Oleh |
rahsia memotong kuku |
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 29-07-08 14:53
RASULULLAH S.A.W BERSABDA, YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; * Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit * Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan * Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat * Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit * Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. * Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. * Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
|
ismi_syaz
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.02.2005 Ahli No: 14542
Posting: 68
Dari: USMkkj
|
Posting pada: 29-07-08 16:21
kesimpulannya... hendaklah kita mengerat kuku pada hari ISNIN, KHAMIS dan JUMAAT....
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 29-07-08 17:53
Pada 29-07-08 14:53 , bintanghati2008 posting:!!! QUOTE !!! RASULULLAH S.A.W BERSABDA, YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. Ni Hadis Maudhuk! Hadis Palsu! Dilarang menyebarkan hadis palsu sebegini tanpa menyatakan kepalsuan hadis tersebut. Harap ambik perhatian. Kalau tak tahu dimaafkan. ps:- jangan lah berdusta atas nama Rasulullah..... ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 30-07-08 09:31
Pada 29-07-08 14:53 , bintanghati2008 posting:!!! QUOTE !!! RASULULLAH S.A.W BERSABDA, YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; * Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit * Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan * Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat * Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit * Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. * Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. * Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.Ni Hadis Maudhuk! Hadis Palsu! Dilarang menyebarkan hadis palsu sebegini tanpa menyatakan kepalsuan hadis tersebut. Harap ambik perhatian. Kalau tak tahu dimaafkan. ps:- jangan lah berdusta atas nama Rasulullah..... ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman adakah hadis tersebut palsu? sedangkan rasulullah sendiri yang bersabda. terpulang pada saudari untuk mempecayainya.
|
alam_barzakh
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30091
Posting: 137
Dari: Mantin-Nilai-Sepang-Salak Tinggi-KLIA-Kuching-Kota Samarahan-Serian
|
Posting pada: 30-07-08 10:35
berhati-hati dengan hadis yang tidak tahu kesahihannya!!! ----------------- "Permata Idaman, Mutiara Syurga........"
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 30-07-08 11:03
Pada 30-07-08 09:31 , bintanghati2008 posting:!!! QUOTE !!! adakah hadis tersebut palsu? sedangkan rasulullah sendiri yang bersabda. terpulang pada saudari untuk mempecayainya. Confirm. Aku bersumpah atas nama Allah hadis tu hadis palsu. Kalau hang nak tau, hadis palsu ni BUKAN disabdakan oleh nabi. Dalam banyak - banyak hadis palsu, hadis bab kuku ni lah hadis palsu paling jelik di kalangan muhaddisin (pakar hadis). Berdasarkan ayat hang , aku yakin hang tak tahu pasal hadis ni. Hadis ni memberi maksud - mendatangkan SIAL dan KECELAKAAN bagi sesiapa yang potong kuku selain dari hari yang 'disunatkan'. Perkara ini amat bertentangan dengan kemuliaan ajaran Nabi Muhammad. Agak lama aku mencari tahap kesahihan hadis yang menghantui masyarakat ni. Sampai akhirnya aku jumpa hadis ni hadis maudhuk / hadis palsu. Sekarang aku dah tau, maka aku sebarkan kepada orang lain pulak kasi tau pasal hadis palsu ni. Dalam hal ni, bukan "TERPULANG pada pembaca untuk mempercayainya", tapi pembaca MESTI percaya bahawa hadis ni hadis palsups:- berbicaralah atas dasar ilmu..... ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 30-07-08 16:38
Harap jika ada hadis, tuliskan mantannya sekali..jangan katakan ianya sekadar sabda Baginda Rasulullah S.A.W..sememangnya kita perlu berhati-hati apabila menyampaikan sesuatu hadis..pastikan hadis yang ingin kita sampaikan itu mempunyai sanad yang jelas, dah diperawikan oleh mereka yang diyakini..anda boleh merujuk kitab2 hadis yang sahih contohnya yang dikumpulkan Imam Bukhari .a dan tokoh hadis yang lain..hadis diatas, apabila saya membacanya pun saya tidak berapa yakin akan kandungannya..apatah lagi mengaitkan potong kuku dengan perkara2 yang besar sprt penyakit gila, sihat.. Ada hadis yang lebih jelas maksudnya, dan boleh diterima akal..contohnya "Susui anakmu selama 2 tahun....."..hadis ini sesuai dengan al-Quran (al-Baqarah:233), lebih saintifik, ada nilai ilmu berbanding hadis diatas..wallahua'lam..
|