Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 12-08-2022 |
|
Pengetahuan Am
|
Moderator: Administrator, syemarly |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | mari kita lihat balasan Allah kepada para konspirator 1998 |
---|---|
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan.rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas.
Lihat senarai mereka yang telah diadili. Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya? Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara. Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji. Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman! Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya. Ya, hanya āperkara yang baikā akan menemui mereka yang melakukan ākebaikanā kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal. Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi ājalan keluarā yang mudah. Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian. Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian? Hamzah diperintah bayar RM11.206 juta Pada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta. Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta. Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah. āTuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.ā āTuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun,ā katanya lagi. Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi. Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000. Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200. Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad. Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit. āDengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.ā āTetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti,ā katanya. Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya. āMutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah.ā āBagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak di rumah,ā katanya. renung2kanlah p/s---->yang di bold kan tu adalah nama mereka-mereka yang terlibat dan balasan Allah ke atas mereka.Allah bagi balasan bukan sahaja cash di dunia tapi sampai akhirat jua. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
sayatetapsaya ![]() |
![]() ![]() sekali lagi, saya merasa ini bukanlah kerja kita untuk menghighlightkan kesalahan orang²..walalupun mereka nyata salah...lagi, menghighlightkan nama mereka kepada khalayak..ini bukan tugas kita..bukan..cubalah baca Jalan Dakwah karangan Mustapha Mahsyur...jika ini yang kita rasakan sebagai cara kita mahu orang lain mendekati Islam, lupakanlah..mereka akan lari lebih jauh... walaupun mereka jahat mana sekalipun, itu urusan mereka dengan orang lain, bukan dengan kita...tugas kita, muhasabah diri kita..ada tak kita bersifat dengan sifat sebegitu, yang buruk lagi keji...kemudian, tugas kita ialah mengislahkan yang lain..pembaikan diri..dan pembaikan diri bukan usaha seperti ini..jangan..jangan wahai saudaraku... ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
ia adalah supaya kita ambil iktibar di atas apa yang terjadi.ramai yang lupa tentang ini dan bukan berniat nak buka keaiban orang tapi supaya kita sedar yang DIA akan menolong orang teraniaya.
|
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
hmmmm...
kalau macam tu lah..dalam al-quran tak payah lah kesahkan cerita firaun sebab ia mengaibkan firaun... ini semuanay soal iman jika kita ambil semua itu atas dasar muhasabah dan peringatan ambillah...sesiapa yang tak nak ambil peringatan terpulanglah.... |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-07-08 01:00 , muslimin23 posting:
!!! QUOTE !!! hmmmm... dan tak payah jua ceritakan kisah abu lahab dan abu jahal sebab ia juga boleh datangkan aib kan tak begitu?. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
zam_rizal ![]() ![]() |
![]()
Bagus info ni...kalau tak ada posting ni, sampai bila-bila pun tak tahu apa yang terjadi pada mereka...Nak tahu, info ni dapat dr mana ek? nak tahu pasal kesahihannye saja...
memng dalam Islam dilarang sama sekali menyebarkan atau memceritakan tentang aib seseorang. Tetapi jika NAWAITU menceritakan tentang kisah seseorang untuk dijadikan pengajaran dan bukan bertujuan untuk memburukkan diri si anu tu, ianya masih dikira boleh. Tapi seeloknya usahlah dinyatakan nama si anu tu. Cukuplah sekadr mnyatakan secara umum sahaja, bukan scara spesifik. Untuk kisah abu lahab, abu jahal dengan firaun tu lain sebab kisah mereka memang sudah tercatat di dalam al Quran... apapun, thanks again for this info ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
jika kutuk orang yang alim dan baik memanglah haram tapi yang nama2 di atas adalah yang jelas terlibat dalam berkomplot.
|
alwalid ![]() ![]() |
![]()
kesimpulannya.................
byat baik dibalas baik, buat jahat, kalau manusia tak balas, Allah itu Maha Adil Lagi Bijaksana takkan terlepas walau satu dosa pun.............. |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-07-08 11:35 , alwalid posting:
!!! QUOTE !!! kesimpulannya................. nak tambah sikit lagi alangkah bertuahnya jika mereka semasa hidup sempat meminta maaf kepada DSAI dan dihukum di dunia lagi sekurang2nya ringanlah dosa atau pun terhapus terus dosa sejak di dunia ini tapi malangnya semua tak sempat pun meminta maaf dan dihukum di dunia.antaranya ialah datuk khalid jafri penulis 50 dalil anwar tak boleh jadi PM.hingga hujung hayat dan nafas pun masih tak meminta maaf kepada DSAI hingga kaki terpaksa dipotong dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan kena bayar ganti rugi saman kepada DSAI. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
marul ![]() ![]() |
![]()
masa hidup ni lah kita nak banyakkan amal...kurangkan buat dosa....hmmm...masing-masing posting semuanya ada kebenarannya...ambil lah iktibar....
kalau tak pasti sesuatu perkara itu benda betul atau salah..kaji lah ia...jangan menyokong atau menolak bulat2...yang penting jangan bersubahat dan menfitnah org tak berdosa...ikut hukum syarak...senang.. agama islam itu kan lengkap.Kenapa nak ditolak2...alasan yang diberi,tak sesuai dengan pentadbiran negara...Rasulullah dulu masa sebarkan islam tak pernah baginda berkata agama islam tak sesuai untuk zaman tu. kita sekarang hanya teruskan perjuangan Rasul...tu pun ramai yang tolak... marah ni... |
mukmin0904 ![]() ![]() |
![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
ramai yang belum tahu lagi nasib mereka-mereka ni.mungkin sengaja ditutup agaknya takut nanti terbongkar rahsia.
|
iman_amal ![]() |
![]()
Pada 30-07-08 15:00 , sayatetapsaya posting:
!!! QUOTE !!!
assalamualaikum, pada pendapat saya , saya bersetuju dengan kata-kata saudara ini.. Bagi saya, tak elok kita menyebut NAMA seseorang dalam menunjukkan kesalahannya...Boleh jika ingin mengambil pelajaran tetapi jangan sebut NAMA nya..kalau pun , empunya diri tak baca...mungkin anaknya, mak ayah nya, saudaranya...terasa hati bila membacanya..Kesimpulannya, sukakah kita jika nama kita ditulis dalam laman web bicara agama/muslim/muslimah dan ditulis kesalahan kita...? Ingat..kita manusia yang bukan maksum..pasti ada kesalahan kita...yang bersalah, adalah kerana mengikut nafsunya..biarlah Allah sahaja yang membalasnya...sambil itu doakan agar mereka diberi petunjuk sebagaimana Allah memberi kita petunjuk... jangan pertikaikan apa yang tertulis dalam Al-Quran..itu adalah Kalam Allah..Allah Maha Mengetahui...dan Allah berhak terhadap apa jua ciptaanNya..Kita ini makhluknya... yang penting, jangan buka aib orang..takut-takut nanti, Allah buka aib kita pula.. Macam sekarang ni, mungkin ada saudara kita di luar sana tak tahu kesalahan seseorang, tetapi apabila membaca posting ini, secara tak langsung, dia dah tahu kesalahan si dia...Kan dah buka aib org tu.... Bukan untuk membela sesiapa..tapi saya pasti...setiap sesuatu, ada yang tersurat... wallahu'alam... p/s:pastikan diri tak pernah buat dosa dulu..sebelum bicara dosa org lain... |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
seperti yang saya cakap tadi sunat kita mengutuk orang yang membuat kemungkaran dan nama2 diatas telah memainkan peranan dalam konspirasi 1998 dan salah seorang yang terlibat pernah dimasukkan di hospital mak cik saya dan mak cik saya menceritakan keadaan mereka kepada ibu saya betapa terseksanya mereka selepas itu
kalau macam tu Kenapa pula sikap firaun,haman,abu lahab semua tu diceritakan di dalam kitab suci Al Quran?.bukankah it pun mengaibkan mereka juga?. |
sirat82 ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-07-08 19:07 , iman_amal posting:
!!! QUOTE !!!
ps:- hadis bab jangan buka keaiban muslim lain ada. Boleh rujuk kitab bahrul mazi - syarah tarmizi ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman |
Ulfah_AzZahra ![]() ![]() |
![]()
Salam buat semua:-
Maaf sekiranya saya mencelah, kalau nak pakai Al-Quran dan Hadis saya tek berapa pandai. Balasan Allah Taala yang dibicarakan ini telah terbuka kepada orang ramai. Semua orang tahu balasan ini. Jadi tak timbullah isu nak buka aib orang..... lainlah cerita si Minah tu memang suka mengumpat lalu meninggal, mayatnya hitam legam jadi arang. Itu lainlah cerita.. Pengajaran dari kisah ni, jangan kita menzalimi maruah orang, bukan setakat Malaysia malah satu Dunia tahu bagaimana seorang manusia difitnah ketika dulu. Habis satu bumi ni dicalit dengan fitnah yang jijik ni. Akhirnya balasannya adalah sangat besar jadi ambillah iktibar dari kisah ni...... |
mas_ayu ![]() ![]() |
![]()
Pada 30-07-08 15:00 , sayatetapsaya posting:
!!! QUOTE !!!
saya setuju.... macam dah tak ada cerita lain dah nak posting kat sini.... agaknya saudara rashdin ni memang suka menceritakan keburukan org lain... ![]() ![]() ![]() ----------------- http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com |
naruto-san ![]() |
![]()
Pada 31-07-08 01:48 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 31-07-08 01:00 , muslimin23 posting: naruto-san sangat-sangat bersetuju dengan 2 kenyataan kat atas....ianya sebagai iktibar, pedoman buat semua pihak.....apa gunanya al-Quran menceritakan cerite2 tentang kezaliman & kejahilan umat2 terdahulu??....adakah untuk mengaibkan umat2 terdahulu???....sila fikir sejenak. tapi malang sekali apabila ramai umat Islam tidak berfikiran sedemikian....apabila seseorang menghighlightkan sesuatu kisah untuk iktibar....umat Islam menganggapnya sebagai mengaibkan si polan si polan....contohnya jelas boleh dilihat dalam topic ini sendiri.....beberapa orang masih bersikap "takut takut" disebabkan ramai antara umat Islam berfikiran seperti di atas....dikatakan mengaibkan orang lah....dibayangi ketakutan jika dipanggil jaga tepi kain orang lah....berpendapat cegah kemungkaran dalam hati sahaja, tidak dengan tangan....menganggap hang jebat penderhaka tapi menganggap hang tuah hero.....semuanya ini menyebabkan masyarakat Islam semakin bacul & takut nak tegak & zahirkan kebenaran.....menyebabkan penfitnah seperti saiful berani muncul tanpa malu2 dalam masyarakat. ya....sedarlah semua......disebabkan sikap masyarakat Islam malaysia macam kat atas menyebabkan orang2 seperti saiful muncul. p/s: anda yang masih bersikap & berfikiran "takut-takut" seperti di atas....sila2 lah muhasabah ![]() ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.php http://www.alwahy.com/ |
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-08-08 13:40 , mas_ayu posting:
!!! QUOTE !!! Pada 30-07-08 15:00 , sayatetapsaya posting: kalau tak mahau ambil iktibar janganlah disalah kan orang yang memberi ifo ini..sesungguhnya saya memang tak tahu apa yang terjadi kepada mereka sehinggalah rashdin post kan pengahtahuan ini..saya ambilnya sebagai iktibar dan peringatan kepada saya..itu yang penting..hukum tuhan itu adalah urusan tuhan..menghukum itu Allah..kita yang hidup ambillah iktibar..itu sahaja..semoga orang2 yang menginaya umat lain bila terbaca info ini moga-moga dia bertaubat..itu yang diharapkan dan tidak lebih dari itu.. |
Ulfah_AzZahra ![]() ![]() |
![]()
Salam buat semua:-
Saya ambil sebahagian dari artikel ini dari naunganalquran.blogspot.com untuk pengetahuan ahli-ahli forum semua..... Apatah lagi fitnah ini berulang lagi, malah tiada takut dengan balasan Allah Taala. Fikirkanlah............ "Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam. Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut 1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras. 2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran. 3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?" 4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya. 5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum. 6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai." Harus diingatkan lagi fitnah ini telah berulang sekarang......balasan dari Allah Taala ini telah memberi peringatan kepada kita semua. |
comel ![]() |
![]()
Saya bersetuju dengan kata-kata saudara " sayatetapsaya". Siapalah kita untuk menghukum dan menilai orang. Apa yang lebih utama adalah menjadikan manusia lain tauladan bagi yang bersikap baik dan sempadan bagi sikap yang buruk.
Sentiasalah beringat, biar tiada siapa yang tahu tapi Allah Maha tahu. |
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-08-08 16:00 , comel posting:
!!! QUOTE !!! Saya bersetuju dengan kata-kata saudara " sayatetapsaya". Siapalah kita untuk menghukum dan menilai orang. Apa yang lebih utama adalah menjadikan manusia lain tauladan bagi yang bersikap baik dan sempadan bagi sikap yang buruk. siapa yang menghukum dan siapa yang menilai...penilaian seseorang individu berlainan dengan individy yang lain...yang penting itu ialah tujuan dan niat... |
emarn_boy ![]() ![]() |
![]()
persoalannya bukan masalah mengaibkan atau tidak. cuba sahabat2 tengok, ada sesiapa yang baca harakah? utusan? atau suratkhabar lain-lain? lebih banyak dan lebih besar perkara yang diceritakan disitu. adakah itu dianggap mengaibkan? menunjukkan kesalahan orang? tetapi tu semua sebagai 'peringatan' bukan didasari atas alasan ingin manjatuhkan imej ataupun tidak. kita yang sudah matang ini jangan melihat sudut itu terlalu sempit. cuba sahabat2 nilai, dari info yang 'rashdin' sampaikan, sahabat dapat pengajaran apa? lihat kepada apa yang disampaikan. tak perlu hujum mana-mana pihak. lihat ucapan terakhir rashdin 'renung2kanlah'
-minta maaf semua- |
sayatetapsaya ![]() |
![]() ![]() maaflah, jadi bertelagah pula halnya..dalam hal ini...mungkin saya yang kurang arif...tapi, saya tak pernah takut jika mereka tu memang melakukan kemungkaran..saya tak takut dengan manusia, insyaAllah... ok, mari kita lihat bebaik ye...yang Allah sebut dalam al-Quran itu, mereka itu Islamkah?Firaun, Haman, Abu Lahab...adakah mereka Islam ye?bukankah mereka memang kafir..sedang dalam kes ni mereka yang disebutkan masih Islam...??kalau Mustafa Kamal Attartuk tu, dia memang telah nyata..dan nyata dalam menentang Islam..jadi, saya tak kisah jika kisah ia dibongkarkan.. lagi, jika nama mereka tidak dihighlightkan pun...tak boleh ke kita mengambil iktibar dan sempadan daripada apa yang telah berlaku??ataupun mesti tahu nama baru boleh ambil iktibar...?macam tu? ketiga, benarkah kita tak timbul perkara yang negatif dalam fikiran apabila terbukanya iab Muslim lain seperti ini?diri kita ni memang boleh berfikir positif jeq ke?jika tanya diri saya, saya akan kata tidak..once di'umum'kan nama, mesti akan timbul pandangan serong saya terhadap orang tersebut, sehingga kadang² ia mampu memberi kesan, andai orang itu ingin/telah menjadi baik, kisah² lamanya pasti akan sedikit sebanyak menyebabkan saya memandang sedikit serong..antum mampukah membebaskan diri seratus peratus daripada perasaan tu??dan betul² hanya membenci sifat buruk orang tersebut?? bolehkah...? saya tak mampu... P/S : saya faham niat Rashdin..tapi, Kenapa mesti boldkan..nama individu..jika tak ada nama individu, tak boleh direnungkan ye.. ![]() |
ana_saleh ![]() ![]() |
![]()
betul buat sayatetapsaya. Bagi saya mereka yang bersalah semua adalah ketentuan ALLAH. dan ana menyokong. Bagaimana jika orang lain pula mendedahkan aib DSAI? adakah Rashdin terus menolak atau kamu terus mempercayai sebagaimana tulisan orang itu? Fikirkan jangan terlalu beremosi,
Mengapa kamu mengatakan setiap orang yang berkonspirasi yang dilaporkan tentang DSAI itu fitnah.? Dan setiap perbuatan buruk pihak yang menentang DSAI itu adalah betul? Alangkah besarnya dosa mempercayai fitnah dan menyebarkan. |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-08-08 14:37 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! Pada 31-07-08 01:48 , Rashdin posting: sokong naruto san juga.saya tak kata DSAI tu maksum 100%.cuba fikirkan sedangkan TGNA,TGHA dan Allahyarham DFN(dato' fadzil noor) pun tahu DSAI dianiyai dan mereka ni lah yang datang selamatkan DSAI dari terus dianiaya?mereka boleh saja biarkan DSAI terus dihina tapi mereka tak sanggup pun buat begitu Kenapa? sunat untuk kita mengutuk mereka-mereka yang zalim dan bersubahat dengan orang yang zalim.di dunia Allah dah tunjuk,dan salah seorang perancang konspirasi ni masuk dalam hospital di mana mak cik saya bekerja dan diakui sendiri oleh mak cik saya.ada yang terjerit2lah sampai jadi gila meroyan pun ada. dan kebanyakan orang yang saya tengok disini apa perlu mempertahankan oirang yang terbukti terlibat dalam konspirasi 1998 ini?.saya sendiri tak akan melindungi mereka waima siapa pun dia ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin ![]() ![]() |
![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Bersabarlah akhi rashdin.Sudah ditakdirkan Allah s.w.t bahawa Ubat & Kebenaran adalah 2 perkara yang pahit untuk manusia..
Teruskan berjuang! Yang penting nawaitu tuan hamba. Orang Islam berjenama MeLAYU sesungguhnya DNA kita telah lama dipatenkan 'ketakutan, kepatuhan membuta pekak, sikap tak mengapa' dan sebagainya. Generasi abad inilah yang wajib menghapus dogma & sindrom tersebut! ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 03-08-08 22:24 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Bersabarlah akhi rashdin.Sudah ditakdirkan Allah s.w.t bahawa Ubat & Kebenaran adalah 2 perkara yang pahit untuk manusia.. tak apa,saya faham dan ini memang mentaliti orang2 kita.kawan-kawan saya di luar negara semua tertawakan kita kerana kerasnya hati sesetengah masyarakat kita untuk menerima kebenaran ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
naruto-san ![]() |
![]()
Pada 03-08-08 22:24 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Bersabarlah akhi rashdin.Sudah ditakdirkan Allah s.w.t bahawa Ubat & Kebenaran adalah 2 perkara yang pahit untuk manusia.. betul itu Laskar_Allah....sikap orang melayu yang tak releven....tak mahu digelar jaga tepi kain orang.....anggap hang jebat penderhaka hang tuah hero (kepatuhan membuta pekak).....anggap kubur asing2.....suka kipas & cium tangan pemimpin zalim. kita generasi melayu-Islam kini perlu buang sikap2 mengarut ini. p/s: hang jebat bukan penderhaka tetapi hero.....hang jebat mengajar kita tentang keberanian menentang kejahatan & kemungkaran....sebaliknya hang tuah mengajar kita menjadi pak turut tak bertempat, hang tuah mengajar kita menjadi bacul. ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.php http://www.alwahy.com/ |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
hmm,saya pun selama ni tak tahu yang hang tuah ni penakut.selepas naruto cakap barulah saya tahu yang tuah ni penakut rupanya.
|
muhamad_azrul86 ![]() ![]() |
![]()
SEMUANYA ADALAH SEBAGAI PENGAJARAN DAN TELADAN BAGI YANG MASIH MELAKUKAN KESALAHAN DAN KEMUNGKARAN...
BUAT BAIK DIBALAS BAIK. BUAT JAHAT DIBALAS JUA.. |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
betul tu.sedih juga dan tidak faham Kenapa perlu melindungi orang2 yang terlibat dan bersekongkol dalam kezaliman dan konspirasi
|
lading21 ![]() |
![]()
Pada 04-08-08 07:42 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! Pada 03-08-08 22:24 , Laskar_Allah posting: tuan hamba pasti dengan apa yang tuan hamba "pegang" tentang hang tuah dan hang jebat ni?...pernah terfikir Kenapa tuah sgup mbunuh jebat,sahabatnyer?pernah terfikir apa yang telah jebat lakukan?...saya bukan pemuja tuah tapi tiap-tiap perbuatan ada sebab dan akibatnya... |
lading21 ![]() |
![]()
Pada 03-08-08 22:24 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Bersabarlah akhi rashdin.Sudah ditakdirkan Allah s.w.t bahawa Ubat & Kebenaran adalah 2 perkara yang pahit untuk manusia.. Emmmm.....sedara memang macam ni ke?...... ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
sedih juga dan tidak faham Kenapa perlu melindungi orang2 yang terlibat dan bersekongkol dalam kezaliman dan konspirasi
|
lading21 ![]() |
![]()
Pada 03-08-08 01:52 , ana_saleh posting:
!!! QUOTE !!! betul buat sayatetapsaya. Bagi saya mereka yang bersalah semua adalah ketentuan ALLAH. dan ana menyokong. Bagaimana jika orang lain pula mendedahkan aib DSAI? adakah Rashdin terus menolak atau kamu terus mempercayai sebagaimana tulisan orang itu? Fikirkan jangan terlalu beremosi, saya menyokong 100 %......mungkin inilah golongan-golongan Islam yang berjenama Melayu macam yang dikatakan huhuhu.... |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
saya tak kata DSAI tu maksum 100%.cuba fikirkan sedangkan TGNA,TGHA dan Allahyarham DFN(dato' fadzil noor) pun tahu DSAI dianiyai dan mereka ni lah yang datang selamatkan DSAI dari terus dianiaya?.mereka boleh saja biarkan DSAI terus dihina tapi mereka tak sanggup pun buat begitu Kenapa?
sunat untuk kita mengutuk mereka-mereka yang zalim dan bersubahat dengan orang yang zalim.di dunia Allah dah tunjuk,dan salah seorang perancang konspirasi ni masuk dalam hospital di mana mak cik saya bekerja dan diakui sendiri oleh mak cik saya.ada yang terjerit2lah sampai jadi gila meroyan pun ada. dan kebanyakan orang yang saya tengok disini apa perlu mempertahankan orang yang terbukti terlibat dalam konspirasi 1998 ini?.saya sendiri tak akan melindungi mereka waima siapa pun dia |
Ulfah_AzZahra ![]() ![]() |
![]()
Salam buat semua:-
Hai! tak sudah-sudah lagi......cukuplah tu....kita patut insaf apa yang berlaku..... Cuba kita renung kembali dengan ayat Al-Quran:- Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" (Surah An-Nur:3) Sebab itulah kebanyakan negara yang mengambil hukum hudud banyak melakukan hukuman ini di hadapan khalayak ramai supaya orang ramai mudah mengenal orang ini yang dikatakan fasik. Maksudnya, orang ramai akan kenal pesalah ini untuk tidak diterima lagi persaksiannya . Sekiranya, mereka sudah bertaubat mereka seharusnya mengistiharkan apa yang mereka tuduh tersebut adalah tidak benar, kerana untuk membersihkan diri mereka dari gelaran fasik tersebut. Mereka seharusnya berbuat demikian untuk membersihkan maruah mereka. Perbetulkan saya sekiranya ada yang tersilap dalam hukum hudud ni..... Masalahnya, apa yang berlaku sekarang ni, hukum hudud tidak terlaksana dalam politik kita....Jadi saya pun tak mahu komen tentang balasan Allah Taala ni kerana saya pun dah banyak beri komen. Sayang sekali, kita sibuk mengatakan itu fitnah, ini fitnah tetapi kita lalai dengan hukum hudud yang wajib kita perjuangkan. Hasilnya inilah jadi......berbalah pendapat.. Marilah kita renung hadis ni:- Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Apabila engkau lihat akan kebakhilan yang dipatuhi dan hawa nafsu yang diikuti dan keujuban setiap orang yang berpendapat dengan pendapatnya sendiri, maka wajiblah engkau menjaga diri." (Dari Abu Daud, Tirmidzi & Ibnu Majah) |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-08-08 14:10 , lading21 posting:
!!! QUOTE !!! Emmmm.....sedara memang macam ni ke?...... Apa yang saudara maksudkan dengan pernyataan diatas? Baiklah, jika tidak bersetuju pun dengan hamba dan yang lain-lain tidak mengapa... Moga Allah jua menunjukkan lorong yang lurus buat kita semua...Amin. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-08-08 18:12 , Ulfah_AzZahra posting:
!!! QUOTE !!! Salam buat semua:- kadang-kadang susah juga nak memahamkan mereka-mereka yang masih tidak faham atau sengaja tegakkan benang basah ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
alangkah bertuahnya jika mereka semasa hidup sempat meminta maaf kepada DSAI dan dihukum di dunia lagi sekurang2nya ringanlah dosa atau pun terhapus terus dosa sejak di dunia ini tapi malangnya semua tak sempat pun meminta maaf dan dihukum di dunia.antaranya ialah datuk khalid jafri penulis 50 dalil anwar tak boleh jadi PM.hingga hujung hayat dan nafas pun masih tak meminta maaf kepada DSAI hingga kaki terpaksa dipotong dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan kena bayar ganti rugi saman kepada DSAI.
saya disini bukan nak highlight salah siapa2 pun cuma nak kita ambil iktibar dari mereka-mereka yang terlibat dalam konspirasi 1998 sudah pun mendapat "habuan" mereka kerana kebejatan dan penglibatan mereka bersekongkol. |
lading21 ![]() |
![]()
Pada 04-08-08 18:33 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-08-08 14:10 , lading21 posting: Maksud saya kenyataan sedara tentang "org Islam yang berjenama Melayu" dan "DNA yang dipatenkan..."...persoalannya,adakah betul apa yang sedara nilaikan ini?dan adakah sedara pun termasuk dalam golongan ini juga? |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]()
yaa betul tu.sunat kita kutuk mereka-mereka yang berkonspirator.macam ada orang cakap lah,kita patut tengok apa yang disampaikan.jadi mesti lah dia dah kaji dalil apa benda semua.semua-semua yang berkonspirator ni semuanya berdosa.kalau sunat hukum dia dapat pahala kan.mesti dia dah kaji dalam memana kitab ni.tu pasal dah boleh berhukum sunat.DSAI ni kan seorang yang mulia.dah tentulah sesiapa yang nak buat jahat kat dia dapat balasan.dia kan ada kasyaf peringkat tertinggi.sebab tu dia tau ada orang nak bunuh dia sampai lari ke kedutaan turki.kena suntik dengan arsenik ataupun HIV pun still boleh sihat walafiat lagi.hebatnya DSAI ni.....
yang dok kutuk DSAI ni pasai apa.dia kan manusia mulia.tak baik oo kutuk dia.ramai pakat sokong dia hatta di luar negara pun.dalam lambang parti keadilan tu,nampak lambang satu mata saja.kat luar ada geng illuminati,kat malaysia ada lambang satu mata keadilan.orang yahudi yang mencipta penyataan keadilan untuk semua kaum pun tau hukum sunnahtullah yang setiap ciptaan Allah takkan boleh untuk diberi hak sama rata.hatta rumput pun tak minta kepada Allah supaya dia tinggi macam pokok di hutan.senang sikit supaya manusia tak pijak.patutnya biar lah rumput sama tinggi dengan pokok,baru lah sama rata dan penuh keadilan.yahudi gelak saja tengok manusia lain semuanya terpengaruh.hak sama rata,kebebasan media,hak perempuan dan bermacam lagi.senang lah mereka menguasai negara tersebut.setelah banyak negara tumbang institusi ke-raja-annya,yang tinggal hanyalah beberapa kerat negara saja seperti british,Malaysia,Jepun dan segelintir. kekadang hairan,bila pergi negara luar seperti Australia dan British,terus dipuji pasal negara tersebut maju,moden,bersih dan bermacam-macam lagi lah.ingat negara-negara tersebut terus maju sekelip mata ke.bila Malaysia nak menuju seperti ke arah negara tersebut,terus dikutuk,dicaci dan sebagainya.tak tegakkan undang-undang Islam,industri proton membazir lah,KLCC dan KLIA semuanya pakat membazir belaka.bila pergi negara luar,takmau pula tuntut suruh tegakkan undang-undang Islam ataupun cakap membazir sebarang perkara yang dibuat.pergi Mesir Kenapa takmau tuntut macam tu juga.kat Malaysia saja macam-macam kena.Singapore maju sebab "maharaja" lee kuan yew selalu saman parti politik lain yang buat tuduhan terhadap mereka.bila tak dapat bayar saman,ramai lah meringkuk dalam penjara.rasuah pun banyak juga sebelum singapore seperti sekarang.tapi disebabkan sistem pendidikan,maka sedikit demi sedikit kesedaran timbul.pakat-pakat lah kita kritik politik kata tu tak kena ni tak kena.kita yang tau "kerosakan" dalam politik Kenapa tak memberanikan diri untuk menceburi dalam bidang politik.tengok makcik apentah tu yang kat terengganu lepas,berani ambil risiko... ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
trouver2,Kenapa dengan anda ni?.dah terbukti yang DSAI tidak bersalah dalam konspirasi 1998 Kenapa anda macam merungut saja?.apa masalah dengan lambang PKR tu?.anda ke yang design lambang tu?.habis kalau bn tukar lambang jadi sama macam freemason tu macam mana pula ya?
|
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Dari Muāadz Bin Jabal .a: āAku telah mendengar Rasullulah SAW bersabda: āTakutlah kepada doa orang-orang teraniaya kerana doa mereka adalah yang paling mustajab. Sesungguhnya tidak ada hijab antara doa mereka dan Allah SWT.ā
|
irashahirah ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-08-08 07:42 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! Pada 03-08-08 22:24 , Laskar_Allah posting: tak elok lah cakap macam ini niat "saya tetap saya' tu baik... tapi jangan lah pertikai pendirian dia... masing-masing ada prinsip.. so hormati saja lah prinsip org lain.. ini dah sampai melalut2 sikap org melayu tak relevan lah... lagi tak relevan saya tengok... bagi saya... umpamakan nama2 orang yang disebut tu org yang terdkt dengan kita.. sama ada ayah kita...adik beradik kita... terusik tak hati kita.. manusia tak lepas dr kesalahan.. tapi tak setujulah secara terang-terang terangan aibkan seseorang tu... tak elok.. apa perasaan kita bila org buat kita seumpama itu.. tak ada siapa suka.. sdgkan Allah sendiri tak bagi buka aib diri sendiri.. ni kan lagi aib org lain... |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-08-08 23:09 , lading21 posting:
!!! QUOTE !!!
Sebab itu adanya pepatah 'kecantikan terletak pada mata yang memandang'...Pada pandangan hamba yang cetek ini itulah dilema orang Islam ber'cop' MeLAYU, jika saudara tak setuju atau tak faham atau terpaksa tak setuju tiada masalah bagi hamba. Masing-masing kita dikurniakan 2 belah otak untuk berfikir... Saudara bebas menilai hamba, tapi di akhirnya hanya Dia yang layak menilai kita... ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
sedangkan adik ummi hafilda iaitu azmin ali mengaku yang kakaknya tu dibuang oleh keluarga jadi rasanya tidak ada unsur terasa hati.
|
sayatetapsaya ![]() |
![]() ![]() tak mengapalah..saya rasa saya dah menjalankan tanggungjawab menegur rakan² saya..atas dasar apa yang saya fahami dalam dakwah ini..dan saya rasa tak adalah salah untuk kita sama² bercanggah pendapat..cuma jangan sampai dia mengganggu ukhwah kita..insyaAllah, atas ijtihad diri yang lemah..jika betul dapat dua pahala..jika salah dapat satu pahala...tak ada masalah... wallahua'lam.. |
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
Pada 06-08-08 17:33 , sayatetapsaya posting:
!!! QUOTE !!!
emm..ana sokong yang ni..walaupun apapun perbalahan dan percangahan kita adalah insan umat muhammat..dan jangan kerana ini kita bermusuhan.. |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
bukanlah niat untuk berbalah tapi sekadar untuk memberitahu supaya kita dapat merenung kepada perbuatan jahat yang dibuat akan dibalas juga dengan kejahatan.
|
naruto-san ![]() |
![]() |
hamnah_02 ![]() ![]() |
![]()
waduh!!
sahabat2 sekalian.. berkelahi pulak dah... apa-apa pun yang penting sekarang ni... yang baik jadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 07-08-08 11:17 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! ada sesiapa lagi lepas ini yang nak ikut jejak langkah azizan & saiful?? rasanya ramai lagi akan mengikuti mereka kerana wang dan habuan yang dijanjikan ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
sayatetapsaya ![]() |
![]()
Pada 07-08-08 11:17 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! ada sesiapa lagi lepas ini yang nak ikut jejak langkah azizan & saiful?? ![]() uhuk..ni kata² sinis kepada siapa ye... ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 07-08-08 16:03 , sayatetapsaya posting:
!!! QUOTE !!! Pada 07-08-08 11:17 , naruto-san posting: kepada siapa2 yang bersekongkol ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
iman_amal ![]() |
![]()
Pada 07-08-08 11:17 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! ada sesiapa lagi lepas ini yang nak ikut jejak langkah azizan & saiful?? kan lebih baik tanya soalan ni, ada sesiapa yang nak ikut jejak dia ni.. a) matanya melihat muslimat/muslimin tanpa meminta ampun pada TuhanNya b) tangannya digunakan untuk menaip @ menyindir @ mengejek perbuatan orang lain sedangkan dirinya belum confirm masuk syurga.... " Kenapa tak ikut contoh Nabi Muhammad saw...kisah siapakah yang lebih sedih berbanding Nabi kita dibaling batu ketika ingin menyampaikan dakwah di Taif. Baginda diejek, dibaling batu hingga Rasulullah luka dan berdarah, baginda sangat berdukacita keran kebenaran yang dibawa untuk menyelamatkan mereka daripada seksaan Allah di akhirat dibalas sedemikian rupa. Rasulullah SAW hanya berdoa yang maksudnya: Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui. Nabi Ayub diuji dengan penyakit sehingga tiada seorang pun sanggup di sisi termasuk isterinya...Doanya... "Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kurnia kepadaku dan mengambilnya kembali pada hari ini. DIAlah yang Maha Kuasa memberi kekayaan kepada sesiapa yang dikehendaki dan mengambilnya semula daripada sesiapa yang DIA suka. Kami sebagai hamba-hamba-NYA yang lemah seharusnya menerima qada' dan qadar ini walaupun kadang-kadang kami belum mengerti apa hikmah yang tersirat di sebalik setiap ujian."" |
Rashdin ![]() ![]() |
![]() |
sayatetapsaya ![]() |
![]()
Pada 07-08-08 16:44 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! bila hati sudah tertutup,istilah meminta ampun tu memang sah tidak akan ada di jiwanya. tapi ingatlah bahawa hidayah itu di tangan Allah...ingat tu..jangan sebarangan memandang orang lain hatta dia jahat mana sekalipun..ingat kisah Hindun buat Utbah..ingat kisah Ikrimah..ingat kisah Abu Suffian... ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
itu memanglah,tapi kena ingat.hidayah tu Allah punya dan Dia beri kepada orang yang Dia kehendaki saja.selebihnya tu bak kata nabil anda fikirlah sendiri.
|
sayatetapsaya ![]() |
![]() ![]() hm...disebabkan hidayah itu di tangan Allahlah saya mengatakan bahawa jangan..jangan sekali² memandang sesiapa dengan pandangan yang buruk..kerana Allah bisa memberi hidayahNya kepada sesiapa sahaja, dan yang patut kita geruni ialah..dia boleh menarik hidayah daripada sesiapa sahaja hatta daripada dalam diri kita ni..jadi, kita jugak jangan terlalu yakin bahawa kita mampu terus duduk dalam keadaan beriman seperti sekarang.. ![]() P/S : apa salahnya mendoakan kebaikan mereka..pohonkan keampunan buat mereka agar mereka bertaubat..agar mereka berubah..jika mereka jadi baik, bukankah itu lebih membahagiakan... ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
kepada mereka yang terlibat dalam konspirasi ini tidak sempat pun bertaubat kerana telah mendapat habuan tunai dari DIA
|
iman_amal ![]() |
![]()
Pada 07-08-08 17:01 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! itu memanglah,tapi kena ingat.hidayah tu Allah punya dan Dia beri kepada orang yang Dia kehendaki saja.selebihnya tu bak kata nabil anda fikirlah sendiri. betul tu..dan buat Rashdin, saya faham situasi anda...dengan keadaan makcik anda dan sebagainya..tetapi kita kena ingat , selagi kita masih hidup, kita akan terus diuji...sebagaimana dalam firmanNya; "Adakah cukup untuk manusia diakui beriman hanya dengan mengatakan: āKami telah berimanā, sebelum mereka diuji? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui siapa yang benar dan siapa yang berdusta." Surah al-Ankabut ayat 2 hingga 3 dan dalam ujian tu, Kalau kita bersabar..ganjaran Allah Maha Hebat...jangan risau...tak dapat di dunia, akhirat di sana menanti...dengan syarat kita BERSABAR... hari ini mungkin kita beriman, esok lusa belum tentu lagi....Ingat selalu kisah teladan yang telah disampaikan kepada kita. Atrnya, seorang yang sangat alim sewaktu hidupnya, tetapi akhir hidupnya, mati dalam kedaan untuk membuat maksiat tetapi ada seorang lagi, keadaan sebaliknya berlaku... Hari ini kita bercerita kesalahan orang, esok lusa org bercerita kisah kita pula.... |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
dan sebab itu nabi pernah bersabda takutlah kamu kepada orang yang teraniaya kerana doanya amat mustajab dan tiada hijab dengan Allah
|
lading21 ![]() |
![]()
Pada 05-08-08 20:26 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-08-08 23:09 , lading21 posting: ![]() |
lading21 ![]() |
![]()
Pada 07-08-08 11:17 , naruto-san posting:
!!! QUOTE !!! ada sesiapa lagi lepas ini yang nak ikut jejak langkah azizan & saiful?? Ait,Kenapa tanya ini??ada kosong lagi ke huhuhu ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 08-08-08 00:57 , lading21 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 07-08-08 11:17 , naruto-san posting: kekosongan sentiasa ada ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]()
eh eh..tiba-tiba tuduh orang merungut pula dah.sekarang lambang BN tu macam freemason ke?ataupun lambang siapa yang lebih dekat kepada "one eye".ooo jadinya tak boleh nak kritik PKR...tak mengapa,nanti kita huraikan pelan pelan bab protokol cendekiawan zionis terutamanya bernombor 433
![]() ![]() ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
aik?bila sebut saja logo pkr tiba-tiba ada kaitan dengan freemason?jadi mata kita ni bentuk macam tu jadi kita pun freemason.trouver2,better tanya kepa pembuat pkr tu nama dia syed hussein jika saya tak silap.balik belajar lagi ya
|
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
kepada touver
Bolehkah anda jelaskan penglibatan Tun dengan Heritage Foundation(sebuah organisasi conservative think tank) yang mempengaruhi pembentukan dasar kerajaan bush? Tun mendengar nasihat Heritage Foundation supaya membayar yahudi Jack Abramoff(seorang tukang lobi yang mempunyai hubungan rapat dengan administrasi bush) sebanyak USD$1.6juta/RM4.4 untuk megaturkan satu perjumpaan dengan president bush di oval office white house. Berita ini disiarkan diserata media2 dunia seperti AssociatedPress dan TheAge(Melbourne). |
shinfay_de ![]() ![]() |
![]()
Pada 10-08-08 15:16 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! kepada touver salam. ini salinan berita terbitan AP (Monday, February 20, 2006) !!! QUOTE !!! (02-20) 21:05 PST KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- baca para ini: !!! QUOTE !!! Mahathir said the Heritage Foundation believed hecould help "influence (Bush) in some way regarding U.S. policies." terjemahan: Mahathir berkata bahawa Yayasan Warisan (the Heritage Foundation) mempercayai bahawa beliau mampu membantu mempengaruhi (Bush) dalam cara tertentu berhubung polisi-polisi Amerika Syarikat. Gantinama yang digunakan di dalam ayat berkenaan adalah he yang sudah semestinya tidak merujuk kepada entiti yayasan tersebut. dalam artikel tersebut tak ada pula sebut yayasan menyarankan supaya pembayaran dibuat kepada pelobi berkenaan. kalau betul berlaku pembayaran berkenaan oleh orang yang disebutkan, Kenapa dalam siasatan terhadap pelobi berkenaan tak menyabitkan penglibatan individu yang disebutkan atau pihak kerajaan malaysia waktu itu? awak dah minta maaf ke dengan semua individu yang ada dalam list yang awak copy + paste berkaitan isu fitnah tentang kewujudan dana di entiti yang didakwa sebagai the israeli national bank, singapura yang sebenarnya tak wujud pun. dah buat semakan ke dengan persatuan bank-bank di singapura? alamat semua dah diberikan dulu. ----------------- I have my own id now.... ![]() |
lading21 ![]() |
![]()
Pada 10-08-08 02:12 , trouver_99 posting:
!!! QUOTE !!! eh eh..tiba-tiba tuduh orang merungut pula dah.sekarang lambang BN tu macam freemason ke?ataupun lambang siapa yang lebih dekat kepada "one eye".ooo jadinya tak boleh nak kritik PKR...tak mengapa,nanti kita huraikan pelan pelan bab protokol cendekiawan zionis terutamanya bernombor 433 ..tiap-tiap ada maksud dan cerita tersendiri..kl sesiapa kat sini yang tau dan mampu menghuraikan maksud di sebalik logo PKR,silakan....rasa lain macam saja PKR ni sekarang.... |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
ala kebetulan saja,better tanya kepa pembuat log pkr tu.tak silap saya nama dia syed hussein.anak sedara dia bagitahu saya.
|
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
apa-apa pun berbalik kepada topik.haa ada sesiapa lagi mahu ikut jejak langkah mereka-mereka di atas?.
|
sayatetapsaya ![]() |
![]()
Pada 13-08-08 10:10 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! apa-apa pun berbalik kepada topik.haa ada sesiapa lagi mahu ikut jejak langkah mereka-mereka di atas?. bukankah iman_amal dah bagi jawapan???Kenapa nak timbulkan soalan ni lagi?apa matlamat rashdin?boleh terangkan..niway..topik asal rashdin pun bukan berkenaan perkara ni kan?ke perasaan tak berpuas hati tu masih menggunung dalam hati? Rasulullah dibaling dengan batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah dan dikatakan berceracak bunyi sepatu Rasul kerana banyaknya darah yang berkumpul dalamnya..tapi Rasul menghalang Jibrail daripada menimpakan gunung ke atas penduduk Taif meskipun Rasul boleh buat begitu..bukankah Rasulullah tu orang yang paling dikasihi oleh Allah?bukankah Rasulullah teraniaya ketika itu?tapi Kenapa tak pula Rasulullah doakan dan minta yang buruk berlaku ke atas kaumnya?yang kita ni?itu belum lagi terjadi atas diri kita..kalau berlaku aas diri kita, tak tahulah..sifat lemah lembut dan bersabar dalam dakwah kita masih kurang..kena perbaiki.. ![]() cukuplah... |
syahidatul ![]() ![]() |
![]()
rasanya, cukup lah setakat ni.. buat saudara Rashdin, terima kasih sebab ingin memberi kesedaran kepada orang lain supaya jangan terjebak melakukan kejahatan seperti orang2 yang tersebut di atas. semoga kita semua dapat ambil pengajaran yang baik daripadanya.
Tapi, rasa saya cukup lah sekadar tu. tak perlu diperburukkan lagi nama orang2 yang terlibat itu. kita ni sendiri pun bukannya hebat sangat, maksum sangat. kita pun ada dosa kita untuk direnung-renungkan. balasan orang lain tu, tu antara mereka dengan Allah, hanya Allah yang layak menilainya dan menghukumnya. kita sebagai manusia biasa, tiada hak untuk menghukum dan mengata... Dari topik ni, kita ambil saja pengajaran... dan doakan penjenayah2 di atas agar mereka diampunkan Allah. kita sendiri pun memang dianjurkan untuk selalu memohon ampun dosa2 sekalian umat muslimin dan muslimat... sebab dosa2 dan maksiat2 yang mereka lakukan, balasannya boleh tertimpa ke atas kita juga kerana kita juga di antara ahli masyarakat. Dan telah menjadi tanggungjawab kita untuk berdakwah di atas muka bumi ni... Jadi Allah juga boleh menurunkan balasannya kepada kita akibat kejahatan orang lain walaupun bukan kita yang melakukannya.. Tidakkah kita berfikir? Dengan ini saya kunci. Tak ke mana pun dah topik ni. Kita ambil iktibar saja. Maaf ye. |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |