Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 25-03-2023 |
|
Jejak Kerjaya
|
Moderator: Administrator, hafiz_along_83 |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Kerja untuk graduan agama??? |
---|---|
wafa_mawaddah ![]() ![]() |
![]()
salam...
ana bakal graduate akhir tahun ini... perasaan bercampur baur...mungkin gembira kerana bakal tamat belajar di dalam degree tapi sebenarnya belajar itu tiada kesudahan... dalam masa yang sama....ana risau...sedih...gusar...memikirkan kerja setelah tamat belajar kelak.. dan soalan yang sama pasti akan berduyun2 datang... kos agama?? kerja apa ye??? ustazah??? sebenarnya ana tak kisah apa orang akan kata...cuma ana sedih Kenapa mereka terlalu narrow-minded...kos agama hanya akan jadi usatazah sahaja kah???tiada kerja lain?? kadang-kadang ana rasa dunia ini tak adil...Kenapa graduan kos agama dipinggirkan??? ana rasa ilmu agama ini lah yang menyelamatkan kehidupan mahupun di dunia lebih-lebih lagi di akhirat...ana tak pernah menyesal kerana memilih kos agama ini.....biarlah penuh ranjau berduri.. sedangkan nabi punya dugaan yang berat dalam menegakkan agama Islam...kita juga akan menempuh dugaan itu walaupun dalam situasi yang berbeza... ana seru pada sahabat2....tolong jangan ketepikan graduan2 agama...mereka sangat penting dalam masyarakat...kerja apa yang sesuai??? rasanya banyak kerja...terpulang pada individu itu... jika anda graduan agama....anda mahu kerja apa??? mari kongsi bersama..... |
hafeezzul ![]() |
![]()
Itu pendapat dan pandangan org lama tentang graduan agama perlu kerja macam ustazah ke. rasanya ada dibincangkn dalam ukhwah dulu, lupa dah topic serupa macam ini.
Hakikatnya bila habis belajar dan kerja pertama yang dilihat masa interview, kalau masa interview tergagap2 nak cakap tak kira graduan sama ada agama atau tak sure failnye. So asas terpenting yakinkan diri dan penuhi diri dengan ilmu terutama bila interview. Perlu diigt degree atau diploma hanyalah lesen atau pas untuk melangkah ke alam pekerjaan saja. yang penting adakah kita cukup capable dengan kerja itu? So kesimpulan atau rumusan apa pun kerja, bekerja lah kerana ALLAH. Betulkan niat. Itu yang penting. |
Abu_Ruqayyah ![]() |
![]()
Jangan menyesal, pilihan anda adalah tepat. Pedulikan kata orang lain. Rezeki di tangan Allah bukan di tangan mereka.
|
faizzuddin ![]() ![]() |
![]()
salam, apa yang lebih penting difikirkan perkara yang boleh disumbangkan kepada masyarakat, hak ilmu disampaikan..
graduan agama adalah first class yang padanya jugalah terbitnya ilmu2 lain. |
Ulfah_AzZahra ![]() ![]() |
![]()
Salam buat semua:-
Kepada Wafa, saya lagilah berasa sedih sebab tidak dapat menuntut ilmu Islam lebih tinggi kalau nak berbanding dengan Wafa ni. Ianya bermula dengan kesedaran diri apabila melihat amal kita nipun asyik takuk lama, tak bertambah... Anyway, kalau tentang kerja ni dalam bidang agama banyak....boleh menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Hal Ehwal Islam dalam setiap kementerian dan badan-badan berkanun, menjadi penceramah dan pendakwah di merata tempat ,mungkin NGO-NGO Islam memerlukan tenaga-tenaga pendakwah. Sekiranya di bidang swasta ni, saya tak pasti pula, sebab swasta lebih bertumpu kepada aspek kerja-kerja teknikal dan berkemahiran. Tapi jangan risaulah bukan setakat Wafa saja seorang, malah kawan-kawan saya yang graduate dari overseas, ambil courses accounting dan bussiness tengah pening kepala nak cari kerja....sebab kebanyakan company swasta di sini nak calon yang pandai berbahasa Mandarin. Pulak dah......... Berkenaan dengan kerjaya ustazah, saya rasa memang tak dapat lari dari aliran agama. Apa kata lepas graduate, Wafa boleh mengajar Al-Quran, fardhu Ain pada budak-budak ataupun orang-orang dewasa ialah...... nak dapatkan sedikit pengalaman dan sekaligus dapat menyumbangkan ilmu.... Apapun, bertawakkal kepada Allah Taala, bila kita niat kita ikhlas untuk menuntut ilmu, insya'Allah adalah dipermudahkan laluan kita untuk mencari kerja....Jangan risau sampai tension. |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 10-08-08 19:42 , wafa_mawaddah posting:
!!! QUOTE !!! salam... sebagai renungan: Dari Ka`ab bin Malik ra., katanya. Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah) pertama, kena betulkan niat belajar. yang kedua, belajar ilmu agama ni, lepas belajar anda boleh kerja dalam mana-mana bidang mengikut kemahiran anda, dan dalam masa yang sama ilmu agama itu tidak sia-sia, sentiasa boleh diamalkan. berbanding dengan bidang lain, kalau kerja tukar bidang, ilmu yang dipelajari itu susah atau tidak dapat diamalkan, tapi ilmu agama sentiasa berguna, malah kita tetap kena terus belajar dan terus belajar ila akhiril-hayah... nak kerja bidang apa pun boleh, IT ke, account ke (susah sikit), bisnes ke, nak kerja govt. ke, PTD dan lain-lain skim dalam govt. sekarang memerlukan graduan2 yang dari bidang agama untuk mengislahkan pentadbiran awam, tapi siapa yang boleh BI lah yang sesuai untuk PTD, lagi-lagi kalau fasih berbahasa Arab itu satu advantage (saya tak power... ![]() counclusion; bekerjalah kerana Allah s.w.t. wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
owl_UM ![]() ![]() |
![]()
by: wafa_mawaddah
!!! QUOTE !!!
Kalau saya?? HMM... Okay-okay... I will answer your question from my perspective.... Huuhhuuee!!! HHUURRMM.. Ya, saya bersetuju dengan pendapat Mr ibnu_musa dan hadith yang beliau kemukakan sudah cukup besss untuk menunjukkan bahawa niat itu penting. NIAT. Dan... Kalau saya berkelulusan seperti saudari, saya ingin menjadi usahawan dan penceramah / pendakwah. Di samping saudari menjadi usahawan menghasilkan sesuatu produk yang baru, rasanya dengan ketinggian ilmu agama yang saudari miliki, mungkin saudari boleh menghasilkan the product of writing whether by the book, the blog or snips web yang menjelaskan isu-isu tertentu yang menjadi perbincangan umum umat Islam. EEERRR... Contohnya, pemegang ijazah seperti saudari boleh menulis dan pada masa yang sama berdakwah in general, publicly menghuraikan masalah-masalah seperti qazaf, penyelewengan iktikad, detail kisah Muawiyah bin Abu Suffian, maslahah mursolah daaannn lain-lain lagi... Rasanya taakkyaahh laahh diam-diamkan atau simpan ilmu tuuuee... Penyebarannya amat diperlukan untuk mengeluarkan ummat Islam dari kemelut dan pertelagahan mereka sesama sendiri disebabkan kekeliruan dalam urusan agama... Means that you break the confusion between the Ummah, and virtually save the mankind... Boleehh kan? Semestinya ketinggian ilmu saudari boleh menyumbang dalam kemajuan umat Islam... EERRR... Ini pandangan saya... Pastinya ada lagi saudara saudari di sini yang lebih dapat membantu... HUUEEHHUUEE!!! Perhaps Im still young to imagine everything... EHEEHH... -Shafiq- |
wuzaraa ![]() |
![]()
Salam...
Memang kasihan melihat graduan2 pengajian Islam hari ini, antum menjadi mangsa sekularisme. Kerana sekularisme, banyak ilmu2 Islam yang dipelajari tidak dapat dipraktikkan. Dalam perudangan, graduan undang-undang sekular mengisi tempat, dalam ekonomi graduan ekonomi sekular dah berlambak-lambak. walhal jika Islam dilaksanakan, pakar2 Islam ini diperlukan dan fardhu kifayah hukumnya untuk menjadi wazir, amil, qadhi, perancang ekonomi dll. Walaubagaimana susah pun wafa, jangan sampai memilih jawatan yang akan menyebabkan konflik antara hukum Islam dengan ideologi pemerintah hari ini, PTD dan banker contohnya. wuzara http://jemaah-islam.blogspot.com |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 11-08-08 13:26 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! walhal jika Islam dilaksanakan, pakar2 Islam ini diperlukan dan fardhu kifayah hukumnya untuk menjadi wazir, amil, qadhi, perancang ekonomi dll. Walaubagaimana susah pun wafa, jangan sampai memilih jawatan yang akan menyebabkan konflik antara hukum Islam dengan ideologi pemerintah hari ini, PTD dan banker contohnya. ni salah satu tanggapan yang bagi saya agak jumud... bila sebut belajar Islam saja, kena jadi wazir, amil, qadhi, and so on... sama juga dengan apa yang pemula topik sebut, bila graduan agama terus dikatakan kena jadi ustaz, ustazah... inilah yang ditekankan oleh bekas pengarah apium, Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, lepasan pengajian Islam tak semestinya jadi ustaz/ustazah saja, tapi kena masuk juga bidang lain, ekonomi, pentadbiran, pengurusan, kehakiman, dan sebagainya. sebab tu di UM, sudah diwujudkan jabatan2 seperti syariah & ekonomi, pengurusan, undang-undang, siasah syariah dan seumpamanya. tentang PTD (saya bukan PTD), kalau bukan lepasan2 agama ni yang terajui perkhidmatan awam di negara kita, nak harap kat siapa lagi, wuzaraa nak terus harap kat golongan yang berfahaman sekular? ingat, PTD adalah penggubal dasar2 kerajaan, kalau mereka terdiri dari yang faham agama, insyaAllah pentadbiran negara kita boleh diperbaiki. buatlah sekadar yang terdaya, kalau kerja anda berkhidmat untuk rakyat, teruskan... tapi kalau kerja menjurus kepada maksiat kepada Allah, resign saja apa susah... lagi-lagi 9/10 punca pendapatan adalah dalam perniagaan ![]() kalau nak diikut teori wuzaraa, semua ahli HT HARAM kerja dalam pentadbiran awam, yang belajar medic tu WAJIB tukar bidang sebab perubatan wajib diberikan secara PERCUMA kepada rakyat! banker? kalau islamic banking yang betul-betul ikut Islam, apa salahnya? seingat saya, ada seorang dalam ukhwah ni kata nak buktikan yang bay` bithaman ajil (BBA) dan ijarah thumma al-bay` itu tak syar`i, saya tunggu sampai hari ni tak ada apa-apa bukti pun, cakap saja pandai ![]() saya dah lupa siapa, maaf kalau ada yang terasa ye... wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
najwa_adila ![]() ![]() |
![]()
dulu pun ada thinking macam tu jugak... konon nak ke arah pendidikan lepas grade..ye lah tak nampak jalan budak lepasan agama ni nak ke mana kalau bukan ustazah, lecterur, tutor??..tu dolu2 lah...sekali Allah 'jodohkan' kerja dengan bidang yang totally berbeza dengan bidang pengajian..tapi ada sedikit hubungkait...alhamdulillah sekarang bbkeje dalam bidang penyuntingan dan terjemahan..
ala kulli hal, wafa tak perlu risau..cuma masa interview kerja yang dipohon nanti, kena tunjuk keyakinan dan skil berkomunikasi sikit...kadang-kadang peng'interbiu' ni bukan nak tengok sangat markah2 dan peratus subjek serta sijil2 yang dibawa tu..mereka cuma nak tengok tahap keyakinan individu bila menjawab soalan..yang lain tu kemahiran lah...dah cukup usaha tu, tawakkal lah.. apa pun, yang pasti..peluang lepasan agama ni luas cuma graduan agama tu sendiri yang kadang-kadang sempitkan pemikiran..malu terlebih2...kurang keyakinan...ada pulak tu yang terlampau merendah diri malah ada yang baik hati sangat sampai selalu bagi peluang kat orang lain dulu...erm.. pengalaman saya dulu, lepas grade memang setahun jugak lah 'tanam anggur' tapi tak ada lah sepenuh masa...2 bulan lepas grade saya jadi 'ustazah' ajar budak-budak ngaji muqaddam ![]() ![]() ![]() ![]() kuncinya, kepada graduan agama jangan takut kerja tak pilih anda..banyak peluang sebenarnya..cuma jangan terlalu memilih and demand ![]() * sorry ye kalau melalut pula jadi panjang ----------------- Tiada Aku Tanpa-Mu... ![]() |
umar_khalil ![]() ![]() |
![]()
sesiapa yang bgelar ustaz or ustazah,,lect ana cakap,,xpening org pergi ada ilmu ni pas gard or pencen......banyak kj mereka boleh buat.....yang pening org yang makan gaji,,pergi kj,,,balik kj,,tanpa ada improvement dalam dari,,,,kan pening nanti kalau apa-apa jadi,,,org yang pandai bercakap tentang kelemahan org ke,,apa ke,,ada masalah org tu,.,
|
wuzaraa ![]() |
![]()
Pada 11-08-08 16:01 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 11-08-08 13:26 , wuzaraa posting: Apalah pening sangat, wazir tu kan pembantu khalifah, orang nombor 2 dalam negara, amil pula ketua bagi sebuah mahaliah dalam daulah Islamiah, qadhi tu hakim dalam sistem perundangan negara Islam, malah qadhi mazhalim berhak meluncutkan jawatan khalifah. apa yang jumudnya?? hang ingat yang SAYA MAKSUdkan amil zakat ke, atau qadhi macam sekarang tu ke? hang faham tak struktur daulah Islamiah? kalau faham jelaskan lah sikit, dari yang hang belajar dulu atau struktur negara Islam yang nak dibina PAS. takkan tahu hentam saja, sekali sekali syarahkan lah sikit. "Perbankan Islam"? hehehe... suatu benda baru yang tak pernah ada dulu. Pinjaman dalam Islam membawa nilai insaniah(kemanusiaaan) bukan komersial macam sekarang. "islamic banking" kat malaysia kira dapat sambutan, bagaimana pula dengan negara2 Arab? Apa pula pandangan majmu' Fatwa Islami dengan perbankan Islam di Malaysia, adakah seperti yang difatwakan oleh majmu'? Takkan lah orang yang belajar pengajian Islam tidak tahu kebatilan 2 akad dalam 1 akad, BBA pula bagaimana? Kalau orang tu ikhlas, dia akan kaji bebenda begini sebelum terlibat. Bukan byers pasal nak marasa pakai Perdana, atau apa-apa kereta. wuzara http://jemaah-islam.blogspot.com |
wuzaraa ![]() |
![]() !!! QUOTE !!!
apa yang hang sangka ni tak sama pun apa yang saya faham. hang tulis ikut main suka saja, ada unsur2 fitnah. Ini ke akhlak seorang graduan pengajian Islam? KEJI!!! |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 11-08-08 17:33 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!!
eh, apahal pulak mamat ni... ![]() "hang" try syarah sikit ayat anda sendiri: "Walaubagaimana susah pun wafa, jangan sampai memilih jawatan yang akan menyebabkan konflik antara hukum Islam dengan ideologi pemerintah hari ini, PTD dan banker contohnya." seingat saya, ada sahabat2 HT kat sini mengatakan mengikut syarak selain minyak, perubatan dan pendidikan juga adalah hak rakyat secara percuma... wuzaraa tak sependapat ke dengan kata-kata ni? tentang BBA tu, wuzaraa ke yang buka satu topik tu yang kata tengah kaji kebatilan BBA dan ijarah-bay`? saya rasa dah sampai setengah tahun topik tu dibuka, tak ada apa-apa hasil ke? cakap saja senang, tapi nak bukti susah kan... wassalam. p/s: kalau tengah marah tu, ambil wudhu' dulu ye... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
wuzaraa ![]() |
![]()
apa yang susahnya, dalam BBA, jelas ada 2 akad dalam 1 akad. syar'ie ke?
kihkih, tak tahu lah kalau graduan pengajian Islam pun tak faham apa bendaalah tu... p/s: tak marah pun, cuma pelik melihat manusia membuat andaian sendiri bagi pihak diri ini. wuzara http://jemaah-islam.blogspot.com |
najwa_adila ![]() ![]() |
![]() |
wafa_mawaddah ![]() ![]() |
![]()
salam
terima kasih di atas pendapat kalian... sekurang2nya memberi semangat.. belajar bukan untuk bekerja tapi untuk kehidupan kita seharian... !!! QUOTE !!!
----------------- Dalam Kerendahan Diri, Ada Ketinggian Budi, Dalam Kemiskinan Harta, Ada Kekayaan Jiwa, Dalam Kesempitan Hidup, Ada Keluasan Ilmu.... |
hafeezzul ![]() |
![]()
Pada 11-08-08 11:25 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!!
betul tu. So we jump to conclusion saja. Bekerjalah kerana ALLAH. Apa pun pekerjaan ini semua duniawi saja. bagi saya yang penting bekerja lah sehingga kita tidak mengemis dan meminta2 kepada org lain, cukup untuk beribadat dan cukup masa untuk ALLAH itu adalah pekerjaan yang paling baik dan sesuai. |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
yup, betul tu hafeezzul. bekerja kerana Allah, bukan kerana selainNya
![]() kalau nak diikutkan sesetengah orang tu, kerja govt tak boleh, kerja bank tak boleh... so sesiapa yang ngaji bidang agama kena jadi ustazah saja lah, itu saja pilihan yang anda ada. atau kalau tak dapat buatla kerja sendiri, bisnes ke... atau kalau susah sangat duduk saja dalam gua sebab dah tak ada kerja yang sesuai/syar`i ![]() tentang BBA (menjawab wuzaraa) tak ada disebut pun dalam mana-mana kitab bahawa BBA rukunnya kena ada 2 transaksi di dalamnya, anda sendiri pernah buka topik pasal ni tapi tak reply2 sampai sekarang, kalau nak diskus tentang BBA sila ke sana ye. selamat menjadi "job hunter" atau "pemburu kerja" buat sahabat2 yang baru grad tahun ni, semoga segala urusan dipermudahkan, insyaAllah... wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
ziyah ![]() ![]() |
![]() |
wuzaraa ![]() |
![]()
Pada 12-08-08 09:44 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! yup, betul tu hafeezzul. bekerja kerana Allah, bukan kerana selainNya Jelas ada makhluk tuhan yang tidak menjadikan halal dan haram sebagai asas tindakannya. Sekiranya pekerjaan itu halal, tak kira bekerja dengan gvmnt atau swasta, ia tetap halal. Begitu juga sekiranya ia haram. Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan.†“Kami mendengar dan kami patuh.†Mereka itulah orang-orang yang beruntung. Siapa saja yang taat kepada Allah dan rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. (QS an-Nur : 51-52) Manakala, jika bekerja di bank dan terlibat dengan riba, sama ada menerima, mencatit atau meng'endorse' ia telah dinyatakan haram dari dalil yang qathie. Pembangkangan terhadap dalil qathie boleh menyebabkan gelincirnya aqidah seseorang. Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberi riba, pencatit riba dan saksi bagi riba. Baginda mengatakan"mereka semua sama" (hari Muslim) Sayangnya hari ini, bukan sahaja mereka yang jahil, mereka yang berilmu pun sanggup menghalalkan riba walhal keharamannya adalah qathie. Dalihnya, " saya mengaku riba tu haram, tetapi kerja di bank riba tidak haram, untuk ,kemaslahatan ummat". Orang sebegini menjadikan dalil2 syarie untuk mengabsahkan hukum taghut yang mereka bawa, menghalalkan keharaman yang jelas qathie. Bagi orang sebegini, Allah berfirman yang bermaksud: Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. (QS. An-Nisa : 60) Semoga kita tidak tergolong dalam manusia yang disesatkan Allah sedemikian. Amin. wuzara http://jemaah-islam.blogspot.com |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 14-08-08 15:42 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Jelas ada makhluk tuhan yang tidak menjadikan halal dan haram sebagai asas tindakannya. Sekiranya pekerjaan itu halal, tak kira bekerja dengan gvmnt atau swasta, ia tetap halal. Begitu juga sekiranya ia haram. siapa yang dimaksudkan dengan "makhluk tuhan" itu? ![]() lagi satu, tang mana yang riba tu? jangan cakap saja riba tapi tak tau kat mana ![]() "Manakala, jika bekerja di bank dan terlibat dengan riba, sama ada menerima, mencatit atau meng'endorse' ia telah dinyatakan haram dari dalil yang qathie. Pembangkangan terhadap dalil qathie boleh menyebabkan gelincirnya aqidah seseorang." terlibat dengan riba memangla haram, hanya "makhluk tuhan" yang tak cerdik akan terfikir sebaliknya... anda sebut "banker" secara umum sebelum ni, apa memang kerja banker semua HARAM dan terlibat dengan riba'? orang Islam HARAM ke terlibat dengan bank, haram buka bank? saya nak tanya lah, kalau bukan graduan Islamic yang handle islamic banking, kalau ada yang salah dia perbetulkan, kita nak harap kat siapa? non-muslim? jangan hanya mengkritik, yang tu tak boleh yang ni tak boleh, habis tu semua wajib tinggal, begitu cara anda? ![]() lagi satu, contoh yang anda sebut di atas, jangan pilih kerja seperti ptd dan banker, tang mana yang "berdosa" kerja ptd sampai anda larangnya? kalau anda larang tu, mesti "haram" kan? atau anda larang benda yang "harus"? hebat... selain ptd, jawatan2 dalam kerajaan yang lain macam mana? atau hanya ptd saja yang tak boleh dijadikan bidang pekerjaan, begitu...? p/s: saya dapati ramai juga di kalangan "makhluk tuhan" yang sesuai tinggal dalam gua saja, saya tak specify sesiapa ye ![]() ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
mukmin0904 ![]() ![]() |
![]()
teringat satu hadis yang mafhumnya.."Man yuridillah bihi khairan yu fakihhu fiddin" (Siapa-siapa yang dikehendaki oleh Allah untuk jadi baik, Dia akan berikan kefahaman kepadanya tentang agama).
dulu saya pun dari sek agama,sampai lah saat2 nak ambik stam.tapi tak sambung kos agama,ambik engineering.tak pela...rezeki dalam bidang lain agaknya.tapi sekarang ni rindu rasanya nak belajar madah2 agama macam dulu-dulu.pasal peluang kerja tu,insyaAllah..ada saja.tapi memang lumrah lah zaman sekarang kena compete dengan ramai org,terutamanya yang dalam bidang agama... ----------------- Tidak akan kamu berasa gundah walaupun sekali jika kamu tahu apa yang kamu cari |
wuzaraa ![]() |
![]()
dengan makhluk begini, sampai bila pun tak habis.
rasa macam hujah dengan orang UMNO sekular pula... main pakai akal, pusing2. huh, ana surrender... Tiada gunanya orang mempersyaratkan syarat-syarat yang tidak ada di dalam Kitabullah. Syarat apapun yang tidak ada dalam Kitabullah adalah batil meskipun seratus syarat. Ketetapan Allah lebih layak (diikuti) dan syarat Allah lebih kuat (dipegangi) (hari al-Bukhari, Malik dan Ibn Majah |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Pada 14-08-08 16:58 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! dengan makhluk begini, sampai bila pun tak habis. pandai keluar kenyataan, tapi bila orang soal tak boleh bagi jawapan ![]() pantang dipersoal apa yang dia tulis, terus cop orang "makhluk begini", "dangkal pemikiran", "sombong", "buta" dan sebagainya... sekular? main pakai akal? yang dok larang sahabat kita pilih kerja seperti ptd atau banker tu ajaran Islam ke? tak ke guna logik dari kepala otak sendiri? ![]() jangan meludah atas langit geng, dan kalau tak nak pendapat anda disanggah, tak perlu posting in the first place!!! peace & no war, wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
nisaulfadhilah ![]() |
![]()
sebenarnya..rezeki kita allah da tentukan..tak semestinya belajar agma,fokus kat ustaz/ustazah saja..banyak lagi peluang kerja yang lain..banyakkan doa..InsyaAllah allah bagi petunjuk dan kmudahn dalam mcari kerja..papepn,pas grade tu nanti..tawakal lah..saya pun study kos agama,tapi saya ad cita-cita nak juga pegawai embassy..so..go on with what your thinking..kalau rasa nak jadi something,cari lah jalan untuk dptknnye..wallahualam..
|
marul ![]() ![]() |
![]() |
fantasi87 ![]() |
![]()
banyak pekerjaan untuk graduan agama..........
bukan jadi ustazah saja.... boleh kerja kat pejabat agama......... boleh bekerja sebagai pendakwah bebas...... boleh kerja kat mn2......... rezeki di tentukan Allah......... kalau ad rezeki........ada......lah.....kalau tak ada rezeki.........tak ada.....lah. |
usratie85 ![]() ![]() |
![]()
Sekadar untuk berkongsi pandangan...
Betul..Rezeki tu di tangan Allah dan Allah telah tentukan rezeki kita dan apa kita akan jadi selepas kita habis belajar. Tapi saya mempunyai pandangan saya tersendiri dalam hal ini. Sebelum tu, sekadar untuk pengetahuan, saya juga sedang menuntut dalam bidang agama. Saya berpandangan bahawa, bukannya orang yang belajar dalam bidang agama satu hari nanti dia pasti akan bekerja sebagai ustaz dan ustazah sahaja. kita sebagai penuntut ilmu agama perlu ada cita-cita juga untuk berkerja dalam bidang yang bukan agama. Sebagai contoh ; saya mengambil bidang Syariah, tapi pada masa yang sama saya bercita2 untuk menjadi motivator atau pakar psikologi. Sebelum tu kita kenalah kenal pasti dulu kebolehan diri supaya bila kita habis belajar, kita boleh menceburkan diri ke dalam bidang yang kita minati. Saya ada seorang sahabat yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), sedangkan dia mengambil jurusan Al-Quran dan Sunnah ketika belajar. Tapi Kenapa dia boleh diterima bekerja sebagai PTD??. Ini kerana kebolehan dan kemahiran yang dia ada, terutamanya penguasaan bahasa Inggeris. Pelajar jurusan agama sering dikaitkan dengan lemahnya dalam berbahasa Inggeris dan kemahiran komputer. Inilah dua faktor utama Kenapa ramai graduan agama sukar untuk dapat kerja dalam sektor atau bidang lain. Macam saya sendiri, saya menuntut di Universiti Al-Azhar, untuk kuasai bahasa Inggeris dan kemahiran komputer semasa belajar dalam kuliah memang payah. Tapi kita kena cari alternatif lain dengan belajar sendiri atau masuk mana-mana kelas komputer dan bahasa Inggeris dalam rangka untuk mempelbagaikan ilmu. So, saya menyeru kepada sahabat2 yang sedang menuntut atau yang bakal menjadi graduan dalam bidang agama, mantapkanlah diri antum dengan pengusaan ilmu agama itu sendiri di samping menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan kemahiran komputer tak kira di mana antum belajar, kerana kalau kita dapat menguasai bahasa Inggeris dan kemahiran komputer (walaupun basic) di samping ilmu2 lain, pasti ada kerja yang baik menanti kita di sana dan pasti graduan agama tidak akan mudah diperlekehkan dalam soal pekerjaan. ----------------- .::There is no Islam without Jamaah and there is no jamaah without Leadership. And there is no leadership without Obedience::. |
sejadah_usang ![]() ![]() |
![]()
Salam
ALLAH.....kerja Ustazah tu mulia bahkan teramat mulia. Kalau kita fikir Ustazah tu cuma mengajar anak2 murid di sekolah sahaja memang kita pandang tiada apa-apa pada kerja Ustazah tapi jika kita fikir dan faham bahawa kerja Ustazah/guru tu adalah kerja seorang daie, seorang murabbi pasti kita akan pandang mulia semulianya kerja Ustazah tu. ana seorang guru akademik di sebuah sekolah dan pada hakikatnya guru/ustazah bukanlah sekadar mengajar subjek tetapi berfungsi sebagai daie dan murabbi...MasyaALLAH...mulianya kerja sebagai Ustazah dan guru ![]() |
wuzaraa ![]() |
![]()
sekarang JAKIM banyak ambil ustaz2 untuk diserapkan dalam unit dalam PDRM. antara tugasnya memantau gerakan Islam, dan turning over pemikiran ahli gerakan islam supaya selari dengan pemikiran 'islam' kerajaan.
kalau kita dengar cerita2 bekas tahanan ISA, mereka hanya akan dibebaskan setelah pemikikiran mereka selari dengan aspirasi kerajaan. Maka, adalah sesi ceramah dari ustaz2 untuk brainwash mereka. Adakah anda mahu jawatan2 sebegini? Tepuk dada tanyalah aqidah kita. Dulu saya pernah baca satu buku berkenaan assyahid syaid Qutb. sebelum beliau di kenakan hukuman gantung, datanglah seorang ustaz/imam untuk mengajarnya mengucap dsbnya(prosedur biasa sebelum seorang muslim dikenakan hukuman gantung). Apa yang dikatakan oleh assyahid kepada imam/ustaz tersebut? " aku mati kerana Islam, anda 'hidup' kerana" Islam. |
lailasuhaila ![]() ![]() |
![]() |
alwalid ![]() ![]() |
![]()
rezeki tu Allah yang aturkan, so jangan riso lah.....tapi kalau ada peluang, sambung lah ke tahap master atau lagi tinggi.....sebab bukan semua company nakkan budak-budak jurusan agama ni....serius cakap realiti ma....
tapi jangan putus asa lah ok......yang penting bagaimana cara kita sesuaikan diri untuk capai apa jua objektif dan matlamat dalam hidup kita................cuma jangan sesuaikan diri tapi makin menyimpang dari apa yang disyariatkan.................... Wallaua`lam |
syemarly ![]() ![]() |
![]()
Pada 11-10-08 11:14 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! sekarang JAKIM banyak ambil ustaz2 untuk diserapkan dalam unit dalam PDRM. antara tugasnya memantau gerakan Islam, dan turning over pemikiran ahli gerakan islam supaya selari dengan pemikiran 'islam' kerajaan. saudara wuzaraa... memang d akui ada peluang d sektor kerajaan (selain pguruan dan jabatan2 agama) memang ada..cuma berapa persent saja?? benar memang ada d bahagian itu nak orang-orang agama..tapi biasanya mereka cari org lelaki..dan org perempuan?? dan bukan ramai pun d ambil..macam batch saya untuk jawatan2 sebegitu tak ramai pun..seorang dua saja.. |
dr_nik ![]() ![]() |
![]()
Kerja bidang ICT, lagi senang
![]() Allah Maha Adil terhadap kita. Dia jadikan saya dalam bidang IT, orang lain bidang agama, ada bidang ekonomi, dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk melengkapi kehidupan umat Islam supaya dapat memimpin seluruh umat manusia melalui bidang masing-masing. Rasanya tak ada masalah nak cari kerja, yang penting kena usaha mencari kerja sebaik saja grad. |
solehen ![]() |
![]()
sekarang ni semua sama saja., tak kira lah dalam bidang apa pun..
bila kerja saja, kebanyakan lari dari bidang, kita yang tentukan sendiri sama ada nak pilih bidang agama or sebaliknya.. |
usratie85 ![]() ![]() |
![]()
Sekadar untuk berkongsi..
Jika ada sesiapa yang berkelulusan dalam bidang agama tetapi sukar untuk mendapat kerja, saya cadangkan antum cuba mengajar Fardu Ain @ Al-Quran dari rumah ke rumah. Untuk pengetahuan graduan bidang agama, pada masa dan ketika ini, permintaan dari masyarakat yang memerlukan ustaz/ustazah untuk mengajar anak-anak mereka mahupun mereka sendiri untuk belajar ilmu agama. Sekadar ingin berkongsi, saya sendiri pada masa dan ketika ini mengajar secara part time Fardu Ain, Al-Quran Tajwid dan Bahasa Arab. Walaupun saya tidak bekerja dengan kerajaan tetapi pendapatan saya sebulan dengan mengajar secara part time melebihi pendapatan seorang pekerja di jabatan kerajaan. So, jangan risaulah tentang rezeki antum. Orang yang belajar agama ni, insyaAllah akan dimurahkan rezeki. ----------------- .::There is no Islam without Jamaah and there is no jamaah without Leadership. And there is no leadership without Obedience::. |
syemarly ![]() ![]() |
![]()
TAPI KAN USRATIE..kita tak BEBAS lah Kalau mengajar DIRUMAH org..MUAMALAH dengan ANAK MURID pula tak SAMA seperti BERADA D KELAS dan SEKOLAH..kena COVER ITU INI TERMASUK KETIKA MANA rasa MARAH kena D TAHAN2 KAN DEK BERADA D RUMAH MURID ITU...HUHU
----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/ |
SiNaRaBaDi ![]() ![]() |
![]()
Pada 10-08-08 19:42 , wafa_mawaddah posting:
!!! QUOTE !!! salam... Bismillahirrahmanirrahim Salam ukhti, inilah tekanan yang dulu ana hadapi, bekerja juga akhirnya.. tapi hampa dengan kakitangan dan pengurusan itu sendiri yang mengabaikan solah, muammalat, dan pelbagai urusan agama, dimana hidup hanya untuk berkerja. hampir setiap hari ana menangis kerana sikap dan pengurusan itu sendiri. Ana cuba untuk perlahan2 tarbiyah dan ajak, namun gagal. mungkin ini ujian ALLAH dan akhirnya, bila kita sendiri bekerja dalam situasi begitu, kita pun akan turut jatuh.. tak dinafikan, ada masa iman itu boleh jadi goyah, mana tidaknya..waktu solah tiba (terpaksa kena lambatkan) sedih sangat. namun kini, ana pasrah dan yakin dengan ketentuanNYA, bersabar dan berusaha selagi terdaya, dapat atau tidak urusan ALLAH. ana serah padaNYA kerana ana tahu hanya DIA Lebih Mengetahui mana terbaik buat hambaNYA. Ana takut dan berjuang melawan setiap kenangan lalu itu yang mana pernah mengahanyutkan diri ana leka dalam kerja dan keadaan sekeliling. "YaALLAH aku serahkan urusan kehidupanku kepadaMU. Aku mohon kepadaMU YaRABB jangan Engkau biarkan urusan hidupku ditentukan oleh nafsu dan diriku." termasuk kini dah berapa lama ana masih tidak punyai pekerjaan, namun kesabaran yang menebal ini juga memberi ruang semangat dan ketenangan kepada diri untuk mendapat pekerjaan Yang Lebih DiRedhaiNYA... pekerjaan yang mengikut landasan ISLAM. ![]() |
akasia ![]() ![]() |
![]()
Tadi browse internet cari maklumat untuk exam SPA, terjumpa satu site ini, memang rujukan untuk persediaan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan
Awam Gred 41. Kalau masih tercari-cari rujukan exam bertulis ni, boleh lah usha tengok macam mana kat sini; http://www.tipsptd.com/index.php?ref=putraborneo ----------------- http://www.stormreaders.net/putraborneo |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |