Oleh |
Sasterawan Negara S.Othman Kelantan kembali |
zaidakhtar
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool
|
Posting pada: 31-07-08 11:05
Sasterawan Negara yang ke-9, S.Othman Kelantan, 69, meninggal dunia tengah malam tadi di Hospital Serdang. Arwah yang diserang sakit jantung, paru-paru berair dan tekanan darah rendah akan dikebumikan tanah perkuburan di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi pada jam 11.30 pagi ini. Arwah yang pernah menulis novel "Juara" dan diadaptasikan oleh U-Wei Shaari kepada filem "Jogho" adalah tokoh yang memperjuangan sastera dan bahasa Melayu sejak dari zaman mudanya." Dalam ucapan penerimaan Anugerah Sastera Negaranya pada 2003, arwah dengan berani menegaskan betapa PPSMI perlu dikembalikan ke dalam bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu. Al-Fatihah! ----------------- Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 31-07-08 11:21
Bidang kesusasteraan Malaysia dan serantau kehilangan permata yang indah dan sangat mahal..salam takziah..=( Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham..=(
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 31-07-08 12:09
salam takziah... moga rohnya dicucuri rahmat..amin... innalillahi wa inna ilaihiraji'un..
|