di afgahn yang bertapak selama hampir 5 tahun sebelum dijatuhkn oleh amerika dan pakatan utara(keamanan dikecapi setelah bertahun2 perang saudara),kerajaan islam somalia yang ditegakkan oleh jamaah islam kesatuan mahkamah islam somalia yang bertapak cuma beberapa bulan sebelum di tumbangkan oleh tentera habsyah yang didalangi oleh amerika (beberapa bulan itu merupakan detik2 yang paling indah buat rakyat somalia yang selama ini hidup dalam sengsara),kerajaan islam kaukasus yang masih lagi berperang dengan tentera russia dan pernah memiliki negara selama 2thn sebelum perang checnya ke-2 meletus sehingga sekarang....so sama2lh kita renungi...adakah kita sekadar menjadi golongan yang hanya berpeluk tubuh dan menantikan saja saat tertegaknya daualah islam itu atau pun bersama menggembeling tenaga merealisasikannya tetapi janganlah kita menjadi golongan yang palig teruk iaitu....golongan penentang.....so,tepuk dada tanya iman....jalannya telah terbentang luas dihadapan kita.persiapkan dii kita dengan segala ilmu dan kemungkinan......

Bookmark and Share

  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 18:15

Pada 12-08-08 17:56 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

salam.saya budak baru. saja nak tanya, Kenapa mesti berpecah belah? Kenapa macam ramai sangat benci kerajaan. maaf, saya ikhlas tanya,

siapa benci kerajaan ??...kita lah kerajaan .... rakyat adalah kerajaan ... yang kita tentang atau benci adalah perjuangan UMNO dan 'kerajaan BN' ... atau dalam kata lain pun penguasa hari ini yang 'zalim' lagi korup ...

berpecah ?? Kenapa berpecah ?
Islam adalah asas penyatuan ... selagi islam dibawa dan dilaksanakan, maka selagi itulah keadilan akan dikecapi semua ... tapi bila ada golongan yang membelakangkan agama dan memenangkan nafsu ... maka timbul lah penindasan dan berlakulah pertembungan .... kita katakan sebagai perpecahan.

jadi Jika ingin bersatu semula ... semuanya kena kembali kepada Islam....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 18:43

betul dan setuju sangat dengan pendapat myhoney

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 18:53

Mohon maaf kalau ada yang tersinggung, sekadar nakkan penjelasan. Kalau benarlah begitu, maka apa tujuannya PAS menyertai PR in the first place? Sedangkan kita semua dah sedia maklum komponen lain dalam Pakatan (terutamanya DAP) tidak akan sama sekali mengizinkan dominasi Islam.

Sebenar-benarnya apakah yang menjadi ikatan antara komponen dalam PR? Adakah sekadar untuk menentang BN UMNO? Seperti grafiti yang saya jumpa di Stesen LRT Bangsar; "ABU - Asal bukan UMNO".

Sesudah tersungkurnya BN UMNO, apa langkah seterusnya?

P/s: harap tak ada yang melenting ye. Sekadar nak mengajak kita sama-sama berfikir... Kembalilah kepada ikatan yang sebenar, iaitu ikatan akidah Islamiyah... Setuju dengan myhoney, "semuanya kena kembali kepada Islam"...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 22:52

Ghazi,
pandangan saya pakatan rakyat sekadar strategi untuk mengumpul kekuatan. Nak pakat dengan HT memang tak ada jalan sebab HT tolak 100% demokrasi .... mungkin pilihanraya juga sahabat HT tak keluo mengundi...

menyertai pakatan pkr dan DAP bukan bererti masuk pkr dan DAP....tolong faham tu.

politik islam melihat kekuasaan sebagai suatu keupayaan yang cukup besar. Sebab itu segala usaha dilakukan untuk meraih kuasa bagi mencapai cita-cita membina sebuah negara Islam yang diasaskan oleh wahyu Allah.

Musim pilihanraya memperlihatkan pertembungan antara pihak kerajaan dan pembangkang . Strateginya, kerjasama di bina oleh barisan pembangkang lebih mengkhususkan pembahagian kerusi untuk mengelakkan situasi pecah undi . Umum melihat kerajaan di satu pihak manakala pembangkang pula di satu pihak yag lain. Jadi pakatan di bina untuk memperkuatkan pihak masing-masing. Pun begitu pakatan ini tetap ada garis panduan dan had batasannya.

kata-kata dari Almarhum Ustaz Fadzil Noor..." betapa terbuka dan toleransinya pas, namun ia tetap berada dalam orbitnya "..ini ingatan al-marhum sebagai garis pemisah sampai mana kita boleh bertolak ansur, terbuka dan toleransi..... dan sampai dimana pula pendukung jamaah Islam dan parti politik Islam mempertahankan dasarnya.

hmmm...ghazi...sesudah tersungkurnya UMNO .... semua ahlinya masuk Parti Islam, golongan Islam pegang tampuk pemerintahan.... letakkan al-quran dan sunnah sebagai perlembagaan ....

Saya mengimpikan Malaysia ini cuma di diami oleh orang melayu islam atau orang Islam semata-mata ... tapi takdirnya, sejarah yang diukir tidak begitu. bahkan sejarah telah memaksa kita akur bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama. Kesan penjajahan telah membuka ruang kepada golongan pendatang kafir untuk turut serta menerajui politik negara. Yang sedihnya, mahu tidak mahu kita tidak boleh sewenangnya 'membunuh' pusaka yang diwarisi penjajahan ini. Orang kafir telah lama bergelumang dalam sistem pemerintahan dan politik negara .. itu realiti .... maka kita tidak boleh 'pejam' mata terhadap mereka....lebih-lebih lagi tanggungjawab mempamerkan keadilan pemerintah Islam gagal ditunjukkan oleh penguasa hari ini dan sebelumnya..... kekeliruan kita adalah, penolakan mereka terhadap perjuangan Islam adakah kerana memang sifat permusuhan mereka terhadap Islam atau kerana silap faham mereka terhadap Islam...itu yang perlu kita jelas...

Pun demikian , secara pribadi sayaberpendapat melarikan diri dari demokrasi dan pilihanraya adalah sikap tidak senonoh dan zalim pada diri sendiri dan agama . Bayangkan, dalam keasyikan kita memutar kembali sejarah kegemilangan pemerintahan Islam zaman silam, musuh secara terancang mencuri dan mengambil peluang mengisi 'ruang' yang kita tinggalkan ...bayangkan, kita di mana jika pemerintah Islam yang menolak Islam dan kafir yang memang tidak mahukan Islam tidak ditentang dalam 'sistem' yang sedia ada kerana kita merasakan itu bukan cara Islam .... saya kira'kita benar-benar telah menyempitkan' ruang Islam untuk bergerak dan dilaksana di negara kita...

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  

posticon Posting pada: 12-08-08 23:02

Pada 12-08-08 18:15 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 17:56 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

salam.saya budak baru. saja nak tanya, Kenapa mesti berpecah belah? Kenapa macam ramai sangat benci kerajaan. maaf, saya ikhlas tanya,

siapa benci kerajaan ??...kita lah kerajaan .... rakyat adalah kerajaan ... yang kita tentang atau benci adalah perjuangan UMNO dan 'kerajaan BN' ... atau dalam kata lain pun penguasa hari ini yang 'zalim' lagi korup ...

berpecah ?? Kenapa berpecah ?
Islam adalah asas penyatuan ... selagi islam dibawa dan dilaksanakan, maka selagi itulah keadilan akan dikecapi semua ... tapi bila ada golongan yang membelakangkan agama dan memenangkan nafsu ... maka timbul lah penindasan dan berlakulah pertembungan .... kita katakan sebagai perpecahan.

jadi Jika ingin bersatu semula ... semuanya kena kembali kepada Islam....

setiap pemerintahan ada korupsi...pak anwar dulu,masa TPM pun besar melakukan rasuah...rasuah ni berlaku di mana-mana...cuma kita nampak dengan tak saja..bukan UMNO saja yang kurop,semua politicians mesti ada korupsinya...

p/s: saya hairan tengok ucapan pak anwar,BN/UMNO korupsi,dia tu tak pernah melakukan rasuah ke?ketuanan rakyat konon,orang yang banyak jasanya pada dia,dia buat tak tau,inikan pula nak merealisasikan ketuanan rakyat..blah ar pak anwar...sembang lebih...

Bookmark and Share

  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 23:04

JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN
PAS WAJIB MENARIK DIRI

Ramai juga yang yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 september ini . Saya sendiri beberapa kali diajukan pertanyaan apakah benar kerajaan ini akan dibentuk pada 16 september.

Saya hanya menjawab Wallahua'lam ( Allah swt. sahaja yang maha Mengetahui ) . Saya tidak mahu mendahului takdir Ilahi .

Sememangnya hati dan perasaan saya cukup tebal agar Kerajaan Barisan Nasional yang menganut faham sekular ini ditumbangkan bersama dengan koleksi kezaliman dan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat negara ini.

Tetapi sebagai seorang anggota gerakan Islam , saya juga tidak mahu kita meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan membina kerajaan jahiliyyah yang baru . Sebaliknya apa yang kita mahu ialah kita meruntuhkan kerajaan Jahiliyyah dan kita menubuhkan Kerajaan Islam yang menepati konsep Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafuur .

Andai benar Pakatan Rakyat berjaya menubuh kerajaan persekutuan pada 16 sept ini , persoalan tertumpu kepada bagaimana bentuk kerajaan tersebut ?

Apakah kerajaan tersebut terdiri daripada majoriti ahli parlimen dikalangan bukan Islam ? apakah jawatan timbalan perdana menteri juga akan terdiri dikalangan bukan Islam ? Dengar khabarnya Perdana Menteri sudah pasti Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau di katakan akan melantik 3 timbalan perdana menteri .

Saya tidak bersifat perkauman . Ertinya saya tidak kisah MP ( ahli parlimen ) terdiri dari kalangan bangsa / kaum Cina , India , Melayu atau lainnya , tetapi yang penting mestilah muslim dan mukmin.

Justeru itu , jika kerajaan Pakatan Rakyat yang dikatakan akan terbentuk pada 16 sept ini tidak didominasikan oleh MP dikalangan muslim , maka ia membawa maksud kerajaan itu bukan lagi kerajaan orang Islam ( jauh sekali kerajaan Islam ) .

Maksud yang sama juga ialah kuasa politik negara ini bukan lagi berada di tangan orang Islam. Tentu sahaja masa depan orang Islam di negara kita akan terus menghadapi hari - hari suram dan kelamnya.

Pada hemat saya , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh membenarkan kerajaan yang menghakis kuasa politik orang Islam dibentuk dalam negara kita. Membenarkannya juga membawa erti kita telah melanggar dan bersalahan dengan semangat perlembagaan parti yang kita tubuh dan perjuangkan selama ini. Iaitu ke arah membentuk kerajaan yang terlaksana di dalamnya al amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar pula menurut lunas syariat .

PAS mesti memastikan kuasa politk terus kekal ditangan orang Islam sekalipun ia bukan melayu . Namun secara sifir kasarnya orang Islam di dalam negara kita adalah terdiri ramai dikalangan orang melayu .

Pakatan Rakyat , khasnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri mestilah peka perkara ini . Kerajaan yang hendak dibentuk mestilah tidak meninggalkan kuasa politik orang - orang Islam khasnya dan orang melayu amnya.

Janganlah asal boleh menjadi Perdana Menteri, maka siapa sahaja ahli parlimen yang boleh bersama untuk membentuk kerajaan diterima lalu dibentuk kerajaan tanpa melihat di mana kuasa politk orang Islam dan dimana kuasa politik orang Melayu ?

Kebimbangan saya ini berasaskan maklumat bahawa 30 MP yang bakal melompat masuk Pakatan Rakyat adalah terdiri dari kalangan MP bukan Islam kecuali 2 orang sahaja .

Saya cadangkan PAS mesti keluar dari Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat terus bermaksud ingin membentuk kerajaan persekutuan tanpa memastikan agar kuasa politik itu mesti didominasikan oleh orang Islam .

Saya rasa , semua orang Islam apatah lagi pendokong gerakan Islam boleh bersetuju dengan cadangan saya .

Kalau kita begitu terguris hati apabila PAS mengadakan muzakarah dengan UMNO kerana melihat UMNO adalah musuh politik , zalim , kejam dan segala najis mungkar bersamanya , saya yakin mereka ini akan lebih terguris hatinya ketika melihat kerajaan persekutuan yang bakal dibentuk pada 16 sept oleh Pakatan Rakyat nanti , didominasikan oleh golongan bukan Islam . Sekurang - kurangnya UMNO yang dibenci itu masih lagi ahli syahadah.

Kepada sahabat perjuangan , perkukuhkan amal Islami kita , perteguhkan gerak kerja amal tarbawi kita guna memacu perjuangan yang kini memasuki episod baru , membelah badai yang datang dari segenap arah untuk meranapkan cita - cita besar kita , yang mahu melihat tertegaknya Negara Islam di atas tanahair kita .

Hari ini , saya semakin faham Kenapa Tok Guru Presiden terus bertegas untuk bermuzakarah dengan siapa sahaja individu , parti politik atau pun NGO demi masa depan Islam dan ummah agar kuasa politik terus ditangan ummat Islam dan ianya tidak terlepas.

Apa yang semakin saya pelajari dari skil politik Tok Guru ini ialah agar kita berhati - hati memacu perjuangan supaya tidaklah kita keluar dari mulut buaya ( Jahiliyyah ) dan kita masuk mulut harimau ( jahiliyyah )

Buaya meskipun ganas , keganasannya hanya terhad di dalam air ( sungai ) yang jarang - jarang sekali kita merentasinya. Apa yang lebih bimbang ialah Harimau , keganasannya adalah di darat sedang kita hidup didarat ini .

p/s tulisan dari blog ustaz Nasaruddin tantawi

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 23:07

JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN
PAS WAJIB MENARIK DIRI . ( Siri 2 )

Saya mendapat maklum balas dalam bentuk pro dan kontra dalam isu yang di kemukakan . Sikap saya terhadap khilaf ini adalah positif selama ia berlangsung dibawah pengaruh ilmu ( nas ) dan adab ikhtilaf . Semoga Allah swt. memberi petunjuk dan kekuatan kepada hambanya yang ikhlas berjuang.

Ada beberapa perkara yang perlu saya buat penegasan semula terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk : “ Cadangan : Jika Islam Tidak Dominan PAS Wajib Menarik Diri ” bagi menjernihkan beberapa kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan .

1. Sebahagian meminta agar PAS terlebih dahulu memberi peluang kepada PAKATAN untuk membentuk kerajaan . Apa yang penting ialah menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN.

Perenggan ketiga kenyataan saya dalam artikel sebelum ini telah menjelaskan maksud saya untuk menjatuhkan Kerajaan zalim dan kejam UMNO dan BN. Persoalan ini tidak berbangkit malah saya sangat bersetuju kerajaan UMNO dan BN ditumbangkan .

Persoalan yang saya timbulkan ialah bentuk kerajaan yang bakal ditubuhkan ( setelah kita berjaya meruntuhkan UMNO dan BN ) . Kita tidak boleh lari daripada membincangkannya. Pimpinan parti – parti PAKATAN mungkin membincangkannya dalam mesyuarat mereka . Cuma saya mengambil pendekatan melontarkannya kepada umum untuk difikir dan dibincang bersama secara ilmiah dan positif tanpa sebarang prejudis .

Saya juga bermaksud agar ia menjadi satu cambahan pemikiran dikalangan kita masyarakat awam yang mendokong PAKATAN amnya dan khasnya buat anggota Gerakan Islam .

Apakah bentuk Kerajaan PAKATAN yang bakal ditubuh ? persoalan ini timbul sebagai satu persiapan dan persediaan malah ia penting kepada kita sebagai seorang pejuang Islam yang mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita . Justeru kita tidak boleh mendokong sebuah kerajaan yang meminggirkan Islam atau tidak memberi tempat kepada kuasa Islam dalam politik atau juga pentadbiran Negara.

Perlu dijelaskan disini saya tidak bermaksud menolak PKR dan DAP dalam konteks mereka sebagai madu'u. Tetapi saya mencadang agar PAS menarik diri dari pembentukkan kerajaan persekutuan JIKA Islam tidak dominan .

Dengan maksud PAS tidak boleh menjadi anggota kepada sebuah kerajaan persekutuan yang Islamnya tidak dominan. Sebagai mana kita menolak UMNO kerana mereka mempersiakan Islam , begitulah tahalluf yang PAS buat dengan Pakatan atau siapa sahaja tidak boleh sampai mempersiakan Islam .

PAS menolak UMNO kerana mereka merosakkan Islam dan bangsa sendiri so kita tidak boleh mengulang situasi yang sama dengan tahalluf yang kita buat .

JIKA Pakatan boleh bentuk kerajaan yang Islamnya terpelihara , maka tiada halangan untuk PAS terus bersama menjadi anggotanya. Saya menyebut JIKA kuasa politik berada di tangan bukan Islam maka masa depan ummat Islam di negara ini akan terus suram sebagaimana suramnya mereka dizaman UMNO atau mungkin lebih kelam .

( saya bukan bercakap soal majoriti rakyat dalam negara . Saya bercakap soal majoriti ahli parlimen yang ada kuasa mengundi dalam parlimen untuk menentu dasar dan keputusan . di tangan siapakah ia ? itu persoalannya )

Saudara bayangkan , JIKA anggota kabinet dan suara majoriti adalah bukan Islam dan mereka boleh menentu dasar dan kuasa ,bagaimana keadaan ummat Islam dan kepentingan agama Islam dalam negara ini ?

Sebelum ini kita bertahalluf ( kerjasama ) dan kita tidak kesal dengan tahalluf tersebut , tetapi perlu diingat bahawa Islam meletak syarat dalam tahalluf agar Islam tidak tergugat. Jika Islam dilihat tergugat maka tahalluf tersebut mesti dikaji semula .

Kita tidak boleh mengizinkan Islam dicabar . Hari ini pun saya lihat sedikit demi sedikit usaha mencabar Islam berkembang. Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berlarutan.Sekali lagi saya tegaskan JIKA kerajaan pakatan yang bakal ditubuh , majoriti MP nya ( yang akan menentu suara/keputusan dalam parlimen ) ialah bukan Islam , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh menjadi anggotanya.

PAS mesti berada di luar dari Kerajaan itu . bukan sebagai anggota kerajaan yang nantinya terpaksa akur dengan suara ramai / majoriti dalam kerajaan tersebut sekalipun keputusan tersebut bercanggah dengan Islam. .Saya bukan bercakap soal dakwah di dalam artikel tersebut. Dakwah tetap menjadi asas perjuangan PAS dan dakwah adalah tugas rasmi dan rutin PAS. Tiada siapa yang boleh pertikai kerja dakwah yang telah dilakukan oleh PAS. So PAS akan terus berdakwah biarpun diluar pakatan. Yang saya timbulkan ialah soal keanggotaan kepada sebuah kerajaan yang kuasa majoritinya bukan ditangan Islam .

Kepada kawan - kawan bukan Islam , tidak perlu kecil hati dengan cadangan seperti ini . Kerana Islam tidak pernah memerangi golongan yang tidak memeranginya. Islam juga agama yang merentasi batas kaum dan bangsa . Islam malah agama yang adil . Saya percaya , bukan Islam boleh menerima dominasi kuasa org Islam dalam Malaysia yang agama rasminya ialah Islam. Justeru Islam adalah agama adil dan baik.

Apabila saya sebut soal Islam maka ia tidak dibaca sebagai berbau perkauman. Sebab Islam adalah cara hidup untuk semua . bukan untuk Melayu , Cina atau India .

Saya percaya rakan – rakan bukan Islam khasnya ahli kelab penyokong tidak akan kecil hati dan menjauhkan diri dari PAS kerana sedari awal mereka memahami dan menjiwai perjuangan PAS , sebab itu mereka mahu menjadi ahli kelab penyokong PAS. Mereka tidak masuk DAP walau mereka cina dan mereka tidak masuk PKR walau mereka boleh ke sana .

Cuma ada kegusaran dikalangan mereka apabila mendapat maklumat ( yang salah ) yang mengatakan PAS nak masuk UMNO . Saya mendengar sendiri daripada Tuan Guru Presiden hari ini bahawa PAS tidak akan menyertai UMNO dan BN selagi mana UMNO dan BN tidak bersih dari segala maksiat dan mungkar ( penyelewengan ) nya.

Kita tetap dengan prinsip Islam yang amat menghormati agama lain sebagaimana yang praktis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan malah memberi hak kepada bukan Islam sebagaimana ia diajar oleh Islam. Islam tidak menipu , menyeleweng jauh sekali menindas orang lain termasuk yang bukan Islam. Ini jelas terbukti di Kelantan.

Saya ada menyebut sebelumnya , kalau PAKATAN berkeras juga nak menjadikan negara Malaysia ini tidak di dominasi oleh org Islam dalam kuasa politiknya , maka saya cadang agar PAS tidak menjadi anggota kerajaan tersebut. Saya bukan cadang PAS memusuhi kerajaan tersebut. sebaliknya PAS mesti berada di luar dari kerajaan tersebut.

Saya juga tidak mencadangkan supaya PAS memusuhi Pakatan Rakyat tetapi saya cadang JIKA kerajaan yang Pakatan nak di bentuk itu tidak mengambil kira soal kuasa politik org Islam , maka PAS mesti menarik diri dari kerajaan tersebut.

Dakwah tetap jalan , persahabatan selama kita tidak dimusuhi boleh diteruskan . Engagement juga akan diteruskan cuma tidak berperanan sebagai anggota kepada kerajaan tersebut.

Seperkara lagi , saudara kena memahami maksud JIKA yang saya bawa. dalam bahasa arab , JIKA ialah terjemahan dari huruf IN ( Alif baris bawah dan Nun mati ) membawa maksud syarat . maksudnya : syaratnya JIKA berlaku sebagaimana yang saya maksudkan iaitu kuasa politik terlepas dari tangan org Islam maka jawab syaratnya ialah PAS mesti tarik diri dari kerajaan tersebut .

JIKA syarat itu tidak berlaku , maka tiadalah cadangan seperti itu .

Sebab sifat Islam ialah memimpin dan menguasai . Kita menyakininya kerana Islam bukan agama ciptaan manusia tetapi ia adalah ciptaan Ilahi maka Islam pada bila – bila masa pun mesti diperjuangkan agar ia mengatasi ideology ciptaan manusia .

2. Ada pula pihak yang mempertikaikan , jika itu penegasannya dan telah mengetahui keadaan PKR dan DAP , Kenapa awal –awal lagi kita mengadakan pakatan ( tahalluf ) dengan PKR dan DAP . Lalu sekarang mengambil sikap mahu menarik diri pula .

Dari sini kita mesti memahami prinsip tahalluf. Tahalluf adalah suatu yang dibenarkan dengan maksud kita boleh bertahalluf dengan PKR dan DAP atau mana – mana pihak yang lain . Tetapi Prinsip tahalluf mestilah dipelihara dan dipatuhi . Antara prinsip dan syarat tahalluf ialah :

a. Membawa maslahah Islam dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip asas Islam.

b. Mengakui atau mengiktiraf kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan

c. Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka.

Terdapat juga persefahaman yang bersifat sementara antara kita dengan pihak yang lain . ianya disebut sebagai Muwada’ah ( ada ulama’ menyebut sebagai hadanah iaitu gencatan senjata ) dan Isti’anah ( meminta pertolongan atau bantuan . )

Tahalluf pula dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut keadaan .

a. Dalam peringkat Tahalluf membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat :

· Kepimpinan mestilah ditangan orang Islam
· Mengiktiraf Negara Islam
· Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

b. Dalam peringkat Tahalluf tanpa membentuk Kerajaan :

· Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar
· Maslahah bersama untuk menentang kezaliman dan penyelewengan
· Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyyah .

Tahalluf boleh batal atau dalam bahasa lain satu pihak yang bertahalluf menarik diri apabila syarat tahalluf itu telah hilang atau dinafikan .

Kita melihat Nabi saw. Pernah membina hubungan yang baik dengan Bani Hasyim dan Bani Abd Mutalib khasnya bapa saudara baginda Abu Talib walaupun mereka tidak menganut ajaran Islam. Tetapi apabila Abu Talib pernah memujuk Nabi agar bertolak ansur dengan musyrikin dalam perkara prinsip lalu nabi dengan tegas menjawab :

يا عمي و الله لو وضعوا الشمس في يميني و القمر في يساري على أن أترك هذا الأمر ما تركته حتى يظهره الله أو أهلك دونه

Wahai bapa saudara ku , Demi Allah jika mereka meletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiri ku supaya aku meninggalkan urusan ini ( perjuangan Islam ) nescaya tidak akan kutinggalkan sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada agamaNya dan aku mati kerananya.”

Akhirnya Abu Talib dan keluarganya mengambil keputusan untuk terus mempertahankan Nabi saw. Setelah melihat ketegasan nabi dalam prinsip perjuangannya.

Rasulullah saw. Pernah menangguhkan tahalluf ( kerjasama ) dengan bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama – sama menegakkan Negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini tercetus apabila Bani Syaiban menyatakan ketidak sanggupan mereka untuk berhadapan dengan Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja .

Rasulullah saw. pernah membatalkan tahalluf yang mahu dilakukan dengan Bani A’mir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan Negara tanpa menerima Islam .

Adapun yang berkait dengan persefahaman sementara seperti Muwada’ah , ianya dilakukan dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah . Di dalam Syarah Muhazzab karya Imam Nawawi rhm. Menyebut antara maslahanya ialah mengharapkan mereka masuk Islam atau mereka membayar jizyah jika tidak memeluk Islam atau menolong Islam memerangi musuh yang lain .

Ada ulama’ menghadkan tempoh bagi persefahaman seperti ini kepada hanya 4 bulan sahaja , ada yang mengharuskannya berasaskan maslahah kerana Islam dan ummatnya berada di dalam keadaan lemah . Ada pun jika tiada maslahah atau mudaratnya lebih banyak ia TIDAK diharuskan .

Ya Allah , semalam saya dapat satu sms yang berbunyi : Salam , artikel terbaru ustaz dalam blog menunjukkan ustaz berada dalam kem Tuan Guru Hj. Hadi dan tidak bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz .... betul ke ?

Saya hanya mampu menjawab : dalam parti tiada kem Wallahuallam kalau ada orang lain buat kem. Ana bagi pendapat yang ana rasa betul. Ke dua - dua tu Tok Guru ana . Perbezaan pendapat berasaskan ilmu tanpa menunding antara satu sama lain adalah khilaf yang baik. Yang salah bila khilaf pakai emosi dan saling menuding serta memfitnah sama sendiri .

Macam kita pakai mazhab Syafie bukan bermakna kita tolak atau tidak setuju dengan mazhab Hanafi . Kita tidak boleh sayang satu tok guru dengan membenci tok guru yang lain .
Rujuk surah Aali Imran . Ayat : 28

p/s tulisan dari blog ustaz. Nasaruddin Tantawi

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 12-08-08 23:47

Pada 12-08-08 23:02 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 18:15 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 17:56 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

salam.saya budak baru. saja nak tanya, Kenapa mesti berpecah belah? Kenapa macam ramai sangat benci kerajaan. maaf, saya ikhlas tanya,

siapa benci kerajaan ??...kita lah kerajaan .... rakyat adalah kerajaan ... yang kita tentang atau benci adalah perjuangan UMNO dan 'kerajaan BN' ... atau dalam kata lain pun penguasa hari ini yang 'zalim' lagi korup ...

berpecah ?? Kenapa berpecah ?
Islam adalah asas penyatuan ... selagi islam dibawa dan dilaksanakan, maka selagi itulah keadilan akan dikecapi semua ... tapi bila ada golongan yang membelakangkan agama dan memenangkan nafsu ... maka timbul lah penindasan dan berlakulah pertembungan .... kita katakan sebagai perpecahan.

jadi Jika ingin bersatu semula ... semuanya kena kembali kepada Islam....

setiap pemerintahan ada korupsi...pak anwar dulu,masa TPM pun besar melakukan rasuah...rasuah ni berlaku di mana-mana...cuma kita nampak dengan tak saja..bukan UMNO saja yang kurop,semua politicians mesti ada korupsinya...

p/s: saya hairan tengok ucapan pak anwar,BN/UMNO korupsi,dia tu tak pernah melakukan rasuah ke?ketuanan rakyat konon,orang yang banyak jasanya pada dia,dia buat tak tau,inikan pula nak merealisasikan ketuanan rakyat..blah ar pak anwar...sembang lebih...

hah ? setiap pemerintahan ada korupsi ?? hmmm salah tu :berfikir: pemerintah kerajaan kelanta tak ada korup rasanya...

maksudnya semua pemerintahan ??.... lagi lah salah tu..... sejarah membuktikan ada pemerintahan yang telus .... terutama pemerintahan dari tokoh kepimpinan Islam.... nak kena bagi contoh ke ni ?

Kita pun tak cerita pasal anuar ..... apatah lagi 'krisis' dia dengan ezam .... tak minat...

kalau anda berminat nak buktikan anuar korupsi ...silakan....

saya kira kalau nanti dia dibuktikan korup, dia pun pasti akan ditentang ...rakyat pasti menentang... :-D

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 00:29

Pada 12-08-08 23:02 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 18:15 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 17:56 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

salam.saya budak baru. saja nak tanya, Kenapa mesti berpecah belah? Kenapa macam ramai sangat benci kerajaan. maaf, saya ikhlas tanya,

siapa benci kerajaan ??...kita lah kerajaan .... rakyat adalah kerajaan ... yang kita tentang atau benci adalah perjuangan UMNO dan 'kerajaan BN' ... atau dalam kata lain pun penguasa hari ini yang 'zalim' lagi korup ...

berpecah ?? Kenapa berpecah ?
Islam adalah asas penyatuan ... selagi islam dibawa dan dilaksanakan, maka selagi itulah keadilan akan dikecapi semua ... tapi bila ada golongan yang membelakangkan agama dan memenangkan nafsu ... maka timbul lah penindasan dan berlakulah pertembungan .... kita katakan sebagai perpecahan.

jadi Jika ingin bersatu semula ... semuanya kena kembali kepada Islam....

setiap pemerintahan ada korupsi...pak anwar dulu,masa TPM pun besar melakukan rasuah...rasuah ni berlaku di mana-mana...cuma kita nampak dengan tak saja..bukan UMNO saja yang kurop,semua politicians mesti ada korupsinya...

p/s: saya hairan tengok ucapan pak anwar,BN/UMNO korupsi,dia tu tak pernah melakukan rasuah ke?ketuanan rakyat konon,orang yang banyak jasanya pada dia,dia buat tak tau,inikan pula nak merealisasikan ketuanan rakyat..blah ar pak anwar...sembang lebih...

awak yang sembang lebih..tapi habuk tak ada...Kalau ini suatu berita palsu..tolong abaikan...kalau benar..ana sokong kenyataan saudara ghazi..

Bookmark and Share

  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 01:14

apa pun sudah terang lagi bersuluh.semua isu-isu ini dimainkan oleh pihak2 yang mahukan publisiti.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 04:56

Pada 12-08-08 22:52 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Ghazi,
pandangan saya pakatan rakyat sekadar strategi untuk mengumpul kekuatan. Nak pakat dengan HT memang tak ada jalan sebab HT tolak 100% demokrasi .... mungkin pilihanraya juga sahabat HT tak keluo mengundi...

Tapi kan, myhoney, pilihanraya demokrasi bukanlah satu-satunya jalan menuju kebangkitan Islam. Atas sebab inilah, saya melihat bahawa pakatan PAS-HT dan juga jemaah-jemaah Islam lain bukanlah suatu yang mustahil bahkan ia wajib diusahakan...

Seperkara lagi, apa gunanya kekuatan yang dikumpul sekiranya matlamat menjadikan Islam itu dominan tidak mampu dicapai...

Katakan TIDAK kepada ketuanan Melayu mahupun ketuanan rakyat...

Katakan YA kepada ketuanan Islam!

"Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya..."

!!! QUOTE !!!

menyertai pakatan pkr dan DAP bukan bererti masuk pkr dan DAP....tolong faham tu.

politik islam melihat kekuasaan sebagai suatu keupayaan yang cukup besar. Sebab itu segala usaha dilakukan untuk meraih kuasa bagi mencapai cita-cita membina sebuah negara Islam yang diasaskan oleh wahyu Allah.

Ya, saya faham. Namun, dalam membentuk pakatan sudah tentu akan wujud kompromi. Apatah lagi sekiranya pihak-pihak yang membentuk komponen pakatan tersebut mendokong ideologi yang berbeza. Dalam Islam tiada 'jalan tengah' antara yang haq dan yang batil. Islam diturunkan sebagai faruq, yang membezakan antara haq dan batil. Islam tidak mengizinkan kita berkompromi dalam perkara yang tidak sepatutnya dikompromikan.

Mohon maaf kerana saya terpaksa bertegas pada kali ini. Tegas, tapi tak kasar ye... Harap tak menyinggung...

!!! QUOTE !!!

kata-kata dari Almarhum Ustaz Fadzil Noor..." betapa terbuka dan toleransinya pas, namun ia tetap berada dalam orbitnya "..ini ingatan al-marhum sebagai garis pemisah sampai mana kita boleh bertolak ansur, terbuka dan toleransi..... dan sampai dimana pula pendukung jamaah Islam dan parti politik Islam mempertahankan dasarnya.

Ya, saya setuju dan menghormati pendirian yang dipegang oleh Almarhum.

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 05:50

Pada 12-08-08 22:52 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pun demikian , secara pribadi sayaberpendapat melarikan diri dari demokrasi dan pilihanraya adalah sikap tidak senonoh dan zalim pada diri sendiri dan agama . Bayangkan, dalam keasyikan kita memutar kembali sejarah kegemilangan pemerintahan Islam zaman silam, musuh secara terancang mencuri dan mengambil peluang mengisi 'ruang' yang kita tinggalkan ...bayangkan, kita di mana jika pemerintah Islam yang menolak Islam dan kafir yang memang tidak mahukan Islam tidak ditentang dalam 'sistem' yang sedia ada kerana kita merasakan itu bukan cara Islam .... saya kira'kita benar-benar telah menyempitkan' ruang Islam untuk bergerak dan dilaksana di negara kita...

myhoney,tidak terlibat dalam demokrasi bukan bermakna kita merelakan 'pemerintah Islam yang menolak Islam dan kafir yang memang tidak mahukan Islam' berkuasa dan berleluasa mengisi 'ruang' yang ditinggalkan. Sebaliknya jalan keluar daripada 'perangkap' inilah yang diketengahkan, agar umat Islam tidak lagi terleka dan terus terpesona dengan sistem yang menipu ini. Seruan ini bukan untuk "menyempitkan ruang Islam untuk bergerak dan dilaksana di negara kita", sebaliknya ia akan membebaskan umat Islam daripada terus tersepit dalam permainan musuh-musuh Islam itu sendiri.

Seruan yang dibawa bukanlah sekadar untuk mengenang kegemilangan silam semata-mata. Sebaliknya seruan ini bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Banyak bezanya antara kedua-duanya, ya ukhti fi al-Islam.

Memang benar, terdapat banyak cara untuk menegakkan deen Allah di muka bumi ini. Namun, jalan manakah yang lebih baik daripada jalan yang telah ditempuh oleh junjungan mulia Nabi Muhammad saw dan juga para sahabat radhiallahu 'anhum?

Bukankah Rasulullah saw itu suri teladan yang terbaik bagi kita semua? Apatah lagi dalam usaha kita dalam melaksanakan sunnah baginda saw yang terbesar ini, iaitu berdakwah mengembalikan penerapan Islam secara syumul dalam kehidupan.

Wallahu'alam...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 08:34

siapa ada tengok Discovery Channel semalam? ceriter tentang sejarah Singapura dari kaca mata orang inggeris dan cina Singapura.

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 08:35

Pada 13-08-08 08:34 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

siapa ada tengok Discovery Channel semalam? ceriter tentang sejarah Singapura dari kaca mata orang inggeris dan cina Singapura.

tu cerita ulangan kan?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 08:59

Pada 12-08-08 14:10 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

suruh semua UMNO masuk PAS..kan senang cerita...

itulah yang ana harapkan tapi taktahu bila org umno ni sanggup membuangkan ego dan kesombongan mereka demi Islam tercinta ni... Islam adalah penyelesaian... melayu terjaga... non malay pun terpelihara

-----------------
moga hidupmu bersinar dengan keimanan, matamu bersinar dengan ketaqwaan, menggunung dengan keikhlasan, hatimu terhibur dengan kalimah Tuhan...

Bookmark and Share

  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 09:03

pas masuk pr atau keluar pr... sokongan ana takkan berubah selagi pas menjadikan Islam untuk mendasari perlembagaan negara

Bookmark and Share

  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

amancalledboy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.07.2008
Ahli No: 33940
Posting: 128
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 09:16

Pada 13-08-08 09:03 , hanafirazali posting:

!!! QUOTE !!!

pas masuk pr atau keluar pr... sokongan ana takkan berubah selagi pas menjadikan Islam untuk mendasari perlembagaan negara

yup...sokong!!!

Bookmark and Share

  Member Information For amancalledboyProfil   Hantar PM kepada amancalledboy   Quote dan BalasQuote

putriadam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.07.2008
Ahli No: 34115
Posting: 37
Dari: ums,kota kinabalu

Sabah  

posticon Posting pada: 13-08-08 09:38

Pada 12-08-08 18:15 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 17:56 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

salam.saya budak baru. saja nak tanya, Kenapa mesti berpecah belah? Kenapa macam ramai sangat benci kerajaan. maaf, saya ikhlas tanya,

siapa benci kerajaan ??...kita lah kerajaan .... rakyat adalah kerajaan ... yang kita tentang atau benci adalah perjuangan UMNO dan 'kerajaan BN' ... atau dalam kata lain pun penguasa hari ini yang 'zalim' lagi korup ...

berpecah ?? Kenapa berpecah ?
Islam adalah asas penyatuan ... selagi islam dibawa dan dilaksanakan, maka selagi itulah keadilan akan dikecapi semua ... tapi bila ada golongan yang membelakangkan agama dan memenangkan nafsu ... maka timbul lah penindasan dan berlakulah pertembungan .... kita katakan sebagai perpecahan.

jadi Jika ingin bersatu semula ... semuanya kena kembali kepada Islam....

salam, myhoney. jangan lah marah. saya tanya saja tu

Bookmark and Share

  Member Information For putriadamProfil   Hantar PM kepada putriadam   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 11:37

Pada 13-08-08 05:50 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 22:52 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pun demikian , secara pribadi sayaberpendapat melarikan diri dari demokrasi dan pilihanraya adalah sikap tidak senonoh dan zalim pada diri sendiri dan agama . Bayangkan, dalam keasyikan kita memutar kembali sejarah kegemilangan pemerintahan Islam zaman silam, musuh secara terancang mencuri dan mengambil peluang mengisi 'ruang' yang kita tinggalkan ...bayangkan, kita di mana jika pemerintah Islam yang menolak Islam dan kafir yang memang tidak mahukan Islam tidak ditentang dalam 'sistem' yang sedia ada kerana kita merasakan itu bukan cara Islam .... saya kira'kita benar-benar telah menyempitkan' ruang Islam untuk bergerak dan dilaksana di negara kita...

myhoney,tidak terlibat dalam demokrasi bukan bermakna kita merelakan 'pemerintah Islam yang menolak Islam dan kafir yang memang tidak mahukan Islam' berkuasa dan berleluasa mengisi 'ruang' yang ditinggalkan. Sebaliknya jalan keluar daripada 'perangkap' inilah yang diketengahkan, agar umat Islam tidak lagi terleka dan terus terpesona dengan sistem yang menipu ini. Seruan ini bukan untuk "menyempitkan ruang Islam untuk bergerak dan dilaksana di negara kita", sebaliknya ia akan membebaskan umat Islam daripada terus tersepit dalam permainan musuh-musuh Islam itu sendiri.

Seruan yang dibawa bukanlah sekadar untuk mengenang kegemilangan silam semata-mata. Sebaliknya seruan ini bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Banyak bezanya antara kedua-duanya, ya ukhti fi al-Islam.

Memang benar, terdapat banyak cara untuk menegakkan deen Allah di muka bumi ini. Namun, jalan manakah yang lebih baik daripada jalan yang telah ditempuh oleh junjungan mulia Nabi Muhammad saw dan juga para sahabat radhiallahu 'anhum?

Bukankah Rasulullah saw itu suri teladan yang terbaik bagi kita semua? Apatah lagi dalam usaha kita dalam melaksanakan sunnah baginda saw yang terbesar ini, iaitu berdakwah mengembalikan penerapan Islam secara syumul dalam kehidupan.

Wallahu'alam...

Salam,
Ghazi, ...expected....kalau saya highlightkan demokrasi saya memang dah agak reaksi dari sahabat HT. Ini bukan perkara baru, bahkan dalam laman forum mana sekalipun, jika demokrasi dibincang dan dipanjang lebarkan, pola jawapannya masih tetap sama ... HT dan ikhwan mempunyai pandangan yang berbeza tentang demokrasi.

Saya lebih selesa memulangkan pada kecenderungan masing-masing untuk mengambil yang mana satu, kerana keyakinan saya, keupayaan kita memahami dan menyelami sesuatu tidak sama. Yang penting kita ikhlas untuk memperjuangkan agama Allah dan mengharapkan petunjukNya. Semestinya usaha kita adalah untuk memilih cara yang terbaik semampu yang mungkin . Pun demilkian ‘cara terbaik’ ini juga kita masih khilaf. Inilah kelemahan kita . Jadi kita serahkan saja kepada Allah untuk menerima amalan kita. Saya yakin Allah tidak menzalimi kita diatas kekurangan kita dalam ‘memahami’ kesemua ilmuNya ,apatah lagi kita memang sudah berusaha.

Peganglah keyakinan masing-masing dengan rasa hormat ....

cuma kalau ghazi nak tahu pendirian saya,
Saya yakin khilafah adalah contoh pemerintahan yang paling tinggi yang pernah dicapai oleh umat manusia. Bukan semata bahawa ia adalah ad-dinul Islam yang merupakan syari'at yang datang dari Allah azza wa jalla, tapi kerana logika juga memberi petunjuk bahawa inilah gambaran kehidupan manusia yang lebih sempurna dan lengkap berbanding masyarakat yang dibangunkan berdasarkan bangsa, bahasa dan geografi. Cuma dalam dunia hari ini, di mana sebahagian besar wilayahnya diperintah oleh ideologi2 nasionalisme, komunisme, sekularisme dan sebagainya, maka konsep tentang negara Islam yang pernah dicatat oleh sejarah silam sangat sukar untuk dikembalikan.

Kita tidak boleh memandang remeh pelbagai kesulitan yang sedang kita hadapi. Bukanlah suatu hal yang mudah kita nak mengemukakan bentuk negara Islam yang sebenar kepada masyarakat kita sesudah kita mengalami masa-masa kemerosotan dan penjajahan yang ratusan tahun lamanya.

Iltizam saya, kezaliman yang ada didepan mata hendak ditentang dengan segala kemampuan dan strategi yang ada . Strategi boleh pelbagai, namun akhir kepada hasrat kita dalam hal siyasah ini, adalah untuk melihat Al-Quran dan sunnah diangkat menjadi perlembagaan di negara Malaysia yang tercinta ini..

harap kita boleh balik pada topik selepas ini ...he..he..he

:-D :-D :-D

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 11:39

Pada 13-08-08 09:38 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 18:15 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 17:56 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

salam.saya budak baru. saja nak tanya, Kenapa mesti berpecah belah? Kenapa macam ramai sangat benci kerajaan. maaf, saya ikhlas tanya,

siapa benci kerajaan ??...kita lah kerajaan .... rakyat adalah kerajaan ... yang kita tentang atau benci adalah perjuangan UMNO dan 'kerajaan BN' ... atau dalam kata lain pun penguasa hari ini yang 'zalim' lagi korup ...

berpecah ?? Kenapa berpecah ?
Islam adalah asas penyatuan ... selagi islam dibawa dan dilaksanakan, maka selagi itulah keadilan akan dikecapi semua ... tapi bila ada golongan yang membelakangkan agama dan memenangkan nafsu ... maka timbul lah penindasan dan berlakulah pertembungan .... kita katakan sebagai perpecahan.

jadi Jika ingin bersatu semula ... semuanya kena kembali kepada Islam....

salam, myhoney. jangan lah marah. saya tanya saja tu

tak marah .... tak ada sebab nak marah ...cuma mungkin cara saya nampak macam marah ...Sorry ya :bunga:

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

kaizers
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.01.2008
Ahli No: 32494
Posting: 50
Dari: Ipoh

Perak   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 14:17

Pakatan Rakyat yang dimaksudkan sebagai kerjasama PAS,PKR,DAP boleh hapus dan tak mustahil hapus kerana tidak ada sesuatu yang kekal...

Namun sebagai seorang muslim kita perlu sentiasa menegakkan Pakatan Rakyat iaitu pakatan yang mencari keadilan dan kesejahteraan dalam membela manusia dari penindasan... Islam membebaskan manusia dari kezaliman dan penindasan.

Kita imbau kembali sejarah Andalus yang ditawan Tariq, ianya berlaku kerana pasukan Tariq menerima pelawaan rakyat Andalus untuk membebaskan mereka dar pemerintahan Goths yang zalim... pada masa itu masy Andalus terdiri dari pelbagai bangsa dan agama termasuk Yahudi.

Apa-apa pun kepada semua penyokong Harakah Islam... sama-samalah kita menegakkan Pakatan Rakyat demi membela keadilan dan kesejahteraan rakyat. Tinggalkanlah apa jua bentuk pakatan yang menindas mana-mana insan dan tinggalkanlah Pakatan yang membelakangkan syariat Allah.

Bookmark and Share

  Member Information For kaizersProfil   Hantar PM kepada kaizers   Pergi ke kaizers's Website   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 15:20

huh...nak cakap apa lgik ha...sokong sayatetapsaya...
di depan Allah nanti tiada satu pun kaum yang akan di bangkitkan..semua umat..iaitu umat islam...

parti2 politik tak habis-habis perjuangkan kaum..tak salah nak membela bangsa..tapi berpada-pada lah..islam lagi penting dan utama...

Kenapa perlu mencerca dan menghina antara satu sama lain..cubalah jangan taksub dengan parti politik...jadikan Rasulullah sebagai role model....bukannya pangkat,nama atau harta benda..
tak boleh ke contohi Tuan Guru Nik Aziz...???

nak di ikutkan,memang banyak ana tak puas hati..wang zakat diseleweng...berjuta2..tak takut balasan Allah ke??org miskin ramai...ramai yang terbiar...tengok "org yang berpangkat" ramai..gaji sampai berjuta2 pun ada...
Ana tau tak semua yang lalai atau alpa tapi ingat mengingatilah dalam mentadbir negara...hmmm....

Ingatlah,Sesungguhnya balasan Allah tu amatlah pedih..Nauzubillahiminzalik...

Bookmark and Share

  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 18:26

Pada 12-08-08 18:53 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Mohon maaf kalau ada yang tersinggung, sekadar nakkan penjelasan. Kalau benarlah begitu, maka apa tujuannya PAS menyertai PR in the first place? Sedangkan kita semua dah sedia maklum komponen lain dalam Pakatan (terutamanya DAP) tidak akan sama sekali mengizinkan dominasi Islam.

Sebenar-benarnya apakah yang menjadi ikatan antara komponen dalam PR? Adakah sekadar untuk menentang BN UMNO? Seperti grafiti yang saya jumpa di Stesen LRT Bangsar; "ABU - Asal bukan UMNO".

Sesudah tersungkurnya BN UMNO, apa langkah seterusnya?

P/s: harap tak ada yang melenting ye. Sekadar nak mengajak kita sama-sama berfikir... Kembalilah kepada ikatan yang sebenar, iaitu ikatan akidah Islamiyah... Setuju dengan myhoney, "semuanya kena kembali kepada Islam"...

Wallahu'alam...

ghazi berminat dengan demokrasi ke? bukan ke HT ni anti sangat dengan demokrasi, tapi Kenapa macam berminat dan nak campur tangan? :berfikir: :sopan:

nampaknya ghazi masih tak nampak macam mana senario politik kita sekarang, ghazi kena banyak baca paper ye dan sambil baca tu sambil fikir dan nilai.

Pas masuk PR hanya sebab nak kerjasama dengan PKR, sama-sama parti orang Islam, BUKAN SEBAB NAK KERJASAMA DENGAN DAP! itu point number 1.

point number 2, Pas dan DAP sampai sekarang tak ngam, kalau tak sebab PR dan PKR, Pas takkan duduk semeja dengan DAP.

point number 3, kalau PR menang, dan jika ajaran Islam ditolak oleh PR, yakni Islam tak mendominasi, senang saja... Pas keluar saja dari PR, hancur lah PR itu! Pas masih boleh survive walaupun bersendirian, itu kena ingat... saya yakin PR takkan mudah2 singkirkan atau abaikan Pas.

jangan sebab Pas join PR, anda anggap Pas boleh terima DAP, masa awal-awal kedua2 parti dah tunjukkan ketidakserasian, Pas kalau boleh tak nak bekerjasama dengan DAP.

hohoho, saya harap penjelasan saya dapat memahamkan ghazi ye, ada apa-apa soalan tak perlu segan ye... (ceh, berlagak macam penganalisis politik pula) :sopan:

p/s: tamat posting no. 1

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 18:31

Pada 12-08-08 23:04 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN
PAS WAJIB MENARIK DIRI

Ramai juga yang yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 september ini . Saya sendiri beberapa kali diajukan pertanyaan apakah benar kerajaan ini akan dibentuk pada 16 september.

Saya hanya menjawab Wallahua'lam ( Allah swt. sahaja yang maha Mengetahui ) . Saya tidak mahu mendahului takdir Ilahi .

lepas baca artikel di atas, pasti ghazi lebih faham kan? saya quote sikit saja, apa-apa pun selamat membaca.

p/s: tamat posting no. 2

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 18:43

Pada 13-08-08 04:56 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 22:52 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Ghazi,
pandangan saya pakatan rakyat sekadar strategi untuk mengumpul kekuatan. Nak pakat dengan HT memang tak ada jalan sebab HT tolak 100% demokrasi .... mungkin pilihanraya juga sahabat HT tak keluo mengundi...

Tapi kan, myhoney, pilihanraya demokrasi bukanlah satu-satunya jalan menuju kebangkitan Islam. Atas sebab inilah, saya melihat bahawa pakatan PAS-HT dan juga jemaah-jemaah Islam lain bukanlah suatu yang mustahil bahkan ia wajib diusahakan...

ye, sepatutnya seluruh jemaah yang perjuangkan Islam bekerjasama dan berlapang dada, tolong-menolong dan saling melengkapi. bukan bermusuh2an dan saling tuduh jemaah lain sebagai salah. saya setuju ini...

!!! QUOTE !!!

Ya, saya faham. Namun, dalam membentuk pakatan sudah tentu akan wujud kompromi. Apatah lagi sekiranya pihak-pihak yang membentuk komponen pakatan tersebut mendokong ideologi yang berbeza. Dalam Islam tiada 'jalan tengah' antara yang haq dan yang batil. Islam diturunkan sebagai faruq, yang membezakan antara haq dan batil. Islam tidak mengizinkan kita berkompromi dalam perkara yang tidak sepatutnya dikompromikan.

Mohon maaf kerana saya terpaksa bertegas pada kali ini. Tegas, tapi tak kasar ye... Harap tak menyinggung...

tak kasar pun :sopan:

cuma saya confused :berfikir: apa yang dimaksudkan dengan kompromi tu... kalau kompromi guna demokrasi, tidak... ia diharuskan oleh kebanyakan ulama', saya rasa kita tak perlu berdebat tentang itu di sini.

kalau berkompromi dengan PKR dan DAP (betul ke?), saya nak ghazi intai balik sejarah ketika umat Islam belum menguasai Makkah, ingatkah ghazi kepada perjanjian hudaybiyyah?

!!! QUOTE !!!

UNTUK meringkaskan Perjanjian Hudaibiah, diperturunkan dibawah ini butir-butir perjanjian yang dipersetujui:
a)Genjatan senjata selama 10 tahun
b)Muhammad hendaklah memulangkan orang Quraisy yang hendak masuk Islam tanpa izin walinya
c)Tidak semestinya orang Quraisy mengembalikan pengikut-pengikut Muhammad jika mereka menyertai kaum Quraisy
d)Mana-mana kabilah Arab yang ingin masuk ke dalam kaum Quraisy, boleh berbuat demikian dan sebaliknya sesiapa yang ingin mesuk kumpulan Nabi Muhammad boleh juga berbuat demikian kecuali kaum Quraisy.
e)Muhammad dan pengikutnya hendaklah kembali ke Madinah tanpa menunaikan umrah tahun ini, tetapi pada tahun berikutnya Muhammad dan pengikutnya boleh masuk Mekah dan boleh tinggal di sana selama tiga hari tanpa apa-apa senjata senjata kecuali pedang di dalam sarungnya.

Setelah Rasulullah memeteraikan perjanjian damai itu, ramai di antara sahabat merasa terkilan dan tidak puas hati kerana Nabi banyak bertolak ansur dan berlembut, manakala di pihak Quraisy pula terlalu keras dan kasar...

saya petik dari artikel YADIM.

saya nak tanya ghazi, wujud tak "kompromi" dalam perjanjian tersebut? berat sebelah bukan, tapi Rasulullah s.a.w. terima juga... kalau ghazi ada ketika itu, dengan cara pemikiran anda sekarang, adakah anda akan tentang keputusan itu atas dasar tak boleh langsung "berkompromi"?

itu strategi, ambillah peluang yang boleh kita ambil dan yang dibolehkan untuk mencapai kejayaan... Pas berkompromi dengan PR setakat yang boleh dikompromikan, tapi kalau dah sampai limitnya, saya yakin Pas boleh tarik diri dari PR bila2 masa! ;-)

itulah perbezaan antara Pas dan HT, bagi HT kena tegakkan khilafah dulu baru Islam boleh dilaksanakan... tapi pada Pas, dengan terlaksananya Islam, barulah khilafah akan tertegak!

tapi kedua-duanya boleh diterima, jangan sebab perbezaan kita bergaduh, oleh kerana skop dan lapangan perjuangan tak sama, sama-sama berlumba-lumba menegakkan Islam, bertolong2 dalam perkara "birr" dan "taqwa" :welcome:

wassalam.

p/s: tamat posting no. 3

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

biarlah-rahsia
Warga Rasmi
Menyertai: 06.07.2006
Ahli No: 25093
Posting: 16
Dari: biarlah rahsia

Kelantan  

posticon Posting pada: 13-08-08 18:49

Pada 12-08-08 13:48 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

baik hafeezul,saya menyeberang pun sebab dah nampak segala ketirisan yang berlaku dalam negara jadi kita sebagai rakyat ni kena berbuat sesuatu untuk kebaikan bukan saja untuk kita tapi kekal hingga akhirnya.

harap kena betulkan niat anda.kita bersama dalam jemaah Islam bukan kerana atas ketirisan atau apa-apa yang sewaktu dengannya yang ada dalam sesuatu jemaah berkenaan tetapi adalah kerana rasa tanggungjawad kita untuk bersama dalam jemaah yang Allah perintahkan sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan orang2 yang beriman sama ada lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat baik dan melarang keburukan, melaksanakan shalat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi Rahmat oleh Allah.” (At-Taubah:71)

-----------------
Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya melainkan dalam perkara kebaikan dan melarang perkara keburukkan serta zikrullah."

Bookmark and Share

  Member Information For biarlah-rahsiaProfil   Hantar PM kepada biarlah-rahsia   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 13-08-08 20:44

Pada 13-08-08 18:49 , biarlah-rahsia posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-08-08 13:48 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

baik hafeezul,saya menyeberang pun sebab dah nampak segala ketirisan yang berlaku dalam negara jadi kita sebagai rakyat ni kena berbuat sesuatu untuk kebaikan bukan saja untuk kita tapi kekal hingga akhirnya.

harap kena betulkan niat anda.kita bersama dalam jemaah Islam bukan kerana atas ketirisan atau apa-apa yang sewaktu dengannya yang ada dalam sesuatu jemaah berkenaan tetapi adalah kerana rasa tanggungjawad kita untuk bersama dalam jemaah yang Allah perintahkan sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan orang2 yang beriman sama ada lelaki dan perempuan sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat baik dan melarang keburukan, melaksanakan shalat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi Rahmat oleh Allah.” (At-Taubah:71)

baik.................

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

biru-putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.07.2006
Ahli No: 25137
Posting: 135

blank  

posticon Posting pada: 14-08-08 16:50

Pada 12-08-08 23:04 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Buaya meskipun ganas , keganasannya hanya terhad di dalam air ( sungai ) yang jarang - jarang sekali kita merentasinya. Apa yang lebih bimbang ialah Harimau , keganasannya adalah di darat sedang kita hidup didarat ini .

hahaha...wahai orang2 keAdilan dan DAP sedar dan faham tak kamu apa orang2 Pas kata kat Kamu..?
dia dah andaikan kamu sebagai Rimau...
manakala Umno dan BN sebagi buaya!
So, saya cadangkan agar sigkirkan saja Pas dari Pakatan Rakyat. Biar mereka bersendirian dan lihatlah sejauh mana mereka boleh pergi...mereka memang tak mengenang budi dan tak sedar diri bahawa negeri2 yang dimenangi Pas adalah hasil kerjasama daripada sokongan ahli2 keAdilan dan DAP.

Dan nasihat saya pada orang2 Pas pula jangan hanya pentingkan diri sahaja. Bila kebutuhan minta tolong tetapi bila sudah selesa dah tak ingat kawan.
janganlah suka guna orang lain sebagai alat untuk mencapai matlamat!

Bookmark and Share

  Member Information For biru-putihProfil   Hantar PM kepada biru-putih   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 14-08-08 16:54

sudahlah tu biru putih.jangan kacau PAS.biarlah ia bahagia bersama PR.nasihat daripada bekas penyokong umno.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 14-08-08 17:11

Pada 14-08-08 16:50 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

hahaha...wahai orang2 keAdilan dan DAP sedar dan faham tak kamu apa orang2 Pas kata kat Kamu..?
dia dah andaikan kamu sebagai Rimau...
manakala Umno dan BN sebagi buaya!
So, saya cadangkan agar sigkirkan saja Pas dari Pakatan Rakyat. Biar mereka bersendirian dan lihatlah sejauh mana mereka boleh pergi...mereka memang tak mengenang budi dan tak sedar diri bahawa negeri2 yang dimenangi Pas adalah hasil kerjasama daripada sokongan ahli2 keAdilan dan DAP.

Dan nasihat saya pada orang2 Pas pula jangan hanya pentingkan diri sahaja. Bila kebutuhan minta tolong tetapi bila sudah selesa dah tak ingat kawan.
janganlah suka guna orang lain sebagai alat untuk mencapai matlamat!

Pas join pakatan rakyat sebab nak kerjasama dengan PKR saja, bukan DAP :jangan:

"negeri2 yang dimenangi Pas adalah hasil kerjasama daripada sokongan ahli2 keAdilan dan DAP"? betul ke...?

Pas dah jelaskan pendirian, kalau nanti PR tolak Islam, Pas akan keluar saja dari PR! dan kalau PR tanpa Pas, secara automatik PR akan hilang kuasa di selangor & perak!

kelantan, confirm masih dibawah Pas, dan kedah masih boleh dikuasai hanya jika adun2 PKR sudi kerjasama dengan Pas! tengok siapa untung, siapa rugi :sopan:

biru-putih, perjuangan kalau bukan atas dasar agama, tak ada maknanya... buat apa perjuangkan sekular dan nasionalisme? Kenapa takut dengan Islam dan ajarannya? :berfikir:

sedarlah biru-putih, pemula posting, berjuanglah atas kapasiti agama sebagaimana Nabi s.a.w. dulu tak pinggirkan bangsa2 lain, yang penting adalah Islam!

salam ukhwah buat biru-putih, wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 15-08-08 09:57

Pada 13-08-08 11:37 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,
Ghazi, ...expected....kalau saya highlightkan demokrasi saya memang dah agak reaksi dari sahabat HT. Ini bukan perkara baru, bahkan dalam laman forum mana sekalipun, jika demokrasi dibincang dan dipanjang lebarkan, pola jawapannya masih tetap sama ... HT dan ikhwan mempunyai pandangan yang berbeza tentang demokrasi.

Salam, myhoney. Memang benar, jawapannya pasti akan tetap sama. Bukan kerana taksub membuta-tuli, tetapi atas dasar dalil dan hujah syarie, serta penelitian peribadi terhadap realiti demokrasi. Mungkin penelitian peribadi saya boleh dipertikaikan sewenang-wenangnya, namun dalil dan hujah syarie yang dikemukakan bukanlah rekaan saya...

Jika dilihat dari sudut yang lain pula, kita akan dapati di sebalik perbezaan yang sedikit ini, masih banyak lagi persamaan yang boleh menjadi ruang kerjasama antara kedua-duanya... Apatah lagi memandangkan matlamat kita sama...

!!! QUOTE !!!

Saya lebih selesa memulangkan pada kecenderungan masing-masing untuk mengambil yang mana satu, kerana keyakinan saya, keupayaan kita memahami dan menyelami sesuatu tidak sama.
.
.
.
Peganglah keyakinan masing-masing dengan rasa hormat ....

Pendirian saya terhadap isu ini: Saya bertegas dengan keyakinan saya, namun dalam masa yang sama saya tidak menyanggah bahawa pegangan saya boleh jadi salah ataupun kurang tepat. Justeru, saya akan terus menyampaikannya kepada semua sehinggalah saya ketemu hujah dan dalil yang lebih rajih. Dalam masa yang sama saya tetap menghormati pendirian pihak lain.

!!! QUOTE !!!

cuma kalau ghazi nak tahu pendirian saya,
.
.
.
Bukanlah suatu hal yang mudah kita nak mengemukakan bentuk negara Islam yang sebenar kepada masyarakat kita sesudah kita mengalami masa-masa kemerosotan dan penjajahan yang ratusan tahun lamanya.

Iltizam saya, kezaliman yang ada didepan mata hendak ditentang dengan segala kemampuan dan strategi yang ada . Strategi boleh pelbagai, namun akhir kepada hasrat kita dalam hal siyasah ini, adalah untuk melihat Al-Quran dan sunnah diangkat menjadi perlembagaan di negara Malaysia yang tercinta ini..

Pada hemat saya, dalam berjuang, tidak sepatutnya kita tunduk kepada realiti. Sebaliknya kitalah yang harus berusaha mencorakkan realiti itu agar selari dengan Islam... Memang benar, umat Islam telah sekian lama hidup dalam status quo yang bercanggahan dengan Islam. Namun ini tak bermakna kita harus tunduk kepada realiti sebegini.

Memang benar, dalam menongkah arus ini teramatlah sukar. Namun tak bermakna ia suatu yang mustahil. Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah saw dan para sahabat radhiallahu 'anhum dengan izin Allah telah berjaya mengubah masyarakat Arab ketika itu daripada suasana jahiliyyah menjadi 180 darjah kepada masyarakat Islam yang bertamaddun dan mulia. Kaum Muslimin ketika itu berjaya membebaskan masyarakat daripada kegelapan menuju cahaya.

Andainya umat Islam ketika itu tunduk kepada realiti, sudah semestinya perubahan 'lama-lama menjadi bukit' yang menjadi pilihan dalam berdakwah. Bukanlah niat saya untuk menempelkan andaian yang buruk kepada Rasulullah saw dan para sahabat, sekadar menyatakan kemungkinan yang boleh terjadi. Harap tak disalahfaham.

Wallahu'alam...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 15-08-08 10:29

Salam, wah panjangnya posting ibnu_musa, sampai kena pecah tiga bahagian... :-D

Pada 13-08-08 18:26 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

ghazi berminat dengan demokrasi ke? bukan ke HT ni anti sangat dengan demokrasi, tapi Kenapa macam berminat dan nak campur tangan? :berfikir: :sopan:

Nak tak nak kenalah ambil tahu, sebab ini kan melibatkan urusan umat Islam juga... Pesan Nabi, barangsiapa yang bangun di pagi hari tanpa memikirkan tentang umat Islam, maka dia bukan dari kalangannya.

Tapi perlu jelas di sini, 'ambil tahu' tak sama dengan 'turut serta'. Tak salah kan kalau sekadar nak ikuti perkembangan semasa? Macam sihir juga, belajar tak salah. Tapi jangan diamalkan. Bukanlah saya nak samakan demokrasi dengan sihir, jangan disalah anggap pula. Sekadar buat analogi... :-D

!!! QUOTE !!!

Pas masuk PR hanya sebab nak kerjasama dengan PKR, sama-sama parti orang Islam, BUKAN SEBAB NAK KERJASAMA DENGAN DAP! itu point number 1.

Tapi kan, bukankah PKR itu sebuah parti politik yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama (instead of 'parti orang Islam')? Itu point 1(a). Point 1(b) pula, adakah dasar perjuangan PKR itu selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS? Point 1(c), walaupun PAS tidak mahu bekerjasama dengan DAP, namun masih menyertai PR yang turut disertai DAP. Secara tidak langsung (pada pandangan saya) ini membuktikan bahawa ikatan yang menyatukan PR ialah ABU (Asalkan Bukan UMNO). Dalam ertikata lain peranan pembentukan pakatan rakyat hanyalah untuk menjatuhkan BN-UMNO. Betulkan kalau saya tersilap.

!!! QUOTE !!!

point number 2, Pas dan DAP sampai sekarang tak ngam, kalau tak sebab PR dan PKR, Pas takkan duduk semeja dengan DAP.

Pandangan saya berkenaan point number 2 saudara sama seperti point 1(c) di atas.

!!! QUOTE !!!

point number 3, kalau PR menang, dan jika ajaran Islam ditolak oleh PR, yakni Islam tak mendominasi, senang saja... Pas keluar saja dari PR, hancur lah PR itu! Pas masih boleh survive walaupun bersendirian, itu kena ingat... saya yakin PR takkan mudah2 singkirkan atau abaikan Pas.

Maaf kalau persoalan saya ini dilihat sebagai keterlaluan; jika demikian, apakah gunanya membentuk pakatan in the first place? Seandainya PAS keluar daripada pakatan, maka tak tercapailah matlamat PAS yang ingin dicapai melalui penyertaan dalam pakatan. Kita perlu jelas, bahawa dalam politik demokrasi kawan pada hari ini boleh bertukar menjadi lawan sekelip mata (dan sebaliknya). Tidak mustahil andainya PAS menarik diri, komponen pakatan yang lain boleh mengundang UMNO, MCA, MIC ataupun mana-mana komponen BN yang lain menyertai pakatan baru bagi membentuk kerajaan. Anda tentu jelas bahawa kerajaan yang tak mempunyai majoriti dua pertiga adalah kerajaan yang tak stabil. Apatah lagi jika beza bilangan kerusi itu tak begitu banyak. Kerajaan baru yang mungkin terbentuk pada 16 September nanti pasti tidak akan membiarkan ini terjadi dan akan berusaha menstabilkan kerajaan.

Dan sekiranya ini yang terjadi (PAS meninggalkan PR setelah PR membentuk kerajaan), bermakna PAS telah memberikan ruang kepada 'pemerintah Islam yang menolak Islam dan kafir yang memang tidak mahukan Islam' mengisi ruang yang ditinggalkan PAS. Kesudahannya PAS akan kembali menjadi pihak pembangkang dan kitaran ini akan berterusan. Umat Islam amnya akan terus terjerat.

!!! QUOTE !!!

hohoho, saya harap penjelasan saya dapat memahamkan ghazi ye, ada apa-apa soalan tak perlu segan ye... (ceh, berlagak macam penganalisis politik pula) :sopan:

p/s: tamat posting no. 1

Terima kasih atas penjelasan yang diberikan. :-)

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 15-08-08 11:01

Saya akan terus menjawab posting ibnu_musa yang ketiga memandangkan posting kedua cuma menyarankan saya membaca dan menilai artikel "Jika Islam Tidak Dominan, PAS Wajib Tarik Diri".

Alhamdulillah kerana ibnu_musa bersetuju dengan kenyataan saya. Dan saya percaya lebih ramai lagi dari kalangan umat Islam yang menginginkan penyatuan sedemikian. Semoga kita saling memahami... Amin.

!!! QUOTE !!!

saya nak tanya ghazi, wujud tak "kompromi" dalam perjanjian tersebut? berat sebelah bukan, tapi Rasulullah s.a.w. terima juga... kalau ghazi ada ketika itu, dengan cara pemikiran anda sekarang, adakah anda akan tentang keputusan itu atas dasar tak boleh langsung "berkompromi"?

Cumanya "kompromi" yang dibuat oleh kaum Muslimin ketika itu akan mendatangkan kebaikan dan kelebihan kepada dakwah Islam. Dan "kompromi" tersebut tidak melibatkan hal-hal pokok. I'm sorry to say, setakat ini saya masih lagi tak menemui kelebihan dan kebaikan daripada kompromi daripada pembentukan pakatan tersebut melainkan untuk menjatuhkan kerajaan sekular BN-UMNO (yang sememangnya saya juga usahakan, cuma bezanya melalui jalan di luar demokrasi).

!!! QUOTE !!!

itu strategi, ambillah peluang yang boleh kita ambil dan yang dibolehkan untuk mencapai kejayaan... Pas berkompromi dengan PR setakat yang boleh dikompromikan, tapi kalau dah sampai limitnya, saya yakin Pas boleh tarik diri dari PR bila2 masa!

Saya yakin bahawa para 'strategist' dan pihak pimpinan dalam PAS sudah sedia maklum akan pendirian DAP yang menolak 100% pelaksanaan sistem Islam di Malaysia dan juga PKR yang sedang berusaha memenangi hati orang bukan Melayu (bermakna sudah semestinya DSAI akan menolak sebarang langkah yang boleh menyebabkan hilangnya sokongan mereka terhadap PR). Adakah bermakna PAS mengambil langkah 'berani mati' walaupun telah menyedari hakikat tersebut? Maksud saya, PAS menyertai pakatan yang mana di akhirnya akan ditinggalkan juga.

Pada hemat saya, kebarangkalian untuk DAP khususnya untuk menolak dominasi Islam hampir mencecah 100%; melainkan jika PAS berjaya mendakwahkan mereka untuk menerima dan menerima pendirian PAS dalam masa terdekat ini (menjelang 16 September 2008).

Atau mungkinkah tujuan pembentukan PR adalah semata-mata untuk mewujudkan euphoria di kalangan ahli-ahli parti komponen bahawa "sesungguhnya BN bukanlah segagah mana, dan boleh dikalahkan"? Kerana sesudah tumbangnya kerajaan BN-UMNO, tiada kesepakatan dalam bentuk kerajaan yang baru (setakat ini).

!!! QUOTE !!!

itulah perbezaan antara Pas dan HT, bagi HT kena tegakkan khilafah dulu baru Islam boleh dilaksanakan... tapi pada Pas, dengan terlaksananya Islam, barulah khilafah akan tertegak!

Saya setuju bahawa pelaksanaan Islam boleh dijalankan sebelum tertegaknya khilafah (i.e. melalui pelaksanaan berperingkat seperti dalam maratib amal). Namun, tanpa khilafah, mustahil sistem Islam dapat dilaksanakan secara syumul. Kerana, hanya khilafah sahajalah bentuk pemerintahan yang diterima Islam. Bukan sistem demokrasi berparlimen, juga bukan sistem republik, federalism, monarki mahupun sosialisme.

!!! QUOTE !!!

tapi kedua-duanya boleh diterima, jangan sebab perbezaan kita bergaduh, oleh kerana skop dan lapangan perjuangan tak sama, sama-sama berlumba-lumba menegakkan Islam, bertolong2 dalam perkara "birr" dan "taqwa"

wassalam.

Setuju sangat dengan seruan ibnu_musa. Saya secara peribadinya bukanlah jenis orang yang menyeru kepada perseteruan. Mungkin dalam demokrasi tidak akan wujud titik pertemuan, namun tak bermakna tiada kerjasama yang boleh dibentuk. Ruang lingkup dakwah masih luas lagi.

Sama-samalah kita berdoa supaya umat Islam kembali bersatu memperjuangkan ketuanan Islam di muka bumi ini... Amin...

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 15-08-08 11:18

Pada 12-08-08 17:56 , putriadam posting:

!!! QUOTE !!!

salam.saya budak baru. saja nak tanya, Kenapa mesti berpecah belah? Kenapa macam ramai sangat benci kerajaan. maaf, saya ikhlas tanya,

kerajaan tak perform..banyak rasuah..salah guna kuasa..rosakkan sistem kehakiman..pembaziran dan banyak lagi masalah2 yang 'berjaya' dilaksanakan oleh kerajaan UMNO-BN..pemerintah sebegini patut ditolak rakyat..beri peluang kepada org lain memimpin negara..

-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka

Bookmark and Share

  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.07.2008
Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 15-08-08 12:36

Salam buat semua:-

         Pengajarannya: ada hikmah disebaliknya dari kenyataan TGHA ni. Kita tak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Mungkin tidak atau ya Pakatan Rakyat dapat memerintah selepas 16 September nanti.

        Tapi sebagai rakyat Malaysia, saya sendiri keliru dengan pendirian PAS ni, dulu beria-ia bantah kerjasama dengan DAP lepas tu pulak bersatu dengan DAP dan Keadilan, macam ni pulak jadinya. Bagi saya tujuan asal PAS bersatu dengan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kuasa bagi menegakkan Islam adalah satu strategi politik yang tersasar. Akhirnya tengoklah kenyataan TGHA sendiri....

Marilah kita hayati secara ringkas pendekatan Jamaah Islamiyah yang ditulis sendiri oleh Prof. Dr. Umar Abd. Rahman dalam bidang tafsir Al-Quran.

Islam itu tertegak:-

1-enggan & tidak mahu bertolak-ansur dengan musuh-musuhnya padahal pada waktu itu pengikutnya masih sedikit, sangat lemah, dengan musuh-musuhnya lebih ramai dan kuat.
2-tidak mendekat dan berlemah-lembut mengharapkan belas kasihan dari penguasa jahiliyah.
3.-Sebaliknya pertentangan, perlawanan, permusuhan bahkan jihad tidak dapat dielakkan dalam segala urusannya.
4.-Watak Islam tidak pernah bersahabat & bergading bahu dengan jahiliyyah, Islam tidak berasa rendah dihadapan jahiliyya sebaliknya ia berhadapan dengan jahiliyyah ia sentiasa berani, gagah perkasa, kesatria & perwira di atas jahiliyyah.
5.-Islam tidak akan menang & tegak dengan cara yang tidak diredahi oleh Allah, sebaliknya tegaknya Islam hanyalah dengan apa cara yang telah menegakkan pada awalnya pada zaman Rasulullah s.a.w iaitu dakwah & jihad.

Ambila pengajaran dari politik kita ni, bersiap sedialah semuanya untuk kita mendaulatkan Islam tidak kira di mana hatta ada suatu hari nanti dengan keizinan Allah Taala kita kena berjihad dengan nyawa kita sendiri. Allahu Akbar!!

Bookmark and Share

  Member Information For Ulfah_AzZahraProfil   Hantar PM kepada Ulfah_AzZahra   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-08-08 12:44

Pada 15-08-08 09:57 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada hemat saya, dalam berjuang, tidak sepatutnya kita tunduk kepada realiti. Sebaliknya kitalah yang harus berusaha mencorakkan realiti itu agar selari dengan Islam... Memang benar, umat Islam telah sekian lama hidup dalam status quo yang bercanggahan dengan Islam. Namun ini tak bermakna kita harus tunduk kepada realiti sebegini.

terima kasih ... anda senada dengan saya tentang 'realiti'....

sebab tak nak tunduk pada reality lah pas bekerja untuk membawa realiti yang ada agar selari dengan Islam ...tinggal saja HT yang menilai kerja pas tu tak selari dengan islam . Kalau benar kita nak tunduk pada status quo yang becanggahan dengan Islam tu ... kita biar saja UMNO buat kerja ... kita hanya berseminar edar risalah ...buat halaqah .... sekadar begitu saja. Saya kira itu bukan cara yang 'terbaik' mengubah realiti ...

!!! QUOTE !!!

Memang benar, dalam menongkah arus ini teramatlah sukar. Namun tak bermakna ia suatu yang mustahil. Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah saw dan para sahabat radhiallahu 'anhum dengan izin Allah telah berjaya mengubah masyarakat Arab ketika itu daripada suasana jahiliyyah menjadi 180 darjah kepada masyarakat Islam yang bertamaddun dan mulia. Kaum Muslimin ketika itu berjaya membebaskan masyarakat daripada kegelapan menuju cahaya.

ini benar .... jadi anda nampak Pas berpeluk tubuh ke dalam mengubah masyarakat ?

!!! QUOTE !!!

Andainya umat Islam ketika itu tunduk kepada realiti, sudah semestinya perubahan 'lama-lama menjadi bukit' yang menjadi pilihan dalam berdakwah. Bukanlah niat saya untuk menempelkan andaian yang buruk kepada Rasulullah saw dan para sahabat, sekadar menyatakan kemungkinan yang boleh terjadi. Harap tak disalahfaham.

Wallahu'alam...

memang saya kurang faham yang ini....

saya kira dakwah Rasulullah juga bersifat sedikit-demi sedikit dalam membina masyarakat . Islam bermulanya disampaikan kepada ahli keluarga, sahabat terdekat dan masyarakat arab ... sehinggalah membawa kepada penubuhan negara Islam yang pertama di Madinah kemudian seterusnya ke wilayah-wilayah yang lain.....

Rasulullah mewariskan jalan kesabaran kepada kita dan penuh dengan strategi untuk memungkinkan Islam itu berkembang.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-08-08 13:45

Tertarik dengan ucapan Ketua Dewan pemuda Pas pusat, Salahuddin Ayob...
Harapan yang tinggi masih diletakkan untuk menjayakan pakatan rakyat ini demi memastikan politik yang telus serta adil untuk semua rakyat.

" Pas berdiri tegak dan teguh hari ini kerana perjuangan Islam yang dilihat dan diyakini konsisten.

DAP terus relevan di persada politik tanah air kerana nilai dan prinsip social demokrat yang diamalkan.

manakala PKR terus mara dengan slogan keadilan untuk semua.

Saya tidak rela untuk terus terperangkap dan terjerumus dalam jebak dan konflik permusuhan yang tak kunjung sudah yang mengheret kita pemuda pakatan rakyat untuk terus bersangka buruk, dan membiarkan minda rakyat terus dibelenggu oleh momokan dan persepsi Pas dengan Islam yang ganas , serta DAP dengan sikap chauvanisnya dan parti perkaumannya.
Telah sampai masanya kita pemuda pakatan rakyat memulakan era baru dengan menamatkan konflik ini secepat mungkin.. Segala konflik diantara kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentimen untung rugi pilihanraya semata-mata, tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu K pilitik, bagi kita mewajahkan semula perjuangan pakatan rakyat yang lebih meyakinkan.

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 15-08-08 14:21

Pada 12-08-08 17:39 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

ni kalau tak fakta berita haru biru tak pun mesti ustusan meloya :lol: :lol:

jaga2 sikit ayat tu kak anis, awak tu tengah pregnant, kang seman... hehe....

-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 15-08-08 14:22

Pada 14-08-08 16:54 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

sudahlah tu biru putih.jangan kacau PAS.biarlah ia bahagia bersama PR.nasihat daripada bekas penyokong umno.

sudah lah rashdin, kami tau awak tu BEKAS penyokong umno, tak payah lah ulang banyak kali...

-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 15-08-08 14:39

Pada 15-08-08 10:29 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Maaf kalau persoalan saya ini dilihat sebagai keterlaluan; jika demikian, apakah gunanya membentuk pakatan in the first place? Seandainya PAS keluar daripada pakatan, maka tak tercapailah matlamat PAS yang ingin dicapai melalui penyertaan dalam pakatan. Kita perlu jelas, bahawa dalam politik demokrasi kawan pada hari ini boleh bertukar menjadi lawan sekelip mata (dan sebaliknya). Tidak mustahil andainya PAS menarik diri, komponen pakatan yang lain boleh mengundang UMNO, MCA, MIC ataupun mana-mana komponen BN yang lain menyertai pakatan baru bagi membentuk kerajaan. Anda tentu jelas bahawa kerajaan yang tak mempunyai majoriti dua pertiga adalah kerajaan yang tak stabil. Apatah lagi jika beza bilangan kerusi itu tak begitu banyak. Kerajaan baru yang mungkin terbentuk pada 16 September nanti pasti tidak akan membiarkan ini terjadi dan akan berusaha menstabilkan kerajaan.

Dan sekiranya ini yang terjadi (PAS meninggalkan PR setelah PR membentuk kerajaan), bermakna PAS telah memberikan ruang kepada 'pemerintah Islam yang menolak Islam dan kafir yang memang tidak mahukan Islam' mengisi ruang yang ditinggalkan PAS. Kesudahannya PAS akan kembali menjadi pihak pembangkang dan kitaran ini akan berterusan. Umat Islam amnya akan terus terjerat.

erm, saya tak faham dengan point dari ghazi :berfikir:

kalau Pas keluar dari PR, tiada ruang yang ditinggalkan oleh Pas, mereka masih ada tempat yang sepatutnya :jangan:

Pas masuk PR atau keluar dari PR, saya tak nampak Pas rugi apa-apa pun, sebab tu Pas sudi terus bersama PR selepas kerajaan baru ditegakkan "jika Islam mendominasi", dan kalau Umno sekalipun nak bersatu dengan Pas sebagai sebuah parti baru yang "memartabatkan Islam", Pas tiada hal...

tentang Umno, MIC atau MCA join PR tu, menurut keadaan realiti sekarang, ia MUSTAHIL (macam iklan celcom, ngeh3)

saya tengok, kalau betul pun DSAI boleh tarik YB2 BN masuk PR dan tubuhkan kerajaan pusat baru, tanpa Pas impian itu takkan tercapai.

Pas hanya akan bersama dengan pihak yang memastikan Islam dimartabatkan, kalau tiada mana-mana pihak yang ingin perjuangkan Islam, menurut muktamar yang baru berlangsung ini, Pas wajib keluar dari "pihak" tersebut!

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  

posticon Posting pada: 15-08-08 16:27

salam mung terdapat miss understanding di sini.

Bookmark and Share

  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 16-08-08 02:44

Pada 15-08-08 12:44 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

.
.
.
terima kasih ... anda senada dengan saya tentang 'realiti'....

sebab tak nak tunduk pada reality lah pas bekerja untuk membawa realiti yang ada agar selari dengan Islam ...tinggal saja HT yang menilai kerja pas tu tak selari dengan islam . Kalau benar kita nak tunduk pada status quo yang becanggahan dengan Islam tu ... kita biar saja UMNO buat kerja ... kita hanya berseminar edar risalah ...buat halaqah .... sekadar begitu saja. Saya kira itu bukan cara yang 'terbaik' mengubah realiti ...

Harap jangan pandang rendah kepada kekuatan halaqah... Daripada pembinaan inilah kader-kader yang ikhlas berjuang dilahirkan. Edar risalah pula sekadar uslub bagi mencetus proses berfikir di kalangan umat secara massa. Kalau nak bertemu seorang demi seorang akan mengambil masa yang agak panjang. Jadi, dalam masa yang sama, risalah diedar sebagai sebaran am dalam "menjentik telinga" umat agar tersedar daripada lamunan.

Pendekatan intelektual tanpa kekerasan dan kompromi inilah yang menjadi landasan perjuangan. Inilah syiraul fikri dan kifahus siyasi (maksudnya lebih kurang,pergolakan pemikiran dan pergelutan politik). Proses menuju kebangkitan bermula dengan mengubah pemikiran umat agar selaras dengan Islam, sekaligus menjadikan Islam sebagai qiyadah fikriyah...

Jika dirujuk sorotan sirah nubuwwah, kaum Muslimin di fasa Makkah tidak mengambil sebarang pendekatan berbentuk material (sama ada dalam bentuk peperangan, keterlibatan dalam ekonomi, campurtangan dalam pemerintahan sistem jahiliyah dan sebagainya)

!!! QUOTE !!!

.
.
.
ini benar .... jadi anda nampak Pas berpeluk tubuh ke dalam mengubah masyarakat ?

Jauh sama sekali daripada beranggapan sedemikian. Saya sedar sumbangan-sumbangan yang telah diberikan PAS selama ini, dan saya tidak menafikan peranan yang dimainkannya. Begitu juga dengan jemaah-jemaah Islam yang lain. Cuma point yang ingin saya sampaikan dalam perenggan tersebut ialah:

Dalam sirah nubuwwah, kaum Muslimin tidak pernah berkompromi sehingga ke tahap mengasimilisasikan diri mereka dan juga perjuangan mereka ke dalam sistem jahiliyah. Rasanya kenyataan ini mudah difahami...

!!! QUOTE !!!

.
.
.
memang saya kurang faham yang ini....

saya kira dakwah Rasulullah juga bersifat sedikit-demi sedikit dalam membina masyarakat . Islam bermulanya disampaikan kepada ahli keluarga, sahabat terdekat dan masyarakat arab ... sehinggalah membawa kepada penubuhan negara Islam yang pertama di Madinah kemudian seterusnya ke wilayah-wilayah yang lain.....

Rasulullah mewariskan jalan kesabaran kepada kita dan penuh dengan strategi untuk memungkinkan Islam itu berkembang.

Betul, bila saya baca balik perenggan tersebut, saya sedar bahawa pasti akan wujud sedikit kekeliruan. Maaf ye. Yang saya maksudkan sedikit demi sedikit bukanlah seperti yang ukhti nyatakan itu. Perbincangan mengenai darihal tersebut akan melibatkan perbincangan khusus terhadap "pandangan Islam mengenai masyarakat dan komponen yang membentuknya" - as opposed to how capitalism and communism view the concept of a society. (insya Allah akan dikongsikan kemudian di kesempatan lain).

Apa yang saya maksudkan dalam kenyataan saya sebelum ini ialah 'menerapkan Islam secara berperingkat'. Hal ini tidak terjadi tatkala di zaman baginda saw. Setiap satu perintah yang diturunkan melalui wahyu akan diterapkan sepenuhnya tanpa berlengah-lengah mengikut kesesuaian realiti. Mungkin ada yang akan mengaitkannya dengan darihal pengharaman arak. Kita perlu sedari bahawa ketika itu Islam masih belum sempurna. Ayat ketiga surah al-Maidah masih belum diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibril as lagi.

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian.”

Justeru, umat Islam mengambil sepenuhnya segala yang telah diwahyukan pada sesuatu masa. Tiada pula mereka berkata (sekadar memberikan contoh), "Arak yang ada dalam simpanan kami masih banyak lagi. Kalau begitu, kita hentikan penghasilan arak, tapi dalam masa yang sama kita habiskan dahulu stok yang masih ada. Tak baik membazir. Setidak-tidaknya ini akan membantu mengurangkan ketagihan terhadap arak secara berperingkat."

Dan tidak pula mereka mengesyorkan supaya arak dalam simpanan itu diserahkan kepada orang-orang musyrik sebagai tanda persahabatan dan demi menjalin hubungan.

Bahkan mereka langsung tidak membincangkan di "Parlimen" dan mengambil kira pandangan syura tentang bagaimana hendak melaksanakan hukum Allah tersebut, jauh sekali hendak membincangkan sama ada wajar ataupun tidak melaksanakan hukum tersebut dalam realiti masyarakat ketika itu.

Umat Islam ketika itu terus menuangkan arak mereka di jalanan sebaik sahaja turun perintah tersebut. Demikian juga ketika perintah melabuhkan tudung sehingga ke paras dada (bagi muslimah), mereka terus bergegas mencari kain bagi melaksanakan perintah tersebut.

Mengapa umat Islam pada ketika itu begitu hebat sekali dalam memastikan perintah Allah dan larangan-Nya dijalankan seadanya? Kerana mereka telahpun mempunyai mafhum (kefahaman yang mendalam) terhadap siapa Pencipta yang sedia wujud sebelum mereka diciptakan, dan peranan mereka di dunia ini serta apa yang menanti mereka di akhirat kelak.

Justeru, bagaimana hendak melahirkan mafhum sebegini? Sudah semestinya melalui proses berfikir yang cemerlang i.e. fikrul mustanir (user tersebut ambil nick daripada istilah ini... he he). Mewujudkan mafhum bukanlah semudah pemindahan fakta semata-mata. Sebaliknya ia memerlukan usaha gigih dan juga pertembungan intelektual yang mendalam. Uslubnya pula terpulang kepada kreativiti dalam berdakwah, selagi tak bercanggah dengan syarak.

Oleh itu, penganjuran seminar, pengedaran risalah, buat halaqah dan sebagainya itu bukanlah bermakna kita biar saja UMNO buat kerja dan kita nak tunduk pada status quo yang becanggahan dengan Islam tu...

Wallahu'alam...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar

posticon Posting pada: 16-08-08 03:43

Pada 15-08-08 14:39 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

erm, saya tak faham dengan point dari ghazi :berfikir:

kalau Pas keluar dari PR, tiada ruang yang ditinggalkan oleh Pas, mereka masih ada tempat yang sepatutnya :jangan:

Pas masuk PR atau keluar dari PR, saya tak nampak Pas rugi apa-apa pun, sebab tu Pas sudi terus bersama PR selepas kerajaan baru ditegakkan "jika Islam mendominasi", dan kalau Umno sekalipun nak bersatu dengan Pas sebagai sebuah parti baru yang "memartabatkan Islam", Pas tiada hal...

Wallahu'alam, saya akan tunggu dan lihat sahaja perkembangannya. Apa yang pasti, ikatan yang berasaskan 'manfaat' adalah sebuah ikatan yang rapuh; apabila manfaat yang diperoleh itu sudah tiada, maka terlerailah ikatannya. Alhamdulillah, baguslah sekiranya seluruh umat Islam kembali bersatu dengan ikatan akidah Islamiyah... Walau bagaimanapun,terserahlah kepada kebijaksanaan pimpinan PAS dan UMNO dalam memberikan kata putus andainya kemungkinan yang dibangkitkan ibnu_musa menjadi kenyataan.

!!! QUOTE !!!

tentang Umno, MIC atau MCA join PR tu, menurut keadaan realiti sekarang, ia MUSTAHIL (macam iklan celcom, ngeh3)

Anda yakin ke? Nanti kena cat rumah warna biru pulak macam dalam iklan CELCOM, hehe... Dalam dunia politik demokrasi ni; seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sekelip mata kawan boleh jadi lawan, dan lawan jadi kawan.

!!! QUOTE !!!

saya tengok, kalau betul pun DSAI boleh tarik YB2 BN masuk PR dan tubuhkan kerajaan pusat baru, tanpa Pas impian itu takkan tercapai.

Pas hanya akan bersama dengan pihak yang memastikan Islam dimartabatkan, kalau tiada mana-mana pihak yang ingin perjuangkan Islam, menurut muktamar yang baru berlangsung ini, Pas wajib keluar dari "pihak" tersebut!

wassalam.

P/s: saya ada cuba buat case scenario bagi menggambarkan kebarangkalian yang terjadi setelah ambil kira beberapa faktor yang telah dibincangkan di sini mahupun dirujuk daripada sumber-sumber lain (termasuklah merujuk kepada statistik daripada web rasmi parlimen). Tapi rasanya tak perlu nak kongsikan kepada semua, memandangkan ia cumalah andaian semata-mata dan tidak mempunyai sebarang nilai untuk disebarkan. Lagipun kajian saya ni bukanlah reliable, sekadar perhitungan amatur. Tambahan pula, nanti saya dikatakan cuba menjadi nujum pula... hehe.

Wallahu'alam...

-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.

Bookmark and Share

  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  

posticon Posting pada: 16-08-08 09:01

tengok tajuk pun rasa nak gelak.........

rasanya semua tu tak kan berlaku bwt masa ni......

Bookmark and Share

  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 16-08-08 11:34

Pada 15-08-08 14:22 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-08-08 16:54 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

sudahlah tu biru putih.jangan kacau PAS.biarlah ia bahagia bersama PR.nasihat daripada bekas penyokong umno.

sudah lah rashdin, kami tau awak tu BEKAS penyokong umno, tak payah lah ulang banyak kali...

anda bila lagi?.

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 18-08-08 00:05

Pada 16-08-08 02:44 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-08-08 12:44 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

.
.
.
terima kasih ... anda senada dengan saya tentang 'realiti'....

sebab tak nak tunduk pada reality lah pas bekerja untuk membawa realiti yang ada agar selari dengan Islam ...tinggal saja HT yang menilai kerja pas tu tak selari dengan islam . Kalau benar kita nak tunduk pada status quo yang becanggahan dengan Islam tu ... kita biar saja UMNO buat kerja ... kita hanya berseminar edar risalah ...buat halaqah .... sekadar begitu saja. Saya kira itu bukan cara yang 'terbaik' mengubah realiti ...

Harap jangan pandang rendah kepada kekuatan halaqah... Daripada pembinaan inilah kader-kader yang ikhlas berjuang dilahirkan. Edar risalah pula sekadar uslub bagi mencetus proses berfikir di kalangan umat secara massa. Kalau nak bertemu seorang demi seorang akan mengambil masa yang agak panjang. Jadi, dalam masa yang sama, risalah diedar sebagai sebaran am dalam "menjentik telinga" umat agar tersedar daripada lamunan.

Pendekatan intelektual tanpa kekerasan dan kompromi inilah yang menjadi landasan perjuangan. Inilah syiraul fikri dan kifahus siyasi (maksudnya lebih kurang,pergolakan pemikiran dan pergelutan politik). Proses menuju kebangkitan bermula dengan mengubah pemikiran umat agar selaras dengan Islam, sekaligus menjadikan Islam sebagai qiyadah fikriyah...

!!! QUOTE !!!

.
.
.
ini benar .... jadi anda nampak Pas berpeluk tubuh ke dalam mengubah masyarakat ?

Jauh sama sekali daripada beranggapan sedemikian. Saya sedar sumbangan-sumbangan yang telah diberikan PAS selama ini, dan saya tidak menafikan peranan yang dimainkannya. Begitu juga dengan jemaah-jemaah Islam yang lain.

saya teringin menyatakan pandangan saya bagi menjawab komen dari ghazi, biarpun rasa bimbang memandangkan ini mungkin 'lari topik' dan saya dikecam macam-macam oleh pembuka topik ...memang saya fobia sebenarnya. Apatah lagi kenyataan saya yang mewakili pribadi saya, keluarga saya pula yang cuba dihina.

untuk pandangan saya ini....mohon keizinan dan sedikit laluan dari pembuka topik ya...ngeh3

saudara ghazi, tak ada lah niat saya memandang rendah pada halaqah, usrah maupun dakwah melalui tulisan dan risalah....saya tetap yakin itu sebahagian dari usaha pembinaan fikrah. Cuma rasanya kita boleh ikhtiarkan lebih dari itu dalam usaha membentuk masyarakat.

Kita sedar tuntutan kekuasaan terhadap Allah telah diingkari oleh ramai golongan manusia termasuk muslim sendiri. Inilah yang menjerumuskan mereka ke lembah kekufuran. kalau di zaman awal ketamadunan manusia, pemerintah mendakwa diri mereka adalah Tuhan, lalu memaksa rakyat patuh dan taat pada kekuasaan pemerintahan mereka yang bersifat mutlak tanpa sebarang bantahan. Namun berbeza dengan pemerintah hari ini yang mengakui kewujudan tuhan pencipta alam, tetapi telah memperalatkan sesama manusia lain untuk tujuan nafsu kekuasaan mereka dan untuk melaksanakan kezaliman mereka terhadap sesama manusia. Walaupun dalam kondisi yang berbeza namun keduanya tetap perlu ditentang atas pengkhianatan mereka terhadap agama Allah swt.

Menurut Al Maududi, seperti mana kita melihat aspek kehidupan yang lain, maka memahami politik Islam juga hendaklah menyeluruh meliputi tauhid yang menjadi intipati kepada kehidupan muslim. Inilah asas penciptaan manusia sebagai khalifah, yakni menggerakkan sistem politik ke arah kuasa mutlak dan teokrasi Allah swt. Maka kita bekerja untuk menarik kembali rakyat kepada mendaulatkan kuasa Allah swt sebagai Tuhan dan pencipta sekalian alam. Kita hendak meneruskan tugas Rasul iaitu meruntuhkan kekuasaan manusia ke atas manusia, membebaskan mereka dari ketidakadilan, perhambaan kepada yang lain selain Allah dan kezaliman manusia ke atas manusia yang lain....dan kita memilih untuk meletakkan usaha semaksima mungkin untuk urusan ini

Al Maududi dalam bukunya 'teori politik Islam' menegaskan bahawa Islam bersifat mandiri dan tidak bergantung kepada sistem luar termasuk dalam bidang politik. Menurutnya lagi, amat malang bagi umat Islam yang mempercayai bahawa Islam bergantung kepada sistem barat dan komunis dalam melegasikan bentuk pemerintahannya. Bagi Al-maududi, pewacanaan sistem barat seperti demokrasi dan teokrasi sebenarnya telah wujud dalam sisten Islam. Jika di barat, ia di anggap sebagai isme atau fahaman, tetapi Islam hanya mengiktiraf sistem-sistem tersebut sekadar amalan organisasi yang semulajadi berlangsung dalam syariaat. Jelas Maududi lagi, politik islam juga digunakan mengikut keperluan semasa manusia. Misalnya, semua jenis propaganda dan media adalah untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhkan kejahatan. Rakyat diberi pendidikan akhlak, malah pengaruh masyarakat dan kewibawaan pendapat umum juga akan turut di ambil kira dalam politik Islam semasa.

Sebuah negara Islam, sekalipun dalam wilayah geografi yang kecil mestilah pembinaanya berasaskan wahyu Allah. Malah kerajaan yang dipilih untuk memerintah sebuah negara islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang bertugas melaksanakan undang-undang Allah. Perlanggaran terhadap amanah ini mewajibkan kita untuk tidak lagi taati mereka sebagai pemerintah.

Pemimpin dan umat islam tidak berhak menggubal undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah walaupun majoritinya tidak menyenangi. dalam perkara yang tiada dalam quran dan sunnah, maka di situlah baru mereka di beri hak untuk musyawarah dan ijtihad.

Jadi pada saya, tanpa terlalu menunggu tertegaknya khilafah dimukabumi ini yang menjadi impian seluruh umat Islam , saya tetap ingin berada bersama barisan mereka yang menggunakan segala keringat dan usaha yang ada bagi meruntuhkan sistem kufar yang ada dinegara kita, seterusnya merealisasikan tertegaknya daulah Islamiyyah di malaysia. Saya kira usaha kita sekarang perlu sebegitu kerana inilah waqi' kita.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.170804 saat. Lajunya....