Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 180
Ahli: 0
Jumlah: 180




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Menyusuri Ulama Pejuang Kemerdekaan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Menyusuri Ulama Pejuang Kemerdekaan

Please Mendaftar To Post


Oleh Menyusuri Ulama Pejuang Kemerdekaan

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-08-08 18:45


/

Para alim ulama juga memikul beban amanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw, untuk meninggikan Islam di atas semua kepercayaan dalam menggalas perjuangan menentang penjajah sama ada Barat atau Timur. Penjajahan Barat yang penuh dengan palitan noda hitam yang bernuansakan penyebaran agama Kristian tidak dibiarkan percuma oleh para alim ulama di setiap inci bumi umat Islam, mereka telah bangkit dengan gagah meniupkan api perjuangan kepada ummat yang sedang lena diulit mimpi. Ulama ini dengan anugerah ilmu telah mencetuskan kesedaran untuk membebaskan diri daripada penjajah jauh lebih awal daripada kelompok nasionalis sekular yang telah menculik buah kemenangan, malah hari ini mandabik dada dengan seluruh kepungan media bahawa merekalah pembebas tanahair daripada belenggu penjajah.

/

Sebahagian ulama ini telah menjadi korban penjajah sama ada syahid ditali gantung seperti Umar Mukhtar atau dipaksa mendekam dipenjara tanpa pembicaraan seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, juga dibuang negeri seperti Imam Diponegoro, Uthman Den Fodio, Haji Abdul Rahman Limbong. Selain itu, ulama lainnya pula yang turut berjuang menentang penjajah dan yang ada kaitannya dengan kemerdekaan negara ialah Tokku Paloh, Sheikh Abdullah Fahim, Haji Sulong al-Fatani, Imam Bonjol dan lainnya lagi. Hari ini paparan sejarah di skrin televisyen telah memadamkan kebaktian mereka dan generasi muda dipaksa menerima versi sejarah baru bahawa kemerdekaan telah diperjuangkan oleh golongan elit sekular yang sememangnya menjadi anak suruhan penjajah.

Diharapkan supaya generasi muda menekuni kembali sejarah getir perjuangan kemerdekaan yang telah banyak diselewengkan, bahkan juga kita tidak mampu memadamkan pahatan sejarah kelompok aliran kiri yang turut berjuang menentang imperialisme di seluruh dunia. Ikuti kisah kemerdekaan yang dirintis oleh alim ulama melalui kisah hidup mereka satu persatu di http://tamanulama.blogspot.com sepanjang bulan ogos ini sempena bulan kemerdekaan ini.

http://tamanulama.blogspot.com


-----------------
http://tamanulama.co.cc
http://potretulama.multiply.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 18:26


Sheikh Abdullah Fahim, Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara

/ Sheikh Abdullah Fahim dilahirkan pada tahun 1870 di Makkah, Arab Saudi di satu tempat yang tidak jauh dari Masjidil Haram yang bernama Shuib Ali. Bagaimanapun ada juga pihak lain yang mengatakan ulama terkenal ini dilahirkan di Kampung Kubur Panjang, kira-kira 32 kilometer dari Alor Setar, Kedah.

Sheikh Abdullah Fahim adalah anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin di kota Makkah dan menjadi guru agama di Masjidil Haram dalam bidang pengajian al-Quran. Semasa hayatnya, Sheikh Ibrahim Tahir juga pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengelola Masjidil Haram selama tujuh tahun. Kedua beranak ini dikenali oleh masyarakat Makkah sebagai keturunan Jawa dan Patani.

Sheikh Abdullah Fahim pernah menuntut dengan 45 orang guru agama terkenal dan mendapat kelulusan dalam lebih 15 bidang ilmu Islam. Kemahiran utama datuk kepada Perdana Menteri Malaysia kelima ini adalah dalam bidang ilmu Falak dan Kesusasteraan Arab. Sewaktu berada di Makkah, beliau mengambil kesempatan mempelajari ilmu politik Islam.

Kesedaran beliau untuk mempelajari selok-belok ilmu politik Islam ini jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang ulama yang cintakan ilmu pengetahuan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Di samping itu, ia juga membuktikan betapa Sheikh Abdullah Fahim seorang ulama yang memiliki pemikiran terbuka serta tidak terkongkong sifatnya.

Semasa tinggal di Makkah, Abdullah Fahim mendirikan rumah tangga dengan Hajjah Wan Habsah Haji Abdullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Ghazali dan Ahmad Badawi. Ghazali dan ibunya, Wan Habsah meninggal dunia di Makkah.

Dalam bidang agama, Abdullah Fahim mengajar ilmu usuluddin, falak, tafsir al-Quran dan Hadis di Masjidil Haram. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk yang berasal dari Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, Sumatera, Jawa, Pattani, Filipina, India dan China. Disebabkan oleh kemasyhurannya, apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1921, Abdullah Fahim sering diundang untuk menyampaikan ceramah atau memberi pendapat pada seminar dan forum mengenai Islam. Ketinggian ilmu agama yang beliau miliki turut diakui oleh ulama terkenal Indonesia, Profesor Dr. Hamka.

Sekembalinya beliau ke Tanah Melayu pada 1921, Abdullah Fahim tinggal di kampung Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah dan menjadi guru di Maahad Mahmud yang ketika itu menggunakan sistem pendidikan secara pondok. Pada peringkat awal kepulangan beliau ke tanah air, beliau terpaksa menggilap semula kemahirannya berbahasa Melayu mkerana sudah sekian lama tidak mengamalkan bahasa itu.

Selepas menetap di Kedah selama beberapa tahun, pada 1925, beliau berpindah ke Kepala Batas, Seberang Prai, Pulau Pinang. Semasa mula-mula tinggal di Kepala Batas, beliau mengajar agama di anjung rumahnya dan di Masjid Kepala Batas. Apabila jumlah muridnya semakin bertambah, ulama yang merupakan Mufti pertama Pulau Pinang ini mengasakan penubuhan Madrasah Daeratul Maarif al-Wataniah di Kepala Batas yang tenaga pengajarnya termasuklah anak beliau, Ahmad Badawi.

Selain terkenal sebagai pendidik agama, ulama dan pejuang politik Islam, Sheikh Abdullah Fahim juga adalah penulis handalan yang banyak karyanya tersiar dalam majalah dan akhbar di negara Arab pada 1920-an. Selain itu, tulisannya dalam bahasa Melayu pula banyak diterbitkan di Tanah Melayu dan Singapura.

Pendek kata, sepanjang hayatnya, Abdullah Fahim telah menggunakan segala ilmu yang di kurniakan oleh Allah kepadanya untuk memberi manfaat kepada umat Islam dari seluruh pelosok dunia. Jariah yang beliau curahkan itu mengalir hingga ke hari ini apabila ramai muridnya menjadi guru agama, mufti, kadi dan sebagainya yang mencurahkan khidmat bakti demi kesejahteraan masyarakat di dunia dan akhirat.

Ulama yang Tegas dan Pentingkan Perpaduan

Selain itu, Sheikh Abdullah Fahim adalah salah seorang daripada ulama yang tegas dan sangat prihatin kepada perpecahan umat Islam. Beliau memberikan nasihat kepada orang Melayu supaya jangan mengikut ajaran Khawarij yang mencetuskan perbalahan di kalangan umat Islam apabila mereka keluar dan berpisah daripada kepimpinan Saidina Ali .a.. Beliau juga pernah menunjukkan tingakan tegas dengan meninggalkan majlis yang menyerang dan memperkecilkan orang melayu yang berpegang kepada mazhab Syafie.

Beliau juga pernah merayu supaya orang melayu berpegang teguh dengan semangat perpaduan ummah dan bersatu padu dalam kesatuan bangsanya.

Kesetiaan Abdullah Fahim dalam Politik

Walaupun Abdullah Fahim tidak begitu terkenal dalam arena politik tanah air, tetapi beliau sebenarnya amat berjasa kepada negara, khususnya kepada UMNO. Ini kerana, ketika sebilangan besar mereka yang dianggap sebagai ulama meninggalkan parti itu untuk menyertai PAS, beliau dan anaknya, Ahmad Badawi tetap setia menyokong UMNO dalam perjuangannya membela nasib bangsa dan seluruh penduduk Tanah Melayu mengira kaum dan agama.

Kesetiaan Abdullah Fahim terhadap perjuangan UMNO tidak dapat dinafikan apabila beberapa hari selepas parti itu ditubuhkan pada Mei 1946, Yang DiPertua Pertama parti itu, Onn bin Jaafar dating menemuinya dan meminta beliau menjadi ahli UMNO pertama bagi kawasan Seberang Prai Utara.

Sebaik sahaja Abdullah Fahim, menandatangani borang keahlian, Onn menyematkan lencana UMNO pada kolar agaknya beliau. Lencana tersebut dipakai oleh Abdullah Fahim hingga akhir hayatnya bagi membuktikan betapa beliau amat menyayangi dan menghayati perjuangan parti itu.

Sumbangan Abdullah Fahim Yang Berharga (Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara)

Nama Sheikh Abdullah Fahim juga berkait rapat dengan kemerdekaan Tanah Melayu kerana beliaulah tokoh yang diberi kepercayaan untuk memilih tarikh yang dirasakan serasi untuk dikemukakan kepada pentadbiran Inggeris.

Semasa beliau dikunjungi Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin UMNO lain untuk mendapatkan tarikh berkenaan, Abdullah Fahim mencadangkan dua tarikh iaitu 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962. Pada pendapat beliau, tarikh 31 Ogos 1957 paling sesuai memandangkan segala usaha dan perjuangan rakyat Malaya sudah sampai kepada masanya untuk membuat tuntutan dan sekiranya pihak British tidak bersetuju dengan tarikh itu, maka satu lagi tarikh yang sesuai dan baik untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ialah 31 Ogos 1962.

Apabila kedua-dua tarikh tersebut dibincangkan pada mesyuarat peringkat tertinggi UMNO, Ketua pemuda UMNO, Saadon Haji Jubir menolak tarikh alternatif 31 Ogos 1962 dan bertekad bahawa sekiranya British menolak tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara ini, pemuda UMNO akan bertindak secara habis-habisan untuk menentangnya.

Walau bagaimanapun dengan nasihat Abdullah Fahim dan kebijaksanaan Tunku, akhirnya seperti yang terakam dalam sejarah tanah air, Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini sebenarnya bukan dipilih dengan sesuka hati oleh Abdullah Fahim tetapi melalui ilmu firasat yang beliau miliki. Tarikh inilah yang kini dirayakan setiap tahun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai erti kemerdekaan.

Mungkin juga tidak ramai yang mengetahui bahawa pada pertemuan untuk membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, Abdullah Fahim memberitahu Tunku bahawa selepas lima tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, negara ini akan bertukar namanya. Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki itu ternyata benar apabila dengan kehendak Allah jua, Tanah Melayu telah ditukar namanya kepada Malaysia lima tahun selepas kemerdekaannya.

Walaupun ramai orang yang kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim, tetapi bagi beliau dan ahli keluarganya, semua itu adalah pemberian Allah kepada sesiapa jua yang dikehendakinya.

Sungguhpun Abdullah Fahim bukan pemimpin utama UMNO, tetapi buah fikiran beliau sebagai orang tua dan ulama yang dihormati amat diperlukan dalam menangani sesuatu isu besar yang dihadapi oleh rakyat dan negara. Sebagai ulama, segala kata-kata dan buah fikirannya diyakini bebas daripada sebarang kepentingan diri serta mendapat petunjuk dari Allah.

Sifat Peribadi Abdullah Fahim

Dalam kehidupan sehariannya, Sheikh Abdullah Fahim adalah seorang yang mudah sekali bergaul mesra dan amat disenangi oleh penduduk setempat yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Pernah dikatakan bahawa pekedai-pekedai di sekitar Pulau Pinang biasanya berasa amat bertuah sekiranya Sheikh Abdullah Fahim masuk ke kedai mereka tetapi akan berasa bimbang sekiranya barang di kedai mereka itu di katakannya mahal, maka alamatnya jualan pekedai itu pada hari itu akan merosot. Begitulah pula sebaliknya pekedai selalu berharap Sheikh Abdullah Fahim akan masuk ke kedai mereka kerana kehadirannya menjadi petanda bahawa jualan mereka pada hari itu akan laris.

Itulah antara keistimewaan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim yang merupakan seorang wali yang amat dihormati oleh penduduk Pulau Pinag, terutamanya di Seberang Prai dan Kepala Batas.

Sampainya Ajal Beliau

Akhirnya sampailah sudah kesudahan riwayat hidup seorang ulama dan tokoh kemerdekaan yang terkenal dan tiada tandingannya. Sheikh Abdullah Fahim menghembuskan nafas terakhir pada 28 April 1961 pada waktu pagi iaitu pukul 8 di rumahnya di Kepala Batas. Ketika itu, usia beliau ialah 92 tahun. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sheikh Abdullah Fahim meninggalkan seorang anak iaitu Ahmad Badawi dan beberapa orang cucu, di antaranya ialah Perdana Menteri kita yang dikasihi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

Nukilan:
M.A.Uswah,
Oktober 2007,
Sandakan.

(Artikel pencalonan Sayembara 50 Melayu Terbilang 2007 yang disertai di http://esastera.com)

http://tamanulama.blogspot.com


-----------------
http://tamanulama.co.cc
http://potretulama.multiply.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

alongmina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24619
Posting: 116
Dari: Bukit Mertajam/Kulim

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-08-08 00:24


ulama dulu kini dan selamanya..tapi sekarang artis diagung2kan lebih dari ulama...akhir zaman.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For alongminaProfil   Hantar PM kepada alongmina   Pergi ke alongmina's Website   Quote dan BalasQuote

budakhostel08
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.08.2005
Ahli No: 18237
Posting: 81
Dari: ~dArUL iMaN wAL-IsLAm~

pakistan  


posticon Posting pada: 14-08-08 08:58


Bismillahirrahmanirrahim..

Jarang2 sekali di paparkan di televisyen (boleh kata tak pernah)perjuangan2 ulamak tanah melayu masa lalu dalam usaha mereka menentang penjajah sekaligus memerdekakan minda masyarakat seterusnya negara..

Apa yang menjadi tanda tanya saya selama ini adalah...Kenapa terlalu mudah pihak penjajah m'beri kemerdekaan kepada negara kita?sedangkan selama ini mereka terlalu sukar untuk m'jajah negara kita hingga berlaku banyak peperangan.. :berfikir:

bagaimana benda yang payah nak dapat,then dengan mudah kita nak bagi kat org lain (lebih-lebih lagi banyak kepentingan & keistimewaan dalam negara seperti sumber galian,tanaman2 dll)..jdk,munkinkah ada something secret yang d syaratkan dalam perbincangan 2 hala antara mereka dan pemimpin waktu itu..hmm..wallahua'lam

Salam Pilihanraya.. :-)


-----------------
~~sEtiAp kALi jAm bErdETik...kita SemAkIN hAmPiR dEnGaN 'KEMATIAN'~~


Bookmark and Share

    


  Member Information For budakhostel08Profil   Hantar PM kepada budakhostel08   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 14-08-08 09:32


Syeikh Abdullah Bin Ahmad Badawi... Kahkahkahkah... 8-)


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.07.2008
Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-08-08 11:21


Salam buat semua:-


         Jangan ketawa mizie...... tapi sedih jugalah rupa-rupanya iman itu tidak diwarisi. Teringat balik PM kita tu dengan selambanya letak bunga depan Tugu Peringatan, padahal banyak kali dah alim-ulama berbuih mulut cakap syirik, syirik, syirik..Inilah dikatakan manusia akhir zaman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ulfah_AzZahraProfil   Hantar PM kepada Ulfah_AzZahra   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 16-08-08 11:25


Membaca perjuangan ulama2 dahulu mempertahankan Islam ditanah Melayu membuatkan ana salute pada mereka. Merekalah contoh ulama' yang memimpin ummat, bukan ulama yang mengejar populariti dan pangkat.

Haji Mat Hasan Panglima Munas atau lebih dikenali sebagai TOk Janggut sanggup meninggalkan kedudukannya mengajar di Masjidil Haram, untuk balik ke Kelantan atas permintaan Syeikh Ahmad Zain Fathani. Kemudian Assyahid menyahut seruan jihad akhbar syeikhul Islam ketika itu, Khairi Affandi. Setiap kali ana lalu di Pasir Putih dan kampung2 dimana peristiwa tersebut berlaku, tersentuh juga hati ini. Cukup sedih juga dengan pengkhianatan Sultan dan Mufti Kelantan pada masa itu yang menyokong British.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang di jalan Allah tanpa mengkompromi walau sezarah pun hukum Allah tak kira dimana mereka berada.

Tok Janggut, Raja Ali Kelana, Syeikh Ahmad Zain, Diponegoro, Tok Kenali, Haji Abd Rahman Limbung dan semua pejuang Islam, semoga kalian termasuk dalam golongan para syuhada dan penjuang Islam yang ikhlas.

Roh pejuangan Islam ini akan terus sehingga Islam tertegak dan segala kekufuran dihancurkan. Allahuakbar!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 23:51


Tokku Paloh, Menentang Pertapakan British Di Terengganu

/ Tokku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al-Aidrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemeritahan lapan orang sultan silih berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-II.

Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik, dan sering diberi peluang mewakili Sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.

Tokku Paloh terkenal sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan Allah SWT khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tokku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembangluaskan 'Syahadat Tokku', satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tokku Tuan Besar

Pencatur Dasar Luar Terengganu

"Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun," kata Tukku Paloh. 'Tetapi, kalau hendak tanah, silakan. lsilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu... ambillah tanah."

Itulah jawapan Tokku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan antara pihak British dengan Tokku Paloh yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu. Jawapan dalam bentuk sindiran itu, yang diluahkan dengan tenang tapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil-wakil British itu. Mereka bangun untuk beredar. Tetapi, dengan kuasa Allah, punggung mereka tidak semena-mena terlekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai. Waktu itu Tokku Paloh bersuara secara bersahaja: "Sudahlah tuan-tuan hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan-tuan hendak ambil".

Demikianlah gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar awal abad ke-20. Taktik diplomasi yang berjaya digunakan di beberapa negeri lain, gagal di Terengganu kerana adanya gandingan rapat antara ulama dan umarak (pemerintah). Tegasnya, antara Sayid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tukku Paloh, dengan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-ll (memerintah 1881-1918).

Keturunan Rasulullah SAW

Dilahirkan pada tahun 1817 (1236 Hijrah) di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Tokku Paloh adalah nasab ke-32 daripada Rasulullah SAW di kalangan keluarga Al-Aidrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein .a. anak Sayidatina Fatimah Az-Zahrah .ha. binti Rasulullah. lbunya, Hajah Aminah, ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tokku Tuan Besar. Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tokku Tuan Besar menjadi Syeikhul Ulama iaitu ketua seluruh ulama Terengganu, dan dianugeiahkan gelaran Paduka Raja Indra oleh baginda Sultan. Kedua-dua kedudukan itu menjadikan Tokku Tuan Besar sangat dihormati dan berpengaruh di kalangan istana dan rakyat keseluruhannya.

Sebagai seorang ulama yang bertanggungjawab dan berpengaruh, Tokku Tuan Besar berusaha sehingga terlaksana hukum-hukum Islam secara meluas dalam sistem pentadbiran dan kehidupan di bawah pemerintahan Sultan Omar (memerintah 1839-1875), hingga Terengganu terus terkenal sebagai negeri yang berpegang teguh dengan Islam, di sekitar pertengahan abad ke-18 Masihi.

Menyedari pentingnya penyebaran ilmu agama dan bimbingan amal, maka Tokku Tuan Besar mendirikan masjid di Kampung Cabang Tiga. Masjid ini kini telah diubahsuai dan meriah dengan ahli jemaah. Di sinilah Tokku Tuan Besar yang juga pengarang beberapa buah kitab itu menyebarkan ilmu dan tarbiah kepada ramai anak muridnya dan anak-anaknya sendiri termasuk Sayid Abdul Rahman (Tokku Paloh).

Dengan itu nyatalah Tokku Paloh itu bukan saja berketurunan Rasulullah SAW yang mulia malah mendapat didikan dan asuhan dalam keluarga yang kuat beragama. Semua adik-beradiknya juga mempunyai keahlian dalam hal-ehwal agama dan di antara yang terkenal ialah Sayid Zain (dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1864 oleh Sultan Omar), Sayid Ahmad (bergelar Tuan Ngah Seberang Baroh) dan Sayid Mustaffa (seorang ulama yang juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri; merupakan salah seorang dan empat pembesar yang pernah diwakilkan memegang pemerintahan negeri sewaktu Sultan Zainal Abidin III melawat Siam pada Ogos 1896.

Di kalangan adik-beradiknya, Tokku Palohlah yang paling masyhur dan mempunyai banyak keistimewaan yang luar biasa.

Menurut cucunya Sayid Abdul Aziz, sejak kecilnya lagi sudah ada tanda-tanda pelik yang mengisyaratkan Tokku Paloh akan muncul menjadi orang penting masyarakat. Satu ketika semasa Tokku Paloh berada bersama ayahnya Tokku Tuan Besar, tiba-tiba saja Tokku Paloh melihat seorang yang berserban dan berjubah hijau memanggilnya. Tokku Tuan Besar menahannya seraya berkata, "Engkau jangan pergi dekat orang itu, nanti engkau tidak boleh bersama abah lagi."

Perkataan Tokku Tuan Besar itu tidak begitu pasti apa maksudnya. Tetapi yang nyala, Tokku Tuan Besar juga seorang yang kasyaf; dapat melihat kemunculan seorang yang berserban dan berjubah hijau itu. Siapa orangnya? Wallahu a'lam.


-----------------
http://tamanulama.co.cc
http://potretulama.multiply.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 23:53


Menentang Pertapakan British di Terengganu

Percubaan British untuk menjajah Terengganu bermula sejak awal abad ke-20. Gabenor Negeri-negeri Selat, Frank Swettenham, tanpa terlebih dahulu berunding, datang ke Terengganu pada tahun 1902 dan mengadap Sultan untuk mendapat persetujuan sultan mengenai satu rangka perjanjian yang disediakan di London antara kerajaan British dan Siam. Tetapi perjanjian yang kononnya memberi pengiktirafan yang lebih jelas terhadap naungan kerajaan Siam ke atas Terengganu itu secara rasmi ditolak oleh kerajaan Terengganu.

Sultan Zainal Abidin dan penasihat-penasihat baginda menyedari kesan daripada perjanjian itu dan nampak perancangan jauh kerajaan British yang beria-ia benar mempelopori perjanjian itu supaya ditandatangani. Sedangkan kerajaan Siam sentiasa menghormati pemerintahan Terengganu yang berdaulat.

Perkiraan itu ternyata berlaku pada 10 Mac 1909 bertempat di Bangkok di mana kerajaan British secara senyap menandatangani satu perjanjian baru dengan kerajaan Siam. Entah ganjaran apa yang diperolehi oleh kerajaan Siam, melalui pejanjian itu kerajaan Siam memindahkan (menyerahkan) segala hak naungan, perlindungan, pentadbiran, kawalan dan apa saja yang dipunyainya ke atas negeri-negeri Kelantan, Perlis, Kedah dan Terengganu serta pulau-pulau berhampiran.

Dengan perjanjian baru itu bermakna Terengganu bulat-bulat duduk di bawah kekuasaan British seperti terkandung dalam butir-butir perjanjian pertama tajaan British yang kononnya untuk menjelaskan pengiktirafan terhadap naungan Siam itu.

Sekali lagi kerajaan Terengganu ridak mengiktiraf dan menentang perjanjian berniat jahat itu. Malah pihak istana dan pembesar-pembesar negeri sangat marah dengan taktik halus British. Tokku Paloh, yang sangat berpengaruh terhadap dasar luar Terengganu, memberi pandangannya mengenai cita-cita British yang berkehendakan Terengganu dengan pertolongan Siam itu, dengan katanya antara lain:

"Dimaklumkan bahawa perkara ehwal treaty (perjanjian) yang dikehendaki oleh Inggeris dengan kebenaran Siam itu sangat besarlah pada paham paduka ayahanda (maksudnya beliau) waqiahnya dan sangatlah pada fuad (hati) Seri Paduka Anakanda Sultan Zainal Abidin akan akllahu al dafihi (telah menolong akan engkau oleh Allah SWT atas penolakannya) kerana sudah bersatu kira antara Siam dan Inggeris tetapi Insya-Allah tiada sekali-kali Allah SWT tasalitkan (beri kekuasaan-Nya) kuffar (orang kafir) atas Muslimin melainkan sebab tadyik (menghilangkan) mereka itu akan huquk (hak) syariat dan tiada bersungguh-sungguh mereka itu berpegang atas syariat yang mutahharah (undang-undang suci Islam) dan pemasukan ke dalam agama Islam akan barang yang dibenci oleh Rasulullah SAW. Maka wajiblah pada sekarang ini Seri Paduka Anakanda (Sultan) berkuat pada menzahirkan agama dan membatalkan segala mungkarat (kejahatan), jangan sekali tidak hirau..."

Walaupun usaha itu gagal, British terus menjalankan diplomasinya dalam berbagai bentuk rundingan. Antara pegawai yang mewakili British ialah W.L. Conlay. Dalam beberapa kali rundingan yang diadakan dengan pihak istana (tidak kurang dua kali). Sultan Zainal Abidin mengarahkan pihak British supaya berunding secara langsung dengan Tokku Paloh.
Sultan berkata kepada wakil British: "Terengganu ini ada tuannya, sila berunding dengan tuannya (yang dimaksudkan ialah Tokku Paloh)."

Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 23:54


Mahkamah Keadilan Sendiri

Tokku Paloh mempunyai mahkamah keadilan sendiri di Paloh. Beliau mendapat mandat daripada sultan untuk menyelesaikan persoalan-persoalan besar dan mengadili penjahat-penjahat di kawasan pentadbirannya. Mana-mana keputusan yang dibuatnya dikira muktamad tanpa perlu merujuk kepada sultan. Dan dalam soal ini beliau ada mengeluarkan surat kuasa terhadap pembawa ajaran sesat.

Dengan itu tidak hairanlah nama Tokku Paloh semakin masyhur sebagai seorang ulama yang berwibawa dalam pemerintahan. Beliau berjaya membangunkan Paloh menjadi kawasan yang aman damai dan mempunyai kekuatan yang digeruni musuh.

Selain itu, Tokku Paloh juga dilantik sebagai Syeikhul Ulama, jawatan tertinggi dalam urusan agama. Jawatan ini pernah disandang oleh ayahnya Tokku Tuan Besar. Tokku Paloh adalah juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri. Bagaimanapun, Tokku Paloh lebih banyak membuat perhubungan peribadi dengan Sultan Zainal Abidin III daripada perhubungan secara rasmi. Eratnya hubungan Tokku Paloh dengan Sultan amat nyata di mana salah seorang isterinya, Tengku Mandak, ialah kekanda kepada Sultan Zainal Abidin. Baginda Sultan pula telah menyerahkan anaknya, Tengu Sulaiman kepada Tokku Paloh untuk dijadikan anak angkat dan dididik dengan didikan agama. Tengku Sulaiman ini kemudiannya menjadi Sultan Terengganu yang ke-13, memerintah antara 1920-1942.

Demikianlah, setelah begitu lama menyumbang bakti kepada rakyat dan kerajaan maka Tokku Paloh jatub uzur dan kembali ke rahmatullah menernui kekasihnya Allah SWT pada 1 Zulhijjah 1336 Hijrah (1917) dalam usia 100 tahun. Setahun kemudian Sultan Zainal Abidin III pula mangkat iaitu pada 1 November 1918. Jenazah Tokku Paloh dimaqamkan di satu kawasan tinggi di Paloh. Beliau meninggalkan lebih 23 orang anak daripada lapan orang isteri. Semasa hayatnya Tokku Paloh sentiasa saja beristeri empat orang secara poligami, dan isterinya seramai 13 orang kesemuanya.

Dipetik dari:
7 Wali Melayu karya Abdul Ghani Said terbitan Mahbook Publications

http://tamanulama.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 23:55


Tuanku Imam Bonjol, Menentang Penjajahan Belanda Di Sumatera

/ Tuanku Imam Bonjol atau nama sebenarnya Muhammad Sahab dilahirkan pada tahun 1772 di Kampung Tanjung Bunga, Kabupaten Pasaman Sumatra Barat. Beliau dilahirkan dalam lingkungan agama. Mula-mula dia belajar agama dari ayahnya, Buya Nudin. Kemudian dari beberapa orang ulama lainya, seperti Tuanku Nan Renceh. Imam Bonjol adalah pendiri negeri Bonjol.

Dia adalah pemimpin yang paling terkenal dalam gerakan dakwah di Sumatera, yang pada mulanya menentang perjudian, laga ayam, penyalahggunaan dadah, minuman keras, dan tembakau, tetapi kemudian mengadakan penentangan terhadap penjajahan Belanda yang memiliki semboyan Gold, Glory, Gospel sehingga mengakibatkan perang Padri (1821-1837).

Pertentangan kaum Adat dengan kaum Paderi atau kaum agama ikut melibatkan Tuanku Imam Bonjol. Kaum Paderi berusaha membersihkan ajaran agama Islam yang telah banyak diselewengkan agar dikembalikan kepada ajaran agama Islam yang murni. Golongan adat yang merasa terancam kedudukanya, mendapat bantuan dari Belanda. Namun gerakan pasukan Imam Bonjol yang cukup tangguh sangat membahayakan kedudukan Belanda. Oleh sebab itu Belanda terpaksa mengadakan perjanjian damai dengan Tuanku Imam Bonjol pada tahun 1824. Perjanjian itu disebut "Perjanjian Masang". Tetapi perjanjian itu dilanggar sendiri oleh Belanda dengan menyerang Negeri Pandai Sikat.

Pertempuran-pertempuran berikutnya tidak banyak bererti, kerana Belanda harus memusatkan kekuatannya terhadap Perang Diponogoro. Tetapi setelah Perang Diponogoro selesai, maka Belanda mengerahkan pasukan secara besar-besaran untuk menaklukan seluruh Sumatra Barat. Imam Bonjol dan pasukanya tak hendak menyerah dan dengan gigih membendung kekuatan musuh. Namun Kekuatan Belanda sangat besar, sehingga satu demi satu daerah Imam Bonjol dapat direbut Belanda. Tak urung Bonjol pun jatuh ke tangan musuh. Tapi tiga bulan kemudian Bonjol dapat direbut kembali. Ini terjadi pada tahun 1832.

Belanda kembali mengerahkan kekuatan pasukanya yang besar. Tak ketinggalan Gubernur Jendral Van den Bosch ikut memimpin serangan ke Bonjol. Namun ia gagal. Ia mengajak Imam Bonjol berdamai dengan maklumat "Palakat Panjang", Tapi Tuanku Imam curiga. Untuk waktu-wakyu selanjutnya, kedudukan Tuanku Imam Bonjol bertambah sulit, namun ia tak sudi untuk berdamai dengan Belanda.Tiga kali Belanda mengganti panglima perangnya untuk merebut Bonjol, sebuah negeri kecil dengan benteng dari tanah liat. Setelah tiga tahun dikepung, barulah Bonjol dapat dikuasai, yaitu pada tanggal 16 Ogos 1837.

Akhirnya Tuanku Imam Bonjol terjebak oleh pengkhianatan Belanda dengan berselubung perundingan. Ia dapat ditangkap dan diasingkan ke Cianjur. Takut akan pengaruh pemimpin Paderi itu di Jawa Barat, ia pun dipindahkan ke Ambon dan kemudian ke Manado. Di sana Tuanku Imam Bonjol wafat tanggal 6 November 1864 dalam usia 92 tahun dan dimakamkan di Khusus Lotak, Minahasa.

http://tamanulama.blogspot.com


-----------------
http://tamanulama.co.cc
http://potretulama.multiply.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095069 saat. Lajunya....