Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 20 jam, 57 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: mereka semakin berani


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» mereka semakin berani

Please Mendaftar To Post


Oleh mereka semakin berani

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-08-08 12:53


Majlis Peguam harus hentikan kebiadaban terhadap Islam
Zulkifli Noordin
Fri | Aug 08, 08 | 2:59:32 pm MYT

Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam dan bangsa Melayu.
Iklan
    
    
    

Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala.

Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia.

Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia.

Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu.

Kebiadapan mereka khususnya Majlis Peguam makin ketara bila mereka berkeras mahu menganjurkan Seminar Masuk Islam dengan fokus kepada mempertikaikan Artikel 121A yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani telah membuat keputusan bahawa persoalan murtad dan convert adalah dibawah bidangkuasa mutlak Mahkamah Syariah.

Malahan Mahkamah Persekutuan memperjelaskan bahawa persoalan murtad/convert hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah mengikut undang-undang Islam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dibuat setelah menafsir Artikel 121A dan Artikel 11 Perlembagaan.

Malahan kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam diberi peluang sepenuhnya untuk mengemukakan hujah.

Tindak-tanduk Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Sebagai badan Peguam, sepatutnya mereka lebih arif menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.

Mempertikaikan keputusan Mahkamah bererti menghina Mahkamah.

Saya melihat tindakan Majlis Peguam memperkudakan kes Shamala dan Subashini sebagai bahan seminar adalah jalan pintu belakang untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah.

Lebih serius daripada itu, tindakan mengadakan seminar ini jelas menghina Islam.

Saya menyeru pembentang kertas kerja beragama Islam supaya menarik diri daripada menyertai seminar tersebut.

Saya juga nenyeru para peguam Muslim supaya kita segera membuka mata mempertahankan Islam. Mungkin sudah tiba masanya kita peguam Islam berusaha mengambil alih Majlis Peguam.

Bulan Oktober ini adalah bulan pemilihan ahli Majlis Peruam. Kita harus mengatur strategi yang jelas. Saya cabar peguam-peguam Islam supaya menyatakan pendirian kita dengan jelas.

Saya juga memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam. Kesabaran umat Islam ada batasnya.

Kamu mungkin melihat umat Islam di Malaysia ini kelihatannya lemah. Mungkin kamu sedang mengambil kesempatan melihat kedudukan umat Islam yang kelihatannya lemah akibat percakaran politik sesama kami.

Tetapi ingatlah disana ada umat Islam yang sedang memerhati gelagat kamu. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kamu sekiranya kamu terus-menerus dengan sikap provokatif kamu.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya bersatulah kita diatas tali Allah. Ketepikan sentimen politik sempit dan rakus.

Pertahankan maruan agama kita. Dan marilah kita buktikan kesatuan ummah kita dengan turun dalam Himpunan Umat di hadapan bangunan Majlis Peguam pada pagi Sabtu 9 Ogos di Lebuh Pasar Besar, KL (sebelah Pasar Seni/Bank Pertanian).

Mari kita adakan perhimpunan aman dihadapan Majlis Peguam sekiranya mereka berkeras mahu meneruskan seminar biadap tersebut.

Let us be counted by Allah. Islam is under attack..Islam needs you..buktikan kecintaan kita kepada Islam. Turun ramai-ramai pada masa & tarikh yang disebut diatas. Allah hu akbar.

(Penulis adalah seorang peguam yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah - Editor)


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-08-08 13:15


Protesters rally outside Bar Council (updated)

KUALA LUMPUR: About 300 people from various groups and organisations gathered outside the Bar Council building here on Saturday morning to demonstrate against a forum.

The police and FRU were present to maintain the peace.

At about 9.30am the Bar Council was instructed by the police to wrap up the forum by 10am.

The forum on conversion to Islam has attracted some flak as certain parties have said it was inappropriate and should only be held behind closed doors.

The crowd dispersed at about 10.40am.

There were no reports of any untoward incidents.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-08-08 13:50


Majlis Peguam batalkan forum
Harakahdaily
Sat | Aug 09, 08 | 1:00:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) -Forum awam memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pagi ini akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibu pejabat majlis tersebut.
Iklan
    
    
    

Malaysiakini dalam laporannya menjelaskan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin memberitahu perhimpunan tersebut, bahawa beliau telah masuk ke dalam dan mendapati forum itu telah dibubarkan.

"Saya naik sendiri dan melihat forum telah dibubarkan dan saya memberitahu (mereka), tidak mahu lagi forum seperti ini diadakan.

"Kita mahu tindakan yang lebih keras diambil pada masa-masa depan," katanya kepada perhimpunan tersebut pada kira-kira jam 10.30 pagi.

"Kita memberi jaminan mereka boleh beredar dari bangunan ini," kata beliau yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan.

Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.

Mereka melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman, memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah berunding dengan Majlis Peguam supaya menghentikan forum tersebut.

"Semasa rundingan, mereka boleh menerima cadangan kita.

"Polis mempunyai kuasa untuk menasihatkan mereka menghentikan forum ini setelah melihat ancaman keselamatan yang kian meningkat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat satu botol yang dijumpai di situ.

"Saya berpuashati kerana mereka bersikap profesional. Semasa rundingan, saya menasihatkan supaya forum ini dibatalkan.

"Insya-Allah keadaan akan kembali pulih semula," tambahnya.

Menurutnya lagi, tidak ada sebarang tangkapan dibuat dan kedua-dua pihak telah memberi kerjasama kepada pasukan polis.

Pada jam 10.55 pagi, orang ramai sudah beredar dari kawasan tersebut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 09-08-08 14:05


Kebebasan bersuara adalah suatu yang diagungkan dalam demokrasi.
Dalam demokrasi, mereka tidak boleh dihalang mengadakan forum dan perbincangan.Apa yang dituntut mereka adalah suatu yang sah dari segi demokrasi dan boleh dilegalisasikan.

itulah demokrasi. sesuatu hukum ditentukan kedaulatannya berdasarkan suara manusia, bukan syara'

Mereka berani bersikap kurang ajar begitu kerana para peguam itu tahu mereka ada hak membuat tuntutan tersebut dari segi perundangan.
Sedangkan sekiranya hukum Islam dilaksanakan, demokrasi ini akan dihancurkan. Kafir zimmi hanya boleh menyatakan permasalahan mereka dan penganiyaan dibawah majlis ummat. Tetapi mereka sama sekali tidak ada hak untuk masuk campur hukum Islam dan pemerintahan.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-08-08 14:15


Assalamualaikum & Selamat tengahari kepada semua.

Syukran kepada akhi alwalid yang memulakan topik sidang parlimen Ukhwah pada Sabtu yang indah ini. Topik yang perlu diteliti oleh ukhwahian sekalian. Hamba mulakan sidang hari ini dengan beberapa perspektif, Bismillah...:

Pertama

Forum yang berlangsung pagi tadi adalah satu 'amaran awal' bukan Muslim kepada Islam. Mereka berani bersuara setelah 'green light' (dengan izin) tersirat yang telah dipancarkan oleh Zaid Ibrahim (kini Menteri di JPM) sewaktu beliau menentang sekeras-kerasnya implementasi Hukum Hudud yang hendak direalisasikan oleh PAS di Kelantan & Terengganu suatu ketika dahulu. Hal ini menunjukkan 'Khalifah' Kerajaan BN yang diterajui oleh Muslim genetik MeLayu pun tidak mahukan hukum Islam, inikan pula hendak diterima oleh mereka yang juara dalam proses 'mengsekularkan' 101% Perlembagaan Malaysia yakni Majlis Peguam (sayang, kepimpinannya pun bukan dari kalangan Muslim).

Soal mempertikaikan Islam tidak akan timbul jika pemerintah bertegas serta memberi dokongan yang konkrit kepada hukum Islam, bukan dengan memberi muka dengan menjadi Pemuka agama yang mempromosi 'mazhab' baru Islam Hadhari yang memecahkan lagi ummat yang sedia terbelah. Lantas kita telah memberi 'bola tanggung' kepada non muslim yang ekstrimis kepada Islam.

Kedua

Isu murtad & perebutan jenazah antara keluarga simati yang memeluk Islam dan Jabatan Agama Islam. Murtad adalah kemuncak segala jenayah di dalam Islam dimana hukum kepada pesalah yang tidak ingin bertaubat walaupun setelah dinasihatkan adalah BUNUH. Kenapa Allah s.w.t mensyariatkan begitu? Untuk berlaku adil dalam berhujjah dengan non muslim serta demi dakwah hikmah hamba mudahkan dalam bahasa manusia yang mudah difahami maksud oleh semua: Sedangkan manusia yang khianat kepada sesama manusia secara aklinya pun dicop Penipu dan dijatuhkan pelbagai hukuman dunia, inikan pula soal gugurnya Keimanan seseorang terhadap Rabbnya suatu hal yang asas melibatkan keyakinan peribadinya dalam beragama, dimana jika Tuhannya yang Haq iaitu Allah s.w.t yang dengan sifat Rahman & RahimNya mengurniakan Iman pun tidak mendapat sekelumit tempat dalam hatinya, bolehkah lagi dia mendapat kepercayaan masyarakatnya dalam hal-hal yang lebih keduniaan dan bergelar Manusia? Kerana itulah Allah menetapkan Bunuh adalah jalan terbaik untuk membasmi 'virus' krisis keimanan Tauhid dari melata di muka Bumi. Namun kita sebagai hambaNya yang mengaku keEsaanNya terang-terangan mengubah apa yang ditetapkanNya.

Perebutan jasad simati merupakan cerminan kelemahan pelaksanaan syariah negara. Bahkan yang lebih buruk kaedah untuk mengatasinya. Dalam tempat pertama sewaktu proses lafaz syahadah lagi perkara ini wajib dikukuhkan. Soalnya bagaimana? Sekali lagi berbalik kepada 'kekuasaan' hukum Islam itu sendiri dalam negara kita. Andai Jabatan Agama Islam diberi kuasa penuh dari segi perundangan & kekebalan autoriti dalam melindungi mualaf dari detik dia melafaz sumpah setia kepada Allah & Rasulullah, tiada siapa waima keluarganya pun berani 'menjentik' saudara baru kita. Bukanlah hamba ingin memutuskan tali persaudaraan mualaf dengan keluarga mereka, tetapi barang diingat Allah yang memberi hidayah kepada mereka bukan dengan jalan paksa & tipudaya seperti 'missionary' Kristian yang terang-terangan menjalankan jarum halus mereka. Jabatan Agama Islam wajib mengeluarkan satu watikah pemakluman pengislaman mualaf baru kepada keluarga mualaf terbabit. Nama mereka mesti dimasukkan ke daftar senarai perlindungan umat, dimana jika sebarang perkara buruk berlaku / kematian, tugas pihak berwajib akan lebih mudah dalam mempertahankan mualaf.

Ketiga

'Reverse Doctrine' sedang diusahakan dalam memenangi hati umat Islam genetik MeLayu setelah penolakan 'pinangan' oleh PAS terhadap UMNO baru-baru ini yang sungguh mendukacitakan nasionalis MeLayu. Peristiwa ala 13 Mei 1969 cuba dipentaskan semula dengan nafas baru kononya dalam roh 'demi Islam'. Pemuka-pemuka agama mula mendapat talian hayat baru setelah doktor rakyat memberikan diagnosis awal bahawa UMNO telah boleh dibacakan Surah Yasin kerana nyawa telah sampai di kerongkongan. Dimana 'mereka' tatkala Hudud dipersenda & dipatahkan oleh 'khalifah' mereka sendiri? Tepuk air dalam swimming pool terkena muka sendiri. Umat Islam Malaysia terutama PAS perlu berhati-hati dengan pementasan 'baru' ini.

Keempat

Ini adalah mungkin konklusi terhadap semua perspektif diatas:
Alihan Perhatian / 'Diversion' terhadap kes tuduhan liwat keatas DSAI & Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang menjelang tiba. Barisan Nasional khususnya UMNO berada dalam keadaan 'red alert' peringkat kritikal dalam menghadapi 'perang' terhadap Pakatan Rakyat. Ianya amat 'obvious' (dengan izin) talaan masa antara forum dan pilihanraya kecil. Adakah ada perancangan licik 'musang berbulu ayam' dalam Majlis Peguam?

"The truth is out There"



-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-08-08 18:52


Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam - Zulkifli Nordin
Harakahdaily
Sat | Aug 09, 08 | 5:38:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) -"Sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam," kata ahli exco Persatuan Peguam Islam, Zulkifli Nordin. Beliau berkata, ini bagi mengelakkan Majlis Peguam menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.

Malaysiakini melaporkan, Zulkifli yang juga ahli Parlimen KeADILan Kulim-Bandar Baharu memberitahu pemberita demikian selepas menyertai perhimpunan membantah penganjuran forum awam 'memeluk Islam' anjuran majlis tersebut di ibu negara hari ini.

Beliau mendakwa, Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut kerana hendak membuat provokasi terhadap orang Islam.

"Tetapi saya mewakili Persatuan Peguam Islam memberi amaran supaya tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya," katanya.

Forum awam tersebut akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.

Seramai 500 orang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi, sambil melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Zulkifli berkata, forum anjuran Majlis Peguam hari ini sebenarnya bukan dialog tetapi sebaliknya, satu program untuk memprovokasi terhadap umat Islam.

"Semasa saya berunding dengan presiden dan timbalan presiden Majlis Peguam, saya katakan kepada mereka bahawa forum ini tidak wajar diadakan.

"Saya katakan forum ini menguji kesabaran orang Islam," katanya yang gembira kerana umat Islam bersatu menyatakan suara mempertahankan hak mereka.

Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu, Jais Abdul Karim berkata, beliau mendapat tahu 110 peserta telah menghadiri forum tersebut.

Katanya, 95 peratus daripada mereka adalah terdiri daripada orang bukan Islam.

"Semasa kami naik ke tempat forum, saya mendapati ia sedang berjalan dan kami memaksa mereka memberhentikannya.

"Ketika itu ada peserta mengeluarkan perkataan yang menghina kami," katanya sambil menambah "inilah perjuangan yang terpaksa kami lalui untuk menegakkan Islam".

Jais berkata, beliau berharap program seperti ini tidak lagi diadakan pada masa depan.

Katanya, sebanyak 29 penyokong NGO Islam datang untuk menyatakan sokongan membantah forum tersebut.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-08-08 18:57


Kita telah terlepas pandang sebuah lagi forum anjuran pemuka agama SISTER IN ISLAM:

SIS Public Lecture, 9 August 2008
The Future of Islam : Reformation or Stagnation?

Speaker: Prof. John L. Esposito (Georgetown University, US)

Date: 9 August 2008 (Saturday)

Time: 4:30- 6:30 pm

Venue: Crown Princess Hotel, Jalan Tun Razak KL (nearest LRT station: Ampang Park)

Admission is FREE

:-( :-( :-(


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 09-08-08 20:36


Alaaaaaaaaaaaaaaa.....salah kita orang ISLAM jugak.....Kenapa kita sendiri BERPECAH BELAH...langsung tak nak bersatu.....?????


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-08-08 23:29


Rival groups unified in protest
Andrew Ong | Aug 9, 08 4:10pm

In a rare display of solidarity, rival Muslim groups today put aside their political differences and joined forces in protest of a controversial forum on the Federal Constitution.
MCPX

Although they appeared to have a uniform objective, the crowd appeared to have split into two entities - Umno-linked and opposition-linked - as the protest drew on.

Some 100 protesters led by Muslim Students Front (GPMS) - an Umno-linked organisation - were the first to arrive at the Bar Council headquarters in Kuala Lumpur, the venue of the forum, at about 8.30am.

According to a spokesperson, a total of 19 Muslim NGOs, including Indian Muslim Congress (Kimma), Muslim Consumer Association and Muslim welfare group Pekida, were part of this group.

/

At about 8.45am, another group of about 100 protesters led by PAS Youth chief Salahuddin Ayub marched to the venue unexpectedly.

Jarring chants ensued as both groups yelled two different series of slogans.

Choice of banner and poster mediums were also starkly contrasting. The GPMS-led group used full colour canvas banners, while the PAS-led group used small posters on photocopied paper.

/

‘Rempuh!’

Despite their differences, leaders from both groups took turns to address the crowd on a common loudhailer.

From the speeches, glaring differences in the two groups' approach again came to the fore.

A GPMS leader who spoke repeatedly stoked the crowd into storming the Bar Council building if the forum does not end by 10am - the time given by the protesters to the forum organisers.

This was echoed by repeated calls of “rempuh (charge)” by the angry crowd.

Sensing the rise in tension however, PAS leaders who took over the loudhailer and repeatedly reminded the crowd to remain calm and sit on the road until the forum is cancelled.

Even the normally firebrand cleric Dr Badrul Amin Baharom tried to keep the crowd under control by setting a more relaxed tone for the demonstration

“If no one disturb the religions of others, we would leave peacefully. We don’t disturb the Christians, the Hindus and the Buddhists. We urge that they do not incite (unrest) among the rakyat with religious issues.

“I’m sure even the non-Muslims are not happy with religious issues being played up,” said Badrul Amin, who is also a PKR supreme council member.

/

Left through back door

PKR Kulim-Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin however broke ranks with his opposition colleagues when he called on the crowd to storm the building should the forum continue.

“If you don’t hear from us at 10am, you should all storm the building,” he said, before he led a four-member delegation representing the protesters to state their position to the forum organisers.

/

Zulkifli had participated in the demonstration as a representative from the conservative Lawyers in Defence of Islam (Pembela) organisation.

At about 10am, a section of the crowd tried to break pasti the police barricade but were held back by riot police and PAS maroon-clad volunteer corps better known as Unit Amal.

Other than this, there was no untoward incidents reported. However, forum participants who later left the building were subjected to verbal abuses and obscenities from the crowd.

Forum organisers were then forced to release participants from the back entrance of the building.

At about 10.24am, Zulkifli emerged from the Bar Council building and declared that the objective of the protest had been met as the forum has been cancelled.

The crowd eventually dispersed at about 10.30am.

*patut lah DAP takut sangat Pas bincang dengan Umno..seronok lah kan,dalam PKR ramai geng IFC dengan Bar Council


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-08-08 23:41


Latheefa, wakil PKR matlamat forum Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (perkara), Latheefa Koya menyokong forum “Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam hari ini dengan menyifatkan semua pihak menyuarakan pandangan tetapi tidak harus menggesa dihentikannya.

Kata beliau, mereka berhak berprotes dengan melaungkan rasa tidak puas hati di luar premis Majlis Peguam tetapi tidak berhak untuk menghentikan forum tersebut.

“Parti Keadilan Rakyat sokong forum pagi ini dijalankan. Kami percaya semua orang berhak untuk bercakap dan berhimpun tetapi jangan melebih batasannya,” kata Latheefa sambil menambah, beliau hanya bercakap untuk pihak PKR, dan tidak melibatkan Pakatan Rakyat.

“Saya bercakap bagi pihak Parti Keadilan Rakyat sahaja, tiada pendirian yang telah dibuat bagi pihak Pakatan Rakyat. Setiap parti mempunyai pandangan yang berbeza terhadap isu yang berbeza,” kata beliau.

PAS turut membantah forum diadakan manakala Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meminta forum sedemikian diadakan secara terbuka.

Latheefa berkata, polis tidak sepatutnya membawa ataupun membenarkan orang-orang yang datang untuk mengganggu forum masuk ke bangunan tersebut.

mstar.com.my


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-08 02:44


Seperti mana Bar Council, liputan TV3 pun sama kurang ajar.
Liputan berat sebelah kepada Bar Council, seolah menggambarkan Bar Council sebagai pihak yang rasional manakala orang2 Islam yang membantah bertindak emosional.

walaubagaimana pun, ia sepatutnya membuka minda kita melihat cara pemikiran sekular PKR. Kepada sahabat2 PAS, lihatlah bagaimana liberalnya pemikiran PKR.

Tinggalkanlah tahalluf siasi yang jelas percampuran antara Islam dan kufur. Menyokong mereka yang

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-08 02:45


Seperti mana Bar Council, liputan TV3 pun sama kurang ajar.
Liputan berat sebelah kepada Bar Council, seolah menggambarkan Bar Council sebagai pihak yang rasional manakala orang2 Islam yang membantah bertindak emosional.

walaubagaimana pun, ia sepatutnya membuka minda kita melihat cara pemikiran sekular PKR. Kepada sahabat2 PAS, lihatlah bagaimana liberalnya pemikiran PKR.

Tinggalkanlah tahalluf siasi yang jelas percampuran antara Islam dan kufur. Menyokong mereka yang menyokong kekufuran samalah dengan kita menyokong kekufuran. ia merupakan pembangkangan yang tidak teperi kepada Allah dan Rasul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-08 02:54


Syed Husin Ali: KeADILan Mengecam Tindakan Terhadap Seminar Majils Peguam
09 Ogos 2008


Pagi ini satu tunjuk perasaan kecil diadakan untuk membantah Seminar anjuran Majlis Peguam mengenai isu "memasuki Islam". Tidak sampai 500 orang hadir walupun sebelumnya diwar-warkan 10,000 ribu orang akan menyertai demonstrasi tersebut.

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) sangat kesal bahawa pasukan polis gagal mengawal keadaan, bahkan kelihatan seperti bersekongkol dengan sesetengah penunjuk perasaan yang mencerobohi masuk ke tempat seminar dan cuba memaksa ia diberhentikan. Keadaan ini mengingatkan peristiwa APCET beberapa tahun lalu manakala ahli-ahli Umno-Bn menceroboh masuk untuk menyuraikan seminar Timur-Timur waktu itu. Kami memandang berat tindakan segelintir orang yang bertindak kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat serta biadap terhadap beberapa orang penganjur serta peserta Seminar itu. Apatah lagi apabila salah seorang dari mereka yang paling "garang" diketahui sebagai seorang peguam serta ahli parlimen pula, dan mendakwa dirinya sebagai "wakil orang Islam".

keADILan menyokong penuh pandangan Ketua Umum Sdr Anwar Ibrahim, bahwa sepatutnya seminar anjuran Majlis Peguam itu diadakan secara tertutup, memandangkan reaksi sensitif dan persepsi salah dari sesetengah kalangan orang Melayu-Islam. Kami bersetuju diadakan majlis antara-agama yang boleh memupuk persefahaman daripada seminar sebelah pihak yang boleh menimbulkan perpecahan kaum dan agama.

Kami menentang golongan segelintir pemimpin Umno yang mengugut pihak penganjur seminar dengan bermacam-macam cara, termasuk menggunakan ISA supaya membatalkan seminar tersebut. Mereka tidak menghormati hak asasi untuk mengemukakan pendapat dan mengorganais seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebenarnya sesetengah dari mereka ini dengan sengaja mahu menimbulkan ketegangan bahkan kekacauan kaum/agama yang boleh digunakan untuk kepentingan Umno dan kerajaan pimpinannya.

Akan tetapi sebaliknya, lebih baik pihak Majlis Peguam tidak membenarkan diri terperangkap dengan rancangan kotor Umno ini. Ia sepatutnya bertindak bijak dengan segera mengumumkan seminar diadakan secara tertutup untuk menghindar sebarang kesan buruk ke atas hubungan kaum dan agama di negara ini. Majlis Peguam sudah tentu mengetahui betapa perlunya memastikan agenda anasir-anasir tidak bertanggungjawah yang hendak menimbulkan ketegangan dan perpecahan kaum itu gagal.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden keADILan
Parti Keadilan Rakyat


Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-08-08 15:51


entah...ta'tahu...patutkah diadakan forum sedemikian sama ada tertutup atau terbuka. Apa objektif diadakan forum yang seumpamanya ? kalau isu yang dibincangkan boleh mencetuskan salah faham dan ketegangan agama ..lebih baik jangan dibuka ruang langsung.

pada saya perlu dilihat matlamat yang hendak dicapai melalui forum tersebut.
Selain melihat kepada siapa penganjurnya, perlu diteliti juga isu-isu yang ditimbulkan serta ahli panel yang terlibat .... apatah lagi isu yang ada kaitan dengan agama islam, maka sewajarnya melibatkan sama seorang muslim yang arif tentang isu berkenaan sebagai salah seorang korumnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 10-08-08 17:35


hairan jugak isu ini..bagaimana boleh sampai tahap ini ye? dulu tak pernah ada kes2 macam ini..kalau nak bincang pas hak org Melayu,Raja2 dan Islam pun semua tertutup..sekarang ini open dan makin menjadi2.

Diharap pemimpin Malaysia semakin sedar apa yang berlaku di Malaysia ini, jangan lah asyik tidur saja. Malaysia dan semakin parah nampaknya. Last week dalam rancangan TheExchange TV3 banyak pelabur menarik diri dari Malaysia kerana ketidakstabilan dalam politik Malaysia ini.

Harap semua ini akan berakhir lah,

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

nur_eiman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2006
Ahli No: 23130
Posting: 113
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 10-08-08 18:52


Pada 09-08-08 14:15 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum & Selamat tengahari kepada semua.

Syukran kepada akhi alwalid yang memulakan topik sidang parlimen Ukhwah pada Sabtu yang indah ini. Topik yang perlu diteliti oleh ukhwahian sekalian. Hamba mulakan sidang hari ini dengan beberapa perspektif, Bismillah...:

Pertama

Forum yang berlangsung pagi tadi adalah satu 'amaran awal' bukan Muslim kepada Islam. Mereka berani bersuara setelah 'green light' (dengan izin) tersirat yang telah dipancarkan oleh Zaid Ibrahim (kini Menteri di JPM) sewaktu beliau menentang sekeras-kerasnya implementasi Hukum Hudud yang hendak direalisasikan oleh PAS di Kelantan & Terengganu suatu ketika dahulu. Hal ini menunjukkan 'Khalifah' Kerajaan BN yang diterajui oleh Muslim genetik MeLayu pun tidak mahukan hukum Islam, inikan pula hendak diterima oleh mereka yang juara dalam proses 'mengsekularkan' 101% Perlembagaan Malaysia yakni Majlis Peguam (sayang, kepimpinannya pun bukan dari kalangan Muslim).

Soal mempertikaikan Islam tidak akan timbul jika pemerintah bertegas serta memberi dokongan yang konkrit kepada hukum Islam, bukan dengan memberi muka dengan menjadi Pemuka agama yang mempromosi 'mazhab' baru Islam Hadhari yang memecahkan lagi ummat yang sedia terbelah. Lantas kita telah memberi 'bola tanggung' kepada non muslim yang ekstrimis kepada Islam.

Kedua

Isu murtad & perebutan jenazah antara keluarga simati yang memeluk Islam dan Jabatan Agama Islam. Murtad adalah kemuncak segala jenayah di dalam Islam dimana hukum kepada pesalah yang tidak ingin bertaubat walaupun setelah dinasihatkan adalah BUNUH. Kenapa Allah s.w.t mensyariatkan begitu? Untuk berlaku adil dalam berhujjah dengan non muslim serta demi dakwah hikmah hamba mudahkan dalam bahasa manusia yang mudah difahami maksud oleh semua: Sedangkan manusia yang khianat kepada sesama manusia secara aklinya pun dicop Penipu dan dijatuhkan pelbagai hukuman dunia, inikan pula soal gugurnya Keimanan seseorang terhadap Rabbnya suatu hal yang asas melibatkan keyakinan peribadinya dalam beragama, dimana jika Tuhannya yang Haq iaitu Allah s.w.t yang dengan sifat Rahman & RahimNya mengurniakan Iman pun tidak mendapat sekelumit tempat dalam hatinya, bolehkah lagi dia mendapat kepercayaan masyarakatnya dalam hal-hal yang lebih keduniaan dan bergelar Manusia? Kerana itulah Allah menetapkan Bunuh adalah jalan terbaik untuk membasmi 'virus' krisis keimanan Tauhid dari melata di muka Bumi. Namun kita sebagai hambaNya yang mengaku keEsaanNya terang-terangan mengubah apa yang ditetapkanNya.

Perebutan jasad simati merupakan cerminan kelemahan pelaksanaan syariah negara. Bahkan yang lebih buruk kaedah untuk mengatasinya. Dalam tempat pertama sewaktu proses lafaz syahadah lagi perkara ini wajib dikukuhkan. Soalnya bagaimana? Sekali lagi berbalik kepada 'kekuasaan' hukum Islam itu sendiri dalam negara kita. Andai Jabatan Agama Islam diberi kuasa penuh dari segi perundangan & kekebalan autoriti dalam melindungi mualaf dari detik dia melafaz sumpah setia kepada Allah & Rasulullah, tiada siapa waima keluarganya pun berani 'menjentik' saudara baru kita. Bukanlah hamba ingin memutuskan tali persaudaraan mualaf dengan keluarga mereka, tetapi barang diingat Allah yang memberi hidayah kepada mereka bukan dengan jalan paksa & tipudaya seperti 'missionary' Kristian yang terang-terangan menjalankan jarum halus mereka. Jabatan Agama Islam wajib mengeluarkan satu watikah pemakluman pengislaman mualaf baru kepada keluarga mualaf terbabit. Nama mereka mesti dimasukkan ke daftar senarai perlindungan umat, dimana jika sebarang perkara buruk berlaku / kematian, tugas pihak berwajib akan lebih mudah dalam mempertahankan mualaf.

Ketiga

'Reverse Doctrine' sedang diusahakan dalam memenangi hati umat Islam genetik MeLayu setelah penolakan 'pinangan' oleh PAS terhadap UMNO baru-baru ini yang sungguh mendukacitakan nasionalis MeLayu. Peristiwa ala 13 Mei 1969 cuba dipentaskan semula dengan nafas baru kononya dalam roh 'demi Islam'. Pemuka-pemuka agama mula mendapat talian hayat baru setelah doktor rakyat memberikan diagnosis awal bahawa UMNO telah boleh dibacakan Surah Yasin kerana nyawa telah sampai di kerongkongan. Dimana 'mereka' tatkala Hudud dipersenda & dipatahkan oleh 'khalifah' mereka sendiri? Tepuk air dalam swimming pool terkena muka sendiri. Umat Islam Malaysia terutama PAS perlu berhati-hati dengan pementasan 'baru' ini.

Keempat

Ini adalah mungkin konklusi terhadap semua perspektif diatas:
Alihan Perhatian / 'Diversion' terhadap kes tuduhan liwat keatas DSAI & Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang menjelang tiba. Barisan Nasional khususnya UMNO berada dalam keadaan 'red alert' peringkat kritikal dalam menghadapi 'perang' terhadap Pakatan Rakyat. Ianya amat 'obvious' (dengan izin) talaan masa antara forum dan pilihanraya kecil. Adakah ada perancangan licik 'musang berbulu ayam' dalam Majlis Peguam?

"The truth is out There"






syukran jazilan..info yang berguna..
jangan biarkan kesucian Islam terus di cemari...ALLAHUAKBAR!!!!


-----------------
ISLAM itu indah..tiada agama yang boleh menandinginya..
JANGAN biarkan kesucian ISLAM terus dicemari..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_eimanProfil   Hantar PM kepada nur_eiman   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-08-08 00:42


Tak tahula nak cakap bagaimana lagi...kalau pemimpin atasan bertegas dari awal-awal lagi tentang hal ni, semua ni takkan berlaku..memang mereka dah makin berani, makin kurang ajar dengan nak mempertikaikan apa yang dah termaktub dalam perlembagaan..sedih sangat-sangat :(

Apapun isu ni hendaklah diselesaikan dengan cara yang bijaksana dan memuaskan hati kedua-dua pihak..Jika tersilap langkah, akan berlakulah satu lagi malapetaka kepada Malaysia...

Pertahankan yang hak !

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-08-08 18:35


PKR mulls over action on MP who stormed forum

(The Star) - PKR is expected to discuss action to be taken against its Kulim-Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin for his behaviour during a protest against the Bar Council forum on “embracing Islam.”

Party deputy president Dr Syed Husin Ali said PKR condemned the “rough action” of a small band of the demonstrators who “shouted rude and uncivilised language” against the organisers and forum participants on Saturday.

“We regret that unfortunately the ‘fiercest’ among them was someone known to be a lawyer and Member of Parliament,” Dr Syed Husin said in a statement issued yesterday.

While the statement did not mention names, Dr Syed Husin, when asked if disciplinary action would be taken against Zulkifli who led protesters into the forum hall, said many PKR leaders and members wanted it to be raised.

“I assume it will be discussed at the party level although at the moment we have bigger things to focus on,” he said of PKR’s preparation for the Permatang Pauh by-election.

Dr Syed Husin said he had spoken to Zulkifli for his side of the story.

“We accept his right to demonstrate but not the distasteful language used and storming the venue. In principle, it is wrong to assert your rights by denying others theirs and doing it forcefully. It should have been done outside the hall peacefully.

“He was exercising his rights but I don’t agree with the way he did it,” he said.

He said PKR fully supported its adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim’s view that the seminar should be organised behind closed doors, in view of the sensitive reactions and wrong perception among a section of the Malay-Muslim population.

Meanwhile, police refuted rumours that Zulkifli has been detained under the Internal Security Act.

Zulkifli is said to have gone missing since Saturday and his family and friends have failed to contact him.

Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar, when contacted, urged the public not to believe the rumours.

PKR information chief Tian Chua and Kelana Jaya MP Loh Gwo Burne were both unable to get in touch with Zulkifli.

They said their contacts were also unable to get in touch with Zulkifli or say where he was.

On the Internet, a blog by Zainol Abideen (Mahaguru58) claimed that Zulkifli had called him from a policeman’s mobile phone saying he had been detained under the ISA.

source

*mamat rashdin awat senyap saja pasal isu ni.selalu membabitkan pkr laju sungguh.sama lah jugak dengan mamat yang tak suka polis.protes bersih,turun harga minyak,kempen anwar,pilihanraya,pandai pula nak bertakbir dengan kalimah suci Allah Maha Besar time tu.siap puluh puluh ribu lagi sampai kumpulan karburetor dung pun terlibat.yang ni tak bertakbir juga ke?Kenapa tak bersemangat macam dulu.betul ke dok mengaku pejuang Islam ni?Pejuang Islam ke pejuang politik...?tak payah nak alih ke BN pula dah tau pak lelah tu memang lembab.sikit sikit dah nampak sifat "one eye" tu...bar council tak salah,yang zulkifli tu pula nampak macam bersalah sangat sebab nak pertahankan.


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-08-08 22:46


oh nak tanya juga siapa yang anjurkan forum ni ya?.rupanya majlis peguam jadi apa kena mengena dengan pkr ya?.nak tahu juga.tapi Kenapa kerajaan bisu saja dengan isu ni?.

kepada trouver kes ni macam mana pula?


PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kuala Lumpur High Court had last month ordered UMNO to pay a whopping RM218 million claimed by Kelana Jaya based Elegant Advisory Sdn. Bhd. being payment for supplies of posters, badges, banners and caps during the March 2004 general elections, which UMNO had refused to pay.

The decision was a judgment in default delivered by High Court’s Assistant Registrar Ahmad Faizadh Yahaya on 17 July 2008 after UMNO’s lawyers failed to appear in court. The poll merchandise scandal was highlighted by Malaysiakini in a series of exclusive reports three months after the 2004 general elections, where Barisan Nasional won with a landslide victory.

In the suit, which was initiated by Elegant Advisory Sdn. Bhd. in June this year, the company had claimed a sum of RM218,013,475 as compensation from UMNO for the supply of the election campaign materials include posters, banners, buntings, flags, souvenirs, mineral waters and other transportation costs. The claim was made on the basis of Section 71 of the Contracts Act 1950 in which UMNO is obliged to pay the campaign materials to Elegant Advisory Sdn. Bhd.

Haah! Duit ni belum settle…ada hati nak kempen kat Permatang Pauh. Berapa pulak duit hutang dilaburkan untuk beli perkakas bahan kempen pilihanraya kecil ini? nah satu lagi PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL untuk RAKYAT MALAYSIA khusus untuk Permatang Pauh! SYABAS! kalau pangkah juga BN…aku tak tau nak habaq apa lagi….melainkan suruh depa yang pangkah BN bayaq duit Hutang tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-08-08 22:54


Forum awam memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pagi ini akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin memberitahu perhimpunan tersebut, bahawa beliau telah masuk ke dalam dan mendapati forum itu telah dibubarkan.

"Saya naik sendiri dan melihat forum telah dibubarkan dan saya memberitahu (mereka), tidak mahu lagi forum seperti ini diadakan.

"Kita mahu tindakan yang lebih keras diambil pada masa-masa depan," katanya kepada perhimpunan tersebut pada kira-kira jam 10.30 pagi.

"Kita memberi jaminan mereka boleh beredar dari bangunan ini," kata beliau yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.

Mereka melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Tiada tangkapan

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman, memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah berunding dengan Majlis Peguam supaya menghentikan forum tersebut.

"Semasa rundingan, mereka boleh menerima cadangan kita.

"Polis mempunyai kuasa untuk menasihatkan mereka menghentikan forum ini setelah melihat ancaman keselamatan yang kian meningkat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat satu botol yang dijumpai di situ.

"Saya berpuashati kerana mereka bersikap profesional. Semasa rundingan, saya menasihatkan supaya forum ini dibatalkan.

"Insya-Allah keadaan akan kembali pulih semula," tambahnya.

Menurutnya lagi, tidak ada sebarang tangkapan dibuat dan kedua-dua pihak telah memberi kerjasama kepada pasukan polis.

Pada jam 10.55 pagi, orang ramai sudah beredar dari kawasan tersebut.

Sementara itu, Bernama melaporkan forum kontroversi "memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam ditamatkan lebih awal daripada jadual.

Kira-kira setengah jam selepas forum yang bermula jam 9 pagi itu berlangsung, Ambiga memberitahu forum itu bahawa polis telah menasihatkan agar ia ditamatkan pada jam10 pagi. Forum itu sepatutnya berakhir 1.30 tengah hari.

Pada jam 10 pagi, Ambiga mengumumkan secara rasmi bahawa forum itu ditutup.

"Kami menghormati pandangan semua pihak. Kami tidak bergaduh dengan sesiapa dan saya mengumumkan forum ini ditutup," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 11-08-08 23:24


Assalamualaikum w.b.t & Selamat malam ukhwahian.

Peristiwa yang berlaku tempohari boleh disifatkan satu Pengajaran & Peringatan buat hamba & kita yang kononnya 'khalifah' dimuka bumi Allah. Kerana apa? Mari kita telusuri perspektif tambahan dibawah:

Alif: Apa Yang Kita Ketahui Tentang Forum Tersebut?

Hamba lontarkan persoalan diatas kepada semua pejuang Islam di Ukhwah.com, tidak kira antum semua Muslim di pihak PAS, KeAdilan, UMNO, Hizb'ut Tahrir, GPMS, ABIM, PEKIDA, GABIM, PPIM, Tabligh, Salafi, Wahabi, PSSGM, tentera-tentera Fisabilillah bawah tanah & yang syahadahnya Lailahaillallah Muhammadarrasulullah.

Demi Allah Yang Maha Mengetahui, tahukah kita apa yang diperbincangkan oleh golongan kafir forum tersebut? Tahukah kita butir maklumatnya secara lengkap? Atas dasar apa mereka bermukim di Bar Council pada pagi tesebut? Adakah KITA sendiri hadir dalam forum tersebut?

Demi Allah Yang Maha Menciptakan Manusia sebagai semolek-molek kejadian, ada atau tidak dipihak kita yang secara sukarela tanpa dijemput bertegas untuk hadir atas nama dakwah bagi mewakili Islam dalam forum tersebut ditempat pertama?

Ba: Bagaimana Tindakbalas Kita?

Demi Allah Yang Maha Agung, tidak layak hatta mencium bau syurga andai tiada sekelumit pun dihati kecil kita jika tidak Menentang perancangan Musuh-musuh Allah, tapi adakah cukup syarat kita menjejakkan kaki kita yang kotor dan hina ini ke pintu Jannah Allah s.w.t andai haq Dakwah tidak kita sempurnakan?

Terlepas kah kita dengan sekadar jerit pekik, berhimpun, merendahkan darjat Islam dengan mengeluar kata-kata kesat, kecaman & ancaman?

Khatamkah tarbiah Rasulullah pada kita dengan hanya berkobar-kobar bersikap 'defensif' berapi melulu tanpa pendekatan 'ofensif' yang bersalut hikmah dan menyampaikan?

Ta: Tenung & Renungilah

Jika nak dikira siapa bersalah, jawapannya: K.I.T.A

Dari pemerintah & pembangkang, hamba sendiri dan kita yang bergelar Muslim semuanya BERSALAH. Dakwah Hikmah masih belum terlunas haqnya kepada baik kafir zimmi mahupun harbi!

Siapa lebih Zalim & Iblis antara orang kafir yang buta kesesatan melibas dalam kegelapan mencari jalan dari terjatuh, dibandingkan orang Islam yang ditangannya Nur Kebenaran terang benderang tapi menyediakan lubang lahad untuk mereka jatuh tanpa panduan yang Haq? Tak perlu hamba sentuh berapa ramai dah kita Islamkan, cukup dengan berapa ramai yang kita dah beri kefahaman?

Islam di nusa kita sudah cukup lemah ditekan kawan & lawan. Hamba tetap bertegas kejadian tempohari & sebelumnya yang meruntun kedudukan Islam adalah diatur oleh PEMUKA AGAMA yang telah hamba terangkan sebelum ini.

Tentang Parti KeAdilan Rakyat yang memberi komen tidak seperti yang diharapkan oleh kita, hamba ambil itu sebagai komen sinis kepada diri hamba sendiri yang bergelar MUSLIM. Hamba terima kerana hamba sedari sebagai Muslim hamba belum cukup bagus berdakwah, hamba tidak berakhlak dengan akhlak Islam seperti yang hamba lolongkan selama ini iaitu 'najis dibalas bunga', hamba jua Khianat dalam menyampaikan amanah Rasulullah secara HIKMAH.

Kesimpulan Sementara Hari Ini

Tindakan segelintir saudara kita pada hari tersebut tidak salah & tidak juga betulnya.Seolah-olah Islam pula yang minoriti! Dalam kes ini, hamba berikan 4 konklusi sempit hamba:

1- Kerajaan Barisan Nasional pimpinan khalifah UMNO bersalah diatas letaknya tempat Islam didalam Perlembagaan tanpa sebarang pembelaan.

2- Muslim Malaysia wajib muhasabah diri masing-masing mulai sekarang.

3- Tunaikanlah haq Jihad Dakwah Hikmah sebelum Jihad Fisabilillah.

4- Berhati-hati dengan Pemuka Agama.

Wassalam...Selamat Malam.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-08-08 23:31


Pada 11-08-08 23:24 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum w.b.t & Selamat malam ukhwahian.

Peristiwa yang berlaku tempohari boleh disifatkan satu Pengajaran & Peringatan buat hamba & kita yang kononnya 'khalifah' dimuka bumi Allah. Kerana apa? Mari kita telusuri perspektif tambahan dibawah:

Alif: Apa Yang Kita Ketahui Tentang Forum Tersebut?

Hamba lontarkan persoalan diatas kepada semua pejuang Islam di Ukhwah.com, tidak kira antum semua Muslim di pihak PAS, KeAdilan, UMNO, Hizb'ut Tahrir, GPMS, ABIM, PEKIDA, GABIM, PPIM, Tabligh, Salafi, Wahabi, PSSGM, tentera-tentera Fisabilillah bawah tanah & yang syahadahnya Lailahaillallah Muhammadarrasulullah.

Demi Allah Yang Maha Mengetahui, tahukah kita apa yang diperbincangkan oleh golongan kafir forum tersebut? Tahukah kita butir maklumatnya secara lengkap? Atas dasar apa mereka bermukim di baca pada pagi tesebut? Adakah KITA sendiri hadir dalam forum tersebut?

Demi Allah Yang Maha Menciptakan Manusia sebagai semolek-molek kejadian, ada atau tidak dipihak kita yang secara sukarela tanpa dijemput bertegas untuk hadir atas nama dakwah bagi mewakili Islam dalam forum tersebut ditempat pertama?

Ba: Bagaimana Tindakbalas Kita?

Demi Allah Yang Maha Agung, tidak layak hatta mencium bau syurga andai tiada sekelumit pun dihati kecil kita jika tidak Menentang perancangan Musuh-musuh Allah, tapi adakah cukup syarat kita menjejakkan kaki kita yang kotor dan hina ini ke pintu Jannah Allah s.w.t andai haq Dakwah tidak kita sempurnakan?

Terlepas kah kita dengan sekadar jerit pekik, berhimpun, merendahkan darjat Islam dengan mengeluar kata-kata kesat, kecaman & ancaman?

Khatamkah tarbiah Rasulullah pada kita dengan hanya berkobar-kobar bersikap 'defensif' berapi melulu tanpa pendekatan 'ofensif' yang bersalut hikmah dan menyampaikan?

Ta: Tenung & Renungilah

Jika nak dikira siapa bersalah, jawapannya: K.I.T.A

Dari pemerintah & pembangkang, hamba sendiri dan kita yang bergelar Muslim semuanya BERSALAH. Dakwah Hikmah masih belum terlunas haqnya kepada baik kafir zimmi mahupun harbi!

Siapa lebih Zalim & Iblis antara orang kafir yang buta kesesatan melibas dalam kegelapan mencari jalan dari terjatuh, dibandingkan orang Islam yang ditangannya Nur Kebenaran terang benderang tapi menyediakan lubang lahad untuk mereka jatuh tanpa panduan yang Haq? Tak perlu hamba sentuh berapa ramai dah kita Islamkan, cukup dengan berapa ramai yang kita dah beri kefahaman?

Islam di nusa kita sudah cukup lemah ditekan kawan & lawan. Hamba tetap bertegas kejadian tempohari & sebelumnya yang meruntun kedudukan Islam adalah diatur oleh PEMUKA AGAMA yang telah hamba terangkan sebelum ini.

Tentang Parti KeAdilan Rakyat yang memberi komen tidak seperti yang diharapkan oleh kita, hamba ambil itu sebagai komen sinis kepada diri hamba sendiri yang bergelar MUSLIM. Hamba terima kerana hamba sedari sebagai Muslim hamba belum cukup bagus berdakwah, hamba tidak berakhlak dengan akhlak Islam seperti yang hamba lolongkan selama ini iaitu 'najis dibalas bunga', hamba jua Khianat dalam menyampaikan amanah Rasulullah secara HIKMAH.

Kesimpulan Sementara Hari Ini

Tindakan segelintir saudara kita pada hari tersebut tidak salah & tidak juga betulnya.Seolah-olah Islam pula yang minoriti! Dalam kes ini, hamba berikan 4 konklusi sempit hamba:

1- Kerajaan Barisan Nasional pimpinan khalifah UMNO bersalah diatas letaknya tempat Islam didalam Perlembagaan tanpa sebarang pembelaan.

2- Muslim Malaysia wajib muhasabah diri masing-masing mulai sekarang.

3- Tunaikanlah haq Jihad Dakwah Hikmah sebelum Jihad Fisabilillah.

4- Berhati-hati dengan Pemuka Agama.

Wassalam...Selamat Malam.





saya amat tertarik dengan artikel yang di post oleh laskar Allah ni.saya memang nak belajar cara nak tulis artikel macam ni selalunya saya selalu membaca.maklumlah saya ni nak mula dari bawah lagi.harap-harap dapat ajar saya ya?.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 11-08-08 23:37


Akhi rashdin, hamba tiada juaranya dalam penulisan... Semuanya adalah ilmu & keizinan Allah jua adanya... Wallahualam.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 12-08-08 00:00


Pada 11-08-08 23:37 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Akhi rashdin, hamba tiada juaranya dalam penulisan... Semuanya adalah ilmu & keizinan Allah jua adanya... Wallahualam.





tak apa.kurang2nya anda dapat menulis dari saya ni masih belajar lagi nak menulis macam tu ;-)


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128428 saat. Lajunya....